Penyakit Gusi - sihatgusi.infosihatgusi.info/gusiwpi/wp-content/uploads/Penyakit-gusi.pdf · doktor...

2
Penyakit Gusi J: Buat masa ini, tidak. Makanlah makanan yang seimbang untuk memastikan kesihatan menyeluruh. S6: Adakah cara mencegah penyakit gusi? J: Cara terbaik mencegah dan mengawalnya adalah membaiki penjagaan kebersihan mulut, cara hidup yang sihat dan pemerik- saan kesihatan mulut berkala. S7: Berapa kerapkah perlu saya berjumpa doktor untuk pencucian gigi? J: Sesetengah individu perlu berjumpa doktor lebih kerap daripada yang lain, bergantung kepada keperluan khusus masing-masing. Doktor pergigian anda dapat mengenalpasti dan memberi maklumat yang lebih terper- inci mengenai keperluan anda. S8: Bolehkah penyakit gusi disembuhkan secara keseluruhannya? J: Tidak. Penyakit gusi boleh aktif semula selepas rawatan sekiranya keseimbangan ketahanan badan terganggu. Pemeriksaan berkala selepas rawatan penyakit amat ditekankan untuk mengawasi tahap penya- kit dan memberikan rawatan sokongan sekiranya perlu. Tel: 03 92897745 Fax: 03 92897797 E-mail: [email protected] Jabatan Periodontologi, Fakulti Pergigian, Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 50300 Kuala Lumpur S1: Kenapa gusi saya kerap berdarah semasa memberus gigi? J: Gusi yang mudah berdarah merupakan tanda awal penyakit gusi. Teknik pemberu- san yang tidak betul atau berus yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan gusi berdarah. S2: Bagaimanakah tartar boleh terbentuk? J: Plak yang dibiarkan terkumpul lama di da- lam mulut akan mengeras dan membentuk tartar. S3: Adakah semua orang boleh mendapat penyakit gusi? J: Tidak. Hanya mereka yang mempunyai ke- cenderungan dan berisiko sahaja. S4: Adakah penyakit gusi boleh diwarisi di dalam keluarga? J: Terdapat 2 jenis penyakit gusi - satu disebabkan oleh faktor setempat iaitu plak, manakala yang satu lagi disebabkan oleh faktor sistemik termasuk gen yang diwarisi. S5: Adakah sebarang ubat/makanan untuk menyembuhkan penyakit gusi? Soalan Yang Sering Ditanya Mengenai Penyakit Gusi:

Transcript of Penyakit Gusi - sihatgusi.infosihatgusi.info/gusiwpi/wp-content/uploads/Penyakit-gusi.pdf · doktor...

Page 1: Penyakit Gusi - sihatgusi.infosihatgusi.info/gusiwpi/wp-content/uploads/Penyakit-gusi.pdf · doktor untuk pencucian gigi?lam mulut akan mengeras dan membentuk J: Sesetengah individu

Penyakit Gusi

J: Buat masa ini, tidak. Makanlah makanan

yang seimbang untuk memastikan

kesihatan menyeluruh.

S6: Adakah cara mencegah penyakit gusi?

J: Cara terbaik mencegah dan mengawalnya

adalah membaiki penjagaan kebersihan

mulut, cara hidup yang sihat dan pemerik-

saan kesihatan mulut berkala.

S7: Berapa kerapkah perlu saya berjumpa

doktor untuk pencucian gigi?

J: Sesetengah individu perlu berjumpa doktor

lebih kerap daripada yang lain, bergantung

kepada keperluan khusus masing-masing.

Doktor pergigian anda dapat mengenalpasti

dan memberi maklumat yang lebih terper-

inci mengenai keperluan anda.

S8: Bolehkah penyakit gusi disembuhkan

secara keseluruhannya?

J: Tidak. Penyakit gusi boleh aktif semula

selepas rawatan sekiranya keseimbangan

ketahanan badan terganggu. Pemeriksaan

berkala selepas rawatan penyakit amat

ditekankan untuk mengawasi tahap penya-

kit dan memberikan rawatan sokongan

sekiranya perlu.

Tel: 03 92897745

Fax: 03 92897797

E-mail: [email protected]

Jabatan Periodontologi,

Fakulti Pergigian,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

Jalan Raja Muda Abdul Aziz,

50300 Kuala Lumpur

S1: Kenapa gusi saya kerap berdarah semasa

memberus gigi?

J: Gusi yang mudah berdarah merupakan

tanda awal penyakit gusi. Teknik pemberu-

san yang tidak betul atau berus yang tidak

sesuai juga boleh menyebabkan gusi

berdarah.

S2: Bagaimanakah tartar boleh terbentuk?

J: Plak yang dibiarkan terkumpul lama di da-

lam mulut akan mengeras dan membentuk

tartar.

S3: Adakah semua orang boleh mendapat

penyakit gusi?

J: Tidak. Hanya mereka yang mempunyai ke-

cenderungan dan berisiko sahaja.

S4: Adakah penyakit gusi boleh diwarisi di

dalam keluarga?

J: Terdapat 2 jenis penyakit gusi - satu

disebabkan oleh faktor setempat iaitu plak,

manakala yang satu lagi disebabkan oleh

faktor sistemik termasuk gen yang diwarisi.

S5: Adakah sebarang ubat/makanan untuk

menyembuhkan penyakit gusi?

Soa l an Yang Ser i ng D i t an ya M engena i Pen yak i t G us i :

Page 2: Penyakit Gusi - sihatgusi.infosihatgusi.info/gusiwpi/wp-content/uploads/Penyakit-gusi.pdf · doktor untuk pencucian gigi?lam mulut akan mengeras dan membentuk J: Sesetengah individu

T a nd a - t a n da Pe n ya k i t G u s i

Gingivitis

Gusi bengkak, berkilat dan

lembut

Gusi merah dan mudah

berdarah

Sakit sekitar gusi dan gigi

Karang gigi/ Tartar

Periodontitis

Kegoyahan gigi

Pertambahan ruang antara

gigi

Perubahan kedudukan gigi

Gusi yang semakin susut

Gigi kelihatan lebih panjang

Kehilangan tulang

penyokong (dikesan da-

lam filem x-ray)

Jangkitan dan Abses

Bengkakan yang sakit

Nanah

Lain-lain

Ulser di sekeliling gigi

Bau mulut yang busuk

Penyakit gusi merupakan salah satu daripada

penyebab utama kehilangan gigi di kalangan individu

dewasa di seluruh dunia.

S e ba b P en ya k i t G u s i

Penyakit gusi disebabkan oleh ketidakseimbangan di

antara kesan dari plak pergigian dan daya ketahanan

badan seseorang individu.

P l ak Pe r g i g ia n

Ia merupakan bahan tidak berwarna yang melekit

pada sebarang permukaan keras dalam mulut terma-

suk gigi dan dentur. Walaubagaimanapun, ia mudah

ditanggalkan dengan pemberusan yang berkesan.

Komponen utama plak pergigian adalah asid yang

dihasilkan oleh aktiviti kuman di dalam persekitaran

mulut. Jika dibiar lama di dalam mulut tanpa

dibersihkan, produk merbahaya ini akan menyebab-

kan kebengkakan gusi (gingivitis), kerosakan gigi

atau karies dan/atau kerosakan tisu penyokong gigi

(periodontitis).

Antara Faktor Penyumbang Kepada Penyakit Gusi:

Penjagaan kebersihan mulut yang buruk

Merokok

Keadaan / Penyakit yang boleh mengurangkan

sistem ketahanan badan seperti kencing manis

yang tidak terkawal, jangkitan kronik, keku-

rangan nutrisi yang teruk,

Perubahan hormon contohnya semasa baligh dan

mengandung

Stres psikologikal yang tidak terkawal

Kesan pengambilan sesetengah ubat

Penyakit Gusi

Tahap nor-

mal tulang

Tahap tulang

rendah

Gusi

Ligamen Penyokong

Akar gigi

Tulang Penyokong

F u ng s i G us i

G u s i s i h a t

Gusi (gingiva) merupakan sebahagian daripada tisu

penyokong gigi (periodontium).

Dalam keadaan sihat, ia mempunyai kontur yang bersiku

(scallop), kental dan berwarna merah jambu.

Sebagai lapisan pelindung kepada tisu periodontium

yang lain

Sebagai sebahagian dari struktur penyokong gigi di

tempatnya di dalam mulut

Sebagai tisu yang menyediakan bekalan darah, pensa-

rafan dan juga nutrien kepada tisu penyokong yang

lain

Sebagai menyediakan warna (hue) kepada gigi