PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUMpkq.upsi.edu.my/wp-content/uploads/...KOKURIKULUM... · Perlu sedia...

23

Transcript of PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUMpkq.upsi.edu.my/wp-content/uploads/...KOKURIKULUM... · Perlu sedia...

Page 1: PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUMpkq.upsi.edu.my/wp-content/uploads/...KOKURIKULUM... · Perlu sedia buku rekod (Rekod nama, tarikh, nombor telefon, suhu badan, waktu melawat). ... Bagi
Page 2: PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUMpkq.upsi.edu.my/wp-content/uploads/...KOKURIKULUM... · Perlu sedia buku rekod (Rekod nama, tarikh, nombor telefon, suhu badan, waktu melawat). ... Bagi

1

PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUM Prosedur Operasi Standard (SOP) ini disediakan sebagai panduan Pusat Kokurikulum dalam menjalankan perkhidmatan dan melancarkan

proses PdP Kursus Kokurikulum Berkredit semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) . Prosedur ini diguna pakai untuk :

❖ PERKHIDMATAN DI KAUNTER

Tindakan Penerangan Ringkas

1. Kawalan Keselamatan dan Disinfeksi

i. Semua pelajar dan pelawat perlu diambil maklumat peribadi, direkod dan disaring kesihatan sebelum membuat urusan dengan kakitangan Pusat Kokurikulum. Saringan kesihatan akan dilakukan dengan mengisi borang Health Declaration, dan juga saringan suhu badan. Jika suhu badan melebihi 37.5°C atau simptom seperti sakit tekak, batuk, selsema, susah bernafas adalah tidak dibenarkan masuk dan perlu meninggalkan kawasan Pusat Kokurikulum.

ii. Semua pelajar dan pelawat adalah dinasihatkan untuk memakai penutup hidung dan mulut (face mask).

iii. Semua pelajar dan pelawat dikehendaki mencuci tangan menggunakan sabun dan air atau hand sanitiser, mengamalkan etika bersin dan batuk secara berhemah dan membuang sampah seperti tisu dan penutup hidung dan mulut (face mask) terpakai di tempat yang telah disediakan (tong sampah).

iv. Poster atau notis pemakluman berkenaan kawalan keselamatan dan infeksi akan diletakkan di dalam kawasan Pusat Kokurikulum.

Page 3: PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUMpkq.upsi.edu.my/wp-content/uploads/...KOKURIKULUM... · Perlu sedia buku rekod (Rekod nama, tarikh, nombor telefon, suhu badan, waktu melawat). ... Bagi

2

PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUM

Tindakan Penerangan Ringkas

4. Pematuhan Penjarakan Sosial i. Mengadakan penanda khas (di lantai atau di tempat yang difikirkan perlu) di kaunter

(Social Distancing) pendaftaran dan pintu masuk bagi memberi panduan kepada pelawat dan pelajar untuk mematuhi

penjarakan sosial (minimun 1 meter) meliputi, tandas, surau, pondok berehat, kerusi,

dan lain-lain.

5. Aplikasi MySejahtera i. Staf, pelawat dan pelajar perlu memuat turun dan mendaftar aplikasi MySejahtera ke dalam

telefon bimbit masing-masing untuk pengesanan kontak rapat.

ii. Perlu sedia buku rekod (Rekod nama, tarikh, nombor telefon, suhu badan, waktu melawat)

kemasukan pengunjung.

Page 4: PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUMpkq.upsi.edu.my/wp-content/uploads/...KOKURIKULUM... · Perlu sedia buku rekod (Rekod nama, tarikh, nombor telefon, suhu badan, waktu melawat). ... Bagi

3

PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUM

❖ PEMINJAMAN & PEMULANGAN PERALATAN SUKAN

✓ Stor Peralatan KSAS ✓ Stor Peralatan KSAS Pusat Kokurikulum ✓ Stor Peralatan KSAS Arena ✓ Stor Peralatan UAP

Page 5: PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUMpkq.upsi.edu.my/wp-content/uploads/...KOKURIKULUM... · Perlu sedia buku rekod (Rekod nama, tarikh, nombor telefon, suhu badan, waktu melawat). ... Bagi

4

PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUM Tindakan Penerangan Ringkas

Proses Peminjaman Dan Pemulangan Peralatan Sukan

❖ Sebelum

1. Semua pelajar perlu diambil maklumat peribadi, direkod dan disaring kesihatan sebelum

membuat urusan dengan kakitangan yang bertugas. Saringan kesihatan akan mengambil suhu

badan. Jika satu badan melebihi 37.5”C atau simpton seperti tekak, batuk, selsema, susah

bernafas adalah tidak dibenarkan masuk dan perlu meninggalkan kawasan stor peralatan.

2. Semua pelajar adalah dinasihatkan untuk memakai penutup hidung dan mulut (face mask).

3. Menghadkan bilangan pelajar yang datang bagi tujuan peminjaman dan pemulangan pada satu-

satu masa iaitu 2 orang (maksimum)

Page 6: PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUMpkq.upsi.edu.my/wp-content/uploads/...KOKURIKULUM... · Perlu sedia buku rekod (Rekod nama, tarikh, nombor telefon, suhu badan, waktu melawat). ... Bagi

5

PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUM

Tindakan Penerangan Ringkas

❖ Semasa

❖ Selepas

1. Kehadiran para pelajar berdasarkan jadual dan penggiliran PdP Kursus Kokurikulum Berkredit.

2. Hanya 2 orang sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam stor untuk membuat sebarang urusan dengan

petugas Pusat Kokurikulum. 3. Pelajar perlu mematuhi garis panduan keselamatan dan kebersihan dikawasan stor.

4. Semua pelajar dinasihatkan sentiasa mengamalkan kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan

menggunakan sabun dan air atau hand sanitiser. 5. Menjaga penjarakan sosial satu (1) meter.

6. Para pelajar perlu mengambil peralatan yang diperlukan berdasarkan borang atau keperluan sahaja.

7. Masa yang diperuntukan bagi pengambilan peralatan adalah dalam tempoh 10 minit sahaja.

8. Semua peralatan yang dipulangkan dibersihkan atau disanitasikan dan disimpan selepas digunakan

1. Memastikan pelajar meninggalkan stor setelah selesai urusan.

Page 7: PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUMpkq.upsi.edu.my/wp-content/uploads/...KOKURIKULUM... · Perlu sedia buku rekod (Rekod nama, tarikh, nombor telefon, suhu badan, waktu melawat). ... Bagi

6

PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUM

Tindakan Penerangan Ringkas

Kawalan Peralatan Dan Kebersihan Stor Pematuhan Penjarakan Sosial (Social Distancing) Aplikasi MySejahtera Perkhidmatan Stor Peralatan Sukan

1. Hand sanitiser akan disediakan di kaunter masuk.

2. Para pelajar digalakkan membawa hand sanitiser dan peralatan pembersihan diri masing – masing.

1. Mengadakan penanda Khas (Di lantai atau tempat yang difikirkan perlu) di kaunter peminjaman dan pintu

masuk bagi member panduan kepada para pelajar untuk mematuhi penjarakan sosial (Minimum 1 meter)

1. Pelajar perlu memuat turun dan mendaftar aplikasi MySejahtera dalam telefon bimbit masing-masing

untuk pengesanan kontak rapat.

1. Waktu operasi perkhidmatan stor peralatan sukan dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat iaitu bermula

pukul 4.30 petang hingga 7.30 malam.

2. Menghadkan jumlah atau bilangan pelajar yang datang bagi tujuan peminjaman dan pemulangan pada

satu-satu masa iaitu 2 orang (Maksimum).

3. Penjarakan fizikal perkhidmatan :

4. Susun meja serta kerusi bagi kakitangan bertugas di kaunter antara pelajar turut dibuat penjarakan

selamat iaitu:

a. membuat garisan pemisah/sempadan.

b. Pelajar dan kakitangan bertugas perlu mengamalkan penjarakan fizikal satu (1) meter antara

satu sama lain.

c. Amalan tidak bersalam dan berjabat tangan perlu dilaksanakan.

Page 8: PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUMpkq.upsi.edu.my/wp-content/uploads/...KOKURIKULUM... · Perlu sedia buku rekod (Rekod nama, tarikh, nombor telefon, suhu badan, waktu melawat). ... Bagi

7

PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUM

Tindakan Penerangan Ringkas

Laluan pintu masuk Mempamerkan SOP/Garis Panduan untuk Pelajar

1. Laluan masuk ke stor peralatan sukan adalah melalui penanda arah laluan masuk dan laluan keluar.

1. Menyediakan dan mempamerkan SOP/Garis Panduan untuk pelajar mengenai langkah-langkah

pencegahan penularan wabak Covid – 19.

Page 9: PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUMpkq.upsi.edu.my/wp-content/uploads/...KOKURIKULUM... · Perlu sedia buku rekod (Rekod nama, tarikh, nombor telefon, suhu badan, waktu melawat). ... Bagi

8

PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUM PANDUAN DAN PROSEDUR KELULUSAN DAN PEMBIAYAAN AKTIVITI KURSUS KOKURIKULUM (KERTAS KERJA) PUSAT KOKURIKULUM

Perkara Penerangan Ringkas

1.0 TUJUAN Prosedur ini disediakan untuk menerangkan dan melaksanakan kaedah prosedur pengurusan Pusat Kokurikulum UPSI untuk membolehkan keberkesanan pelaksanaannya. 2.0 SKOP Proses ini disediakan untuk menerangkan proses-proses pengurusan di bawah pentadbiran Pusat Kokurikulum dalam memberi perkhidmatan dan garis panduan kepada semua pelanggan yang terdiri daripada Tenaga pengajar, Instruktor, pelajar dan staf bagikelulusan dan pembiayaan aktiviti kursus kokurikulum.

3.0 PEMBIAYAAN AKTIVITI AMALI/PROJEK AKHIR /KERJA LAPANGAN

3.1 Pembiayaan persegaran (makan/minum) peserta pelaksanaan program berbentuk

pertandingan, kejohanan, kursus, kajian lapangan atau bengkel adalah mengikut kadar siling berikut :

1. Sarapan : RM 4.00 (Aktiviti Bermalam) 2. Minum pagi : RM 3.00

3. Makan tengahari : RM 7.00 4. Minum petang : RM 3.00 5. Makan malam : RM 7.00 Jumlah besar : RM 24.00

3.2 Bagi penyediaan hadiah kejohanan atau pertandingan, perbelanjaan penyediaan hadiah atau peralatan yang berkaitan dengannya dibenarkan menggunakan peruntukan yang diluluskan.

Nilai Hadiah :

DALAMAN KURSUS LUAR KURSUS/ TERBUKA

Tempat Pertama RM30.00 RM100.00

Tempat Ke-2 RM20.00 RM70.00

Tempat Ke-3 RM15.00 RM50.00

Tempat Ke-4 RM15.00 -

Page 10: PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUMpkq.upsi.edu.my/wp-content/uploads/...KOKURIKULUM... · Perlu sedia buku rekod (Rekod nama, tarikh, nombor telefon, suhu badan, waktu melawat). ... Bagi

9

PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUM 3.3 Sekiranya harga yang di pohon adalah lebih rendah daripada yang terdapat pada para

3.2 adalah digalakkan. Kelulusan pembelian medal diluluskan kadar yang sesuai oleh pengurusan Pusat Kokurikulum.

3.4 Bagi pembelian/tempahan baju T-shirt/baju korporat dan sebagainya adalah TIDAK

DIBENARKAN, memadai t-shirt persendirian sahaja untuk keseragaman pakaian. Tempahan t-shirt khas aktiviti menerusi kutipan wang pelajar mesti mendapat persetujuan semua pelajar kursus (dilampirkan dengan declaration letter dan pengesahan semua pelajar).

3.5 Kutipan wang di kalangan pelajar kursus kokurikulum berkredit dibenarkan untuk

menampung kos makan minum, tambahan aktiviti atau pembelian keperluan sampingan sekiranya peruntukkan yang diluluskan tidak mencukupi.Kedua-dua perkara tersebut perlu mendapatkan persetujuan semua pelajar/ahli kumpulan sebelum kutipan dibuat. (perlu disertakan declaration letter dan pengesahan semua pelajar).

3.6 Program/aktiviti yang dijalankan di dalam Universiti ini, perlu menggunakan

katerer/penyedia makanan yang berdaftar dengan Universiti. Tempahan juga boleh dibuat dari mana-mana kafe di kolej yang terdapat di Universiti ini.

3.7 Untuk sebarang pembelian barangan keperluan program/aktiviti, perlu mengikut

prosedur kewangan sediaada. Pemohon perlu mengemukakan 3 sebutharga dari 3 pembekal yang berdaftar dengan UPSI, analisa pembekal dan dokumen lengkap perlu dihantar ke pejabat Pusat Kokurikulum selewat-lewatnya dua minggu sebelum aktiviti berlangsung untuk penyediaan Purchase Order (PO). Hal ini menyebabkan pelajar tidak perlu membuat kutipan wang yang banyak bagi menampung belanja program/aktiviti dan lebih telus.

Page 11: PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUMpkq.upsi.edu.my/wp-content/uploads/...KOKURIKULUM... · Perlu sedia buku rekod (Rekod nama, tarikh, nombor telefon, suhu badan, waktu melawat). ... Bagi

10

PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUM 3.8 Bagi tujuan perkhemahan atau aktiviti luar keutamaan adalah menggunakan

sepenuhnya kemudahan yang terdapat di tapak perkhemahan UAP, Pusat Kokurikulum, Kampus Sultan Azlan Shah. Sekiranya berlaku pertindanan aktiviti di tapak tersebut, kelonggaran diberikan kepada Tenaga Pengajar/pelajar untuk menjalankan perkhemahan/aktiviti di luar Universiti. Tenaga Pengajar/pelajar perlu mengemukakan sebutharga bagi kemudahan yang diperlukan dari operator tapak perkhemahan. Dengan syarat mendapat persetujuan dan kelulusan Pusat Kokurikulum.

3.9 Pembiayaan aktiviti luar atau rekreasi yang memerlukan pengendalian oleh pihak

ketiga (konsultan) untuk menyokong proses PdP akan ditanggung oleh Pusat pada kadar sewajarnya setelah mendapat persetujuan dan kelulusan Pusat Kokurikulum. Pihak Pusat berhak meminda aktiviti rekreasi yang tidak diperlukan atau berlebihan atau melibatkan kos yang terlalu tinggi. Kutipan wang dari pelajar untuk menampung kos aktiviti rekreasi semasa aktiviti luar atau perkhemahan pelajar mesti mendapatkan persetujuan semua pelajar kursus/ahli kumpulan dan di lampirkan dengan (declaration letter dan pengesahan semua pelajar).

3.10 Tiada peruntukan kewangan bagipengeluaran sijil penyertaan aktiviti/sijil

penghargaan untuk AJK/urusetia/perserta dan lain-lain bagi kursus-kursuskokurikulum berkredit.

3.12 Pemberian sijil penghargaan sijil penyertaan adalah diluluskankepada pelajar/peserta

luar selain daripada pelajar yang mengikuti kursus kokurikulum berkredit. 3.13 Pemberian myCAT tidak diberi kepada pelajar yang mengikuti kursus kokurikulum

berkredit.

Page 12: PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUMpkq.upsi.edu.my/wp-content/uploads/...KOKURIKULUM... · Perlu sedia buku rekod (Rekod nama, tarikh, nombor telefon, suhu badan, waktu melawat). ... Bagi

11

PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUM 3.14 Pemberian sijil penghargaan / sijil penyertaan adalah diluluskan kepada

pelajar/peserta luar selain daripada pelajar yang mengikuti kursus kokurikulum berkredit. Bagi pembelian peralatan aktiviti guna habis yang tiada stok dalam simpanan Pusat Kokurikulum, peruntukkan kewangan akan disediakan untuk peralatan yang diperlukan untuk menyokong aktiviti PdP dan persiapan tempat. Pihak Pusat berhak menolak tuntutan pembelian peralatan yang tidak berkaitan atau pada kadar yang tidak munasabah mengikut harga pasaran.

3.15 Tuntutan kos pengangkutan, pemohon mesti menggunakan kenderaan Universiti

sahaja sebagai pengangkutan aktiviti atau tujuan tinjauan lokasi. Tuntutan petrol/tol kenderaan sendiri atau bayaran sewaan kenderaan adalah TIDAK DIBENARKAN. Tuntutan petrol/tol kenderaan sendiri atau bayaran sewaan kenderaan akan dipertimbangkan sekiranya tiada kenderaan Universiti dapat disediakan untuk tujuan di atas dengan menunjukkan bukti daripada bahagian pengangkutan.

3.16 Tuntutan bayaran sewaan kenderaan dan caj pengangkutan bagi tujuan tinjauan lokasi

program adalah TIDAK DIBENARKAN. 3.17 Bagi bayaran saguhati pensyarah/penceramah/fasilitator sambilan/penceramah

luar/individu/organisasi luar boleh memohon dari Pusat Kokurikulum. 3.18 Pemberian cenderahati menggunakan sumber peruntukan kewangan Pusat untuk

individu berikut adalah TIDAK DIBENARKAN:

• Jurulatih/Tenaga Pengajar/Instruktur kursus kokurikulum atau pengiring aktiviti yang dibayar perkhidmatannya

• Perasmi di kalangan kakitangan Pusat Kokurikulum

• Operator tapak perkhemahan yang dibayar perkhidmatannya

Page 13: PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUMpkq.upsi.edu.my/wp-content/uploads/...KOKURIKULUM... · Perlu sedia buku rekod (Rekod nama, tarikh, nombor telefon, suhu badan, waktu melawat). ... Bagi

12

PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUM 3.19 Pembayaran bagi kos penginapan dan tol/minyak

penceramah/pengadil/juri/jurulatih/jurutunjuk adalah TIDAK DIBENARKAN sekiranya pemberian honororium atau wang saguhati dibayar.

3.20 Perkara di bawah perlu dipatuhi sebelum permohonan bayaran saguhati

Pensyarah/Penceramah pensyarah/penceramah/fasilitator sambilan/penceramah luar/individu/organisasi luar dikemukakan kepada Jabatan Bendahari untuk diproses :

• borang tuntutan pensyarah/penceramah dan fasilitator sambilan/penceramah luar yang telah lengkap diisi dan ditandatangani oleh pemohon , Ketua Jabatan tempat bertugas dan Ketua Jabatan penganjur syarahan/ceramah/aktiviti

• surat arahan/perlantikan daripada Ketua Jabatan penganjur syarahan/ceramah/aktiviti

• salinan kelayakan akademik (Sijil/Diploma/Sarjana Muda/Sarjana/Ph.D/sijil kelayakan dan kemahiran profesional)

• salinan tentatif program

Page 14: PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUMpkq.upsi.edu.my/wp-content/uploads/...KOKURIKULUM... · Perlu sedia buku rekod (Rekod nama, tarikh, nombor telefon, suhu badan, waktu melawat). ... Bagi

13

PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUM

Page 15: PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUMpkq.upsi.edu.my/wp-content/uploads/...KOKURIKULUM... · Perlu sedia buku rekod (Rekod nama, tarikh, nombor telefon, suhu badan, waktu melawat). ... Bagi

14

PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUM

3.21 Perbelanjaan bayaran khidmat profesional seperti jurulatih bertauliah dari

badan/persatuan induk ADALAH DIBENARKAN dengan syarat mendapat persetujuan dan kelulusan Pusat Kokurikulum. Penganjur mesti mengemukakan dokumen yang menyatakan kadar yang ditetapkan oleh pihak badan/persatuan induk. Kegagalan mengemukakan dokumen yang dikehendaki akan menyebabkan kadar ditentukan oleh pengurusan Pusat pada kadar yang munasabah mengikut kadar Universiti atau kadar yang lebih rendah.

3.22 Perubahan tarikh dan tempat program perlu mendapatkan kelulusan pengurusan

Pusat Kokurikulum terlebih dahulu kerana melibatkan implikasi penyediaan peralatan, sewaan tempat, perbelanjaan makanan & minuman dan sebagainya.

Page 16: PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUMpkq.upsi.edu.my/wp-content/uploads/...KOKURIKULUM... · Perlu sedia buku rekod (Rekod nama, tarikh, nombor telefon, suhu badan, waktu melawat). ... Bagi

15

PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUM

3.23 Pemberian honorarium atau wang saguhati tunai kepada penceramah/pengadil/juri/jurulatih/jurutunjuk yang dijemput dikalangan pelajar atau individu luar yang berkelayakan untuk membantu aktiviti ADALAH DIBENARKAN menggunakan peruntukan yang diluluskan. (dasar perbekalan cenderamata UPSI MPE bil. 9/2016 bertarikh 16 Mac 2016).

3.24 Sekiranya terdapat lain-lain perbelanjaan yang tidak tersenarai di dalam garis panduan

ini, pelajar hendaklah merujuk pegawai Pusat Kokurikulum terlebih dahulu sebelum perbelanjaan/aktiviti dibuat.

Page 17: PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUMpkq.upsi.edu.my/wp-content/uploads/...KOKURIKULUM... · Perlu sedia buku rekod (Rekod nama, tarikh, nombor telefon, suhu badan, waktu melawat). ... Bagi

16

PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUM PANDUAN DAN PROSEDUR PELANTIKAN TENAGA PENGAJAR DAN INSTRUKTOR PUSAT KOKURIKULUM

Perkara Penerangan Ringkas

1.0 TUJUAN

Prosedur ini disediakan untuk menerangkan dan melaksanakan kaedah prosedur pengurusan Pusat Kokurikulum UPSI untuk membolehkan keberkesanan pelaksanaannya.

2.0 SKOP

Proses ini disediakan untuk menerangkan proses-proses pengurusan di bawah pentadbiran Pusat Kokurikulum dalam memberi perkhidmatan dan garis panduan kepada semua pelanggan yang terdiri daripada Tenaga pengajar, Instruktor, pelajar dan staf.

3.0 PANDUAN PELANTIKAN

Pelantikan Tenaga pengajar dan Instruktor Pusat Kokurikulum ini dilantik atas keperluan Pusat Kokurikulum bagi proses pengajaran dan pembelajaran.

4.0 SYARAT-SYARAT LANTIKAN

4.1 PELANTIKAN TENAGA PENGAJAR 4.1.1 Syarat-syarat dan keutamaan pelantikan tenaga pengajar adalah seperti berikut:-

i. Berkelulusan Ijazah Sarjana; atau ii. Mempunyai Sijil Kejurulatihan dalam bidang; atau iii. Mempunyai Sijil Perakuan Teknikal daripada Badan/Persatuan dalam bidang; atau iv. Mempunyai pengalaman dalam bidang sekurang-kurangnya lima (5) tahun dan disahkan oleh

Majikan.

Page 18: PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUMpkq.upsi.edu.my/wp-content/uploads/...KOKURIKULUM... · Perlu sedia buku rekod (Rekod nama, tarikh, nombor telefon, suhu badan, waktu melawat). ... Bagi

17

PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUM 4.2 PELANTIKAN INSTRUKTOR PUSAT KOKURIKULUM 4.2.1 Syarat-syarat dan keutamaan pelantikan instruktor adalah seperti berikut:-

a. Bukan Pelajar UPSI

i. Memiliki Sijil Kemahiran dalam bidang; atau ii. Mempunyai pengalaman tiga (3) tahun dalam bidang dan disahkan oleh majikan; atau iii. Telah mengikuti dan menamatkan kursus dalam bidang.

b. Pelajar UPSI

i. Telah menamatkan kursus dalam bidang berkaitan dan mendapat sekurang-kurangnya Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.0 ke atas serta mendapat kelulusan daripada Dekan Fakulti.

4.2 Kakitangan pentadbiran berstatus tetap yang berkhidmat di Pusat Kokurikulum tidak dibenarkan untuk dilantik sebagai Tenaga Pengajar dan Instruktor kursus kokurikulum berkredit.

4.3 Keutamaan diberikan kepada pemohon yang tinggal pada jarak kurang 25 kilometer dari tempat

tinggal ke lokasi kuliah.

5.0 PROSES ARAHAN KERJA PELANTIKAN TENAGA PENGAJAR DAN INSTRUKTOR PUSAT KOKURIKULUM

5.1 ARAHAN KERJA PELANTIKAN TENAGA PENGAJAR 5.1.1 Pengarah mengadakan perbincangan bersama semua Penyelaras untuk mengenalpasti

tenaga-tenaga pengajar yang layak untuk dilantik mengikut bidang kursus kokurikulum. 5.1.2 Calon-calon tenaga pengajar yang dipersetujui bersama Pengarah dan Penyelaras-Penyelaras

akan dihubungi untuk mengisi Borang Permohonan Jawatan Tenaga Pengajar bagi kursus kokurikulum berkredit.

Page 19: PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUMpkq.upsi.edu.my/wp-content/uploads/...KOKURIKULUM... · Perlu sedia buku rekod (Rekod nama, tarikh, nombor telefon, suhu badan, waktu melawat). ... Bagi

18

PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUM 5.1.3 Borang Permohonan Jawatan Tenaga pengajar kursus kokurikulum berkredit akan diterima,

disemak dan diperakukan oleh Pusat Kokurikulum.

5.1.4 Cadangan nama tenaga pengajar dihantar ke Bahagian Hal Ehwal Akademik untuk diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Akademik Universiti (MJKPAU) dan Mesyuarat Senat.

5.1.5 Memo beserta surat pelantikan tenaga pengajar dihantar kepada Pendaftar bagi mendapatkan pengesahan.

5.1.6 Surat lantikan oleh Pendaftar diedarkan kepada tenaga pengajar.

5.2 ARAHAN KERJA PELANTIKAN INSTRUKTOR

5.2.1 Pemohon mengisi Borang Permohonan Jawatan Instruktor bagi kursus kokurikulum berkredit. 5.2.2 Borang Permohonan Jawatan Instruktor bagi kursus kokurikulum berkredit akan diterima,

disemak dan diperakukan oleh Pusat Kokurikulum. 5.2.3 Memo beserta surat pelantikan instruktor dihantar kepada Pendaftar bagi mendapatkan

pengesahan. 5.2.4 Surat lantikan oleh Pendaftar diedarkan kepada instruktor.

Page 20: PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUMpkq.upsi.edu.my/wp-content/uploads/...KOKURIKULUM... · Perlu sedia buku rekod (Rekod nama, tarikh, nombor telefon, suhu badan, waktu melawat). ... Bagi

19

PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUM PANDUAN DAN PROSEDUR PEMINJAMAN PERALATAN BAGI TUJUAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (PdP)

PERKARA PENERANGAN RINGKAS

1.0 TUJUAN Prosedur ini disediakan bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan peminjaman peralatan bagi pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) kursus kokurikulum berkredit. 2.0 SKOP Proses ini disediakan untuk menerangkan proses-proses pengurusan peminjaman peralatan kepada semua pelanggan yang terdiri daripada tenaga pengajar, instruktor, pelajar dan kakitangan.

3.0 PROSEDUR PEMINJAMAN PERALATAN

3.1 Kakitangan (Pembantu Belia Dan Sukan ) menerima borang permohonan

peminjaman peralatan daripada pemohon.

3.2 Pembantu Belia Dan Sukan perlu memastikan maklumat pemohon seperti butiran dibawah diisi oleh pemohon dengan lengkap beserta dengan satu (1) salinan Kad Matriks/ Kad Pekerja.

• Nama

• No. Matriks/ No. Pekerja

• Fakulti/ PTj

• No. Telefon Bimbit

• Kursus Kokurikulum

• Tarikh Permohonan

• Tarikh Pemulangan

• Tujuan

3.3 Setelah borang tersebut lengkap, Pembantu Belia Dan Sukan akan menyerahkan peralatan yang dikehendaki kepada pemohon. Pembantu Belia Dan Sukan dan pemohon perlu menandatangani pada ruang Pengesahan Pinjaman.

Page 21: PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUMpkq.upsi.edu.my/wp-content/uploads/...KOKURIKULUM... · Perlu sedia buku rekod (Rekod nama, tarikh, nombor telefon, suhu badan, waktu melawat). ... Bagi

20

PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUM

3.3 Semasa peminjam memulangkan peralatan yang telah digunakan, Pembantu Belia Dan Sukan yang bertugas perlu memastikan peralatan yang dipulangkan oleh peminjam berada dalam keadaan baik dan perlu menandatangani pada ruang Maklumat Pemulangan.

3.4 Sekiranya peralatan yang dipinjam ROSAK, Pembantu Belia Dan Sukan yang

bertugas perlu mencatatkan peralatan berkenaan telah rosak dan perlu dibuat pelupusan atau diselenggara pada ruang semakan di ruang bahagian Maklumat Pemulangan.

3.5 Sekiranya peralatan yang dipinjam HILANG, peminjam diberi masa selama

Seminggu (1 Minggu) untuk mencari peralatan yang hilang tersebut. Pembantu Belia Dan Sukan yang bertugas perlu mencatatkan peralatan yang hilang tersebut di ruang semakan dalam Maklumat Pemulangan.

3.6 Sekiranya peralatan yang hilang tidak dapat dijumpai selepas tempoh

Seminggu (1 Minggu) yang ditetapkan, peminjam perlu menggantikan peralatan yang hilang itu dengan peralatan yang SAMA atau SETARA dengan peralatan yang hilang.

3.7 PP/ PPT/ PBS Kanan perlu menandatangani pada ruangan Tandatangan

Pegawai sebagai bukti pengesahan pemulangan daripada pemohon sama ada peralatan berada dalam keadaan baik, rosak ataupun hilang.

3.8 Pembantu Belia Dan Sukan perlu memfailkan borang peminjaman peralatan

yang telah ditandatangani oleh PP/ PPT/ PBS Kanan ke dalam fail Rekod Borang Peminjaman Peralatan.

Page 22: PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUMpkq.upsi.edu.my/wp-content/uploads/...KOKURIKULUM... · Perlu sedia buku rekod (Rekod nama, tarikh, nombor telefon, suhu badan, waktu melawat). ... Bagi

21

PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUM

Page 23: PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUMpkq.upsi.edu.my/wp-content/uploads/...KOKURIKULUM... · Perlu sedia buku rekod (Rekod nama, tarikh, nombor telefon, suhu badan, waktu melawat). ... Bagi

22

PENGURUSAN PUSAT KOKURIKULUM