Penyakit Sakit Jantung - Punca & Prakarsa Menanganinya

download Penyakit Sakit Jantung - Punca & Prakarsa Menanganinya

of 1

Transcript of Penyakit Sakit Jantung - Punca & Prakarsa Menanganinya

  • 8/3/2019 Penyakit Sakit Jantung - Punca & Prakarsa Menanganinya

    1/1

    1 of 1

    PENYAKIT SAKIT JANTUNG : PUNCA & PRAKARSA MENANGANINYA

    Sebagaimana yang diketahui, penyakit sakit jantung merupakan pembunuh utama di negara kita.

    Anda sebagai pegawai kesihatan telah dijemput untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk

    Punca-punca yang Mengundang Penyakit Sakit Jantung dan Prakarsa-prakarsa untuk Menangani

    Penyakit Ini. Sediakan teks selengkapnya.

    PUNCA:1. Menghisap rokok secara tidak terkawal merupakan punca utama berlakunya sakit

    jantung. Bahan-bahan kimia terutamanya nikotin dan asap rokok akan mempercepat pembekuan

    darah, menggalakkan pemendapan lemak pada dinding jantung, maka mengurangkan

    bekalan oksigen kepada jantung.

    Selagi saluran-saluran darah di dalam jantung seperti arteri koronari menjadi sempit dantersumbat, individu akan menghidapi penyakit darah tinggi yang juga dikenali sebagai

    hipertensi dan sesak bernafas - meningkatkan risiko diserang sakit jantung.

    2. Cara pengambilan makanan yang tidak seimbang juga menyumbang kepada masalah ini. Corak pemakanan rakyat yang gemar akan makanan segera dan makanan bergoreng di

    restoran-restoran dikenal pasti memudaratkan kesihatan

    Pengambilan lemak yang terlalu tinggi seperti mentega, minyak sapi, daging berlemak turutmembebankan jantung manusia serta menggugat kesihatan kita

    Bukan itu sahaja, pemakanan yang berlebihan daripada keperluan dan pengambilanmakanan suplemen/sampingan yang tidak betul akan menyebabkan sakit jantung.

    3. Gaya hidup yang tidak sihat Kurang bersenam, sering terdedah kepada kehidupan yang penuh dengan tekanan,

    penderaan emosi seperti sedih atau marah juga akan menjejaskan kesihatan.

    Manusia dalam era pemodenan dan globalisasi terutamanya golongan remaja sering dudukdi depan komputer beberapa jam berturut-berturut tanpa rehat - selalu mengamalkan tabiat

    tidur lewat - menjejaskan fungsi organ seperti otak, hati dan jantung.

    PRAKARSA:

    1. Mengamalkan corak pemakanan yang sihat dan seimbang sewajarnya menambah pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran serta mengelakkan

    karbohidrat yang halus, daging, telur dan makanan berlemak dan berminyak.

    jangan asyik makan di luar rumah Usus manusia lebih sesuai untuk diisi dengan serat yang berfungsi sebagai pelincir untuk

    mengeluarkan bahan buangan daripada badan

    2. Kerap bersenam senaman aerobik seperti berjalan, joging, menuggang basikal dan berenang sepatutnya

    dilakukan sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit sehari dan sekurang-kurangnya 3 kali

    seminggu.

    badan sihat otak cergas3. Mengamalkan gaya hidup sihat Belajar mengendalikan tekanan dan mengawal emosi Menjalani pemeriksaan kesihatan badan tahunan, terutamanya golongan yang berumur 35

    tahun ke atas