Pengurusan Zakat - Official Portal of UKM kerja/perkem2017-abdullah khairi.pdf · Selawat dan salam...
Transcript of Pengurusan Zakat - Official Portal of UKM kerja/perkem2017-abdullah khairi.pdf · Selawat dan salam...
1
Pengurusan Zakat di Malaysia:
Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Hairunnizam Wahid Mohd Ali Mohd Noor Adibah Abdul Wahab
Muhammad Tajuddin Abdul Rahim
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI • 2017 http://www.ukm.my/fep
2
Cetakan Pertama, 2017
Hak cipta Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM)
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2017
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula,
disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan
sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan
sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu.
Diterbitkan di Malaysia oleh
Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM),
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
http://www.ukm.my/ekonis
e-mel:[email protected]
Dengan Kerjasama
Lembaga Zakat Selangor (LZS)
3-01-1, Presint ALAMI, Pusat Perniagaan Worldwide 2,
Persiaran Akuatik, Seksyen 13
40100 Shah Alam, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA
e-mel: [email protected]
Unit Zakat UKM
Pejabat Unit Zakat UKM
Jabatan Bendahari, Aras 1, Masjid UKM
43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA
e-mel: [email protected]
Dicetak di Malaysia oleh
UKM CETAK
UKM Holdings Sdn. Bhd.
Aras Bawah, Bangunan Penerbit UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
Perpustakan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Hairunnizam Wahid
Pengurusan Zakat Di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat /
Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor, Adibah Abdul Wahab, Muhammad
Tajuddin Abdul Rahim
1. Zakat. 2. Islam—Charities. 3. Islamic Giving. I. Mohd Ali Mohd Nor, II.
Adibah Abdul Wahab, III. Muhammad Tajuddin. IV. Judul
ISBN 978-983-3198-98-6
3
Kandungan
Kandungan …3
Kata Pengantar …6
Sekapur Sirih…7
Prakata …8
Senarai Penulis…9
Bab 1 Pengurusan Zakat Institusi Pengajian Tinggi: Pengalaman Unit Zakat
Universiti Kebangsaan Malaysia
Muhammad Tajuddin Abdul Rahim & Wan Mohd Al Faizee
Wan Ab Rahaman...11
Bab 2 Aplikasi SEM-PLS dalam Menentukan Faktor Pembayaran Zakat oleh
Syarikat
Adibah Abdul Wahab …23
Bab 3 Kodifikasi Akta Zakat Nasional: Persepsi dan Implikasi
Mohd Suffian Mohamed Esa, Mohd Ali Mohd Noor & Hairunnizam Wahid ... 39
Bab 4 Prestasi Kutipan Serta Pematuhan Standard Prosedur Kutipan Zakat:
Kajian di Malaysia
Mohd Fisul Ismail, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Noor …65
Bab 5 Analisis Kecekapan Kutipan dan Agihan oleh Institusi Zakat: Satu Kajian
Semula Terhadap Majlis Agama Islam Negeri
Ummi Amirah Alias, Hairunnizam Wahid & Azrina Abdullah Al-Hadi …83
Bab 6 Kesan Cukai Korporat dan Zakat Perniagaan Terhadap Prestasi
Kewangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
Sri Nooridayu Salleh, Rubayah Yakob & Aisyah Abdul Rahman…103
Bab 7 Pendanaan Awam (Crowdfunding) dan Zakat: Satu Tinjauan Awal Ke
Atas Pendekatan yang Digunakan
Suhaili Alma’amun ... 125
Bab 8 Dana Zakat Untuk Pembiayaan Pendidikan: Tinjauan Kecenderungan
Pemilihan Aliran Pendidikan dalam Kalangan Asnaf Mualaf di Malaysia
Muhammad Haffiz Muhamad Isa & Hairunnizam Wahid …133
4
Bab 9 Pembangunan Harta Aqar Zakat: Kajian Terhadap Model Pembangunan
Harta Aqar Majlis Agama Islam Negeri Johor
Mohd Azlan Bunasir & Hairunnizam Wahid …155
Bab 10 Kontrak Wakalah dalam Agihan Zakat: Kajian di Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan
Atiah Ahmad & Hairunnizam Wahid ...171
Bab 11 Kesedaran Masyarakat Islam Terhadap Penggunaan e-Fidyah dalam
Urusan Pembayaran Fidyah di Majlis Agama Islam Johor: Kajian di Muar,
Johor
Muhammad Shukri Ab Ghani, Hairunnizam Wahid &
Mohd Ali Mohd Noor …189
Bab 12 Pembayaran Zakat Pendapatan Melebihi Kadar Kewajipan Zakat:
Kajian dalam Kalangan Kakitangan Kerajaan di Wilayah Persekutuan,
Putrajaya
‘Abdullah Khairi Mohd Asri & Hairunnizam Wahid …211
Bab 13 Persepsi Asnaf Zakat Al-Gharimin (Perubatan) Terhadap Kaedah
Agihan Zakat oleh Lembaga Zakat Selangor: Kajian di Gombak, Selangor
Nur Aliah Mohd Sukeri, Zulaikha Mohd Hanafiah & Hairunnizam Wahid ... 227
Bab 14 Keberkesanan Pelaksanaan Ceramah Zakat Terhadap Kefahaman Serta
Amalan Membayar Zakat Perniagaan: Kajian di Sepang, Selangor
Siti Umairah Kamaruddin, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor & Abdul
Halim Abu Bakar …245
Bab 15 Pembayaran Zakat Pendapatan dan Tekanan Kos Sara Hidup: Kajian
dalam Kalangan Pensyarah di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)
Sharifah Nor Nadiah Syed Aluwi, Hairunnizam Wahid &
Mohd Ali Mohd Noor …269
Bab 16 Persepsi Masyarakat Islam Terhadap Agihan Zakat oleh Tabung
Baitulmal Sarawak (TBS) dan Peranan Medium Promosi: Kajian di Bintulu,
Sarawak
Abdul Hayy Haziq Mohamad & Hairunnizam Wahid …287
5
Bab 17 Hubungan Antara Uruf, Amalan Adat Perpatih Terhadap Pembayaran
Zakat Pendapatan: Kajian di Rembau, Negeri Sembilan
Mohamad Nurul Azwan Mohamad Taib & Hairunnizam Wahid …305
Bab 18 Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan dalam Kalangan Kakitangan
Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
Nur Liana ‘Aqilah Derus & Mohd Ali Mohd Noor …319
Bab 19 Penentuan Had Kifayah Zakat: Satu Cadangan Dimensi Penentuan yang
Baru
Siti Norhidayah Hamzah & Hairunnizam Wahid …331
Bab 20 Keberkesanan Bantuan Modal Zakat Daripada Perspektif Penerima:
Kajian di Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu
Solehuddin Zulkifli, Nurmaizura Marzuki &
Hairunnizam Wahid …353
Bab 21 Zakat, Tekanan Kewangan dan Pembiayaan Hutang bagi Institusi
Kewangan di Malaysia
Aisyah Abdul-Rahman & Muhammad Haziq Abdullah …373
Bab 22 Kecekapan Pengurusan Agihan Zakat oleh Lembaga Amil Zakat
Swadaya Ummah (LAZSU): Satu Kajian di Pekanbaru Riau, Indonesia
Sri Hartati, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor & Febri Arahman ...393
6
Kata Pengantar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang atas limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya. Selawat dan salam
atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.
Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang
terlibat khususnya kepada sidang penyunting dalam menghasilkan buku
bertajuk Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat.
Usaha murni semua pihak yang terlibat menghasilkan buku ini memperlihatkan
komitmen yang tinggi ke arah perkongsian ilmu dan pendedahan kajian-kajian
kotemporari berkaitan gelagat penerima juga pembayar zakat semasa.
Peranan zakat terhadap agama dan sosioekonomi masyarakat tidak
harus dipandang kecil. Pembayaran zakat bukan sahaja dapat menyucikan
harta, jiwa dan sifat tamak pembayar zakat, bahkan ia juga dapat menyucikan
sifat mazmumah seperti sifat hasad dengki penerima zakat terhadap mereka
yang berharta yang akhirnya secara tidak langsung dapat melahirkan
ukhuwwah dalam kalangan masyarakat. Hanya dengan pengamalan akhlak
yang murni dan sifat mahmudah dalam masyarakat secara holistik dapat
membantu hasrat negara membangunkan ekonomi ummah ke arah agenda
futuristik iaitu Transformasi Nasional 2050. Kefahaman masyarakat mengenai
perkara ini amat penting untuk menggalakkan umat Islam menunaikan
tanggungjawab berzakat dan pihak institusi pengurusan zakat dapat
mengagihkan harta zakat kepada asnaf dengan efisien dan sempurna mengikut
kerangka syariah yang akhirnya akan memastikan pertumbuhan ekonomi
negara yang lestari dan inklusif.
Saya yakin buku ini dapat dijadikan sumber rujukan kepada para
karyawan zakat, institusi zakat, Majlis Agama Islam Negeri, institusi
perbankan dan kewangan, ahli akademik, para ilmuan dan masyarakat dalam
mengetahui isu-isu terkini khususnya yang berkaitan dengan gelagat agen
ekonomi dalam sistem fiskal Islam yang berkaitan zakat. Buku ini diharapkan
dapat menambahkan idea para pengkaji dan menjadi panduan dalam
memperkasa pengurusan institusi zakat khususnya di Malaysia dan di dunia
amnya. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah
SWT.
Amin ya rabbal alamin.
HAJI HUSSIN MOHD ALI
Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Zakat Selangor
Majlis Agama Islam Selangor
7
Sekapur Sirih
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillah. Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT atas limpahan nikmat dan
rahmat-Nya.
Unit Zakat UKM sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memperkukuhkan
dan memperkasakan pendidikan mahasiswa UKM. Antara saranan Unit Zakat
UKM adalah dengan menggalakkan para mahasiswa UKM untuk menyertai
pelbagai konvensyen akademik yang dianjurkan di peringkat universiti, yang
berpotensi untuk memangkin kecemerlangan akademik dan inovasi dalam
pembelajaran. Sejarah Islam jelas membuktikan bahawa zakat telah memberi
sumbangan besar dalam dunia pendidikan dan telah melahirkan jutaan
cendikiawan.
Usaha memperkasakan ilmu dalam kalangan mahasiswa sangat
diambil berat oleh pihak kami walupun berdepan dengan pelbagai cabaran.
Usaha ini menuntut kepada tindakan dan kerjasama yang serius daripada
semua pihak agar benar-benar mencapai matlamat dalam memberikan
kebajikan khususnya kepada para mahasiswa. Dengan cabaran ketirisan ilmu
dalam kalangan mahasiswa, inisiatif Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM
dalam mengadakan Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017
(PERKEM 2017) adalah satu langkah yang tepat pada masanya dan wajar
disertai oleh setiap mahasiswa. Unit Zakat UKM sentiasa mengalu-alukan
program seperti ini supaya dapat membudayakan keilmuan dalam kalangan
mahasiswa dan seterusnya menjana keintelektualan untuk melahirkan graduan
beraspirasi kebangsaan, berkompeten, berdaya saing dan inovatif.
Akhir kata, Unit Zakat UKM ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan tahniah kepada penerbitan buku ini bersempena Persidangan
Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017 (PERKEM 2017) sebagai salah
satu usaha memperkasakan kecemerlangan mahasiswa. Koloberasi ini amat
baik dan bertepatan dengan maqasid zakat yang telah dianjurkan dalam Islam.
Semoga PERKEM 2017 menghasilkan impak yang tinggi dalam
merealisasikan seruan kerajaan untuk memperkasakan pendidikan tinggi di
Malaysia.
Salam Hormat
MUHAMMAD TAJUDDIN ABDUL RAHIM
Unit Zakat UKM
8
Prakata
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala
pujian untuk Allah SWT serta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi
Muhammad SAW.
Perkembangan ilmu dalam pengkajian zakat telah berkembang luas
dengan begitu pesat di serata dunia. Gabungan kekuatan ilmu asas dan ilmu
alat dalam menganalisis sesuatu fenomena gelagat manusia berkaitan zakat
serta hasil dapatan dan penemuan kajian secara empirikal merupakan satu
keperluan yang mainstream pada masa kini. Maka sudah pastilah segala
dapatan yang bersifat empirik tersebut memerlukan kepada metodologi yang
bersifat saintifik dan sistematik yang bertujuan untuk memperkukuhkan lagi
sesuatu teori serta meyakinkan para penggubal dasar dengan penemuan yang
diperolehi.
Buku ini merupakan kompilasi artikel berkaitan zakat di Persidangan
Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) ke 12 2017. Sebahagian besar
artikel ini adalah disumbangkan oleh para pelajar dalam Program Sarjana
Ekonomi Islam di Pusat Pengajian Ekonomi, UKM tahun 2017. Fokus kajian
zakat dalam buku ini adalah kajian yang berkaitan dengan gelagat manusia
dalam sistem pengurusan zakat yang terdiri daripada amil, asnaf serta
pembayar zakat di Malaysia. Hanya terdapat satu artikel yang mengkaji aspek
pengurusan zakat di Riau, Indonesia.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kami kepada penyumbang
utama dana bagi penerbitan buku ini iaitu Unit Zakat UKM. Penghargaan juga
kepada pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang bersama-sama menjayakan
penerbitan buku ini. Tidak dilupakan kepada semua pelajar program Sarjana
Ekonomi Islam yang bertungkus-lumus menyiapkan artikel ini untuk
dibentangkan di PERKEM 2017 dan bakal berkonvokesyen tahun 2017.
Penghargaan juga kepada pihak CRIM-UKM selaku penyumbang geran
kepada beberapa penyelidikan dalam menghasilkan bab dalam buku ini iaitu
Geran DPP-2014-005, DPP-2015-FEP, GGP-2014-008 dan GUP-2016-001.
Akhir kata, diharapkan buku ini dapat memberi manfaat kepada
semua pihak pemegang taruh dalam pengurusan zakat. Harapan kami
penerbitan buku ini dapat meningkatkan dan memperkukuhkan lagi ilmu dalam
korpus bidang ekonomi Islam terutamanya dalam bidang kajian zakat. Kami
mohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan dalam penulisan buku ini.
Sekian, terima kasih.
Sidang Penyunting
9
Senarai Penulis
‘Abdullah Khairi Mohd Asri, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi
& Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Abdul Halim Abu Bakar, Eksekutif, Divisyen Dakwah dan Syariah Lembaga
Zakat Selangor
Abdul Hayy Haziq Mohamad, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Adibah Abdul Wahab, PhD. Ketua Divisyen Dakwah dan Syariah, Lembaga
Zakat Selangor
Mohd Suffian Mohamed Esa, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi
& Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Aisyah Abdul Rahman, PhD. Profesor Madya, Pusat Pengajian Pengurusan,
Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Atiah Ahmad, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Azrina Abdullah Al-Hadi, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi,
Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Febri Arahman, Kakitangan Lembaga Amil Zakat Swadaya Ummah (LAZSU),
Riau, Indonesia Hairunnizam Wahid, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi,
Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohamad Nurul Azwan Mohamad Taib, Pelajar Sarjana Ekonomi, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohd Ali Mohd Noor, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi,
Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohd Azlan Bunasir, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohd Fisul Ismail, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Muhammad Haffiz Muhamad Isa, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Muhammad Haziq Abdullah, Pelajar Sarjanamuda Pengurusan Perniagaan,
Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muhammad Shukri Ab Ghani, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Muhammad Tajuddin Abdul Rahim, Ketua Unit Zakat, Jabatan Bendahari,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Nur Aliah Mohd Sukeri, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Nur Liana ‘Aqilah Derus, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Nurmaizura Marzuki, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
10
Rubayah Yakob, PhD. Profesor Madya, Pusat Pengajian Pengurusan, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Sharifah Nor Nadiah Syed Aluwi, Pelajar Sarjana Ekonomi, Fakulti Ekonomi
& Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Siti Norhidayah Hamzah, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Siti Umairah Kamaruddin, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Solehuddin Zulkifli, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Sri Hartati, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Sri Nooridayu Salleh, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Suhaili Alma’amun, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Ummi Amirah Alias, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Wan Mohd Al Faizee Wan Ab Rahaman, Pensyarah, Institut Profesional
Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Zulaikha Mohd Hanafiah, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Pembayaran Zakat Pendapatan Melebihi Kadar Kewajipan Zakat: Kajian dalam Kalangan Kakitangan Kerajaan di Wilayah Persekutuan, Putrajaya /211
Bab 12
Pembayaran Zakat Pendapatan Melebihi Kadar Kewajipan Zakat: Kajian dalam Kalangan Kakitangan Kerajaan di Wilayah
Persekutuan, Putrajaya
‘Abdullah Khairi Mohd Asri Hairunnizam Wahid
Pendahuluan
Zakat adalah rukun Islam yang wajib dikerjakan oleh orang Islam yang cukup
haulnya. Zakat digunakan untuk membangunkan ekonomi orang Islam dan
membantu fakir miskin untuk meneruskan kehidupan sepertimana orang biasa.
Persoalan zakat bukanlah merupakan perbincangan asing kepada masyarakat
Islam di Malaysia. Malah ia telah menjadi satu urusan utama bagi setiap
individu Muslim di Negara ini. Hal ini ternyata memandangkan bahawa zakat
adalah salah satu daripada lima rukun Islam yang sempurna. Firman Allah
SWT berfirman (yang bermaksud):
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka
beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada
kebimbangan (daripada berlakunya sesuatu yang tidak baik)
terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.”
(Surah al-Baqarah: 277)
Zakat pendapatan timbul daripada konsep zakat al-mal al-mustafad
(zakat harta perolehan). Konsep al-mal al-mustafad bermaksud mewajibkan
zakat ke atas mana-mana harta perolehan dari hasil usaha tanpa sebarang
proses pertukaran (jual-beli), secara ringkasnya ia diperoleh dengan sebabnya
tersendiri seperti gaji, upah kerja, elaun, hadiah dan lain-lain. Para fuqaha telah
mewajibkan zakat ke atas hasil pendapatan dan gaji. Ini kerana pendapatan
merupakan sebuah harta yang berkembang dan boleh membawa perolehan
yang lumayan terutamanya bagi seseorang yang menyandang jawatan-jawatan
profesional atau peringkat tinggi dalam sesebuah organisasi. Ia juga antara
aktiviti perekonomian utama pada zaman ini, apatah lagi profesion “makan
gaji” sudah menjadi lumrah dalam kehidupan sekarang. Kewajipan zakat
212 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
pendapatan telah diasaskan oleh beberapa dalil. Di dalam al-Quran, Allah SWT
berfirman (yang bermaksud):
“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan
Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan
sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk
kamu.” (Surah Al-Baqarah: 267)
Fatwa oleh Mufti bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan, menurut
subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1993 [Akta 505], selepas dibincangkan oleh Jawatankuasa
Perundingan Hukum Syarak, dan adalah disiarkan menurut subseksyen itu,
Zakat wajib dikeluarkan ke atas pendapatan daripada penggajian Islam
termasuklah apa-apa upah, gaji, elaun, imbuhan dan bonus. Oleh itu adalah
wajib bagi seseorang Islam mengeluarkan zakat daripada pendapatan yang
layak dikenakan zakat daripada penggajian tersebut. (Bertarikh 9 April 1999).
Seterusnya, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 22 Jun 1997 telah
membincangkan Zakat Gaji & Pendapatan Professional. Muzakarah telah
memutuskan bahawa zakat ke atas pendapatan penggajian adalah wajib bagi
orang yang layak mengeluarkan zakat. Berdasarkan Jadual 1, statistik laporan
daripada pusat pungutan zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
(MAIWP), zakat pendapatan menyumbang hampir 68 peratus daripada
keseluruhan keutipan zakat Wilayah Persekutuan.
Malaysia sebagai sebuah Negara Islam contoh dunia, telah
melaksanakan beberapa pendekatan bagi menjaga keharmonian
masyarakatnya. Antara pendekatan yang dilaksanakan adalah dengan
mengintegrasikan zakat pendapatan dan cukai pendapatan dengan pemberian
rebat cukai ke atas zakat pendapatan yang telah dibayar oleh individu Muslim.
Rebet cukai pula diperolehi berdasarkan tolakan pembayaran zakat pendapatan
daripada jumlah cukai pendapatan yang perlu dijelaskan. Ini bertujuan untuk
menggalakkan umat Islam membayar zakat pendapatan. Ini adalah berdasarkan
syarat zakat pendapatan tersebut dibayar di dalam tahun taksiran yang
berkenaan dan resit adalah dari Jabatan Agama Islam Negeri- Negeri di
Malaysia, berdasarkan Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, Seksyen 6A (3):
“Rebat hendaklah diberikan pada tahun-tahun taksiran untuk
sebarang bayaran zakat fitrah atau lain-lain tuntutan agama
Islam yang mana pembayarannya wajib dan yang telah dibayar
dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu dan dibuktikan oleh
resit dikeluarkan pihak berkuasa agama berkenaan yang
ditubuhkan mengikut undang-undang bertulis.”
Berdasarkan penyataan tersebut, pembayaran zakat hanya diberikan
rebat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berdasarkan tarikh resit
zakat yang dibayar dalam tahun taksiran cukai pendapatan. Ini bermakna, jika
Pembayaran Zakat Pendapatan Melebihi Kadar Kewajipan Zakat: Kajian dalam Kalangan Kakitangan Kerajaan di Wilayah Persekutuan, Putrajaya /213
seseorang itu membayar zakat pada tahun taksiran 20016, maknanya rebat akan
diberikan pada tahun berkenaan sahaja. Menurut ACP 1967, Seksyen 6A (3) di
atas, tidak menyatakan jumlah amaun yang tertentu atau kadar amaun yang
tertentu. Ini bermakna, selagi mana pembayaran zakat tersebut dibuat atas
nama pembayaran, maka ia masih diterima untuk dikira bagi memperoleh rebat
ke atas cukai. Keadaan ini menunjukkan bahawa tiada had yang di tetapkan ke
atas pembayaran zakat ini. Walau bagaimanapun, timbul isu apabila seseorang
membayar zakat dalam amaun yang lebih berbanding pendapatannya. Namun
begitu sejak kebelakangan ini, berdasarkan pengalaman institusi zakat negeri,
jumlah kutipan zakat pendapatan telah meningkat dengan derastik disebabkan
oleh banyak faktor termasuklah individu Muslim membayar zakat pendapatan
melebihi kadar nisab zakat pendapatan yang sepatutnya dibayar iaitu sebanyak
2.5 peratus. Persoalannya adakah benar perkara ini berlaku dan berapakah
purata nisbah lebihan bayaran yang telah dibayar oleh pembayar zakat.
Justeru itu, kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana pengetahuan
dan tindakan penjawat awam berkaitan dengan rebat cukai. Seterusnya adalah
untuk melihat sama ada penjawat awam membayar zakat lebih daripada kadar
kewajipan zakat yang sepatutnya dan mengenalpasti berapakah purata nisbah
lebihan bayaran zakat jika berlaku pembayaran zakat melebihi kewajipan zakat
serta menganalisis gelagat masyarakat berkaitan sistem zakat dan cukai.
Kajian Lepas
Isu berkaitan zakat pendapatan telah lama dibincangkan dan dibahaskan dalam
kalangan ulama dan pihak berkuasa hal ehwal Islam di Malaysia. Hasil
perbincangan tersebut, mejoriti negeri di Malaysia telah mengeluarkan fatwa
bahawa zakat pendapatan adalah wajib (Kamil 2002).Namun begitu, seiring
dengan perkembangan sistem muamalat dan ekonomi, umat Islam boleh
mendapat pendapatan daripada pelbagai sektor ekonomi(Ahmad & Wahid,
2005b). Kesan daripada kekhilafan berkaitan hukum pembayaran zakat
pendapatan, terdapat sesetengah negeri di Malaysia mewajibkan dan ada yang
tidak mewajibkan. Kekhilafan ini juga menyumbang kepada jumlah kutipan
zakat sesebuah negeri khususnya berkaitan kutipan zakat pendapatan. Zakat
pendapatan ini dilihat mampu memberikan impak yang besar terhadap jumlah
kutipan zakat sesebuah negeri disebabkan terdapat ramai di kalangan umat
Islam di Malaysia bekerja di sektor kerajaan dan swasta (Ahmad & Wahid,
2005a). Di Malaysia zakat pendapatan mula diperkatakan pada akhir tahun
1970an. Sehinggalah ke awal 1990an konsepnya telah mula diterima dan mula
dilaksanakan di Malaysia. Dengan itu Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Majlis Kebangsaan bertarikh 22 Jun 1997 bersetuju bahawa zakat keatas
pendapatan penggajian adalah wajib bagi orang yang layak mengeluarkan
zakat (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Zakat pendapatan juga dilihat
sebagai sumber baru yang sangat baik untuk dibangunkan dengan jumlah
pembayar yang ramai di setiap negeri (Ahmad, & Wahid 2013:5). Sumbangan
zakat pendapatan dilihat amat berpotensi meningkatkan jumlah kutipan zakat
214 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
di setiap negeri bagi memastikan pengagihan zakat mampu berjalan dengan
lebih teratur untuk menjamin keadilan sosial masyarakat (Wahid, Ahmad &
Mohd Noor 2007: 58). Sebenarnya kepatuhan membayar adalah berkait dengan
faktor iman, kefahaman dan ketaatan kepada perintah Allah SWT (Ahmad, &
Wahid 2013: 4).
Insentif untuk menggalakkan orang ramai untuk membayar zakat juga
telah dilaksanakan melalui rebat cukai bagi individu Muslim yang telah
membayar zakat kepada agensi zakat yang telah diluluskan. Terdapat juga
insentif untuk syarikat-syarikat yang membayar zakat, walaupun ia adalah
rebat separa dan dianggap sangat minimum (Bakar dan Rahman, 2007).
Peratusan zakat dituntut sebagai rebat cukai pendapatan daripada pembayar
cukai individu semakin meningkat dalam peratusan dan jumlah (Muhammad,
2016). Walau bagaimanapun, walaupun insentif yang diberikan, sumbangan
zakat bagi perbelanjaan awam masih kurang (Nienhaus, 2006). Hal ini kerana,
kutipan zakat tidak diambil kira sebagai sebahagian daripada pendapatan
kerajaan fiskal dan jumlah ini hanya diedarkan kepada pembangunan umat
Islam.(Muhammad, 2016). Selain itu, dana yang dikutip daripada zakat adalah
sangat kecil berbanding dengan cukai lain kerana asas yang sempit dan kadar
kecil. Oleh itu, ia tidak mempunyai peranan yang penting dalam ekonomi
Negara, dan rakyat lebih mementingkan memenuhi kewajipan cukai mereka
daripada zakat (Dangkua, R., 2015). Walau bagaimanapun, dana zakat mampu
memberi impak dalam pembasmian kemiskinan masyarakat dan pembangunan
ekonomi negara sekiranya aspek pengagihan zakat dititikberatkan (Mannan,
2003)
Metodologi
Unit pemerhatian bagi kajian ini ialah individu beragama Islam yang
merupakan kakitangan awam persekutuan yang berkhidmat di Wilayah
Persekutuan Putrajaya dan tertakluk kepada pembayaran cukai dan
pembayaran zakat pendapatan. Pemilihan sample ini kerana kakitangan awam
persekutuan di Putrajaya merupakan antara pekerja terawal mendapat
maklumat melalui pekeliling kerajaan, khususnya bagi perkara yang
diwartakan seperti cukai dan zakat pendapatan. Tambahan pula Putrajaya
merupakan pusat pentadbiran bagi kerajaan Malaysia di mana semua maklumat
dan keputusan di keluarkan di kementerian dan jabatan-jabatan yang terdapat
di Putrajaya. Sebanyak 150 soal selidik telah di edarkan dan sebanyak 108 soal
selidik diterima dan sesuai untuk dianalisis. Kajian ini mengunakan
persempelan rawak berkelompok iaitu sebuah kumpulan dipilih secara rawak
dan bukannya individu serta individu dalam sterpilih dijadikan sample (Noraini
Idris, 2013).
Kajian ini menggunakan kaedah diskriptif dan ujian perbandingan min
serta peratus penerima responden terhadap sesuatu item soalan. Kajian ini
menggunakan borang soal selidik sebagai instrument utama dalam proses
pengumpulan data kajian. Instrument soal selidik yang digunakan terdiri
daripada item-item yang dipilih dari penelitian terperinci terhadap kajian-
kajian lepas telah dibina. Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang
Pembayaran Zakat Pendapatan Melebihi Kadar Kewajipan Zakat: Kajian dalam Kalangan Kakitangan Kerajaan di Wilayah Persekutuan, Putrajaya /215
terbahagi kepada empat bahagian. Bahagian I: Demografi (latar belakang
responden), Bahagian II: Rebat Cukai, Bahagian III: Persepsi Kepuasan
Kutipan dan Agihan, Zakat dan Cukai, Bahagian IV: Persepsi Kepuasan Sistem
Zakat dan Cukai. Bahagian I dan II adalah menggunakn soalan berkaitan
dengan demografi dan pengetahuan responden berkitan rebat cukai, manakala
bahagian III dan IV adalah menggunakan skala sikap atau skala liker. Setiap
skala adalah mengukur magnitud jawapan responden iaitu bermula daripada
nilai 1 untuk jawapan “sangat tidak setuju” hingga nilai ke 5 bagi jawapan
“sangat setuju”. Pada bahagian ini juga, analisis perbezaan nilai GAP min
dijalankan. Perbezaan nilai GAP min ini melihat perbezaan nilai min diantara
zakat dan cukai dengan menggunaakan kaedah nilai min zakat di tolak dengan
nilai min cukai. Jika nilai min sama dengan ‘0” (tiada perbezaan antara zakat
dan cukai), jika nilai min positif (zakat lebih baik dari cukai) dan jika nilai min
negatif (cukai lebih baik dari zakat).
Hasil Kajian
Berdasarkan hasil kajian, responden adalah terdiri daripada 62 wanita (58%)
dan 44 lelaki (48%) dan kebanyakknnya reponden berusia 31 hingga 50 tahun
(48%), 26 hingga 30 tahun (31%) dan 25 tahun kebawah (17%). Majoriti
responden berpendidikan sehingga diploma (36%), sarjana muda (25%) dan
SPM (21%). Dari aspek pendapatan pula, kebanyakan responden
berpendapatan RM 3000 kebawah (61%), diikuti mereka yang bergaji RM3001
hingga RM5000 (27%), dan berpendapatan RM5001 keatas (12%). Bagi gred
jawatan pula, kebanyakan responden gred 11 hingga gred 19(53%), gred 22
hingga gred 32 (28%) dan gred 44 hingga gred 54 (11%). Dari segi tanggungan
responden, kajian ini mendapati majoriti responden adalah terdiri daripada
mereka yang mempunyai tanggungan seramai 1 hingga 3 orang (63%) dan 4
hingga 8 orang (22%).
Berdasarkan Jadual 2 berkaitan dengan pengetahuan responden
berkaitan rebat cukai. Majoriti responden tahu tentang rebat cukai melalui
pembayaran zakat (54%) dan tidak tahu tentang rebat cukai melalui bayaran
zakat (46%). Daripada jumlah responden yang tahu berkaitan rebat cukai
melalui bayaran zakat, hanya 44 peratus yang membuat rebat cukai melalui
bayaran zakat dan 56 peratus tidak membuat rebat cukai melalui pembayaran
zakat.
Jadual 2: Pengetahuan Rebat Cukai Melalui Bayaran Zakat
Tidak Tahu Tahu
Kekerapan 49 responden
(46)
57 responden
(54)
Tidak Membuat
Rebat
Membuat Rebat
Kekerapan 32 responden
(56)
25 responden
(44) Nota: ( ) peratus responden (%)
216 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Seterusnya kajian ini melihat jumlah responden yang membayar zakat
dan responden yang membayar zakat melebihi had biasa. Jadual 3
menunjukkan jumlah responden yang membayar zakat dan tidak membayar
zakat. Daripada responden yang dikaji, 59 peratus adalah mereka yang tidak
membayar zakat kerana berpendapatan dibawah syarat wajib membayar zakat
dan 41 peratus adalah mereka yang membayar zakat. Daripada jumlah
pembayar zakat, 70 peratus membayar zakat mengikut kadar kewajipan yang
perlu dibayar, manakala 30 peratus responden membayar zakat melebihi kadar
kewajipan zakat yang perlu dibayar.
Jadual 3: Jumlah Pembayar Zakat
Tidak Bayar
Zakat
Bayar zakat
Kekerapan 63 responden
(59)
43 responden
(41)
Mengikut Had
Biasa
Melebihi Had
Biasa
Kekerapan 30 responden
(70)
13 responden
(30) Nota: ( ) peratus responden (%)
Hasil kajian juga mendapati bahawa kebanyakan responden membuat
pembayaran zakat terus ke pusat zakat (47%), membuat skim potongan gaji
(27%) dan bayar terus kepada asnaf (26%). Kajian ini juga membuat analisis
ringkas berkaitan responden yang membuat bayaran zakat melebihi kadar
kewajipan zakat. Daripada 13 orang responden yang membayar zakat melebihi
kadar kewajipan zakat, hanya lapan orang responden memberi maklumat
berkaitan dengan jumlah lebihan yang dibayar. Jadual 4 dibawah menunjukkan
anggaran bayaran lebihan zakat responden. Daripada dapatan kajian, lima
orang membayar zakat lebih daripada 100 peratus atau sekali ganda lebih
daripada jumlah zakat yang wajib dibayar dan dua orang responden membayar
lebih daripada 50 peratus atau separuh kaliganda lebih daripada jumlah zakat
yang wajib di bayar. Secara keseluruhannya mengikut purata keseluruhan,
kajian ini mendapati kadar nisbah zakat yang dibayar melebihi kadar
kewajipan sekali ganda kadar yang wajib dibayar oleh individu tersebut iaitu
pada kadar 1.3 lebih daripada kadar kewajipan yang sepatutnya dibayar.
Seterusnya, kajian ini juga melihat persepsi responden berkaitan dengan
agihan dan kutipan zakat dan cukai serta kepuasan responden berkaitan dengan
sistem zakat dan cukai. Untuk melihat persepsi responden, analisis perbezaan
nilai GAP min responden dilaksanakan. Analisis perbezaan nilai GAP min
terbahagi kepada tiga kelas responden iaitu, keseluruhan responden, responden
yang membayar zakat dan responden yang mambayar zakat
Pembayaran Zakat Pendapatan Melebihi Kadar Kewajipan Zakat: Kajian dalam Kalangan Kakitangan Kerajaan di Wilayah Persekutuan, Putrajaya /217
Jadual 4: Anggaran Bayaran Lebihan Zakat (Bulanan) Bil1 Gred Gaji Bulanan (RM) Tanggungan Zakat Perlu
Dibayar2 (RM)
Zakat Yang
Dibayar3
(RM)
Lebihan4 (RM) Peratusan
Lebihan5
(%)
Nisbah
Lebihan6
1 W44 7,001 dan ke atas 9-12 orang 208 333 125 60 0.60
2 W44 7,001 dan ke atas 4-8 orang 100 200 100 100 1.00
3 F29 3,000 bawah 1-3 orang 70 170 100 143 1.43
4 L32 3,001 hingga 5,000 1-3 orang 45 100 55 122 1.22
5 W32 3,001 hingga 5,000 1-3 orang 100 150 50 50 0.50
6 N19 3,000 bawah 4-8 orang 25 120 95 380 3.80
7 - 3,001 hingga 5,000 1-3 orang 300 400 100 33 0.33
8 G54 7,001 dan ke atas 4-8 orang 200 500 300 150 1.50
JUMLAH 1,048 1,973 925 1,038.51 10.39
PURATA 129.81* 1.30** Nota: 1. Responden yang membayar zakat melebihi kadar kewajipan
2. Berdasarkan kiraan pusat zakat mengikut pendapatan dan tanggungan responden
3. Jumlah zakat yang di bayar kepada PPZ-MAIWP
4. Lebihan = Zakat yang di bayar – Zakat yang perlu dibayar
5. Peratus lebihan = (lebihan / Zakat yang perlu dibayar) * 100
6. Nisbah lebihan = Peratus lebihan / 100
* Purata Peratus Lebihan = Jumlah Peratus Lebihan / Jumlah Responden yang membayar zakat melebihi kewajipan
** Purata Nisbah lebihan = Jumlah Nisbah Lebihan / Jumlah Responden yang membayar zakat melebihi kewajipan
218 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Jadual 5: Perbezaan Nilai GAP Min Antara Kelas Responden (Kutipan dan Agihan, Zakat dan Cukai)
ITEM Nilai GAP Min1
Keseluruhan2 Membayar Zakat
3 Membayar Zakat
Melebihi Kewajipan 4
(1) Saya merasakan zakat/cukai dikutip dengan cekap
dan efisien
-0.04 -0.12 -0.16
(2) Saya berpendapat maklumat berkaitan kutipan
zakat/cukai mudah untuk di akses
0.12 0.07 0
(3) Saya merasakan zakat/cukai diagih dengan cekap
dan efisien
0.05 0.17 0.45
(4) Saya merasakan agihan zakat/cukai sampai kepada
sasaran
0.02 0.08 0.46
(5) Saya berpendapat program agihan zakat/cukai yang
dilaksanakan berkesan dan bermanfaat
0.15 0.12 0.53
(6) Saya berpendapat maklumat berkaitan agihan
zakat/cukai mudah untuk di akses
0.06 0.09 0.29
PURATA KESELURUHAN 0.06 0.07 0.26 Nota: 1. Min berdasarkan skala likert; nilai 1 = sangat tidak setuju hingga nilai 5 = sangat setuju. Jika nilai GAP min = 0 (tiada perbezaan
antara zakat dan cukai), nilai GAP min (+) = (zakat lebih baik dari cukai); nilai GAP min (-) = (cukai lebih baik dari zakat)
2. Perbezaan Min keseluruhan responden (Min Zakat – Min Cukai)
3. Perbezaan Min responden yang membayar zakat (Min Zakat – Min Cukai)
4. Perbezaan Min responden yang membayar zakat melebihi kewajipan (Min Zakat – Min Cukai)
Pembayaran Zakat Pendapatan Melebihi Kadar Kewajipan Zakat: Kajian dalam Kalangan Kakitangan Kerajaan di Wilayah Persekutuan, Putrajaya /219
melebihi kadar kewajipan zakat dikenakan. Jadual 5 menunjukkan hasil
perbezaan nilai GAP min kutipan dan agihan, zakat dan cukai. Keseluruhan
responden lebih merasakan cukai dikutip dengan cekap dan efisian dan
mengakui bahawa maklumat berkaitan kutipan zakat lebih mudah untuk di
akses berbanding cukai. Keseluruhan responden juga merasakan bahawa
agihan zakat sampai kepada sasaran berbanding cukai dan berpendapat bahawa
program agihan zakat yang dilaksanakan berkesan dan bermanfaat. Mereka
juga berpendapat maklumat berkaitan agihan zakat mudah diakses berbanding
cukai. Bagi responden yang membayar zakat pula, mereka merasakan cukai di
kutip lebih cekap dan efisien, tetapi masih berpendapat bahawa maklumat
berkaitan kutipan zakat lebih mudah diakses berbanding cukai. Responden
yang membayar zakat juga merasakan agihan zakat sampai kepada sasaran dan
berpendapat program agihan zakat yang dilaksanakan lebih berkesan dan
bermanfaat dan maklumat berkaitan agihan zakat mudah diakses.
Secara keseluruhannya kita dapat lihat jarak berbezaan min antara kelas
responden berbeza. Bagi item responden merasakan zakat atau cukai dikutip
dengan cekap dan efisien, responden yang membayar zakat melebihi kadar
kewajipan zakat, lebih yakin bahawa cukai dikutip dengan cekap dan efisien
berbanding zakat. Bagi maklumat berkaitan kutipan pula, keseluruhan
responden lebih berpendapat maklumat berkaitan zakat mudah diakses
berbanding cukai. Persepsi tersebut berbeza dengan responden yang membayar
zakat melebihi kadar kewajipan, dimana mereka berbendapat maklumat
barkaitan kutipan bagi zakat dan cukai mudah untuk diakses. Persepsi bagi
agihan zakat pula, responden yang membayar zakat melebihi kewajipan lebih
yakin dengan agihan zakat berbanding agihan cukai. Kesimpulan yang kita
dapat lihat pada persepsi agihan dan kutipan ini, secara puratanya, kita dapat
lihat kesemua jenis kelas responden bersetuju bahawa kutipan dan agihan zakat
lebih baik daripada cukai.
Persepsi responden berkaitan sistem zakat dan cukai pula ditunjukkan
pada Jadual 6. Keseluruhan responden berpendapat bahawa sistem zakat
berfungsi dengan baik berbanding cukai. Berbeza pula dengan responden yang
membayar zakat, mereka lebih berbendapat bahawa sistem cukai lebih
berfungsi dengan baik berbanding dengan zakat. Ketiga-tiga kelas reponden
berpendapat kadar zakat lebih munasabah berbanding kadar cukai dan sistem
zakat lebih adil berbanding sistem cukai. Mereka juga berpendapat lebih
banyak kemudahan untuk membayar zakat berbanding kemudahan untuk
membayar cukai. Bagi sistem penguatkuasaan undang-undang pula, responden
yang membayar zakat lebih bersetuju bahawa penguatkuasaan undang-undang
cukai adalah berkesan berbanding penguatkuasaan undang-undang zakat.
Secara keseluruhannya, keseluruhan responden berpendapat bahawa sistem
zakat lebih baik berbanding sistem cukai.
220 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Jadual 6: Perbezaan Nilai GAP Min Antara Kelas Responden (Sistem Zakat dan Cukai)
ITEM Nilai GAP Min1
Keseluruhan2 Membayar Zakat
3 Membayar Zakat
Melebihi Kewajipan 4
(1) Sistem zakat/cukai di Malaysia berfungsi dengan
baik
0.04 -0.05 -0.15
(2) Kadar zakat/cukai di Malaysia adalah munasabah 0.46 0.41 0.31
(3) Sistem zakat/cukai di Malaysia adalah adil 0.33 0.33 0.38
(4) Wujud banyak kemudahan untuk membayar
zakat/cukai
0.27 0.19 0.23
(5) Penguatkuasaan undang-undang zakat/cukai adalah
berkesan
0.14 -0.04 -0.23
PURATA KESELURUHAN 0.25 0.17 0.11 Nota: 1. Min berdasarkan skala likert; nilai 1 = sangat tidak setuju hingga nilai 5 = sangat setuju. Jika nilai GAP min = 0 (tiada perbezaan
antara zakat dan cukai), nilai GAP min (+) = (zakat lebih baik dari cukai); nilai GAP min (-) = (cukai lebih baik dari zakat)
2. Perbezaan Min keseluruhan responden (Min Zakat – Min Cukai)
3. Perbezaan Min responden yang membayar zakat (Min Zakat – Min Cukai)
4. Perbezaan Min responden yang membayar zakat melebihi kewajipan (Min Zakat – Min Cukai)
Pembayaran Zakat Pendapatan Melebihi Kadar Kewajipan Zakat: Kajian dalam Kalangan Kakitangan Kerajaan di Wilayah Persekutuan, Putrajaya /221
Perbincangan Dan Implikasi Dasar
Persoalan berkaitan dengan pembayar zakat yang membayar zakat lebih
daripada kadar kewajipan zakat, sememangnya wujud. Hasil kajian ini
mendapati individu yang membayar zakat melebihi kadar kewajipan yang perlu
dibayar secara puratanya adalah sekali ganda lebih daripada jumlah sebenar
zakat yang perlu dibayar. Secara mudahnya sekiranya seseorang perlu
membayar zakat pendapatan sebanyak RM100 setiap bulan, maka individu
tersebut akan membayar kepada pusat zakat sebanyak RM200 setiap bulan,
iaitu sekali ganda melebihi jumlah zakat yang perlu dibayarnya setiap bualan.
Jumlah ini dilihat sedikit tetapi jika ramai individu membayar zakat melebihi
kadar yang ditetapkan, maka jumlah tersebut akan menjadi banyak dan
daripada jumlah tersebut lebih banyak sumbangan dapat diberikan dan banyak
bilangan masyarakat yang memerlukan dapat dibantu. Sebagai contoh hasil
kutipan zakat pendapatan MAIWP yang semakin meningkat setiap tahun.
Berdasarkan Rajah 1, hasil kutipan zakat pendapatan MAIWP, saban
tahun semakin meningkat. Kita dapat lihat bahawa dalam tempoh 10 tahun
peningkatan kutipan zakat pendapatan meningkat dengan mendadak dari
RM76.7 juta kepada RM385.2 juta iaitu peningkatan sebanyak 400 peratus. Ini
bermakna secara puratanya, kutipan zakat pendapatan di MAIWP meningkat
sebanyak 40 peratus setiap tahun. Andaikan daripada jumlah tersebut 70
peratus membayar pada kadar sepatutnya dan 30 peratus membayar lebih
daripada kadar dan lebihan tersebut sekali ganda, maka kita dapat lihat
sumbangan sebenar golongan yang membayar zakat melebihi kadar.
Andaikan:
Jumlah Kutipan = RM 385 Juta, Jumlah Pembayar = 130,089 orang [70%
(91,062 orang), 30 %( 39,027 orang)]
Purata Kutipan seorang = RM 2,960
Jika: 70% (x) + 30% (2x) = Jumlah Kutipan
91,062(x) + 39,027(2x) = RM 385,000,000
169,116x = 385,000,000
x = RM 2,277 per orang
Maka: Golongan 70% menyumbang kepada kutipan sebanyak
91,062(2,777) = RM 207.3 Juta (53.8%)
Golongan 30% menyumbang kepada kutipan sebanyak
39,027(2) (2,277) = RM 177.7 Juta
(46.2%)
Jika: Golongan 30% membayar zakat sekali ganda lebih iaitu 2x,
maka nilai lebihan bayaran yang dibayar adalah sebanyak x.
Maka: 39,037(RM 2,277) = RM 88,887,249 (nilai lebihan zakat
daripada keseluruhan jumlah kutipan zakat)
222 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Jika : Lebihan tersebut dinisbahkan dengan jumlah kutipan
keseluruhan untuk melihat peratus lebihan kepada jumlah
keseluruhan kutipan.
Maka: (RM 88,887,249 / RM 385,000,000)*100 = 23.09% (peratus
lebihan zakat daripada jumlah kutipan zakat)
Hasil andaian ini menunjukkan bahawa sumbangan golongan yang
membayar zakat melebihi kadar kewajipan, menyumbang hampir kepada
separuh (46%) daripada jumlah kutipan zakat pendapatan walaupun jumlah
pembayar yang membayar zakat lebih daripada kadar kewajipan adalah
sebanyak 30 peratus. Andaian juga mendapati, daripada jumlah kutipan zakat,
sebanyak 23 peratus atau RM 88,887,249 adalah lebihan yang dibayar oleh
pembayar zakat yang membayar melebihi kadar kewajipan zakat. Dapat
disimpulkan jika andaian ini benar maka, 23 peratus adalah lebihan daripada
keseluruhan jumlah zakat pendapatan merupakan satu jumlah yang besar dan
jumlah tersebut dapat diagihkan kepada lebih ramai lagi kepada golongan yang
memerlukan.
Bayaran zakat yang segaja dilebihkan tersebut sudah pasti tidak menjadi
zakat, kerana zakat adalah jumlah tertentu dan bayaran lebihan tersebut adalah
salah satu bentuk sedekah. Hal ini boleh disandarkan kepada sebuah hadis yang
sangat panjang ketika mana Nabi Muhammad SAW memerintahkan amil pada
zaman baginda agar turun ke ceruk desa menaksir zakat haiwan ternakan. Di
penghujung hadis tersebut, Nabi SAW menegaskan:
“Zakat ghanam (kambing atau biri-biri) ialah ghanam yang
lepas (yang meragut secara bebas atau saaimah). Mulai dari 40
ekor hingga 120 ekor, zakatnya seekor Syaatun. Dari 120 ekor
hingga 200 ratus, zakatnya dua ekor Syaatun. Dari 200 ekor
hingga 300 ekor, zakatnya tiga ekor Syaatun. Dari 300 ekor
hingga seterusnya, tiap-tiap 100 ekor, zakatnya seekor Syaatun.
Dan siapa yang mempunyai ghanam kurang dari 40 ekor (belum
mencapai nisab ghanam), biarpun hanya kurang seekor (39
ekor), tidak wajib zakat baginya, kecuali kalau dia suka
membayarnya (maka dia masih boleh mengeluarkannya dan
pihak amil boleh menerimanya).”
(Hadis sahih Imam Bukhari daripada Anas r.a)
Hadis ini menunjukkan, dalam pemberian zakat ghanam di atas, oleh
kerana hanya terkurang seekor kambing contohnya, maka pemilik ternakan
tidak wajib mengeluarkan zakat ternakannya. Namun, Nabi SAW juga
menyatakan, jika dia masih mahu memberikan kambingnya kepada pihak
pengutip zakat, ia masih boleh diterima dan kala itu, sungguh pun hakikatnya
ia bukanlah kambing zakat; namun ia adalah kambing sedekah yang perlu
diraikan oleh amil, iaitu diterima dengan baik dan didoakan ke atas
pembayarnya sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Demikian jugalah,
dalam kes kajian ini, terdapat umat Islam yang melebihkan bayaran zakat dan
Pembayaran Zakat Pendapatan Melebihi Kadar Kewajipan Zakat: Kajian dalam Kalangan Kakitangan Kerajaan di Wilayah Persekutuan, Putrajaya /223
pihak amil wajar menerimanya, kerana memang Islam menggalakkan
sedemikian. Kadar zakat yang perlu dibayar sebanyak 2.5 peratus adalah satu
kadar yang sangat kecil dan tidak membebankan kepada pembayar zakat,
menjadikan masyarakat gemar membayar zakat. Disamping bayaran zakat atas
kewajipan yang ditetapkan, pembayar zakat juga mendapat kepuasan rohani
apabila membuat pembayaran zakat kerana dapat membantu golongan yang
susah dan memerlukan.
Bagi menggalakkan lagi orang ramai membayar zakat, agensi Zakat
perlu bekerjasama dengan pihak sekolah dan NGO untuk merangka program
pada masa akan datang untuk mendidik orang ramai mengenai kepentingan
bagi umat Islam di negara ini untuk membayar zakat. Mereka juga boleh
menggunakan sepenuhnya sistem (rebat Zakat sebagai cukai / pengecualian)
yang diberikan kepada mereka untuk menunjukkan betapa besarnya kesan
zakat dalam membantu membagunkan masyarakat umat Islam. Masyarakat
Muslim juga akan lebih menghargai pada sistem yang disediakan oleh LHDN
(zakat sebagai rebat cukai) dan pada masa yang sama memenuhi
tanggungjawab mereka sebagai pembayar zakat, dan juga dapat membantu
untuk pembangunan masyarakat Islam di Malaysia.
Kesimpulan
Zakat pendapatan merupakan penyumbang utama dalam jumlah kutipan zakat
oleh institusi pengurusan zakat di Malaysia. Peningkatan kesedaran membayar
zakat pendapatan adalah penting kerana zakat pendapatan mempunyai banyak
faedah sosio ekonomi. zakat dianggap sebagai alat fiskal semula jadi yang
disarankan oleh islam dan perlu diagihkan terus kepada asnaf supaya
membawa kesan yang segera kepada ekonomi. Zakat sebagai satu instrument
dasar fiskal yang diwajibkan oleh agama mempunyai kepentingan
kebendaan(harta) dan rohani. Zakat sebagaimana ditetapkan dalam Islam
didapati mempunyai peranan tersendiri terhadap dasar Negara dan
perkembangan ekonomi. Zakat didapati dapat menambahkan lagi permintaan
aggregate khususnya daripada golongan berpendapatan rendah dan seterusnya
mempertingkatkan kerancakkan kegiatan ekonomi yang akhirnya dapat
menambah keluaran dan pendapatan Negara. Jumlah kutipan yang semakin
bertambah ini memberikan peluang kepada pihak institusi untuk melaksanakan
agihan menyeluruh kepada semua asnaf yang berhak. Perkara ini menunjukkan
umat Islam kini mula mempunyai kesedaran untuk membayar zakat
pendapatan selepas diwartakan. Usaha yang dijalankan oleh pihak lembaga
zakat negeri-negeri sendiri juga turut menyumbang ke arah peningkatan jumlah
kutipan dan pembayar zakat pendapatan. Semakin banyak zakat dikutip, maka
semakin banyak jugalah bantuan dapat diagihkan dan dapat membantu asnaf
terutamanya asnaf fakir dan miskin. Peningkatan dalam kutipan zakat dapat
mewujudkan satu masyarakat yang saling mengambil berat antara satu sama
lain terutamanya kepada isi rumah Muslim yang mengalami kemiskinan tegar
dapat dihapuskan secara beransur-ansur. Setiap individu yang membuat
224 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
bayaran zakat melebihi amaun, mudah-mudahan, ia dikira oleh Allah SWT
sebagai sedekah atau infak yang suci dan ikhlas demi membolehkan mendapat
pelbagai keberkatan dan ganjaran besar yang dijanjikan Allah SWT, di dunia
dan akhirat. Di samping itu ia juga dapat membantu golongan yang kurang
berkemampuan untuk keluar daripada belenggu kesusahan.
Rujukan
Ahmad, S., & Wahid, H. (2005a). Kesediaan berkongsi kekayaan dan kebahagian:
Kajian kes bayaran zakat bagi harta yang diikhtilaf. In Persidangan Kebangsaan
Ke-2 PPSPP (pp. 1–12).
Ahmad, S., & Wahid, H. (2005b). Sumber zakat: Perluasan terhadap harta yang
diikhtilaf. Jurnal Syariah, 13(1), 135–162.
Ahmad, S., & Wahid, H. (2013). Pelaksanaan zakat pendapatan di Malaysia: Potensi
dan cabaran. In Kursus Pengendalian Harta Zakat (pp. 1–18).
Anuar Muhammad (2008). Perception Of Academicians Toward Zakat Administration
Particularly Zakat Distribution: The Case Of Selangor And Kelantan. Gombak:
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Bakar, Nur B. A. and Rahman, Abdul R.A. (2007), A comparative study of zakah and
modern taxation. J.KAU: Islamic Econ. Vol.20 No. 1. pp 25-40.
Buku Laporan Tahunan (2015), Pusat Pungutan Zakat-Maijlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan
Dangkua, R. (2015), Taxation in Islamic Economy.
http://www.academia.edu/download/46055640/
Taxation_in_Islamic_Economy.docx
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader (2009). Pengagihan Zakat
oleh Institusi Zakat di Malaysia: Mengapakah Masyarakat Islam Tidak
Berpuashati? Jurnal Ekonomi Malaysia 46(2): 17-27.
http://www.zakat.com.my/info-zakat/jenis-jenis-zakat/zakat-pendapatan/
Kamil (2002), Gelagat Kepatuhan Zakat Pendapatan Gaji. Disertasi Ph.D tidak
diterbitkan. Universiti Utara Malaysia.
Mannan, M.A. 1986. Islamic Economics: Theory and Practice. Cambridge: Hodder and
Stroughton
Nienhaus, Volker. (2006), Zakat, taxes, and public finance in Islam. Islam and
Everyday World – Public Policy Dilemma. Edited by Behdad, R. and Normani,
F. Routledge: New York pp 165-192.
Muhammad N. Samad, M. Ariff and A.M. Nassir (2016), Impact Of Zakat Payment
Offset System On Income Tax Collection In Malaysia, I J A B E R, Vol. 14, No.
13, (2016): 9579-9607
Ringkasan Laporan Zakat (2016), Pusat Pungutan Zakat-Maijlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan
Sanep Ahmad & Hairunnizam Wahid (2005). Persepsi Agihan Zakat dan Kesannya
terhadap Pembayaran Zakat Melalui Institusi Formal. Jurnal Ekonomi Malaysia.
39: 53-69
Wahid, H., Ahmad, S., & Mohd Noor, M. A. (2007). Kesedaran membayar zakat
pendapatan di Malaysia. Islamiyyat, 29, 53–70.
Pembayaran Zakat Pendapatan Melebihi Kadar Kewajipan Zakat: Kajian dalam Kalangan Kakitangan Kerajaan di Wilayah Persekutuan, Putrajaya /225
Lampiran:
Jadual 1: Pencapaian Kutipan Mengikut Jenis-Jenis Zakat MAIWP
JENIS ZAKAT 2015 2016 % +/-
Pendapatan 385,157,868.82 392,446,919.06 2%
Perniagaan 94,121,305.74 106,304,269.21 13%
Wang Simpanan 35,349,658.36 39,328,135.04 11%
Mal (Harta) 39,960,077.12 39,606,805.24 -1%
Qadha 590,942.51 432,984.45 -27%
Lain-Lain
Kutipan
2,463,885.63 2,571,047.84 4%
JUMLAH 580,690,160.84 557,643,738.18 4%
Sumber: Ringkasan Laporan Zakat (2016), PPZ-MAIWP
Rajah 1: Hasil Zakat Pendapatan MAIWP 2005 hingga 2015
Sumber: Buku Laporan Tahunan (2015), Pusat Pungutan Zakat-Maijlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan