Penulisan Akademik

17
1.0 Pengenalan Matlamat kerajaan menyasarkan Pendidikan bertaraf dunia sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara meletakkan proses pendidikan di Malaysia sebagai satu bidang yang amat penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah yang berfungsi sebagai institusi perkembangan ilmu dan tempat melahir generasi masa hadapan. Pengiktirafan yang diberikan terhadap bidang pendidikan membawa satu implikasi dan impak yang yang serius terhadap profesion perguruan. Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah melahirkan generasi yang mengamalkan budaya fikir, kritis, krestif dan inovatif. Sehubungan itu, murid yang terlibat dalam pembelajaran mereka perlu menguasai kemahiran dalam mengaplikasikan penggunaan komputer dalam kehidupan seharian. Pengajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) adalah antara kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan kini. Penggunaan TMK dalam pengajaran bahasa mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan kemahiran bahasa pelajar. Persoalannya, sejauh manakah guru Bahasa Melayu (BM) melaksanakan pengajaran menggunakan TMK dan tahap penguasaan guru serta kekangan yang dihadapi. Penggunaan TMK dalam pembelajaran merupakan satu aspek yang tidak dapat dielakkan oleh setiap guru. Penggunaan komputer dapat memberikan kesan positif kepada pembelajaran murid sehinggakan mereka mampu menggunakan aplikasi TMK dalam kehidupan seharian mereka. Dalam tugasan ini, penulisan terbahagi kepada tiga bahagian proses iaitu yang pertama proses mencari bahan menggunakan enjin carian. Proses kedua ialah proses mengkategorikan bahan dan menyimpannya ke dalam folder. Proses terakhir pula ialah proses mencari semula atau mengesan bahan untuk kegunaan pengajaran. 2.0 Proses mencari bahan PdP Bahasa Melayu menggunakan enjin carian 1

description

PPG

Transcript of Penulisan Akademik

1.0 Pengenalan

Matlamat kerajaan menyasarkan Pendidikan bertaraf dunia sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara meletakkan proses pendidikan di Malaysia sebagai satu bidang yang amat penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah yang berfungsi sebagai institusi perkembangan ilmu dan tempat melahir generasi masa hadapan. Pengiktirafan yang diberikan terhadap bidang pendidikan membawa satu implikasi dan impak yang yang serius terhadap profesion perguruan. Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah melahirkan generasi yang mengamalkan budaya fikir, kritis, krestif dan inovatif. Sehubungan itu, murid yang terlibat dalam pembelajaran mereka perlu menguasai kemahiran dalam mengaplikasikan penggunaan komputer dalam kehidupan seharian.

Pengajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) adalah antara kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan kini. Penggunaan TMK dalam pengajaran bahasa mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan kemahiran bahasa pelajar. Persoalannya, sejauh manakah guru Bahasa Melayu (BM) melaksanakan pengajaran menggunakan TMK dan tahap penguasaan guru serta kekangan yang dihadapi. Penggunaan TMK dalam pembelajaran merupakan satu aspek yang tidak dapat dielakkan oleh setiap guru. Penggunaan komputer dapat memberikan kesan positif kepada pembelajaran murid sehinggakan mereka mampu menggunakan aplikasi TMK dalam kehidupan seharian mereka.

Dalam tugasan ini, penulisan terbahagi kepada tiga bahagian proses iaitu yang pertama proses mencari bahan menggunakan enjin carian. Proses kedua ialah proses mengkategorikan bahan dan menyimpannya ke dalam folder. Proses terakhir pula ialah proses mencari semula atau mengesan bahan untuk kegunaan pengajaran.

2.0 Proses mencari bahan PdP Bahasa Melayu menggunakan enjin carian

Muhammad Khairi Mohamed Nor dan Norhawanie Zulkilfi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer, 2012, mengatakan bahawa enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web dan kata kunci atau frasa. Ia juga merupakan softwawre yang digunakan untuk mencari maklumat. Enjin carian dicipta oleh pihak tertentu bagi mencari maklumat dengan meletakkan kata kunci pada ruang yang telah disediakan. Sehubungan dengan itu, kata kunci mestilah terdiri daripada perkataan yang ringkas atau sasaran maklumat yang hendak kita dapatkan.

Contoh Enjin Carian

Contohnya, sekiranya kita ingin mengetahui mengenai budaya Melayu. Kita hanya perlu menaip kata kunci budaya Melayu di dalam indeks pangkalan data kemudian tekan enter. Apabila maklumat mengenai kata kunci budaya Melayu dijumpai, maka semua laman web yang berkaitan dengan budaya Melayu akan terpapar. Walau bagaimanapun, tidak semua enjin carian adalah sama. Hal ini demikian kerana terdapat sesetengah enjin carian yang hanya akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, manakala terdapat sesetengah enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan sahaja.

Jika dilihat secara umum, servis carian internet boleh dikategorikan kepada dua iaitu direktori dan enjin pencari. Walaubagaimanapun, sehingga kini masih terdapat ramai pengguna yang keliru dengan kedua-dua terma ini kerana ada yang menggangap Yahoo! sebagai sebuah enjin pencari, walhal Yahoo! ialah sebuah direktori bukan enjin pencari. Kekeliruan ini berlaku mungkin disebabkan penggunaan butang search yang disediakan kepada pengguna. Ini boleh disalah ertikan oleh pengguna yang akan mengganggap servis yang digunakan adalah sebuah enjin pencari.

Tambahan menurut Muhammad Khairi Mohamed Nor dan Norhawanie Zulkilfi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer, 2012, antara perbezaan antara enjin pencari dengan direktori pangkalan data ialah direktori mengandungi senarai alamat web yang dimasukkan oleh manusia manakala pangkalan data bagi enjin pencari pula dikompil melalui perisian robot yang dipanggil spiders. Jika dilihat secara ringkas, Spider merupakan sebuah program yang digunakan untuk mengumpul maklumat yang terdapat di dalam sesebuah laman web. Apabila program spider masuk ke dalam sesebuah laman web, ia akan melakukan satu proses yang dipanggil sebagai crawling atau spidering. Semasa proses ini, spider akan mengumpul semua perkataan dan frasa yang terdapat di dalam laman web tersebut dimana perkataan-perkataan ini akan diindeks ke dalam pangkalan data. Sehubungan dengan itu, kaedah ini turut dikenali sebagai indexing. Berikut merupakan proses-proses mencari bahan PdP Bahasa Melayu menggunakan enjin carian.

Langkah yang pertama, kita haruslah masukkan kata kunci mengenai bahan pengajaran yang dikehendaki ke dalam indeks pangkalan data. Contohnya guru hendak mengajar ayat majmuk, guru taip ayat majmuk di indeks pangkalan data. Setelah memasukkan kata kunci, tekan enter lalu tunggu sehingga maklumat berkaitan dipaparkan.

Langkah yang kedua, guru hendaklah melakukan proses pemilihan bahan yang paling sesuai antara pelbagai maklumat yang dipaparkan. Pangkalan data sentiasa akan memberikan banyak maklumat dan bahan berkaitan dengan kata kunci yang dimasukkan. Walaubagaimanapun, bukan semua maklumat yang dipaparkan itu berkaitan dan menepati kriteria yang guru kehendaki. Hal ini demikian kerana terdapat sesetengah maklumat itu ditulis dalam bahasa lain contohnya bahasa Indonesia ataupun maklumatnya tidak tepat. Oleh itu, guru perlulah bijak menapis maklumat tersebut dan tentukan sama ada maklumat tersebut bertepatan dengan isi pelajaran atau tidak.

Langkah yang ketiga adalah klik pada tajuk yang dikehendaki tersebut dan tunggu sehingga maklumat laman web tersebut dipaparkan. Guru hendaklah membaca isi kandungan bahan tersebut dengan teliti sebelum menggunakan bahan tersebut di kelas.

Setelah memastikan bahan tersebut berguna dan sesuai, langkah keempat adalah guru perlulah menyimpan bahan tersebut. Caranya adalah dengan copy link tersebut dan paste ke Microsof Word sama ada dalam bentuk alamat internet ataupun katalog internet. Ringkasnya, alamat internet merupakan fail yang menyimpan tajuk dan alamat web tersebut sahaja. Manakala katalog internet pula hampir sama dengan alamat internet, cuma tambahannya adalah mempunyai sinopsis mengenai bahan. Bahan-bahan tersebut perlu disimpan dengan cara sedemikian agar proses mencari semula bahan tersebut boleh dipermudahkan pada kemudian hari.

Klik pada alamat web, right click copy lalu paste di Microsoft Word.

Contoh Alamat Internet

Contoh Katalog Internet

2.1 Proses mengkategorikan bahan dan menyimpannya ke dalam folder

Salah satu aspek yang penting dalam penggunaan bahan internet dalam PdP adalah mengkategorikan bahan. Proses pengkategorian ini adalah penting untuk memudahkan guru mencari semula bahan tersebut dengan mudah pada masa hadapan. Untuk mengkategorikan bahan, kita haruslah mengetahui jenis bahan tersebut sama ada bahan kemahiran mendengar dan bertutur, bahan kemahiran menulis atau bahan kemahiran membaca. Nescaya dengan adanya sistem fail yang tersusun, guru akan mudah mencari semula maklumat yang diingini dalam jangka masa yang singkat. Berikut merupakan contoh proses mengkategorikan bahan dan menyimpannya ke dalam folder.

Langkah pertama, kita haruslah wujudkan folder yang baharu. Caranya adalah right click lalu pilih new dan folder. Selepas itu, namakan folder-folder tersebut mengikut pembahagian yang kita inginkan. Dalam Bahasa Melayu, guru boleh menamakan folder tersebut mengikut kemahiran iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.

Right Click New

Menamakan folder baharu mengikut pembahagian

Langkah kedua, kita pergi ke folder download dan cari semula bahan yang kita kehendaki. Selepas menemui bahan yang diinginkan, right click dan pilih perkataan copy. Setelah copy, kita paste bahan tersebut di folder yang kita kehendaki. Namun selain copy, kita juga boleh memilih perkataan cut. Sekiranya kita memilih cut, bermaksud kita telah pindahkan bahan tersebut daripada folder download ke folder baharu. Hal ini turut bermaksud bahan tersebut tidak akan wujud lagi di folder download. Berbeza dengan copy, bahan tersebut akan mempunyai dua salinan iaitu di folder download dan folder baharu.

Langkah ketiga, mengenalpasti jenis bahan yang dimuat turun. Untuk memastikan kita mudah mencari semula bahan tersebut untuk penggunaan PdP, kita harus meletakkan bahan tersebut mengikut jenisnya sama ada audio, video, teks atau grafik. Contohnya, bahan video hanya akan diletakkan dengan bahan video sahaja, ia harus diasingkan daripada jenis bahan lain seperti audio atau teks.

Langkah keempat, paste bahan tersebut dalam folder yang sama jenisnya.

Bahan grafik diletakkan bersama dalam satu folder

2.2 Proses mencari semula atau mengesan semula bahan untuk kegunaan pengajaran

Setelah kita melakukan kedua-dua proses yang telah dinyatakan dalam bahagian sebelum ini, kita boleh mencari semula bahan tersebut dengan cara buka semula microsoft word yang menyimpan alamat web tersebut, right click pada laman web dan klik open hyperlink. Kemudian, tunggu sehingga laman web tersebut muncul.

Right Click dan klik Open Hyperlink

Tunggu sehingga laman web yang dikehendaki dipaparkan

3.0 Pembelajaran Atas Talian dan Luar Talian

Menurut Muhammad Khairi Mohamed Nor dan Norhawanie Zulkilfi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer, 2012, pengajaran secara atas talian merupakan pengajaran yang diajar yang menggunakan kemudahan internet iaitu berhubung dengan internet. Pembelajaran atas talian merupakan suatu medium baru yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. Pengajaran ini dilakukan secara langsung menggunakan bahan-bahan yang terdapat dalam internet.

Tidak dapat dinafikan, banyak kelebihan pengajaran secara atas talian. Antara kelebihannya adalah dapat mengakses bahan dengan cepat. Contohnya, guru hanya perlu memasukkan kata kunci mengenai bahan yang diinginkan pada indeks pangkalan data, maka beribu-ribu maklumat dan bahan yang berkaitan akan muncul. Sebagai contoh, tajuk pengajaran guru adalah kata kerja, guru cuma perlu menunjukkan beberapa keping gambar orang sedang melakukan sesuatu melalui carian dalam google images. Melalui itu, murid akan cepat menerima pengajaran guru dan mudah memahami sesi PdP. Secara tidak langsung, minat murid untuk belajar juga dapat ditingkatkan.

Selain itu, pengajaran atas talian ini turut mempunyai kelebihan dari segi kepelbagaian bahan. Antara contoh bahan yang boleh diakses adalah bahan audio, teks, video, grafik dan sebagainya. Kepelbagaian bahan ini boleh membantu guru menjadikan sesi PdP lebih pelbagai dan menarik. Sekiranya murid mula berasa kurang berminat dengan bahan berbentuk grafik, maka guru boleh mengubah cara pengajaran dengan menayangkan bahan video pula untuk merangsang semula keinginan belajar murid. Bukan itu sahaja, pengajaran atas talian ini turut dapat meningkatkan kemahiran ICT murid. Hal ini demikian kerana melalui pemerhatian murid melihat guru mengakses internet, mereka juga akan belajar untuk mengakses internet. Murid-murid juga boleh diberikan peluang untuk mengakses internet sendiri yang boleh meningkatkan kemahiran ICT mereka.

Dalam internet, terdapat sangat banyak bahan yang boleh diperolehi. Antara bahan-bahan tersebut adalah audio, gambar, teks, video, permainan dan sebagainya. Bahan-bahan tersebut sangat berguna sama ada kepada guru ataupun murid kerana mereka boleh menggunakan bahan tersebut untuk mengajar ataupun belajar. Bahan-bahan tersebut turut boleh menjadikan sesi PdP lebih menarik, berkesan, kreatif dan sebagainya.

Bahan-bahan yang boleh diperolehi melalui internet

Berikut merupakan langkah-langkah pengajaran yang boleh dilaksanakan mengikut kaedah pengajaran atas talian.

Langkah Pengajaran

Aktiviti Pengajaran

Catatan

Set induksi

1. Tayangan video cita-cita saya.

2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang video.

3. Guru menjelaskan tajuk pengajaran.

Sumber : https://www.youtube.com/watch?v=Gb5FbB49rXY

Langkah 1

1. Guru meminta murid mencari maklumat tentang cita-cita mereka.

2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang maklumat yang mereka peroleh.

Sumber :

http://alizahabdhamid.blogspot.com/2012/12/contoh-karangan-cita-cinta-saya.html

Langkah 2

1. Guru meminta murid mencari langkah-langkah mencapai cita-cita.

2. Murid membuat peta minda tentang langkah-langkah mencapai cita-cita.

3. Beberapa orang wakil murid membentangkan maklumat yang mereka perolehi.

Sumber :

http://www.ugmc.bizland.com/ak-matlamat.html

Langkah 3

1. Guru mengakses portal utusan dan melihat soalan karangan berkaitan dengan cita-cita saya.

2. Murid diminta membina karangan berkaitan dengan cita-cita mereka.

Penutup

1. Bersoaljawab tentang kepentingan memiliki cita-cita.

2. Guru membantu murid membuat kesimpulan berdasarkan pengajaran.

Pengajaran luar talian pula didefinisikan sebagai offline. Pendek kata, offline bermaksud tiada penggunaan internet secara langsung tetapi pengajaran yang dilaksanakan menggunakan bahan dari internet. Ia menggunakan cara memuat turun bahan yang dikehendaki lalu disimpan ke dalam fail. Biasanya, pengajaran berbentuk offline ini dilaksanakan di tempat yang tiada rangkaian talian. Namun malangnya, kaedah ini menemukan kelemahannya di mana guru tidak boleh terus mencari maklumat tambahan sekiranya memerlukan maklumat tambahan yang lain semasa mengajar.

Berikut merupakah langkah-langkah pengajaran luar talian.

Langkah Pengajaran

Aktiviti Pengajaran

Langkah 1

Guru mengadakan ulangkaji ayat majmuk di internet.

Langkah 2

Mencari soalan ayat majmukdi internet

http://pedagogibahasamelayu.blogspot.com/2011/12/40-soalan-latih-tubi-tatabahasa.html

Langkah 3

Murid melakukan perbincangan bersama rakan berkaitan soalan ayat majmuk.

Langkah 4

Guru dan murid meyemak jawapan bersama-sama.

Langkah 5

Murid diminta mencari maklumat tentang ayat majmuk untuk dijadikan nota tambahan.

4.0 Rumusan

Ringkasnya, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara terancang dan teratur akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran guru lebih diyakini oleh murid.. Murid-murid pasti akan suka pengajaran guru yang mempelbagaikan kaedah, teknik, pendekatan dan bahan bantu mengajar yang terkini. Pada masa yang sama, hal ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan agar generasi muda hadapan Malaysia yang hendak dilahirkan ini dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa dengan penuh keyakinan tanpa menghadapi sebarang halangan komunikasi. Justeru itu, guru-guru haruslah melengkapkan diri dengan kemahiran TMK dan sentiasa mahu memajukan diri. Bukan itu sahaja, guru-guru juga perlu berusaha mengaplikasikan kemahiran-kemahiran TMK tersebut dalam sesi PdP kerana sekadar mengetahui adalah tidak memadai sekiranya tanpa pelaksanaan.

Bibliografi

Rujukan Buku

Muhammad Khairi Mohamed Nor dan Norhawanie Zulkilfi. 2012. Pengajaran dan

Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer. Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd

Modul PGSR Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer.

Rujukan Internet

http://masali-masmona.blogspot.com/2010/04/kepentingan-teknologi-terhadap-bidang.html

http://mizanzzzzz.blogspot.com/2013/07/kepentingan-teknologi-maklumat.html

http://bmm3105shahidah.blogspot.com/2011/07/minggu-2-menggunakan-internet-enjin.html

http://www.ciktom.com/apa-itu-enjin-carian/

http://1cyber.blogspot.com/2010/03/jenis-jenis-enjin-carian.html

Laman web di atas diakses pada : 13 Februari 2015

http://sukriyusup69.blogspot.com/2012/09/tugasan-bmm-3105-kepentingan-tmk-dalam-p.html

http://jaserve.blogspot.com/2013/04/ge2123-sem-ii-2012-2013-pembelajaran.html

http://contohkarangan-oxfordfajar.blogspot.com/2012/11/kepentingan-internet-kepada-pelajar.html

Laman web di atas diakses pada : 22 Februari 2015

http://www.slideshare.net/andrianodin84/pengajaran-dan-pembelajaran-bahasa-melayu-berbantukan-komputer

http://bmm3105shahidah.blogspot.com/2011/08/minggu-8-pengajaran-bahasa-melayu.html

http://bmm3105norfizah.blogspot.com/2011_09_01_archive.html

Laman web di atas diakses pada : 01 Mac 2015

Servis carian internet

enjin carian

direktori

16