PENULISAN REFLEKSI

7
INTERNSHIP ( 7 JULAI 2014 – 8 OGOS 2014 ) SEKOLAH KEBANGSAAN KAYANG NOOR SYAKINAH BINTI SALLIHUDIN PENULISAN / CATATAN REFLEKSI 1. Isu/Perkara yang di fokus: PROJEK MENCERIAKAN DATARAN ILMU DAN PONDOK ANJUNG ILMU SPBT SK KAYANG 2. Analsis isu / perkara yang difokus (Refleksi): Kekuatan Projek Projek ini memperlihatkan banyak mempunyai kekuatan tersendiri semasa kami menjayakannya. Ini kerana terdapat beberapa perubahan yang kami lakukan yang memerlukan kerjasama antara kami dan juga pihak sekolah. Selain itu, kerja-kerja melaksanakan projek ini juga agak mencabar buat kami berlima kerana tenaga kerja yang dilakukan perlu dilipat gandakan. Ini kerana kami berlima adalah perempuan yang tidak mempunyai tenaga sekuat lelaki yang memerlukan kami mengangkat benda- benda yang agak berat bagi tenaga seorang perempuan seperti batu-bata, seguni simen, dan lain-lain lagi. Tambahan lagi, melalui projek ini juga dapat memperlihatkan kami dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan juga kemahiran yang berguna dalam kehidupan. Contohnya, seperti mencari barangan yang sesuai digunakan dalam projek misalnya cat yang sesuai untuk digunakan bagi mengecat tembok dataran ilmu, kemudian membancuh simen bagi mencantumkan batu-bata untuk membina tangga di Dataran Ilmu dan seterusnya ilmu menganyam atap daun 1

description

inter

Transcript of PENULISAN REFLEKSI

Page 1: PENULISAN REFLEKSI

INTERNSHIP ( 7 JULAI 2014 – 8 OGOS 2014 )

SEKOLAH KEBANGSAAN KAYANG

NOOR SYAKINAH BINTI SALLIHUDIN

PENULISAN / CATATAN REFLEKSI

1. Isu/Perkara yang di fokus:

PROJEK MENCERIAKAN DATARAN ILMU DAN PONDOK ANJUNG ILMU SPBT SK KAYANG

2. Analsis isu / perkara yang difokus (Refleksi):

Kekuatan ProjekProjek ini memperlihatkan banyak mempunyai kekuatan tersendiri semasa kami menjayakannya. Ini

kerana terdapat beberapa perubahan yang kami lakukan yang memerlukan kerjasama antara kami dan

juga pihak sekolah. Selain itu, kerja-kerja melaksanakan projek ini juga agak mencabar buat kami

berlima kerana tenaga kerja yang dilakukan perlu dilipat gandakan. Ini kerana kami berlima adalah

perempuan yang tidak mempunyai tenaga sekuat lelaki yang memerlukan kami mengangkat benda-

benda yang agak berat bagi tenaga seorang perempuan seperti batu-bata, seguni simen, dan lain-lain

lagi. Tambahan lagi, melalui projek ini juga dapat memperlihatkan kami dalam meningkatkan ilmu

pengetahuan dan juga kemahiran yang berguna dalam kehidupan. Contohnya, seperti mencari

barangan yang sesuai digunakan dalam projek misalnya cat yang sesuai untuk digunakan bagi

mengecat tembok dataran ilmu, kemudian membancuh simen bagi mencantumkan batu-bata untuk

membina tangga di Dataran Ilmu dan seterusnya ilmu menganyam atap daun nipah pada pondok

bacaan yang baik pulih. Kami berlima berterima kasih kepada pembantu am sekolah iaitu Pak Cik Aziz

yang banyak membantu kami berlima menyiapkan projek menceriakan Dataran Ilmu dan pondok

bacaan serta dalam menurunkan ilmu-ilmu yang amat berguna tersebut. Melalui projek ini juga,

kerjasama antara kami juga adalah amat penting. Tanpa kerjasama dan persefahaman yang baik

antara kami, mungkin projek ini tidak dapat dilaksanakan dengan lancar dan mungkin terbengkalai.

Selain itu, projek ini juga secara tidak langsung dapat memperindah dan menceriakan kawasan

sekolah selain dapat digunakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah.

Kelemahan ProjekProjek yang dilaksanakan ini juga turut mempunyai beberapa kelemahan yang dapat dikenalpastikan.

Internship yang dijalankan di sekolah adalah selama empat minggu dimana tiga minggu semasa

intership tesebut dijalankan adalah pada bulan Ramadhan. Ini membataskan aktiviti kami dalam

melaksanakan projek menceriakan dataran ilmu dan pondok bacaan semasa bulan ramadhan. Oleh

kerana itu, kami melanjutkan tempoh melaksanakan projek selama dua hari bagi menyiapkan projek

yang telah dirancang dan sedang dilaksanakan. Selain itu, minggu terakhir iaitu minggu keempat

1

Page 2: PENULISAN REFLEKSI

INTERNSHIP ( 7 JULAI 2014 – 8 OGOS 2014 )

SEKOLAH KEBANGSAAN KAYANG

NOOR SYAKINAH BINTI SALLIHUDIN

selepas cuti hari raya, kami sedaya upaya menyiapkan projek tersebut namun terdapat juga halangan

yang tidak dapat dielakkan. Halangan tersebut adalah disebabkan oleh faktor cuaca yang tidak

menentu. Pada waktu persekolahan sebelah pagi, disaat kami cuba bertungkus lumus bagi

menyiapkan projek, halangan cuaca dimana hujan membasahi bumi menyebabkan kami terpaksa

menangguhkan sementara aktiviti projek yang kami lakukan. Ini kerana projek yang kami lakukan

adalah aktiviti di luar bangunan dan memerlukan cuaca yang baik bagi menjalankan aktiviti mengecat

tembok dataran ilmu dan mengecat semula pondok bacaan ilmu. Kelemahan lain adalah kami tidak

cukup mahir dalam membaiki pondok dan juga membina tangga simen. Oleh itu, kami meminta

bantuan daripada pembantu am iaitu Pak Cik Aziz bagi membaiki pondok bacaan dan juga mengajar

kami cara membancuh simen dan cara membina tangga simen. Kerjasama dan bantuan yang

diberikan oleh Pak Cik Aziz sangat kami hargai. Selain itu, perbelanjaan membeli barangan yang

digunakan dalam melaksanakan projek ini juga menghadapi sedikit masa. Pada mulanya, kami

mendahulukan duit kami sendiri untuk menanggung perbelanjaan membeli barangan tanpa berbincang

dengan pihak pengurusan kewangan sekolah. Akhirnya kami mengahadapi masalah dalam memohon

semula perbelanjaan barangan yang telah kami dahulukan dengan duit kami sendiri.

3. Cadangan penambahbaikan:

Bagi mengatasi kelemahan-kelemahan yang telah dikenalpasti, pertamanya kami perlu peka terhadap

faktor cuaca yang menyebabkan kerja-kerja melaksanakan aktiviti tertangguh. Oleh itu, kami

seharusnya melakukan projek dengan segera ketika cuaca dalam keadaan baik. Tambahan lagi,

langkah yang seharusnya diambil bagi melaksanakan projek adalah menyediakan alatan dan barang

yang sesuai semasa melakukan aktiviti membaiki pondok bacaan dan juga mengecat tembok dataran

ilmu serta banyakkan bertanya kepada orang yang lebih arif mengenai kerja-kerja tersebut. Selain itu,

kami juga perlu banyak berbincang dengan pihak-pihak yang tertentu yang terlibat dalam

melaksanakan sesuatu projek bagi mengelakkan kekeliruan berlaku lagi.

1. Isu/Perkara yang di fokus:

PROJEK MERAWAT BUKU TEKS DAN MENCERIAKAN BILIK SPBT

2. Analsis isu / perkara yang difokus (Refleksi):

2

Page 3: PENULISAN REFLEKSI

INTERNSHIP ( 7 JULAI 2014 – 8 OGOS 2014 )

SEKOLAH KEBANGSAAN KAYANG

NOOR SYAKINAH BINTI SALLIHUDIN

Kekuatan Projek Setelah selesai menjalankan projek merawat buku teks dan menceriakan bilik Skim Pinjaman Buku

Teks (SPBT), kami mendapati terdapat banyak kekuatan di dalam projek ini sehingga ia dapat

dilaksanakan dengan baik sekali. Diantara kekuatannya ialah penyediaan kertas kerja yang lengkap,

cepat dan mendapat kebenaran daripada pihak pentadbir seterusnya projek dapat dijalankan dengan

jayanya. Selain itu juga kami dapat melakukan pemulihan pada buku teks yang mengalami kerosakan

agar buku teks tersebut dalam digunakan oleh murid. Projek ini memberikan manfaat buat murid-murid

lain agar dapat menggunakan buku teks dalam keadaan baik. Projek ini mudah dilaksanakan dan tidak

memerlukan kos yang tinggi. Projek ini berjaya menerapkan nilai kerjasama semasa sesi perbincangan

dan sebagai pencetus serta dapat melatih kami untuk mengadakan aktiviti-aktiviti di sekolah kelak.

Kelemahan ProjekWalaupun Projek ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya, namun ia juga terdapat beberapa

kelemahan yang harus diperbaiki. Antaranya ialah dari kerosakan yang teruk pada buku teks. Terdapat

kesan koyak pada buku teks dan helaian buku teks yang terkeluar melebihi bentuk asal dalam buku

teks menyukarkan kami untuk merawat setiap persatu helaian yang mengalami kerosakan. Selain itu,

kekangan masa yang memerlukan kami melakukan projek yang lain menyebabkan kami tidak dapat

menumpukan sepenuh perhatian terhadap aktiviti menceriakan bilik SPBT.

3. Cadangan penambahbaikan:

Untuk mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut pertamanya kami perlu mengasingkan buku teks

yang mempunyai masalah kepada beberapa bahagian. Jika buku teks tersebut mengalami koyakan

kecil pada helaian tertentu, kami menggunakan pita pelekat untuk bahagian helaian koyakan kecil.

Seterusnya, perancangan kerja juga seharusnya dirancang dengan lebih teliti agar kerja yang

dirancang dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah dibincangkan bersama.

1. Isu/Perkara yang di fokus:

PROJEK BAIKPULIH DAN MURAL DINDING SURAU SEKOLAH

2. Analsis isu / perkara yang difokus (Refleksi):

Kekuatan ProjekSetelah selesai menjalankan projek Baikpulih dan Mural Dinding Surau Sekolah, kami dapati terdapat

3

Page 4: PENULISAN REFLEKSI

INTERNSHIP ( 7 JULAI 2014 – 8 OGOS 2014 )

SEKOLAH KEBANGSAAN KAYANG

NOOR SYAKINAH BINTI SALLIHUDIN

banyak kekuatan di dalam projek ini sehingga ia dapat dilaksanakan dengan baik sekali. Diantara

kekuatannya ialah penyediaan kertas kerja yang lengkap, cepat dan mendapat kebenaran daripada

pihak pentadbir seterusnya projek dapat dijalankan dengan jayanya. Projek dapat dilaksanakan dalam

masa hanya empat hari sahaja. Projek ini dikira sangat bernas kerana mural dan lukisan ini dapat

membaiki dinding surau yang suram disamping dapat menaikkan seri dan keindahan dinding surau.

Alatan yang diperlukan untuk projek ini juga turut dibantu oleh panitia seni sekolah ini. Hal ini dapat

mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh kami.

Kelemahan ProjekWalaupun Projek ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya, namun ia juga terdapat beberapa

kelemahan yang harus diperbaiki. Antaranya ialah dari segi pengurusan ruang lukisan yang telah kami

lakarkan. Hal ini kerana kami masih belum mahir untuk membuat lakaran dan mewarnakan mural pada

dinding-dinding. Penggunaan cat-cat pada dinding juga kami dapati kurang mahir dan masih kelihatan

agak comot dan perlu dibaiki beberapa kali bagi memperbaiki kecacatan yang telah dilakukan.

3. Cadangan penambahbaikan:

Untuk mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut pertamanya kami perlu memastikan lukisan

dirancang agar kelihatan lebih teratur dan kemas. Sebelum aktiviti mewarna dilakukan, kami harus

perlu berbincang dan memilih warna yang sesuai serta teknik mewarna mural yang betul bagi

mengelakkan kecacatan pada mural yang dilakukan. Selain itu, kami perlu membahagikan tugas

masing-masing agar kerja menjadi mudah untuk dilakukan bersama-sama.

Sekian.

4