Pentup

1
7.0 PENUTUP Sukatan pelajaran Bahasa Melayu memberikan panduan yang amat jelas kepada guru-guru Bahasa Melayu untuk merancang aktiviti pengajaran mereka dengan berkesan. Sukatan ini juga memberikan pendedahan secara terperinci kepada guru untuk mengenalpasti aspek-aspek yang perlu mereka tekankan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Penting untuk semua guru mentelaah dan memahami segala aspek yang ditekankan agar apa yang diimpikan mencapai matlamat. Guru-guru juga boleh mengambil baik buruk daripada apa yang dikehendakkan di dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu. Melalui penghasilan sukatan pelajaran ini dapat dilihat bahawa mereka telah menetapkan satu matlamat yang utama dalam menjadikan pengajaran Bahasa Melayu menjadi berkesan. Matlamat ini juga dapat memberi panduan yang jelas kepada guru serta mengelakkan guru daripada tersasar daripada apa yang dikehendaki. Sememangnya sukatan ini digubal berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan amat menepati dengan apa yang dimatlamatkan di dalamnya. Sukata pelajaran ini juga memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid. Aktiviti kokurikulum Bahasa Melayu yang dijalankan di luar waktu sekolah adalah penting sebagai sokongan bagi memantapkan kemahiran berbahasa murid. 55

Transcript of Pentup

Page 1: Pentup

7.0 PENUTUP

Sukatan pelajaran Bahasa Melayu memberikan panduan yang amat jelas kepada

guru-guru Bahasa Melayu untuk merancang aktiviti pengajaran mereka dengan berkesan.

Sukatan ini juga memberikan pendedahan secara terperinci kepada guru untuk

mengenalpasti aspek-aspek yang perlu mereka tekankan di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran mereka. Penting untuk semua guru mentelaah dan memahami segala aspek

yang ditekankan agar apa yang diimpikan mencapai matlamat.

Guru-guru juga boleh mengambil baik buruk daripada apa yang dikehendakkan di

dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu. Melalui penghasilan sukatan pelajaran ini dapat

dilihat bahawa mereka telah menetapkan satu matlamat yang utama dalam menjadikan

pengajaran Bahasa Melayu menjadi berkesan. Matlamat ini juga dapat memberi panduan

yang jelas kepada guru serta mengelakkan guru daripada tersasar daripada apa yang

dikehendaki. Sememangnya sukatan ini digubal berdasarkan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dan amat menepati dengan apa yang dimatlamatkan di dalamnya.

Sukata pelajaran ini juga memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya

pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid. Aktiviti kokurikulum

Bahasa Melayu yang dijalankan di luar waktu sekolah adalah penting sebagai sokongan

bagi memantapkan kemahiran berbahasa murid.

55