Peningkatan Daya Ingatan

download Peningkatan Daya Ingatan

of 5

Transcript of Peningkatan Daya Ingatan

  • 7/29/2019 Peningkatan Daya Ingatan

    1/5

    PENINGKATAN DAYA INGATAN

    blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din 1

  • 7/29/2019 Peningkatan Daya Ingatan

    2/5

    PENINGKATAN DAYA INGATAN

    blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din 2

    PENINGKATAN DAYA INGATAN

    a) PROSES MENGINGATMengingat ialah satu proses memasukkan bahan yang dibaca ( rangsangan) ke dalam ingatan jangka panjang

    dalam otak manusia. Pada kebiasaannya proses mengingat ini boleh dicapai dengan tiga cara iaitu melalui proses;

    i. Niat yang jelas

    ii. Kesungguhan yang tinggi

    iii. Keyakinan diri yang anda boleh ingat

    iv. Membaca bahan berkenaan berulang kali

    v. Melakukan proses mengulangkaji sepanjang masa yang berterusan

    vi. Penggabungan atau menghubungkaitkan bahan tersebut antara satu dengan lain dan seterusnya dengan

    kegunaan kehidupan seharian

    vii. Menggambarkan konsep yang telah dibaca

    b) FAKTOR YANG MEMPENGARUHI DAYA INGATANTerdapat bermacam-macam perkara yang dapat mengganggu atau mengurangkan proses pengingatan yang

    sedang dilakukan oleh pelajar, di antaranya ialah;

    a) Gangguani. Gangguan fikiran semasa membaca. Iaitu gangguan yang berpunca daripada proses pendengaran,

    penglihatan, bau, rasa dan amalan kecil semasa membaca (seperti mempunyai tabiat suka menggentel

    rambut atas kepala, suka mengorek tahi hidung dan sebagainya)

    Gangguan ini dapat diatasi dengan melakukan aktiviti berikut semasa belajar iaitu;

    Menghadap muka ke dinding,

    Menjauhkan diri dari tempat bising,

    Jauh daripada tempat lalu lalang,

    Jauh dari tempat yang berbau masakan makanan dan sebagainya,

    Di samping itu, anda harus mempunyai kertas kosong dan pensel untuk mencatat sesuatu yang

    sedang dipelajari.

    ii. Gangguan fikiran, iaitu anda sering teringat sesuatu semasa anda sedang belajar. Umpamanya anda

    teringat tentang tarikh ujian, kerja rumah yang belum siap, hendak berjumpa kawan dan sebagainya.

    Untuk mengatasi masalah ini, proses dan tahap pembelajaran anda mestilah sentiasa kemas supayaanda tidak akan risau mengenai ujian, kerja rumah dan sebagainya.

    iii. Gangguan emosi. Misalnya sedang tergoda dengan asmara, marahkan guru, kawan dan sebagainya.

    Masalah ini hanya boleh diatasi oleh kehendak, kemahuan dan dorongan anda sendiri untuk

    melupakannya.

    iv. Gangguan otak. Gangguan ini akan berlaku apabila anda belajar mata pelajaran yang hampir sama

    selepas anda mempelajari mata pelajaran lain.

    b) BahanBahan yang sedang dibaca dan diingat mestilah lengkap, padat, ringkas dan mudah difahami. Nota yang tidak

    teratur dan kemas akan menjadikan anda bosan dan malas membaca. Nota yang panjang pula akan

    menjadikan anda penat membaca, memerlukan masa yang panjang dan akhirnya fikiran kita melayang atau

    konsentrasi hilang.

    c) Teknik MengingatTeknik mengingat berkesan akan menghasilkan produktiviti yang tinggi. Sekiranya kita menggunakan teknik

    mengingat yang baik dan berkesan, ia akan dapat membantu kita mengingat apa yang kita baca dengan baik.

    c) TEKNIK MENGINGATRamai di kalangan pelajar mempunyai masalah untuk melakukan proses mengingat dengan cara yang berkesan.

    Memandangkan kepentingan proses ini dan banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam aspek ini, berikut

    diberikan beberapa panduan atau teknik bagaimana proses mengingat boleh dilakukan dengan cara yang lebih

    berkesan. Teknik yang dimaksudkan ialah;

    Anda mestilah mempunyai perancangan proses mengulangkaji dengan cara yang tersusun bagi setiap

    tajuk. Ini bermakna setiap tajuk dalam satu matapelajaran harus diulangkaji dalam selang masa yang

    tertentu.

  • 7/29/2019 Peningkatan Daya Ingatan

    3/5

    PENINGKATAN DAYA INGATAN

    blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din 3

    Membaca nota yang diringkaskan (hanya terdiri daripada isi dan fakta penting, nota bentuk rajah, blok,

    carta aliran jadual dan sebagainya) bagi sesuatu tajuk. Jangan membaca buku teks atau nota yang panjang-

    panjang.

    Membaca nota yang menghubungkaitkan antara satu tajuk dengan beberapa tajuk yang telah dipelajari.

    Dengan membaca nota yang teringkas dan mengandungi beberapa tajuk akan meningkatkan kefahaman

    dan daya ingatan anda.

    Membuat nota dalam kad-kad kecil yang boleh dibawa ke mana-mana dan dibaca bila-bila masa anda

    terluang. Anda mestilah memilih ciri penting bahan yang perlu diingat dalam setiap tajuk dan kemudiannya

    mencipta formula atau perkataan singkatan (nemonik) yang boleh menghubungkaitkan isi-isi penting

    tersebut.

    Sambil membaca sesuatu tajuk atau ulangkaji, anda harus mengemukakan soalan mengapa, apakah

    sebabnya dan bagaimana proses dan mengapa proses sedemikian.

    Sambil membaca sesuatu tajuk, catatkan isi-isi penting dan bukan hanya membaca sahaja.

    Mencatat nota dalam bentuk isi-isi penting menggunakan ayat sendiri dan bukan ayat panjang.

    Adakan kumpulan perbincangan secara kelompok untuk bahan yang anda pelajari. Ini adalah satu proses

    untuk menjadikan ingatan jangka pendek menjadi ingatan jangka panjang.

    Satu perkara penting dalam usaha untuk meningkatkan daya ingatan ialah seseorang itu mesti mempunyai

    sikap positif dan berniat untuk melakukannya secara serius. Ini termasuklah menanam sikap;

    Selalu mengambil ingatan dan memikirkan berapakah dan apakah isi yang perlu diingat. Menyatakan dalam diri anda, anda harus mengingat.

    Menyatakan dalam diri anda, anda boleh mengingat dengan cara yang berkesan.

    Kalau ada orang lain boleh buat mengapa saya tidak.

    d) CARA MENINGKATKAN DAYA INGATANTerdapat beberapa cara atau langkah yang boleh dilakukan untuk menolong dan meningkatkan daya ingatan

    anda terhadap bahan yang anda baca semasa belajar. Langkah atau cara dimaksudkan ialah;

    Baca nota yang tersusun rapi berulang kali, betul dan tepat pada julat masa yang sesuai. Mungkin 5 minit

    selepas dipelajari, sekali sehari, sekali seminggu dan seterusnya.

    Tumpukan kepada apa yang anda baca atau anda ulangkaji. Penumpuan sekejap tetapi baik lebih

    bermakna daripada membaca lama tanpa mempunyai tumpuan yang baik.

    Susun mata pelajaran yang diulangkaji dengan baik. Mata pelajaran yang anda fikirkan susah, mata

    pelajaran yang melibatkan pengiraan, mata pelajaran yang memerlukan daya ingatan yang tinggi dan masa

    mengulangkaji semula sama ada sebelah petang atau malam perlu difikirkan.

    Apabila ujian bagi satu mata pelajaran akan diadakan pada esok pagi ulangkajilah mata pelajaran tersebut

    pada masa terakhir sebelum anda tidur kerana semasa anda tidur nanti otak akan menolong anda

    mengingat dengan cara lebih berkesan lagi. Jangkamasa tidur ini sebaik-baiknya enam jam.

    Semasa proses mengulangkaji atau membuat nota rujukan, adakan masa rehat singkat dan juga dapat

    meningkatkan konsentrasi anda. Ingat bahawa otak dan daya ingatan serta konsentrasi manusia ini

    mempunyai kebolehan dan kesanggupan yang terhad dan ia memerlukan rehat.

    Perbincangan mengenai mengingat yang telah diberikan boleh diringkaskan sebagai;

    MEMBACA

    MENYEBUT

    MENGENAL

    LUPA

    SIKAP

    MEMAHAMI

    MENEGELAS

    MEMBINA KONSEP

    MEMBINA PRINSIP

    (bahan)

    LATIHAN BERULANG

    MEMBIASAKAN

    MENGAMALKAN BERTERUSAN

    MENGGUNAKAN BERTERUSAN

    KEFAHAMAN

    ULANGKAJI BERTERUSAN

    NOTA TERSUSUN

    INGAT

    Lama Tak Baca

  • 7/29/2019 Peningkatan Daya Ingatan

    4/5

    PENINGKATAN DAYA INGATAN

    blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din 4

    e) BAGAIMANA MENGEKALKAN DAYA INGATAN

    Huraian

    Ingatan manusia akan berkurangan dalam masa 24 jam dengan banyaknya. Selepas satu hari, ingatan terhadap

    sesuatu peristiwa hanya tinggal 20 peratus sahaja. Jika tiada ulangkaji dilakukan, ingatan akan kekal di tahap tersebut.

    Untuk mengatasi masalah ini, seseorang pelajar perlu membuat ulangkaji selepas 24 jam untuk meningkatkan lagi

    ingatan. Ulangkaji tersebut haruslah dilakukan untuk meningkatkan ingatan dalam jangka masa panjang. Jika ulangkaji

    ini tidak dilakukan, ingatan akan merosot semula.

    f) MENAMBAH DAYA INGATAN DARI SUDUT KEAGAMAANUntuk menambah kecerdasan akal lakukan perkara-perkara berikut; Tinggalkan perbuatan suka bercakap perkara sia-sia (bercakap kosong)

    Sentiasa bersiwak (bersugi) khususnya diwaktu berwuduk untuk solat dan selepas bangun dari tidur

    Sentiasa bergaul dengan orang soleh dan alim ulama

    Banyakkan berpuasa sunat, khususnya pada hari Khamis dan Isnin

    Berdoa dan membaca surah-surah tertentu

    Faktor-faktor yang melemahkan daya ingatan

    Melihat perkara-perkara yang diharamkan, umpamanya buku-buku dan cerita lucah

    Bermain mata dengan perempuan (zina mata)

    Masturbation

    Membuang air kecil semasa menggosok gigi atau di dalam bilik air

    Terlibat di dalam cinta monyet yang menimbulkan khayalan tidak bertepi tentang perempuan

    Minum minuman yang bercampur dengan semut

    Tidak membaca Al Quran

    Mengadu domba dan mengumpat

    Sentiasa berada dalam keluh kesah dan dukacita

    g) KESIMPULANDaya ingatan anda boleh dibaiki sekiranya anda;

    Mengulangkaji lebih awal

    Membaca nota-nota anda empat atau lima kali

    Lafazkan bahan-bahan yang anda pelajari

    Tuliskan nota-nota pendek untuk memastikan yang anda telah mengetahui bahan-bahan yang dibincangkan

    Ulangi langkah-langkah di atas dengan kerap Cuba dapatkan gambaran menyeluruh daripada bahan-bahan atau isu utama

    Gunakan masa anda yang terbuang seperti masa menunggu untuk mengulangkaji menggunakan nota, pita

    rakaman dan sebaliknya.

  • 7/29/2019 Peningkatan Daya Ingatan

    5/5

    PENINGKATAN DAYA INGATAN

    blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din 5