Pengurusan Zakat - Universiti Kebangsaan Malaysia kerja/perkem2017-nadiah syed...program seperti ini...
Transcript of Pengurusan Zakat - Universiti Kebangsaan Malaysia kerja/perkem2017-nadiah syed...program seperti ini...
1
Pengurusan Zakat di Malaysia:
Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Hairunnizam Wahid Mohd Ali Mohd Noor Adibah Abdul Wahab
Muhammad Tajuddin Abdul Rahim
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI • 2017 http://www.ukm.my/fep
2
Cetakan Pertama, 2017
Hak cipta Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM)
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2017
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula,
disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan
sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan
sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu.
Diterbitkan di Malaysia oleh
Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM),
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
http://www.ukm.my/ekonis
e-mel:[email protected]
Dengan Kerjasama
Lembaga Zakat Selangor (LZS)
3-01-1, Presint ALAMI, Pusat Perniagaan Worldwide 2,
Persiaran Akuatik, Seksyen 13
40100 Shah Alam, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA
e-mel: [email protected]
Unit Zakat UKM
Pejabat Unit Zakat UKM
Jabatan Bendahari, Aras 1, Masjid UKM
43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA
e-mel: [email protected]
Dicetak di Malaysia oleh
UKM CETAK
UKM Holdings Sdn. Bhd.
Aras Bawah, Bangunan Penerbit UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
Perpustakan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Hairunnizam Wahid
Pengurusan Zakat Di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat /
Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor, Adibah Abdul Wahab, Muhammad
Tajuddin Abdul Rahim
1. Zakat. 2. Islam—Charities. 3. Islamic Giving. I. Mohd Ali Mohd Nor, II.
Adibah Abdul Wahab, III. Muhammad Tajuddin. IV. Judul
ISBN 978-983-3198-98-6
3
Kandungan
Kandungan …3
Kata Pengantar …6
Sekapur Sirih…7
Prakata …8
Senarai Penulis…9
Bab 1 Pengurusan Zakat Institusi Pengajian Tinggi: Pengalaman Unit Zakat
Universiti Kebangsaan Malaysia
Muhammad Tajuddin Abdul Rahim & Wan Mohd Al Faizee
Wan Ab Rahaman...11
Bab 2 Aplikasi SEM-PLS dalam Menentukan Faktor Pembayaran Zakat oleh
Syarikat
Adibah Abdul Wahab …23
Bab 3 Kodifikasi Akta Zakat Nasional: Persepsi dan Implikasi
Mohd Suffian Mohamed Esa, Mohd Ali Mohd Noor & Hairunnizam Wahid ... 39
Bab 4 Prestasi Kutipan Serta Pematuhan Standard Prosedur Kutipan Zakat:
Kajian di Malaysia
Mohd Fisul Ismail, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Noor …65
Bab 5 Analisis Kecekapan Kutipan dan Agihan oleh Institusi Zakat: Satu Kajian
Semula Terhadap Majlis Agama Islam Negeri
Ummi Amirah Alias, Hairunnizam Wahid & Azrina Abdullah Al-Hadi …83
Bab 6 Kesan Cukai Korporat dan Zakat Perniagaan Terhadap Prestasi
Kewangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
Sri Nooridayu Salleh, Rubayah Yakob & Aisyah Abdul Rahman…103
Bab 7 Pendanaan Awam (Crowdfunding) dan Zakat: Satu Tinjauan Awal Ke
Atas Pendekatan yang Digunakan
Suhaili Alma’amun ... 125
Bab 8 Dana Zakat Untuk Pembiayaan Pendidikan: Tinjauan Kecenderungan
Pemilihan Aliran Pendidikan dalam Kalangan Asnaf Mualaf di Malaysia
Muhammad Haffiz Muhamad Isa & Hairunnizam Wahid …133
4
Bab 9 Pembangunan Harta Aqar Zakat: Kajian Terhadap Model Pembangunan
Harta Aqar Majlis Agama Islam Negeri Johor
Mohd Azlan Bunasir & Hairunnizam Wahid …155
Bab 10 Kontrak Wakalah dalam Agihan Zakat: Kajian di Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan
Atiah Ahmad & Hairunnizam Wahid ...171
Bab 11 Kesedaran Masyarakat Islam Terhadap Penggunaan e-Fidyah dalam
Urusan Pembayaran Fidyah di Majlis Agama Islam Johor: Kajian di Muar,
Johor
Muhammad Shukri Ab Ghani, Hairunnizam Wahid &
Mohd Ali Mohd Noor …189
Bab 12 Pembayaran Zakat Pendapatan Melebihi Kadar Kewajipan Zakat:
Kajian dalam Kalangan Kakitangan Kerajaan di Wilayah Persekutuan,
Putrajaya
‘Abdullah Khairi Mohd Asri & Hairunnizam Wahid …211
Bab 13 Persepsi Asnaf Zakat Al-Gharimin (Perubatan) Terhadap Kaedah
Agihan Zakat oleh Lembaga Zakat Selangor: Kajian di Gombak, Selangor
Nur Aliah Mohd Sukeri, Zulaikha Mohd Hanafiah & Hairunnizam Wahid ... 227
Bab 14 Keberkesanan Pelaksanaan Ceramah Zakat Terhadap Kefahaman Serta
Amalan Membayar Zakat Perniagaan: Kajian di Sepang, Selangor
Siti Umairah Kamaruddin, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor & Abdul
Halim Abu Bakar …245
Bab 15 Pembayaran Zakat Pendapatan dan Tekanan Kos Sara Hidup: Kajian
dalam Kalangan Pensyarah di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)
Sharifah Nor Nadiah Syed Aluwi, Hairunnizam Wahid &
Mohd Ali Mohd Noor …269
Bab 16 Persepsi Masyarakat Islam Terhadap Agihan Zakat oleh Tabung
Baitulmal Sarawak (TBS) dan Peranan Medium Promosi: Kajian di Bintulu,
Sarawak
Abdul Hayy Haziq Mohamad & Hairunnizam Wahid …287
5
Bab 17 Hubungan Antara Uruf, Amalan Adat Perpatih Terhadap Pembayaran
Zakat Pendapatan: Kajian di Rembau, Negeri Sembilan
Mohamad Nurul Azwan Mohamad Taib & Hairunnizam Wahid …305
Bab 18 Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan dalam Kalangan Kakitangan
Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
Nur Liana ‘Aqilah Derus & Mohd Ali Mohd Noor …319
Bab 19 Penentuan Had Kifayah Zakat: Satu Cadangan Dimensi Penentuan yang
Baru
Siti Norhidayah Hamzah & Hairunnizam Wahid …331
Bab 20 Keberkesanan Bantuan Modal Zakat Daripada Perspektif Penerima:
Kajian di Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu
Solehuddin Zulkifli, Nurmaizura Marzuki &
Hairunnizam Wahid …353
Bab 21 Zakat, Tekanan Kewangan dan Pembiayaan Hutang bagi Institusi
Kewangan di Malaysia
Aisyah Abdul-Rahman & Muhammad Haziq Abdullah …373
Bab 22 Kecekapan Pengurusan Agihan Zakat oleh Lembaga Amil Zakat
Swadaya Ummah (LAZSU): Satu Kajian di Pekanbaru Riau, Indonesia
Sri Hartati, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor & Febri Arahman ...393
6
Kata Pengantar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang atas limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya. Selawat dan salam
atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.
Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang
terlibat khususnya kepada sidang penyunting dalam menghasilkan buku
bertajuk Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat.
Usaha murni semua pihak yang terlibat menghasilkan buku ini memperlihatkan
komitmen yang tinggi ke arah perkongsian ilmu dan pendedahan kajian-kajian
kotemporari berkaitan gelagat penerima juga pembayar zakat semasa.
Peranan zakat terhadap agama dan sosioekonomi masyarakat tidak
harus dipandang kecil. Pembayaran zakat bukan sahaja dapat menyucikan
harta, jiwa dan sifat tamak pembayar zakat, bahkan ia juga dapat menyucikan
sifat mazmumah seperti sifat hasad dengki penerima zakat terhadap mereka
yang berharta yang akhirnya secara tidak langsung dapat melahirkan
ukhuwwah dalam kalangan masyarakat. Hanya dengan pengamalan akhlak
yang murni dan sifat mahmudah dalam masyarakat secara holistik dapat
membantu hasrat negara membangunkan ekonomi ummah ke arah agenda
futuristik iaitu Transformasi Nasional 2050. Kefahaman masyarakat mengenai
perkara ini amat penting untuk menggalakkan umat Islam menunaikan
tanggungjawab berzakat dan pihak institusi pengurusan zakat dapat
mengagihkan harta zakat kepada asnaf dengan efisien dan sempurna mengikut
kerangka syariah yang akhirnya akan memastikan pertumbuhan ekonomi
negara yang lestari dan inklusif.
Saya yakin buku ini dapat dijadikan sumber rujukan kepada para
karyawan zakat, institusi zakat, Majlis Agama Islam Negeri, institusi
perbankan dan kewangan, ahli akademik, para ilmuan dan masyarakat dalam
mengetahui isu-isu terkini khususnya yang berkaitan dengan gelagat agen
ekonomi dalam sistem fiskal Islam yang berkaitan zakat. Buku ini diharapkan
dapat menambahkan idea para pengkaji dan menjadi panduan dalam
memperkasa pengurusan institusi zakat khususnya di Malaysia dan di dunia
amnya. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah
SWT.
Amin ya rabbal alamin.
HAJI HUSSIN MOHD ALI
Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Zakat Selangor
Majlis Agama Islam Selangor
7
Sekapur Sirih
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillah. Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT atas limpahan nikmat dan
rahmat-Nya.
Unit Zakat UKM sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memperkukuhkan
dan memperkasakan pendidikan mahasiswa UKM. Antara saranan Unit Zakat
UKM adalah dengan menggalakkan para mahasiswa UKM untuk menyertai
pelbagai konvensyen akademik yang dianjurkan di peringkat universiti, yang
berpotensi untuk memangkin kecemerlangan akademik dan inovasi dalam
pembelajaran. Sejarah Islam jelas membuktikan bahawa zakat telah memberi
sumbangan besar dalam dunia pendidikan dan telah melahirkan jutaan
cendikiawan.
Usaha memperkasakan ilmu dalam kalangan mahasiswa sangat
diambil berat oleh pihak kami walupun berdepan dengan pelbagai cabaran.
Usaha ini menuntut kepada tindakan dan kerjasama yang serius daripada
semua pihak agar benar-benar mencapai matlamat dalam memberikan
kebajikan khususnya kepada para mahasiswa. Dengan cabaran ketirisan ilmu
dalam kalangan mahasiswa, inisiatif Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM
dalam mengadakan Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017
(PERKEM 2017) adalah satu langkah yang tepat pada masanya dan wajar
disertai oleh setiap mahasiswa. Unit Zakat UKM sentiasa mengalu-alukan
program seperti ini supaya dapat membudayakan keilmuan dalam kalangan
mahasiswa dan seterusnya menjana keintelektualan untuk melahirkan graduan
beraspirasi kebangsaan, berkompeten, berdaya saing dan inovatif.
Akhir kata, Unit Zakat UKM ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan tahniah kepada penerbitan buku ini bersempena Persidangan
Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017 (PERKEM 2017) sebagai salah
satu usaha memperkasakan kecemerlangan mahasiswa. Koloberasi ini amat
baik dan bertepatan dengan maqasid zakat yang telah dianjurkan dalam Islam.
Semoga PERKEM 2017 menghasilkan impak yang tinggi dalam
merealisasikan seruan kerajaan untuk memperkasakan pendidikan tinggi di
Malaysia.
Salam Hormat
MUHAMMAD TAJUDDIN ABDUL RAHIM
Unit Zakat UKM
8
Prakata
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala
pujian untuk Allah SWT serta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi
Muhammad SAW.
Perkembangan ilmu dalam pengkajian zakat telah berkembang luas
dengan begitu pesat di serata dunia. Gabungan kekuatan ilmu asas dan ilmu
alat dalam menganalisis sesuatu fenomena gelagat manusia berkaitan zakat
serta hasil dapatan dan penemuan kajian secara empirikal merupakan satu
keperluan yang mainstream pada masa kini. Maka sudah pastilah segala
dapatan yang bersifat empirik tersebut memerlukan kepada metodologi yang
bersifat saintifik dan sistematik yang bertujuan untuk memperkukuhkan lagi
sesuatu teori serta meyakinkan para penggubal dasar dengan penemuan yang
diperolehi.
Buku ini merupakan kompilasi artikel berkaitan zakat di Persidangan
Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) ke 12 2017. Sebahagian besar
artikel ini adalah disumbangkan oleh para pelajar dalam Program Sarjana
Ekonomi Islam di Pusat Pengajian Ekonomi, UKM tahun 2017. Fokus kajian
zakat dalam buku ini adalah kajian yang berkaitan dengan gelagat manusia
dalam sistem pengurusan zakat yang terdiri daripada amil, asnaf serta
pembayar zakat di Malaysia. Hanya terdapat satu artikel yang mengkaji aspek
pengurusan zakat di Riau, Indonesia.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kami kepada penyumbang
utama dana bagi penerbitan buku ini iaitu Unit Zakat UKM. Penghargaan juga
kepada pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang bersama-sama menjayakan
penerbitan buku ini. Tidak dilupakan kepada semua pelajar program Sarjana
Ekonomi Islam yang bertungkus-lumus menyiapkan artikel ini untuk
dibentangkan di PERKEM 2017 dan bakal berkonvokesyen tahun 2017.
Penghargaan juga kepada pihak CRIM-UKM selaku penyumbang geran
kepada beberapa penyelidikan dalam menghasilkan bab dalam buku ini iaitu
Geran DPP-2014-005, DPP-2015-FEP, GGP-2014-008 dan GUP-2016-001.
Akhir kata, diharapkan buku ini dapat memberi manfaat kepada
semua pihak pemegang taruh dalam pengurusan zakat. Harapan kami
penerbitan buku ini dapat meningkatkan dan memperkukuhkan lagi ilmu dalam
korpus bidang ekonomi Islam terutamanya dalam bidang kajian zakat. Kami
mohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan dalam penulisan buku ini.
Sekian, terima kasih.
Sidang Penyunting
9
Senarai Penulis
‘Abdullah Khairi Mohd Asri, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi
& Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Abdul Halim Abu Bakar, Eksekutif, Divisyen Dakwah dan Syariah Lembaga
Zakat Selangor
Abdul Hayy Haziq Mohamad, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Adibah Abdul Wahab, PhD. Ketua Divisyen Dakwah dan Syariah, Lembaga
Zakat Selangor
Mohd Suffian Mohamed Esa, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi
& Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Aisyah Abdul Rahman, PhD. Profesor Madya, Pusat Pengajian Pengurusan,
Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Atiah Ahmad, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Azrina Abdullah Al-Hadi, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi,
Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Febri Arahman, Kakitangan Lembaga Amil Zakat Swadaya Ummah (LAZSU),
Riau, Indonesia Hairunnizam Wahid, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi,
Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohamad Nurul Azwan Mohamad Taib, Pelajar Sarjana Ekonomi, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohd Ali Mohd Noor, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi,
Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohd Azlan Bunasir, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohd Fisul Ismail, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Muhammad Haffiz Muhamad Isa, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Muhammad Haziq Abdullah, Pelajar Sarjanamuda Pengurusan Perniagaan,
Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muhammad Shukri Ab Ghani, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Muhammad Tajuddin Abdul Rahim, Ketua Unit Zakat, Jabatan Bendahari,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Nur Aliah Mohd Sukeri, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Nur Liana ‘Aqilah Derus, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Nurmaizura Marzuki, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
10
Rubayah Yakob, PhD. Profesor Madya, Pusat Pengajian Pengurusan, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Sharifah Nor Nadiah Syed Aluwi, Pelajar Sarjana Ekonomi, Fakulti Ekonomi
& Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Siti Norhidayah Hamzah, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Siti Umairah Kamaruddin, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Solehuddin Zulkifli, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Sri Hartati, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Sri Nooridayu Salleh, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Suhaili Alma’amun, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Ummi Amirah Alias, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Wan Mohd Al Faizee Wan Ab Rahaman, Pensyarah, Institut Profesional
Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Zulaikha Mohd Hanafiah, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Pembayaran Zakat Pendapatan dan Tekanan Kos Sara Hidup: Kajian dalam Kalangan Pensyarah di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)/269
Bab 15
Pembayaran Zakat Pendapatan dan Tekanan Kos Sara Hidup: Kajian dalam Kalangan Pensyarah di Kolej Poly-Tech Mara
(KPTM)
Sharifah Nor Nadiah Syed Aluwi Hairunnizam Wahid Mohd Ali Mohd Nor
Pengenalan
Zakat iaitu rukun Islam keempat yang mana kewajipannya dinyatakan dengan
jelas di dalam Al-Quran dan Hadis. Ia diwajibkan ke atas setiap Muslim yang
memenuhi syarat-syaratnya. Zakat menurut bahasa boleh didefinisikan sebagai
bersih, suci, subur, berkat dan berkembang sepertimana firman Allah SWT
dalam Surah At-Taubah ayat 103:
“Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu
kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan mendoalah
untuk mereka“. (Surah At-Taubah: 103)
Manakala daripada aspek syarak pula, zakat adalah sebahagian daripada
harta Muslim yang dikhaskan untuk fakir dan miskin (Bakar & Rahman,
2007). Secara amnya terdapat dua jenis zakat iaitu zakat fitrah dan zakat maal.
Zakat maal adalah zakat ke atas segala harta terdiri daripada zakat pendapatan,
zakat perniagaan, zakat wang simpanan, zakat emas dan perak, zakat pertanian,
zakat ternakan, zakat saham, zakat galian dan zakat rikaz. Ini berdasarkan
beberapa dalil Al-Quran yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan
Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan
sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk
kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk
daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan
pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan
mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu),
270 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah,
sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji”.
(Surah Al-Baqarah : 267)
Menurut Qardawi (2002), perkataan “hasil” dalam ayat tersebut
merujuk kepada hasil pendapatan daripada pekerjaan yang baik dan halal yang
melayakkan individu tersebut membayar zakat pendapatan. Di Malaysia,
institusi zakat adalah salah sebuah agen ekonomi negara. Zakat merupakan satu
bentuk ibadah bagi menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas rezeki
kurniaan Allah SWT (Awang & Mokhtar, 2012). Salah satu definisi zakat
adalah tumbuh dan berkembang, menggambarkan bahawa seorang Muslim
yang menjaga ibadah zakatnya, dengan izin Allah SWT harta dan hidupnya
akan terus berkembang dan subur. Sebagaimana firman Allah SWT yang
bermaksud:
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan
hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang
tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula
mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan
melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya,
dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu
pengetahuanNya”. (Surah Al-Baqarah: 261)
Terdapat juga beberapa ayat Al-Quran di mana Allah SWT menjanjikan
bahawa harta-harta yang dibelanjakan di jalan Allah SWT akan digantikan:
“Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku
memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara
hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan
apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan
menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki".
(Surah As-Saba: 39)
Ini seolah-olah menjelaskan bahawa pembayaran zakat bukan penyebab
kekurangan harta, malahan Allah SWT menjanjikan harta si pembayar akan
terus subur dan bertambah.
Situasi ekonomi kini menunjukkan dan membuktikan bahawa kos sara
hidup masyarakat semakin meningkat dari tahun ke tahun. Menurut laporan
tahunan Bank Negara Malaysia pada tahun 2015, analisis data pendapatan dan
perbelanjaan membuktikan bahawa terdapat kelompok masyarakat yang
mengalami peningkatan kos sara hidup, dan meraka ini adalah isi rumah yang
berbelanja lebih daripada pendapatan; isi rumah dalam kumpulan pendapatan
40 peratus terendah (B40); dan isi rumah berpendapatan tetap (Laporan
Tahunan Bank Negara Malaysia 2015). Kumpulan B40 adalah kumpulan isi
rumah yang berpendapatan bulanan sehingga RM3,855 (Laporan Ekonomi
2015/2016).
Pembayaran Zakat Pendapatan dan Tekanan Kos Sara Hidup: Kajian dalam Kalangan Pensyarah di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)/271
Persoalannya ialah sejauh manakah falsafah pembayaran zakat khasnya
zakat pendapatan oleh seseorang individu Muslim dapat membantu
mengurangkan tekanan hidup masyarakat akibat kenaikan kos sara hidup masa
kini. Ini kerana berdasarkan bukti Al-Quran yang menyatakan dengan
membayar zakat harta pembayar zakat akan terus subur dan berkembang
seolah-olah dapat dilihat kebarangkalian ia dapat membantu si pembayar zakat
mengurangkan tekanan akibat kenaikan kos sara hidup. Adakah wujud
hubungan antara pembayaran zakat dan pengurangan tekanan kos sara hidup.
Justeru kajian ini akan (1) menganalisis perbezaan tahap tekanan antara aspek
demografi responden; dan (2) menganalisis kemungkinan wujudnya satu
hubungan yang signifikan antara pembayaran zakat pendapatan dan tahap
tekanan akibat kenaikan kos sara hidup oleh seseorang individu.
Kajian Lepas
Kajian berkaitan Rukun Islam yang keempat iaitu zakat telah banyak dilakukan
merangkumi pelbagai aspek baik di peringkat mikro mahupun makro.
Antaranya isu pengutipan dan pengagihan zakat, kepatuhan pembayaran zakat,
kesan zakat dalam ekonomi dan banyak lagi. Namun tinjauan ini hanya
menumpukan kepada kajian terdahulu yang membincangkan tentang zakat
pendapatan, peranan zakat dalam membasmi kemiskinan dan kesan zakat ke
atas penggunaan agregat.
Zakat Pendapatan Di Malaysia: Terdapat banyak kajian terdahulu yang dibuat
berkisarkan tentang zakat pendapatan terutamanya di Malaysia. Antaranya
kajian oleh Muhsin dan Mohamad (2015) dalam kajian mereka tentang
perbezaan kaedah pengiraan zakat pendapatan di lima buah negeri iaitu
Wilayah Persekutuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Selangor. Mereka
mendapati terdapat perbezaan daripada aspek kaedah taksiran zakat pendapatan
antara negeri-negeri tersebut terutamanya dalam konteks pelepasan atau
tolakan yang dibenarkan. Fidlizan, Azila, Fatimah dan Nor (2016) pula
mengkaji tentang kepatuhan pengiraan zakat pendapatan di kalangan kumpulan
professional di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang meliputi 112 orang
responden. Hasil kajian mendapati tingkat pengetahuan responden tentang
sumber penggajian yang perlu dihitung dalam pengiraan zakat pendapatan
adalah tinggi bagi gaji pokok dan elaun tetap bulanan dan tahap sederhana dan
rendah bagi sumber-sumber yang lain. Implikasi kajian mereka menunjukkan
bahawa pihak berkuasa tertentu perlu memainkan peranan memberi
penerangan yang lebih terperinci tentang zakat pendapatan. Konflik tentang
zakat pendapatan ini turut dikaji oleh Muhammad Ikhlas, Luqman, Mohd
Farhan dan Mohamad Zaim (2017). Mereka mendapati terdapat perbezaan
fatwa antara negeri Perak dan Selangor dimana Jawatankuasa Syariah Negeri
Perak menegaskan bahawa zakat pendapatan diwajibkan hanya apabila cukup
haul dan nisab tetapi Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Selangor
272 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
menfatwakan wajib membayar zakat tanpa mengambil kira syarat haul dan
nisab.
Terdapat juga beberapa kajian yang mengkaji faktor yang mungkin
menyumbang kepada pembayaran zakat. Kajian oleh Hairunnizam, Sanep dan
Mohd Ali (2007) dengan menggunakan analisis logistik mengkaji faktor-faktor
yang mungkin signifikan mempengaruhi kesedaran masyarakat untuk
membayar zakat. Mereka mendapati antara faktor penting yang mempengaruhi
ialah umur, taraf perkahwinan, pendapatan dan juga mekanisme pembayaran
zakat. Mohd Ali, Hairunnizam dan Nor Ghani (2004) pula menunjukkan
peratusan pembayaran zakat adalah kecil dalam kakitangan profesional. Antara
faktor yang dikenal pasti ialah pengetahuan dan kurangnya penguatkuasaan.
Mereka menyimpulkan bahawa semakin tinggi tahap keimanan dan
pengetahuan zakat, seseorang Muslim akan lebih cenderung untuk membayar
zakat pendapatan. Manakala Nur Barizah dan Hafiz (2010) pula mengkaji
tentang motivasi pembayaran zakat pendapatan di kalangan kakitangan
akademik daripada tiga fakulti di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Dapatan kajian mereka mendapati ada dua motivasi tertinggi yang mendorong
responden menunaikan zakat pendapatan. Pertama adalah zakat merupakan
sebahagian tanggungjawab sosial mereka terhadap Muslim dan kedua mereka
percaya bahawa di dalam harta mereka terdapat hak golongan fakir dan miskin.
Nur Azura, Norazlina dan Nor Fadzlin (2005) pula membuat kajian di
kalangan 104 orang responden di Universiti Utara Malaysia mendapati 80.6
peratus daripada yang membayar zakat pendapatan menggunakan kaedah
potongan gaji semasa menunaikan zakat tersebut.
Peranan Zakat Membasmi Kemiskinan: Antara kajian berkaitan peranan zakat
dalam membasmi kemiskinan dilakukan oleh Hassan dan Khan (2007). Kajian
mereka menunjukkan kepentingan zakat dalam membasmi kemiskinan.
Mereka membuktikan bagaimana dana zakat boleh menggantikan perbelanjaan
belanjawan kerajaan lebih kurang 21 peratus daripada Pelan Pembangunan
Tahunan (ADP) pada tahun 1983 hingga 1984 kepada 43 peratus pada tahun
2004 hingga 2005, yang mana boleh digunakan untuk lain-lain perbelanjaan
sosial dan pembangunan di Bangladesh. Di samping itu, Irfan (2009) dalam
kajiannya di Indonesia, mendapati zakat mampu mengurangkan jumlah dan
peratusan keluarga miskin serta dapat mengurangkan kemiskinan yang teruk.
Hasil kajiannya terhadap 50 orang sampel daripada Lembaga Amil Zakat
Nasional (LAZNAS) Dompet Dhuafa Republika, mendapati zakat mampu
mengurangkan jumlah keluarga miskin daripada 84 peratus kepada 74 peratus
serta dapat mengurangkan jurang kemiskinan daripada Rp 540.657,01 menjadi
Rp 410.337,06. Patmawati (2006), juga dalam kajiannya menyatakan bahawa
zakat mampu mengurangkan jurang pendapatan. Hasil empirikal dari keluk
Lorenz dan Koefisien Gini menunjukkan agihan zakat mampu mengurangkan
ketidakseimbangan pendapatan.
Manakala Abdullah, Niaz, Syed dan Imran (2013) dalam kajian mereka
dikalangan 600 responden di Pakistan mendapati ada hubungan signifikan yang
tinggi antara zakat dan pendapatan bulanan penerima zakat. Mereka juga
Pembayaran Zakat Pendapatan dan Tekanan Kos Sara Hidup: Kajian dalam Kalangan Pensyarah di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)/273
mendapati penggunaan mekanisme yang efektif dalam pembahagian zakat
dapat merangsang status sosio-ekonomi penerima zakat dan akhirnya
membasmi kemiskinan. Ahmad Fahme, Zakariah, Fuadah dan Muhammad
Ridhwan (2015) pula mengkaji keberkesanan pembahagian zakat di kalangan
masakin dan fuqara di Kelantan dengan menggunakan Headcount Index,
Average Poverty Gap, Income Gap dan Sen Index. Hasil kajian mendapati
pembahagian zakat berjaya mengurangkan kemiskinan, tahap kemiskinan dan
keterukan kemiskinan.
Kesan Zakat Ke Atas Penggunaan Agregat: Kajian oleh Iqbal (1985)
menyimpulkan bahawa kesan zakat ke atas penggunaan agregat dan
kecenderungan berbelanja, ceteris paribus, adalah positif. Semakin tinggi nilai
zakat semakin tinggi penggunaan agregat dan kecenderungan untuk berbelanja.
Manakala magnitud kesannya bergantung kepada jumlah pindahan bersih
kepada golongan miskin dalam bentuk pendapatan dan bukannya dalam bentuk
jumlah kasar zakat. Manakala kajian oleh Yusoff (2011) menunjukkan
pembayaran zakat mampu meningkatkan penggunaan kerana tingkat
kecenderungan berbelanja marginal (MPC) bagi penerima zakat adalah lebih
tinggi berbanding pembayar zakat. Maka secara tidak langsung ia akan
meningkatkan kuasa beli golongan fakir dan miskin. Di samping itu kajian oleh
Hisham (2014) mengkaji kesan zakat ke atas penggunaan agregat dan
pembasmian kemiskinan di Egypt. Dapatan kajian yang dilakukan pada tahun
2008 menunjukkan penggunaan oleh penerima zakat adalah lebih tinggi setelah
mereka menerima zakat. Walau bagaimana pun kajian tentang bagaimana zakat
dapat membantu membasmi kemiskinan mandapati kutipan zakat sahaja tidak
dapat membasmi kemiskinan di Egypt dan memerlukan sokongan sumbangan
sukarela.
Eko, Radiah dan Azhar (2013) dalam kajian mereka mendapati
pembahagian zakat mempunyai hubungan positif dengan penggunaan agregat
walau pun kesannya adalah kecil dan bersifat jangka pendek. Mereka turut
mencadangkan pembahagian zakat tidak dihadkan kepada bentuk memenuhi
keperluan sahaja tetapi mesti diperluaskan dalam bentuk yang boleh menjana
pendapatan berterusan kepada penerima zakat. Penyataan ini disokong oleh
Wahbah al Zuhayli (2005) yang menyatakan zakat yang diberikan bagi
membantu golongan miskin dan memerlukan tidak semestinya dalam bentuk
bantuan kewangan sahaja. Hasil kajian di Bangladesh juga oleh Fahami dan
Salina (2016) menunjukkan terdapat kenaikan signifikan dalam purata
pendapatan bulanan, kenaikan aset tetap dan kenaikan dalam purata
perbelanjaan bulanan isi rumah sebelum dan selepas menerima dana zakat.
Kajian mereka juga menunjukkan jumlah zakat yang diterima mempunyai
pengaruh yang kuat dalam menentukan kejayaan usahawan wanita.
Terdapat kajian oleh Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad dan Mohd
Ali Mohd Nor (2004) yang mengukur keberkesanan pembahagian zakat
berdasarkan kualiti hidup dengan menggunakan model logit. Hasil kajian
mereka mendapati bahawa penerimaan zakat mempunyai kesan yang
274 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
signifikan terhadap kualiti hidup golongan miskin terutama dalam aspek
pendidikan dan penyertaan sosial. Manakala Mohamad Soleh (2011) mengukur
keberkesanan pembahagian zakat terhadap kebajikan penerima zakat di Jakarta
dengan menggunakan Human Development Index (HDI). Kajiannya mendapati
HDI penerima zakat adalah lebih rendah berbanding purata HDI Jakarta dan
juga HDI kebangsaan Indonesia.
Kebanyakan kajian terdahulu hanya tertumpu pada kesan dan peranan
zakat terhadap penerima zakat. Tiada kajian yang mengkaji tentang bagaimana
kesan pembayaran zakat ke atas pembayar zakat. Tetapi terdapat beberapa
kajian yang cuba mengkaji bagaimana kepatuhan terhadap agama mampu
memberi kesan kepada si pelaku daripada aspek kualiti dan kepuasan hidup.
Antaranya kajian terdahulu yang mengkaji hubungan antara kepatuhan
terhadap agama dan tahap kepuasan hidup seseorang. Misalnya Ellison (1991)
dalam kajiannya terhadap sekumpulan kecil penduduk di Amerika Syarikat
mendapati mereka yang terlibat dengan organisasi keagamaan dan mempunyai
tahap kepercayaan kepada agama yang tinggi menunjukkan tahap kepuasan
kualiti hidup mereka juga tinggi. Oleh itu perlu ada satu kajian yang mengkaji
adakah terdapat hubungan antara kepatuhan pembayaran zakat dan kesan ke
atas individu yang membayar zakat. Secara khususnya dalam kajian ini akan
cuba untuk meneliti hubungan yang wujud antara pembayaran zakat
pendapatan dan tekanan akibat kenaikan kos sara hidup.
Metodologi Kajian
Kaedah Pensampelan: Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan secara
rawak dengan menggunakan soal selidik yang dirangka untuk menjawab
persoalan kajian. Data diperoleh melalui soal selidik yang dijalankan secara
atas talian (online survey) bermula dari 12 Febuari 2016 sehingga 30 Mei 2016
dengan melibatkan 133 orang pensyarah yang mengajar di Kolej Poly-Tech
Mara di enam cawangan seluruh semenanjung Malaysia iaitu Bangi (Selangor),
Kota Bharu (Kelantan), Kuantan (Pahang), Ipoh (Perak), Batu Pahat (Johor)
dan Alor Setar (Kedah). Mereka terdiri daripada pensyarah pelbagai fakulti
pengajian meliputi fakulti pengurusan perniagaan, fakulti perakaunan, fakulti
kejururawatan, fakulti sains komputer dan teknologi maklumat serta fakulti
sains sosial dan kemanusiaan.
Kaedah Analisis Data: Soal selidik yang dijalankan mengandungi lima
bahagian, iaitu Bahagian A mengandungi 12 soalan berkenaan maklumat
demografi responden, Bahagian B merangkumi 7 soalan tentang maklumat
zakat pendapatan responden, Bahagian C terdiri daripada 7 soalan mengenai
amalan baik dalam Islam yang dilaksanakan oleh responden, Bahagian D
mengandungi 13 soalan tentang tekanan kenaikan kos sara hidup dan Bahagian
E terdapat 6 soalan berkenaan strategi menangani ke belakang yang diambil
oleh responden dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup. Bahagian D dan E
merupakan soalan- soalan yang diukur dengan menggunakan skala likert lima
mata iaitu skala 1 mewakili “Sangat Tidak Setuju”, 2 “Tidak Setuju”, 3
Pembayaran Zakat Pendapatan dan Tekanan Kos Sara Hidup: Kajian dalam Kalangan Pensyarah di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)/275
“Neutral”, 4 “Setuju” dan 5 “Sangat Setuju”. Tekanan yang dirasai oleh
responden dinilai menggunakan nilai purata tekanan dan strategi. Nilai yang
digunakan bagi menentukan tahap tekanan kos sara hidup adalah seperti
berikut; Tertekan : 4.25 hingga 5.00 (85% ke atas), Sederhana Tertekan: 3.00
hingga 4.24 (60% - 85%) dan Tekanan Rendah: 1.00 hingga 2.99 (kurang dari
70%). Kadar ini turut digunakan oleh Sanep, Rosbi dan Hairunizam (2011)
dalam mengukur tahap tanggapan asnaf terhadap keberkesanan agihan zakat.
Skala ini dipilih memandangkan tahap tekanan yang tinggi dicadangan
mempunyai tahap nilai min yang tinggi iaitu nilai skor melebihi 85 peratus.
Analisis menggunakan ujian Alpha Cronbach telah dilakukan dan ia
merupakan suatu ujian pengukuran ketekalan dalaman (kebolehpercayaan).
Ujian Alpha Cronbach telah dijalankan dalam dalam kajian ini bagi menguji
nilai kebolehpercayaan untuk kesemua soalan bahagian D dan E. Hasil ujian
seperti di Jadual 3 mendapati bahawa pekali bagi kedua-dua bahagian
mempunyai nilai melebihi 0.70 (α Cronbach 0.89 bagi bahagian tekanan dan
0.84 bagi bahagian strategi). Ia dianggap mencukupi untuk diterima
kebolehpercayaan pernyataan soal selidik ini (Hair et.al, 2006). Bagi mencapai
objektif kajian, kajian ini akan dianalisis dengan menggunakan statistik
inferens iaitu dengan menggunakan ujian ANOVA satu arah bagi melihat
perbezaan signifikan antara beberapa pemboleh ubah (umur, status pekerjaan,
tempat berkhidmat dan pendapatan bulanan) dengan tekanan akibat kenaikan
kos sara hidup.
Hasil Kajian
Berdasarkan Jadual 1, jumlah responden bagi kajian ini adalah seramai 133
orang yang terdiri daripada pensyarah di Kolej Polytech MARA seluruh
Malaysia. Berdasarkan Jadual 1, majoriti responden adalah terdiri daripada
perempuan seramai 101 orang (75.9%), manakala responden lelaki seramai 32
orang (24.1%). Daripada aspek komposisi umur pula melibatkan responden
berumur 20 – 30 tahun seramai 35 orang (26.3%), 31 - 40 tahun seramai 70
orang (52.6%) dan berumur 41 hingga 50 tahun seramai 28 orang (21.1%).
Majoriti terdiri daripada mereka yang berumur 31 hingga 40 tahun. Daripada
aspek status perkahwinan pula, 74.4 peratus daripada mereka telah berkahwin
iaitu seramai 99 orang manakala 22.6 peratus iaitu 30 orang belum berkahwin
dan bakinya 3 peratus mewakili 4 orang berstatus lain-lain. Bagi yang telah
berkahwin, majoriti daripada mereka mempunyai bilangan anak 1 hingga 2
orang iaitu seramai 51 responden (38.3%), 39 orang (29.3%) belum
mempunyai anak, 34 orang (25.6%) mempunyai bilangan anak 3 hingga 4
orang, 7 orang (5.3%) mempunyai bilangan anak 5 hingga 6 orang dan hanya 2
responden(1.5%) mempunyai bilangan anak 7 hingga 8 orang. Daripada aspek
status pendidikan tertinggi pula, 77 orang (57.9%) daripada responden ialah
pemegang sarjana, 54 orang (40.6%) pemegang ijazah dan 2 orang (1.5%)
ialah pemegang doktor falsafah dalam pelbagai bidang akademik. Majoriti
daripada responden iaitu seramai 99 orang (74.4%) ialah pekerja berstatus
276 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
tetap, 17 orang (12.8%) ialah pekerja berstatus sementara dan 17 orang
(12.8%) pula berstatus kontrak. Majoriti iaitu seramai 51 orang (38.3%)
daripada responden telah berkhidmat dengan KPTM untuk tempoh 3 hingga 7
tahun, 46 orang (34.6%) berkhidmat untuk tempoh 8 hingga 11 tahun, 19 orang
(14.3%) berkhidmat untuk tempoh kurang daripada 3 tahun, 11 orang (8.3%)
berkhidmat untuk tempoh lebih daripada 15 tahun dan 6 orang (4.5%)
berkhidmat untuk tempoh 12 hingga 15 tahun.
Jadual 1: Latar Belakang Responden
Item
Jantina
Kekerapan Peratus (%)
Lelaki 32 24.1
Perempuan 101 75.9
Umur
20 – 30 tahun 35 26.3
31 – 40 tahun 70 52.6
41 – 50 tahun 28 21.1
Status Pekerjaan
Tetap 99 74.4
Sementara 17 12.8
Kontrak 17 12.8
Tempat Berkhidmat
Selangor 43 32.3
Kedah 15 11.3
Perak 18 13.5
Pahang 19 14.3
Kelantan 20 15.0
Johor 18 13.5
Pendapatan bulanan
RM1,001 – RM2,000 2 1.5
RM2,001 – RM3,000 34 25.6
RM3,001 – RM4,000 63 47.4
RM4,001 – RM5,000 22 16.5
RM5,001 – RM6,000 8 6.0
RM6,001 – RM7,000 3 2.3
RM7,001 – RM8,000 1 0.8 Sumber: Soal Seidik, 2016
Responden paling ramai ialah pekerja KPTM daripada cawangan Bangi,
Selangor iaitu seramai 43 orang (32.3%), 20 orang (15.0%) adalah daripada
Pembayaran Zakat Pendapatan dan Tekanan Kos Sara Hidup: Kajian dalam Kalangan Pensyarah di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)/277
Kota Bharu, Kelantan, 19 orang (14.3%) daripada Kuantan, Pahang, masing-
masing 18 orang (13.5%) daripada Ipoh, Perak dan Batu Pahat, Johor manakala
paling kecil ialah responden daripada Alor Setar, Kedah seramai 15 orang
(11.3%). Daripada aspek pendapatan bulanan pula, hampir separuh daripada
responden iaitu seramai 63 orang (47.4%) mempunyai pendapatan linkungan
RM3,001 hingga RM4,000. Seramai 34 orang (25.6%) berpendapatan
RM2,001 hingga RM3,000, seramai 22 orang (16.5%) berpendapatan RM4,001
hingga RM5,000, seramai 8 orang (6.0%) berpendapatan RM5,001 hingga
RM6,000, seramai 3 orang (2.3%) berpendapatan RM6,001 hingga RM7,000,
seramai 2 orang (1.5%) berpendapatan RM1,001 hingga RM2,000 dan seorang
(0.8%) berpendapatan RM7,001 hingga RM8,000. Soal selidik ini juga turut
mengkaji adakah responden mempunyai pekerjaan kedua atau tidak. Hasilnya,
majoriti responden iaitu seramai 125 orang (94.0%) tidak mempunyai
pekerjaan kedua dan hanya 8 orang (6.0%) sahaja responden yang mempunyai
pekerjaan kedua
Jadual 2 menunjukkan data berkenaan nilai purata tekanan akibat
kenaikan kos sara hidup berdasarkan umur responden (20-30 tahun, 31-40
tahun dan 41-50 tahun). Nilai min paling tinggi berlaku dalam kalangan
mereka yang berumur antara 20 tahun hingga 30 tahun (Min = 3.66, Sisihan
Piawai = 0.58). Ia diikuti oleh nilai min kelompok umur antara 31 tahun hingga
40 tahun (Min = 3.61, Sisihan Piawai = 0.69) dan kelompok umur 41 tahun
hingga 50 tahun (Min = 2.99, Sisihan Piawai = 0.65). Ujian ANOVA yang
dijalankan menunjukkan terdapat perbezaan signifikan dalam tekanan akibat
kenaikan kos sara hidup berdasarkan umur responden [F=10.4, df = (2,130), p
< 0.05] pada aras 0.05. Justeru, ia menunjukkan bahawa terdapat perbezaan
tekanan akibat kenaikan kos sara hidup dalam kalangan tiga kelompok umur
tersebut dan responden berumur 41 tahun hingga 50 tahun mempunyai tahap
tekanan yang rendah. Jadual 2 juga menunjukkan nilai purata tekanan akibat
kenaikan kos sara hidup berdasarkan status pekerjaan (tetap, sementara dan
kontrak). Nilai min paling tinggi berlaku dikalangan mereka yang berstatus
sementara (Min = 3.79, Sisihan Piawai = 0.59). Ia diikuti oleh nilai min bagi
berstatus perkerjaan kontrak (Min = 3.63, Sisihan Piawai = 0.58) dan berstatus
tetap (Min = 3.42, Sisihan Piawai = 0.73). Namun begitu, ujian ANOVA
menunjukkan tiada perbezaan signifikan dalam tekanan akibat kenaikan kos
sara hidup berdasarkan status pekerjaan [F=2.51, df = (2,130), p < 0.05] pada
aras 0.05. Ia juga menunjukkan bahawa semua status pekerjaan iaitu tetap,
sementara dan kontrak mengalami tahap tekanan kenaikan kos sara hidup yang
sama tanpa mengambil kira status pekerjaan dan dalam aspek tekanan, semua
kelompok adalah pada tahap sederhana.
Jadual 2 juga menunjukkan data nilai purata tekanan akibat kenaikan
kos sara hidup berdasarkan tempat berkhidmat pensyarah KPTM iaitu di
Selangor, Kedah, Johor, Perak, Kelantan dan Pahang. Nilai min tekanan paling
tinggi berlaku dalam kalangan mereka yang bekerja di Johor (Min = 3.64,
Sisihan Piawai = 0.81), diikuti oleh Selangor (Min = 3.61, Sisihan Piawai =
0.63), Perak (Min = 3.52, Sisihan Piawai = 0.70), Kedah (Min = 3.40, Sisihan
278 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Piawai = 0.79), Kelantan (Min = 3.37, Sisihan Piawai = 0.66) dan Pahang (Min
= 3.25, Sisihan Piawai = 0.71). Namun pemboleh ubah ini juga menunjukkan
tiada perbezaan signifikan antara negeri kepada aspek tekanan akibat kenaikan
kos sara hidup berdasarkan tempat berkhidmat [F=1.06, df = (5,127), p < 0.05]
pada aras 0.05. Ia menunjukkan bahawa semua tempat berkhidmat Selangor,
Kedah, Johor, Perak, Kelantan dan Pahang mengalami tahap tekanan kenaikan
kos sara hidup yang sama dan pada tahap sederhana.
Jadual 2: Nilai Purata persepsi terhadap tekanan Kos Sara Hidup antara
pembolehubah yang dikaji
Item
Responden
(N)
Nilai
Purata
Sisihan
Piawai
Tahap
Tekanan1
Umur
20 - 30 tahun 35 3.66* 0.58 Sederhana
31 - 40 tahun 70 3.61* 0.69 Sederhana
41 - 50 tahun 28 2.99* 0.65 Rendah
Status Pekerjaan
Tetap 99 3.42 0.73 Sederhana
Sementara 17 3.79 0.59 Sederhana
Kontrak 17 3.63 0.58 Sederhana
Cawangan KPTM
Selangor 43 3.61 0.63 Sederhana
Kedah 15 3.40 0.79 Sederhana
Perak 18 3.52 0.70 Sederhana
Pahang 19 3.25 0.71 Sederhana
Kelantan 20 3.37 0.66 Sederhana
Johor 18 3.64 0.81 Sederhana
Pendapatan
RM1,001 - RM2,000 2 3.71* 0.63 Sederhana
RM2,001 - RM3,000 34 3.72* 0.58 Sederhana
RM3,001 - RM4,000 63 3.55* 0.70 Sederhana
RM4,001 - RM5,000 22 3.29* 0.73 Sederhana
RM5,001 - RM6,000 8 2.78* 0.62 Rendah
RM6,001 - RM7,000 3 3.28* 0.85 Sederhana
RM7,001 - RM8,000 1 2.92* Rendah
Jumlah 133 3.49* 0.70
Nota: 1 Tahap Tekanan: Tinggi, Nilai min 4.25 ke atas; Sederhana: Nilai min antara 3.00-4.24;
Rendah: Nilai Min 2.99 dan ke bawah * perbezaan min signifikan pada aras ke ertian 5%
Sumber: Maklumat Soalselidik
Pembayaran Zakat Pendapatan dan Tekanan Kos Sara Hidup: Kajian dalam Kalangan Pensyarah di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)/279
Jadual 3: Nilai purata dan sisihan piawaian tekanan kos sara hidup dan strategi ke belakang
Tekanan Kos Sara Hidup
Nilai
purata
Tahap
Tekanan
Sisihan
Piawai
α
Cronbach
Kos hidup menyebabkan tidak dapat mengeluarkan derma/sedekah 2.10 Rendah 1.16 0.89
Kos hidup menyebabkan hubungan kekeluargaan terjejas 2.17 Rendah 1.13
Menyebabkan masa bersama keluarga terjejas utk mencari pendapatan tambahan 2.41 Rendah 1.18
Kos hidup mendorong membuat pinjaman peribadi 2.44 Rendah 1.42
Menyebabkan penurunan tahap kesihatan 2.53 Rendah 1.18
Kos hidup menyebabkan perbelanjaan keperluan asas terjejas 3.49 Sederhana 1.20
Kos hidup menyebabkan tertekan 3.56 Sederhana 1.10
Kos hidup menyebabkan penggunaan wang simpanan 3.68 Sederhana 1.22
Kos hidup menyebabkan kurang menabung 3.80 Sederhana 1.15
Kos hidup menyebabkan berjimat 4.15 Sederhana 0.85
Kos hidup menyebabkan kuasa beli semakin kecil 4.44 Tinggi 0.70
Merasakan terbeban dengan kos hidup 4.44 Tinggi 0.71
Merasakan kos hidup lebih tinggi 4.69 Tinggi 0.50
Nilai Purata Keseluruhan Tekanan 3.38 Sederhana 1.04
Strategi Menangani ke Belakang Nilai
Purata
Sisihan
Piawai
α
Cronbach
Terpaksa membawa bekal ke tempat kerja 3.16 Sederhana 1.09 0.84
Terpaksa mengurangkan tabungan bulanan 3.44 Sederhana 1.13
Terpaksa mengurangkan perbelanjaan keperluan asas 3.46 Sederhana 1.11
Terpaksa membatalkan perancangan percutian keluarga 3.61 Sederhana 1.19
Terpaksa menjimatkan penggunaan air dan elektrik di rumah 3.88 Sederhana 0.97
Terpaksa mengurangkan perbelanjaan barangan berjenama 4.09 Sederhana 1.02
Nilai Purata Keseluruhan Strategi 3.61 Sederhana 1.09 Nota: 1 Tahap Tekanan: Tinggi, Nilai min 4.25 ke atas; Sederhana: Nilai min antara 3.00-4.24; Rendah: Nilai Min 2.99 dan ke bawah Sumber: Maklumat Soalselidik
280 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Jadual 2 juga menunjukkan nilai min tekanan akibat kenaikan kos sara
hidup berdasarkan pendapatan (RM1,001-RM2,000, RM2,001 hingga
RM3,000, RM3,001 hingga RM4,000, RM4,001 hingga RM5,000, RM5,001
hingga RM6,000, RM6,001 hingga RM7,000 dan RM7,001 hingga RM8,000).
Nilai min tekanan paling tinggi berlaku dalam kalangan mereka yang
berpendapatan antara RM2,001 hingga RM3,000 (Min = 3.72, Sisihan Piawai
= 0.58), diikuti oleh pendapatan antara RM1,001 hingga RM2,000 (Min =
3.71, Sisihan Piawai = 0.63), pendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000
(Min = 3.55, Sisihan Piawai = 0.70), pendapatan antara RM4,001 hingga
RM5,000 (Min = 3.29, Sisihan Piawai = 0.73), pendapatan antara RM6,001
hingga RM7,000 (Min = 3.28, Sisihan Piawai = 0.85), pendapatan antara
RM7,001 hingga RM8,000 (Min = 2.92) dan akhirnya pendapatan antara
RM5,001 hingga RM6,000 (Min = 2.78, Sisihan Piawai = 0.62). Namun kajian
ini mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara nilai min tekanan
akibat kenaikan kos sara hidup berdasarkan pendapatan bulanan [F=2.68, df =
(6,126), p < 0.05] pada aras 0.05. Oleh itu ia menunjukkan bahawa terdapat
perbezaan tekanan akibat kenaikan kos sara hidup dalam kalangan tujuh
kategori pendapatan tersebut. Kajian juga mendapati tahap tekanan rendah
berlaku pada tingkat pendapatan antara RM5,001 hingga RM6,000 dan
RM7,001 hingga RM8,000.
Hasil soal selidik mengenai tekanan kos sara hidup, berdasarkan
Jadual 3 mendapati tahap tekanan akibat kenaikan kos sara hidup responden
secara keseluruhan adalah sederhana dengan nilai purata 3.38 dan sisihan
piawai 1.04. Terdapat 3 item yang mana nilai purata nya termasuk dalam
kategori tertekan (nilai purata > 4.25) iaitu ‘Merasakan kos hidup lebih tinggi’
(nilai purata = 4.69),‘Kos hidup menyebabkan kuasa beli semakin kecil’ (nilai
purata = 4.44) dan ‘Merasakan terbeban dengan kos hidup’ (nilai purata =
4.44). Ini menggambarkan secara keseluruhan bahawa responden merasa
tertekan walaupun tidak kuat dengan keadaan ekonomi dan peningkatan kos
sara hidup masa kini. Bagi item strategi menangani ke belakang pula kesemua
item mencatatkan nilai purata kategori sederhana tertekan (nilai purata 3
hingga 4.24). Strategi menangani ke belakang adalah strategi-strategi yang
diambil oleh masyarakat dengan cara mengubah corak perbelanjaan bagi
menangani kenaikan kos sara hidup (Andreasen, 1984).
Analisis seterusnya ialah mengkaji pola pembayaran zakat pendapatan
oleh responden dalam menangani cabaran kos sara hidup yang tinggi. Jadual 4
menunjukkan bahawa 61.7 peratus (82 orang) daripada responden pernah
membayar zakat pendapatan manakala bakinya 38.3 peratus (51 orang) tidak
pernah membayar zakat pendapatan. Daripada 82 orang yang pernah
membayar zakat pendapatan itu pula, 85.4 peratus daripada mereka konsisten
dalam pembayaran zakat pendapatan dan 14.6 peratus tidak konsisten dalam
pembayaran zakat pendapatan. Sebanyak 70.7 peratus responden yang
membayar zakat pendapatan telah pun membuat pemotongan gaji bagi zakat
pendapatan manakala selebihnya 29.3 peratus masih lagi membayar zakat
pendapatan melalui medium selain pemotongan gaji. Jadual 5 menganalisis
hubungan korelasi antara pembayaran zakat dan tekanan menggunakan ujian
Pembayaran Zakat Pendapatan dan Tekanan Kos Sara Hidup: Kajian dalam Kalangan Pensyarah di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)/281
korelasi. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan negatif lemah
yang signifikan antara pembayaran zakat pendapatan dan tekanan akibat
kenaikan kos sara hidup (r = -.208). Ini bermaksud pembolehubah pembayaran
zakat pendapatan mempengaruhi tekanan akibat kenaikan kos sara hidup hanya
4.3 peratus sahaja dan selebihnya ditentukan oleh pembolehubah yang lain. Ia
bermaksud apabila kadar pembayaran zakat pendapatan meningkat, tekanan
akibat kenaikan kos sara hidup berkemungkinan akan menurun.
Kajian ini turut mengenalpasti kes yang ekstrem bilangan responden
yang tahap tekanan tinggi dan tahap tekanan rendah dengan membandingkan
mereka daripada aspek kategori membayar zakat dan tidak membayar zakat.
Perbandingan bilangan ini dibuat berdasarkan nilai purata tekanan dan strategi
iaitu nilai purata min antara 4.25 hingga 5 dianggap sebagai tahap tekanan
tinggi dan nilai min di bawah 2.99 adalah tahap rendah. Hasilnya seperti dalam
Jadual 6 mendapati hanya sebanyak 13.41 peratus daripada mereka yang
membayar zakat pendapatan termasuk dalam tahap tekanan tinggi dan yang
menariknya sebanyak 32.93 peratus responden yang membayar zakat
pendapatan adalah termasuk dalam tahap tekanan yang rendah. Manakala bagi
mereka yang tidak membayar zakat pendapatan pula, sebanyak 7.84 peratus
daripada mereka adalah termasuk dalam tahap tekanan tinggi dan sebanyak
13.73 peratus adalah berada dalam tahap rendah.
Perbincangan dan Implikasi Dasar
Daripada analisis yang telah dijalankan, beberapa kesimpulan boleh dibuat.
Kajian mendapati secara keseluruhan responden adalah sederhana tertekan
dengan kenaikan kos sara hidup mereka. Ini menggambarkan bahawa
responden merasa tertekan walaupun tidak kuat dengan keadaan ekonomi dan
peningkatan kos sara hidup masa kini. Pengujian yang dilakukan terhadap
tekanan mengikut kategori pendapatan adalah signifikan dan juga
menunjukkan tiga kategori yang menduduki tempat teratas tertinggi nilai
purata tekanan adalah kategori pendapatan RM4,000 dan ke bawah. Ini
bertepatan dengan kajian yang dilaporkan dalam Laporan Tahunan Bank
Negara Malaysia 2015 yang mendapati bahawa mereka yang mengalami
peningkatan kos sara hidup adalah daripada golongan pendapatan B40 (bawah
RM 3,855). Hampir 75 peratus daripada responden merupakan golongan B40.
282 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Jadual 4: Analisis Pembayaran Zakat Pendapatan Responden
Tidak Bayar Bayar
Kekerapan 51 82
(38.3) (61.7)
Konsisten Tidak Konsisten
Kekerapan
70 12
(85.4) (14.6)
Buat Potongan Gaji Tiada Potongan Gaji
Kekerapan
58 24
(70.7) (29.3)
Nota: ( ) peratus responden (%)
Jadual 5: Pembayaran Zakat Pendapatan dan Tekanan Kos Sara Hidup
Pembayaran Zakat Pendapatan Min Tekanan dan Strategi
Pembayaran Zakat Pendapatan 1
Min Tekanan dan Strategi -.208* 1
(0.030)
Nota: *signifikan pada aras keertian 5%
Pembayaran Zakat Pendapatan dan Tekanan Kos Sara Hidup: Kajian dalam Kalangan Pensyarah di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)/283
Jadual 6: Perbandingan Tekanan1 Kos Sara Hidup Antara Yang Membayar dan Tidak Membayar Zakat
Membayar Zakat Tidak Membayar Zakat
Tekanan Tinggi Tekanan Rendah Tekanan Tinggi Tekanan Rendah
Kekerapan
Nilai
Purata Kekerapan
Nilai
Purata Kekerapan
Nilai
Purata Kekerapan
Nilai
Purata
11 (13.41) 4.53 27 (32.93) 2.57 4 (7.84) 4.53 7 (13.73) 2.53 Nota: 1 Tahap Tekanan: Tinggi Nilai min 4.25 ke atas; Rendah: Nilai Min 2.99 dan ke bawah
( ) peratus responden (%)
284 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Pengujian nilai purata tekanan berdasarkan umur juga signifikan dan
menunjukkan mereka yang berumur lebih muda adalah lebih tertekan. Ini selari
dengan kajian Jane Barton dan Simon Folkard (1991) yang turut mendapati
tekanan adalah lebih tinggi di kalangan mereka yang berumur lebih muda.
Manakala pembolehubah status pekerjaan dan tempat bertugas didapati tidak
signifikan mempengaruhi tekanan kos hidup. Ini mungkin disebabkan ke
enam-enam kolej cawangan yang terlibat dalam soal selidik ini adalah kategori
bandar dan menyebabkan tahap tekanan kos hidup yang dirasai adalah sama
dan tiada perbezaan yang sinifikan. Ia dapat disimpulkan bahawa tiada
perbezaan tekanan akibat kenaikan kos sara hidup berdasarkan status pekerjaan
dan tempat berkhidmat.
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah mengkaji hubungan antara
pembayaran zakat pendapatan dan tekanan akibat kenaikan kos sara hidup.
Hasil kajian mendapati terdapat hubungan signifikan negatif yang lemah
antara pembayaran zakat pendapatan dan tekanan akibat kenaikan kos sara
hidup Iaitu apabila kadar pembayaran zakat pendapatan meningkat, tekanan
akibat kenaikan kos sara hidup menurun. Ini bermaksud pembolehubah
pembayaran zakat pendapatan hanya mempunyai pengaruh kecil ke atas
tekanan akibat kenaikan kos sara hidup manakala selebihnya dipengaruhi oleh
pembolehubah yang lain. Daripada aspek bilangan responden pula, didapati
peratusan mereka yang tidak tertekan hasil daripada membayar zakat
pendapatan juga adalah agak tinggi berbanding mereka yang tertekan.
Kesimpulan Peranan pembayaran zakat pendapatan dalam membantu mengurangkan
tekanan akibat kenaikan kos sara hidup adalah fokus utama kajian ini. Secara
amnya kajian ini menggunakan nilai purata tekanan dan juga strategi
menangani ke belakang bagi melihat hubungan yang wujud antara pembayaran
zakat pendapatan dan tekanan kos sara hidup. Hasil yang diperolehi boleh
disimpulkan bahawa terdapat hubungan yang penting antara pembayaran zakat
pendapatan dan tekanan kos sara hidup walaupun didapati hubungan itu adalah
lemah (negatif lemah) iaitu semakin tinggi nilai zakat pendapatan yang dibayar
oleh seseorang individu, semakin rendah nilai purata tekanan kos hidup yang
dirasai atau strategi tekanan yang diambil oleh mereka. Sedikit sebanyak ianya
menyokong firman Allah SWT dalam Al-Quran yang menyebut bahawa
dengan membayar zakat harta seseorang itu tidak akan berkurang malahan
semakin subur dan bertambah. Diharapkan rumusan ini akan dapat
menyumbang motivasi kepada masyarakat untuk melunaskan kewajipan zakat
pendapatan di masa hadapan. Dapatan kajian mungkin tidak terlalu tepat
disebabkan beberapa kekangan antaranya jumlah responden yang agak kecil
disebabkan bilangan responden yang memberikan maklum balas terhadap soal
selidik yang dijalankan adalah lebih kecil berbanding soal selidik yang
diedarkan. Masalah ini mungkin disebabkan oleh kekangan waktu lapang
pensyarah yang sibuk dengan kelas dan tugasan lain. Namun begitu kajian
seperti ini perlu diperluaskan dan diperbanyakkan oleh pengkaji-pengkaji di
Pembayaran Zakat Pendapatan dan Tekanan Kos Sara Hidup: Kajian dalam Kalangan Pensyarah di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)/285
masa hadapan. Secara tidak langsung kajian sebegini mampu memberi
lonjakan dan galakan kepada masyarakat untuk lebih menghayati dan
mengamalkan zakat dalam kehidupan mereka.
Rujukan Abdullah, Niaz Muhammad, Syed Rashid Ali & Imran. 2013. The Role of Zakat in
Improving the Economic Status of Beneficiaries in Khyber
Pakhtunkhwa.Journal of Managerial Sciences, Volume VII Number 2,pp 243-
253.
Ahmad Fahme Mohd Ali, Zakariah Abd. Rashid, Fuadah Johari dan Muhammad
Ridhwan Ab. Aziz.2015. The Effectiveness of Zakat in Reducing Poverty
Incident: An Analysis in Kelantan, Malaysia. Asian Social Science, Vol. 11, No.
21. September 2015.
Al-Qaradawi, Yusuf. (2002). Hukum zakat. (Terj) Salman Harun, Didin Hafidhuddin
dan Hasanuddin. Bogor, Indonesia: Pustaka Litera AntarNusa.
Andreasen, A.1984. Life status changes and changes in consumer preferences and
satisfaction. Journal of Consumer Research, 11, 784–796.
Awang. R and Mokhtar. Mohd Z. 2012. “Comparative Analysis of Current Values and
Historical Cost in Business Zakat Assessment: An Evidence from Malaysia”,
International Journal of Business and Social Science, Vol. 3 No. 7;April 2012.
pp 286-298.
Bakar, N and Rahman, A. 2007. “A Comparative Study of Zakah and Modern
Taxation” J.KAU: Islamic Econ., Vol. 20, No. 1, pp: 25-40.
Barton, J. and Folkard, S.1991.The response of day and night nurses to their work
schedules. Journal of Occupational Psychology, 64: 207–218.
Ellison C. 1991. Religious Involvement and Subjective Well-Being. Journal of Health
and Social Behaviour. 32, 80-99.
Eko Suprayitno, Radiah Abdul Kader dan Azhar Harun.2013.The Impact of Zakat on
Aggregate Consumption in Malaysia. Journal of Islamic Economics, Banking
and Finance, Vol.9 No.1.pp 39-62.
Fahami Muhammad Anis and Salina H. Kassim. 2016. Effectiveness of zakat-based
programs on poverty alleviation and economic empowerment of poor women: a
case study of Bangladesh, Journal of Islamic Monetary Economics and
Finance, Vol. 1, No.2, February 2016,pp 229-258.
Fidlizan Muhammad, Azila Abdul Razak, Fatimah Salwa Abdul Hadi & Nor Hamizah
Saidin.2016. Kepatuhan Pengiraan Zakat Pendapatan Kumpulan Profesional di
Universiti Pendidikan Sultan Idris.Sains Humanika. 8: 3 (2016) 1–7.
Hair, J. F., Black, W.C., Babin, B.J., Anderson, R.E., & Tatham, R.L.2006. Multivariate
data analysis. 6th edition. New Jersey: Prentice Hall.
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Mohd Ali Mohd Nor.2004.Kesan Bantuan Zakat
Terhadap Kualiti Hidup Asnaf Fakir dan Miskin.The Journal of Muamalat and
Islamic Finance Research, 1 (1). 151-166.
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Mohd Ali Mohd Nor.2007. Kesedaran
Membayar Zakat Pendapatan di Malaysia. Islamiyyat, 29, 53-70.
Hassan, M. Kabir & Jauanyed Masrur Khan. 2007. “Zakat, External Debt and Poverty
Reduction Strategy in Bangladesh”, Journal of Economic Cooperation, 2007,
28, 4, p.1-38.
286 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Hisham H. Abdelbaki. 2014. Assessment the Impact of Zakat on Aggregate
Consumption and Poverty: Evidence From Egypt, British Journal of Economics,
Management & Trade, 4(8):2014. 1306-1322
Iqbal M. 1985. Zakat, Moderation and Aggregate Consumption in an Islamic Economy.
J. Res. Islamic Economics. 1985;3(1):45-61.
Irfan Syauqi Beik. 2009. Analisis Peran Zakat dalam Mengurangi Kemiskinan: Studi
Kasus Dompet Dhuafa Republika, Jurnal Pemikiran dan Gagasan – Vol II 2009
Kahf, M. 2004. Shariah and Historical Aspects of Zakah and Awqaf. Background, paper
prepared for Islamic Research and Training Institute, Islamic Development
Bank.
Laporan Ekonomi 2015/2016. Kementerian Kewangan Malaysia.
Laporan Tahunan 2015. Bank Negara Malaysia.
Mohamad Soleh Nurzaman.2011. Zakat and Human Development: An Empirical
Analysis on Poverty Alleviation in Jakarta, Indonesia. 8th International
Conference on Islamic Economics and Finance.
Mohd Ali Mohd Nor, Hairunnizam Wahid & Nor Ghani Md. Nor.2004. Kesedaran
Membayar Zakat Pendapatan di Kalangan Kakitangan Profesional Universiti
Kebangsaan Malaysia. Islamiyyat, 26, 59-67.
Muhammad Ikhlas R., Luqman H. A., Mohd Farhan M. A. & Mohamad Zaim I. .2017.
Konflik Hukum Zakat Pendapatan:Satu Penilaian. Labuan e-Journal of
Muamalat and Society. Vol. 11, 2017, pp. 13-19.
Muhsin Nor Paizin & Mohamad Noor Sahidi Johari.2015. Zakat Pendapatan di
Malaysia:Satu Kajian Awal Tentang Perbandingan Praktis.Institut Kajian Zakat
Malaysia.UTM Melaka
Nur Azura, S., Norazlina A.W. & Nor Fadzlin, M.B.2005. Gelagat Kepatuhan
Pembayaran Zakat Pendapatan: Kajian Kes UUM.Seminar Ekonomi dan
Kewangan Islam. Fakulti Ekonomi, Universiti Utara Malaysia.
Nur Barizah Abu Bakar & Hafiz Majdi Abdul Rashid.2010. Motivations of Paying
Zakat on Income: Evidence from Malaysia. International Journal of Economics
and Finance, 2 (3), 76-84.
Patmawati Ibrahim. 2006. “Economic Role of Zakat in Reducing Income Inequality and
Poverty in Selangor”, PhD Thesis. Faculty of Economics and Management,
Universiti Putra Malaysia.
Sanep Ahmad, Rosbi Abdul Rahman & Hairunnizam Wahid.2011. Penilaian
Menyeluruh Keberkesanan Agihan Zakat: Persepsi Asnaf Penerima Bantuan
Modal Zakat. Lizar Alfansi (eds.) Proceeding The 12th Malaysia Indonesia
International Conference on Economics, Management, and Accounting 2011.
pp.15-26. Bengkulu: Unib Press Universitas Bengkulu. ISBN 9789799431684
Wahbah al Zuhayli. 2005. Usul al Fiqh al Islami, Dar al Fikr Damsyiq.
Yusoff, M. 2011. Zakat expenditure, school enrollment, and economic growth in
Malaysia. International Journal of Business and Social Science, 2(6), 175-181.