Pentaksiran Autentik BM

9
Pentaksiran autentik merupakan salah satu jalan penyelesaian kepada pentaksiran di peringkat sekolah. Ini adalah kerana sifat pentaksiran autentik yang menyeluruh boleh diguna pakai dalam menaksir setiap perkembangan murid-murid melalui instrumen yang pelbagai. Pentaksiran autentik ini seharusnya digunakan dengan lebih menyeluruh meliputi persekolahan peringkat rendah hinggalah ke peringkat tinggi. Penggunaan pentaksiran autentik ini merentasi semua peringkat pendidikan. Dengan ini, diharap pihak kementerian atau badan-badan berkanun dan swasta dapat menghasilkan sesuatu garis panduan baru tentang bentuk pentaksiran yang lebih sejagat dan mantap. Pentaksiran yang berkesan bukan hanya bergantung kepada bagaimana tafsiran dan analisis dilakukan tetapi bagaimana menggunakan instrumen terhadap sesuatu domain perkembangan kanak-kanak itu juga amatlah penting. Sehubungan dengan itu, diharap agar guru-guru dapat memahami, mahir, dan berupaya mengamalkan penggunaan pelbagai jenis instrumen pentaksiran yang sesuai. Guru-guru juga diharap agar dapat melakukan refleksi kritikal terhadap amalan yang digunakan agar dapat mengenal pasti kelemahan yang wujud ketika sesi pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran. Menurut Ratcliff (1995) dan Reynolds (1982), menyatakan bahawa lebih muda usia kanak-kanak itu, maka lebih cenderung untuk mereka membuat kesilapan disebabkan kekeliruan atau kegusaran akibat suasana ujian. Secara tidak langsung ini menjadikan keputusan serta kebolehgunaan sesuatu penilaian itu diragui. Di samping itu, ramai pendidik merasakan ujian bertulis tidak menepati garis panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan (Bredekamp dll., 1992; Katz, 1997; Meisels, 1995; Mindes, Ireton & Mardell-Czudnowski, 1995). Walaupun ujian bertulis didapati dapat meramalkan pencapaian kanak-kanak dan di tahap awal pendidikan formal, penilaian seumpama ini dirasakan tidak betul- 1

description

bm

Transcript of Pentaksiran Autentik BM

Page 1: Pentaksiran Autentik BM

Pentaksiran autentik merupakan salah satu jalan penyelesaian kepada pentaksiran di

peringkat sekolah. Ini adalah kerana sifat pentaksiran autentik yang menyeluruh boleh diguna

pakai dalam menaksir setiap perkembangan murid-murid melalui instrumen yang pelbagai.

Pentaksiran autentik ini seharusnya digunakan dengan lebih menyeluruh meliputi persekolahan

peringkat rendah hinggalah ke peringkat tinggi. Penggunaan pentaksiran autentik ini merentasi

semua peringkat pendidikan. Dengan ini, diharap pihak kementerian atau badan-badan

berkanun dan swasta dapat menghasilkan sesuatu garis panduan baru tentang bentuk

pentaksiran yang lebih sejagat dan mantap.

Pentaksiran yang berkesan bukan hanya bergantung kepada bagaimana tafsiran dan

analisis dilakukan tetapi bagaimana menggunakan instrumen terhadap sesuatu domain

perkembangan kanak-kanak itu juga amatlah penting. Sehubungan dengan itu, diharap agar

guru-guru dapat memahami, mahir, dan berupaya mengamalkan penggunaan pelbagai jenis

instrumen pentaksiran yang sesuai. Guru-guru juga diharap agar dapat melakukan refleksi

kritikal terhadap amalan yang digunakan agar dapat mengenal pasti kelemahan yang wujud

ketika sesi pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran.

Menurut Ratcliff (1995) dan Reynolds (1982), menyatakan bahawa lebih muda usia

kanak-kanak itu, maka lebih cenderung untuk mereka membuat kesilapan disebabkan

kekeliruan atau kegusaran akibat suasana ujian. Secara tidak langsung ini menjadikan

keputusan serta kebolehgunaan sesuatu penilaian itu diragui. Di samping itu, ramai pendidik

merasakan ujian bertulis tidak menepati garis panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan

(Bredekamp dll., 1992; Katz, 1997; Meisels, 1995; Mindes, Ireton & Mardell-Czudnowski, 1995).

Walaupun ujian bertulis didapati dapat meramalkan pencapaian kanak-kanak dan di tahap awal

pendidikan formal, penilaian seumpama ini dirasakan tidak betul-betul memenuhi kehendak dan

tujuan pentaksiran diadakan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Untuk itu, konsep

pentaksiran autentik telah diunjurkan.

Pentaksiran autentik menurut Pert (1990) merupakan bentuk penilaian yang

berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah

setiap hari. Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi

pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap

terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain,

pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk

pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan

sikap pada aktiviti yang releven. Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan

amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka

1

Page 2: Pentaksiran Autentik BM

sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. ‘Realistik’ dan

‘bermakna’ merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. (Sumber:

Buku Educational Assessment of Students)

Melalui pentaksiran autentik ini, ia dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk

mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada pada mereka melalui cara yang

berkaitan dengan kehidupan mereka dan tidak tertakluk kepada kemahiran dan pengetahuan di

prasekolah sahaja. Terdapat pelbagai kaedah atau teknik yang boleh digunakan untuk

menjalankan pentaksiran autentik ini contohnya melalui portfolio, pemerhatian, rekod anekdot

dan pelbagai lagi. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa, pentaksiran autentik ini adalah subset

kepada alternatif proses pentaksiran yang mana ia menggunakan spektrum yang lebih luas

untuk melihat perkembangan pelajar dengan lebih menyeluruh dan bukan hanya tertakluk

kepada ujian semata-mata..

Prosedur pentaksiran yang sedia ada kini iaitu yang berasaskan kepada peperiksaan

ujian semata tidak dapat mengukur keseluruhan potensi pelajar yang meliputi sahsiah, emosi,

rohani dan jasmani. Peperiksaan berbentuk objektif contohnya, hanya menekankan pentaksiran

berbentuk kemahiran diskret dan tidak mengandungi kejituan dalam menilai penglibatan pelajar

di dalam aktiviti kelas, interaksi sosial atau situasi sebenar kehidupan. Menurut Wiggins (1990),

peralihan bentuk pentaksiran kepada pentaksiran autentik adalah bertujuan untuk:

• menghendaki pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna.

• menghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan,

penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis)

• memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikkan melalui

pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaan pada masa hadapan

• merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang

ada dalam dunia sebenar

(Sumber: Buku Educational Assessment of Students)

Sehubungan dengan itu, pentaksiran autentik ini juga dapat mencungkil kemahiran

pelajar di samping memberi peluang kepada pelajar untuk memperbaiki diri agar dapat dinilai

dengan lebih baik lagi pada masa hadapan. J. Michael O’ Malley merupakan seorang penyelia

pentaksiran di Prince William County Public School, Virginia dan Lorraine Valdez Pierce,

siswazah dari School of Education di Universiti George Mason telah menyenaraikan ciri-ciri

prestasi pelajar yang perlu dipertimbangkan dalam pentaksiran autentik iaitu:

2

Page 3: Pentaksiran Autentik BM

• Membentuk reaksi  

(Constructed Response) Pelajar membentuk atau memberi reaksi berdasarkan kepada

pengalaman mereka terhadap situasi dan menerokai pelbagai sumber baru dalam

menghasilkan produk 

• Tahap pemikiran tinggi

(Higher-Order Thinking) Reaksi terhadap soalan terbuka memerlukan kemahiran menganalisis,

mensintesis dan penilaian

• Kejituan

(Authenticity) Tugasan yang bermakna, mencabar, dan melibatkan aktiviti dalam konteks

kehidupan sebenar

• Integratif

(Integrative) Tugasan meliputi kombinasi kemahiran kesusateraan dengan pelbagai kandungan

lain yang merentasi kurikulum 

• Proses dan produk  

(Process and Product) Strategi dan prosedur yang boleh membawa kepada peningkatan

potensi dan meneroka pelbagai penyelesaian terhadap masalah yang kompleks 

Dalam melaksanakan pentaksiran yang jitu, perkara di atas perlu dipertimbang dengan

teliti agar matlamat pentaksiran autentik sebagai pentaksiran yang holistik dapat dicapai.

Sehubungan dengan itu, tahap perkembangan kanak-kanak yang berbeza perlu

dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum menggunakan pentaksiran autentik ini.

O’ Malley dan Pierce telah mengkategorikan kepelbagaian kaedah pentaksiran autentik

dan tingkahlaku kanak-kanak yang boleh diperhatikan dan didokumentasikan. Teknik-teknik ini

juga boleh digunakan oleh guru untuk menjalankan pentaksiran autentik untuk mata pelajaran

Bahasa Melayu.

1. Temubual

Guru bertanya kepada kanak-kanak tentang latar belakang, aktiviti, minat dan lain-lain

lagi. Kaedah ini sesuai digunakan bagi semua elemen dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Pada tahun 2011, murid-murid Tahun Satu secara keseluruhannya akan dinilai prestasi mereka

melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Melalui kaedah ini, guru boleh menilai tahap

kefahaman murid sebaik sahaja selesai proses pengajaran dan pembelajaran atau di luar waktu

pembelajaran. Murid akan dinilai secara individu dengan menggunakan instrumen yang

berkaitan. Markah akan diberi berdasarkan jawapan yang diberi oleh murid dan saya akan

3

Page 4: Pentaksiran Autentik BM

menanda tahap prestasi mengikut aras (band) yang telah ditetapkan. Semua standard prestasi

murid bagi semua mata pelajaran akan di ‘key in’ ke dalam satu program PBS secara offline .

Berdasarkan pengalaman, kaedah ini memudahkan tugas guru kerana ia tidak mengambil

masa yang panjang dan juga tidak membebankan murid. Murid akan dikategorikan mengikut

tahap masing-masing. Dalam hal ini, guru akan memberi aktiviti pengukuhan dan pengayaan

kepada murid yang telah menguasai kemahiran dan pemulihan kepada murid yang belum

menguasai kemahiran.

2. Penceritaan semula / Bercerita:

Murid-murid bercerita melalui pengalaman atau melalui pembacaan mereka.  Guru

akan meminta murid untuk membaca beberapa buah buku cerita untuk satu jangka masa yang

ditetapkan. Setelah itu, murid akan diminta untuk menceritakan semula apa yang telah mereka

baca tanpa melihat kepada teks. Melalui aktiviti ini, guru akan dapat menilai tahap kefasihan

murid menyampaikan sesuatu dan dapat menilai tahap kefahaman mereka terhadap apa yang

telah mereka alami. Murid akan dinilai secara individu dengan menggunakan instrumen yang

berkaitan. Markah akan diberi berdasarkan kefasihan dan kefahaman murid dalam

menyampaikan penceritaan mereka dan saya akan menanda tahap prestasi mengikut aras

(band) yang telah ditetapkan.

3. Sampel penulisan :

Murid-murid bercerita, memberikan penjelasan melalui penulisan.

4. Projek/ Pameran :

Murid-murid bekerjasama dalam kumpulan untuk melaksanakan projek atau pameran

melibatkan persembahan atau pameran Guru akan memberikan satu tugasan kepada setiap

kumpulan untuk satu jangka masa tertentu. Murid akan diminta menyediakan satu pameran

berdasarkan tajuk tugasan yang diberikan. Apabila jangka masa yang ditetapkan sudah tiba,

setiap kumpulan akan menyediakan pameran tersebut di satu sudut dalam kelas mereka.

Aktiviti ini akan memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk menanamkan nilai

bekerjasama dan untuk menerajui sesuatu kepimpinan kerana aktiviti ini memerlukan seorang

ketua yang akan memimpin mereka untuk melaksanakan tugasan tersebut. Dalam konteks

PBS, aktiviti ini mungkin berada pada band 6 kerana ia sudah melibatkan kemahiran murid

untuk melaksanakan sesuatu projek secara berkumpulan.

5. Eksperimen/ Demostrasi:

4

Page 5: Pentaksiran Autentik BM

Kanak-kanak mendemostrasikan eksperimen, melaksanakan prosedur mengikut

langkah yang ditetapkan dan mendokumentasikan hasil eksperimen.

6. Pemerhatian :

Guru melakukan pemerhatian dengan mendokumentasikan tumpuan dan interaksi

pelajar di dalam kelas dan kerjasama di dalam aktiviti kelas. Melalui teknik ini, guru akan

membuat pemerhatian terhadap tumpuan dan interaksi murid terhadap proses pengajaran dan

pembelajaran yang saya laksanakan. Guru akan menggunakan instrumen berkaitan seperti

borang pemerhatian. Hasil pemerhatian ini boleh digunakan untuk menilai keperibadian mereka

dan sejauh mana mereka melibatkan diri dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Teknik ini

juga boleh digunakan untuk menilai murid semasa berada di luar bilik darjah seperti aktiviti

gotong-royong, kesanggupan mereka membantu guru, sifat tanggungjawab terhadap semua

aspek, keperihatinan mereka terhadap sesuatu, dan penglibatan mereka dalam gerak kerja

kokurikulum. Hasil pemerhatian ini akan direkodkan dan disimpan untuk kegunaan pada masa

akan datang.

7. Portfolio :-

Guru mengumpul koleksi hasil kerja murid-murid untuk melihat perkembangan dari

masa ke semasa Guru mengumpul koleksi hasil kerja kanak-kanak untuk melihat

perkembangan dari masa ke semasa. Guru akan menyediakan satu fail ( portfolio) untuk setiap

murid. Portfolio ini bertujuan untuk menyimpan semua hasil kerja mereka sepanjang tahun.

Teknik ini akan memberi peluang kepada murid untuk mengumpul hasil kerja mereka sepanjang

tahun persekolahan dengan tujuan untuk melihat perkembangan mereka dari masa ke semasa.

Dengan adanya portfolio ini, saya akan dapat menilai hasil kerja mereka. Saya akan membuat

pemeriksaan terhadap portfolio tersebut pada setiap hujung bulan. Portfolio ini akan saya

simpan untuk mengelakkan berlakunya kerosakan atau kehilangan. Dengan yang demikian,

proses untuk memberi markah akan dapat dilaksanakan dengan mudah dan teratur. Melalui

teknik ini juga, saya akan dapat menilai hasil kerja mereka dan dapat membandingkan murid

mana yang mempunyai hasil kerja yang bermutu. Hasil penilaian akan direkodkan dan disimpan

untuk kegunaan pada masa akan datang.

Kaedah yang dinyatakan di atas merupakan beberapa kaedah yang boleh digunakan

dalam pentaksiran autentik. Melalui kaedah di atas, guru dapat melihat perkembangan kanak-

kanak secara menyeluruh contohnya dari segi kemahiran berkomunikasi, bekerjasama, sahsiah

5

Page 6: Pentaksiran Autentik BM

dan lain lain lagi.

Adalah di sarankan agar pentaksiran autentik ini digunakan dalam sistem pendidikan di

Malaysia secara meluas. Pentaksiran ini juga boleh mencungkil bakat yang ada pada kanak-

kanak khususnya kerana jenis sifatnya yang merentasi pelbagai kaedah pentaksiran. Ini terbukti

dengan kenyataan Ratcliff dan Nancy (2002), kemahiran literasi kanak-kanak yang diukur

menggunakan pentaksiran autentik didapati memberi kesan yang positif dalam mengenalpasti

dan melapor proses perkembangan kanak-kanak dalam kemahiran literasi. Seperti yang sedia

maklum, perkembangan literasi merangkumi beberapa aspek perkembangan iaitu, membaca,

menulis, mengeja dan mendengar. Ternyata, dengan penggunaan pentaksiran autentik ini, ia

dapat menilai keempat-empat aspek perkembangan literasi kanak-kanak itu.

Selain dari itu, melalui laporan dari pentaksiran autentik ini, ia dapat membantu guru

dalam memperbaiki penyediaan guru dalam proses pembelajaran dan perkembangan kanak-

kanak untuk ke alam persekolahan yang lebih tinggi. Pentaksiran autentik juga disarankan oleh

segelintir pakar psikologi sebagai satu sistem penilaian yang berbentuk kontekstual, kolaboratif,

dan konstruktif. Menurut Rudner dan Boston (1994), pentaksiran autentik adalah proses yang

memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan

memberi maklum balas atau hasilan dalam kontek realiti yang bermakna. Pentaksiran ini

ternyata dapat menggarapkan dan mengabungkan aspek ilmu pengetahuan dengan keadaan

kehidupan sebenar dunia. Dengan ini, ia dapat membuka minda kanak-kanak tentang

bagaimana ilmu pengetahuan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. 

Pendidikan di Malaysia memerlukan satu sistem pentaksiran yang holistik dan ini selari dengan

objektif pentaksiran autentik yang mana ia bersifat menyeluruh meliputi kehidupan dunia yang

sebenar. Pentaksiran autentik ini juga merupakan pentaksiran yang telus yang dapat memberi

maklumat terus kepada ibu bapa tentang setiap perkembangan anak-anak mereka.

Pentaksiran yang baik dapat memberikan maklumat yang tepat tentang perkembangan

kanak-kanak sama ada positif atau negatif. Dengan ini, satu sistem pentaksiran yang telus perlu

diwujudkan agar kanak-kanak ini mendapat pendidikan yang seimbang. 

6