Penglibatan ibu bapa & komuniti di peringkat awal kanak-kanak
-
Upload
dekshuai-miera-thalatha -
Category
Documents
-
view
694 -
download
5
Transcript of Penglibatan ibu bapa & komuniti di peringkat awal kanak-kanak
TUGASAN : 1) PEMBENTANGAN 17 OGOS 2009
: 2) PENULISAN ILMIAH
TAJUK : PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI DI PERINGKAT AWAL KANAK-
KANAK
NAMA : 1) MOHD AMIRRUDIN BIN ZAKARIA
2) MOHD FAKRUL RADZI BIN ABU HASAN
3) WAN MOHD SZALIZAN BIN RAMLI
4) NORAINI BINTI SARIMIN
5) NURADILA BINTI ALWI
FAKULTI : SENI DAN MUZIK
JABATAN : PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
TEMPAT : UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
SEMAKAN : ENCIK KAMARUL AZMAN BIN ABD. SALAM
1
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS35900 TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN
FAKULTI SENI DAN MUZIK
SHV4193 – ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI DI PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK
DISEDIAKAN OLEH:
MOHD AMIRRUDIN BIN ZAKARIA D20061027072MOHD FAKRUL RADZI BIN ABU HASAN D20061027056WAN MOHD SZALIZAN BIN RAMLI D20061028003NORAINI BINTI SARIMIN D20071029907NURADILA BINTI ALWI D20071029921
SEMESTER 5 & 7PROGRAM PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP
DISEDIAKAN UNTUK:
ENCIK KAMARUL AZMAN BIN ABDUL SALAM
TARIKH HANTAR:17 OGOS 2009
2
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
PENGHARGAAN 4
1.0 PENGENALAN 6
2.0 PENGLIBATAN IBU BAPA 9
3.0 PENGLIBATAN KOMUNITI 14
3.1 Masyarakat Setempat 14
3.2 Badan Kerajaan 17
3.3 Badan Bukan Kerajaan 18
4.0 KESIMPULAN 20
BIBLIOGRAFI 21
3
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah
S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNYA dapat juga kami menyiapkan tugasan
yang telah diberikan ini walaupun semasa tugasan ini dijalakan pelbagai rintangan
terpaksa ditempuhi dan perlu disiapkan dalam masa yang singkat.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga
kepada Encik Kamarul Azman bin Abdul Salam selaku pensyarah Subjek Asuhan dan
Pendidikan Awal Kanak-kanak (SHV4193) merangkap penasihat tugasan ini kerana
membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kami semasa proses menyiapkan tugasan
ini. Bantuan beliau amat saya hargai walaupun beliau sentiasa sibuk dengan tugasnya
sebagai pensyarah. Beliau yang tidak lokek ilmu sentiasa memberi pandangan kepada
para pelajarnya agar dapat menyelesaikan tugasan ini dengan berjaya. Terima kasih
sekali lagi kami ucapkan.
Ucapan terima kasih juga kami ucapkan kepada ibu bapa kami yang banyak
memberi sokongan dan mendoakan kami. Tidak lupa juga terima kasih saya ucapkan
kepada teman-teman yang banyak membantu sama ada secara langsung atau tidak
langsung dalam membantu, memberi tunjuk ajar, dan semangat kepada kami semasa
menyiapkan tugasan ini. Kerjasama dari teman-teman amat kami hargai kerana tanpa
sokongan dan komitmen daripada teman-teman mungkin merumitkan lagi proses
menyiapkan tugasan ini.
Akhir kata dari kami, semoga penulisan kami ini dapat memuaskan hati semua
pihak. Justeru itu kami juga berharap agar hasil tugasan yang kami lakukan ini dapat
4
melahirkan bakal guru yang berkarisma dan bertoleransi. Jika ada salah silap dan
terkasar bahasa, kami ingin menyusun sepuluh jari tanda memohon seribu kemaafan.
Kami hanyalah insan biasa yang tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Harap
dimaafkan.
Sekian, salam perpaduan daripada kami.
5
1.0 PENGENALAN
Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang tersendiri hasil daripada
perwarisan seperti yang telah dicipta dalam gen mereka (Rozumah & Salma. 1985).
Kanak-kanak dalam lingkungan umur 4 – 6 tahun memerlukan pendedahan kepada
persekitaran yang kaya dengan unsur pembelajaran. Perkembangan kanak-kanak
terdiri daripada lima peringkat iaitu perkembangan fizikal, perkembangan bahasa,
perkembangan emosi, perkembangan sosial dan perkembangan intelektual (Jillian
Rodd. 1996).
Malah penglibatan ibu bapa merupakan aspek penting dalam mendidik kanak-
kanak kerana mereka merupakan orang pertama yang mengasuh. Sebagai pengaruh
terbesar di dalam hidup anak, ibu bapa memainkan peranan penting dalam
membangkitkan kebijaksanaan di dalam diri anak-anak dengan mendidiknya secara
holistik dalam pada peringkat kanak-kanak. Kepelbagaian cara didikan ibu bapa
memberi kesan kepada perkembangan moral kanak-kanak (Jillian Rodd. 1996).
Di peringkat awal kanak-kanak, ianya tidak hanya tertumpu kepada sesuatu
pengalaman pembelajaran di sekolah tetapi ia merangkumi segala pengalaman dalam
kehidupan hariannya sama ada di pusat asuhan, di rumah atau di luar rumah seperti
komuniti yang juga memainkan peranan yang penting. Komuniti atau masyarakat boleh
mempengaruhi kanak-kanak serta ibu bapa kerana wujudnya jaringan hubungan.
Mereka juga memerlukan peluang untuk melibatkan diri dalam berbagai jenis
pengalaman. Pendedahan dan penglibatan ini penting untuk mereka berkembang
dengan sempurna (Rozumah & Salma. 1985).
6
Pendidikan prasekolah adalah pendidikan asas yang penting. Ia merupakan
pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas pendidikan di
rumah. Ia menjadi tapak yang boleh menyemaikan bibit cintakan ilmu pengetahuan dan
sukakan sekolah. Oleh sebab itu guru prasekolah perlu mempunyai pengetahuan yang
luas mengenai pendidikan prasekolah yang merangkumi aspek-aspek perkembangan
kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran, pentadbiran pusat prasekolah dan
aspek-aspek lain yang berkaitan dengan pendidikan prasekolah.
Dalam tamadun Barat, pendidikan awal bermaksud pendidikan peringkat
prasekolah. Pada mulanya peringkat ini hanya meliputi kanak-kanak dari umur tiga
hingga enam tahun, yang lebih dikenali dengan peringkat ‘kindergarten’. Selepas
beberapa kajian, konsep pendidikan awal ini dipinda supaya meliputi kanak-kanak di
peringkat selepas lahir hingga ke peringkat enam tahun. Peringkat selepas lahir hingga
ke peringkat tiga tahun dikenali juga sebagai peringkat ‘nursery’.
Dari perspektif Islam, pendidikan awal bermula dari masa anak masih berada
dalam kandungan ibu sehingga kanak-kanak berumur enam tahun. Secara umum,
pendidikan awal Islam boleh dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu peringkat sebelum
lahir dan peringkat sesudah lahir.
Peringkat sesudah lahir dibahagikan juga kepada dua tahap. Iaitu dari mula
dilahirkan hingga tiga tahun dan tahap seterusnya dari umur tiga hingga meningkat ke
enam tahun.
7
Jelaslah di sini bahawa pendidikan peringkat awal sangat dititik beratkan oleh
filosofi Islam dan Barat. Mereka sependapat bahawa pendidikan kanak-kanak harus
mendapat perhatian sepenuhnya kerana kanak-kanak mempunyai waktu tertentu yang
sangat singkat dan perlu mendapat perhatian serius. Waktu ini disebut sebagai waktu
kritikal.
Perkembangan intelek, emosi dan jasmani kanak-kanak bergantung kepada
sempurna atau tidaknya asuhan yang diperolehi terutama sekali dalam waktu kritikal.
Jadi, untuk menyempurnakan tugas ibubapa, taman-taman asuhan perlulah mempunyai
kurikulum yang seragam untuk membentuk insan yang cemerlang yang akan menjadi
pemimpin unggul pada masa akan datang.
8
2.0 PENGLIBATAN IBU BAPA
Penglibatan ibu bapa merupakan aspek penting dalam pendidikan prasekolah. Ibu bapa
adalah orang yang pertama mendidik anak-anak sebelum masuk ke tadika. Oleh itu
adalah sangat wajar bagi ibu bapa untuk meneruskan penglibatan mereka dalam sama-
sama mendidik anak-anak di tadika. Sebagai ibu bapa, anda lebih mengenali anak
anda, dan anda mempunyai kuasa untuk terlibat secara aktif didalam pengalaman
prasekolah anak anda. Sekiranya dari pemerhatian anda memberikan gambaran
bahawa di situlah anak-anak anda akan dapat berkembang dengan sepenuhnya, maka
anda telah pun menemui prasekolah yang betul. Kanak-kanak juga mempunyai sifat-
sifat yang diperolehi melalui tindak balas dengan alam sekeliling tempat mereka
dilahirkan (Rosmah & Salma. 1985).
Penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam pendidikan mempunyai kesan yang
positif kepada murid, ibu bapa dan guru. Murid akan merasakan pembelajaran bukan
sahaja diperoleh daripada guru di sekolah tetapi boleh diteruskan di rumah. Guru pula
akan dapat mengembangkan peranan profesional mereka sebagai pemudahcara
pembelajaran kepada ibu bapa dan komuniti. Ibu bapa sebaliknya pula boleh
menambah pengetahuan, kemahiran dan keyakinan untuk membantu pembelajaran
anak mereka melalui taklimat dan perkongsian ilmu daripada guru.
Menurut Siti Fatimah Abdul Rahman (2006), terdapat kajian membuktikan
bahawa ada kaitan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian kanak-kanak.
Dalam kata lain, kajian ini merumuskan bahawa sekiranya kita mahu anak-anak berjaya
dalam bidang pendidikan, kita perlu terlibat secara langsung dalam arus pembelajaran
9
mereka. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak secara tidak langsung
memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan anak-anak antaranya sikap
bersugguh-sungguh dalam aktiviti pembelajaran disamping menunjukkan tingkah laku
yang lebih baik dan seimbang.
Pendekatan ini juga mendapat perhatian yang serius dari pihak kerajaan bagi
melahirkan anak-anak yang intelek dan berdaya maju seiring denganperkembangan
negara. Hal ini terbukti dengan adanya kempen di peringkat kebangsaan untuk
menggalakkan ibu bapa terlibat dengan pendidikan anak-anak mereka. Melalui iklan di
televisyen dan lagu di radio, ibu bapa disarankan agar memastikan anak-anak mereka
mengulang kaji pelajaran selama dua atau tiga jam sehari dengan bimbingan ibu bapa.
Penglibatan ibu bapa secara langsung dan tidak langsung akan memberi kesan
yang positif terhadap perkembangan murid prasekolah kerana mereka merupakan
pendidik di rumah (Jeffrey Glanz. 2006 ). Antara peranan yang dimainkan adalah
seperti berikut:
i. Mengukuhkan pembelajaran
Eugenia Hepworth Berger (1991) menyatakan ibu bapa boleh
melakukan apa sahaja seperti membantu dan menggalakkan di rumah
untuk menolong anak mereka berjaya di sekolah misalnya melalui
komunikasi. Ini kerana anak – anak belajar untuk memahami sesuatu
yang lebih baik apabila ibu bapa bercakap dan menerima serta
10
mendengar idea mereka. Selain itu ibu bapa juga meneruskan amalan
atau apa yang telah dipelajari oleh anak mereka di tadika seperti:
Amalan memberi salam, ucap selamat dan terima kasih
Amalan kemahiran seperti menyiram pokok, menghidang makanan
dan mengemas
Amalan membaca doa-doa yang dipelajari di tadika
Membaca buku, menulis, melukis, membuat kolaj dan lain-lain
ii. Menyumbangkan kepakaran atau sebagai rujukan
Kanak – kanak mempunyai minat ingin tahu ( curiosity ) yang tinggi, suka
menyiasat dan meneroka, mengeskperimen dan menyelesaikan masalah
serta berkemampuan menumpu perhatian dalam meneroka sesuatu
pengalaman pembelajaran (Aminah Ayob et al. 2008).
Situasi ini memerlukan penglibatan ibu bapa untuk menerangkan
dan menjawab setiap persoalan yang ditanya oleh anak mereka. Ibu bapa
merupakan tempat rujukan selain guru (Eugenia Hepworth Berger 1991).
Contoh kepakaran yang boleh dilakukan oleh ibu bapa membantu dalam
aktiviti pembelajaran seperti bercerita menyanyi serta menggunakan
komputer. Ibu bapa perlu menerangkan dengan lancar secara terus dari
objek seperti komputer ( Douglas P.Newton 2002 ). Di samping itu, ibu
bapa juga boleh
11
Memberi penerangan tentang pekerjaan
Membuat demonstrasi dan memberi latihan dalam kraf.
Memberi khidmat nasihat dan runding cara
iii. Memberi sumbangan tenaga dan bahan
Penglibatan ibu bapa di peringkat awal kanak - kanak juga perlu
menyediakan alat bantu pengajaran dan pembelajaran seperti
menyediakan buku bergambar serta alat menulis. Dengan bahan yang
ada ibu bapa perlu menyumbangkan tenaga dengan mengajar mereka
dengan cara yang berbeza dari guru di tadika. Ibu bapa mempunyai cara
tersendiri untuk mengajar anak mereka jika mereka selesa dengan
pendekatan yang hendak diajar. (Douglas P.Newton. 2002 ).
Fungsi pendidikan prasekolah dari perkembangan estetika dan
daya kreatif ialah menyediakan berbagai jenis media seperti tanah liat,
blok atau plastisin (Rosmah & Salma. 1985). Dengan peralatan yang ada,
ibu bapa boleh membina taman sains untuk memberikan gambaran yang
lebih dekat kepada kanak – kanak. Kanak – kanak lebih mudah
memahami jika melihat apa yang dinyatakan berbanding perkara yang
abstrak (Douglas P.Newton. 2002 ).
12
Malah ibu bapa juga boleh membawa mereka untuk berkelah atau
melawat supaya mereka boleh mengetahui dengan lebih banyak perkara
selain pembelajaran di tadika. Lawatan juga boleh dilakukan bersama
tadika anak mereka bersama guru tadika. Pada masa yang sama lawatan
ini dapat menjalinkan perhubungan yang rapat di antara ibu bapa dan
tenaga pendidik secara tidak langsung membolehkan pendidik memahami
anak – anak dengan lebih mendalam. (Elizebeth & Jacqueline. 2004).
Selain itu, ibu bapa juga boleh menderma atau membaiki alat
permainan terpakai dan menyediakan props.
13
3.0 PENGLIBATAN KOMUNITI
Selain ibu bapa, pihak komuniti juga tidak kurang pentingnya dalam penglibatan di
peringkat awal kanak – kanak. Masyarakat terdiri daripada pelbagai keluarga yang
bekerja dalam pelbagai kerjaya yang mempunyai pelbagai kebolehan dan kepakaran
yang boleh membawa kepada satu simbiosis taska sekolah akan bermakna jika diatur
dengan bijaksana. (Aminah Ayob et al. 2008).
Masyarakat setempat merupakan komuniti yang boleh mempengaruhi kanak –
kanak. Berhubung dengan orang luar dalam komuniti boleh menpengaruhi
pembelajaran kanak – kanak. (Jeffrey Glanz. 2006 )
Dalam komuniti, masyarakat mempunyai kepunyaan, tanggungjwab dalam
masyarakat, menolong satu sama lain, memberi komitmen serta hormat (Thompson.
2005)
3.1 Masyarakat Setempat
Masyarakat luar bandar seperti penduduk kampung terutamanya gemar
melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalan oleh tadika kerana anak mereka sendiri
merupakan murid tadika tersebut. Dengan penglibatan mereka, secara tidak
langsung mereka juga memberikan sokongan kepada anak mereka yang
mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan. Sokongan yang diberikan
14
akan meningkatkan keyakinan kanak – kanak untuk berjaya. Penjagaan kanak –
kanak dengan kualiti yang baik akan merangsang perkembangan mereka.
(Eugenia Hepworth Berger. 1991)
Apabila aktiviti seperti Hari Potensi dianjurkan, kanak – kanak mula untuk
belajar bergaul dan saling memahami pelbagai budaya dengan komuniti
setempat seperti yang ditekankan dalam kurikulum permata. Lebih banyak
hubungan berlaku dalam minda kanak – kanak lebih banyak sinaps terbentuk
jika kanak – kanak terus diransangdan didedahkan kepada pengalaman –
pengalaman pembelajaran yang banyak (Aminah Ayob et al. 2008). Kanak –
kanak yang mempunyai kemahiran yang sosial yang tinggi mampu untuk bergaul
dengan komuniti pelbagai budaya. Ini kerana mereka mempunyai hubungan
yang istimewa iaitu berada di set yang sama berasaskan kepercayaan yang
sama dan selesa untuk melakukan bersama. ( Thompson. 2005 )
Falsafah Kurikulum Permata menekankan kefahaman dan budaya adalah
amat penting dibina dari peringkat awal agar kanak – kanak membesar dengan
kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan serta mengamalkan nilai – nilai murni
dalam kehidupan dan dapat hidup secara bertoleransi dalam suasana
masyarakat Malaysia yang majmuk.
Semasa bersosial dengan komuniti, berlaku proses interaksi dan
komunikasi secara tidak langsung yang juga ditekanan dalam kurikulum
permata. Pergaulan kanak – kanak dalam komuniti akan mempercepatkan
kebolehan berkomunikasi lebih awal kerana terdapat ransangan luar yang positif.
15
Lebih banyak dan kerap kanak – kanak dirangsang, maka akan bertambah
jaringan neuron dalam otaknya. Jika sinaps tersebut digunakan dengan kerap,
akhirnya ia akan menjadi hubungan yang kekal. Oleh itu, adalah penting kanak
– kanak diberikan ransangan positif yang banyak dan kerap supaya sinaps yang
terbentuk menjadi kekal (Aminah Ayob et.al. 2008). Malah kanak – kanak yang
mahir berkomunikasi, mudah berinteraksi.
Misalnya, Hari Potensi yang dijadikan aktiviti ko-kurikulum tabika yang
dilaksanakan secara tahunan. Melalui Hari Potensi ini ibu bapa dan komuniti
akan berganding bahu untuk menjayakannya juga selaras dengan objektif Hari
Potensi iaitu memupuk semangat kerjasama, sosial dan perpaduan di kalangan
ibu bapa, masyarakat dan pemimpin tempatan yang memerlukan mereka untuk
memberi komitmen supaya segala perancangan aktiviti berjalan dengan lancar.
Henderson & Berla (1994) menyatakan bahawa kepercayaan untuk melihat
kejayaan murid – murid adalah kritikal dan ia akan membuatkan ibu bapa
menjadi optimis dengan komitmen mereka untuk memberikan sesuatu yang
bermakna secara berterusan.
Semasa terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum tadika, komuniti juga secara
tidak langsung menjadi pembantu kepada guru kanak – kanak. Misalnya, Hari
Potensi, komuniti yang bertugas akan dipecahkan mengikut bahagian masing –
masing. Dalam pada itu, mereka juga akan berinteraksi dengan kanak – kanak
untuk memberi sokongan supaya mereka dapat melakukan yang terbaik pada
hari itu. Ahli komuniti boleh menjadi pembantu guru, pensyarah dan tutor
(Marzano. 2003).
16
3.2 Badan Kerajaan
Penglibatan agensi-agensi kerajaan juga turut memberi impak kepada
perkembangan awal kanak-kanak. Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi
Nasional (JPNIN) terlibat dalam pengendalian TADIKA untuk kanak-kanak yang
berumur 5- 6 tahun atau di peringkat pra sekolah. TABIKA yang dikendalikan
oleh JPNIN ialah TABIKA Perpaduan yang membolehkan kanak-kanak berbilang
kaum menghayati nilai-nilai hidup bermasyarakat dan membentuk anak-anak
yang memahami adat dan budaya yang pelbagai. Hal ini demikian kerana, sifat
kanak-kanak boleh dikesan sejak dilahirkan sama ada dia seorang pemarah atau
periang dan sama ada dia mudah ataupun susah untuk menyesuaikan diri dalam
seseuatu keaadaan. Oleh itu, mereka harus diberi peneguhan atau pengukuhan
supaya menjadi kanak bersahsiah baik. (Rohani Abdullah. 2004)
Selain itu, badan kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat
(KEMAS) juga terlibat dalam perkembangan kanak-kanak iaitu dengan
kewujudan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA). Melalui TASKA, program
yang dijalankan memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, bandar
dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin. Ibu bapa
merupakan salah satu sumber untuk mengenalpasti anak berbakat terutama
yang masih kecil ( Reni Akbar Hawad. 2001). Oleh itu, dengan pelaksanaan
17
program pendidikan keibubapaan yang bertujuan memberi pendidikan tentang
peranan ibubap dalam perkembangan kanak-kanak kepada golongan ini, ia
dapat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak berjalan dengan lancar dan
baik.
Selain itu, Program pendidikan prasekolah KEMAS dikenali sebagai
Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA), untuk kanak-kanak berumur antara 4
hingga 6 tahun. Tujuannya ialah untuk menggalakkan perkembangan sosial,
emosi, intelek dan fizikal di samping menyediakan asas yang kukuh kepada
kanak-kanak sebelum pendidikan formal di sekolah rendah. Pada usia tiga
hingga enam tahun adalah masa bermain bagi kanak-kanak dan masa belajar
pada lingkungan umur ini bukan dalam dua demensi (pensil dan kertas) ( Reni
Akbar Hawadi. 2001). Pelaksanaan TABIKA adalah berasaskan konsep
memberi pendidikan non-formal secara belajar melalui bermain. Konsep tersebut
kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 3M (Membaca,
Mengira dan Menulis).
3.3 Badan Bukan Kerajaan
Badan bukan kerajaan juga melibatkan diri dalam perkembangan awal kanak-
kanak. Badan bukan kerajaan seperti Johnson & Johnson Sdn. Bhd telah
menganjurkan bengkel keibupaan. Bengkel yang diadakan oleh bertujuan
mendidik para ibu bapa cara-cara mengurut bayi, memandikan dan menyusu
badan oleh profesional penjagaan kesihatan bayi. Bengkel seperti ini bukan
hanya hanya informatif dan berguna bagi para ibu bapa, tetapi juga seronok dan
18
interaktif dan paling penting mereka akan pulang dengan pengetahuan yang
dapat memberikan perubahan bermakna kepada bayi mereka melalui cara-cara
urutan, penyusuan dan mandian yang betul. (Utusan Malaysia. 06/08/2009).
Ransangan yang betul terhadap bayi 0 hingga 6 bulan akan meningkatkan lagi
perkembangan intelek mereka berkaitan dengan maklumat sentuhan (Rohani
Abdullah. 2004).
Selain itu, badan amal bukan kerajaan yang menjerumus kepada
kebajikan kanak-kanak juga wujud di Malaysia. Contohnya, program Click A
Child yang dinaungi Masjid At- Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Islamic Relief
WorldWide dan Yayasan Basmi Kemiskinan. Program yang dijalankan adalah
bertujuan membantu kanak-kanak yang tidak berkemampuan. Antara program
yang dilaksanakan adalah Malam Amal untuk rumah-rumah anak-anak yatim.
Dengan program ini, kanak-kanak dapat dibantu melalui perkembangan awal
mereka dengan lebik baik walau pun tanpa ibu bapa. Stimulasi yang diberikan
dari rumah serta dorongan terhadap minat-minat kanak-kanak merupakan hal
vital bagi perkembangan bakat kanak-kanak ( Reni Akbar Hawadi. 2001).
19
5.0 KESIMPULAN
Kunci kepada kewujudan kanak-kanak yang berbakat dan bersedia untuk ke tahun 1
adalah kesedaran ibu bapa dan komuniti terhadap keunikan yang dimilliki oleh mereka
dan kewujudan idea-idea yang diluahkan oleh golongan kanak-kanak ini. Kanak-kanak
memerlukan ibu bapa yang responsif dan fleksibel serta komuniti yang sensitif terhadap
pekembangan mereka. Perkembangan yang meliputi pelbagai aspek ini perlu
dipastikan oleh ibu bapa serta komuniti dilalui oleh kanak-kanak dengan lancar. Oleh
itu, ransangan yang sesuai mengikut perkembangan kanak-kanak perlu diberikan
supaya kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, meningkatkan
kebolehan, melahirkan idea dan meningkatkan keyakinan dalam melakukan
penorakaan terhadap alam sekeliling.
Penglibatan ibu bapa dan komuniti juga sangat penting dalam perkembangan
awal kanak-kanak kerana akan memberi impak kepada pembesaran dan secara tidak
lansung kepada masa depan mereka yang merupakan aset penting negara. Oleh itu,
ibu bapa dan komuniti perlu sedar akan peranan masing-masing dalam membangkitkan
kebijaksanaan di dalam diri anak-anak dengan mendidiknya secara pragmatik pada
peringkat awal pembesaran mereka.
20
BIBLIOGRAFI
Atan Long.1979. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Buku Teks DBP. 2002. Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Tingkatan 4.
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Douglas P.Newton. 2002. Talking Sense in Sciene. London : RoutledgeFalmer
Elizebeth Sadek & Jacqueline Sadek. 2004. Good practice in Nursery
Management : 2nd edition. United Kingdom : Stanley Thornes Publisher Ltd
Eugenia Hepworth Berger. 1991. Parents as Partners in Education : The school
and Home Working Together . United States Of America : Macmillan Publishing
Company
Henderson, A. T & Berla. 1994. A new generation of evidence : The family is
critical to student achievement. Washington, DC: Center for Law and Education
Jeffrey Glanz. 2006. School - Community Leadership : United States. Corwin
Press
21
Jillian Rodd. 1996. Leadership in early childhood : the pathway to
profesionalisme. Singapore : South Wind Production.
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001. Huraian Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan. Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.
Pusat Perkembangan Kurikulum.
Marzano, R. J. 2003. What works in schoos:Translating Research into action.
Alexandria, VA : Association for Supervision and Curriculum
Development.
Reni Akbar Hawadi. 2001. Psikologi perkembangan anak. Jakarta: Gramedia
Widiasarana.
Rohani Abdullah. 2004. Bayi cerdik. Pahang: PTS publications Sdn. Bhd.
Rozumah Baharudin dan Salma Ishak. 1985. Panduan Aktiviti Prasekolah.
Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ramlah Jantan dan Mahani Razali. 2004. Psikologi Pendidikan – Pendekatan
Kontemporari Edisi Revisi. Perak: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Siti Fatimah Binti Bdul Rahman (2006,November 10). Penglibatan ibu bapa jamin
kejayaan anak-anak. Utusan Malaysia.
22
Thompson.M (2005, Februari 21). Parent – teacher conference : Eight steps to
parental succes
Universiti Pendidikan Sultan Idris.2008. Kurikulum Permata. Pusat Penyelidikan
Perkembangan Kanak-kanak Negara.
Peranan Ibu bapa. myMetro (2009.Ogos 14)
Bengkel Urut Kembali Lagi. – diperoleh daripada laman web Utusan Malaysia,
Arkib:2009.Ogos.06http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=0806&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm l pada 12
Ogos 2009
Click A Child diperoleh daripada laman web http://www.click-a-child.blogspot.com/ pada
12 Ogos 2009
Penglibatan Ibu Bapa – diperoleh daripada laman web http://www.ehomemakers.net
pada 12 Ogos 2009
Tanggjungjawab Kemas - diperoleh daripada laman web http://www.kemas.gov.my/111
pada 18 Ogos 2009
23