Penjelasan Bacaan Dalam Solat 1. Doa Iftitah

7

Click here to load reader

Transcript of Penjelasan Bacaan Dalam Solat 1. Doa Iftitah

Page 1: Penjelasan Bacaan Dalam Solat 1. Doa Iftitah

25

Penjelasan Bacaan dalam solat Disusun oleh Abu Haniff

1. Doa Iftitah

Hadis 1.1 Dari Abu Hurairah, dia berkata, “Adalah Rasulullah apabila dia membesarkan Allah dengan mengucapkan takbir di dalam solat, dia diam untuk seketika sebelum bahawa dia membaca (Al-Fatihah). Maka aku berkata, ‘Wahai Rasulullah, demi ayahku, engkau dan ibuku, aku telah melihat diamnya engkau di antara takbir dan pembacaan (Al-Fatihah), apakah yang engkau ucapkan’. Rasulullah bersabda, ‘Aku mengucapkan,

هم نـقين من خطاياي لمغرب، الل ٱلمشرق و ٱياي كما باعدت بـني هم باعد بـيين وبـني خطاالل نس، الل ٱألبـيض من ٱلثـوب ٱكما يـنـقى لبـرد ٱلماء و ٱغسلين من خطاياي بالثـلج و ٱهم لد

yang bermaksud: Ya Allah, jadikanlah satu jarak berselang di antaraku dan kesalahan-kesalahanku sebagaimana Engkau jadikan satu jarak berselang di antara timur dan barat. Ya Allah, bersihkanlah aku dari kesalahan-kesalahanku sebagaimana kain putih dibersihkan dari kekotoran. Ya Allah, cucikanlah aku dari kesalahan-kesalahanku dengan air, dan salji, dan hujan air batu’ ”. (Jamaah kecuali At-Tirmizi. Lafaz

Muslim). Hadis 1.2 Dari Ali bin Abu Talib, dia berkata, “Adalah Rasulullah apabila dia berdiri untuk solat, dia membesarkan Allah dengan mengucapkan takbir, kemudian dia mengucapkan,

يت ال ص ن إ ،ني ك ر ش م ل ٱ ن ا م ن ا أ م ما و ل س يفا م ن ح ض ر أل ٱو ات و م لس ٱ ر ط ي ف ذ ل ل ي ه ج و ت ه ج و ،ني م ل س م ل ٱ ل و ا أ ن أ و ت ر م أ ك ل ذ ب و ه ل يك ر ش ال ،ني م ال ع ل ٱب ر ه ل ل ايت مم و اي ي حم ي و ك س ن و ، يب ن ذ ب ت ف ر تـ ع ٱي، و س ف نـ ت م ل ، ظ ك د ب ا ع ن أ و يب ر نت ، أ نت أ ال إ ه ل إ ال ،ك ل م ل ٱنت أ م ه لل ا ي د ه يـ ال ق ال خ أل ٱ ن س ح أل ين د ه ٱ، و نت أ ال إ وب ن لذ ٱ ر ف غ يـ ال ه ن إ ،يعا مج ويب ن ذ يل ر ف اغ ف ، ك ي د ع س و ك ي بـ ، ل نت أ ال ا إ ه ئـ ي س ين ع ف ر ص ي ال ،اه ئـ ي س ين ع ف ر ص ٱ، و نت ا إال أ ه ن س ح أل وب ت أ و ك ر ف غ تـ س ، أ ت ي ال ع تـ و ت ك ار ب ، تـ ك ي ل إ و ك ا ب ن ، أ ك ي ل إ س ي ل ر لش ٱ، و ك ي د ي يف ه ل ك ر يـ خل ٱو ك ي ل إ

yang bermaksud, ‘Aku hadapkan wajahku kepada yang menciptakan semua langit dan bumi ini sebagai orang yang cenderung kepada agama yang hak, lagi menyerah diri kepada Allah. Dan tidaklah aku dari

Page 2: Penjelasan Bacaan Dalam Solat 1. Doa Iftitah

26

kalangan orang-orang musyrik. Sesungguhnya solatku, penumpuanku, kehidupanku, matiku adalah kepunyaan Allah, Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagiNya. Dan dengan demikianlah aku telah diperintahkan, dan aku adalah orang yang paling segera menyerah diri kepada Allah. Ya Allah, Engkaulah Yang Menguasai, tiadalah tuhan melainkan Engkau. Engkaulah Tuhanku dan aku adalah hambaMu. Aku telah menzalimi diriku sendiri dan aku mengakui akan dosaku. Maka ampunilah dosa-dosaku kesemuanya. Sesungguhnya tiadalah yang dapat mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau. Dan berikanlah aku petunjuk kepada akhlak yang paling baik. Tiadalah yang dapat memberi petunjuk kepada yang paling baiknya melainkan Engkau. Dan hindarkanlah dariku yang buruknya. Tiadalah yang dapat menghindarkan diriku yang buruknya melainkan Engkau. Di sini aku untuk berkhidmat kepadaMu dan untuk menyenangkan hatiMu. Dan kebaikan itu kesemuanya adalah di dalam tanganMu, dan keburukan itu tiada padaMu. Aku adalah menerusiMu dan kepadaMu. Maha Berkat Engkau dan Maha

Tinggi Engkau. Aku memohon keampunan dariMu dan aku bertaubat kepadaMu’. Dan apabila Rasulullah rukuk, dia mengucapkan,

ي ام ظ ع ي و خم ي و ر ص ب ي و ع مس ك ل ع ش ، خ ت م ل س أ ك ل ، و آمنت ك ب ، و ت ع ك ر ك ل م ه لل ا يب ص ع و

yang bermaksud, ‘Ya Allah, kepadaMu aku rukuk, dan denganMu aku beriman, dan kepadaMu aku menyerah diriku. Pendengaranku, dan penglihatanku, dan otakku, dan tulang-tulangku, dan urat-uratku

merendah diri kepadaMu’. Dan apabila Rasulullah bangkit, dia mengucapkan,

ا م ء ل م ا و م ه نـ يـ ا بـ م ء ل م و ض ر أل ٱو ات و ــ م لس ٱ ء ل م د م حل ٱ ك ل ا و ن بـ ، ر ه د ن مح م ل هللا ٱ ع مس د ع بـ ء ى ن ش م ت ئ ش

yang bermaksud, ‘Allah mendengar kepada orang yang memujiNya. Wahai Tuhan kami, dan kepunyaanMulah puji-pujian itu, memenuhi segala langit dan bumi, dan memenuhi apa yang di antara keduanya, dan memenuhi apa yang Engkau kehendaki selepas itu’. Dan apabila Rasulullah sujud, dia mengucapkan,

ن س ح أ ف ه ر و ص و ه ق ل ي خ ذ ل ل ي ه ج و د ج ، س ت م ل س أ ك ل ، و آمنت ك ب ، و ت د ج س ك ل م ه لل ا ني ق ال خل ٱ ن س ح أ هللا ٱ ك ار ب تـ ، و ه ر ص ب و ه ع ق مس ش ، و ه ر و ص

yang bermaksud, ‘Ya Allah, kepadaMu aku sujud, dan denganMu aku beriman, dan kepadaMu aku menyerah diriku. Wajahku bersujud kepada yang menjadikannya dan membentuknya, maka amat baik sekali bentuknya. Dan Dia membuka pendengaranku dan penglihatanku. Dan Maha Berkat Allah, yang terbaik dari segala pencipta-pencipta’. Dan apabila Rasulullah mengucapkan salam solat, dia berdoa

نت ا أ م و ت ف ر س ا أ م ، و نت ل ع ا أ م ، و ت ر ر س أ ا م ، و ت ر خ ا أ م و ت م د ا ق م يل ر ف غ ٱ م ه لل ا نت أ ال إ ه ل إ ، ال ر خ ؤ م ل ٱ نت أ و م د ق م ل ٱ نت أ ،ين م ه ب م ل ع أ

yang bermaksud, ‘Ya Allah, ampunilah aku apa yang telah Dengan itu, ampunilah aku akan apa yang telah aku lakukan sebelum ini, dan apa yang aku lakukan selepas ini, dan apa yang aku rahsiakan, dan apa yang aku memperlihatkan dengan nyata, dan apa yang aku melampaui batasan, dan apa yang Engkau lebih mengetahuinya dariku. Engkaulah yang mendahulukan dan Engkaulah yang mengakhirkan. Tiadalah Tuhan melainkan Engkau’ ”. (Abu Daud, Muslim, At-Tirmizi, Ahmad, Ad-Daraqutni, Al-Baihaqi)

Page 3: Penjelasan Bacaan Dalam Solat 1. Doa Iftitah

27

Hadis 1.3 Dari Muhammad bin Maslamah, bahawasanya Rasulullah, adalah apabila dia berdiri solat sunat, dia mengucapkan,

يت ال ص ن إ ،ني ك ر ش م ل ٱ ن ا م ن ا أ م ما و ل س يفا م ن ض ح ر أل ٱات و و م لس ٱ ر ط ي ف ذ ل ل ي ه ج و ت ه ج و ر بـ ك أ هللا ا نت أ م ه لل ا ،ني م ل س م ل ٱ ل و ا أ ن أ و ت ر م أ ك ل ذ ب و ه ل يك ر ش ال ،ني م ال ع ل ٱب ر ه ل ل ايت مم و اي ي حم ي و ك س ن و ك د م حب و ك ان ح ب س ،نت أ ال إ ه ل إ ال ،ك ل م ل ٱ

yang bermaksud, “Allah Maha Besar. Aku hadapkan wajahku kepada yang menciptakan semua langit dan bumi ini sebagai orang yang cenderung kepada agama yang hak, dan tidaklah aku dari kalangan orang-orang musyrik. Sesungguhnya solatku, penumpuanku, kehidupanku, matiku adalah kepunyaan Allah, Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagiNya. Dan dengan demikianlah aku telah diperintahkan, dan aku adalah orang yang paling segera menyerah diri kepada Allah. Ya Allah, Engkaulah Yang Menguasai,

tiadalah tuhan melainkan Engkau. Maha Mulia Engkau dan Maha Terpuji Engkau”. Kemudian Rasulullah membaca Al-Fatihah. (An-Nasa’i)

 

Hadis 1.4 Dari Jabir bin Abdullah, dia mengatakan, “Adalah Rasulullah apabila dia memulakan solat, dia membesarkan Allah dengan mengucapkan takbir. Kemudian dia mengucapkan,

ن ا م ن أ و ت ر م أ ك ذل ب و ه ل يك ر ش ال ،ني م ال ع ل ٱ ب ر ه ل ل يت امم و اي ي حم ي و ك س ن و يت ال ص ن إ ،نت أ ال ا إ ه ن س ح ي أل د ه يـ ال ق ال خ أل ٱ ن س ح أ و ال م ع أل ٱ ن س ح أل ين د ه ٱ م ه لل ا ،ني م ل س م ل ٱ.نت أ ال ا إ ه ئـ ي ى س ق ي ال ق ال خ أل ٱ ئ ي س و ال م ع أل ٱ ئ ي س ين ق و

yang bermaksud, ‘Sesungguhnya solatku, penumpuanku, kehidupanku, matiku adalah kepunyaan Allah, Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagiNya. Dan dengan demikianlah aku telah diperintahkan, dan aku adalah orang yang paling segera menyerah diri kepada Allah. Ya Allah, berikanlah kepadaku kepada amalan-amalan yang paling baik dan akhlak yang paling baik. Tiadalah yang dapat memberi petunjuk kepada yang paling baiknya melainkan Engkau. Dan peliharakanlah aku dari keburukan amalan dan

keburukan akhlak. Tiadalah yang dapat memelihara keburukan keduanya melainkan Engkau’ ”. (An-

Nasa’i, Ad-Daraqutni)

Page 4: Penjelasan Bacaan Dalam Solat 1. Doa Iftitah

28

Hadis 1.5 Dari Abu Said, bahawasanya Nabi, adalah apabila dia memulakan solat, dia mengucapkan,

مسك، وتـعاىل جدك، وال إلـه غيـرك ٱوتـبارك ك د م حب و م ه لل ٱ ك ان ح ب س yang bermaksud, “Maha Mulia Engkau Ya Allah, dan Maha Terpuji Engkau, dan Maha Berkat namaMu, dan Maha Tinggi KemuliaanMu, dan tiadalah Tuhan selainMu”. (An-Nasa’i, Abu Daud dan Al-Hakim)

Hadis 1.6 Dari Abu Said Al-Khudri, dia berkata, “Adalah Rasulullah apabila dia berdiri untuk solat malam, dia membesarkan Allah dengan mengucapkan takbir. Kemudian dia mengucapkan,

مسك، وتـعاىل جدك، وال إلـه غيـرك ٱوتـبارك ك د م حب و م ه لل ٱ ك ان ح ب س yang bermaksud, ‘Maha Mulia Engkau Ya Allah, dan Maha Terpuji Engkau, dan Maha Berkat namaMu, dan Maha Tinggi KemuliaanMu, dan tiadalah Tuhan selainMu’. Kemudian Rasulullah mengucapkan,

/(3 kali) ريا ب ك ر بـ ك أ هللا ا /(3 kali) H هللاٱ ال إ ه ل إ ال ه ث ف نـ و ه خ ف نـ مهزه و ن م يم ج لر ٱ ان يط لش ٱ ن م يم ل ع ل ٱ يع م لس ٱ هللا اب وذ ع أ

yang bermaksud, ‘Tiada Tuhan melainkan Allah - 3 kali. Allah Maha Besar dengan hebatnya - 3 kali. Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam, dari bisikan-bisikan jahatnya, dan hembusannya yang kencang, dan ludahannya’. Kemudian Rasulullah membaca Al-Fatihah”. (Abu Daud, At-Tirmizi, Ad-Darami, Ad-Daraqutni, Al-Baihaqi, Ahmad)

Hadis 1.7 Dari Ibnu Umar, dia berkata, “Semasa kami sedang solat bersama Rasulullah, tiba-tiba seorang lelaki dari kalangan jamaah mengucapkan,

هللا بكرة وأصيال ٱبحان ه كثريا، وس حلمد لل ٱو ،ريا ب ك ر بـ ك أ هللا ا yang bermaksud, ‘Allah Maha Besar dengan hebatnya. Dan puji-pujian itu adalah bagi Allah dengan bilangan yang banyak. Dan Maha Mulia Allah di pagi hari dan di waktu petang’. Lalu Rasulullah bersabda, ‘Siapakah orang yang mengucapkan kalimat sekian sekian’. Lelaki dari kalangan jamaah itu berkata, ‘Saya wahai Rasulullah’. Rasulullah bersabda, ‘Aku merasa takjub terhadapnya, kerana dibukakan baginya pintu-pintu langit’ ”. Ibnu Umar berkata, “Maka tidaklah aku meninggalkan kalimat tersebut semenjak aku mendengar Rasulullah bersabda yang sedemikian”. (Muslim)

Page 5: Penjelasan Bacaan Dalam Solat 1. Doa Iftitah

29

Hadis 1.8 Dari Anas, bahawa seorang lelaki datang, lalu ia masuk saf, sedangkan ia tercungap-cungap, dan ia mengucapkan,

يـبا مباركا فيه ه محدا كثريا طــــاحلمد لل yang bermaksud, “Puji-pujian itu adalah bagi Allah sebagai pujian dengan bilangan yang banyak, yang baik, yang diberkati padanya”. Maka setelah Rasulullah meyelesaikan solatnya, dia bersabda, “Siapakah di antara kamu orang yang mengucapkan kalimah-kalimah itu”. Maka semua orang diam. Lalu Rasulullah bersabda lagi, “Siapakah di antara kamu orang yang mengucapkannya. Maka sesungguhnya tidaklah yang ia katakan itu menjadi satu kesalahan”. Lalu seorang lelaki berkata, “Saya datang dengan tercungap-tercungap, lalu saya mengucapkannya”. Maka Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya aku melihat 12 malaikat bergegas-gegas kepadanya, siapakah di antara mereka yang akan mengangkatnya”. (Muslim, Abu Daud)

Hadis 1.9 Dari Tawus, dia mendengar Ibnu Abbas berkata, “Adalah Nabi apabila dia bangun di malam hari, dia solat tahajud. Rasulullah mengucapkan,

ك ل م ك ، ل د م حل ٱ ك ل ، و ن يه ن ف م و ض ر أل ٱو ات و ـ م لس ٱ م ـ يـق نت ، أ د م حل ٱ ك ل م ه لل ا ك ل ، و ض ر أل ٱو ات و ـ م لس ٱ ك ل م نت أ ،د م حل ٱ ك ل ، و ن يه ن ف م و ض ر أل ٱو ات و ـ م لس ٱ، ووعدك د م حل ٱ ، وقـولك احلق، و ٱحلق، ولقاؤك ٱ، أنت احلق لنار ٱجلنه حق، و ٱحلق

، و ، وحممد ص ٱحق ، ا ٱ، و ق ح م ل س و ه ي ل ع هللا ٱى ل لنبيـون حق لك م ه لل لساعة حقأسلمت، وبك آمنت، وعليك تـوكلت، وإليك أنـبت، وبك خاصمت، وإليك

م ٱأنت ، ت فاغفر يل ما قدمت وما أخرت، وما أسررت وما أعلن . حاكمت لمقدال إلـه غيـرك : لمؤخر، ال إلـه إال أنت، أوٱوأنت

yang bermaksud, ‘Ya Allah, kepunyaanMulah puji-pujian itu. Engkau adalah Pengawas segala langit dan bumi dan apa yang ada padanya. Dan kepunyaanMulah puji-pujian itu. Engkau adalah cahaya segala langit dan bumi dan apa yang ada padanya. Dan kepunyaanMulah puji-pujian itu. Engkau adalah Yang Menguasai segala langit dan bumi. Dan kepunyaanMulah puji-pujian itu. Engkau adalah Al-Hak, dan janjiMu adalah benar, dan pertemuan denganMu adalah benar, dan perkataanMu adalah benar, dan syurga itu adalah benar, dan neraka itu adalah benar, dan para nabi itu adalah benar, dan Muhammad adalah benar, dan hari kiamat itu adalah adalah benar. Ya Allah, kepadaMulah aku menyerah diri, dan denganMulah aku beriman, dan kepadaMulah aku bertawakal, dan kepadaMulah aku bertaubat serta

Page 6: Penjelasan Bacaan Dalam Solat 1. Doa Iftitah

30

beralih. Dan keranaMulah aku berbantah, dan kepadaMulah aku berhakim. Dengan itu, ampunilah aku akan apa yang telah aku lakukan sebelum ini, dan apa yang aku lakukan selepas ini, dan apa yang aku rahsiakan, dan apa yang aku memperlihatkan dengan nyata. Engkaulah yang mendahulukan dan Engkaulah yang mengakhirkan. Tiadalah Tuhan melainkan Engkau - atau tiadalah Tuhan selainMu’ ”. (Bukhari, Muslim, Abu Daud, Darimi). Lafaz hadis dari Sahih Al-Bukhari. Hadis 1.10 Abu Salamah bin Abdul Rahman bin Auf berkata, “Aku menyoal Umul Mukminin, Aisyahx, ‘Dengan yang mana satukah Nabi memulakan solatnya apabila dia bangun di malam hari’. Aisyahx menjawab, ‘Adalah apabila dia bangun di malam hari, dia memulakan solatnya dengan membaca,

لغيب ٱرض، عامل أل ٱو ت او ـ م لس ٱئيل، وميكائيل، وإسرافيل فاطر ارب جبـر م ه لل ا ختلف فيه ٱاهدين لما . لشهادة، أنت حتكم بـني عبادك فيما كانـوا فيه خيتلفون ٱو

تـهدي من تشاء إىل صراط مستقيم ك ن إ ،حلق بإذنك ٱمن yang bermaksud: Ya Allah, Tuhan Jibril, dan Mikail, dan Israfil. Dia menciptakan segala langit dan bumi. Dia mengetahui yang ghaib dan yang dinampakkan. Engkau mengadili hamba-hambaMu tentang apa yang padanya mereka berselisih pendapat. Berikanlah petunjuk kepadaku dengan izinMu mengapa ia berselisih pendapat daripada yang hak. Sesungguhnya Engkau memberi petunjuk kepada barang siapa yang Engkau kehendaki kepada jalan yang lurus’ ”. (Muslim)

Hadis 1.11 Dari Asim bin Humaid, dia berkata, “Aku pernah bertanya Aisyah x, ‘Dengan apakah Rasulullah memulai qiamullail’. Lalu dia berkata, ‘Sesungguhnya engkau menyoal aku dengan sesuatu yang tiada seseorang pun menyoal aku sebelum engkau. Adalah apabila dia berdiri dia bertakbir sebanyak 10 kali, dan dia memuji Allah sebanyak 10 kali, dan dia memuliakan Allah sebanyak 10 kali, dan dia bertahlil sebanyak 10 kali, dan dan memohon ampun sebanyak 10 kali, dan dia mengucapkan, ين ق ز ر ٱ، و ين د ه ٱ، و يل ر ف غ ٱ م ه لل ا ،

ين اف ع و , yang bermaksud: Ya Allah, ampunilah aku, dan berikanlan petunjuk kepadaku, dan berikanlah

rezeki kepadaku, dan jadikanlah aku sihat, sebanyak 10 kali, dan dia memohon perlindungan dari kesusahan pada hari kiamat sebanyak 10 kali’ ”. (Abu Daud, Ahmad, At-Tabrani)

Hadis 1.12 Dari Ibnu Jubair bin Mut’im, dari ayahnya, bahawasanya dia pernah melihat Rasulullah menunaikan suatu solat. (Perawi hadis ini, Amr, berkata, “Tidaklah aku mengetahui solat yang manakah ia”). Dan Rasulullah mengucapkan,

Page 7: Penjelasan Bacaan Dalam Solat 1. Doa Iftitah

31

ه ل ل د م احل ريا، و ث ك ه ل ل د م احل ريا، و ث ك ه ل ل د م احل ريا، و ب ك ر بـ ك أ هللا ا ريا،ب ك ر بـ ك أ هللا ا ريا،ب ك ر بـ ك أ هللا ا )كايل3( يال ص أ ة و ر ك ب هللا ٱ ان ح ب س ريا، و ث ك

مهزه ه ث ف نـ و ه خ ف نـ و ن م ان ط ي لش ٱ ن م ه الل ب وذ ع أ yang bermaksud, “Allah Maha Besar dengan hebatnya (3 kali). Dan puji-pujian itu adalah bagi Allah dengan bilangan yang banyak (3 kali). Dan Maha Mulia Allah di pagi hari dan di waktu petang (3 kali). Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam, dari hembusannya yang kencang, dan

ludahannya, dan bisikan-bisikan jahatnya”. Amr, perawi hadis, berkata, “ ه ث ف نـ itu ialah syair, ه خ ف نـ

itu ialah kesombongan dan مهزه itu ialah kegilaan”. (Abu Daud)

Hadis 1.13 Dari Huzaifah, bahawasanya dia pernah melihat Rasulullah solat malam, maka adalah Rasulullah mengucapkan, ر بـ ك أ هللا ا tiga kali, ة م ظ ع ل ٱو اء ي رب ك ل ٱو وت ر بـ جل ٱو وت ك ل م ل ٱوذ , yang bermaksud,

“Pemilik segala Kuasa memerintah, dan segala keperkasaan, dan segala kebesaran, dan segala keagungan”. Kemudian dia memulakan solat dan dia membaca surah Al-Baqarah. Kemudian dia rukuk, dan adalah rukuknya sama lama dengan berdirinya, dan adalah dia membaca di dalam rukuknya, يم ظ ع ل ٱ يب ر ان ح ب س ، يم ظ ع ل ٱ يب ر ان ح ب س , yang bermaksud, “Maha Mulia

Tuhanku Yang Maha Agung, Maha Mulia Tuhanku Yang Maha Agung”. Kemudian dia mengangkat kepalanya dari rukuk, dan adalah berdirinya sama lama dengan rukuknya. Dia mengucapkan, د م حل ٱ يب ر ل , yang bermaksud, “Kepunyaan Tuhanku segala pujian itu”. Kemudian dia

sujud, dan adalah sujudnya sama lama dengan berdirinya, dan dia mengucapkan di dalam sujudnya, ىل ع أل ٱ يب ر ان ح ب س , yang bermaksud, “Maha Mulia Tuhanku Yang Maha Tinggi”.

Kemudian dia mengangkat kepalanya dari sujud, dan adalah duduk di antara dua sujud sama lama dengan sujudnya, dan dia mengucapkan, يل، رب اغفر يل رب اغفر , yang bermaksud,

“Tuhanku ampunilah aku, Tuhanku ampunilah aku”. Dan dia solat empat rakaat, dan dia di dalamnya surah Al-Baqarah, dan surah Ali Imran, dan surah An-Nisa', dan surah Al-Ma'idah, atau surah Al-An'am. Perawi Syu’bah ragu-ragu. (Abu Daud, Al-Baihaqi, An-Nasa’i, Ahmad)