Pentaksiran Konsep kendiri.docx

download Pentaksiran Konsep kendiri.docx

of 2

Transcript of Pentaksiran Konsep kendiri.docx

  • 8/14/2019 Pentaksiran Konsep kendiri.docx

    1/2

    Pentaksiran Konsep kendiriPentaksiran Konsep kendiri

    Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia menganggap tentangdirinya secara positif atau negatif. Untuk membina konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian

    daripada orang lain. Hal ini meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan jugaperasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya.Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar merupakan penilai terbaik terhadap pembelajaranmereka. Guru tidak mungkin akan mengetahui apa yang pelajar benar-benar tahu atau berupayamengetahui. Namun, kadang-kadang pelajar sendiri juga tidak mengenal keupayaan sendiri tanpamembuat refleksi, pertimbangan dan penilaian.Penilaian kendiri membolehkan pelajar menilai, dan seterusnya mengenal diri sendiri. Carl Rogers(1950), mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri dankebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan orang lain dan persekitarannya. Terdapatjuga kajian yang dilakukan mengenai cara memahami konsep kendiri.

    Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats (1963), berpendapat konsep kendiriboleh dilihat dalam 2 cara, iaitu:

    tanggapan diri seseorang individuproses yang menentukan tingkah laku seseorang individu

    Syarifah Alawiah (1987), pula menyatakan kendiri merupakan suatu organisasi, peribadi bagi seseorangindividu yang unik dan dinamik lahir daripada interaksinya dengan persekitaran. Hal tersebut seterusnyaakan menentukan ciri tingkah laku perasaan dan fikiran.

    FungsiDalam pembelajaran, baik di dalam mahupun di luar bilik darjah, penilaian kendiri;

    membolehkan pelajar secara individu, mengukur dan membuat refleksi terhadap kekuatan dankelemahan kendiri dalam penguasaan sesuatu kemahiran atau disiplin ilmu; memberi panduan kepada pelajar tentang dari mana dia harus memulakan perancangan bagipembelajaran seterusnya; memberi keyakinan kepada pelajar tentang peranannya dalam menilai perkembangan diri danpencapaiannya; mengurangkan kebergantungan pelajar pada guru dalam kelebihan dan kekurangan/kekuatan dankelemahannya dalam sesuatu bidang/kemahiran, dan membolehkan pelajar sentiasa bersikap kritis terhadap kerjanya.

    Kaedah:

    1. Bagi memastikan penilaian kendiri dilaksanakan dengan berkesan dan menepati matlamatnyaguru hendaklah meyakinkan pelajar tentang kepentingan penilaian kendiri dalam proses pembelajaran mengemukakan soalan-soalan yang boleh membantu pelajar membuat penilaian kendiri. melatih pelajar menilai setiap langkah atau pembelajaran mereka berpandukan instrumen seperti

    senarai semak atau alat rubrik membimbing pelajar melaporkan dapatan penilaian masingmasing, dan kesannya terhadap prosespembelajaran seterusnya;

    2. Penialian kendiri boleh juga dibuat dengan pelajar yang berkenaan menstruktur sendiri segala butiranyang hendak dinilai dan kriteria yang hendak dicapai, sama ada dalam bentuk senarai semak atausebagainya, kemudian meminta kerjasama rakan sebayanya (individu/kumpulan) membuat penilaianterhadap dirinya. Dapatan itu kemudian dikumpul dan dianalisis sendiri oleh pelajar tersebut.

  • 8/14/2019 Pentaksiran Konsep kendiri.docx

    2/2

    Proses menganalisis dan membuat refleksi terhadap penilian mengenai dirinya sendiri itulah menjadipenilaian kendiri

    Konsep Kendiri Positif

    Seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih sihat, mempunyai minat yang baik danobjektif serta tidak terlalu sensitif. Ia juga meliputi sikap terbuka dan memberi pendangan jika wujudkeadaan yang tidak baik dan stabil.

    Ciri-ciri Konsep Kendiri Positif

    Menghargai

    Memuji orang lain

    Puas hati dengan pencapaian

    Murah hati

    Mudah berkawan

    Puas hati dengan dirinya

    Berpuas hati dengan bahan-bahan kepunyaannya

    Peramah

    Ciri-ciri Konsep Kendiri Negatif

    Cenderung untuk merasa salah

    Takut kepada kegagalan

    Sering merasa bimbang

    Cepat berkecil hati walaupun melibatkah masalah kecil

    Pencapaian akademik yang rendah

    Tidak gemar kerja mencabar

    Kurang keyakinan pada diri sendiri

    Kurang berminat untuk mendapatkan maklum balas

    Melihat diri sebagai kurang menarik dari segi personaliti