Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
-
Upload
noor-syazwanni -
Category
Education
-
view
13.852 -
download
18
description
Transcript of Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
TAJUK 1 Konsep Pengujian, Pengukuran dan Penilaian
SINOPSIS
Apabila pemahaman tentang konsep dapat didalami dengan betul,
maka fungsi ’pengujian dan penilaian’ sebagai indikator pencapaian
atau penguasaan pelajar dalam sesuatu kemahiran, akan memberi
maklum balas atau gambaran yang sebenar tentang keupayaan
pelajar. Seterusnya dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran
guru itu sendiri.
Modul ini memperkenalkan konsep dan kaedah pengujian, pengukuran
dan penilaian di sekolah rendah. Modul ini juga meliputi ciri-ciri utama
ujian, bentuk-bentuk penilaian dan membezakan di antara penilaian
berasaskan norma dan kriteria.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat;
i. Menjelaskan konsep dan matlamat pengujian, pengukuran dan
penilaian dalam pendidikan;
ii. Menjelaskan konsep kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan,
kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran;
iii. Membezakan bentuk penilaian formatif, sumatif, pra kelayakan
dan diagnostik serta penilaian alternatif.
1
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
KERANGKA TAJUK-TAJUK
1.1 Pengertian dan Tujuan Pengajaran dan Penilaian
Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaian
dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status
semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program
penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada guru
‘mengajar’ dan pelajar ‘belajar’.
Justeru itu, penilaian pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan
dengan sempurna dan berkesan. Bukti-bukti empirikal tentang sesuatu
pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh menggunakan
pengukuran perlu dianalisis. Memandangkan pengukuran di bilik darjah
sering menggunakan ujian, pengujian merupakan salah satu aspek
utama dalam bidang penilaian pengajaran.
Seseorang guru biasanya merangka objektif dan kandungan pelajaran
yang hendak diajar sebelum merancang strategi dan kaedah
pengajaran tajuk berkenaan. Kemudian, beliau akan menyediakan
soalan sama ada untuk kuiz, ujian atau peperiksaan. Dalam
2
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
merancang dan membina soalan, adalah penting agar soalan-soalan
tersebut relevan, sesuai dan menepati objektif tajuk pembelajaran yang
dirancang serta kandungan yang diajar.
Seterusnya, kertas jawapan pelajar perlu diperiksa, diskor, dianalisis
dan ditafsir bukan sahaja untuk membuat penilaian yang adil terhadap
penguasaan pelajar dalam kursus yang diajar, malah bagi mengenal
pasti kekuatan dan kelemahan soalan dan seterusnya pengajaran
pensyarah. Justeru pemahaman terhadap konsep penilaian,
pengukuran dan pengujian, ciri-ciri utama soalan ujian, matlamat
mereka bentuk soalan formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik
serta norma dan kriteria sangat penting bagi seseorang pensyarah
bagi memastikan pengajaran dan penilaiannya bermutu dan adil.
1.2 Konsep Pentaksiran
Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor,
menginterpretasi, menghurai maklumat tentang pembelajaran
seseorang bagi tujuan tertentu.
1.2.1 Definisi Pentaksiran
Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat
penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.
1.2.2 Tujuan pentaksiran
i. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang
dalam pembelajaran
ii. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan
pembelajaran
3
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
iii. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran
dan pembelajaran
iv. Memperbaiki pengajaran pembelajaran
1.2.3 Prinsip Pentaksiran
1.3 Pengertian Pengujian
Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk
diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan
pelajar dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran. Ujian adalah alat
ukur. bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian
mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang
berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk
‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan.
Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi
skor kepada jawapan yang diberi.
Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan
untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan
pembelajaran di sekolah, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian
yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir
dapatannya dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan
sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara-cara
4
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang
berkualiti.
1.3.1 Tujuan Pengujian Pengajaran dan Pembelajaran
Tujuan utama pengujian ialah untuk menghasilkan bukti yang boleh
digunakan bagi membuat penilaian terhadap pengajaran dan
pembelajaran. Penilaian di bilik darjah boleh membantu para guru
menambah baik pengajaran mereka dan pembelajaran pelajar. Selain
matlamat diagnosis pengajaran dan pembelajaran, skor ujian
digunakan sebagai asas bagi pengredan, pemilihan, penempatan,
kaunseling dan bimbingan pelajar.
a. Diagnosis
Satu daripada tujuan pengujian ialah untuk mendiagnos kesukaran
yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran. Diagnosis
pengajaran diperlukan bagi mengesan sejauhmana pengajaran guru
berkesan. Sekiranya berkesan, guru akan lebih yakin untuk
meneruskan strategi dan kaedah pengajarannya. Sekiranya tidak
berkesan, guru boleh menganalisis dan mengesan kelemahan yang
ada supaya strategi dan kaedah pengajaran guru boleh diubahsuai,
diperbaiki dan dipertingkatkan.
b. Pengredan
Pengujian juga dilakukan bagi tujuan pengredan pelajar. Guru boleh
mengred pencapaian pelajar kepada kategori ‘lulus’ atau ‘gagal’,
‘lemah’, ‘sederhana’ atau ‘cemerlang’ atau gred ‘A’, ‘B’ ‘C’, ‘D’ atau ‘E’.
Melalui pengredan pelajar, kita boleh memberitahu ibu bapa dan pihak
5
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
berkaitan tentang prestasi akademik pelajar khususnya berbanding
dengan prestasi pelajar lain.
Dengan adanya maklumat gred, guru dan ibu bapa boleh memainkan
peranan membantu dan seterusnya melibatkan diri dalam proses
pendidikan pelajar. Rangsangan luaran seperti penghargaan, nasihat,
sokongan, bantuan dan kerjasama dari pihak-pihak yang terbabit
dengan pendidikan pelajar khususnya ibu bapa sangat penting bagi
meransang kemajuan dan pembangunan pelajar di sekolah.
c. Pemilihan dan Penempatan
Seringkali juga skor dan keputusan ujian digunakan sebagai asas bagi
pemilihan dan penempatan pelajar. Sebagai contoh pelajar yang
cemerlang dalam sesuatu mata pelajaran sains mungkin dipilih untuk
mewakili sekolah. Skor dan keputusan ujian juga digunakan bagi
pemilihan pelajar untuk mengikuti kursus tumpuan bidang tertentu.
d. Kaunseling dan Bimbingan
Keputusan dan skor ujian boleh digunakan untuk membantu pelajar
supaya berdaya maju. Berasaskan keputusan ujian, para guru dan
kaunselor boleh membantu pelajar mengenal pasti kelemahan dan
kekuatan masing-masing supaya program dan tindakan intervensi
dilakukan bagi memperbaiki keadaan pelajar. Keputusan ujian juga
membantu para guru dan kaunselor untuk memberi khidmat bimbingan
misalnya bagi memandu pelajar menceburi bidang kerjaya yang
diminati.
6
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
1.4 Konsep Penilaian
Penilaian merupakan satu proses memperolehi maklumat kuantitatif bagi
menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan
menilai.
Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif
pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan
kurikulum.
Dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru
berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau keseluruhan
kurikulum.
1.4.1 Tujuan Penilaian
i. Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan
asas yang sedia ada pada pelajar-dalam perkara yang
hendak diajar.
ii. Menolong guru mengetahui sejauh manakah pelajar
mereka telah dapat menguasai atau mempelajari
perkara yang telah disampaikan.
7
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
iii. Membandingkan pencapaian pelajar dengan teman-
teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang
sama di sekolah.
iv. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan yang
amat lemah dalam pencapaian mereka.
v. Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta
kaedah pengajaran mereka.
vi. Membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan
mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan
segera pula memperbaikinya.
1.4.2 Jenis-Jenis Penilaian
Banyak cara kita boleh mengkelaskan penilaian. Penilaian yang dibuat
berasaskan tujuan dan masa boleh dikelaskan kepada penilaian
formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik dan alternatif. Penilaian
pengajaran juga boleh dilakukan melalui pelbagai hasil pembelajaran
pelajar seperti disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar
dan oral pelajar. Justeru ujian yang dibina perlu mencerminkan tujuan
dan masa sesuatu penilaian dilakukan. Terdapat dua jenis penilaian
berdasarkan kepada masa dan tujuan pelaksanaan penilaian iaitu
penilaian formatif dan sumatif.
a. Penilaian Formatif
Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai
oleh pelajar dalam unit-unit pelajaran yang diajar. Penilaian formatif
dilakukan bagi memastikan pelajar telah menguasai setiap unit
pelajaran sebelum mereka diperkenalkan dengan unit pelajaran baru
seterusnya. Penilaian formatif sangat berguna bagi tujuan diagnosis.
Dengannya punca-punca kelemahan pelajar dapat dikesan.
8
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
Penilaian formatif dapat menentukan samada pelajar telah bersedia
untuk mengikuti pelajaran berikutnya yang lebih tinggi dan rumit.
Penilaian formatif juga boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk
belajar. Penggunaan penilaian formatif sangat ditekankan di sekolah.
Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan
diagnosis kelemahan pelajar dalam unit-unit pelajaran, pelaporan
penilaian formatif amat sesuai dirumuskan sebagai “menguasai” atau
“tidak menguasai” sesuatu isi unit pelajaran. Pencapaian ujian formatif
tidak sesuai digred.
b. Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasaan
pelajar dalam keseluruhan kursus. Penilaian sumatif biasanya
dilakukan pada akhir sesi kursus. Contoh penilaian sumatif ialah ujian
akhir semester. Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir
kursus, skor-skor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk
tujuan melaporkan kemajuan pelajar daripada memperbaiki kelemahan
awal pengajaran pensyarah dan pembelajaran pelajar. Skor penilaian
sumatif banyak digunakan bagi tujuan pemilihan dan penempatan
pelajar ke alam pembelajaran yang lebih tinggi.
Latihan
9
Cuba kenal pasti perbezaan antara penilaian formatif dengan
penilaian sumatif. Pada pendapat anda, apakah kekuatan
dan kelemahan penilaian formatif berbanding dengan
penilaian sumatif?
[Jawapan anda perlu didokumentasikan di dalam portfolio PSV3111]
Cuba kenal pasti perbezaan antara penilaian formatif dengan
penilaian sumatif. Pada pendapat anda, apakah kekuatan
dan kelemahan penilaian formatif berbanding dengan
penilaian sumatif?
[Jawapan anda perlu didokumentasikan di dalam portfolio PSV3111]
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
c. Penilaian Pra Kelayakan dan Diagnostik
Penilaian pra kelayakan digunakan sebagai petunjuk sama ada pelajar
berpontensi, bersedia dan mempunyai kecerdasan, bakat dan minat
terhadap sesuatu bidang yang ingin beliau ceburi. Penilaian diagnostik
pula dilakukan sebagai cara untuk mengesan sama ada pelajar sudah
bersedia untuk mengikuti pelajaran seterusnya. Sekiranya beliau
belum bersedia, guru dapat mengesan kelemahan dan kekuatan
pelajar agar pembetulan serta penambahbaikan yang berkaitan boleh
lakukan.
- Ujian Pencapaian
Ujian pencapaian mengukur secara khusus sejauh mana pelajar telah
menguasai isi sesuatu kursus yang diajar. Ujian pencapaian
mempersoalkan apa yang pelajar telah belajar? Seringkali ujian
pencapaian merujuk kepada ujian bagi mengukur tingkah laku
pengajaran dan pembelajaran kognitif, afektif dan psikomotor.
- Ujian Kecerdasan
Ujian kecerdasan adalah ujian yang direka khusus untuk mensampel
secara luas pelbagai fungsi mental (pemikiran) supaya dapat
menganggarkan tahap intelektual am seseorang individu.
- Ujian Prestasi
Ujian prestasi adalah ujian yang memerlukan pelajar menunjukkan
pemahaman dan kemahiran mereka dalam melakukan aktiviti atau siri
aktiviti seharian. Ujian prestasi memberi rangsangan kepada pelajar
untuk memperkenal dan mengembangkan aktiviti pemikiran dan
taakulan mereka berasaskan kepada kurikulum yang diajar. Di antara
teknik yang digunakan dalam ujian prestasi ialah menghendaki pelajar
10
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
merakam sebahagian aktiviti, menemubual pelajar bagi mengesahkan
kebolehan, kefahaman dan pemikiran mereka. Teknik portfolio juga
sering digunakan bagi memeriksa hasil kerja pelajar. Melalui teknik
portfolio guru boleh menentukan sama ada kerja yang dilakukan
memenuhi kehendak soalan ujian.
d. Penilaian Alternatif
Penilaian prestasi yang menegaskan bahawa kaedah penilaian ini
memberi satu alternatif kepada pengujian kertas dan pensil tradisional.
Penilaian pengajaran di sekolah sering melibatkan penilaian
berdasarkan hasil pembelajaran yang ditunjukkan oleh pelajar. Antara
penilaian alternatif ini adalah penilaian terhadap disertasi, projek,
kajian kes, portfolio, seminar, bengkel dan oral pelajar.
PERKAITAN 3P
Berdasarkan rajah di atas, kita dapati ketiga-tiga konsep berkenaan
mempunyai perkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap
11
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan
atau objektif sesuatu penghakiman produk P&P membabitkan ketiga-
tiga aspek bekenaan.
Mengumpul Maklumat
12
Berdasarkan kepada pengalaman anda, cuba kenalpasti satu
contoh ujian pencapaian, ujian kecerdasan, ujian prestasi, dan
ujian alternatif.
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
TAJUK 2 JENIS-JENIS PENTAKSIRAN
SINOPSIS
Pembelajaran pendidikan seni secara umumnya adalah untuk
membina keupayaan bagi menghargai dan mendiskriminsi apa yang
dilihat oleh mata. Literasi visual ini juga meliputi keupayaan
menghargai dan memanipulasi bahasa tampak yang menghendaki
seseorang itu berkeupayaan untuk membaca imej-imej visual.
Disamping keupayaan ini menerusi pendidikan seni juga pelajar diberi
peluang untuk membina kemahiran psikomotor dalam berbagai-bagai
bidang kemahiran. Begitu juga dengan pembinaan berbagai nilai bagi
menyuburkan domain afektifnya. Ini adalah teras kepada pembelajaran
Pendidikan Seni. Pendidikan Seni perlu memenuhi keperluan pelajar-
pelajarnya untuk mendapatkan keupayaan dan kemahiran tersebut.
Sejauhmanakah pencapaian pelajar-pelajar dalam membina
keupayaan, kemahiran dan memupuk nilai tersebut dicapai?
Sejauhmanakah pencapaian dan berkesannya pengajaran dalam mata
pelajaran ini? Untuk menjawab persoalan ini, satu proses penilaian
perlu dilakukan. Penilaian pendidikan seni boleh dijadikan sebagai
petunjuk untuk membuat diagnosis bagi membantu pelajar yang
bermasalah. Mekanisma untuk mendapatkan maklumat tersebut
adalah dengan mengadakan pengukuran, pengujian atau penilaian.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat;
i. Menjelaskan jenis-jenis pentaksiran yang boleh dijalankan oleh
pihak penilai;
ii. Menjelaskan konsep pentaksiran yang pelbagai;
iii. Membezakan bentuk – bentuk pentaksiran.
13
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
Konsep Pentaksiran
Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam
proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai,
mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasikan
maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan
tertentu. Pentakiran dapat dirumuskan seperti carta di bawah;
Tujuan Pentaksirani. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang
dalam pembelajaran
ii. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan
pembelajaran
iii. Merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif
untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam
pembelajaran juga bertujuan untuk memberi maklumat tentang
pencapaian akademik, kemahiran atau sikap
iv. Merangkumi aspek penilaian, pengujian dan pengukuran.
14
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
Memikirkan
2.1 Jenis Pentaksiran
2.1.1 Pentaksiran autentik
Bererti mengevaluasi pengetahuan atau keahlian pelajar dalam
konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat
mungkin. Mengikut Rudner & Boston (1994) Pentaksiran autentik
adalah proses yang memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan
pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas
dan atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna.
Pentaksiran autentik digunakan seperti yang disebut oleh seperti
yang disebut oleh HillS (1993);
Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek
merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam,
penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran,
dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain,
pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan
pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap
pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang
releven.
15
“Mengapa perlu penilaian dalam Pendidikan Seni?”
Berikan pendapat anda berdasarkan tiga domain iaitu;
Domain kognitif
Domain afektif
Domain psikomotor
Maklumat anda perlu dipersembahkan dalam bentuk peta
minda dan dimasukkan ke dalam porfolio. Atas
persetujuan bersama anda juga boleh emailkan kepada
pensyarah untuk tujuan semakan.
“Mengapa perlu penilaian dalam Pendidikan Seni?”
Berikan pendapat anda berdasarkan tiga domain iaitu;
Domain kognitif
Domain afektif
Domain psikomotor
Maklumat anda perlu dipersembahkan dalam bentuk peta
minda dan dimasukkan ke dalam porfolio. Atas
persetujuan bersama anda juga boleh emailkan kepada
pensyarah untuk tujuan semakan.
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang
membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan
mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara
berterusan. ‘Realistik’ dan ‘bermakna’ merupakan terma yang sering
digunakan dalam pentaksiran autentik. (Sumber: Buku Educational
Assessment of Students).
Umumnya pentaksiran autentik merupakan satu sistem penilaian yang
sesuai untuk dicadangkan sebagai satu sistem yang bermakna dalam
bidang pendidikan seni visual dengan rasional lain seperti yang
berikut:
a) Perlu ada sistem yang mentaksir secara autentik atau bermakna
untuk perkembangan kanak-kanak:
- Eisner (19 80) kanak-kanak membuat pengamatan, membuat tafsiran
dan tanggapan seterusnya melahirkan konsep.
- Brown (19 80) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam
memerhati ketika melukis atau membuat lakaran mengembangkan
pemikiran yang kritis.
b) Perlu diperkenalkan sistem pentaksiran yang telus untuk ibu bapa
dan kanak-kanak
c) Perlu ada program jambatan di sekolah dengan program di sekolah
dan kesinambungan subjek.
16
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
Ciri-ciri Pentaksiran Autentik
Pentaksiran autentik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam
menganalisis keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan
awal kanak-kanak.
Antara ciri-cirinya ialah:
i. Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang
dilaksanakan.
ii. Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya.
iii. Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi.
iv. Subjek membina maksud yang tersirat.
v. Berpusatkan kanak-kanak.
Contoh-contoh pentaksiran autentik;
Persembahan tarian
Mempersembahkan karya tulis asli kepada rakan- rakan sebaya
Mendemostrasikan hasil karya dalam pameran seperti Science
fair (pameran Sains) atau Art show ( pertunjukan Seni)
Menunjukkan keterampilan yang dimiliki dalam bentuk
pengumpulan portfolio.
Kebaikan kaedah penilaian autentik ini kepada pelajar ;
Dapat mengungkapkan secara total seberapa baik pemahaman
akademik mereka.
Menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka
sendiri, dunia mereka dan masyarakat luas.
Mengungkapkan dan memperkuatkan penguasaan kompetensi
mereka.
17
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
Menangani teknologi dan berfikir sistematik.
Kesimpulan Pentaksiran Autentik
Pentaksiran autentik yang disarankan dapat mengukur kemajuan
kanak-kanak dari pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak.
Kaedah pentaksiran ini juga akan dapat memperbaiki penyediaan guru
dalam proses pernbelajaran dan perkembangan kanak-kanak untuk
kesediaan ke alam persekolahan yang lebih tinggi.
2.2 Pentaksiran Hasil Pembelajaran
Definisi kepada pentaksiran hasil pembelajaran adalah proses
pengumpulan data yang memberitahu sama ada aktiviti atau
pengalaman yang disediakan telah memberi kesan kepada mereka
yang terlibat atau dalam kata lain, adakah hasil yang dipelajari mampu
memberi perubahan kepada individu yang terlibat.
Sekolah yang terlibat sebagai pihak yang menentukan hasil
pembelajaran yang diharapkan. Tidak hanya memilih matapelajaran
yang tertentu sahaja. Keputusan yang diperolehi mestilah berdasarkan
nilai keberkesanan aktiviti yang dijalankan bukan kepada sesorang
individu sahaja. Pihak sekolah menggunakan maklumat yang
diperoleh untuk menentukan kaedah yang terbaik untuk membantu
menangani masalah yang dirasakan perlu. Penilaian yang diadakan
mestilah bersifat berterusan. Pihak penilai mestilah berakauntabiliti dan
berkepimpinan dalam menjalankan penilaian.
Pendektan yang yang dikemukan dikemukan oleh oleh
MONTGOMERY tentang pentaksiran berasaskan berasaskan hasil
pembelajaran;
18
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
19
Student learning outc omes (SLO)
• Jangkaan hasil pembelajaran yang
diperoleh dengan memberi penekanan
kepada pertambahan ilmu pengetahuan ,
kemahiran dan sikap.
Student progress outc omes (SPO)
• Berterusan iaitu murid dapat melakukan
perubahan yang lebih baik dalam peringkat
yang seterusnya.
• Penilaian tidak dilakukan pada satu tahap
semata- mata.
• Pembelajaran bersifat berterusan maka
• pentaksiran juga bersifat berterusan.
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
Kebaikan kaedah pentaksiran hasil pembelajaran ini boleh
dikategorikan kepada 3 bahagian;
Kesimpulan
Pentaksiran ini mempertingkatkan pembelajaran berdasarkan penilaian
yang sistematik. Murid akan cuba menguasai hasil pembelajaran yang
spesifik. Pentaksiran ini memacu sekolah ke arah yang lebih
cemerlang. Pembelajaran yang berterusan akan berlaku kerana
penilaian bersifat berterusan. Pentaksiran lebih terarah kepada
program yang afektif bukan bebentuk individu.
20
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
2.3 Pentaksiran “Performance Based”
Definisi kepada Pentasiran Performaced Based ialah proses yang
menggunakan subjek penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti yang
dijalankan. Kaedah ini mengkhendaki pelajar menggunakan
pengetahuan dengan bermakna juga menghendaki pelajar mahir
menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan,
penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran
berfikir secara kritis). Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan
melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke
semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan.
Merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran,
pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar.
Jenis- jenis Pentaksiran Performanced Based:
1. Portfolio (dapatan hasil kerja)
Kaedah ini selalu digunakan untuk menilai pencapaian individu
murid dari semasa ke semasa. Ianya juga suatu cara yang
membolehkan penilaian terhadap murid dibuat secara
keseluruhannya.
2. Kaedah pentaksiran berpusat (simulasi berdasarkan situasi
sebenar).
Pentaksiran akan dibuat berdasarkan kepada penglibatan murid
dan keberkesanan penyelesaian masalah
dalam sesuatu situasi yang diberikan.
3. Mengukur berdasarkan keupayaan.
Pentaksiran ini dapat dinilaikan seperti bahan contoh daripada
murid seperti :-
- Bahan penulisan
21
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
- Persembahan
- Gerak kerja projek
2.5 Pentaksiran dan Motivasi
Suatu variabel perantara yang digunakan untuk menerangkan faktor-
faktor dalam diri individu, yang dapat membangkitkan,
mempertahankan dan menyalurkan tingkah laku ke arah suatu tujuan
tertentu. Motivasi tidak dapat terlihat dari luar. Motivasi dapat
menggerakkan manusia untuk menampilkan suatu tingkah laku kearah
pencapaian suatu tujuan.
Motivasi berhubungan dengan kekuatan (dorongan) yang berada di
dalam diri manusia. Tingkah laku dapat dilandasi oleh berbagai macam
motivasi;
sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam
tindakannya sama ada secara negatif atau positif
Pengarah Tujudan Penggerak Tindakan
Darjah Kesungguhan
Stimulator / semangat
Tiga Kategori Motivasi
i. Motif Primer :
Dibawa sejak lahir & bukan hasil proses belajar
Faali/psikologis
Keinginan untuk makan & minum
ii. Motif Umum:
Dibawa sejak lahir & bukan hasil proses belajar
Tidak berhubungan dengan proses faali tubuh manusia
Kebutuhan kasih sayang, rasa ingin tahu & diperhatikan
22
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
iii. Motif Sekunder:
Tumbuh sebagai hasil proses belajar
Tidak berhubungan dengan proses faali
Kebutuhan berprestasi & berkuasa
2.6 Pentaksiran Konsep kendiri
Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau
cara dia menganggap tentang dirinya secara positif atau negatif. Untuk
membina konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada
orang lain. Hal ini meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya
melalui dirinya dan juga perasaan tentang kebolehannya meliputi
keyakinan dan harga dirinya.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar merupakan
penilai terbaik terhadap pembelajaran mereka. Guru tidak mungkin
akan mengetahui apa yang pelajar benar-benar tahu atau berupaya
mengetahui. Namun, kadang-kadang pelajar sendiri juga tidak
mengenal keupayaan sendiri tanpa membuat refleksi, pertimbangan
dan penilaian.
Penilaian kendiri membolehkan pelajar menilai, dan seterusnya
mengenal diri sendiri. Carl Rogers (1950), mendefinisikan konsep
kendiri sebagai suatu gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri
dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan
orang lain dan persekitarannya. Terdapat juga kajian yang dilakukan
mengenai cara memahami konsep kendiri.
Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats
(1963), berpendapat konsep kendiri boleh dilihat dalam 2 cara, iaitu:
tanggapan diri seseorang individu
proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu
23
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
Syarifah Alawiah (1987), pula menyatakan kendiri merupakan suatu
organisasi, peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik
lahir daripada interaksinya dengan persekitaran. Hal tersebut
seterusnya akan menentukan ciri tingkah laku perasaan dan fikiran.
Fungsi
Dalam pembelajaran, baik di dalam mahupun di luar bilik darjah,
penilaian kendiri;
• membolehkan pelajar secara individu, mengukur dan membuat
refleksi terhadap kekuatan dan kelemahan kendiri dalam
penguasaan sesuatu kemahiran atau disiplin ilmu;
• memberi panduan kepada pelajar tentang dari mana dia harus
memulakan perancangan bagi pembelajaran seterusnya;
• memberi keyakinan kepada pelajar tentang peranannya dalam
menilai perkembangan diri dan pencapaiannya;
• mengurangkan kebergantungan pelajar pada guru dalam
kelebihan dan kekurangan/kekuatan dan kelemahannya dalam
sesuatu bidang/kemahiran, dan
• membolehkan pelajar sentiasa bersikap kritis terhadap kerjanya.
Kaedah:
1. Bagi memastikan penilaian kendiri dilaksanakan dengan
berkesan dan menepati matlamatnya guru hendaklah
• meyakinkan pelajar tentang kepentingan penilaian kendiri
dalam proses pembelajaran
• mengemukakan soalan-soalan yang boleh membantu pelajar
membuat penilaian kendiri.
• melatih pelajar menilai setiap langkah atau pembelajaran
mereka berpandukan instrumen seperti senarai semak atau
alat rubrik
24
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
• membimbing pelajar melaporkan dapatan penilaian
masingmasing, dan kesannya terhadap proses pembelajaran
seterusnya;
2. Penialian kendiri boleh juga dibuat dengan pelajar yang
berkenaan menstruktur sendiri segala butiran yang hendak dinilai dan
kriteria yang hendak dicapai, sama ada dalam bentuk senarai semak
atau sebagainya, kemudian meminta kerjasama rakan sebayanya
(individu/kumpulan) membuat penilaian terhadap dirinya. Dapatan itu
kemudian dikumpul dan dianalisis sendiri oleh pelajar tersebut.
Proses menganalisis dan membuat refleksi terhadap penilian
mengenai dirinya sendiri itulah menjadi “penilaian kendiri”
Konsep Kendiri Positif
Seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih sihat,
mempunyai minat yang baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif. Ia
juga meliputi sikap terbuka dan memberi pendangan jika wujud
keadaan yang tidak baik dan stabil.
Ciri-ciri Konsep Kendiri Positif
Menghargai
Memuji orang lain
Puas hati dengan pencapaian
Murah hati
Mudah berkawan
Puas hati dengan dirinya
Berpuas hati dengan bahan-bahan kepunyaannya
Peramah
25
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
Ciri-ciri Konsep Kendiri Negatif
Cenderung untuk merasa salah
Takut kepada kegagalan
Sering merasa bimbang
Cepat berkecil hati walaupun melibatkah masalah kecil
Pencapaian akademik yang rendah
Tidak gemar kerja mencabar
Kurang keyakinan pada diri sendiri
Kurang berminat untuk mendapatkan maklum balas
Melihat diri sebagai kurang menarik dari segi personality
TAJUK 3 Bentuk Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sinopsis
Keberkesanan P & P tidak akan dapat diketahui sehingga pelajar-
pelajar di uji sejauh mana tahap kefahaman mereka. Oleh itu satu
mekanisme seharus nya di cari bagi menilai pencapaian mereka.
Pelajar-pelajar ini dinilai dengan pelbagai cara dan kaedah yang dapat
meneliti dengan lebih perinci serta keesahan nya. Beberapa kaedah
serta cara yang dikemukakan seharus nya dapat membantu guru khas
nya dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual yang menilai pelajar
mereka dengan pelbagai cara untuk melihat ’produk’ yang dihasilkan
pelajar.
HASIL PEMBELAJARAN
Pendidik akan memahami dengan lebih lanjut lagi mengenai :-
i. Penilaian formatif
ii. Penilaian Sumatif
iii. Pemerhatian
26
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
iv. Portfolio
v. Hasil Kerja ( Produk )
KERANGKA TAJUK-TAJUK
3.1 PENILAIAN FORMATIF
Penilaian formatif adalah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai
keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk
yang diajar.
Ciri-ciri : dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi
memperbaiki kurikulum.
dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi
daripada penilaian ini digunakan secara terus menerus.
bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan
input akan masalah yang dihadapi murid dalam mengikuti
pembelajaran.
27
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran
berlangsung
maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta
dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar
pelajar dan guru sama-sama memperolehi manfaat
daripadanya
Contoh: sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan
ujian di bilik darjah yang tidak ditentukan gred.
Prosedur Penilaian Formatif
Menentukan topik pembelajaran.
Sukatan pelajaran mengandungi beberapa topik yang
seharusnya dihabiskan sepanjang sesi persekolahan untuk
satu tahun.
Topik berdasarkan sukatan pelajaran disusun mengikut
peringkat kesukaran.
Seandainya topik tersebut mempunyai cakupan yang luas,
maka penekanan harus diberikan dan mungkin diperlukan
dikecilkan kepada sub-topik tertentu.
Dengan cara ini guru akan dapat memastikan murid-murid
menguasai sesuatu sub-topik tertentu terlebih dahulu
sebelum meneruskan kepada topik-topik seterusnya.
Sebelum beralih kepada topik lain, guru akan mengadakan
ujian formatif untuk melihat tahap penguasaan sesuatu topik.
Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik pembelajaran.
28
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
Guru menentukan kebolehan pelajar dalam mengenal
warna, simbol, membaca dan lain-lain mengikut keperluan
topik berkenaan.
Setelah aspek berkenaan ditentukan, maka guru boleh
menentu tahap penguasaan murid-murid dalam bilik darjah
terhadap satu-satu topik berkenaan.
Dalam hal ini apabila keputusan menunjukkan 80% hingga
90% pelajar telah menunjukkan penguasaan terhadap
sesuatu topik, memperlihatkan bahawa kebanyakan pelajar
sudah menguasai topik berkenaan.
Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik.
Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam
topik-topik pembelajaran pada peringkat perlakuan tertentu
dengan berdasarkan taksonomi pendidikan.
Setelah pemeringkatan mengikut tahap perlakuan selesai,
gurus seterusnya mengaitkan semua elemen berkenaan
yang terdapat dalam satu-satu topik agar saling bertautan
dan tidak terpisah.
Jadual 3.1 Taksonomi Kognitif Bloom (1956)
TAHAP ISTILAH
29
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
PengetahuanIngat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll daripada pembelajaran yang lepas.
Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.
KefahamanMengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.
Pilih, terangkan,tulis semula.
Penggunaan Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data, dll.
selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.
AnalisisSesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.
Bezakan, pasti, pilih.
SintesisMenyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.
Bina, hasilkan, susun, kembangkan.
PenilaianMembuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik
Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.
Membentuk soalan ujian.
Dilakukan selepas penentuan elemen-elemen berkenaan setiap elemen berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar
sekurang-kurangnya satu soalan.
Mencadangkan langkah susulan.
30
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
Guru mengetahui tahap penguasaan sesuatu topik
pembelajaran di samping kesukaran yang dihadapi oleh
murid-murid.
Tindakan susulan harus dilaksanakan berdasarkan
keputusan ujian yang diperolehi.
Contoh: murid-murid masih menunjukkan kelemahan ketara
dalam sesuatu topik, maka tindakan selanjutnya yang harus
diambil oleh guru ialah mengulang semula topik berkenaan
atau mengubah suai pendekatan penyampaian agar murid-
murid boleh menguasai topik tersebut.
Tujuan Penilaian Formatif: memperbaiki pengajaran pembelajaran.
meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu
pelajaran.
memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama
ada pada penyampaian guru atau penguasaan murid dan
seterusnya guru akan memperbaiki agar murid dapat
menguasai dengan lebih baik.
menolong murid-murid menguasai sesuatu unit atau topik
pembelajaran dan ini memungkinkan mereka memperolehi
pencapaian yang lebih baik pada akhir penggal atau
semester persekolahan.
memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian pelajar.
Menjadi satu kepuasan kepada seseorang guru apabila
beliau dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dari
semasa ke semasa.
guru dapat meninggi dan mengekalkan pencapaian yang
memuaskan. Hal ini melalui perbandingan yang boleh dibuat
antara pencapaian murid sekarang dengan pencapaian
murid-murid lalu melalui rekod ujian formatif yang telah
dikendalikan dan mencatatkan masalah yang dihadapi oleh
murid-murid dahulu serta langkah penyelesaian yang telah
diambil. Dengan cara ini, guru dapat mengekalkan prestasi
31
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
pelajar dan meramal pencapaian pada akhir penggal
persekolahan.
mengubah suai pengajaran seseorang guru.
guru juga dapat menentukan pendekatan yang lebih baik
dalam penyampaian.
memberikan bimbingan pembelajaran kepada murid-murid.
menjadikan murid sentiasa bersedia untuk menduduki siri
ujian yang dijalankan dan dengan itu memerlukan ketekunan
dan tumpuan kepada topik-topik pembelajaran
Latihan
3.2 PENILAIAN SUMATIF
Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir
penggal/ akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir
32
Senaraikan DUA contoh ‘penilaian formatif’ serta bina soalan-
soalan tersebut dengan mengaitkan dengan EMPAT Bidang
dalam Pendidikan Seni Visual.
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
pelajar. Berbeza dengan penilaian formatif yang lebih menumpukan
kepada penilaian penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk, penilaian
sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir
penggal persekolahan atau akhir tahun yang juga dapat menentukan
keberkesanan sesuatu kurikulum.
Ciri- ciri:
lebih menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar dalam
satu-satu topik pembelajaran
untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu
penggal persekolahan dan digunakan untuk menentukan
keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan
Langkah-langkah membentuk ujian sumatif :
Membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi
maklumat yang lengkap berkaitan objektif, bentuk item,
jumlah item, tempoh penilaian, kandungan dan sebagainya.
Ini bagi memastikan kesahan ujian yang bakal dilaksanakan
dan kebolehpercayaan keputusan yang diperolehi.
Menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan
perlakuan yang ingin diuji. Setiap item haruslah menguji
objektif pelajaran yang telah ditetapkan
Mengumpul item secara sistematik. Misalnya
mengelompokkan item mengikut bentuk yang sama. Item
objektif diasingkan dengan item mengisi tempat kosong, esei
dan sebagainya. Item juga boleh disusun mengikut susunan
topik atau mengikut aras kemahiran kognitif. Misalnya
menyusun soalan bermula aras rendah diikuti aras lebih
tinggi.
Menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan
kertas ujian. Ini dapat mengelakkan berlakunya bias dalam
pemberian markah murid-murid.
33
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
Menyediakan arahan yang jelas tentang apa yang
seharusnya murid lakukan dalam menjawab setiap soalan
yang dikemukakan.
Menguji item tersebut terlebih dahulu melalui ujian rintis
kepada sampel pelajar bagi memastikan ujian yang bakal
dijalankan itu benar-benar sah dan boleh dipercayai serta
dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud pada
item berkenaan.
Menganalisis item yang telah ditadbir secara rintis bagi
mengetahui aras kesukaran item, daya diskriminasi item,
ketunggalan item, kesahan dan kebolehpercayaan
berkenaan serta memastikan pilihan jawapan yang
disediakan (distraktor) dapat berperanan dengan baik
Tujuan :
membantu murid-murid secara individu dalam meningkatkan
pencapaian.
memberikan gred kepada murid-murid berdasarkan
pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang
diadakan.
mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh
pelajar. Ini berdasarkan skor yang diperolehi oleh pelajar
dalam penilaian yang dijalankan.
dijadikan petunjuk dalam memulakan sesuatu kursus baru
yang berkaitan.
memperlihatkan peringkat pencapaian yang berbeza
mengikut kumpulan
Latihan
34
Senaraikan DUA contoh ‘penilaian sumatif’ serta bina soalan-soalan
tersebut dengan mengaitkan dengan EMPAT Bidang dalam Pendidikan
Seni Visual.
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
3.3 PEMERHATIAN
Kaedah Pemerhatian Pemerhatian
Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang
digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian
juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau
pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga. Melalui
pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek
berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti.
Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-
perubahan tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku subjek
sama ada dari jauh atau dari dekat.
Menggunakan kaedah ini, penyelidik atau pemerhati perlu rnemerhati
sampel-sampelnya dalam tempoh masa yang tententu. Kaedah
pemerhatian ini banyak digunakan dalam bidang sains tulen yang
menjalankan kajian dalam makmal sains dan bidang sains sosial.
Biasanya ciri-ciri yang ingin diperhati adalah sangat halus dan
terperinci dan ini menjadikan keputusan yang dibuat lebih tepat.
Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya apabila penyelidik
mengkaji perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial, misalnya
mengkaji perkembangan tingkah laku kanak-kanak, kesan kesesakan
terhadap kecenderungan pemberontakan, kesan kebisingan terhadap
tingkah laku agresif dan kebimbangan di kalangan individu yang
menghadiri temuduga. Kaedah pemerhatian juga sering digunakan
dalam penyeliaan praktikum kaunseling dan latihan mengajar di
kalangan kaunselor dan guru pelatih.
35
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu membuat
perancangan yang baik dan teliti. Setiap pemerhatian mestilah
mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara sistematik, mempunyai
fokus, dan mestilah dicatatkan secara rapi dan betul. Catatan yang
dibuat mestilah tepat, sah, dan boleh dipercayai.
Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori pemerhatian
iaitu kategori tingkah laku, unit tingkah laku, paras tafsiran pemerhati,
generalisasi dan penggunaan serta pensampelan tingkah laku.
Kategori-kategori tersebut memperincikan ciri-ciri tingkah laku yang
perlu diperhati dan direkodkan.
Tingkah laku saling berkaitan antara satu sama lain. Tingkah laku yang
berkait dan berlaku berterusan ini perlu dikategorikan ke dalam
golongan yang eksklusif. Dengan kata lain, semua kemungkinan
tingkah laku yang berlaku seharusnya upaya dikenal pasti dan tidak
bertindan antara satu sama lain. Sistem pengkodan kategori tingkah
laku oleh Flanders (1974) adalah satu contoh kaedah merekod
maklumat yang melalui kaedah ini proses merekod maklumat dapat
dilakukan dengan mudah dan tepat.
Semakin kecil unit tingkah laku digunakan untuk merekod pemerhatian,
semakin senang tingkah laku tersebut diperhati dan direkodkan.
Penggunaan unit tingkah laku yang kecil akan meningkatkan kesahan
dan kebolehpercayaan pemerhatian. Selain itu, paras tafsiran
pemerhati juga akan mempengaruhi ketepatan maklumat mengenai
tingkah laku yang diperhatikan. Kesukaran mengadakan piawaian
dalam paras tafsiran pemerhati sering menjejaskan ketepatan dan
kesempurnaan data yang diperoleh.
Perhatian khusus perlu diberikan dalam membuat generalisasi sesuatu
tingkah laku kerana sesetengah tingkah laku bersifat khusus untuk
penyelidikan tertentu sahaja, sementara sesetengah yang lain boleh
36
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
digunakan dalam pelbagai penyelidikan. Selain isu mengenai
generalisasi ini, isu yang lain ialah pensampelan tingkah laku.
Umumnya tingkah laku yang kompleks terjadi secara berterusan dan
agak mustahil penyelidik dapat memerhati tingkah laku tersebut secara
berterusan.
Bagi mengatasi masalah ini, penyelidik mestilah membuat
pensampelan sama ada pensampelan tingkah laku atau pun
pensampelan masa. Persampelan tingkah laku merujuk kepada jenis
kejadian yang hendak dijadikan sampel, sementara pensampelan
masa pula merujuk kepada perwakilan masa yang dapat mewakili
masa berlakunya tingkah laku yang diperhati.
Jenis-jenis Pemerhatian
Pemerhatian Peserta
Jenis pemerhatian ini melibatkan pemerhati menjadi seorang daripada
ahli dalam kumpulan yang hendak diperhati dan pada masa yang
sama ia membuat pemerhatian. Menggunakan kaedah pemerhatian
ini, penyelidik memainkan dua peranan iaitu sebagai peserta dan
pemerhati.
Kebaikan kaedah pemerhatian jenis ini ialah penyelidik dapat
mengalami sendiri aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan ini
menjadikan dapatan pemerhatian lebih sah dan boleh dipercayai.
Menggunakan kaedah ini juga memungkinkan maklumat-maklumat
yang tersembunyi atau yang tidak dijangka dapat diperhati di peringkat
awal.
Pemerhatian Bukan Peserta
37
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
Jenis pemerhatian ini memerlukan pemerhati memilih tempat yang
sesuai untuk membuat pemerhatian. Tempat pemerhatian mestilah
memberi peluang semaksimum mungkin kepada pemerhati untuk
membuat .pemerhatian secara teliti terhadap segala gerak geri ahli
kumpulan atau individu yang diperhati. Pemerhatian boleh dibuat
dengan bantuan peralatan seperti alat-alat rakaman termasuk
teropong, kaset, dan kamera video.
Kebaikan kaedah ini ialah responden kajian mungkin tidak menyedari
akan kehadiran pemerhati dan dengan itu ia akan menunjukkan
tingkah laku yang tulen dan tidak berpura-pura. Data-data yang
diperoleh lebih tulen dan ini akan menyumbang kepada ketepatan
maklumat yang dikumpul. Maklumat yang tepat akan menyumbang
pula kepada keputusan yang lebih tepat.
Kebaikan Kaedah Pemerhatian
• Pemerhatian terhadap sampel-sampel kajian adalah lebih
terperinci, jelas,teliti dan tepat dan ini akan menyumbang
kepada dapatan kajian yang lebih sah serta boleh
dipercayai.
• Maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian sama
ada dijangka atau tidak boleh menjadi bahan rujukan
penting dalam kajian.
• Penyelidik boleh memastikan bahawa maklumat yang
diperoleh daripada pemerhatian benar-benar dari sampel
yang ingin dikaji bukan wakil sampel yang telah dikenal
pasti.
Kelemahan Kaedah Pemerhatian
38
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
• Sampel yang diperhati mungkin berlakon apabila tingkah
laku mereka diperhati dan diteliti.
• Sampel mungkin merasa tidak selesa dan senang hati
apabila tingkah laku mereka diperhati.
• Pemerhati yang tidak bertanggungjawab mungkin akan
membuat pemerhatian yang tidak konsisten dan sesuka
hati mereka.
• Pemerhati mungkin bias terhadap sampel yang
diperhatikan disebabkan faktor lain seperti perbezaan
ras, budaya, fahaman, dan nilai.
3.4 Portfolio
Pengenalan Dalam Pendidikan Seni Visual, penyimpanan atau
dokumentasi bahan bukti proses pembelajaran pelajar adalah
digalakkan. Bahan bukti ini mengandungi pengetahuan, kemahiran dan
pemikiran serta penyataan perasaan pelajar. Bahan ini dikumpulkan
dan dipersembahkan secara terancang. Rakaman Proses
Pembelajaran Rakaman proses pembelajaran ini merangkumi
beberapa kecerdasan dan ia dikaitkan dengan alat penilaian benar.
Melalui portfolio Pendidikan Seni Visual, semua pihak dapat melihat :
• Himpunan rakaman urutan proses hasilan kerja pelajar
• Contoh hasil kerja pelajar
• Penyataan perasaan pelajar semasa proses
pembelajaran Pendidikan Seni Visual
• Hasil penulisan, ilustrasi atau gambar yang menjadi
sebahagian peristiwa penting untuk dikongsi bersama
pihak lain
• Petunjuk keupayaan dan refleksi pelajar tentang proses
kerja serta hasil kerja seni
39
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
Dari segi konsep, portfolio Pendidikan Seni Visual berasaskan kepada
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, yang turut melibatkan
proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan. lni disebabkan
portfolio Pendidikan Seni Visual, selain mendokumenkan urutan proses
kerja, turut menuntut kemahiran mencetuskan idea secara kritis untuk
melakukan penggubahan secara kreatif, sama ada melalui alat, bahan
atau teknik tertentu.
Pelajar patut dapat merancang proses kerja dengan memastikan
masalah yang akan ditempuh sebelum dan sepanjang melakukan kerja
dan berupaya pula menentukan keputusan muktamad dalam membuat
pilihan bagi mendapat hasil kerja yang terbaik. Proses ini dirakamkan
dalam portfolio supaya ia menjadi bahan bukti untuk tatapan dan
mampu juga menjadi salah satu alat penilaian benar dalam proses
pembelajaran pelajar.
Bentuk Portfolio Portfolio Pendidikan Seni Visual lebih merupakan
portfolio dokumentasi proses sepanjang kerja seni dilakukan dan
bukan sekadar portfolio persembahan. Justeru, bentuk portfolio
menampakkan kajian, perancangan, eksperimen dan penentuan
berhubung dengan hasil yang hendak dibuat.
Secara umumnya bentuk portfolio yang dicadangkan mengandungi 4
aspek :
Kajian
• Pemerhatian dan pengamatan
• Koleksi bahan serta rekod daripada bahan rujukan yang
sesuai dengan kegiatan
• Rumusan dan pertimbangan dalam membuat pemilihan
Lakaran
• Eksperimentasi melalui lakaran dan lukisan sebelum
mendapat idea yang konstruktif ‘Pewujudan Idea’
40
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
• Perkembangan lakaran berkaitan tema atau tajuk
Rangka Sebenar
• Merangka reka cadang atau model
• Menentukan alatan dan bahan
• Prototaip (jika berkaitan)
Persembahan Portfolio
• Ringkas, menjimatkan, menarik dan tepat
• Mengikut urutan
• Bersih, kemas dan mudah digunakan Keempat-empat
aspek yang meliputi kajian, lakaran, rangka sebenar dan
persembahan boleh dihasilkan melalui sebarang bentuk,
bergantung kepada keupayaan dan kemampuan fizikal
pelajar, sekolah dan kemudahan yang ada
kemungkinan besar pelajar akan menyediakan portfolio dalam
bentuk seperti:
• Jurnal
• Diari
• Laporan
• Kompilasi catatan yang dijilid
• Beberapa helaian kertas yang di kokot
• Ataupun mungkin disket/cakera padat terdapat beberapa
kegunaan portfolio secara umum.
Antaranya :
• Untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada
hasil kerja dan pencapaian pelajar
• Untuk membantu pelajar membuat refleksi terhadap hasil
keria sendiri
• Untuk membantu ibu bapa, pentadbir dan guru lain
mengetahui
• kemajuan pembelajaran pelajar
41
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
• Memberi peluang kepada pelajar bersama
mengusahakan hasil kerja sendiri
• Menentukan kriteria bagi membandingkan hasil kerja
seorang pelajar dengan pelajar yang lain
Cadangan Kandungan Portfolio
Kandungan portfolio seboleh mungkin dapat merakamkan
beberapa kecerdasan, antaranya:
Kecerdasan linguistik seperti :
• Catatan pra penulisan
• Draf projek penulisan
• Huraian bertulis tentang tajuk /tema/kajian
• Proses Penyelesaian masalah
Kecerdasan ruang-,visual seperti:
• Lakaran, catan, cetakan, kolaj, montaj, gambar rajah,
peta minda, carta aliran
Sampel gambar 2 dimensi dan 3 dimensi.
Kecerdasan interpersonal seperti :
• Maklum balas bertulis daripada rakan sebaya, guru dan
pihak lain
• Laporan rakan sebaya Kecerdasan interpersonal seperti:
• Catatan jurnal
• Esei, senarai semak, kegiatan penilaian kendiri
• Sampel latihan refleksi kendiri
• Soal selidik
• Carta kemajuan
• Catatan refleksi tentang hasil kerja sendiri
3.5 Hasil Kerja
Pemerhatian hasil kerja adalah penilaian pencapaian kebolehan dan
kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja. Kriteria-kriteria
42
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
yang relevan dalam penilaian adalah gubahan, interpretasi, kemahiran,
fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan.
Aspek afektif juga boleh dinilai oleh guru semasa menggunakan
kaedah pemerhatian. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni Visual,nilai-nilai yang sesuai diperhatikan adalah
kebersihan dan keteraturan, keselamatan, ketekunan,
bekerjasama,ketelitian dan kesempurnaan.
Penilaian secara lisan dan interaksi ialah satu kaedah penilaian di
mana guru berinteraksi dengan murid untuk mengetahui tahap
penguasan murid terhadap aspek seni, kemahiran berkomunikasi
dalam bahasa seni dan menilai potensi murid dalam kemahiran berfikir.
Aktiviti-aktiviti lisan yang boleh dijalankan ialah soal jawab, peta minda,
kuiz, temubual, teka teki, forum, seminar, lakonan dan sumbangsaran.
Perkara-perkara yang boleh dinilai secara lisan adalah penguasan
pengetahuan, pemahaman konsep, penguasan kemahiran berfikir dan
belajar, kemahiran berbahasa seni dan sosial, perkembangan daya
kreatif dan mengenalpasti perlakuan emosi, perasaan dan perubahan
sikap murid.
Penilaian secara penulisan pula dapat mengesan dan mengukur
perkembangan dan pemahaman murid dalam pelbagai aspek
pengetahuan serta merekod proses dalam bentuk folio.
Penilaian menggunakan kaedah penulisan dapat merangsang
pemikiran mur id secara logikal, kritikal dan analitikal. Murid juga
digalakkan membuat kajian, eksperimentasi serta membuat
perancangan.
Melalui penilaian ini, guru dapat menilai tahap penguasan
pengetahuan, pemahaman konsep, proses dan teknik serta kemahiran
43
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
bahasa seni dan kemahiran berfikir. Pembinaan soalan-soalan obejktif
dan subjektif harus
menggambarkan pembelajaran secara keseluruhan yang
menitikberatkan aras kesukaran berasaskan Taxonomy Bloom seperti
pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Tamat
44