Penilaian Kokurikulum (Sarawak)

16
1 BUKU PANDUAN PENILAIAN KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH 1. PENDAHULUAN 1.1 Kegiatan kokurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti Pasukan Badan Beruniform, kelab dan persatuan serta kelab sukan dan permainan merupakan aktiviti luar bilik darjah. Kegiatan ini ialah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan kepentingan aktiviti dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. 1.2 Pada masa ini sekolah menawarkan pelbagai jenis kegiatan pasukan badan beruniform, kelab / persatuan serta kelab sukan dan permainan. Setiap murid diwajibkan menganggotai sekurang-kurangnya satu daripada setiap jenis aktiviti tersebut. 1.3 Berdasarkan tinjauan ke sekolah-sekolah yang dilakukan oleh Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum pihak sekolah ada membuat penilaian terhadap aktiviti kokurikulum yang diceburi oleh murid namun penilaian yang dibuat oleh setiap sekolah berbeza-beza. Perbezaan ini wujud kerana penilaian yang dibuat berdasarkan persepsi dan keperluan sesebuah sekolah. 1.4 Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet pada 5 April 2006 mencadangkan aktiviti kokurikulum di sekolah dinilai berdasarkan format atau kaedah yang tetap dan diiktiraf agar keesahan dan kesahihannya tidak dipertikaikan apabila markah kokurikulum dijadikan sebagai sebahagian daripada markah penilaian kemasukan murid ke institusi pengajian tinggi tempatan.( Cari Punca Kuasa ) 2. RASIONAL 2.1 Penilaian kegiatan kokurikulum murid yang dibuat oleh sekolah berbeza antara satu sama lain. Keadaan ini menjelaskan wujudnya unsur-unsur ketidaksamarataan dalam pemberian markah kepada murid. Kemungkinan ada murid memperoleh markah yang berbeza walaupun pencapaian dalam kegiatan kokurikulum adalah sama. Melalui penggunaan borang penilaian yang setara, unsur-unsur ketidakadilan dalam pemberian markah boleh dihindari.

Transcript of Penilaian Kokurikulum (Sarawak)

Page 1: Penilaian Kokurikulum (Sarawak)

1

BUKU PANDUAN PENILAIAN KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH

1. PENDAHULUAN

1.1 Kegiatan kokurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti Pasukan Badan Beruniform, kelab dan persatuan serta kelab sukan dan permainan merupakan aktiviti luar bilik darjah. Kegiatan ini ialah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan kepentingan aktiviti dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

1.2 Pada masa ini sekolah menawarkan pelbagai jenis kegiatan

pasukan badan beruniform, kelab / persatuan serta kelab sukan dan permainan. Setiap murid diwajibkan menganggotai sekurang-kurangnya satu daripada setiap jenis aktiviti tersebut.

1.3 Berdasarkan tinjauan ke sekolah-sekolah yang dilakukan oleh

Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum pihak sekolah ada membuat penilaian terhadap aktiviti kokurikulum yang diceburi oleh murid namun penilaian yang dibuat oleh setiap sekolah berbeza-beza. Perbezaan ini wujud kerana penilaian yang dibuat berdasarkan persepsi dan keperluan sesebuah sekolah.

1.4 Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet pada 5 April 2006

mencadangkan aktiviti kokurikulum di sekolah dinilai berdasarkan format atau kaedah yang tetap dan diiktiraf agar keesahan dan kesahihannya tidak dipertikaikan apabila markah kokurikulum dijadikan sebagai sebahagian daripada markah penilaian kemasukan murid ke institusi pengajian tinggi tempatan.( Cari Punca Kuasa )

2. RASIONAL

2.1 Penilaian kegiatan kokurikulum murid yang dibuat oleh

sekolah berbeza antara satu sama lain. Keadaan ini menjelaskan wujudnya unsur-unsur ketidaksamarataan dalam pemberian markah kepada murid. Kemungkinan ada murid memperoleh markah yang berbeza walaupun pencapaian dalam kegiatan kokurikulum adalah sama. Melalui penggunaan borang penilaian yang setara, unsur-unsur ketidakadilan dalam pemberian markah boleh dihindari.

Page 2: Penilaian Kokurikulum (Sarawak)

2

2.2 Penilaian aktiviti kokurikulum boleh merangsang murid untuk bergiat lebih aktif dalam aktiviti kokurikulum. Semua murid mempunyai peluang yang sama untuk memperoleh markah kerana penilaian yang dibuat adalah setara. Bagi murid yang bercita-cita melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh dan MRSM, penglibatan yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum boleh dijadikan sandaran untuk mencapai cita-cita mereka.

2.3 Asas penggunaan 10% markah kokurikulum sebagai syarat

kemasukan ke IPTA bagi calon SPM, STPM dan STAM telah pun bermula pada tahun 2006. Justeru itu adalah wajar satu bentuk penilaian khusus perlu dilaksanakan mulai dari peringkat sekolah rendah lagi.

3. OBJEKTIF

3.1 Menyediakan satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum yang boleh diterima pakai oleh semua sekolah.

3.2 Membantu Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan MRSM

untuk membuat penilaian kemasukan murid-murid ke sekolah tersebut.

3.3 Menggalak dan meningkatkan penglibatan murid secara

menyeluruh dalam aktiviti kokurikulum.

4. GARIS PANDUAN SEMASA MELAKSANAKAN PENILAIAN KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH

4.1 Pengurusan sekolah hendaklah mempunyai pengurusan /

kemudahan yang berikut :

4.1.1 Perancangan yang jelas; 4.1.2 Tempat penyimpanan Buku Penilaian Kokurikulum 4.1.3 Buku Panduan Penilaian Kokurikulum; 4.1.4 Rancangan mingguan dan tahunan kokurikulum; 4.1.5 Buku panduan pelaksanaan aktiviti yang dikeluarkan

oleh KPM dan agensi luar 4.1.6 Buku Laporan Aktiviti Mingguan dan Tahunan

4.2 Gambar murid dilekatkan pada Buku Penilaian Kokurikulum 4.3 Semua murid mesti mempunyai Buku Penilaian Kokurikulum. 4.4 Bekerjasama dengan setiausaha kokurikulum sekolah untuk

merekod dan menyerahkan data pencapaian murid.

Page 3: Penilaian Kokurikulum (Sarawak)

3

4.5 Mengadakan taklimat kepada setiausaha kokurikulum, guru penasihat / pemimpin dan guru kelas.

4.6 Mewujudkan Jawatankuasa Penilaian peringkat sekolah. 4.7 Memastikan semua murid mendapat peluang menyertai

aktiviti badan beruniform, persatuan / kelab serta kelab sukan / permainan.

4.8 Melantik guru yang berkemahiran sebagai guru penasihat / pemimpin

4.9 Memberi peluang kepada guru yang berkemampuan dalam sesuatu bidang menjadi guru penasihat dalam bidang tersebut.

4.10 Menyediakan prasarana dan sumber kewangan yang mencukupi.

4.11 PPD atau JPN melakukan pemantauan secara berkala.

Page 4: Penilaian Kokurikulum (Sarawak)

4

5. CARTA ALIRAN PENGURUSAN PENILAIAN KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH

1 Perancangan Strategik Kokurikulum Sekolah Dilaksanakan pada minggu

pertama persekolahan

- Memaklumkan

2 Agihan tugas guru penasihat / pemimpin mengikut kepakaran Nisbah guru: murid dalam

kokurikulum ialah 40:60 orang

murid dua orang guru penasihat.

3 Pendaftaran setiap murid dalam tiga elemen : Badan Beruniform

Kelab / Persatuan Kelab Sukan / Permainan

Jumlah murid bagi setiap unit antara 40:60

4 Menjalankan aktiviti mengikut perancangan sekolah

Taklimat pengisian data kepada

setiausaha kokurikulum pada

bulan Mac

Takwim dan Rancangan Pelajaran

Mingguan

5 Merekod kehadiran murid dalam Buku Penilaian Kokurikulum dan

ditandatangani oleh guru penasihat setiap kali perjumpaan.

6 Guru penasihat / pemimpin melengkapkan laporan Aktiviti Mingguan dengan merujuk Buku Laporan Akt iviti Mingguan dan

Tahunan

7 Guru kelas melengkapkan Buku Penilaian Kokurikulum

8 Jawatankuasa Penilaian Markah Kokurikulum mengesahkan markah kokurikulum murid.

Jawatankuasa ini terdiri

daripada :

Pengerusi : Guru Besar Setiausaha : PK Kokurikulum

AJK : Tiga orang yang

dilantik Buku Penilaian Kokurikulum

ditandatangani oleh PK

Kokurikulum, / Guru Besar dan Ibu bapa / penjaga

9 Keputusan Penilaian Kokurikulum hendaklah di hantar ke

Kementerian Pelajaran Malaysia mengikut keperluan

10 Markah Penilaian Kokurikulum dan Buku Laporan Aktiviti

Mingguan dan Tahunan disimpan di sekolah

30 November

Buku Penilaian Kokurikulum

akan berpindah mengikut murid

Page 5: Penilaian Kokurikulum (Sarawak)

5

6. PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM

6.1 Aspek yang dinilai:

6.1.1 Penilaian aktiviti kokurikulum seseorang murid dalam setiap jenis aktiviti yang disertai adalah berdasarkan kepada empat aspek yang berikut:

Kehadiran

Jawatan disandang

Penglibatan

Pencapaian

6.1.2 Bagi keempat-empat aspek ini peratus markah yang diperuntukkan adalah seperti berikut :

Jadual 1

ASPEK PENILAIAN

PERATUS MARKAH

Kehadiran 50

Jawatan Disandang 10

Penglibatan 20

Pencapaian 20

JUMLAH

100

6.1.3 Markah aspek kehadiran ialah markah tertinggi (50%). Ini

bertujuan untuk menggalakkan murid hadir pada setiap aktiviti yang dijalankan. Jumlah kehadiran yang maksimum berasaskan kepada jumlah minggu persekolahan dalam setahun; dengan mengambil kira bahawa setiap jenis aktiviti kokurikulum dijalankan sekali seminggu dan dengan peruntukan masa 60 minit untuk Tahun 3 dan 4, 120 minit Tahun 5 dan 6. Pengecualian kehadiran hanya dipertimbangkan jika murid sakit, menyertai kegiatan lain dengan kelulusan dan sebab- sebab lain yang munasabah. Ketidakhadiran ini perlulah dalam pengetahuan pihak sekolah.

Page 6: Penilaian Kokurikulum (Sarawak)

6

Kehadiran Minimum Setahun

Bidang Kokurikulum Kehadiran

Pasukan Badan Beruniform 12 kali

Kelab & Persatuan 12 kali

Kelab Sukan &Permainan 12 kali

Pengiraan Markah Kehadiran

Jika jumlah kehadiran pelajar = a Jumlah perjumpaan setahun = b Ketidakhadiran diluluskan = c (Cuti sakit, wakili sekolah dll.)

Markah kehadiran = _ a _ x 50

b-c

6.1.4 Markah Jawatan Disandang (10%)

Markah aspek jawatan disandang ialah 10% dan

diberikan kepada individu yang memegang sesuatu jawatan yang tertinggi dalam kegiatan kokurikulum. Sungguhpun begitu, ahli biasa dan jawatan yang lain juga diperuntukkan markah mengikut jenis jawatan yang disandang. Agihan markah bagi jawatan yang disandang adalah seperti berikut

Jadual 2

Pasukan Badan Beruniform

JAWATAN DISANDANG MARKAH

Ketua Pek/Penghuluwati/ Ketua Troop/Pengerusi/ Naib Pengerusi/ sarjan/ Lencana Grand Prior/ Ketua Agung Bahagian (KAB)/ Pengerusi 3 Chalit/ Terbang Naik/ Lencana Puteri Bongsu/ Rambu Lencana Kepandaian/ Kemahiran/ Staff Sarjan/ Lain-lain pangkat yang difikirkan sama taraf

10

Kak Nam/ Naib Penghuluwati/ Ketua Enam Sekawan/ Setiausaha/ Bendahari/ Ketua Bahagian (KB) Tangan Emas/ Lulus 4 dari 5 perkara asas untuk mendapatkan Lencana Puteri Bongsu/ Keris Mas/ Keris Perak/ Lulus 5

08

Page 7: Penilaian Kokurikulum (Sarawak)

7

dari 8 perkara asas untuk mendapat Lencana Grang Prior, Sarjan/ Lain-lain pangkat yang difikirkan sama taraf

Penolong Kak Nam/ Ketua Oasukan/ Kumpulan/ Kuater Master/ Pen.Setiausaha /Pen.Bandahari/ Kopral/ Lulus 3 dari 8 perkara untuk mendapatkan Lencana Prior/ Calit Emas/ Lulus 3 dari 5 perkara asas untuk mendapatkan Lencana Puteri Bongsu/ Lain-lain pangkat yang difikirkan sama taraf

07

Lencana Perlantikan/ Lulus 1 dari 5 perkara asas untuk mendapatkan Lencana Puteri Bongsu/ Lencana Keahlian/ Lulus 2 dari 8 perkara asas untuk mendapatkan Lencana Grand Prior/ Lans kopral/ Lain-lain pangkat yang difikirkan sama taraf

06

Ahli Jawatankuasa 05

Ahli Aktif 04

Ahli Biasa 01

Jadual 3 Kelab dan Persatuan / Kelab Sukan dan Permainan

JAWATAN DISANDANG MARKAH

Pengerusi/ Presiden/ Kapten Pasukan / Ketua Rumah 10

Timbalan Pengerusi / Naib Pengerusi 08

Setiausaha / Bendahari 07

Pen.Setiausaha / Pen.Bendahari 06

Ahli Jawatankuasa 05

Ahli Aktif 04

Ahli Biasa 01

Page 8: Penilaian Kokurikulum (Sarawak)

8

6.1.5 Markah Penglibatan ( 20 % )

Markah aspek penglibatan ialah 20%. Markah ini

diberikan lepada semua ahli berdasarkan sumbangan dan komitmen mereka dalam semua aktiviti yang dijalankan dan tahap penglibatan yang disertai.

Markah penglibatan bagi individu dan pasukan atau kumpulan adalah sama. Pemberian markah seperti berikut :

Jadual 4

PERINGKAT MARKAH

Sekolah 08

Zon/ Daerah/ Bahagian 11

Negeri 14

Kebangsaan 17

Antarabangsa 20

6.1.6 Markah Aspek Pencapaian ( 20 % )

Markah aspek pencapaian ialah 20%. Markah ini merupakan pencapaian pelajar dalam pertandingan di peringkat sekolah, zon / daerah / bahagian, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Pencapaian yang dinilai hanyalah kepada kedudukan Johan, Naib Johan dan Ketiga. Dalam aspek pencapaian, markah bagi pencapaian individu atau pasukan adalah sama. Markah pencapaian yang ditetapkan adalah seperti berikut :

Page 9: Penilaian Kokurikulum (Sarawak)

9

Jadual 5

PERINGKAT PERTANDINGAN

MARKAH

Johan Naib Johan Ketiga

Sekolah 08 07 06

Zon/ Daerah/ Bahagian

11 10 09

Negeri 14 13 12

Kebangsaan 17 16 15

Antarbangsa 20 19 18

Setiap pemberian markah dalam aspek yang dinilai

adalah berdasarkan markah tertinggi yang layak diperolehi oleh seseorang murid. Umpamanya jika seseorang murid pernah mewakili daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa, markah aspek pencapaian yang diambilkira hanyalah pencapaian di peringkat antarabangsa (20 markah).

7. KEGIATAN KOKURIKULUM YANG DINILAI

7.1 Setiap murid sekolah menengah diwajibkan menganggotai

pasukan badan beruniform, persatuan / kelab serta sukan dan permainan. Dalam hal ini setiap murid memilih salah satu aktiviti yang terdapat dalam setiap bidang kokurikulum tersebut. Ini bermakna penilaian aktiviti adalah berdasarkan :

a. Aktiviti badan beruniform seperti Tunas Kadet Remaja

Sekolah, Pandu Puteri Tunas , Pengakap Kanak-kanak , Seni Bela Diri dan sebagainya.

b. Aktiviti kelab / persatuan / seperti Persatuan Bahasa Melayu, Kelab Pencinta Alam, Kelab Seni Foto dan sebagainya.

c. Aktiviti sukan dan permainan seperti Kelab Olahraga, Kelab Renang, Kelab Memanah dan sebagainya.

7.2 Setiap jenis aktiviti yang disertai oleh murid akan dinilai

berdasarkan aspek yang telah dinyatakan dalam 6.1.1 dan agihan markah setiap jenis aktiviti adalah sama seperti yang dinyatakan dalam 6.1.2 Sebagai contoh, berikut adalah markah aktiviti kokurikulum yang diperolehi oleh murid X

Page 10: Penilaian Kokurikulum (Sarawak)

10

Contoh: i. Aktiviti Pasukan Badan Beruniform

Bil

ASPEK PENILAIAN

PRESTASI

MARKAH

1 Kehadiran Penuh (12 / 12 ) 50

2 Jawatan Disandang Ahli aktif 4

3 Penglibatan Hadiri Korobori Pengakap Peringkat Negeri

14

4 Pencapaian Ketiga Kawat Kaki Peringkat Negeri

12

JUMLAH

80

ii.Aktiviti kelab / persatuan

Bil

ASPEK PENILAIAN

PRESTASI

MARKAH

1 Kehadiran 10 / 12 42

2 Jawatan Disandang AJK Persatuan B.Melayu 5

3 Penglibatan Sertai Kursus Penulisan Sajak Peringkat Negeri

14

4 Pencapaian Naib Johan Bercerita Bahasa Inggeris

7

JUMLAH

68

iii. Aktiviti kelab sukan dan permainan

Bil

ASPEK PENILAIAN

PRESTASI

MARKAH

1 Kehadiran 12 / 12 50

2 Jawatan Disandang AJK Kelab Bola Sepak 5

3 Penglibatan Mewakili negeri dalam olahraga

14

4 Pencapaian Naib Johan 100 meter Olahraga MSSM

16

JUMLAH

85

Page 11: Penilaian Kokurikulum (Sarawak)

11

7.3 Gred Penilaian Aktiviti Kokurikulum

7.3.1 Gred penilaian setiap markah yang diperolehi adalah seperti berikut:

Jadual 6

GRED

MARKAH

A Antara 80 hingga 100

B Antara 60 hingga 79

C Antara 40 hingga 59

D Antara 20 hingga 39

E 39 e bawah

7 MARKAH BONUS

8.1 Markah bonus diberi berdasarkan sesuatu jawatan

kepimpinan yang disandang oleh murid dan jawatan tersebut bertujuan membantu pengurusan dan pentadbiran sekolah. Perjawatan tersebut merangkumi :

a. Perjawatan peringkat sekolah seperti pengawas, pengawas

perpustakaan, imam, dan sebagainya. b. Perjawatan peringkat rumah sukan seperti ketua rumah

sukan, ketua bilik / asrama dan sebagainya c. Perjawatan peringkat kelas seperti ketua kelas / darjah dan

sebagainya

8.2 Bagi setiap jawatan tersebut, markah bonus diberi sebagai pengiktirafan kepada murid atas sumbangan perkhidmatan setiap tahun. Markah bonus yang ditetapkan adalah seperti berikut :

Jadual 7

BIL

JAWATAN

MARKAH BONUS

1 Ketua Murid I / Ketua Murid II 10

2 Timbalan / Penolong Ketua Pelajar 8

3

Ketua / Pengerusi Badan Perkhidmatan atau pengurusan utama yang ditubuhkan untuk membantu sekolah seperti perpustakaan, surau, PRS dan asrama

7

Page 12: Penilaian Kokurikulum (Sarawak)

12

4

Ahli badan perkhidmatan atau pengurusan utama yang ditubuhkan untuk membantu sekolah seperti PRS dan Pustakawan

6

5

Ketua / Pengerusi badan perkhidmatan atau pengurusan sokongan seperti asrama, makanan dan lain-lain

5

6

Ahli jawatankuasa termasuk penolong ketua / Pengerusi, Setiausaha, Bendahari bagi badan-badan dalam perkara (3 dan 5), ahli PRS dan SLAD

3

7 Ketua bilik / asrama / kelas 3

8 Penolng Ketua Bilik / ketua kelas 1

8.3 Anugerah khas diberi sebagai pengiktirafan kepada murid di atas pencapaian cemerlang dalam bidang kokurikulum dan kemasyarakatan yang diusahakan sendiri. Markah anugerah khas ini ditetapkan seperti berikut:

Jadual 8

BIL PENCAPAIAN MARKAH BONUS

1

Anugerah Pasukan Badan Beruiform

a. Pengakap Kanak-Kanak - Rambu 10

b. Puteri Islam - Puteri Bongsu 10

c. PanduPuteri Tunas - Tangan Emas 10

2

Anugerah Kebangsaan

Pingat Hang Tuah Kebangsaan/Tunas Jaya Kebangsaan

10

3

Pencapaian Aktiviti Kokurikulum Di Luar Negara atas Pembiayaan Sendiri :

Johan 05

Naib Johan 03

Ketiga 02

NILAM

a. Peringkat Sekolah 02

Page 13: Penilaian Kokurikulum (Sarawak)

13

4 b. Peringkat Daerah 05

c. Peringkat Negeri 08

d. Peringkat Kebangsaan 10

5 Lain-lain anugerah yang setara

8.4 Setiap murid hanya layak menerima markah bonus untuk

salah satu daripada jawatan disandang seperti di 8.2 atau pengintirafan atas pencapaian cemerlang seperti di 8.3 yang tertinggi pada setiap tahun

8.5 Sekiranya jawatan yang disandang dilucutkan atas sebab-

sebab tindakan tatatertib atau kes disiplin, maka markah bonus ini tidak layak dimasuk kira.

9. GRED KESELURUHAN

9.1 Gred keseluruhan bermaksud gred yang diperolehi oleh seseorang murid dalam dua daripada tiga bidang kourikulum yang dianggotai seseorang murid beserta markah bonus. Dua daripada tiga bidang yang dipilih berdasarkan markah tertinggi.

9.2 Gred keseluruhan boleh diperolehi dengan mencampurkan jumlah markah kedua-dua bidang kokurikulum dan mendapatkan purata bagi kedua-dua bidang tersebut. Kemudian nilai tersebut dicampurkan dengan markah bonus yang diperolehi.

9.3 Berdasarkan markah pelajar X, contoh kiraan gred keseluruhan seperti berikut :

Jumlah markah badan beruniform = 80 Jumlah markah persatuan / kelab = 68 Jumalh markah sukan dan permainan = 85 Markah purata bagi dua terbaik = (80 + 85) = 82.5

2 Markah bonus =10 (Ketua Murid) Markah keseluruhan ( GPA ) = 82.5 + 10 = 92.5 Gred ( GPA ) = A

Page 14: Penilaian Kokurikulum (Sarawak)

14

10 PELAKSANAAN

10.1 Semua sekolah rendah di setiap negeri diminta menggunakan format dan borang yang sama untuk membuat penilaian aktiviti kokurikulum murid( lampiran 1, 2 dan 3 )

10.2 Penilaian hendaklah dibuat setiap hujung tahun atau selewat-lewatnya 30 November tahun semasa.

10.3 Oleh sebab penilaian kokurikulum dibuat sepanjang tempoh murid berada Tahun 3 hingga Tahun 6. Pihak sekolah perlu menyediakan Buku Penilaian Kokurikulum yang diseragamkan di peringkat pusat. Langkah ini memudahkan penyimpanan buku penilaian dan pemindahan sekiranya murid berpindah ke sekolah lain dan semasa kemasukan ke Tingkatan 1 atau Peralihan.

10.4 Pihak sekolah hendaklah membentuk jawatankuasa penilai yang terdiri daripada guru-guru dan dipengerusikan oleh Guru Besar.

10.5 Setiap borang penilaian perlu disemak oleh guru pemimpin sebelum disahkan oleh Guru Besar dan Penolong Kanan Kokurikulum.

10.6 Penilaian kokurikulum murid dilakukan pada setiap tahun sepanjang persekolahannya. Keputusan penilaian akan dipersembahkan dalam bentuk prestasi tahun semasa (GPA) dan himpunan prestasi sepanjang tempoh persekolahan (CGPA). Contohnya, prestasi GPA dan CGPA murid X dalam bidang kokurikulum sepanjang tempoh persekolahannya dari Tahun 3 hingga ke Tahun 6.

Tahun

Markah Kokurikulum

GPA

CGPA

3 69 69 69.0

4 82 82 75.5

5 83 83 79.25

6 89 89 84.13

Contoh pengiraan CGPA TAHUN 3 = 69 = 69.0

1 TAHUN 4 = (69.0 + 82) = 75.5

2

Page 15: Penilaian Kokurikulum (Sarawak)

15

TAHUN 5 = (75.5 + 83) = 79.25 2 TAHUN 6 = (79.25 + 89) = 84.13 2

10.7 Bagi murid Tahun 6, penilaian kokurikulum adalah berdasarkan percapaian terbaik dari Tahun 3 hingga Tahun 6, dan ia diambil kira sebagai kelayakan untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh / MRSM

10.8 Kes-kes Terpencil 10.8.1 Murid Pendidikan Khas 10.8.2 Murid kurang upaya 10.8.3 Pesakit kronik / luar biasa 10.8.4 Sekolah di kawasan pedalaman 10.8.5 Sekolah kurang murid

10.9 Kes-kes Khas Murid yang terlibat dalam aktiviti sukan prestasi tinggi hendaklah dinilai mengikut kriteria seperti murid biasa.

11.SENARAI SEMAK

Dokumen-dokumen yang perlu ada bersama buku ini :

1. Surat Perlantikan 2. Sijil Penghargaan 3. Sijil Penyertaan 4. Sijil Pencapaian

Page 16: Penilaian Kokurikulum (Sarawak)

16

MEMORI

‘Koleksi Aktiviti Kokurikulum

Murid Sekolah Rendah’