PENTAKSIRAN AUTENTIK-ESAIMEN

10
7/30/2019 PENTAKSIRAN AUTENTIK-ESAIMEN http://slidepdf.com/reader/full/pentaksiran-autentik-esaimen 1/10 PENTAKSIRAN AUTENTIK Definisi Pentaksiran atau penaksiran adalah perkataan Latin yang membawa maksud “duduk bersama” dengan pelajar dan mengesahkan respon adalah sama dengan apa yang dimaksudkan.  Dari segi definisinya pula, pentaksiran merupakan proses pengumpulan, menterjemah, merekod, dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan (David Lambert dan David Lines, 2000).  Manakala menurut Gearheart (1990), pentaksiran adalah proses pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian keputusan ditempatkan dan cadangan penempatan. Selain itu, berdasarkan pendapat yang dikemukakan oleh Salvia dan Yseldyke (1978), penaksiran boleh didefinisikan sebagai proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk membuat keputusan. Seterusnya, Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) pula telah memberikan maksud terhadap penaksiran dalam pendidikan iaitu suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Kesimpulannya, pentaksiran boleh diertikan sebagai proses pengumpulan maklumat yang melibatkan aktiviti menterjemah, merekod serta menghuraikan maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran seseorang pelajar bag tujuan tertentu. Pentaksiran autentik bererti menilai pengetahuan atau penglibatan pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat

Transcript of PENTAKSIRAN AUTENTIK-ESAIMEN

Page 1: PENTAKSIRAN AUTENTIK-ESAIMEN

7/30/2019 PENTAKSIRAN AUTENTIK-ESAIMEN

http://slidepdf.com/reader/full/pentaksiran-autentik-esaimen 1/10

PENTAKSIRAN AUTENTIK

Definisi

Pentaksiran atau penaksiran adalah perkataan Latin yang membawa maksud

“duduk bersama” dengan pelajar dan mengesahkan respon adalah sama dengan

apa yang dimaksudkan. 

Dari segi definisinya pula, pentaksiran merupakan proses pengumpulan,

menterjemah, merekod, dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar 

kepada tugas pendidikan (David Lambert dan David Lines, 2000). 

Manakala menurut Gearheart (1990), pentaksiran adalah proses

pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang

luas berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian keputusan

ditempatkan dan cadangan penempatan. 

Selain itu, berdasarkan pendapat yang dikemukakan oleh Salvia dan

Yseldyke (1978), penaksiran boleh didefinisikan sebagai proses pengumpulan data

dengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk

membuat keputusan. 

Seterusnya, Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) pula telah memberikan

maksud terhadap penaksiran dalam pendidikan iaitu suatu proses pembelajaran

yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan

menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan

tertentu. 

Kesimpulannya, pentaksiran boleh diertikan sebagai proses pengumpulan

maklumat yang melibatkan aktiviti menterjemah, merekod serta menghuraikan

maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran seseorang pelajar bag tujuan

tertentu. 

Pentaksiran autentik bererti menilai pengetahuan atau penglibatan pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat

Page 2: PENTAKSIRAN AUTENTIK-ESAIMEN

7/30/2019 PENTAKSIRAN AUTENTIK-ESAIMEN

http://slidepdf.com/reader/full/pentaksiran-autentik-esaimen 2/10

mungkin. Pentaksiran ini meliputi pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar,

pemahaman, penyelesaian masalah,kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran

dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Ianya juga merupakan suatu proses yang

melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh memberi kesan

kepada tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.

Menurut Rudner & Boston pada tahun 1994,pentaksiran autentik adalah proses

yang memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan pengetahuan,kemahiran dan

strategi dengan memberi maklum balas dan hasilan dalam konteks atau realiti yang

bermakna. Selain itu, menurut Grace pada tahun 1992, penilaian autentik ini merupakan

amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan

mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara

berterusan.„Realistik‟ dan „bermakna‟ merupakan terma yang sering digunakan

dalam pentaksiran autentik. Seterusnya, pentaksiran autentik menurut Pert pada

tahun 1990 merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar 

yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari.

Page 3: PENTAKSIRAN AUTENTIK-ESAIMEN

7/30/2019 PENTAKSIRAN AUTENTIK-ESAIMEN

http://slidepdf.com/reader/full/pentaksiran-autentik-esaimen 3/10

 

Konsep pentaksiran autentik

Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang

merangkumi aktiviti mengumpul,merekod, memberi skor menginterpretasi,

menghurai,maklumat tentang pembelajaran seorang bagi sesuatu tujuan. Dalam

konteks sekarang, istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat penilaian.

Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan penaksiran digunakan

silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses

membuat keputusan berdasarkan suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran

merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Dalam konteks pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi

aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberikan skor (markah) dan

menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan

tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam

bentuk skor. Skor mestilah boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid

serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.

Kesimpulannya, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian

yang tepat dan berkesan yang dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan

guru dalam membangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah

sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi

menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Page 4: PENTAKSIRAN AUTENTIK-ESAIMEN

7/30/2019 PENTAKSIRAN AUTENTIK-ESAIMEN

http://slidepdf.com/reader/full/pentaksiran-autentik-esaimen 4/10

 

Ciri-ciri pentaksiran yang baik

Banyak ciri yang menunjukkan pentaksiran yang baik antaranya ialah dilihat

melalui keobjektifannya iaitu ketepatan seseorang memeriksa skrip jawapan.

Keobjektifan ujian berkait dengan sejauh mana perskoran jawapan ujian bebas

daripada pertimbangan pemeriksa. Jawapan yang sama mestilah mendapat skor 

yang sama walaupun diperiksa oleh dua orang pemeriksa. Sekiranya dua atau lebih

pemeriksa member skor yang sama kepada jawapan yang sama, maka ujian

mempunyai keobjektifan yang tinggi. Sebab itu, soalan aneka pilihan dikenalisebagai soalan objektif kerana mempunyai keobjektifan penskoran yang tinggi.

Bukan itu sahaja, pentaksiran yang baik juga dilihat dari segi kebolehtadbiran.

Sesuatu ujian mestilah boleh ditadbirkan dengan sempurna. Pentadbiran ujian yang

sempurna sangat penting supaya semua pelajar mempunyai suasana yang sesuai

untuk member jawapan yang terbaik. Dengan adanya suasana yang sesuai, kitalebih yakin bahawa jawapan yang diberi adalah berasaskan penguasaan pelajar 

dalam bidang yang diuji dan bukannya sumbangan faktor-faktor gangguan.

 Antara panduan bagi memastikan pentadbiran ujian dijalankan dengan

sempurna ialah berkenaan arahan, terutamanya cara menjawab soalan ujian.

 Arahan yang diberikan perlulah tepat, jelas, dan ringkas. Selain itu, soalan yang

diberikan mestilah disusun dengan teratur iaitu daripada mudah kepada sukar.

Setelah itu, pensyarah perlu memadankan bilangan dan kesukaran soalan dengan

masa yang diperuntukkan untuk menjawab.

Dicadangkan agar soalan jawapan dipilih yang mengandungu 5 pilihan

diperuntukkan 45 saat untuk pelajar menjawab.

Dewan di mana ujian dijalankan haruslah selamat, ceria, dan sempurna

dengan kerusi meja yang berkeadaan baik dan sesuai, jarak yang

sesuai,pencahayaan yang terang,suhu yang sederhana,system siaraya yang

sempurna dan tidak berdekatan dengan punca kebisingan seperti dekat

Page 5: PENTAKSIRAN AUTENTIK-ESAIMEN

7/30/2019 PENTAKSIRAN AUTENTIK-ESAIMEN

http://slidepdf.com/reader/full/pentaksiran-autentik-esaimen 5/10

dengan jalan raya atau alat pendingan udara. Ujian ini boleh ditadbirkan oleh

sesiapa sahaja. Sekiranya tersangat perlu,pemberitahuan tersebut mestilah

ringkas,jelas dan difahami oleh semua pelajar. Masa perlu ditambah bagi

mengganti masa gangguan yang berlaku.

Seterusnya ialah melalaui kemudahtafsiran. Melalui cara ini, maklumat tentang

calon berdasarkan skor, mendiskrimasikan caloon, menepati tujuan mengadakan

sesuatu ujian dan pentaksiran.ciri seterusnya ialah kekomprehensifan yang mana

mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting. Ciri yang

terakhir ialah kemudahtafsiran iaitu maklumat tentang calon berdasarkan

skor,mendiskrimasikan calon,menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian dan

pentaksiran.

Pentaksiran autentik juga kurang kepada penggunaan pensil dan kertas, tetapi

ianya lebih kepada amali.

Ciri-ciri pentaksiran autentik.

Page 6: PENTAKSIRAN AUTENTIK-ESAIMEN

7/30/2019 PENTAKSIRAN AUTENTIK-ESAIMEN

http://slidepdf.com/reader/full/pentaksiran-autentik-esaimen 6/10

Ciri yang pertama yang kita ketahui ialah dengan menilai pemahaman melalui

penampilan tugasan yang dilaksanakan. Contohnya,apabila pensyarah memberikan

tugasan dan pelajar berusaha menyiapkannya. Setelah itu, pelajar akan diberikan

soalan untuk dijawab. Mereka akan dinilai samada memahami semua isi pelajaran

yang diajar dan ditunjukkan.

Bukan itu sahaja, malah ciri yang seterusnya ialah indikator profesensi melalui

aktiviti melakukannya. Seterusnya ialah, ianya merupakan subjek menganalis,

mensintesis dan mengaplikasi.ciri lain pentaksiran autentik ialah subjek membina

maksud yang tersirat. Ciri lain ialah pentaksiran berpusatkan murid. Ianya

berpusatkan murid dan guru akan bertindak sebagai pemerhati.

Kepentingan pentaksiran autentik

Page 7: PENTAKSIRAN AUTENTIK-ESAIMEN

7/30/2019 PENTAKSIRAN AUTENTIK-ESAIMEN

http://slidepdf.com/reader/full/pentaksiran-autentik-esaimen 7/10

 Antara kepentingan pentaksiran autentik ialah menghendaki pelajar 

menggunakan pengetahuan dengan bermakna. Contohnya sebelum permainan

menangkap bola baling diajar kepada murid mereka telah pernah belajar menjaring

bola. Situasi sebegini juga dikenali sebagai mnggunakan pengetahuan sedia ada

kepada pelajaran yang lebih baik. Selain itu, pentaksiran autentik juga menghendaki

pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan,

penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara

kritis)

Bukan itu sahaja malah pentaksiran ini juga memberi pelajar peluang untuk

memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke

semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan.

Pentaksiran ini juga akan merangsang pelajar menggunakan kombinasi

kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar 

TUJUAN PENTAKSlRAN AUTENTIK

Page 8: PENTAKSIRAN AUTENTIK-ESAIMEN

7/30/2019 PENTAKSIRAN AUTENTIK-ESAIMEN

http://slidepdf.com/reader/full/pentaksiran-autentik-esaimen 8/10

Penaksiran autentik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam

menganalisis keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan. Antara

tujuannya ialah:

Ø Membimbing murid menggunakan pengetahuan dengan lebih bermakna.

Ø Mendedahkan murid dengan pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan,

penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara

kritis)

Ø Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan

penambahbaikkan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam

memperoleh kejayaan pada masa hadapan.

Ø Merangsang murid menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan,

kemampuan yang ada dalam dunia sebenar.

Ø Mencungkil kemahiran pelajar di samping memberi peluang kepada pelajar 

untuk memperbaiki diri agar dapat dinilai dengan lebih baik lagi pada masa

hadapan.

KEPELBAGAIAN KAEDAH PENTAKSIRAN AUTENTIK

Page 9: PENTAKSIRAN AUTENTIK-ESAIMEN

7/30/2019 PENTAKSIRAN AUTENTIK-ESAIMEN

http://slidepdf.com/reader/full/pentaksiran-autentik-esaimen 9/10

 

O‟ Malley dan Pierce telah mengkategorikan kepelbagaian kaedah penaksiran

autentik dan tingkahlaku kanak-kanak yang boleh diperhatikan dan

didokumentasikan. Contohnya adalah seperti berikut :

Ø Temubual / Bersoal jawab - Guru bertanya kepada kanak-kanak tentang latar 

belakang, aktiviti, minat dan lain-lain lagi

Ø Penceritaan semula / Bercerita - Kanak-kanak bercerita melalui pengalaman

atau melalui pembacaan mereka

Ø Sampel penulisan - Kanak-kanak bercerita, memberikan penjelasan melalui

penulisan.

Ø Pameran - Kanak-kanak bekerjasama dalam kumpulan untuk melaksanakan

projek atau pameran melibatkan persembahan atau pameran.

Ø Eksperimen/ Demostrasi - Kanak-kanak mendemostrasikan eksperimen,

melaksanakan prosedur mengikut langkah yang ditetapkan dan

mendokumentasikan hasil eksperimen.

Ø Pemerhatian guru - Guru melakukan pemerhatian dengan

mendokumentasikan tumpuan dan interaksi pelajar di dalam kelas dan

kerjasama di dalam aktiviti kelas.

Ø Portfolio - Guru mengumpul koleksi hasil kerja kanak-kanak untuk melihat

perkembangan dari masa ke semasa.

Kaedah yang dinyatakan di atas merupakan beberapa kaedah yang boleh

digunakan dalam pentaksiran autentik. Melalui kaedah di atas, guru dapat melihat

perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh contohnya dari segi kemahiran

berkomunikasi, bekerjasama, sahsiah dan lain lain lagi.

KESIMPULAN

Page 10: PENTAKSIRAN AUTENTIK-ESAIMEN

7/30/2019 PENTAKSIRAN AUTENTIK-ESAIMEN

http://slidepdf.com/reader/full/pentaksiran-autentik-esaimen 10/10

Penggunaan penaksiran autentik ini merentasi semua peringkat pendidikan.

Dengan ini, diharap pihak kementerian atau badan-badan berkanun dan swasta

dapat menghasilkan sesuatu garis panduan baru tentang bentuk penaksiran yang

lebih sejagat dan mantap.

Penaksiran yang berkesan bukan hanya bergantung kepada bagaimana tafsiran

dan analisis dilakukan tetapi bagaimana menggunakan instrumen terhadap sesuatu

domain perkembangan kanak-kanak itu juga amatlah penting. Sehubungan dengan

itu, guru-guru perlu memahami, mahir, dan berupaya mengamalkan penggunaan

pelbagai jenis instrumen penaksiran yang sesuai dengan sasaran utama pendidikan

. Guru-guru juga harus melakukan refleksi kritikal terhadap amalan yang digunakan

agar dapat mengenal pasti kelemahan yang wujud ketika sesi pengajaran,

pembelajaran dan penasiran.

Secara kesimpulannya, usaha dalam mewujudkan sistem pentasiran autentik

yang selaras memerlukan keperihatinan dan penelitian yang berterusan dari semua

pihak. Pemantauan juga perlu dilakukan dari masa ke semasa agar dapat

memastikan pentasiran yang dijalankan adalah telus. Seperti mana yang berlaku

kepada pendidikan yang sentiasa berkembang mengikut peredaran semasa, begitu

 juga halnya dengan penaksiran. Ia juga perlu berkembang mengikut peredaran

semasa kerana ia memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu

kejayaan sistem pendidikan dari peringkat awal kehidupan manusia.