Penutup.docx

1
Penutup eni ukiran kayu adalah seni warisan turun temurun yang mempunyai nilai seni yang tak ternilai harganya. Menyedari pentingnya seni ini tidak hilang ditelan zaman. Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada rumah-rumah tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-istana raja, binaan masjid dan mimbarnya, surau, wakaf, pintu gerbang, alat-alat permainan masa lapang, alat- alat muzik tradisi, perabot seperti almari, katil, kerusi, meja, dan kepala perahu yang disebut bangau, alat-alat senjata, peralatan memasak, peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi seperti perahu, kereta kuda dan kereta lembu. Ekspresi yang dipaparkan melalui ukiran kayu mewakili watak dan budaya masyarakat Melayu di Malaysia. Perjalanan sejarahnya yang cukup panjang menandakan kedewasaan seni kraf Melayu itu sendiri. Kewujudan seni kraf Melayu sejak bermula tamadun di Nusantara sehingga hari ini merupakan bukti kedewasaannya. Perjalanan sejarah ini juga memperlihatkan perubahan demi perubahan berlaku ke atas seni kraf Melayu dan menjadikannya warisan yang dibawa dari zaman ke zaman. Selain itu ukiran kayu juga ialah simbol kerajinan tangan, kemahiran dan ketinggian ilmu yang diterjemahkan ke dalam pelbagai bentuk barangan yang mempunyai unsur seni. Simbol dan identiti yang ditonjolkan pada ukiran kayu mencerminkan jati diri masyarakat Malaysia.

description

p

Transcript of Penutup.docx

Penutupeni ukiran kayu adalah seni warisan turun temurun yang mempunyai nilai seni yang tak ternilai harganya. Menyedari pentingnya seni ini tidak hilang ditelan zaman. Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada rumah-rumah tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-istana raja, binaan masjid dan mimbarnya, surau, wakaf, pintu gerbang, alat-alat permainan masa lapang, alat-alat muzik tradisi, perabot seperti almari, katil, kerusi, meja, dan kepala perahu yang disebut bangau, alat-alat senjata, peralatan memasak, peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi seperti perahu, kereta kuda dan kereta lembu.Ekspresi yang dipaparkan melalui ukiran kayu mewakili watak dan budaya masyarakat Melayu di Malaysia. Perjalanan sejarahnya yang cukup panjang menandakan kedewasaan seni kraf Melayu itu sendiri. Kewujudan seni kraf Melayu sejak bermula tamadun di Nusantara sehingga hari ini merupakan bukti kedewasaannya. Perjalanan sejarah ini juga memperlihatkan perubahan demi perubahan berlaku ke atas seni kraf Melayu dan menjadikannya warisan yang dibawa dari zaman ke zaman.Selain itu ukiran kayu juga ialah simbol kerajinan tangan, kemahiran dan ketinggian ilmu yang diterjemahkan ke dalam pelbagai bentuk barangan yang mempunyai unsur seni. Simbol dan identiti yang ditonjolkan pada ukiran kayu mencerminkan jati diri masyarakat Malaysia.