Penjana Dc

download Penjana Dc

of 7

Transcript of Penjana Dc

  • 7/29/2019 Penjana Dc

    1/7

    PENJANA ARUS TERUS ( AT )

    Penjana ialah satu mesin yang menukarkan tenaga mekanik kepada tenaga

    elektrik. Penjana terdiri daripada dua jenis iaitu penaja DC dan penjana AC.

    Kegunaan asas penjana DC adalah untuk membekalkan tenaga elektik kepada

    peralatan elektrik mudah alih, sistem LRT / keretapi dan sistem komunikasi rajah

    1 menunjukkan binaan asas penjana DC.

    Rajah 1

    Prinsip penjana DC adalah berasaskan HUKUM FARADAY. Rajah 2 hingga 6

    menunjukkan satu kendalian penjana DC mudah. Semasa gelung pengalir

    berputar, pemotongan medan magnet akan berlaku.

    Hukum Faraday

    Apabila pengalir memotong medan magnet atau sebaliknya, d.g.e akanterjana dalam pengalir tersebut. Nilai d.g.e yang terhasil bergantung pada :

    Kekuatan medan magnet Panjang pengalir Kelajuan pemotongan

    Sudut pemotongan

  • 7/29/2019 Penjana Dc

    2/7

    0

    Tiada d.g.e terjana Ruas penukartertib x dan y

    berlitar pintas

    Rajah 2

    0

    90

    Voltan

    +

    -

    D.g.e sebelah positif terjanasepenuhnya.

    0

    90

    Voltan

    +

    -

    90 180

    Tiada d.g.e terjana Ruas penukartertib x dan

    y berlitar pintas.-

    Rajah 3

    Rajah 4

  • 7/29/2019 Penjana Dc

    3/7

    Rajah 5

    Rajah 6

  • 7/29/2019 Penjana Dc

    4/7

    HUKUM TANGAN KANAN FLEMING

    Arah daya gerak elektrik ( d.g.e ) yang dihasilkan dapat ditunjukkan melalui

    Hukum Tangan Kanan Fleming, dengan ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah

    bersudut tepat diantara satu sama lain. Ini dapat digambarkan seperti rajah 7.

    Rajah 7

    Binaan penjana DC terdiri daripada beberapa bahagian utama seperti :

    - Penutup hujung.

    - Kutub Utama.

    - Angker.

    - Penukartertib.

    - Berus karbon.

    Rajah 8 menunjukkan bahagian-bahagian tersebut.

  • 7/29/2019 Penjana Dc

    5/7

    Rajah 8

    Fungsi bahagian utama penjana DC diterangkan didalam jadual 1.

    Jadual 1

    BIL BAHAGIAN FUNGSI

    1KUTUB UTAMA Teras besiberlapis yang bertebat dililitmenjadi elektromagnet.

    - Menghasilkan medan magnetutama

    2

    KUTUB ANTARA Kutub

    tambahan yang dipasang diantara kutub utama

    - Mengurangkan kesan tindakbalas

    angker.

    3

    ANGKER Lapisan besiberlapis yang bertebatberbentuk selinder yangmempunyai lubang alur untukmenempatkan belitan angker.

    - Memotong medan magnet untukmengahasilkan d.g.e.

    4

    PENUKARTERTIBTembereng-tembereng kuprum

    yang diletakkan di atas aciangker.

    - Punca tamatan bagi belitanpengalir angker.

    - Menukarkan voltan AC yangterjana kepada voltan keluaranDC.

    5 BERUS KARBON- Menyambung litar angker ke

    punca keluaran penjana

  • 7/29/2019 Penjana Dc

    6/7

    JENIS-JENIS PENJANA

    Penjana DC boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu penjana ujaan asing danpenjana ujaan diri.

    1. PENJANA UJAAN ASING

    Penjana ujaan asing ialah sejenis penjana yang memerlukan arus ujaan DC luaruntuk menghasilkan medan magnet kutub seperti rajah dibawah.

    Penjana ujaan asing

    2. PENJANA UJAAN DIRI

    Penjana ujaan diri ialah penajan yang menghasilkan medan utama dari kesankemagnetan baki yang terdapat di dalam teras medan. Pejana ujaan diri bolehdibahagikan kapeda tiga jenis, iaitu penjana siri, penjana pirau dan penjanamajmuk.

    Penjana Ujaan Diri

  • 7/29/2019 Penjana Dc

    7/7

    a) Penjana Siri

    Belitan medan penjana siri disambungkan secara siri dengan belitan angker yangmenerima arus ujaan dari angker penjana itu sendiri seperti rajah.

    Penjana Siri

    b) Penjana Pirau

    Belitan medan dan angker disambungkan secara selari seperti yang ditunjukkandalam rajah.

    c) Penjana Majmuk

    Penjana jenis ini mempunyai belitan medan siri dan medan pirau. Terdapat duajenis sambungan penjana majmuk iaitu pirau panjang dan pirau pendek.Kedua-dua jenis penjana majmuk ini menghasilkan voltan keluaran yang sama,sebagaimana ditunjukkan dalam rajah berikut.

    Majmuk pirau panjang Majmuk pirau pendek