pentaksiran_final2_Autosaved

22
1.0 PENDAHULUAN Pendidikan Seni Visual di peringkat sekolah rendah bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembangkan keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Umumnya, murid di sekolah rendah pada keseluruhan adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Seni Visual memainkan peranan memperkembangkan sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi, dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan, dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana dapat membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian, dan mengenali cita rasanya tersendiri. Pendidikan Seni Visual merangkumi tajuk-tajuk yang menegaskan penerokaan, proses penghasilan, pengertian seni secara menyeluruh. Dokumen Standard Seni Visual merangkumi tajuk-tajuk yang menegaskan penerokaan, proses penghasilan, pengertian seni secara menyeluruh, dan aspek kritikan. Diharapkan dengan adanya Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah akan dapat membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian. 1.1 Matlamat Matlamat mata pelajaran Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, 1

Transcript of pentaksiran_final2_Autosaved

1.0 PENDAHULUANPendidikan Seni Visual di peringkat sekolah rendah bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembangkan keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Umumnya, murid di sekolah rendah pada keseluruhan adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Seni Visual memainkan peranan memperkembangkan sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi, dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan, dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana dapat membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian, dan mengenali cita rasanya tersendiri. Pendidikan Seni Visual merangkumi tajuk-tajuk yang menegaskan penerokaan, proses penghasilan, pengertian seni secara menyeluruh. Dokumen Standard Seni Visual merangkumi tajuk-tajuk yang menegaskan penerokaan, proses penghasilan, pengertian seni secara menyeluruh, dan aspek kritikan. Diharapkan dengan adanya Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah akan dapat membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian.1.1 MatlamatMatlamat mata pelajaran Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

1.2 ObjektifSetelah mengikuti Kurikulum Seni Visual sekolah rendah murid dapat:1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan3. menajamkan daya imaginasi melalui pancaindera4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat, dan selamat7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disipilin diri, dan bertanggungjawab8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual.10. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.

2.0 PENTAKSIRAN

Pentaksiran memainkan peranan yang penting dalam pendidikan. Pentaksiran dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program pembaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, pentaksiran dilakukan bagi memastikan sama ada guru `mengajar` dan pelajar `belajar`. Melalui pentaksiran pengajaran dan pembelajaran, para guru, murid dan ibu bapa, pentadbir dan perancangan pendidikan mempunyai asas yang kukuh bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan keberkesanan pembelajaran pelajar. Malah , aktiviti pentaksiran menjadi sebati dengan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Tanpa pentaksiran, kita tidak dapat menentukan sama ada pengajaran dan pembelajaran berkesan. Tanpa pentaksiran, bidang pendidikan tidak mungkin berkembang sebagaimana perkembangannya pada hari ini. Justeru itu, pentaksiran perlu dilakukan dengan sempurna dan berkesan. Bukti-bukti emperik, iaitu bukti-bukti sahih tentang sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh mengunakan pengukuran, perlu dianalisis. Memandangkan pengukuran di bilik darjah sering menggunakan ujian, pengujian merupakan salah satu aspek utama dalam bidang teknologi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

2.1 Pengertian dan Konsep Pentaksiran

Menurut Stufflebeam (1971) pentaksiran adalah proses mengenal pasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Pentaksiran menentukan jurang perbezaan antara apa yang dihasilkan dengan apa yang dihasratkan dari sesuatu program pendidikan. Pentaksiran merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan. Beberapa pakar seperti Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996) menyatakan pada asasnya pentaksiran merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan.

Mengikut pakar dan penulis buku yang terkenal dalam bidang berkenaan iaitu David Payne dalam bukunya Applied Educational Assessment Edisi Kedua tahun 2003, pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Dodge et. al. (1994) pula mengatakan pentaksiran merupakan satu proses pengumpulan maklumat tentang kanak-kanak dalam aspek pengetahuan, kemahiran danperkembangan mereka yang dinilai melalui pemerhatian, dokumentasi dan tugasan yang dilakukan oleh kanak-kanak.

Menurut Hills (1993), pentaksiran melibatkan langkah yang pelbagai dalam mengumpul maklumat mengenai perkembangan kanak-kanak dan proses pembelajaran mereka. Dalam masa yang sama pentaksiran juga dikatakan akan dapat mengenalpasti signifikannya matlamat dan objektif pendidikan serta rnenggunakan maklumat yang ada untuk merancang program yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak, Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa dalam penulisan mengenai pentaksiran yang bersesuaian dengan kanak-kanak perlu melibatkan penilaian yang bermakna terutama dalam aspek pemerhatian dan pengukuran yang dibuat ke atas diri kanak-kanak yang lebih bermakna untuk bakal generasi akan datang.

Dari segi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, pentaksiran boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah tercapai. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, pendedahan tentang pentaksiran prestasi juga turut dilaksanakan. Pentaksiran prestasi ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu pelaksanaan tugasan dan yang satu lagi ialah set pemarkahan kriteria atau Rubrik. Tujuan pentaksiran dijalankan di bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang, menilai aktiviti yang dijalankan, mendapatkan maklumat secara berterusan, memperbaiki pengajaran dan pembelajaran, merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid, melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif serta merancang dan melaksanakan aktiviti tindakan susulan yang dikenalpasti.

Dalam konteks sekarang, istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat penilaian. Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat pembelajaran seseorang pelajar.Dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan dalam kelas. Justeru kecekapan guru dalam membangun instrumen pengujian dan penilaian amat penting.

Pelbagai makna dan konsep yang telah diterangkan bagi istilah pentaksiran. Melalui pemerhatian berdasarkan huraian tersebut pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran merangkumi aktiviti menghurai, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar.

2.2 Objektif Pentaksiran

Pentaksiran bertujuan untuk membantu guru dalam perkara berikut :i. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.ii. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.iii. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari masa ke semasa.iv. Merangsang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid.v. Mengesan keberkesanan pengajaranvi. Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur.

2.3 Tujuan Pentaksiran

Tujuan pentaksiran adalah :i. Mengesan keberkesanan pengajaran.ii. Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan sertamerta.iii. Merancang aktiviti pengajaran mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid.iv. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.v. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pengajaran dari masa ke semasa.vi. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.

2.4 Ciri-Ciri Pentaksiran1. Kesahan Skor :- merujuk kepada relevan dan kecukupan cakupan2. Kebolehpercayaan Skor :- merujuk kepada ketekalan dan ketepatan3. Keobjektifan :- ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor4. Kebolehtadbiran :- kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah5. Kemudahtafsiran :- maklumat tentang calon berdasarkan skor, diskrimininasi antara calon, ketepatan tujuan mengadakan ujian6. Kekomprehensifan :- Kertas soalan mewakili semua objektif penting Sukatan Pelajaran

2.5 Instrumen Penilaian Pendidikan Seni Visual

a) Ujian (sejarah dan apresiasi seni)b) Kaedah pemerhatianc) Kaedah temubuald) Kaedah anekdote) Menggunakan senarai semakf) Menggunakan soal selidikg) Portfolio

2.6 Proses Pelaksanaan Pentaksiran

Terdapat berbagai jenis jenis penilaian yang boleh dijalankan dalam pengajaran penduidiakan seni visual. Antaranya juga terdapat berbagai pandangan dan garis panduan yang boleh dirujuk agar penilaian itu akauntabel dan menggunakan piawai (standards) nasional yang telah ditentukan mengikut kemahiran dan tahap pelajaran pendidikan seni visual. Penilaian juga boleh dilakukan dengan menggunakan portfolio untuk penilaian yang berterusan.

Untuk menilai proses dan hasil kerja pelajar, beberapa cadangan boleh dijadikan kriteria penilaian. Rob Barnes (1987) berpendapat, terdapat lima perkara yang perlu dinilai iaitu:i. proses kerja,ii. pengendalian bahan,iii. penggunaan media,iv. kemahiran kritikal, danv. peringkat-peringkat perkembangan peribadi.

Manakala Michael (1998) mencadangkan lapan objektif yang perlu dinilai iaitu meliputi: komunikasi atau ekspresi, keyakinan diri /self-esteem, perkembangan persepsi, ketekalan organisasi estetika, pengetahuan seni, kreativiti, kemahiran, dan kepuasan atau keseronokan.

Dalam penilaian pendidikan seni visual, adalah penting untuk menilai aspek yang berkaitan dengan pembelajaran, sejarah dan apresiasi seni serta perkembangan dalam estetika. Sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah merancang perkara-perkara berikut :i. Mengenal pasti murid yang hendak dinilai.ii. Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai.iii. Menentukan instrumen yang hendak digunakan.iv. Menentukan aspek yang hendak diperhatikan.v. Menentukan tempoh masa pemerhatian.vi. Menentukan bila hendak menjalankan penilaian dan pentaksiran.

3.0 ISU-ISU PENTAKSIRAN PERFORMANCE BASED DI SEKOLAH RENDAH

Pentaksiran Perfomance Based adalah penilaian yang mengkehendaki murid untuk menunjukkan keaslian hasil kerja dan pada akhirnya akan di nilai berdasarkan kriteria yang lebih spesifik.

Pentaksiran Performance Based membekalkan guru dengan maklumat mengenai bagaimanakah murid memahami dan mengaplikasikan pengetahuannya. Mereka boleh menggunakan penilaian secara produk dan kemahiran yang boleh di perhatikan dan dinilai dengan kriteria yang terperinci. Tugasan yang mempunyai lebih dari satu penyelesaian selalunya mendekatkan mereka kepada pentaksiran secara perfomance based. Guru akan membantu murid untuk menggunakan kemahiran berfikir seperti kajian dan analisis. Contohnya adalah seperti memberikan ilmu, menulis kertas kajian, mencuba peralatan, dan membina serta mengelola eksprimen sains.

Persoalan yang timbul perlu kita ketahui dalam pentaksiran ini di mana kita perlu tahu bagaimana untuk mengetahui pencapaian murid dalam pentaksiran Performance Based. Peringkat pertama adalah memberikan takrifan kepada murid dan guru mengenai persepsi mengenai tugasan yang diberikan. Peringkat kedua pula adalah setelah definisi diberikan atau di temui, guru dan murid menilai berdasarkan objektif tugasan dengan tepat. Setelah peringkat tadi selesai, seseorang yang berkecuali akan melaksanakan proses tersebut secara individu untuk mengetahui ketepatan penilaian yang dilaksanakan. Dengan kata lain, penulisan kriteria persembahan akan membolehkan guru untuk mengekalkan pencapaian terutamanya dalam kemahiran mentaksir.

Melalui pentaksiran ini, kita juga dapat menyimpan maklumat berkaitan dengan pencapaian murid itu sendiri. Terdapat 4 perkara yang perlu diketahui dalam proses menyimpan maklumat yang berhubung dengan pencapaian berdasarkan pentaksiran performance based. Antaranya ialah rubrik, senarai semak, naratif dan memori. Rubrik penilaian merupakan dokumen yang berkaitan dengan skala pencapaian yang diperolehi oleh murid-murid berdasarkan pemerhatian guru berhubung dengan kriteria yang ditetapkan. Ianya adalah berhubung dengan tajuk atau perkara yang hendak dinilai. Kebiasaannya rubrik penilaian ini menetapkan empat atau lima tahap yang dikehendaki contohnya tahap satu adalah lemah, tahap dua sederhana, tahap tiga baik dan sehinggalah kepada cemerlang. Ianya haruslah disesuaikan dengan jenis tajuk atau perkara yang dipilih.

Penilaian melalui senarai semak pulak adalah jenis dokumen yang mudah untuk dilakukan di mana penilaian tersebut hanyalah diberi dua kategori. Kategori yang dimaksudkan ialah samada murid dapat melakukannya ataupun tidak dapat melaksanakannya. Ini amat mudah untuk dilaksanakan tetapi agak kurang tepat bagi memastikan ianya berkesan atau tidak bagi tindakan yang selanjutnya dibuat. Walaubagaimanapun penilaian cara ini memang mudah untuk dilaksanakan.

Bagi penilaian naratif pula ianya adalah berbentuk penulisan yang disimpan. Sekiranya ingin membuat penilaian terhadap murid berdasarkan tugasan yang diberikan kita perlulah membuat penerangan yang tepat bagaimana murid tersebut dapat melaksanakan kriteria pencapaian yang ditetapkan. Keburukan yang dapat diperhatikan berdasarkan penilaian jenis ini adalah memerlukan banyak masa untuk melaksanakannnya.

Penilaian yang terakhir dalam pentaksiran performance based adalah penilaian secara memori. Maksudnya di sini adalah guru perlu membuat pemerhatian secara rawak berdasarkan perkara yang ingin dinilai. Maklumat melalui pemerhatian perlu diingat oleh seseorang guru tersebut samada murid tersebut dapat melaksanakan atau tidak bagi tugasan yang diberikan berdasarkan pencapaian murid. Di sini kelemahan bagi penilaian ini adalah kesukaran bagi guru tersebut untuk menilai ketetapan terutamanya dalam masa yang agak lama untuk menyimpan data dalam ingatannya.

Jadi di sini, penilaian performance based ini memerlukan guru memahami murid-muridnya berdasarkan empat contoh jenis penilaian yang boleh dibuat oleh guru tersebut. Pemilihan penilian ini haruslah disesuaikan dengan perkara yang ingin dinilai serta kesukaran penilian tersebut. Hasil daripada penilaian tersebut, guru dapat melihat kelemahan dan kekuatan yang terdapat pada diri muridnya.

4.0 PERTAKSIRAN HASIL KARYA MURID

Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996. (Akta 550). Secara keseluruhannya pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka.Setelah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual bagi Tahun 4, satu rekod pentaksiran hasil karya murid telah dijalankan bagi mentafsir 6 hasil karya murid berdasarkan 2 orang tahap cemerlang, 2 orang tahap sederhana dan 2 orang tahap lemah. Melalui pentaksiran tersebut, satu rubrik analitikal dibina untuk mentafsir karya murid tersebut.Berpandukan kepada rubrik analitikal ini, guru dapat memberi markah secara point iaitu ia perlukan skema pemarkahan yang terperinci dan setiap unit jawapan diberi perhatian dan pemberatan. Ia juga dapat ditaksirkan bukan sahaja kepada unsur isi atau idea utama tetapi juga kepada organisasi dan kesepaduan unsur-unsur berkenanan dalam penghasilan karya.

4.1 Rubrik Rubrik merupakan alat penilaian untuk penilaian subjektif. Hal ini adalah untuk satu set kriteria dan standard yang berkaitan dengan tujuan pembelajaran yang digunakan untuk menilai prestasi pelajar di atas kertas, projek, esei dan tugasan lain. Standard rubrik membolehkan kita menilai berdasarkan kriteria tertentu dan membuat pemarkahan dengan lebih mudah dan telus.Rubrik adalah usaha untuk menggambarkan kriteria penilaian yang konsisten. Hal ini membolehkan guru dan pelajar sama-sama menentukan tahap kriteria yang rumit dan subjektif dan memberikan landasan untuk penilaian diri, refleksi dan rakan sebaya. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan penilaian yang tepat dan adil. Selain itu, rubrik dapat membantu guru menjimatkan masa dalam menilai dan memberi markah kepada pelajar.Rubrik biasanya mempunyai 2 bahagian iaitu senarai kriteria tugas dan tahap pencapaian kriteria. Setiap kriteria di dalam rubrik merupakan acuan prestasi sehingga dijadikan asas untuk menilai respons pelajar. Rubrik mempunyai skala pemeringkatan. berbeza dengan skala penilaian yang pemeringkatannya hanya berupa kedudukan sangat kurang, sangap baik, cukup, sempurna. Kaedah rubrik mempunyai kelebihan iaitu pemeringkatan kriteria dalam bentuk keterangan yang terperinci.Rubrik dapat bersifat menyeluruh atau berlaku umum dan dapat juga bersifat khusu atau hanya berlaku untuk situasi tertentu. Rubrik yang bersifat menyeluruh dapat disajikan dalam bentukHolistik rubrik. Rubrik holistik adalah pedoman untuk menilai berdasarkan kesan keseluruhan atau kombinasi semua kriteria. selain itu, terdapat jugaanalytic rubrik. Rubrik analitik adalah pedoman untuk menilai berdasarkan beberapa kriteria yang ditentukan. Dengan menggunakan rubrik ini, kita dapat menganalisis kelemahan atau kelebihan siswa.

4.2 Rubrik Analitikal

SKEMA PEMARKAHAN HASIL KARYA SENI (ANALITIK)

Bidang : Membuat Corak dan Rekaan (Tidak Terancang)Aktiviti: Ikatan Dan CelupanTema : Alam Semula Jadi Ataun Objek Buatan ManusiaTajuk : Sapu Tangan

KEMAHIRAN YANG DINILAIINDIKATOR PRESTASI DAN PENILAIAN

CEMERLANG(16 20 MARKAH)SEDERHANA(8 15 MARKAH)LEMAH(1 7 MARKAH)

PERSEPSI ESTETIK(20 MARKAH) Unsur seni Prinsip rekaan

Mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada corak teknik ikatan dan celupan

APLIKASI SENI (25 MARKAH) Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karyaCEMERLANG (18 - 25 MARKAH)SEDERHANA ( 8 17 MARKAH)LEMAH (1 - 7 MARKAH)

Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan corak teknik ikatan dan celupan

EKSPRESI KREATIF (30 MARKAH) Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya.CEMERLANG(21 - 30 MARKAH)SEDERHANA( 1 20 MARKAH)LEMAH(1 10 MARKAH)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan corak teknik ikatan dan celupan secara kreatif

APRESIASI SENI (15 MARKAH) Mempamerkan karya yang dihasilkan Menceritakan karya sendiri secara lisan Menghargai karya sendiri dan rakanCEMERLANG(1115 MARKAH)SEDERHANA(6 0 MARKAH)LEMAH(1 5 MARKAH)

Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek bahasa seni visual

SIKAP DAN SAHSIAH (5 MARKAH)CEMERLANG (4 - 5 MARKAH)SEDERHANA (2 3 MARKAH)LEMAH (1 7 MARKAH)

Komitmen dan kolaborasi terhadap tugasan

Jadual 1 : Rubrik Analitikal KRITERIA PENILAIAN

BILASPEKKRITERIA WAJARAN

1Perolehan ilmu Perwujudan idea Susunan corak yang kemas dan teratur. Menghasilkan corak daripada capan daun dengan kemas dan cantik.10%

2Aplikasi seni Pemilihan bahan Pemilihan warna

Dapat menggunakan alat dan bahan dengan betul. Penggunaan warna yang pelbagai dan menarik10%

3Proses dan teknik Proses penghasilan Penggunaan teknik Mengaplikasikan pengetahuan,kemahiran dan berbahasa seni visual dengan menghasilkan corak Penggunaan teknik capan yang betul40%

4Keaslian Menghasilkan corak yang berbeza daripada contoh yang diberikan.10%

5Kekemasan Penghasilan corak daripada capan daun yang kemas,bersih dan teratur.20%

6Sahsiah Memberi komitmen yang baik dan menunjukkan kesungguhan dalam melakukan aktiviti.10%

Jadual 2 : Kriteria Penilaian Hasil Kerja Murid

Dengan menggunakan rubrik analitikal ini, hasil karya murid boleh diperiksa oleh guru yang kurang berpengalaman dan tidak begitu menguasai bidang berkenaan. Pemarkahan pula diberi berdasarkan kepada skrip jawapan yang telah disediakan. Guru tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menimbang jawapan murid sama ada tepat, kurang tepat atau tidak betul. Skrip jawapan akan diperiksa sekali sahaja oleh pemeriksa. Cara pemarkahan ini dapat menjelaskan mengapa pencapaian murid tinggi atau rendah. Guru juga dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan prestasi murid dan menyampaikan maklumat ini kepada murid. Murid juga akan dapat melihat serta menilai di mana dan apa kelemahan mereka dengan jelas. Di samping itu juga, objektif dan ketekalannya dapat dikekalkan sekiranya pemeriksa menjalankan tugas dengan teliti.Kelemahan bagi pentaksiran rubrik analitikal ini adalah ia akan mengambil masa yang agak lama untuk memeriksa setiap skrip jawapan terutamanya apabila bilangan calon terlalu ramai. Ia juga memerlukan pemeriksa untuk membandingkan jawapan pelajar dengan skrip jawapan satu persatu. Pentaksiran ini melibatkan pemeriksaan yang dilakukan secara fakta dan kurang memberi penekanan pada kemahiran penulisan. Apabila penekanan hanya diberikan kepada fakta semata-mata, secara tidak langsung akan menyebabkan pelajar hanya terlalu bergantung kepada skema jawapan dalam mengulangkaji pelajaran.

5.0 PENTAKSIRAN PEMERHATIAN

5.1 Pengenalan

Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikutjangka waktu yang ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Aspek yang diperhatikan menyeluruh, meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran.,Pemerhatian adalah satu kaedah penilaian yang sistematik untuk mengumpul data atau maklumat dan merekodnya dengan tepat. Kaedah penilaian melalui pemerhatian ini dapat dinilai melalui pemerhatian tingkah laku, pemerhatian perbualan atau interaksi dan hasil kerja

Proses penilaian ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan instrumen seperti senarai semak, skala kadar, rekod anekdot, rekod profil dan lain-lain. Dapatan dari proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi terhadap prestasi masing-masing.

5.2 Jenis Pemerhatian

Dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai/diperhati, iaitu :i. Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran (interpretation) dan tanggapan (judgement)ii. Memerhati apa yang telah dirancang secara open endediii. Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang

5.3 Strategi PelaksanaanPemerhatian boleh dilaksanakan dengan menggunakan strategi dan cara serta kriteria tertentu. Antaranya ialah :i. Dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan yang dirancangii. Menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan persekitaraniii. Dilaksanakan secara global atau analitik mengikut objektif pemerhatianiv. Tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian dijalankanv. Jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan keperluan5.4 Strategi PelaksanaanPenilaian melalui pemerhatian :i. Digunakan oleh guru untuk mengikuti perkembangan individu/kumpulan dalamii. Sesuatu proses pembelajaraniii. Dibuat oleh pelajar (individu /kumpulan) untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaraniv. Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projekv. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru/pelajarmerancang tindak susul yang sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya sepertivi. Menjalankan aktiviti pemulihan/pengukuhanvii. Meningkatkan motivasi pelajarviii. Mengatur aktiviti pengayaan dan penyuburandiri yang sesuai dengan minat dan keupayaan sertaprestasi pelajarix. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru membuat refleksi terhadap keberkesanan peranannya sebagai penyampai maklumat, pemudahcara, pendidik dan mentor.

Pemerhatian yang terancang membantu guru :i. Mengetahui sejauh manakah minat pelajar terhadap pelajaran dan apakah yang mendorong/menolak minat tersebutii. Mengesan sama ada strategipengajaran gurumemberi kesan yang positifiii. Mengesankemampuan atau tahap pemikiran pelajariv. Mengesan tahap penguasaan bahasapelajarv. Menyimpan rekod yang sistematik untuk rujukan dan perancanganvi. Mendapatkan petunjuk untuk mengesan sikap pelajar terhadap pelajaran , rakan sebaya dan terhadap diri sendiri

5.5 Borang Senarai SemakNama : AHMAD NAQIUDDIN BIN ZULKIFLIKelas : 4 ARIFTarikh : 20 JUN 2014Arahan : Tandakan (/) pada ruangan YA atau TIDAK berdasarkan kriteria yang disenaraikan.BIL.KRITERIAYATIDAK

1. Murid menunjukkan sikap menghormati guru ketika guru masuk ke dalam bilik darjah./

2. Bersemangat untuk memulakan pembelajaran./

3. Murid memberikan perhatian semasa guru memberikan penerangan dan demonstrasi berkaitan aktiviti capan./

4. Murid memberikan tindak balas terhadap penerangan guru melalui soal jawab./

5. Murid dapat menyenaraikan alat dan bahan yang diperlukan dalam membuat aktiviti capan./

6. Murid dapat mengendalikan alatan seperti berus dengan baik./

7. Murid boleh mengecap corak daun pada permukaan kertas lukisan dengan kemas/

8. Murid mampu untuk menyiapkan satu rekaan corak melalui aktiviti mengecap./

9. Murid mempamerkan hasil kerja./

10. Murid mengemas dan menyimpan semula semua peralatan dan bahan yang telah digunakan./

11. Murid dapat mengikut arahan yang diberikan oleh guru/

12. Murid dapat memberikan kerjasama yang baik semasa menjalankan aktiviti/

13. Menyempurnakan tugasan yang diberi oleh guru tepat pada waktunya/

BORANG PEMERHATIAN DAN PEMARKAHAN PENILAIANPENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 4

BIDANG : MEMBUAT CORAK DAN REKAAN (TIDAK TERANCANG)

BILNAMA MURIDKRITERIA

PERSEPSI ESTETIK(20 MARKAH)APLIKASI SENI(25 MARKAH)EKSPRESI KREATIF(30 MARKAH)APRESIASI SENI(15 MARKAH)SAHSIAH(5 MARKAH)JUMLAH MARKAH(100 MARKAH)

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

17