Pengumpulan Data Peribadi - connellbrothers.com General Notice BM.pdf · Kami mengumpul data...

download Pengumpulan Data Peribadi - connellbrothers.com General Notice BM.pdf · Kami mengumpul data peribadi daripada anda apabila anda membuka ... dan maklumat atau data lain yang berkaitan

If you can't read please download the document

Transcript of Pengumpulan Data Peribadi - connellbrothers.com General Notice BM.pdf · Kami mengumpul data...

  • 1

    NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

    Connell Bros. Company (Malaysia) Sdn. Bhd. (CBCM atau kita atau kami mengikut mana-mana yang berkenaan) berusaha untuk melindungi data peribadi anda. Notis Perlindungan Data Peribadi ini (Notis), yang dikeluarkan menurut keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, meringkaskan maklumat penting berhubung dengan pengumpulan, pemprosesan, penggunaan, penzahiran, pemindahan dan penyimpanan data peribadi yang kami kumpul daripada anda. Data peribadi adalah maklumat yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan seseorang individu, yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti daripada maklumat itu atau daripada maklumat itu dan maklumat lain. Pengumpulan Data Peribadi

    Kami mengumpul data peribadi daripada anda apabila anda membuka akaun atau mendaftar dengan kami (sama ada untuk menjadi pembekal kami atau untuk membeli barang-barang atau perkhidmatan daripada kami), semasa sebarang transaksi komersial dan urus niaga anda dengan kami, melalui penggunaan laman sesawang kami, memaparkan maklumat di kawasan umum laman sesawang kami, menghubungi kami atau membuat pertanyaan dengan kami, membekal barang-barang atau perkhidmatan kepada kami, membeli barang-barang atau perkhidmatan daripada kami, mengisi borang permohonan, kajian atau borang lain yang berkaitan yang mengandungi data peribadi anda atau meminta kami untuk memberikan maklumat kepada anda.

    Jenis data peribadi dan dokumen yang kami mungkin kumpul daripada anda termasuk: butir-butir peribadi seperti nama, gelaran, jantina, tarikh lahir, nombor pengenalan pendaftaran

    nasional / paspot, numbor pendaftaran GST dan jika berkenaan, butir-butir identiti lain, tandatangan, salinan kad pengenalan / paspot dan jika berkenaan, dokumen identiti lain;

    butir-butir yang diperlukan untuk menghubungi anda atau untuk penghantaran produk atau perkhidmatan seperti alamat surat-menyurat, alamat penghantaran, alamat e-mel, nombor faksimili dan nombor telefon;

    data bayaran seperti nombor akaun bank, nombor kad kredit/debit, salinan penyata akaun bank; dan maklumat atau data lain yang berkaitan yang diperlukan untuk menentusahkan dan/atau untuk memproses transaksi pembayaran (bergantung kepada kaedah dan cara pembayaran yang dipilih oleh anda);

    data mengenai urus niaga anda dengan kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat pembelian dan barang yang telah ditolak atau dipulangkan kepada kami;

    maklum balas berhubung dengan penilaian produk (seperti taksiran, ulasan dan aduan); maklumat dan pandangan mengenai anda yang mungkin kami perolehi daripada mana-mana pihak

    lain contohnya daripada referi anda dan daripada menjalankan pemeriksaankeselamatan, kredit dan/atau pemeriksaan-pemeriksaan lain dan daripada penaksiran, pendapat, penilaian prestasi dan penilaian-penilaian kami;

    data kajian pasaran seperti barang-barang yang diutamakan/tidak diutamakan dan sumber-sumber bekalan; dan

    sebarang data peribadi dan dokumen yang mungkin dikehendaki daripada anda atau yang mungkin diberikan oleh anda dalam atau menurut sebarang borang /dokumen/kontrak khusus yang melibatkan anda atau penyertaan anda.

    Setakat mana dan ketepatan data peribadi dan/atau dokumen yang dikumpulkan daripada anda mungkin berbeza dari kes ke kes bergantung kepada beberapa faktor dan keadaan, seperti sifat transaksi dan urus niaga dengan anda, kehendak dan keperluan khusus dan tahap dan sifat barang-barang atau perkhidmatan yang dibeli/diperlukan, atau bentuk komunikasi yang diingini. Pemprosesan, Penggunaan, Penzahiran & Pemindahan Data Peribadi

    Kami akan memproses (termasuk menentusah, memegang, menyimpan, menyusun, menyesuai, mendapat kembali, mengubah, mengubah suai, membetul, memadam, menghapus dan/atau memusnah), mengguna, menzahir dan/atau berkongsi data peribadi dan dokumen yang kami mungkin akan kumpul atau yang telah dikumpulkan daripada anda atau yang mana anda mungkin akan berikan atau yang telah diberikan kepada kami untuk, antara yang lain, maksud yang berikut atau mana-mana daripadanya: untuk menaksir, menilai dan mempertimbangkan sama ada untuk menerima dan mendaftar

    anda/seseorang/entiti sebagai pembekal kami atau pelanggan-pelanggan (yang mana berkenaan)

  • 2

    atau untuk membeli barang-barang atau perkhidmatan daripada atau untuk membekal atau menjual barang-barang atau perkhidmatan kepada anda/seseorang/entiti (yang mana berkenaan), atau untuk meneruskan dengan mana-mana transaksi atau urus niaga yang tersebut di atas;

    untuk menghubungi atau berkomunikasi dengan anda berhubung dengan: (a) prosedur-prosedur pengurusan perhubungan pelanggan/pengguna; dan (b) aktiviti-aktiviti, produk-produk dan perkhidmatan kami (sama ada masa kini atau masa depan), dan anak-anak syarikat, syarikat-syarikat bersekutu dan entiti-entiti yang berkaitan dengan kami dan mana-mana perniagaan berkaitan mereka;

    untuk membuat apa-apa perjanjian atau kontrak bagi pembelian barang-barang atau perkhidmatan daripada kami atau oleh kami (yang mana berkenaan);

    untuk menghantar serah barang-barang, perkhidmatan atau notis-notis kepada anda dan untuk memberikan apa-apa penjagaan dan sokongan pelanggan berterusan kepada anda;

    untuk menjalankan aktiviti-aktiviti promosi, pemasaran dan aktiviti-aktiviti profil pelanggan berhubung dengan barang-barang atau perkhidmatan yang dibekal atau dijual oleh atau melalui kami;

    untuk maksud pentadbiran dan pengurusan termasuk untuk: (a) penilaian kredit and pemeriksaan dan penilaian latar belakang yang lain; (b) memproses transaksi/arahan pembayaran; (c) penyenggaraan akaun anda dengan kami; (d) pemungutan pembayaran tertunggak daripada anda atau yang lain; (e) penyimpanan rekod dalaman; dan (f) penyelidikan atau analisa statistik;

    pencegahan atau pengesanan jenayah, pematuhan dengan mana-mana obligasi di sisi undang-undang, pengawalseliaan dan statutori, perintah mahkamah atau kehendak mana-mana undang-undang yang berkenaan, kaedah, peraturan, kod, garis panduan dan sebagainya yang terpakai sama ada mempunyai kuatkuasa undang-undang atau tidak; dan

    mana-mana maksud lain yang dinyatakan di sini, mana-mana kontrak dengan anda, atau notis perlindungan data peribadi / polisi privasi kami (sebagaimana yang diubah atau diubahsuai dari masa ke semasa).

    Kami mungkin berkongsi dan menzahirkan data peribadi anda kepada mana-mana satu daripada kategori / kelas pihak ketiga yang berikut: syarikat induk, anak-anak syarikat dan mana-mana syarikat lain yang berkaitan atau bersekutu

    dengan kami (termasuk mereka yang akan ditubuhkan pada masa akan datang); mana-mana pengawalseliaan, statutori, kerajaan atau pihak-pihak berkuasa lain yang berkaitan,

    badan-badan atau agensi dan pengawal selia industri, dan mana-mana orang lain yang mana kami diperlukan, dikehendaki atau dibenarkan untuk berbuat demikian di sisi undang-undang, peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah, proses undang-undang atau litigasi;

    rakan kongsi perniagaan, kontraktor-kontraktor, penasihat-penasihat, konsultan-konsultan dan pembekal-pembekal perkhidmatan lain (sama ada di dalam atau di luar Malaysia) berkaitan dengan mana-mana maksud yang dinyatakan dalam Notis ini dan/atau untuk melaksanakan fungsi bagi pihak kami atau untuk membekal penyelenggaran atau perkhidmatan lain kepada kami atau mereka yang berkaitan dengan perniagaan kami (seperti pergudangan dan penghantaran, pemasaran, pengiklanan dan percetakan, teknologi maklumat dan pembangunan perisian, hos dan pengurusan laman sesawang, perkhidmatan pejabat, perundangan, perakaunan, audit dan pembekal-pembekal perkhidmatan profesional yang lain); dan

    mana-mana orang, pihak atau penasihat berkenaan yang berkaitan dengan mana-mana usahasama, kerjasama, pengambilalihan, atau mana-mana cadangan berkaitan dengannya yang melibatkan kami atau mana-mana bahagian daripada kami atau semua atau mana-mana bahagian daripada perniagaan, aset atau liabiliti kami atau yang berhubung dengan sesuatu percantuman atau penyusunan semula yang melibatkan kami.

    Kesemua maksud yang dinyatakan di kedua-dua perenggan tersebut di atas selepas ini dirujukkan secara kolektif sebagai Maksud. Data peribadi anda akan dipindahkan kepada ibu pejabat korporat kami di Amerika Syarikat, ibu pejabat serantau dan/atau syarikat-syarikat berkaitan kami untuk pemprosesan dan penyimpanan data. Data peribadi anda mungkin juga akan dipindah ke satu atau lebih lokasi lain di luar Malaysia jika diperlukan atau difikirkan perlu atau wajar oleh kami berkaitan dengan sebarangMaksud.

  • 3

    Kegagalan untuk Memberikan Data Peribadi

    Ia adalah wajib untuk anda memberikan data peribadi anda dan dokumen yang berkaitan kepada kami untuk membolehkan kami memproses data peribadi untuk mana-mana Maksud. Sekiranya tidak, kami tidak akan dapat mengguna, memproses atau menzahir atau terus mengguna, memproses atau menzahir data peribadi anda bagi maksud (yang berkenaan) untuk pembekalan dan penjualan barang-barang atau perkhidmatan oleh kami kepada anda, atau bagi anda untuk membekal barang-barang atau perkhidmatan kepada kami, dan bagi mana-manaMaksud. Keselamatan

    Kami akan mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk melindungi data peribadi anda dan akan berusaha untuk melaksanakan langkah-langkah yang sesuai sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai untuk melindungi data peribadi anda daripada penggunaan atau pemprosesan tanpa kebenaran atau yang menyalahi undang-undang dan akses atau penzahiran, pengubahan atau pemusnahan data peribadi anda tanpa kebenaran atau tidak disengajakan. Walau bagaimanapun, kami tidak mempunyai kawalan terhadap privasi dan keselamatan mana-mana komunikasi semasa ia dalam transit kepada kami. Penyimpanan

    Kami tidak akan menyimpan data peribadi anda lebih lama daripada sewajarnya yang diperlukan bagi Maksud data peribadi tersebut diberikan kepada kami melainkan yang dibenarkan atau diperlukan selaras dengan keperluan undang-undang. Akses Kepada & Pembetulan Data Peribadi, Soalan dan Maklumat Lanjut

    Anda boleh menghubungi kami dan (tertakluk kepada bayaran fi yang tidak melebihi amaun yang dibenarkan di sisi undang-undang, jika ada, yang berkenaan) membuat pertanyaan, aduan dan/atau permintaan, secara bertulis, untuk akses kepada, atau pembetulan, data peribadi anda yang disimpan oleh kami atau untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda dengan mengemukakan permintaan anda tersebut kepada Pegawai Perlindungan Data Peribadi melalui e-mel atau pos berdaftar atau dihantar secara persendirian ke alamat yang dinyatakan di bawah:- Nombor Telefon: 603-51220070 Alamat e-mel: [email protected] Alamat surat-menyurat: Connell Bros. Company (Malaysia) Sdn. Bhd., Plot 14, Jalan 31/48, Seksyen 31, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Sebarang permintaan untuk mengakses atau permintaan pembetulan atau mengehadkan pemprosesan data peribadi anda adalah tertakluk kepada kehendak, sekatan dan peruntukan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan mana-mana kaedah, peraturan, perintah, kod dan hak kami di bawahnya. Kami mungkin akan mengkaji semula, mengemaskini, meminda atau mengubah suai Notis ini dari masa ke semasa untuk mencerminkan perubahan-perubahan di sisi undang-undang dan amalan, polisi dan tatacara perniagaan kami. Memandangkan ia mungkin sukar untuk kami memberitahu kepada anda tentang perubahan kepada Notis ini, versi terbaru Notis ini mungkin akan terdapat di laman sesawang kami di www.connellbros.com. Anda dinasihati untuk memeriksa laman sesawang kami untuk membaca versi terkini Notis ini. k:\work\corp\l\382\corp\26832-cbcm(pdpa)\docs\translation\pdp general notice bm-02(14062016).docx

    NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI butir-butir yang diperlukan untuk menghubungi anda atau untuk penghantaran produk atau perkhidmatan seperti alamat surat-menyurat, alamat penghantaran, alamat e-mel, nombor faksimili dan nombor telefon; data bayaran seperti nombor akaun bank, nombor kad kredit/debit, salinan penyata akaun bank; dan maklumat atau data lain yang berkaitan yang diperlukan untuk menentusahkan dan/atau untuk memproses transaksi pembayaran (bergantung kepada kaedah dan c... data mengenai urus niaga anda dengan kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat pembelian dan barang yang telah ditolak atau dipulangkan kepada kami; data kajian pasaran seperti barang-barang yang diutamakan/tidak diutamakan dan sumber-sumber bekalan; dan sebarang data peribadi dan dokumen yang mungkin dikehendaki daripada anda atau yang mungkin diberikan oleh anda dalam atau menurut sebarang borang /dokumen/kontrak khusus yang melibatkan anda atau penyertaan anda.Setakat mana dan ketepatan data peribadi dan/atau dokumen yang dikumpulkan daripada anda mungkin berbeza dari kes ke kes bergantung kepada beberapa faktor dan keadaan, seperti sifat transaksi dan urus niaga dengan anda, kehendak dan keperluan khusus d... untuk menaksir, menilai dan mempertimbangkan sama ada untuk menerima dan mendaftar anda/seseorang/entiti sebagai pembekal kami atau pelanggan-pelanggan (yang mana berkenaan) atau untuk membeli barang-barang atau perkhidmatan daripada atau untuk memb... untuk menghubungi atau berkomunikasi dengan anda berhubung dengan: (a) prosedur-prosedur pengurusan perhubungan pelanggan/pengguna; dan (b) aktiviti-aktiviti, produk-produk dan perkhidmatan kami (sama ada masa kini atau masa depan), dan anak-anak sy... untuk membuat apa-apa perjanjian atau kontrak bagi pembelian barang-barang atau perkhidmatan daripada kami atau oleh kami (yang mana berkenaan); untuk menghantar serah barang-barang, perkhidmatan atau notis-notis kepada anda dan untuk memberikan apa-apa penjagaan dan sokongan pelanggan berterusan kepada anda; untuk menjalankan aktiviti-aktiviti promosi, pemasaran dan aktiviti-aktiviti profil pelanggan berhubung dengan barang-barang atau perkhidmatan yang dibekal atau dijual oleh atau melalui kami; pencegahan atau pengesanan jenayah, pematuhan dengan mana-mana obligasi di sisi undang-undang, pengawalseliaan dan statutori, perintah mahkamah atau kehendak mana-mana undang-undang yang berkenaan, kaedah, peraturan, kod, garis panduan dan sebagainy... mana-mana maksud lain yang dinyatakan di sini, mana-mana kontrak dengan anda, atau notis perlindungan data peribadi / polisi privasi kami (sebagaimana yang diubah atau diubahsuai dari masa ke semasa). mana-mana pengawalseliaan, statutori, kerajaan atau pihak-pihak berkuasa lain yang berkaitan, badan-badan atau agensi dan pengawal selia industri, dan mana-mana orang lain yang mana kami diperlukan, dikehendaki atau dibenarkan untuk berbuat demikian...Kesemua maksud yang dinyatakan di kedua-dua perenggan tersebut di atas selepas ini dirujukkan secara kolektif sebagai Maksud.