pengurusan dokumen terperingkat

download pengurusan dokumen terperingkat

of 17

Transcript of pengurusan dokumen terperingkat

  • 8/1/2019 pengurusan dokumen terperingkat

    1/17

    1

    Pada awal ceramah En Zul, beliau menerangkan pendahuluan tentang pengurusan dokumen

    terperingkat. Isi-isi penting adalah seperti di bawah :-

    PENDAHULUAN

    Dalam perkhidmatan awam, terdapat pelbagai jenis ataupun pengklasifikasian

    dokumen kerajaan. Antaranya ialah dokumen rasmi, dokumen terperingkat, maklumat rasmi

    dan persendirian. Dokumen rasmi ditakrifkan sebagai apa-apa maklumat yang tercatat

    berkenaan dengan perkara rasmi. Contoh dokumen rasmi ialah perkara bertulis, bertaip,

    fotograf, fotosalinan, pelan cetak, jalur rakaman, pelan, pelan lakar, lukisan, huruf cetak atur,

    huruf cetak miring, dan juga acuan. Dokumen rasmi terbahagi kepada dua jenis iaitu:

    a) Dokumen TerperingkatDokumen Terperingkat merupakan dokumen rasmi yang mengandungi maklumat

    rasmi yang mesti doberi perlindungan untuk kepentingan keselamatan dan yang

    bertanda dengan sesuatu peringkat keselamatan.

    b) Dokumen Tidak BerperingkatDokumen rasmi yang mengandungi maklumat rasmi tetapi tidak bertanda dengan

    sesuatu peringkat keselamatan diketahui sebagai dokumen tidak berperingkat.

    Meskipun demikian sebagai harta kerajaan dokumen-dokumen kategori ini perlu

    diberikan perlindungan keselamatan secukupnya.

    Dokumen terperingkat pula dibahagikan kepada empat jenis iaitu Rahsia Besar,

    Rahsia, Sulit dan Terhad. Keempat-empat kategori ini berkaitan dengan Peringkat

    Keselamatan iaitu suatu prosedur yang digunakan dalam pengurusan dokumen rasmi

    kerajaan. Pendefinisian keempat - empat peringkat keselamatan tersebut dapat dilihat

    dengan jelas seperti berikut:

    a) Rahsia BesarDokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa

    kebenaran akan menyebabkan kerosakan yang amat besar kepada Malaysia.

  • 8/1/2019 pengurusan dokumen terperingkat

    2/17

    2

    Contoh:

    i. Kertas-kertas Jemaah Menteri yang sangat penting mengenai dasar utamaKerajaan berkaitan perkara-perkara politik dan ekonomi;

    ii. Maklumat-maklumat yang sangat penting mengenai perancangan gerakan danpenamatan barisan peperangan angkatan tentera jika berlaku perang;

    iii. Surat-menyurat dengan Kerajaan negara asing mengenai aspek perdagangan danpertahanan yang amat penting;

    iv. Maklumat lengkap berkenaan dengan pertubuhan-pertubuhan perisikan Malaysiadan kaedah-kaedahnya.

    b) RahsiaDokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan-bahan rasmi, yang jika didedahkan tanpa

    kebenaran akan membahayakan keselamatan negara, menyebabkan kerosakan besar

    kepada kepentingan dan martabat sesebuah kuasa asing.

    Contoh:

    i. Arahan-arahan penting untuk perwakilan-perwakilan Malaysia yang membuatperundingan dalan negara asing;

    ii. Maklumat-maklumat penting mengenai pemasangan-pemasangan tentera;iii. Maklumat-maklumat penting mengenai pertubuhan-pertubuhan subversif dan

    kegiatan-kegiatannya;

    iv. Surat-menyurat antara jabatan mengenai perkara-perkara dasar yang penting.

    c) SulitDokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi, yang jika didedahkan tanpa

    kebenaran walaupun tidak membahayakan keselamatan negara tetapi memudaratkan

    kepentingan atau martabat Malaysia atau kegiatan Kerajaan atau orang perseorangan

    atau akan menyebabkan keadaan memalukan atau kesusahan kepada pentadbiran atau

    akan menguntungkan sebuah kuasa asing.

    Contoh:

    i. Laporan-laporan perisikan biasa;ii. Dokumen-dokumen dan panduan-panduan teknik untuk kegunaan latihan tentera

    atau polis;

  • 8/1/2019 pengurusan dokumen terperingkat

    3/17

  • 8/1/2019 pengurusan dokumen terperingkat

    4/17

    4

    orang-orang atau pihak-pihak yang boleh mengancam keselamatan negara. Aset yang paling

    berharga kepada kerajaan adalah maklumat yang dilindungi.

    Dua aspek penting dalam Surat Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 1987 dan Akta Rahsia

    Rasmi 1972, Pindaan 1987 ialah :

    a) Perlantikan dan kuasa pegawai awam untuk mengkelaskan dokumen/surat rasmiJabatan;

    b) Kuasa untuk mengkelaskan semula dokumen/suratan rahsia rasmi Jabatan supayaianya terhenti menjadi rahsia rasmi.

    PENGURUSAN DOKUMEN TERPERINGKAT

    Semua jabatan yang mengurus dokumen-dokumen terperingkat hendaklah

    mewujudkan satu sistem bagi menerima, memproses, menyimpan dan menghantar dokumen-

    dokumen tersebut supaya ianya diuruskan berasingan daripada dokumen-dokumen tidak

    terperingkat. Sistem itu hendaklah dilaksanakan oleh satu bahagian terasing yang dinamakan

    Pendaftaran Rahsia. Tugas dan tanggungjawab bagi menyelia bahagian ini hendaklah diberi

    kepada seorang penjawat awam dalam jawatan tetap yang digelar Pendaftar Rahsia. Dalam

    pejabat-pejabat kecil mungkin tidak boleh ditubuhkan Pendaftaran Rahsia yang berasingan

    tetapi prinsip bahawa dokumen-dokumen terperingkat diterima, diproses, disimpan dan

    dihantar berasingan daripada dokumen-dokumen tidak terperingkat hendaklah diikuti dan

    hanya boleh diuruskan oleh penjawat-penjawat awam yang dibenarkan sahaja. Di dalam

    keadaan-keadaan tertentu selain daripada menubuhkan Pendaftaran Rahsia, satu atau lebih

    Pendaftaran Kecil Rahsia boleh diwujudkan di Jabatan-jabatan. Rujukan kepada Pegawai

    Keselamatan Kerajaan hendaklah dibuat di dalam perkara ini.

    Tugas dan tanggungjawab seseorang Pendaftar Rahsia hendaklah termasuk:

    a) menyimpan satu rekod yang diperingkatkan tidak rendah daripada Sulitmengandungisemua fail terperingkat mengikut peringkatnya di Pendaftaran Rahsia;

    b) menerima dan memproses dokumen-dokumen terperingkat serta mengedarkannyakepada semua pegawai yang berkenaan mengikut arahan-arahan jabatan. Sampul-

  • 8/1/2019 pengurusan dokumen terperingkat

    5/17

    5

    sampul surat yang bertulis Persendirian mestilah dihantar dengan tidak dibuka kepada

    pegawai yang dialamatkan. Surat yang dialamatkan dengan nama penerima hanya

    boleh dibuka oleh penama itu sahaja dan surat yang dialamatkan dengan nama sesuatu

    jawatan Kerajaan hanya boleh dibuka oleh penjawat jawatan itu atau penggantinya

    atau Ketua Jabatannya;

    c) menghantar semua dokumen terperingkat dengan selamat dan menentukan supayaakuan terima bagi dokumen-dokumen yang dihantar itu diterima;

    d) menye1enggarakan satu sistem pergerakan fail-fail terperingkat dan semuapergerakan fail terperingkat hendaklah direkodkan. Pendaftar Rahsia mestilah

    mengetahui tempat kedudukan tiap-tiap fail terperingkat dan untuk ini audit fail

    berkala hendaklah dibuat untuk menentukan fail-fail terperingkat masih ada dalam

    simpanan penerima;

    e) bertanggungjawab sepenuhnya kepada Ketua Jabatan mengenai kese1amatanPendaftaran Rahsia termasuk penyimpanan semua perkara terperingkat.

    Di dalam ceramah En Zul, beliau boleh juga memasukkan maklumat tambahan seperti Peringkat

    Keselamatan dan Tanda Keselamatan. Isi-isi penting adalah seperti di bawah :-

    PERINGKAT KESELAMATAN

    Perkara terperingkat hendaklah diperingkatkan dengan salah satu daripada peringkat

    keselamatan yang berikut:

    Rahsia Besar, Rahsia, Sulit, Terhad.

    Peraturan bagi keselamatan maklumat yang dilindungi oleh peringkat keselamatan

    adalah ditetapkan mengikut tafsiran supaya semua perkara terperingkat diberi perlindungan

    keselamatan yang sepatutnya. Peraturan - peraturan bagi memperingkatkan dokumen dengan

    peringkat keselamatan yang betul adalah seperti berikut:

    a) peringkat bagi sesuatu dokumen adalah semata-mata bergantung kepadakandungannya sahaja dan tidak bergantung kepada peringkat fail berkenaan atau

    kepada peringkat dokumen yang dirujuk. Dokumen-dokumen di atas perkara yang

  • 8/1/2019 pengurusan dokumen terperingkat

    6/17

    6

    sama tidak semestinya diberi peringkat yang sama dengan peringkat dokumen yang

    terdahulu daripadanya;

    b) peringkatbagi sesuatu dokumen tidak semestinya bergantung kepada perkara utamaatau perkara-perkara yang berkaitan. Sesuatu dokumen yang tidak terperingkat yang

    mungkin mengandungi beberapa maklumat terperingkat mungkin perlu

    diperingkatkan;

    c) ada kalanya maklumat-maklumat yang terkumpul yang diperolehi daripada beberapadokumen memerlukan peringkat yang lebih tinggi daripada peringkat sesuatu

    dokumen;

    d) peringkat bagi sesuatu dokumen yang mempunyai lampiran atau kembaran mestilahdiperingkatkan dengan peringkat lampiran atau kembaran yang tertinggi sekali;

    misalnya dokumen yang mengandungi lampiran terperingkat Rahsia Besar mestilah

    diperingkatkan Rahsia Besar tetapi dokumen terperingkat Rahsia Besar mungkin

    mengandungi lampiran yang terperingkat Terhadataupun tidak terperingkat langsung;

    e) sebelum memberi salah satu peringkat keselamatan yang tinggi kepada sesuatudokumen, pemulanya hendaklah menentukan jika dokumen tersebut dikompromi

    ianya boleh menyebabkan kerosakan seperti yang dibayangkan dalam tafsiran

    peringkat-peringkat keselamatan, dan sarna ada langkah-langkah keselamatan yang

    diambil mengikut peringkat keselamatan yang tinggi seperti yang diberi benar-benar

    perlu. Misalnya, adakah dengan terdedahnya dokumen tersebut benar-benar

    membahayakan keselamatan negara, menyebabkan kerosakan besar kepada

    kepentingan dan martabat Malaysia atau memberi keuntungan besar kepada sesebuah

    kuasa asing, sebagaimana yang ditafsirkanRahsia;

    f) bahaya yang timbul dengan penggunaan peringkat keselamatan yang terlalu rendahadalah nyata tetapi juga tidak kurang bahayanya dengan penggunaan peringkat

    keselamatan yang terlalu tinggi yang tidak seimbang dengan peringkat keselamatan

    yang betul. Penggunaan peringkat keselamatan yang tinggi yang tidak mustahak akan

    membebankan setiap orang yang menyelenggarakan dokumen tersebut dengan

    langkah-langkah yang sebenarnya tidak perlu. Amalan ini akan mengakibatkan

    peraturan-peraturan bagi menyelenggarakan perkara terperingkat tidak dihiraukan dan

    dengan sendirinya melemahkan keseluruhan sistem kawalan keselamatan

    perlindungan;

  • 8/1/2019 pengurusan dokumen terperingkat

    7/17

    7

    g) oleh kerana penggunaan Persendirian mungkin mengakibatkan gangguan perjalananprosidur biasa pejabat maka ianya hendaklah digunakan jika betul-betul mustahak di

    atas sebab-sebab keselamatan;

    h) peringkat bagi sesuatu fail tidak boleh rendah daripada peringkat dokumen tertinggisekali yang terkandung dalam sesuatu fail. Peringkat fail mungkin perlu lebih tinggi

    daripada peringkat dokumen jika maklumat yang terkumpul di dalamnya memerlukan

    peringkat yang lebih tinggi.

    Pemula bagi sesuatu perkara terperingkat adalah bertanggungjawab mengulangkaji

    peringkat perkara itu dengan tujuan mengubah peringkatnya jika perlu dan juga

    memaklumkan kepada mereka yang berkenaan apabila peringkat itu diubah. Perkara

    terperingkat yang dimaksudkan akan menjadi kurang penting keselamatannya pada sesuatu

    tarikh yang ditetapkan hendaklah dituliskan demikian oleh pemulanya dengan menyatakan

    tarikh dan peringkat yang baharu atau bahawa perkara itu akan menjadi tiada terperingkat.

    Perkara terperingkat hanya boleh diturunkan peringkatnya dengan persetujuan pemulanya

    TANDA KESELAMATAN

    Peringkat keselamatan hendaklah ditanda kepada dokumen terperingkat yang kekal

    dan teguh terjilid dengan huruf cerai atau dicap huruf besar tidak kurang daripada 7 mm di

    sebelah luar kulit hadapan dan belakang, di muka tajuk, di muka surat pertama dan

    penghabisan. Peringkat keselamatan hendaklah juga ditanda dengan huruf cerai atau dicap

    dengan huruf besar di penjuru kiri sebelah atas dan di penjuru kanan sebelah bawah di setiap

    muka yang mengandungi perkara bertulis, bercetak atau bercap.

    Peringkat keselamatan hendaklah ditanda kepada dokumen terperingkat yang tidak

    kekal atau tidak teguh terjilid dengan dicap, ditaip atau ditulis dengan huruf besar di penjuru

    kiri sebelah atas dan di penjuru kanan sebelah bawah tiap-tiap muka surat yang mengandungi

    perkara bertulis, bercetak atau bercap.

    Peringkat keselamatan hendaklah ditanda kepada lukisan terperingkat, tekapan

    terperingkat, negatif foto terperingkat dan gambar foto terperingkat supaya peringkatnya

  • 8/1/2019 pengurusan dokumen terperingkat

    8/17

    8

    dapat dilihat pada salinan yang dibuat daripadanya. Sebagai tambahan peringkat keselamatan

    hendaklah ditanda di sebelah belakang gambar-gambar foto terperingkat.

    Peringkat keselamatan fail terperingkat hendaklah ditanda di sebelah luar kulit

    hadapan dan belakang. Nombor rujukan fail hendaklah ditulis di sebelah luar kulit hadapan

    dan tajuknya dicatatkan di sebelah dalam kulit hadapan. Hanya tajuk fail Terhadsahaja boleh

    dicatatkan di sebelah luar kulit hadapan.

    Kulit-kulit fail terperingkat adalah diberi warnna tertentu; kulit fail Rahsia Besar

    berwarna kuning dengan berpalang merah di sebelah luar kulit hadapan danbelakang, kulit

    failRahsia berwarna merah jambu dengan berpalang merah di sebelahluar kulit hadapan dan

    belakang, kulit fail Sulitberwarna hijau dan kulit fail Terhad berwarna putih.

    Rajah 1 : Kulit fail-fail Dokumen Terperingkat

    Dokumen terperingkat yang dikeluarkan sebagai panduan tetap mestilah bertulis

    dengan salah satu peringatan mengikut peringkatnya di kulit luar dan muka tajuk seperti

    berikut:

    a) Rahsia Besar"Dokumen ini ialah hak milik Kerajaan MalaysiaINegeri dan dimaksudkan bagi

    makluman sendiri dan lain-lain pegawai yang perlu mengetahui kandungannya

    dalam masa menjalankan tugas-tugas rasmi mereka. Maklumat yang terkandung

    dalam dokumen ini tidak boleh diberitahu secara langsung atau tidak kepada akhbar

    atau sesiapa yang tidak dibenarkan~.

  • 8/1/2019 pengurusan dokumen terperingkat

    9/17

    9

    b) Rahsia atau Sulit"Dokumen ini ialah hak milik Kerajaan Malaysia Negeri dan dimaksudkan bagi

    makluman orang-orang yang perlu mengetahui kandungannya dalam masa

    menjalankan tugas-tugas rasmi mereka. Maklumat yang terkandung dalam dokumen

    ini tidak boleh diberitahu secara langsung atau tidak kepada akhbar atau sesiapa

    yang tidak dibenarkan~.

    c) Terhad"Maklumat yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh diberitahu secara

    Langsung atau tidak kepada akhbar atau sesiap ayang tidak dibenarkan~.

    Selain daripada peringatan-peringatan dalam perenggan di atas, dokumen tersebut

    hendaklah juga mengandungi kenyataan tambahan yang berikut:

    "Sesiapa yang menjumpai dokumen ini adalah dikehendaki oleh undang-undang

    menyerahkannya kepada Pejabat Daerah, Balai Polis atau Pejabat Angkatan Tentera

    untuk dihantar kepada Pejabat Pegawai Keselamatan Kerajaan berserta dengan

    keterangan-keterangan termasuk tarikh, masa, tempat dan bagaimana dijiumpai.

    Menyimpan atau membinasakan dokumen ini dengan tiada kebenaran adalah suatu

    kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972".

    Tiap-tiap dokumen terperingkat hendaklah diberi satu nombor rujukan oleh

    pemulanya. Nombor muka sural hendaklah juga diberi kepada tiap-tiap muka Dokumen

    terperingkat yang mengandungi lebih daripada satu muka. Nombor itu hendaklah dicatatkan

    di bahagian tengah sebelah atas tiap-tiap muka dan nombor muka surat berikutnya dicatatkan

    di penjuru kanan sebelah bawah tiap-tiap muka.

    Semua dokumen terperingkat hendaklah menunjukkan pembahagian dan bilangan

    salinan yang dihantar kepada tiap-tiap penerima atau salinan kepada lain-lain fail.

    Salinan-salinan tambahan dokumen terperingkat Rahsia Besar atau Rahsia hanya

    boleh dibuat dengan kebenaran pemulanya sahaja. Satu senarai pembahagian yang baharu

  • 8/1/2019 pengurusan dokumen terperingkat

    10/17

    10

    hendak1ah dihantar kepada pemula. Di dalam keadaan tertentu, sekiranya peraturan ini tidak

    dapat diperolehi alas sebab-sebab kesuntukan masa sedangkan

    dokumen itu memerlukan tindakan segera maka pemula dokumen berkenaan hendaklah

    diberitahu dengan segera jumlah salinan tambahan dan pembahagian yang telah dibuat.

    Dokumen-dokumen diakaunkan hendaklah diberi nombor siri mengikut bilangan

    salinan dan tidak boleh dibinasakan tanpa kebenaran pemula. Pemula adalah dikehendaki

    menyelenggarakan senarai pembahagian dokumen tersebut dan membuat semakan sekurang-

    kurangnya setahun sekali untuk menentukan dokumen-dokumen tersebut masih di dalam

    simpanan pemegang-pemegang. Apabila pemegangnya bertukar atau meninggalkan

    perkhidmatan, beliau hendaklah menyerahkan dokumen tersebut kepada penggantinya. Resit

    akuan terima hendaklah dikeluarkan dan penyerahan ini dicatatkan ke dalam sijil penyerahan

    dan pengambilan tugas. Dokumen-dokumen diakaunkan hendaklah ditanda dengan huruf

    besar Dokumen Diakaunkan pada tiap-tiap muka dan jika kekal terjilid ditanda hanya pada

    sebelahluar kulit, muka pertama dan akhir sahaja.

    Selain itu, beliau boleh juga memasukkan maklumat lain seperti Keselamatan Dokumen, Tujuan

    Keselamatan Dokumen, Pihak-Pihak Yang Inginkan Dokumen Kerajaandan Ancaman

    Kepada Negara. Penegasan dalam penyampaian ceramah adalah perlu. Dengan ani hadirin dapat

    menyedari kepentingan bagi Pengurusan Dokumen Terperingkat ini. Isi-isi penting adalah seperti di

    bawah :-

    KESELAMATAN DOKUMEN

    Keselamatan Dokumen bermaksud kawalan ke atas dokumen rahsia rasmi dan dokumen

    rasmi daripada pendedahan tanpa kebenaran. Dalam pepasangan komputer,

    dokumen termasuk pita magnet dan lain-lain bentuk di mana maklumat boleh diproses,

    disimpan dan dihantar.

  • 8/1/2019 pengurusan dokumen terperingkat

    11/17

    11

    TUJUAN KESELAMATAN DOKUMEN

    1) Menentukan orang yang tidak mendapat kebenaran daripada mempunyai ekseskepada dokumen rasmi atau rahsia rasmi kerajaan;

    2) mencegah dan menghalang orang yang mempunyai ekses daripadamengkomprominya;

    3) membantu siasatan dalam kegiatan espionaj, kebocoran dan pelanggaran keselamatan.

    PIHAK-PIHAK YANG INGINKAN DOKUMEN KERAJAAN

    1) Pengintip2) Pembangkang3) Kakitangan yang tidak beramanah4) Orang awam yang mempunyai kepentingan

    ANCAMAN KEPADA NEGARA

    a) Kegiatan parti-parti komunis dalam negeri; danb) Negara-negara blok komunis duniac) Kegiatan-kegiatan pelampau:

    i. Subversifii. Espionaj

    iii. Sabotajiv. Kelemahan manusia

    i. Subversif

    Kegiatan yang dijalankan oleh pertubuhan-pertubuhan atau orang perseorangandi

    dalam atau di luar negara yang tidak sampai kepada perbuatan peperangan yang

    bermaksud menghancur dan membinasakan ketenteraman yang ada dengan cara-cara

    yang salah di sisi undang-undang atau yang bertentangan dengan perlembagaan.

  • 8/1/2019 pengurusan dokumen terperingkat

    12/17

    12

    ii. Espionaj

    Kegiatan untuk memperolehi perkara terperingkat dengan cara tersembunyi atau salah

    di sisi undang-undangbagi tujuan yang memudaratkan keselamatan atau kepentingan

    Malaysia.

    iii. Sabotaj

    Satu perbuatan atau omitan bertujuan menyebabkan kerosakan fizikal untuk

    kepentingan sesebuah kuasa asingatau sesuatu tujuan politik yang subversif. Boleh

    dilakukan pada masa aman atau perang.

    iv. Kelemahan manusia

    1.1.Keinginan menunjuk-nunjuk mengenai pengetahuan sesuatu perkaraterperingkat.

    1.2.Kecuaian mematuhi arahan-arahan keselamatan.1.3.Tidak cermat ketika bercakap melalui telefon atau tempat-tempat awam mengenai

    perkara terperingkat.

    1.4.Kecuaian kerana berlebih-lebihan ketagih minuman keras atau dadah.

    Di dalam ceramah Encik Zul, nasihat En Zul dalam aspek-aspek yang telah dinyatakan

    adalah seperti berikut : -

    PENYIMPANAN DOKUMEN TERPERINGKAT

    Kaedah menyimpan dokumen terperingkat ialah :

    a) Semua dokumen di bawah kategori rahsia besar hendaklah disimpan dalam peti besiyang seelok-eloknya dipasang dengan kunci tatakira. Walau bagaimanapun jika

    dokumen tersebut sedang digunakan ianya boleh disimpan secara sementara di dalam

    kabinet fail yang dikunci dan menggunakan palang besi berkunci. Peti besi dan

  • 8/1/2019 pengurusan dokumen terperingkat

    13/17

    13

    Kabinet besi yang berkenaan perlu mempunyai dua kunci dan disimpan oleh dua

    pegawai yang berasingan. ;

    b) Bagi dokumen rahsia pula, cara penyimpanannya sama dengan dokumen rahsia besar;c) Jika bangunan tidak mempunyai kawalan keselamatan yang rapi, dokumen hendaklah

    dikembalikan ke bilik kebal/peti besi.

    Rajah 2 : Peti besi dengan kunci tatakira, bilik kebal dan kabinet fail berpalang besi

    d) Bagi dokumen Sulit dan Terhad pula hendaklah disimpan di dalam Kabinet Besi atauAlmari Besi Berkunci;

    e) Penyimpanan sementara boleh dibuat dalam lain-lain peti yang berkunci seperti yangdibenarkan oleh Pegawai Keselamatan Jabatan

    Rajah 3 : Almari Besi Berkunci dan kabinet besi

    f) Semua dokumen terperingkat yang ditinggalkan untuk jangka waktu yang singkattanpa ditunggu hendaklah diletakkan di dalam bilik yang dikunci dan tingkap ditutup

    dan juga dikunci. Jika dokumen tersebut ditinggalkan dalam waktu yang lama

    (melebihi 10 minit) dokumen tersebut hendaklah disimpan dalam kabinet/almari besi

    yang dikunci.

  • 8/1/2019 pengurusan dokumen terperingkat

    14/17

    14

    g) Semua kunci bagi almari besi/kabinet/bilik tempat penyimpanan dokumenterperingkat hendaklah disimpan oleh Pengarah/Timbalan Pengarah dan/atau

    Pegawai-Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang diberi kuasa oleh

    Pengarah/Timbalan Pengarah. Bagi pegawai-pegawai kanan yang mempunyai

    Pembantu Khas masing-masing, mereka boleh mengarahkan Pembantu-pembantu

    Khas tersebut menyimpan kunci-kunci berkenaan;

    h) Pengarah/Timbalan Pengarah adalah dikehendaki mempastikan pegawai-pegawaiyang akan bertukar/bersara hendaklah menyerahkan dokumen dan kunci tersebut

    kepada pegawai lain yang mengambilalih tugas sebelum tarikh pertukaran/bersara;

    i) Pengarah/Timbalan Pengarah hendaklah menyerahkan rekod dokumen-dokumentersebut kepada Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia untuk

    didaftarkan.

    PENYIMPANAN PERKARA TERPERINGKAT SELAIN DARIPADA DOKUMEN

    TERPERINGKAT

    Perkara terperingkat hendaklah disimpan dalam peti-peti keselamatan yang sewajar dengan

    peringkatnya seperti berikut:

    a) dokumen terperingkatRahsia Besarhendaklah disimpan di dalam bilik kebal atau petibesi yang seelok-eloknya dipasang dengan kunci tatakira. Dokumen-dokumen yang di

    dalam tindakan penjawat-penjawat awam boleh disimpan untuk sementara waktu

    dalam kabinet fail keluli atau almari keluli yang dipasang dengan palang besi

    berkunci tetapi jika bangunan yang diduduki itu tidak mempunyai kawalan

    keselamatan yang rapi, dokumen-dokumen tersebut hendaklah dikembalikan untuk

    disimpan dalam bilik kebal atau peti besi;

    b) dokumen terperingkatRahsia hendaklah disimpan sama seperti dokumen terperingkatRahsia Besar atau dalam kabinet keluli atau almari keluli yang dipasang dengan

    palang besi berkunci;

    c) dokumen-dokumen terperingkat Sulitdan Terhad hendaklah disimpan dalam kabinetkeluli atau almari keluli dan untuk simpanan sementara dalam lain-lain peti yang

    berkunci seperti yang dibenarkan oleh Pegawai Keselamatan Jabatan.

  • 8/1/2019 pengurusan dokumen terperingkat

    15/17

    15

    Perkara terperingkat yang lain daripada dokumen terperingkat termasuk buangan

    terperingkat yang belum dibinasakan hendaklah disimpan mengikut peraturan di atas kecuali

    jika keadaannya tidak membenarkan, hendaklah disimpan mengikut peraturan yang

    dibenarkan oleh Pegawai Keselamatan Jabatan dengan persetujuan Pegawai Keselamatan

    Kerajaan.

    Pejabat yang mengandungi perkara terperingkat jika ditinggalkan untuk jangka waktu

    yang singkat tanpa ditunggu hendaklah dikunci dan tingkap-tingkap ditutup untuk

    menghindarkan orang-orang yang tidak dibenarkan daripada dapat memperhati dan

    memperolehi perkara-perkara terperingkat. Jika pejabat ditinggalkan untuk jangka waktu

    yang panjang tanpa ditunggu misalnya seperti waktu makan, perkara terperingkat hendaklah

    dikunci di dalam peti-peti keselamatan sewajar dengan peringkatnya.

    MEMBAWA DOKUMEN TERPERINGKAT KELUAR PEJABAT

    Dokumen terperingkat tidak sekali-kali boleh dibawa keluar dari pejabat melainkan jika

    dikehendaki untuk rujukan rasmi di lain-lain tempat. Dokumen-dokumen terperingkat

    Rahsia Besar atau Rahsia tidak sekali-kali boleh dibawa balik ke rumah oleh pegawai-

    pegawaiyang memerlukannya melainkan jika atas sebab-sebab yang terkecuali untuk berbuat

    demikian sama ada sekali sekala atau sebagai amalan biasa, hendaklah mendapat kebenaran

    bertulis Ketua Setiausaha Kementerian atau Setiausaha Kerajaan Negeri yang berkenaan.

    Kebenaran bertulis Ketua Jabatan hendaklah didapati terlebih dahulu untuk membawa balik

    dokumen-dokumen terperingkat Sulit atau Terhad ke rumah. Dokumen terperingkat tidak

    boleh dibawa keluar dari pejabat melainkan jika dikehendaki untuk rujukan rasmi di lain

    tempat.

    Di akhir ceramah, En Zul merumuskan apa yang telah disampaikan dan menekankan

    kesan akibat tidak mematuhi prosedur dengan betul. Isi-isi penting adalah seperti di

    bawah :-

  • 8/1/2019 pengurusan dokumen terperingkat

    16/17

    16

    PENUTUP

    Kesimpulannya, seorang penjawat awam yang telah dilantik perlulah mematuhi peraturan-

    peraturan mahupun prosedur yang telah ditetapkan terutamanya dalam pengurusan dokumen

    terperingkat.

    Dalam hal ini, penjawat awam adalah tertakluk kepada beberapa akta dan peraturan seperti

    Akta Rahsia Rasmi 1972, Arahan Perkhidmatan (Bab 4; Pengurusan Fail-fail di Pejabat),

    Arahan Keselamatan dan juga Surat Pekeliling Am (Pemeliharaan Rekod-rekodKerajaan Bil.

    1 tahun 1997). Penguatkuasaan peraturan-peraturan tersebut amatlah penting dalam

    memastikan keselamatan dan perlindungan dokumen-dokumen rasmi kerajaan khususnya

    dokumen rasmi terperingkat daripada sebarang ancaman keselamatan iaitu kegiatan-kegiatan

    subversif , espionaj,sabotaj dan kelemahan-kelemahan manusia lainnya. Sekiranya peraturan-

    peraturan ini tidak dipatuhi oleh seorang penjawat awam terutamanya dalam prosedur

    penyimpanan dokumen terperingkat sulit dan terhad, maka, tidak mustahil keselamatan

    negara akan tergugat malah boleh menyebabkan penjawat awam tersebut didakwa atas

    kesalahannya menjadi pengkhianat negara.Justeru itu, adalah mustahak bagi seorang

    penjawat awam menyedari dan mengambil berat akan semua peraturan yang telah ditetapkan

    ke atas mereka sepanjang bergelar kakitangan kerajaan demi mengekalkan keamanan dan

    kedaulatan negara daripada dipermain-mainkan mahupun diperlekehkan oleh musuh negara.

    Segala dokumen rasmi kerajaan yang dipertanggungjawabkan perlulah diurus dengan baik

    mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan sebagai lambang kecintaan kepada negara

    dan kerajaan yang memerintah.

  • 8/1/2019 pengurusan dokumen terperingkat

    17/17

    17

    RUJUKAN

    Abdul Aziz Hussin. (1997). Undang -undang BerkaitanRahsia Rasmi. Kuala Lumpur:

    DewanBahasa dan Pustaka.

    Kementerian Belia dan Sukan. (2009). Prosedur Kualiti. Diperoleh pada Oktober 10, 2010

    daripadahttp://www.kbs.gov.my/iso/PK-KBS%20%28S%29-02.pdf

    Kerajaan Malaysia. (1981. Surat Pekeliling Am Sulit Bilangan 3.

    Lembaga Penyelidikan Undang-Undang (Penyusun).(2010). Akta Rahsia Rasmi

    1972( Akta88). Petaling Jaya: International Law Book Services.

    http://web.utm.my/registrar/images/NotaPTK2010/notaptk08_01_dokumen.pdf

    http://bimbingandankaunseling.blogspot.com/2007/11/fail-dan-rekod.html

    http://pendaftar.uitm.edu.my/latihan/images/stories/Nota_Induksi/Kump1/arahan_keselamata

    n.pdf

    http://www.kbs.gov.my/iso/PK-KBS%20%28S%29-02.pdfhttp://www.kbs.gov.my/iso/PK-KBS%20%28S%29-02.pdfhttp://www.kbs.gov.my/iso/PK-KBS%20%28S%29-02.pdfhttp://web.utm.my/registrar/images/NotaPTK2010/notaptk08_01_dokumen.pdfhttp://web.utm.my/registrar/images/NotaPTK2010/notaptk08_01_dokumen.pdfhttp://bimbingandankaunseling.blogspot.com/2007/11/fail-dan-rekod.htmlhttp://bimbingandankaunseling.blogspot.com/2007/11/fail-dan-rekod.htmlhttp://pendaftar.uitm.edu.my/latihan/images/stories/Nota_Induksi/Kump1/arahan_keselamatan.pdfhttp://pendaftar.uitm.edu.my/latihan/images/stories/Nota_Induksi/Kump1/arahan_keselamatan.pdfhttp://pendaftar.uitm.edu.my/latihan/images/stories/Nota_Induksi/Kump1/arahan_keselamatan.pdfhttp://pendaftar.uitm.edu.my/latihan/images/stories/Nota_Induksi/Kump1/arahan_keselamatan.pdfhttp://pendaftar.uitm.edu.my/latihan/images/stories/Nota_Induksi/Kump1/arahan_keselamatan.pdfhttp://bimbingandankaunseling.blogspot.com/2007/11/fail-dan-rekod.htmlhttp://web.utm.my/registrar/images/NotaPTK2010/notaptk08_01_dokumen.pdfhttp://www.kbs.gov.my/iso/PK-KBS%20%28S%29-02.pdf