PENYAKIT pokok cempedak.docx

2
PENYAKIT, PEROSAK TANAMAN CEMPEDAK DAN CARA KAWALANNYA PENYAKIT: Mati rosot Penyakit yang paling serius untuk tanaman cempedak ialah penyakit bakteria yang disebabkan oleh pathogen Erwinia carotovora yang menyerang bahagian dahan dan pangkal pokok. Pada permulaan serangan, daun-daun yang dijangkiti penyakit akan menguning. Bahagian dahan yang diserang mengeluarkan pembesaran damar yang berwarna putih kekuningan. Permukaan kulit menjadi lembut, berair dan berbau busuk. Apabila kulit dikopek, permukaan kayu di dalamnya telah bertukar ke warna perang. Untuk membasmi, cantas dahan-dahan yang diserang dicantas dan bakar. Bagi jangkitan yang telah parah, pokok perlu ditebang dan dibakar. Semua alat yang digunakan untuk memotong dan memangkas pokok hendaklah dibasmi kuman dengan mencelupkannya di dalam alkohol 85% atau formalin 3%. Reput putik buah Serangan kulat Rhizopus artocarpi atas putik-putik buah mengakibatkan putik-putik menjadi hitam dan gugur. Sembur racun kulat seperti cuprous oxide dengan kadar 0.2% bahan aktif dua minggu sekali pada peringkat pembungaan adalah disyorkan. MAKHLUK PEROSAK : Pengorek buah (Margaronia caesalis) Larva yang baru menetas mengorek dan masuk ke dalam isi buah dan memakannya dan meningalkan lubang di permukaan buah. Bahan buangan atau fras dikeluarkan dari lubang ini. Balut buah dua minggu selepas berputik dengan karung kertas. Pengorek batang (Apriona flavescens) Larva mengorek ke dalam batang dan mengambil masa lebih enam bulan untuk matang. Larva akan mengorek terowong di sepanjang ranting hingga ke dahan dan ke batang utama. Ia mengeluarkan frass melalui lubang yang dikorek. Daun dan pucuk menjadi kuning dan kering. ranting dan dahan yang diserang dipangkas dan dibakar.

Transcript of PENYAKIT pokok cempedak.docx

Page 1: PENYAKIT pokok cempedak.docx

PENYAKIT, PEROSAK TANAMAN CEMPEDAK DAN CARA KAWALANNYA

PENYAKIT:

Mati rosot

Penyakit yang paling serius untuk tanaman cempedak ialah penyakit bakteria yang disebabkan oleh pathogen Erwinia carotovora yang menyerang bahagian dahan dan pangkal pokok.  Pada permulaan serangan, daun-daun yang dijangkiti penyakit akan menguning.  Bahagian dahan yang diserang mengeluarkan pembesaran damar yang berwarna putih kekuningan.  Permukaan kulit menjadi lembut, berair dan berbau busuk.  Apabila kulit dikopek, permukaan kayu di dalamnya telah bertukar ke warna perang.  Untuk membasmi, cantas dahan-dahan yang diserang dicantas dan bakar.  Bagi jangkitan yang telah parah, pokok perlu ditebang dan dibakar.   Semua alat yang digunakan untuk memotong dan memangkas pokok hendaklah dibasmi kuman dengan mencelupkannya di dalam alkohol 85% atau formalin 3%. 

Reput putik buah

Serangan kulat Rhizopus artocarpi atas putik-putik buah mengakibatkan putik-putik menjadi hitam dan gugur.  Sembur racun kulat seperti cuprous oxide dengan kadar 0.2% bahan aktif dua minggu sekali pada peringkat pembungaan adalah disyorkan.

MAKHLUK PEROSAK :

Pengorek buah (Margaronia caesalis)Larva yang baru menetas mengorek dan masuk ke dalam isi buah dan memakannya dan meningalkan lubang di permukaan buah.  Bahan buangan atau fras dikeluarkan dari lubang ini.  Balut buah dua minggu selepas berputik dengan karung kertas. 

Pengorek batang (Apriona flavescens)Larva mengorek ke dalam batang dan mengambil masa lebih enam bulan untuk matang.  Larva akan mengorek terowong di sepanjang ranting hingga ke dahan dan ke batang utama.  Ia mengeluarkan  frass melalui lubang yang dikorek. Daun dan pucuk menjadi kuning dan kering.  ranting dan dahan yang diserang dipangkas dan dibakar. 

Lalat Buah (Backtrocera spp.)Bertelur di dalam buah yang hampir masak.  Mengorek dan memakan isi buah.  Bungkus buah apabila saiz mencapai 16-18 cm dengan karung kertas.  Penggunaan umpan protein promar dicampur dengan racun perosak seperti malathion dan disembur ke daun.  Penggan bahan penarik methyleugenol untuk memerangkap lalat buah.