Pengurusan Zakat - ukm.my kerja/perkem2017-ummi amirah.pdf · Bab 4 Prestasi Kutipan Serta...
Transcript of Pengurusan Zakat - ukm.my kerja/perkem2017-ummi amirah.pdf · Bab 4 Prestasi Kutipan Serta...
1
Pengurusan Zakat di Malaysia:
Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Hairunnizam Wahid Mohd Ali Mohd Noor Adibah Abdul Wahab
Muhammad Tajuddin Abdul Rahim
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI • 2017 http://www.ukm.my/fep
2
Cetakan Pertama, 2017
Hak cipta Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM)
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2017
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula,
disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan
sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan
sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu.
Diterbitkan di Malaysia oleh
Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM),
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
http://www.ukm.my/ekonis
e-mel:[email protected]
Dengan Kerjasama
Lembaga Zakat Selangor (LZS)
3-01-1, Presint ALAMI, Pusat Perniagaan Worldwide 2,
Persiaran Akuatik, Seksyen 13
40100 Shah Alam, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA
e-mel: [email protected]
Unit Zakat UKM
Pejabat Unit Zakat UKM
Jabatan Bendahari, Aras 1, Masjid UKM
43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA
e-mel: [email protected]
Dicetak di Malaysia oleh
UKM CETAK
UKM Holdings Sdn. Bhd.
Aras Bawah, Bangunan Penerbit UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
Perpustakan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Hairunnizam Wahid
Pengurusan Zakat Di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat /
Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor, Adibah Abdul Wahab, Muhammad
Tajuddin Abdul Rahim
1. Zakat. 2. Islam—Charities. 3. Islamic Giving. I. Mohd Ali Mohd Nor, II.
Adibah Abdul Wahab, III. Muhammad Tajuddin. IV. Judul
ISBN 978-983-3198-98-6
3
Kandungan
Kandungan …3
Kata Pengantar …6
Sekapur Sirih…7
Prakata …8
Senarai Penulis…9
Bab 1 Pengurusan Zakat Institusi Pengajian Tinggi: Pengalaman Unit Zakat
Universiti Kebangsaan Malaysia
Muhammad Tajuddin Abdul Rahim & Wan Mohd Al Faizee
Wan Ab Rahaman...11
Bab 2 Aplikasi SEM-PLS dalam Menentukan Faktor Pembayaran Zakat oleh
Syarikat
Adibah Abdul Wahab …23
Bab 3 Kodifikasi Akta Zakat Nasional: Persepsi dan Implikasi
Mohd Suffian Mohamed Esa, Mohd Ali Mohd Noor & Hairunnizam Wahid ... 39
Bab 4 Prestasi Kutipan Serta Pematuhan Standard Prosedur Kutipan Zakat:
Kajian di Malaysia
Mohd Fisul Ismail, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Noor …65
Bab 5 Analisis Kecekapan Kutipan dan Agihan oleh Institusi Zakat: Satu Kajian
Semula Terhadap Majlis Agama Islam Negeri
Ummi Amirah Alias, Hairunnizam Wahid & Azrina Abdullah Al-Hadi …83
Bab 6 Kesan Cukai Korporat dan Zakat Perniagaan Terhadap Prestasi
Kewangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
Sri Nooridayu Salleh, Rubayah Yakob & Aisyah Abdul Rahman…103
Bab 7 Pendanaan Awam (Crowdfunding) dan Zakat: Satu Tinjauan Awal Ke
Atas Pendekatan yang Digunakan
Suhaili Alma’amun ... 125
Bab 8 Dana Zakat Untuk Pembiayaan Pendidikan: Tinjauan Kecenderungan
Pemilihan Aliran Pendidikan dalam Kalangan Asnaf Mualaf di Malaysia
Muhammad Haffiz Muhamad Isa & Hairunnizam Wahid …133
4
Bab 9 Pembangunan Harta Aqar Zakat: Kajian Terhadap Model Pembangunan
Harta Aqar Majlis Agama Islam Negeri Johor
Mohd Azlan Bunasir & Hairunnizam Wahid …155
Bab 10 Kontrak Wakalah dalam Agihan Zakat: Kajian di Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan
Atiah Ahmad & Hairunnizam Wahid ...171
Bab 11 Kesedaran Masyarakat Islam Terhadap Penggunaan e-Fidyah dalam
Urusan Pembayaran Fidyah di Majlis Agama Islam Johor: Kajian di Muar,
Johor
Muhammad Shukri Ab Ghani, Hairunnizam Wahid &
Mohd Ali Mohd Noor …189
Bab 12 Pembayaran Zakat Pendapatan Melebihi Kadar Kewajipan Zakat:
Kajian dalam Kalangan Kakitangan Kerajaan di Wilayah Persekutuan,
Putrajaya
‘Abdullah Khairi Mohd Asri & Hairunnizam Wahid …211
Bab 13 Persepsi Asnaf Zakat Al-Gharimin (Perubatan) Terhadap Kaedah
Agihan Zakat oleh Lembaga Zakat Selangor: Kajian di Gombak, Selangor
Nur Aliah Mohd Sukeri, Zulaikha Mohd Hanafiah & Hairunnizam Wahid ... 227
Bab 14 Keberkesanan Pelaksanaan Ceramah Zakat Terhadap Kefahaman Serta
Amalan Membayar Zakat Perniagaan: Kajian di Sepang, Selangor
Siti Umairah Kamaruddin, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor & Abdul
Halim Abu Bakar …245
Bab 15 Pembayaran Zakat Pendapatan dan Tekanan Kos Sara Hidup: Kajian
dalam Kalangan Pensyarah di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)
Sharifah Nor Nadiah Syed Aluwi, Hairunnizam Wahid &
Mohd Ali Mohd Noor …269
Bab 16 Persepsi Masyarakat Islam Terhadap Agihan Zakat oleh Tabung
Baitulmal Sarawak (TBS) dan Peranan Medium Promosi: Kajian di Bintulu,
Sarawak
Abdul Hayy Haziq Mohamad & Hairunnizam Wahid …287
5
Bab 17 Hubungan Antara Uruf, Amalan Adat Perpatih Terhadap Pembayaran
Zakat Pendapatan: Kajian di Rembau, Negeri Sembilan
Mohamad Nurul Azwan Mohamad Taib & Hairunnizam Wahid …305
Bab 18 Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan dalam Kalangan Kakitangan
Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
Nur Liana ‘Aqilah Derus & Mohd Ali Mohd Noor …319
Bab 19 Penentuan Had Kifayah Zakat: Satu Cadangan Dimensi Penentuan yang
Baru
Siti Norhidayah Hamzah & Hairunnizam Wahid …331
Bab 20 Keberkesanan Bantuan Modal Zakat Daripada Perspektif Penerima:
Kajian di Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu
Solehuddin Zulkifli, Nurmaizura Marzuki &
Hairunnizam Wahid …353
Bab 21 Zakat, Tekanan Kewangan dan Pembiayaan Hutang bagi Institusi
Kewangan di Malaysia
Aisyah Abdul-Rahman & Muhammad Haziq Abdullah …373
Bab 22 Kecekapan Pengurusan Agihan Zakat oleh Lembaga Amil Zakat
Swadaya Ummah (LAZSU): Satu Kajian di Pekanbaru Riau, Indonesia
Sri Hartati, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor & Febri Arahman ...393
6
Kata Pengantar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang atas limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya. Selawat dan salam
atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.
Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang
terlibat khususnya kepada sidang penyunting dalam menghasilkan buku
bertajuk Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat.
Usaha murni semua pihak yang terlibat menghasilkan buku ini memperlihatkan
komitmen yang tinggi ke arah perkongsian ilmu dan pendedahan kajian-kajian
kotemporari berkaitan gelagat penerima juga pembayar zakat semasa.
Peranan zakat terhadap agama dan sosioekonomi masyarakat tidak
harus dipandang kecil. Pembayaran zakat bukan sahaja dapat menyucikan
harta, jiwa dan sifat tamak pembayar zakat, bahkan ia juga dapat menyucikan
sifat mazmumah seperti sifat hasad dengki penerima zakat terhadap mereka
yang berharta yang akhirnya secara tidak langsung dapat melahirkan
ukhuwwah dalam kalangan masyarakat. Hanya dengan pengamalan akhlak
yang murni dan sifat mahmudah dalam masyarakat secara holistik dapat
membantu hasrat negara membangunkan ekonomi ummah ke arah agenda
futuristik iaitu Transformasi Nasional 2050. Kefahaman masyarakat mengenai
perkara ini amat penting untuk menggalakkan umat Islam menunaikan
tanggungjawab berzakat dan pihak institusi pengurusan zakat dapat
mengagihkan harta zakat kepada asnaf dengan efisien dan sempurna mengikut
kerangka syariah yang akhirnya akan memastikan pertumbuhan ekonomi
negara yang lestari dan inklusif.
Saya yakin buku ini dapat dijadikan sumber rujukan kepada para
karyawan zakat, institusi zakat, Majlis Agama Islam Negeri, institusi
perbankan dan kewangan, ahli akademik, para ilmuan dan masyarakat dalam
mengetahui isu-isu terkini khususnya yang berkaitan dengan gelagat agen
ekonomi dalam sistem fiskal Islam yang berkaitan zakat. Buku ini diharapkan
dapat menambahkan idea para pengkaji dan menjadi panduan dalam
memperkasa pengurusan institusi zakat khususnya di Malaysia dan di dunia
amnya. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah
SWT.
Amin ya rabbal alamin.
HAJI HUSSIN MOHD ALI
Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Zakat Selangor
Majlis Agama Islam Selangor
7
Sekapur Sirih
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillah. Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT atas limpahan nikmat dan
rahmat-Nya.
Unit Zakat UKM sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memperkukuhkan
dan memperkasakan pendidikan mahasiswa UKM. Antara saranan Unit Zakat
UKM adalah dengan menggalakkan para mahasiswa UKM untuk menyertai
pelbagai konvensyen akademik yang dianjurkan di peringkat universiti, yang
berpotensi untuk memangkin kecemerlangan akademik dan inovasi dalam
pembelajaran. Sejarah Islam jelas membuktikan bahawa zakat telah memberi
sumbangan besar dalam dunia pendidikan dan telah melahirkan jutaan
cendikiawan.
Usaha memperkasakan ilmu dalam kalangan mahasiswa sangat
diambil berat oleh pihak kami walupun berdepan dengan pelbagai cabaran.
Usaha ini menuntut kepada tindakan dan kerjasama yang serius daripada
semua pihak agar benar-benar mencapai matlamat dalam memberikan
kebajikan khususnya kepada para mahasiswa. Dengan cabaran ketirisan ilmu
dalam kalangan mahasiswa, inisiatif Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM
dalam mengadakan Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017
(PERKEM 2017) adalah satu langkah yang tepat pada masanya dan wajar
disertai oleh setiap mahasiswa. Unit Zakat UKM sentiasa mengalu-alukan
program seperti ini supaya dapat membudayakan keilmuan dalam kalangan
mahasiswa dan seterusnya menjana keintelektualan untuk melahirkan graduan
beraspirasi kebangsaan, berkompeten, berdaya saing dan inovatif.
Akhir kata, Unit Zakat UKM ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan tahniah kepada penerbitan buku ini bersempena Persidangan
Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017 (PERKEM 2017) sebagai salah
satu usaha memperkasakan kecemerlangan mahasiswa. Koloberasi ini amat
baik dan bertepatan dengan maqasid zakat yang telah dianjurkan dalam Islam.
Semoga PERKEM 2017 menghasilkan impak yang tinggi dalam
merealisasikan seruan kerajaan untuk memperkasakan pendidikan tinggi di
Malaysia.
Salam Hormat
MUHAMMAD TAJUDDIN ABDUL RAHIM
Unit Zakat UKM
8
Prakata
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala
pujian untuk Allah SWT serta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi
Muhammad SAW.
Perkembangan ilmu dalam pengkajian zakat telah berkembang luas
dengan begitu pesat di serata dunia. Gabungan kekuatan ilmu asas dan ilmu
alat dalam menganalisis sesuatu fenomena gelagat manusia berkaitan zakat
serta hasil dapatan dan penemuan kajian secara empirikal merupakan satu
keperluan yang mainstream pada masa kini. Maka sudah pastilah segala
dapatan yang bersifat empirik tersebut memerlukan kepada metodologi yang
bersifat saintifik dan sistematik yang bertujuan untuk memperkukuhkan lagi
sesuatu teori serta meyakinkan para penggubal dasar dengan penemuan yang
diperolehi.
Buku ini merupakan kompilasi artikel berkaitan zakat di Persidangan
Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) ke 12 2017. Sebahagian besar
artikel ini adalah disumbangkan oleh para pelajar dalam Program Sarjana
Ekonomi Islam di Pusat Pengajian Ekonomi, UKM tahun 2017. Fokus kajian
zakat dalam buku ini adalah kajian yang berkaitan dengan gelagat manusia
dalam sistem pengurusan zakat yang terdiri daripada amil, asnaf serta
pembayar zakat di Malaysia. Hanya terdapat satu artikel yang mengkaji aspek
pengurusan zakat di Riau, Indonesia.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kami kepada penyumbang
utama dana bagi penerbitan buku ini iaitu Unit Zakat UKM. Penghargaan juga
kepada pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang bersama-sama menjayakan
penerbitan buku ini. Tidak dilupakan kepada semua pelajar program Sarjana
Ekonomi Islam yang bertungkus-lumus menyiapkan artikel ini untuk
dibentangkan di PERKEM 2017 dan bakal berkonvokesyen tahun 2017.
Penghargaan juga kepada pihak CRIM-UKM selaku penyumbang geran
kepada beberapa penyelidikan dalam menghasilkan bab dalam buku ini iaitu
Geran DPP-2014-005, DPP-2015-FEP, GGP-2014-008 dan GUP-2016-001.
Akhir kata, diharapkan buku ini dapat memberi manfaat kepada
semua pihak pemegang taruh dalam pengurusan zakat. Harapan kami
penerbitan buku ini dapat meningkatkan dan memperkukuhkan lagi ilmu dalam
korpus bidang ekonomi Islam terutamanya dalam bidang kajian zakat. Kami
mohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan dalam penulisan buku ini.
Sekian, terima kasih.
Sidang Penyunting
9
Senarai Penulis
‘Abdullah Khairi Mohd Asri, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi
& Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Abdul Halim Abu Bakar, Eksekutif, Divisyen Dakwah dan Syariah Lembaga
Zakat Selangor
Abdul Hayy Haziq Mohamad, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Adibah Abdul Wahab, PhD. Ketua Divisyen Dakwah dan Syariah, Lembaga
Zakat Selangor
Mohd Suffian Mohamed Esa, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi
& Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Aisyah Abdul Rahman, PhD. Profesor Madya, Pusat Pengajian Pengurusan,
Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Atiah Ahmad, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Azrina Abdullah Al-Hadi, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi,
Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Febri Arahman, Kakitangan Lembaga Amil Zakat Swadaya Ummah (LAZSU),
Riau, Indonesia Hairunnizam Wahid, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi,
Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohamad Nurul Azwan Mohamad Taib, Pelajar Sarjana Ekonomi, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohd Ali Mohd Noor, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi,
Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohd Azlan Bunasir, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohd Fisul Ismail, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Muhammad Haffiz Muhamad Isa, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Muhammad Haziq Abdullah, Pelajar Sarjanamuda Pengurusan Perniagaan,
Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muhammad Shukri Ab Ghani, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Muhammad Tajuddin Abdul Rahim, Ketua Unit Zakat, Jabatan Bendahari,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Nur Aliah Mohd Sukeri, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Nur Liana ‘Aqilah Derus, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Nurmaizura Marzuki, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
10
Rubayah Yakob, PhD. Profesor Madya, Pusat Pengajian Pengurusan, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Sharifah Nor Nadiah Syed Aluwi, Pelajar Sarjana Ekonomi, Fakulti Ekonomi
& Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Siti Norhidayah Hamzah, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Siti Umairah Kamaruddin, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Solehuddin Zulkifli, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Sri Hartati, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Sri Nooridayu Salleh, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Suhaili Alma’amun, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Ummi Amirah Alias, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Wan Mohd Al Faizee Wan Ab Rahaman, Pensyarah, Institut Profesional
Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Zulaikha Mohd Hanafiah, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Analisis Kecekapan Kutipan dan Agihan oleh Institusi Zakat: Satu Kajian Semula Terhadap Majlis Agama Islam Negeri /83
Bab 5
Analisis Kecekapan Kutipan dan Agihan oleh Institusi Zakat: Satu Kajian Semula Terhadap Majlis Agama Islam Negeri
Ummi Amirah Alias Hairunnizam Wahid
Azrina Abdullah Al-Hadi
Pengenalan
Zakat merupakan salah satu instrumen pembangunan ekonomi bagi umat
Islam. Berbeza dengan wakaf yang memainkan peranan untuk membina
tamadun umat Islam melalui sistem pendidikan dan sebagainya, zakat dilihat
sebagai sumber penyelesaian bagi masalah masyarakat untuk membasmi
kemiskinan. Ini telah dibuktikan ketika zaman Khalifah Umar Al-Khattab
dengan pemerkasaan zakat melalui kecekapan mengurus dan mengagihkan
zakat, kemiskinan dapat dibendung sehingga sifar kemiskinan dapat dihasilkan.
Maka, Islam dilihat sangat idealistik kerana segala permasalahan telah
diberikan solusi yang tidak dapat disangkal oleh mana-mana pihak.
Sungguhpun begitu, ekonomi di Malaysia kini masih memerlukan gandingan
usaha daripada semua pihak agar masalah ini dapat diselesaikan. Masalah ini
dikatakan semakin menular disebabkan wujudnya jurang pendapatan bagi yang
kaya dan miskin (Raziatul Hanum 2014). Tambahan pula, pelaksanaan Goods
and Services Tax (GST) secara tidak langsung membawa kepada wujudnya
jurang pendapatan ini dan kemiskinan masih lagi berlaku. Hal ini telah
membawa kepada dakwaan yang mengatakan institusi zakat perlu diselidik
bagi benar-benar menyelesaikan masalah masyarakat. Ditambah pula, institusi
zakat merupakan badan awam yang tidak untung dan menyediakan
perkhidmatan kepada masyarakat sebagai perantara dalam pelaksanaan rukun
Islam yang ketiga.
Sanep, Hairunnizam & Adnan (2006) telah mengkaji faktor yang
mempengaruhi kepatuhan individu untuk membayar zakat ialah ketidakpuasan
hati pembayar zakat terhadap pengurusan institusi formal dan mengakibatkan
berlakunya kebocoran bayaran zakat kepada asnaf sendiri tanpa melalui
institusi zakat. Maka, punca bagi masalah ini dilihat keraguan pembayar zakat
pada ketelusan institusi zakat itu sendiri. Nik Aziz Afiq (2016) mengemukakan
pandangan bahawa terdapat dua perkara yang dapat mengembalikan
84 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
kepercayaan masyarakat iaitu institusi zakat perlu diaudit oleh Jabatan Audit
Negara dan laporan tahunan dihebahkan secara umum serta mewujudkan
sebuah badan bebas untuk melakukan ‘semak dan imbang’ yang dapat
mempertikaikan keputusan dan terdiri daripada aktivis masyarakat daripada
pelbagai latar belakang. Penyelesaian ini sebenarnya telah dilaksanakan oleh
institusi zakat dengan mengemukakan laporan tahunan masing-masing yang
telah diaudit.
Sementara itu, pungutan hasil kutipan dapat diperkasa dengan
meningkatkan kesedaran individu dan mewujudkan pengkorporatan kutipan
dan agihan zakat. Aspek pengkorporatan telah diperkenalkan di Malaysia sejak
tahun 90-an dimulai dengan penubuhan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) pada
tahun 1991 yang merupakan anak syarikat MAIWP, Pusat Zakat Selangor dan
Pusat Urus Zakat Pulau Pinang pada tahun 1995, Pusat Kutipan Zakat Pahang
pada tahun 1996 dan Pusat Zakat Negeri Sembilan serta Pusat Zakat Melaka
pada tahun 2000 (Sanep et al. 2006; Norazlina dan Abdul Rahim 2012).
Kemudian, diikuti dengan Tabung Baitulmal Sarawak pada tahun 2001. Pusat
Zakat Sabah pula ditubuhkan pada April 2007 menggantikan Bahagian Zakat
dan Fitrah sebagai salah satu bahagian di bawah pentadbiran MUIS (Pg Mohd
Faezul, Hairunnizam & Mohd Ali 2016). Pusat zakat yang ditubuhkan ini
merupakan institusi korporat di bawah Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).
Oleh itu, pertukaran struktur pentadbiran ini tidak lain hanya untuk
memperkasakan kutipan dan agihan institusi zakat.
Maka, setelah segala usaha yang dilakukan ini diharap dapat
meningkatkan kecekapan institusi zakat. Akan tetapi, institusi zakat yang pada
asasnya bergantung pada pemegang amanah dan umat Islam seluruhnya telah
menjadi perhatian dan kritikan orang awam. Pada dasarnya, ketidakyakinan
masyarakat terhadap kecekapan agihan institusi zakat telah menjadi
permasalahan utama yang masih perlu diselesaikan. Ini boleh membawa
kepada pengurangan jumlah kutipan zakat sekiranya keadaan ini dibiarkan
menular tanpa dikemukakan solusi yang terbaik. Berikutan itu, kajian ini
adalah sebagai salah satu usaha untuk menganalisis semula berdasarkan tahun
semasa iaitu 2015 bagi kecekapan teknikal, kecekapan teknikal tulen dan
kecekapan skala bagi kutipan dan agihan institusi zakat melalui perwakilan
enam institusi zakat di Malaysia untuk membuktikan prestasi kecekapan
semasa MAIN. Hubungan antara aspek struktur pentadbiran iaitu institusi
korporat, sebahagian korporat dan tidak korporat turut dibincangkan bagi
menjamin kecekapan institusi zakat. Terdapat tiga rujukan utama dalam kajian
ini iaitu (1) kajian kecekapan menggunakan kaedah Data Envelopment
Analysis (DEA) (lihat Norazlina & Abdul Rahim 2012) berdasarkan tiga model
yang dicadangkan (lihat Erturk & Turut-Asik 2011, Ahmad Aizuddin & Anath
2016) (2) Perbandingan kecekapan institusi korporat dan tidak korporat (lihat
Erturk & Turut-Asik 2011). Sumbangan kajian ini adalah mengkaji kecekapan
institusi zakat melalui kaedah DEA berasaskan model yang berbeza. Kajian ini
dijangka dapat membuktikan kutipan dan agihan zakat mencapai tahap cekap
walaupun perbezaan struktur pentadbiran dan akhirnya dapat membantu
Analisis Kecekapan Kutipan dan Agihan oleh Institusi Zakat: Satu Kajian Semula Terhadap Majlis Agama Islam Negeri /85
menyelesaikan masalah masyarakat di samping mempertingkatkan ekonomi
umat Islam.
Kajian Lepas
Kecekapan ekonomi didefinisikan sebagai prestasi sesuatu sistem untuk
menghasilkan output yang maksimum berdasarkan input yang digunakan.
Berlaku peningkatan dalam kecekapan sekiranya lebih banyak output yang
dihasilkan dengan jumlah input yang sama (Norazlina & Abdul Rahim 2012).
Justeru, kecekapan merupakan aspek yang penting untuk dititikberatkan dalam
pengurusan sesuatu institusi. Lebih-lebih lagi bagi institusi zakat kerana
merupakan sektor awam yang diurus bersumberkan bayaran zakat orang ramai.
Apatah lagi zakat merupakan rukun ketiga yang menjadi kewajipan bagi umat
Islam dan memerlukan pengurusan yang baik dalam menyebarluaskan
manfaatnya. Sudah pasti menjadi kewajipan bagi institusi ini meningkatkan
prestasi perkhidmatan yang diberikan agar tidak menjejaskan keyakinan
masyarakat awam. Pada umumnya, prestasi sesuatu sektor awam diukur
melalui ‘3E’ iaitu ekonomi, efektif dan efisien. (Abdul Rahim 2007; Eza
Ellany, Mohd Rizal & Mohamat Sabri 2014). Di Malaysia, pelbagai kajian
zakat telah dijalankan, antaranya melibatkan pengukuran kecekapan iaitu Eza
Ellany et al. (2014), Mohammad Fadzli, Hairunnizam & Mohd Ali (2016),
Hairunnizam, Sanep, Mohd Ali & Maryam (2016), Norazlina & Abdul Rahim
(2012), Ismail & Masturah (2014), Nurulhazwani & Noraini (2016) dan Sanep
et al. (2006).
Berdasarkan pemfokusan kajian kecekapan menggunakan kaedah DEA,
Norazlina & Abdul Rahim (2012) telah memulakan aplikasi bagi institusi zakat
di Malaysia dengan rujukan kajian penggunaan DEA dalam sektor awam.
Analisis secara keseluruhan itu berdasarkan input (bilangan kakitangan dan
jumlah perbelanjaan) dan output (jumlah kutipan, jum lah agihan dan bilangan
pembayar zakat) dengan min kecekapan teknikal sebanyak 80.6 peratus.
Kemudian, kajian tersebut diteruskan dengan mengenalpasti faktor penentu
ketidakcekapan institusi zakat menggunakan analisis regresi Tobit
mencadangkan sistem pembayaran zakat, sistem zakat berkomputer, saiz
lembaga, ahli jawatankuasa audit dan desentralisasi memberi kesan signifikan
kepada kecekapan institusi zakat di Malaysia (Norazlina & Abdul Rahim
2013). Seterusnya, kajian diteruskan dengan perbandingan pulangan ke atas
skala antara institusi zakat dan hasil kajian mendapati separuh daripada
institusi zakat di Malaysia mengalami ketidakcekapan skala dengan operasi
pulangan tambahan ke atas skala atau pulangan penurunan ke atas skala
(Norazlina & Abdul Rahim 2015). Kajian tersebut turut dikembangkan oleh
Ismail & Masturah (2014) dengan kaedah analisis DEA melalui dua peringkat
dengan fokus kepada kutipan dalam peringkat pertama dan agihan dalam
peringkat kedua bagi Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan mendapati
kecekapan agihan lebih rendah daripada kecekapan kutipan manakala
kecekapan keseluruhan, peruntukan dan kos mencapai kecekapan maksima.
86 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Selain itu, ketidakcekapan teknikal disebabkan oleh sumber yang berlebihan
apabila berlaku peningkatan dalam bilangan staf tetapi menunjukkan
penurunan dalam jumlah agihan pada tahun 2004. Nurulhazwani & Noraini
(2016) turut membincangkan kaedah yang sama bagi Majlis Agama dan Adat
Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menunjukkan kecekapan penuh dicapai
dalam kutipan dan hanya asnaf fisabilillah yang tidak mencapai kecekapan
maksima berdasarkan perbandingan agihan asnaf. Walau bagaimanapun,
analisis secara keseluruhan mencapai tahap kecekapan maksimum dicapai pada
tahun 2014.
Kajian DEA telah meluas diaplikasikan dalam pelbagai bidang.
Misalnya, analisis kecekapan hospital di Beijing kajian oleh Guo-Chao, Jian,
Zi-Jun, Chuan-Kun & Yang (2015) membandingkan tiga analisis kecekapan
antara ratio analysis (RA), stochastic frontier analysis (SFA) dan DEA.
Kaedah RA tidak sesuai digunakan dalam analisis kajian tersebut manakala
SFA dan DEA sesuai untuk diaplikasikan, namun DEA memerlukan kombinasi
dengan principal component analysis (PCA) untuk menambahkan kestabilan
data. Begitu juga dengan kajian Erturk & Turut-Asik (2011) yang
menggunakan aplikasi DEA dalam mengukur kecekapan syarikat agihan gas
asli di Turki dengan membentuk 7 model yang berbeza pemboleh ubah input
dan output. Selain itu, syarikat awam dilihat lebih efisien berbanding syarikat
swasta berdasarkan perolehan nilai kecekapan daripada dua model yang
dipilih. Namun begitu, hal tersebut tidak dapat disahkan kerana berlaku limitasi
bagi syarikat awam seterusnya memberikan kecekapan yang tinggi bagi 2
syarikat awam terbabit. Tambahan pula, pembentukan model yang berbeza ini
membolehkan pelbagai analisis perhubungan dibentuk akhirnya faktor atau
punca kecekapan dapat dikenal pasti.
Justeru, bagi kelangsungan pertumbuhan institusi zakat, kajian semula
terhadap kecekapan ini amat penting untuk memastikan operasinya sentiasa
dalam keadaan baik dari masa ke semasa. Diakui bahawa jumlah kutipan
semakin meningkat saban tahun. Akan tetapi, adakah peningkatan yang berlaku
tersebut selari dengan kecekapan agihan yang seterusnya dapat menilai peranan
institusi zakat secara keseluruhannya. Oleh itu, kajian ini akan mengukur
kecekapan kutipan dan agihan zakat bagi lima institusi zakat yang mempunyai
struktur pentadbiran yang berbeza. Jadual 1 menunjukkan ringkasan kajian
DEA yang telah dijalankan oleh institusi zakat dan bidang lain.
Metodologi Kajian
Kajian telah dijalankan menggunakan data sekunder yang diperoleh iaitu
laporan tahunan institusi zakat dan data berkaitan di Pusat Zakat bagi tahun
2015. Secara khususnya, data bagi output diperoleh daripada Laporan Tahunan
Pusat Pungutan Zakat Kuala Lumpur, manakala data bagi input dikumpul
sendiri melalui Pusat Zakat setiap negeri. Sebab utama pemilihan tahun 2015
sahaja kerana mewakili statistik terbaru data agihan dan kutipan zakat bagi
setiap negeri yang dikeluarkan melalui Laporan Tahunan PPZ. Oleh itu, data
keratan rentas bagi tahun 2015 digunakan dalam analisis kajian ini. Tahap
Analisis Kecekapan Kutipan dan Agihan oleh Institusi Zakat: Satu Kajian Semula Terhadap Majlis Agama Islam Negeri /87
kecekapan institusi zakat yang dinilai bagi kajian ini meliputi beberapa institusi
zakat di Malaysia iaitu melibatkan 6 negeri yang mewakili institusi zakat yang
telah mengkorporatkan pengurusan zakat sepenuhnya, mengkorporatkan
kutipan zakat sahaja dan intitusi yang tidak mengkorporatkan pengurusan
zakat. Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) yang terlibat ialah Majlis Agama
Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Majlis Agama Islam Negeri Pulau
Pinang (MAINPP), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Majlis Agama
Islam Sabah (MUIS), Majlis Agama Islam dan Adat Malayu Terengganu
(MAIDAM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).
Kaedah analisis data: Kajian menggunakan kaedah kuantitatif iaitu Data
Envelopment Analysis (DEA). DEA merupakan salah satu kaedah yang
digunakan untuk menganalisis kecekapan sesuatu organisasi terutamanya
sektor awam. Tiga teknik utama yang dikemukakan untuk mengukur
kecekapan pengeluaran ialah SFA, DEA dan deterministic frontier analysis
(DFA) (Lovell 1996; Norazlina & Abdul Rahim 2012). DEA boleh
diaplikasikan dengan menggunakan pelbagai input dan output tanpa perlu
membuat anggaran keadaan atau sifat khusus bagi Decision Making Units
(DMUs). Malahan, DEA dikatakan merupakan kaedah yang dibentuk untuk
penilaian dan kawalan aktiviti sektor awam (Charnes, Cooper & Rhodes 1978;
Norazlina & Abdul Rahim 2013). Maka, pendekatan tanpa parameter ini sesuai
digunakan untuk mengukur sampel kajian institusi zakat yang terdiri daripada
6 DMUs sahaja.
Jadual 2. Penerangan analisis kecekapan yang digunakan
Analisis Kecekapan Penanda Aras1
RTS2
Teknikal, Teknikal
tulen, Skala
= 1.00 (Kecekapan
maksimum)
CRS3
< 1.00 (Wujud
ketidakcekapan)
VRS4 (IRS, DRS)
Nota: 1 Julat kecekapan ialah 0 hingga 1 sahaja
2 RTS: Pulangan ke atas skala
3 CRS: Pulangan malar ke atas skala
4 Berlaku sama ada IRS: pulangan tambahan ke atas skala atau DRS: pulangan
penurunan ke atas skala
Model DEA terdiri daripada orientasi input atau output. Model yang
berorientasikan input bertujuan untuk mengurangkan input dengan
mengekalkan jumlah output yang sedia ada manakala model yang
berorientasikan output pula sebaliknya bertujuan memaksimumkan output
tanpa mengubah input yang digunakan (Cooper, Seiford & Tone 2000;
Norazlina & Abdul Rahim 2015). Maka, dua pendekatan ini boleh dipilih
berdasarkan struktur industri yang dikaji atau bergantung pada tujuan kajian
sama ada untuk meminimumkan input atau memaksimumkan output. Namun
begitu, institusi yang beroperasi pada skala kecekapan yang optimum tidak
perlu untuk dianalisis menggunakan kedua-dua model memandangkan hasil
88 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
pulangan ke atas skala yang sama dihasilkan iaitu CRS. Bagi pendekatan
berorientasikan output, semakin banyak output yang dihasilkan daripada input
yang telah dikeluarkan, semakin cekap tahap pengurusan institusi tersebut.
Keadaan ini disamakan dengan institusi zakat apabila output iaitu jumlah
agihan dan kutipan yang lebih banyak dihasilkan menyebabkan kecekapan
institusi tersebut bertambah.
Kajian ini menganalisis kecekapan teknikal, teknikal tulen dan skala.
Umumnya, kecekapan teknikal menerangkan kecekapan sesuatu unit
pengeluaran menggunakan sumber yang ada bagi menghasilkan output
manakala kecekapan skala pula menunjukkan kebolehan unit pengeluaran
menghasilkan output pada skala yang sesuai atau cekap (Saad, Suria Rismawati
& Fatimah 2013). Selain itu, pengukuran kecekapan teknikal secara tulen tanpa
mempertimbangkan kewujudan kecekapan skala menerangkan prestasi institusi
menguruskan input dalam proses pengeluaran (Kumar & Gulati 2008). Secara
teknikal pula kecekapan teknikal (TE) diperoleh menggunakan pendekatan
Constant Returns to Scale (CRS), manakala kecekapan teknikal tulen (PTE)
dan kecekapan skala (SE) melalui pendekatan Variable Returns to Scale
(VRS). Kecekapan teknikal tulen turut dikenali sebagai VRS TE. Secara
khususnya, kecekapan skala merupakan hasil pembahagian nilai kecekapan
model CRS dengan nilai kecekapan model VRS (Norazlina & Abdul Rahim
2012). Salah satu kepentingan model VRS ialah analisis pulangan ke atas
skala bagi setiap DMUs boleh diterangkan sama ada berlaku Increasing
Returns to Scale (IRS), CRS atau Decreasing Returns to Scale (DRS)
sekiranya wujud faktor ekonomi berbanding model CRS yang hanya boleh
diaplikasikan kepada institusi yang beroperasi pada skala yang optimum.
Penerangan ringkas bacaan analisis kecekapan dipaparkan seperti dalam Jadual
2.
Perincian Input-Output: Melalui pendekatan faktor pengeluaran, bilangan staf,
jumlah perbelanjaan dan bilangan cawangan digunakan sebagai input. Bilangan
staf diandaikan sebagai tenaga buruh dan jumlah perbelanjaan ialah modal
yang dikeluarkan oleh institusi. Manakala, pemboleh ubah bagi output ialah
jumlah kutipan, bilangan pembayar zakat, jumlah agihan zakat serta bilangan
penerima zakat. Agihan dan kutipan diandaikan sebagai hasil perkhidmatan
yang dikeluarkan dan merupakan penentu kecekapan bagi institusi zakat.
Pemilihan pemboleh ubah ini digunakan berdasarkan data yang diperoleh
untuk kajian. Maka, pemilihan DEA adalah bertepatan kerana boleh
merangkumi pelbagai pemboleh ubah input dan output tanpa ada anggapan
atau syarat tertentu.
Analisis Kecekapan Kutipan dan Agihan oleh Institusi Zakat: Satu Kajian Semula Terhadap Majlis Agama Islam Negeri /89
Jadual 3. Statistik Deskriptif Input dan Output
Min Median Maksimum Minimum Sisihan Piawai
Input1
Bilangan staf
(orang)
165 72 517 50 182
Jumlah
perbelanjaan (RM)
35 juta 17 juta 83 juta 8 juta 35 juta
Bilangan cawangan 13 10 28 6 8
Output2
Jumlah kutipan
(RM)
268 juta 130 juta 627 juta 61 juta 255 juta
Bilangan pembayar
zakat (orang)
818,413 976,272 1,323,558 57,742 562,876
Jumlah agihan
(RM)
292 juta 143 juta 676 juta 72 juta 274 juta
Bilangan penerima
zakat (orang)
78,626 63,198 165,914 39,753 47,955
Nota: 1 Data diperoleh melalui Pusat Zakat setiap negeri
2 Data diperoleh melalui Laporan Tahunan PPZ-MAIWP 2015
90 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Berdasarkan Jadual 3, bilangan staf maksimum merupakan LZS kerana
data yang diambil ialah jumlah staf bagi keseluruhan staf LZS. Hal ini
demikian kerana LZS merupakan institusi zakat yang mengkorporatkan
kutipan dan agihan zakat dan pembahagian tugas dilakukan dengan terperinci.
Hal ini berbeza dengan MAIWP yang hanya mengkorporatkan kutipan
manakala agihan zakat diuruskan sendiri oleh unit baitulmal MAIWP. Maka,
berlaku pembahagian tugas antara institusi korporat dan baitulmal. Nilai
minimum pula disumbangkan oleh MAIPk. Sementara itu, jumlah perbelanjaan
maksimum direkodkan oleh MAIWP bagi tahun 2015. Perbezaan nilai
maksimum dan minimum pada setiap pemboleh ubah disebabkan oleh faktor
perbezaan geografi dan keadaan ekonomi setiap negeri. Misalnya, pungutan
zakat lebih banyak terkumpul di kawasan yang mengalami pembangunan
ekonomi yang lebih pesat. Secara keseluruhannya, data MAIS mencatat jumlah
kutipan, agihan serta bilangan cawangan paling banyak. Namun begitu,
bilangan pembayar dan penerima zakat yang diberikan oleh MAIS tidak
mewakili nilai keseluruhan bagi jumlah yang dipungut dan diagihkan. Ini
kerana berlaku pertindanan maklumat untuk bilangan sebenar pembayar dan
jumlah kupon yang telah diterima.
Pembentukan Model Kajian: Berdasarkan penelitian input dan output kajian
lepas, beberapa perwakilan model dirumuskan seperti di bawah untuk
dianalisis. Input yang dinilai ialah bilangan staf, jumlah perbelanjaan dan
bilangan cawangan zakat manakala output yang dipilih ialah jumlah kutipan,
bilangan pembayar zakat, jumlah agihan serta bilangan penerima zakat. Bagi
memastikan kerelevanan kajian kecekapan DEA, setiap input yang dianalisis di
dalam kajian perlu menunjukkan hubungan korelasi yang tinggi dengan output
yang dipilih (Ahmad Aizuddin & Anath 2016; Charnes, Clark, Cooper &
Golany 1984). Analisis hubungan korelasi antara pemboleh ubah kajian ini
dijalankan berdasarkan Jadual 4. Maka, model 2 dan 3 dapat dibentuk daripada
hasil ujian korelasi tersebut. Model 2 dikhususkan untuk mengkaji kecekapan
kutipan zakat dan hubungan korelasi bagi input bilangan staf ialah 0.88, jumlah
perbelanjaan ialah 0.98 dan bilangan cawangan ialah 0.65 dengan output
jumlah kutipan. Walaupun pemboleh ubah jumlah agihan turut menunjukkan
hubungan yang tinggi, namun pemboleh ubah tersebut tidak digunakan dalam
model 2 berdasarkan kerelevanan dengan pemilihan pembolehubah kajian
lepas. Selain itu, jumlah kutipan digunakan sebagai input bagi model 3 setelah
wujud hubungan korelasi yang tinggi dengan jumlah agihan iaitu sebanyak
0.99. Di samping itu, model 3 turut memuatkan input bilangan staf, jumlah
perbelanjaan dan bilangan cawangan dengan nilai korelasi yang tinggi terhadap
jumlah agihan iaitu melebihi nilai 0.5. Pembentukan model 2 dan 3 yang
berasaskan output tunggal menunjukkan pemfokusan kecekapan yang
dianalisis.
Analisis Kecekapan Kutipan dan Agihan oleh Institusi Zakat: Satu Kajian Semula Terhadap Majlis Agama Islam Negeri /91
Jadual 4. Ujian korelasi ke atas pemboleh ubah yang dipilih
Jumlah
kutipan
Bilangan
pembayar
Jumlah
agihan
Bilangan
penerima
Bilangan
staf
Jumlah
perbelanjaan
Bilangan
cawangan
Jumlah
kutipan
1.00
Bilangan
pembayar
-0.12 1.00
Jumlah
agihan
0.99* -0.09 1.00
Bilangan
penerima
0.34 0.72* 0.35 1.00
Bilangan
staf
0.88* -0.36 0.88* -0.06 1.00
Jumlah
perbelanjaan
0.98* 0.00 0.99* 0.47 0.81* 1.00
Bilangan
cawangan
0.65* -0.31 0.67* -0.24 0.81* 0.60* 1.00
Nota: Pekali korelasi: *nilai 0.5 hingga 1.0 (korelasi tinggi)
nilai 0.3 hingga 0.5 (korelasi sederhana) nilai 0.1 hingga 0.3 (korelasi rendah)
92 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Jadual 5. Penentuan model
Model Input Output
Model 11
Bilangan staf
Jumlah perbelanjaan
Jumlah kutipan
Bilangan pembayar zakat
Jumlah agihan
Bilangan penerima zakat
Model 22
Bilangan staf
Jumlah perbelanjaan
Bilangan cawangan
Jumlah kutipan
Model 32
Jumlah kutipan
Bilangan staf
Jumlah perbelanjaan
Bilangan cawangan
Jumlah agihan
Nota: 1 berasaskan model kajian Norazlina & Abdul Rahim (2012) serta tambahan
bilangan penerima zakat sebagai cadangan 2 berdasarkan hubungan korelasi yang tinggi antara pemboleh ubah tidak
bersandar dengan pemboleh ubah bersandar dalam Jadual 3
Sementara itu, model 1 pula merupakan rentetan daripada kajian Norazlina &
Abdul Rahim (2012) dan bilangan penerima zakat ditambah sebagai output
atas cadangan yang dikemukakan bagi kesinambungan kajian tersebut. Jadual 5
menunjukkan ringkasan pemboleh ubah yang telah dipilih dalam ketiga-tiga
model kajian.
Hasil Kajian
Secara keseluruhan, keenam-enam institusi zakat yang terlibat dalam kajian ini
menunjukkan pencapaian tahap kecekapan yang tinggi, walaupun tidak
kesemuanya mencapai kecekapan maksimum. Hasil analisis ini hampir selari
dengan kajian Norazlina dan Abdul Rahim (2012) yang mencatat min
kecekapan teknikal sebanyak 80.6 peratus melalui pendekatan model yang
sama. Dengan anggapan, nilai 100 peratus sebagai kecekapan optimum atau
maksimum yang boleh dicapai oleh sesebuah institusi. Ini menunjukkan
kecekapan bertambah dengan pertambahan peratus kecekapan yang diperoleh
melalui analisis. Disebabkan kajian ini dianalisis oleh DEA yang merupakan
pendekatan tanpa parameter, tiada sebarang penanda aras yang perlu
digariskan. Kajian ini juga mendapati kecekapan institusi selari antara kutipan
dan agihan zakat pada tahun 2015 berdasarkan dapatan daripada DEA. Oleh
itu, dapatan kajian ini juga perlu diuarkan kepada masyarakat agar keyakinan
mereka terhadap institusi zakat semakin meningkat.
Berdasarkan Jadual 6, model 1 menunjukkan nilai kecekapan bagi
teknikal, teknikal tulen dan skala mencapai 100 peratus iaitu optimum bagi 5
daripada 6 institusi yang terlibat iaitu MAIWP, MAINPP, MAIDAM, MUIS
dan MAIPk. Satu-satunya institusi yang tidak memenuhi nilai optimum bagi
model 1 ialah MAIS. Model 1 menggabungkan output kutipan dan agihan,
Analisis Kecekapan Kutipan dan Agihan oleh Institusi Zakat: Satu Kajian Semula Terhadap Majlis Agama Islam Negeri /93
maka model ini mewakili keseluruhan kecekapan pengurusan institusi zakat.
Namun begitu, MAIS tetap mencatat nilai kecekapan yang baik iaitu 81.1
peratus bagi kecekapan teknikal dan skala. Min kecekapan teknikal
keseluruhan model 1 ialah 96.9 peratus. Kelima-lima institusi yang beroperasi
pada kecekapan optimum mengalami pulangan malar ke atas skala manakala
MAIS mengalami pulangan penurunan ke atas skala. Akan tetapi, nilai
kecekapan teknikal tulen adalah optimum bagi kesemua enam institusi yang
dianalisis. Ini menunjukkan ketidakcekapan teknikal yang wujud juga
disebabkan oleh ketidakcekapan skala bagi institusi terbabit. Keenam institusi
ini masih lagi cekap dalam mengurus kutipan dan agihan zakat bagi tahun
2015.
Jadual 6. Nilai Kecekapan TE, PTE dan SE bagi Model 1,2 dan 3.
MAIN1
TE PTE SE RTS
Model 1
MAIWP
1.000 1.000 1.000 CRS
MAINPP
1.000 1.000 1.000 CRS
MAIDAM
1.000 1.000 1.000 CRS
MUIS
1.000 1.000 1.000 CRS
MAIPk
1.000 1.000 1.000 CRS
MAIS 0.811 1.000 0.811 DRS
Min 0.969 1.000 0.969
Model 2
MAIWP 1.000 1.000 1.000 CRS
MAINPP 1.000 1.000 1.000 CRS
MAIDAM 1.000 1.000 1.000 CRS
MUIS 0.725 1.000 0.725 IRS
MAIPk 1.000 1.000 1.000 CRS
MAIS 0.985 1.000 0.985 DRS
Min 0.952 1.000 0.952
Model 3
MAIWP 1.000 1.000 1.000 CRS
MAINPP 1.000 1.000 1.000 CRS
MAIDAM 0.947 1.000 0.947 IRS
MUIS 1.000 1.000 1.000 CRS
MAIPk 1.000 1.000 1.000 CRS
MAIS 0.997 1.000 0.997 DRS
Min 0.991 1.000 0.991 Nota: 1 MAIWP: Kutipan zakat sahaja dikorporatkan; MAINPP, MUIS & MAIS:
Kutipan dan agihan zakat dikorporatkan; MAIDAM & MAIPk: Kutipan dan
agihan di bawah tanggungjawab baitulmal.
Jadual 6 juga menunjukkan hasil analisis yang dijalankan menggunakan
model 2. Asasnya, model 2 menfokuskan kepada kecekapan kutipan zakat.
Maka, input yang terpilih merupakan faktor yang mempengaruhi kecekapan
94 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
kutipan zakat sahaja apabila bilangan pembayar dan bilangan penerima zakat
tidak dimasukkan ke dalam model kerana mempunyai hubungan korelasi yang
rendah terhadap output iaitu jumlah agihan. Pengukuran nilai kecekapan ini
turut diaplikasikan melalui kecekapan teknikal, kecekapan teknikal tulen dan
kecekapan skala dengan nilai 100 peratus sebagai kecekapan yang optimum.
MAIWP, MAINPP, MAIDAM dan MAIPk masing-masing optimum dalam
kutipan zakat bagi ketiga-tiga analisis kecekapan dan mengalami pulangan
malar ke atas skala. Ini selari dengan prestasi semasa institusi zakat yang
dilihat semakin bertambah bilangan kutipannya saban tahun diikuti dengan
bilangan pembayar yang semakin bertambah. Sementara itu, MUIS mengalami
pulangan tambahan ke atas skala dengan kecekapan teknikal dan skala pada
72.5 peratus. Berbeza dengan MAIS yang mencatatkan pulangan penurunan ke
atas skala dengan kecekapan teknikal dan skala pada 98.5 peratus. Maka,
MUIS dinasihatkan untuk mengembangkan skala operasi kutipan untuk
memastikan dapat beroperasi dengan lebih cekap (Saad, Suria Rismawati &
Fatimah 2013) dan keadaan sebaliknya bagi MAIS. Ketidakcekapan yang
berlaku oleh MUIS dan MAIS sedikit sebanyak disebabkan ketidakcekapan
skala yang wujud dalam kutipan zakat. Seterusnya, min kecekapan teknikal
keseluruhan untuk kutipan zakat ialah 95.2 peratus. Kadar yang sama turut
dicapai bagi nilai min kecekapan skala. Kecekapan teknikal tulen pada nilai
optimum untuk keenam-enam institusi menunjukkan kecekapan pengurusan
yang baik namun ketidakcekapan skala turut berlaku bagi model kutipan zakat.
Keadaan yang sama turut dipaparkan oleh model 3 yang
mengkhususkan kecekapan agihan zakat dalam Jadual 5. Jumlah kutipan turut
dimasukkan sebagai input kerana mempunyai hubungan korelasi yang tinggi
dengan jumlah agihan termasuklah jumlah perbelanjaan, bilangan staf dan
bilangan cawangan. Min kecekapan teknikal keseluruhan institusi ialah 99.1
peratus. Sementara itu, MAIDAM mengalami pulangan tambahan ke atas skala
menunjukkan kecekapan teknikal dan skala adalah 94.7 peratus. Oleh itu,
MAIDAM dinasihatkan untuk mengembangkan operasi agihan zakat serta
memaksimumkan penggunaan sumber yang ada untuk mendapatkan hasil
kecekapan agihan zakat yang optimum dan sebaliknya bagi MAIS kerana
mencatat pulangan penurunan ke atas skala dengan kecekapan teknikal dan
skala sebanyak 99.7 peratus. Sementara MAIWP. MAINPP, MUIS dan MAIPk
pula dengan perolehan kecekapan optimum agihan zakat bagi ketiga-tiga
analisis kecekapan. Satu-satunya analisis kecekapan yang mencapai nilai
kecekapan optimum agihan zakat bagi keseluruh institusi ialah kecekapan
teknikal tulen. Jelas menunjukkan analisis kecekapan teknikal tulen tanpa
andaian faktor saiz institusi menunjukkan kecekapan maksimum pengurusan
input ke atas proses pengeluaran output.
Walaupun berlaku pertambahan dan penurunan ke atas skala bagi
institusi yang terlibat, tahap min kecekapan masih menunjukkan pencapaian
dalam kutipan dan agihan yang tinggi. Faktor tersebut boleh berlaku
disebabkan pengaruh keadaan ekonomi semasa. Sementara itu, kutipan serta
agihan semasa yang dijalankan oleh kebanyakan institusi dianggarkan berada
dalam keadaan cekap dengan nilai maksimum 100 peratus. Meskipun, institusi
Analisis Kecekapan Kutipan dan Agihan oleh Institusi Zakat: Satu Kajian Semula Terhadap Majlis Agama Islam Negeri /95
zakat sering diperkatakan hanya mengalami kecekapan dalam kutipan zakat
sahaja dengan peningkatan jumlah kutipan, namun kajian ini telah
membuktikan bahawa institusi zakat ini juga turut mengalami kecekapan dalam
agihan. Pelbagai usaha telah dilakukan dalam mempertingkatkan dan mengenal
pasti jumlah penerima asnaf yang layak. Dengan bertambahnya pengalaman
dalam mengendalikan pengurusan, institusi ini dilihat lebih ke hadapan dalam
menaikkan kutipan dan agihan zakat. Segala usaha dan pembaikan
memerlukan implementasi semua pihak agar dapat meningkatkan prestasi
institusi zakat secara berterusan.
Jadual 7. Nilai Purata Kecekapan Mengikut Struktur Pengurusan Institusi
Zakat
Struktur
Pengurusan1
TE PTE SE
Model 1
Korporat (%)
93 100 93
Tidak Korporat
(%)
100 100 100
Sebahagian
Korporat (%)
100 100 100
Jumlah (%) 96 100 96
Model 2
Korporat (%) 90 100 90
Tidak Korporat
(%)
100 100 100
Sebahagian
Korporat (%)
100 100 100
Jumlah (%) 95 100 95
Model 3
Korporat (%) 99 100 99
Tidak Korporat
(%)
97 100 97
Sebahagian
Korporat (%)
100 100 100
Jumlah (%) 99 100 99 Nota: 1 Institusi yang mewakili pengurusan MAIN dalam kutipan dan agihan zakat.
Korporat: MAINPP, MUIS & MAIS; Tidak Korporat: MAIDAM & MAIPk;
Sebahagian Korporat: MAIWP; Jumlah: MAIWP, MAINPP, MAIDAM, MUIS, MAIS
& MAIPk.
*Nilai TE, PTE & SE merupakan peratus daripada hasil analisis Jadual 6.
Institusi zakat di Malaysia terdiri daripada 3 struktur pengurusan iaitu
pengkorporatan kutipan dan agihan, pengkorporatan kutipan sahaja dan tiada
pengkorporatan kutipan dan agihan apabila pengurusan zakat diuruskan oleh
baitulmal sahaja. Wakil enam institusi yang terlibat dalam kajian ini
96 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
merangkumi ketiga-tiga struktur pengurusan. Melalui perbezaan struktur
pengurusan ini, sudah pasti pelbagai teknik atau strategi yang telah
diaplikasikan di setiap institusi zakat untuk meningkatkan kecekapan kutipan
dan agihan zakat mengikut negeri masing-masing. Berdasarkan Jadual 7,
MAIWP yang merupakan institusi sebahagian korporat memberi min nilai
kecekapan teknikal 100 peratus bagi ketiga-tiga model. Disebabkan tiada
perwakilan institusi sebahagian korporat yang lain, nilai yang diperoleh
merupakan hasil analisis daripada MAIWP sahaja. MAIDAM dan MAIPk
mewakili institusi yang diuruskan oleh baitulmal turut menunjukkan min nilai
kecekapan teknikal sebanyak 100 peratus bagi model 1 dan 2 tetapi sebanyak
97 peratus bagi model 3. Maka, kecekapan institusi tidak korporat maksimum
bagi kutipan zakat manakala ketidakcekapan skala wujud dalam aspek agihan
zakat yang disumbangkan oleh MAIDAM. Hal ini tidak memberi kesan besar
ke atas institusi tidak korporat kerana nilai kecekapan teknikal dan skala masih
pada tahap tinggi iaitu 97 peratus. Sementara itu, MAINPP, MUIS dan MAIS
merupakan institusi yang mengkorporatkan kutipan dan agihan zakat mewakili
min nilai kecekapan teknikal 93 peratus bagi model 1 untuk kecekapan
keseluruhan kutipan dan agihan zakat. Secara khususnya, kecekapan kutipan
zakat bagi model 2 pula ialah 90 peratus min kecekapan teknikal dan skala
manakala 99 peratus min kecekapan teknikal dan skala untuk agihan zakat iaitu
model 3. Akan tetapi, min kecekapan teknikal tulen secara keseluruhan masih
memberi nilai 100 peratus untuk ketiga-tiga model. Struktur pengurusan
korporat dikatakan sepatutnya menyumbang kepada kecekapan yang lebih
baik. Namun begitu, kajian Norazlina &Abdul Rahim (2015) menunjukkan
pengkorporatan tidak memberikan kesan signifikan kepada kecekapan institusi
kerana bilangan institusi yang mengkorporatkan terhad di Malaysia. Keadaan
yang sama turut berlaku dalam kajian ini kerana tiada nilai yang sebenar
mewakili 14 institusi zakat. Maka, nilai yang diperoleh hanya mewakili
sebahagian institusi sahaja. Namun, diharapkan sedikit sebanyak kajian ini
telah menunjukkan kecekapan masih berlaku setiap institusi zakat walaupun
struktur pengurusan berbeza telah diaplikasikan.
Perbincangan dan Implikasi Dasar
Secara keseluruhan, kajian ini membuktikan kecekapan dicapai oleh keenam-
enam institusi zakat, walaupun nilai kecekapan kutipan zakat dengan pulangan
tambahan ke atas skala bagi MUIS dan pulangan penurunan ke atas skala bagi
MAIS manakala kecekapan agihan zakat menunjukkan MAIDAM berada pada
pulangan tambahan ke atas skala dan MAIS pada pulangan penurunan ke atas
skala. Sementara institusi zakat lain mencapai pulangan malar ke atas skala
dengan kecekapan optimum dalam kutipan dan agihan zakat. Hasil analisis ini
selari dengan perbincangan Ismail & Masturah (2014). Namun, disebabkan
kajian ini hanya melibatkan tahun semasa iaitu 2015, tiada perbandingan
tahunan sebab ketidakcekapan teknikal secara terperinci dijelaskan bagi MUIS,
MAIDAM serta MAIS. Melalui perbandingan dengan institusi lain, MUIS
perlu mengembangkan pemasaran serta promosi bagi mendapatkan jumlah
Analisis Kecekapan Kutipan dan Agihan oleh Institusi Zakat: Satu Kajian Semula Terhadap Majlis Agama Islam Negeri /97
kutipan yang lebih tinggi dan sebaliknya bagi MAIS. Dalam aspek agihan
zakat pula, MAIDAM merupakan satu-satunya institusi yang perlu
mengembangkan skala agihan zakat bagi memastikannya selari dengan jumlah
kutipan yang diperoleh dan sekali lagi MAIS perlu bertindak sebaliknya.
Perolehan keputusan ketidakcekapan oleh MAIS sebenarnya disumbangkan
oleh kekurangan maklumat teknikal mengenai bilangan pembayar zakat dan
bilangan penerima zakat secara keseluruhannya. Kelompongan data tersebut
secara tidak langsung telah menjejaskan prestasi kecekapan institusi zakat yang
telah dianalisis. Kesedaran dan keyakinan yang dilenturkan kepada masyarakat
boleh membawa kepada kecekapan dan pemantapan institusi zakat pada masa
akan datang.
Selain itu, kajian ini turut membuktikan kecekapan kutipan yang
diperoleh selari dengan kecekapan agihan. Jumlah agihan yang dicatatkan oleh
setiap institusi lebih tinggi daripada jumlah kutipan bagi tahun 2015. Hal ini
menunjukkan bahawa ketidakyakinan kepada agihan yang telus tidak
sepatutnya berlaku. Diakui bahawa unit agihan perlu memantau serta mengenal
pasti penerima yang layak dari masa ke semasa dan usaha itu perlu dilakukan
secara berterusan. Ramai pembayar zakat berminat membayar secara terus
kepada asnaf tanpa melalui institusi formal kerana beberapa faktor termasuk
ketidakpuasan hati pengagihan zakat (Sanep et. al 2006; Hairunnizam, Sanep
& Radiah 2009). Persepsi negatif yang wujud tersebut hanya boleh
dilenyapkan dengan pemantapan agihan institusi yang lebih produktif serta
ketelusan institusi zakat dalam mengagihkan kepada asnaf yang layak. Maka,
hasil analisis ini telah menunjukkan bahawa agihan turut mencapai kecekapan
maksimum bagi kebanyakan institusi. Peningkatan prestasi telah berlaku di
institusi zakat di Malaysia.
Dalam aspek perbandingan ketiga-tiga analisis kecekapan, keputusan
kecekapan teknikal tulen (PTE) lebih tinggi berbanding kecekapan skala (SE)
menunjukkan kecekapan institusi zakat di Malaysia disebabkan aspek teknikal
dibandingkan dengan skala atau saiz institusi. Kajian menunjukkan
ketidakcekapan skala berbanding teknikal berlaku bagi kesemua institusi. Ini
bermaksud institusi zakat bergantung pada operasi pengurusan teknikal dalam
memperoleh kecekapan. Memandangkan kecekapan teknikal tulen tanpa
pertimbangan aspek skala atau saiz, maka kecekapan operasi pengurusan
menunjukkan prestasi penggunaan input secara maksimum.
Pengkorporatan juga sedikit sebanyak menambahkan kerancakan
institusi zakat dalam meningkatkan mutu perkhidmatannya. Meskipun kajian
ini menunjukkan perbezaan min teknikal bagi institusi korporat lebih rendah
daripada institusi tidak korporat dalam model 1 dan 2, namun keputusan
tersebut hasil daripada perwakilan MAINPP, MUIS dan MAIS sahaja.
Diketahui bahawa MUIS disarankan untuk meningkatkan skala kutipan
manakala MAIS pula disarankan untuk mengurangkan skala kutipan dan
agihan. Hal ini sebenarnya disebabkan oleh maklumat bilangan pembayar dan
penerima zakat yang tidak mencakupi semua kategori jenis zakat dan asnaf,
maka jumlah tersebut menunjukkan ketidakseimbangan dengan jumlah kutipan
98 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
dan agihan yang telah direkodkan. Sungguhpun begitu, keseluruhan kecekapan
institusi zakat adalah tinggi dalam agihan dan kutipannya. Maka, dapat
dirumuskan bahawa institusi korporat, sebahagian korporat dan tidak korporat
masing-masing mencapai kecekapan yang baik dalam memperkasakan agihan
dan kutipan zakat.
Kajian ini hanya mengkaji sebahagian aspek umum dalam aspek
kutipan dan agihan. Hal ini disebabkan oleh kebanyakan data yang lebih
terperinci tidak didedahkan oleh institusi zakat dan memerlukan beberapa
syarat khusus bagi perolehan maklumat tersebut. Maka, disarankan agar pusat
zakat pada masa akan datang dapat menzahirkan segala maklumat pengurusan
agar masyarakat awam umumnya lebih yakin dengan kredibiliti institusi zakat.
Hal ini berbeza keadaannya dengan institusi lain kerana umum mengetahui
institusi zakat merupakan perkhidmatan sektor awam. Diakui bahawa
sebahagian institusi zakat telah mula mengorak langkah menzahirkan ketelusan
dengan mendedahkan laporan tahunan kepada umum serta beberapa aktiviti
atau kegiatan semasa yang lain melalui laman web masing-masing. Namun, ini
adalah salah satu proses bagi institusi zakat dari masa ke semasa dalam
membuktikan kecekapan institusi terbabit.
Kesimpulan
Kecekapan merupakan penilaian umum yang diberi perhatian kepada setiap
institusi atau organisasi. Matlamat penubuhan sesuatu institusi pastinya untuk
memastikan perkhidmatan yang diberikan dalam keadaan cekap. Prestasi
kutipan dan agihan merupakan penilaian utama masyarakat awam bagi institusi
zakat di Malaysia. Justeru, melalui penilaian DEA ini, kecekapan teknikal,
kecekapan teknikal tulen dan kecekapan skala dapat dibuktikan oleh institusi
zakat yang terlibat. Secara keseluruhan, min teknikal kecekapan bagi setiap
model mencatat nilai peratus yang tinggi. Tambahan pula, wujud hubungan
yang sepadan antara kutipan dan agihan zakat kerana kecekapan yang dicapai
dalam model 2 iaitu khusus kepada kutipan turut dicapai dalam model 3 yang
dikhususkan untuk agihan. Hubungan yang sepadan ini menunjukkan ketelusan
institusi zakat dalam meningkatkan prestasi kutipan dan agihan zakat. Akan
tetapi, sektor pengkorporatan tidak dapat dibuktikan dengan jelas kerana
berlaku limitasi dalam mendapatkan data bagi keseluruhan institusi zakat di
Malaysia. Keputusan yang diperoleh telah menunjukkan institusi korporat,
tidak korporat dan sebahagian korporat mencapai kecekapan yang baik. Kajian
lain perlu dilakukan secara mendalam mengenai aspek pengkorporatan dengan
mengambil kira maklumat pengurusan dalaman agar kecekapan sebenar dapat
dibuktikan dengan lebih jelas.
Analisis Kecekapan Kutipan dan Agihan oleh Institusi Zakat: Satu Kajian Semula Terhadap Majlis Agama Islam Negeri /99
Rujukan
Ahmad Aizuddin Hamzah & Anath Krishnan. 2016. Measuring the efficiency of zakat
collection process using data envelopment analysis. In AIP Conference
Proceedings (Vol. 1782, No. 1, p. 040007). AIP Publishing.
Charnes, A., Clark, C. T., Cooper, W. W., & Golany, B. 1984. A developmental study
of data envelopment analysis in measuring the efficiency of maintenance units
in the US air forces. Annals of Operations Research, 2(1), 95-112.
Charnes, A., Cooper, W. W., & Rhodes, E. 1978. Measuring the efficiency of decision
making units. European journal of operational research, 2(6), 429-444.
Cooper, W. W., Seiford, L. M., & Tone, K. 2000. Data envelopment analysis. Boston:
Kluwer Academic Publisher.
Ertürk, M., & Türüt-Aşık, S. 2011. Efficiency analysis of Turkish natural gas
distribution companies by using data envelopment analysis method. Energy
Policy, 39(3), 1426-1438.
Eza Ellany Lateff, Mohd Rizal Palil & Mohamat Sabri Hassan. 2014. Prestasi
Kecekapan Agihan Kewangan dan Bukan Kewangan di Kalangan Institusi
Zakat di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 48(2), 51-60.
Guo-Chao, Jian, Zi-Jun, Chuan-Kun & Yang. 2015. Comparative study of three
commonly used methods for hospital efficiency analysis in Beijing tertiary
public hospitals, China. Chinese medical journal, 128(23), 3185.
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. 2009. Pengagihan zakat
oleh institusi zakat kepada lapan asnaf: Kajian di Malaysia. In Seminar Ekonomi
Islam Peringkat Kebangsaan.
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad, Mohd Ali Mohd Nor & Maryam Abd Rashid.
2016. Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Agihan
Zakat: Perbandingan Antara Majlis Agama Islam Negeri. Prosiding PERKEM
Ke-11 (2016).
Ismail Ahmad & Masturah Ma'in. 2014. The efficiency of zakat collection and
distribution: Evidence from two stage analysis. Journal of Economic
Cooperation & Development, 35(3), 133.
Kumar, S., & Gulati, R. 2008. An examination of technical, pure technical, and scale
efficiencies in Indian public sector banks using data envelopment
analysis. Eurasian Journal of Business and Economics, 1(2), 33-69.
Laporan Tahunan Pusat Pungutan Zakat (PPZ)-Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan (MAIWP) 2015.
Lovell, Knox C. A. 1996. Applying efficiency measurement techniques to the
measurement of productivity change. Journal of Productivity Analysis, 7(2),
329-340.
Mohammad Fadzli Ngatmi, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Nor. 2016. Prestasi
Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Agihan Zakat: Kajian di
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM). Prosiding Seminar
Pengajian Islam (SEPIS) 2016.
Nik Aziz Afiq. 2016. Mengapa orang tak percaya institusi zakat?
http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2016/06/24/mengapa-
orang-tak-percaya-institusi-zakat/ [9 Mei 2017]
Norazlina Wahab & Abdul Rahim Abdul Rahman. 2012. Efficiency of zakat
institutions in Malaysia: An application of data envelopment analysis. Journal
of Economic Cooperation & Development, 33(1), 95.
100 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Norazlina Wahab & Abdul Rahim Abdul Rahman. 2013. Determinants of efficiency of
zakat institutions in Malaysia: A non-parametric approach. Asian Journal of
Business and Accounting, 6(2).
Norazlina Wahab & Abdul Rahim Abdul Rahman. 2015. Efficiency of zakat
institutions and its determinants. Access to Finance and Human Development—
Essays on Zakah, Awqaf and Microfinance, 33.
Nurulhazwani Mohammad & Noraini Noordin. 2016. Data Envelopment Analysis
Model For Measuring Efficiency Of Zakat Collection And Distribution.
Pg Mohd Faezul Fikri Ag Omar, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Nor. 2016.
Kesan Penubuhan Pusat Zakat Sabah terhadap Prestasi Kecekapan Pengurusan
Kewangan dan Pengurusan Agihan Zakat: Kajian di Majlis Agama Islam Sabah.
Prosiding Seminar Pengajian Islam (SEPIS) 2016.
Abdul Rahim Abdul Rahman. 2007. Pre-requisites for effective integration of zakah
into mainstream Islamic financial system in Malaysia. Islamic Economic
Studies, 14(1/2), 91-107.
Raziatul Hanum A.Rajak. 2014. Wakaf, Zakat Kurang Berkesan di Malaysia. Sinar
Harian Online, 7 Januari. http://www.sinarharian.com.my/nasional/wakaf-
zakat-kurang-berkesan-di-malaysia-1.238109 [9 Mei 2017]
Saad Mohamad Said, Suria Rismawati Sanwari & Fatimah Said. 2013. Technical and
scale efficiency in Malaysian manufacturing industries in the presence of
industrial accidents. World Applied Sciences Journal, 24(7), 862-871.
Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid & Adnan Mohamad (2006). Penswastaan institusi
zakat dan kesannya terhadap pembayaran secara formal di
Malaysia. International Journal of Management Studies (IJMS), 13(2), 175-196.
Analisis Kecekapan Kutipan dan Agihan oleh Institusi Zakat: Satu Kajian Semula Terhadap Majlis Agama Islam Negeri /101
Jadual 1. Ringkasan Kajian Lepas
Kajian oleh Kaedah Input Output Analisis
kecekapan
Ismail dan
Masturah (2014)
2 peringkat DEA Peringkat 1:
Bilangan amil
Bilangan cawangan
Bilangan bank sebagai
agen kutipan
Perbelanjaan kutipan
Kutipan zakat
Teknikal
Peruntukan
Kos
Peringkat 2:
Kutipan zakat
Perbelanjaan agihan
Bilangan staf
Agihan zakat
Norazlina dan
Abdul Rahim
(2012)
1 peringkat DEA Bilangan staf
Jumlah perbelanjaan
Jumlah kutipan
Jumlah agihan
Bilangan
pembayar zakat
Teknikal
Teknikal
tulen
Skala
Nurulhazwani
dan Noraini
(2016)
2 peringkat DEA Peringkat 1:
Kutipan mengikut jenis
zakat
Bilangan pembayar
zakat
Jumlah kutipan
Teknikal
102 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Peringkat 2:
Jumlah kutipan
Jumlah perbelanjaan
agihan
Jumlah peruntukan
agihan
Bilangan penerima
zakat
Agihan zakat
Ahmad Aizudin
dan Anath
(2016)
3 model DEA
Charnes-
Cooper-
Rhodes
(CCR)
primal
model
CCR dual
model
Slack based
model
Bilangan cawangan
Bilangan staf
Jumlah kutipan Teknikal