Pengurusan Duit

4
Pengurusan Kewangan Perkongsian ini adalah mengenai cara kita uruskan duit secara baik & mengelakkan kita MENCURI DUIT sendiri...Ini adalah tips yang dikongsikan oleh MOTIVATOR PERNIAGAAN TERKENAL IAITU DR.AZIZAN OSMAN..anda boleh TERUSKAN MEMBACA...semoga ia bermanfaat... Apakah caranya?secara manual..anda kena sediakan 6 BIJI TABUNG di rumah anda...rembat je tabung isi kue raya atau botol2 plastik (untuk latihan peringkat permulaan) Apa anda kena buat???sediakan 6 TABUNG

description

Pengurusan Duit

Transcript of Pengurusan Duit

Page 1: Pengurusan Duit

Pengurusan Kewangan

Perkongsian ini adalah mengenai cara kita uruskan duit secara baik &

mengelakkan kita MENCURI DUIT sendiri...Ini adalah tips yang

dikongsikan oleh MOTIVATOR PERNIAGAAN TERKENAL IAITU

DR.AZIZAN OSMAN..anda boleh TERUSKAN MEMBACA...semoga ia

bermanfaat...

Apakah caranya?secara manual..anda kena sediakan 6 BIJI TABUNG di

rumah anda...rembat je tabung isi kue raya atau botol2 plastik (untuk

latihan peringkat permulaan)

Apa anda kena buat???sediakan 6 TABUNG

Page 2: Pengurusan Duit

Pengurusan Kewangan

Berikut adalah PERATUS DUIT gaji anda

yang anda perlu simpan dlm TABUNG

ANDA!!!

Katakan jumlah pendapatan bulanan anda ialah

RM5000. Maka, duit ni perlu disimpan ke dalam 6

tabung. Iaitu:

1. Necessity / Keperluan (55%)

- duit untuk perbelanjaan bulanan seperti bayar rumah, kereta, bil letrik,

barang dapur, petrol, yuran sekolah anak dan sebagainya... termasuklah

duit untuk bagi pada ibubapa kita.

- 55% daripada pendapatan bulanan anda perlu dimasukkan ke dalam

tabung ini.

- contoh: RM5000 x 55% = RM2750 sebulan.

2. Long Term Saving for Spending (10%)

- duit untuk kegunaan masa akan datang iaitu dalam tempoh 5-10 tahun

akan datang, seperti perbelanjaan untuk umrah / haji, melancong luar

negara dan sebagainya.

- 10% daripada pendapatan bulanan anda perlu dimasukkan ke dalam

tabung ini.

- contoh: RM5000 x 10% = RM500 sebulan.

Page 3: Pengurusan Duit

Pengurusan Kewangan

3. Education (10%)

- duit untuk pendidikan diri anda sendiri (bukan untuk pendidikan

anak2). Contoh: untuk beli tiket NDT, Bengkel Nutrisi, kelas mengaji,

kelas marketing dan sebagainya.

- 10% daripada pendapatan bulanan anda perlu dimasukkan ke dalam

tabung ini.

- contoh: RM5000 x 10% = RM500 sebulan.

4. Fun (10%)

- duit ni digunakan untuk hiburan contohnya, bercuti di tempat

peranginan, spa treatment, menonton movie di pawagam, makan2

bersama keluarga dan sebagainya.

- duit ni perlu dihabiskan setiap bulan. Maknanya, setiap bulan kita perlu

spend sedikit masa dan duit untuk berehat, berhibur dan bersama

keluarga.

- kita akan lebih produktif sekiranya kita mempunyai masa rehat yang

cukup setiap bulan.

- 10% daripada pendapatan bulanan anda perlu dimasukkan ke dalam

tabung ini.

- contoh: RM5000 x 10% = RM500 sebulan.

Page 4: Pengurusan Duit

Pengurusan Kewangan

5. Financial Freedom Account (10%)

- duit ni untuk disimpan ke dalam bank sebagai pasif income. Apabila

nilainya sudah cukup, ia boleh digunakan untuk beli property atau

saham.

- 10% daripada pendapatan bulanan anda perlu dimasukkan ke dalam

tabung ini.

- contoh: RM5000 x 10% = RM500 sebulan.

6. Charity (5%)

- duit untuk diberikan kepada orang lain, contohnya bersedekah untuk

anak2 yatim, badan2 kebajikan dan sebagainya.

- 5% daripada pendapatan bulanan anda perlu dimasukkan ke dalam

tabung ini.

- contoh: RM5000 x 5% = RM250 sebulan.

Allah suka pada orang yang rajin bersedekah dan Dia akan

menambahkan lagi nikmat rezki kepada orang yang bersedekah. Oleh

itu, jika anda mempunyai pendapatan lebihan, contoh: elaun overtime,

simpan duit ni ke dalam tabung ke. 5, iaitu Financial Freedom Account

(FFA). Jangan sesekali guna untuk Fun. Bersusah2 dahulu, bersenang2

kemudian.

Apabila FFA anda sudah cukup matang, nilainya akan bertambah dengan

sendiri. Ini lah yang dikatakan pasif income, money works for you. Anda

boleh gunakan sebahagian pasif income anda untuk berhibur atau untuk

menikmati kehidupan yang lebih mewah.

Sekian,

Shukri Wahab