Penghargaan Gerko Waj 3108

1
PENGHARGAAN Selamat sejahtera. Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyempurnakan Buku Log bagi Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia (WAJ 3101). Buku Log ini amat signifikan untuk membolehkan saya menimba ilmu pengetahuan serta pengalaman yang emas dalam Unit Beruniform tersebut demi membentuk diri saya menjadi seorang pendidik yang berketerampilan. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting seperti yang saya sebut di bawah kerana mereka telah banyak membantu dan membimbing saya sepanjang saya menyiapkan buku log ini. Pertama sekali sekalung penghargaan kepada pensyarah- pensyarah saya, yakni En. Mohd Hafni Bin Abd Halim, En. Ahmad Sharani Bin Abdul Seliban, En. Md.Nasir Bin Hamid, Tuan Haji Azmi Bin Mat, dan Pn. Rodziah Binti Ismail kerana telah banyak memberikan bimbingan, nasihat dan semangat serta motivasi kepada saya. Saya sangat menghargai jasanya kerana maklumat yang diberinya amat berguna untuk penyempurnaan buku log saya. Mereka telah membantu saya dari semasa ke semasa tanpa kira susah dan senang. Jasa mereka akan saya kenang sehingga ke akhir hayat. Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana mereka telah banyak memberi sokongan dari segi emosi dan kewangan. Bagi tujuan menyiapkan buku log ini penuh dengan cabaran dan dugaan, ibu bapa sayalah yang telah menjadi tempat bagi saya meluahkan isi hati supaya dapat megurangkan tekanan dalam diri saya. Tidak lupa juga nasihat-nasihat yang diberi oleh mereka tatkala diri saya kurang senang untuk menyiapkan buku log ini. Sememangnya, bagi menyiapkan buku log ini memerlukan kos yang agak tinggi, tetapi telah dibantu oleh ibu dan bapa saya sepenuhnya. Sekalung budi juga saya berikan kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang sanggup berkongsi idea, sokongan, dan nasihat. Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses menyiapkan buku log ini. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan maklumat tidak akan saya lupakan. Sekian, terima kasih. I

description

prakata

Transcript of Penghargaan Gerko Waj 3108

PENGHARGAANSelamat sejahtera. Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyempurnakan Buku Log bagi Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia (WAJ 3101). Buku Log ini amat signifikan untuk membolehkan saya menimba ilmu pengetahuan serta pengalaman yang emas dalam Unit Beruniform tersebut demi membentuk diri saya menjadi seorang pendidik yang berketerampilan. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting seperti yang saya sebut di bawah kerana mereka telah banyak membantu dan membimbing saya sepanjang saya menyiapkan buku log ini. Pertama sekali sekalung penghargaan kepada pensyarah-pensyarah saya, yakni En. Mohd Hafni Bin Abd Halim, En. Ahmad Sharani Bin Abdul Seliban, En. Md.Nasir Bin Hamid, Tuan Haji Azmi Bin Mat, dan Pn. Rodziah Binti Ismail kerana telah banyak memberikan bimbingan, nasihat dan semangat serta motivasi kepada saya. Saya sangat menghargai jasanya kerana maklumat yang diberinya amat berguna untuk penyempurnaan buku log saya. Mereka telah membantu saya dari semasa ke semasa tanpa kira susah dan senang. Jasa mereka akan saya kenang sehingga ke akhir hayat. Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana mereka telah banyak memberi sokongan dari segi emosi dan kewangan. Bagi tujuan menyiapkan buku log ini penuh dengan cabaran dan dugaan, ibu bapa sayalah yang telah menjadi tempat bagi saya meluahkan isi hati supaya dapat megurangkan tekanan dalam diri saya. Tidak lupa juga nasihat-nasihat yang diberi oleh mereka tatkala diri saya kurang senang untuk menyiapkan buku log ini. Sememangnya, bagi menyiapkan buku log ini memerlukan kos yang agak tinggi, tetapi telah dibantu oleh ibu dan bapa saya sepenuhnya. Sekalung budi juga saya berikan kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang sanggup berkongsi idea, sokongan, dan nasihat. Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses menyiapkan buku log ini. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan maklumat tidak akan saya lupakan. Sekian, terima kasih.

I