PUNCA konflik agama

22
PUNCA-PUNCA Dalam konteks sekarang, sebagaimana kata mantan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika beliau menjadi Perdana Menteri dalam ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Ketiga Dunia Islam dan Barat, bahawa konflik yang timbul antara dunia Islam dengan negara barat ( kristian ) bukan berpunca daripada kepercayaan agama yang berbeza tetapi kerana manipulasi terhadap agama oleh pihak yang berfikiran sempit atau secular. Mereka menganjurkan ‘kekerasan’ atas nama agama. Kekerasan yang dianjurkan ini pada umumnya didorong oleh keyakinan keagamaan yang mana mereka merasakan tindakan mereka adalah sejajar dengan perintah Tuhan yang telah terdapat dalam teks-teks kitab suci mereka. Tambahan lagi, timbulnya konflik peradaban pada abad ini disebabkan oleh kejahilan yang disertai dengan rasa kesangsian dan permusuhan terhadap satu sama lain yang telah menghalang mereka daripada menjalinkan hubungan yang berkekalan dan berkembang maju. Contohnya, ketegangan antara Islam-Kristian berakar umbi daripada interaksi yang berasaskan sikap bahawa pihak masing-masinglah yang benar. Masing-masing menganggap merekalah pengikut agama yang unggul. Mereka bersaing untuk menyebarkan dakwah. Saingan

Transcript of PUNCA konflik agama

Page 1: PUNCA  konflik agama

PUNCA-PUNCA

Dalam konteks sekarang, sebagaimana kata mantan Perdana Menteri Datuk Seri

Abdullah Ahmad Badawi ketika beliau menjadi Perdana Menteri dalam ucaptama pada

Persidangan Antarabangsa Ketiga Dunia Islam dan Barat, bahawa konflik yang timbul

antara dunia Islam dengan negara barat ( kristian ) bukan berpunca daripada kepercayaan

agama yang berbeza tetapi kerana manipulasi terhadap agama oleh pihak yang berfikiran

sempit atau secular. Mereka menganjurkan ‘kekerasan’ atas nama agama. Kekerasan

yang dianjurkan ini pada umumnya didorong oleh keyakinan keagamaan yang mana

mereka merasakan tindakan mereka adalah sejajar dengan perintah Tuhan yang telah

terdapat dalam teks-teks kitab suci mereka.

Tambahan lagi, timbulnya konflik peradaban pada abad ini disebabkan oleh

kejahilan yang disertai dengan rasa kesangsian dan permusuhan terhadap satu sama lain

yang telah menghalang mereka daripada menjalinkan hubungan yang berkekalan dan

berkembang maju. Contohnya, ketegangan antara Islam-Kristian berakar umbi daripada

interaksi yang berasaskan sikap bahawa pihak masing-masinglah yang benar. Masing-

masing menganggap merekalah pengikut agama yang unggul. Mereka bersaing untuk

menyebarkan dakwah. Saingan ini kadang-kadang membawa ketegangan dan

menyukarkan kewujudan situasi yang saling memahami dan menghormati sesama Islam

dan Kristian.

Punca-punca lain yang menyebabkan berlakunya konflik agama ialah kerana

didorong oleh kepentingan politik mahupun teologi dalam menentukan keputusan politik.

Faktor keputusan politik ini dapat menimbulkan konflik agama kerana terdapat satu

kumpulan politik yang bertindak hanya menyebelahi satu pihak sahaja. Tindakan ini

menyebabkan rasa ketidakpuashatian kepada pihak yang lain dan seterusnya

menyebabkan berlakunya konflik sesama mereka. Bahkan tindakan ini amat tidak adil

kepada semua masyarakat. Keputusan politik sering menjadi penentu dalam mewujudkan

Page 2: PUNCA  konflik agama

kehidupan yang lebih kompleks. Pemimpin-pemimpin politik seolah-olah mempunyai

kuasa besar dalam menentukan cara hidup masyarakat dengan menentukan aliran agama

yang sepatutnya mereka anuti.

Percanggahan pendapat antara pemimpin juga menyebabkan konflik agama

terjadi kerana masing-masing akan mempertahankan nilai yang dipegang. Kewujudan

golongan yang berkedudukan tinggi dalam sosio-masyarakat hanya menambahkan

juarang perbezaan antara masyarakat. Kadang kala ada di antara golongan politik ini

memainkan peranan sebagai orang perantaraan dalam masalah konflik agama yang

timbul. Bagi golongan yang mempunyai motif atau agenda yang tersendiri, mereka akan

berusaha mencari jalan demi mencapai matlamat yang diingini. Keadaan ini

menyebabkan mereka sanggup mempergunakan pengikut mereka sendiri. Bagi mereka

yang fanatik terhadap sesuatu kumpulan, mereka sanggup melakukan apa sahaja yang

disuruh oleh ketua mereka. Malah, ada antaranya sanggup menjalankan rusuhan,

membuat demostrasi, dan menimbulkan kekecohan tanpa menghiraukan keselamatan

orang awam.

Selain itu, faktor kemiskinan juga menyebabkan konflik agama berlaku. Hal ini

kerana, faktor kemiskinan merupakan salah satu medium yang sangat mudah untuk

mempengaruhi pemikiran dan pandangan masyarakat. Dalam keadaan kemiskinan, amat

susah dan sukar untuk dibicara mengenai agama kerana semua orang akan berfikiran

kritis terhadap apa jua yang diperkatakan. Faktor kemiskinan ini juga menjadikan jurang

perbezaan taraf antara masyarakat semakin meningkat. Keadaan ini juga menyebabkan

ada negara yang berkuasa besar cubamenindas negara yang lemah. Malah di Amerika,

pemerintahnya mula meletakkan tekanan dalam beragama. Golongan ini mula

menerapkan aturan-aturan dalam menindas dan mengeksplotasi golongan agama minoriti.

Page 3: PUNCA  konflik agama

CARA MENGATASI

Adalah menjadi perkara biasa terdapatnya perbezaan pendapat di antara anggota

organisasi, malah ia dianggap sebagai satu ‘rahmat’ dari Allah SWT yang bertujuan

untuk membuka pintu-pintu kemudahan dan juga penyelesaian terhadap masalah yang

dihadapi demi kepentingan manusia sejagat. Tetapi yang membimbangkan ialah

perbezaan pendapat ini akan bertukar menjadi satu konflik yang tegar yang seterusnya

membawa implikasi yang negatif. Umat Islam perlu sentiasa di ingatkan bahawa

perbezaan yang wujud dari segi kelainan warna kulit, bahasa, bangsa dan sebagainya

adalah bertujuan untuk memperkayakan umat manusia dari segi pengetahuan mereka

jua.Ia juga adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada manusia untuk mengamalkan

konsep saling hormat menghormati dan bekerjasama walaupun berbeza dari segi bangsa

dan sebagainya.

       Antara langkah yang boleh diambil bagi mengawal konflik agama ialah melalui

mesyawarah atau syura antara kedua-dua belah pihak. Apa yang dimaksudkan dengan

konsep ini ialah ia meliputi proses perbincangan dan perundingan dan melalui kaedah ini

ia adalah merupakan satu institusi dan budaya pengurusan cara Islam yang berhemah lagi

bijaksana. Syura adalah satu proses perbincangan bertujuan mencari kebenaran dan

pembentukan consensus dalam perkara yang tertentu yang menyentuh kepentingan

seseorang individu dan juga masyarakat di mana syariah tidak juga memberikan

peruntukan yang jelas berkaitan dengannya. Dalam menyelesaikan konflik agama ini,

agama Islam juga turut menjalankan penyelesaian konflik dengan mengenakan tindakan

yang tegas yang sebenarnya masih lagi berlandaskan kepada kebenaran hakiki kepada

pihak yang dianggap bersalah tersebut. Sebagai contohnya ialah peperangan sama ada

dalam jalan Allah atau bagi membela pihak yang ditindas atau dizalimi.

      

Page 4: PUNCA  konflik agama

Selain itu, Kepimpinan yang adil juga penting dalam penyelesaian konflik dalam

Islam. Jikalau seseorang pemimpin itu tidak mempunyai kewibawaan, adalah amat sukar

untuk menangani masalah percanggahan pendapat yang timbul dalam sesebuah

organisasi bahkan ia akan mengeruhkan lagi konflik yang sedia ada. Prinsip ini adalah

penting dan memerlukan juga tindakbalas dalam kalangan orang Mukmin yang

menyarankan mereka agar mentaati ketua mereka yang telah dipilih dengan sebulat suara

dalam kalangan mereka juga. Segala perintah yang disuruh oleh ketua hendaklah diikuti

selagi ia tidak melanggar perintah dan nilai Islam.

       Disamping itu, bagi mengelak berlaku konflik ini, umat Islam dilarang keras

mengamalkan amalan fitnah kerana berita berunsurkan fitnah yang disampaikan boleh

memporak-perandakan umat Islam. Disebabkan itu adalah amat penting penentuan

kebenaran setiap berita yang disampaikan juga penapisan maklumat atau berita yang

disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab seperti orang munafik yang

sentiasa ingin memecahbelahkan umat Islam. Konflik dalam Islam juga boleh diatasi

melalui peranan orang tengah yang adil dan berwibawa dalam menyelesaikan masalah

berkaitan dengan konflik agama ini. Seterusnya, penyelesaian konflik agama juga boleh

dibuat dalam bentuk ‘nasihat’ ‘irsyad’ dan ‘tawsiyah’. Nasihat ini adalah membawa erti

melaluinya seseorang individu akan lebih berasa tenang dalam melalui krisis tersebut

juga dapat mengelak berlaku perkara yang tidak sepatutnya. Irsyad pula bermaksud

mendapat tunjuk ajar dari individu atau dari negara yang berpengalaman luas dalam

aspek kenegaraan dan juga bagi menyelesaikan konflik antara agama ini.

Page 5: PUNCA  konflik agama

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya kita sebagai masyarakat yang hidup dalam dunia

globalisasi ini perlu bijak dalam menilai sesuatu keadaan supaya kita tidak mudah

membuat keputusan secara membabi-buta tanpa menerokai perkara sebenarnya yang

terjadi. Hal ini dapat ditunjukkan dengan masalah konflik Islam dengan barat. Kita tidak

boleh sesuka hati menuding jari kepada sesiapa tanpa mengkaji dahulu siapa sebenarnya

yang melakukan kesalahan tersebut. Apabila hal ini terjadi maka satu perbalahan akan

terjadi antara dua pihak. Kesannya masyarakat akan hidup menderita.

Maka sebagai umat Islam mahupun pengganut agama Kristian kita haruslah saling

menjaga hubungan sesama kita agar semua orang dapat hidup dengan aman. Konflik

antara dua agama ini terlalu serius sehingga menyebabkan peperangan berlaku. Hal ini

memberi kesan negatif kepada masyarakat dunia. Masa depan hubungan Islam-Barat

(kristian) adalah bergantung kepada pengganut agama itu masing-masing. Semuanya

bergantung kepada mereka samada untuk memperbaiki kecacatan tersebut pada masa lalu

dan memandang ke hadapan untuk kebaikan masyarakat juga.

Oleh itu, kedua-dua komuniti ini hendaklah mempunyai kesungguhan untuk

membangunkan sebuah komuniti yang memiliki kesedaran untuk menjaga keamanan

sejagat. Malah bukan sahaja kedua-dua komuniti tersebut tetapi agama-agama yang lain

juga perlu memainkan peranan dalam menjaga keharmonian dan keamanan dunia tanpa

ada lagi perbalahan antara agama yang boleh membawa kesan buruk kepada masyarakat.

Satu kesefahaman perlu dicapai antara semua agama agar dunia ini menjadi aman. Tiada

lagi perbalahan, permusuhan mahupun peperangan yang ada hanya keamanan.

Kesimpulannya, semua pengganut agama di dunia ini perlu memainkan peranan

dalam menjaga hubungan antara agama. Saling menghormati dan bertolak ansur antara

Page 6: PUNCA  konflik agama

agama itu penting untuk menjaga hubungan sesama pengganut agama. Sebagai

masyarakat yang hidup dalam dunia yang mempunyai pelbagai agama perlu mempunyai

pengetahuan yang tinggi mengenai agama sendiri dan juga agama yang lain. Hal ini

adalah kerana demi menjaga keharmonian sesama masyarakat yang mempunyai pelbagai

pengganut agama.

Page 7: PUNCA  konflik agama

CONTOH – CONTOH KONFLIK AGAMA

BERBEZA AGAMA

Sebagai contoh, terdapat sebuah sekolah di Texas, Amerika Syarikat, yang

menerapkan aturan yang mendiskriminasikan murid beragama Islam. Pada waktu

istirahat murid yang beragama lain dibenarkan membaca novel atau membuat aktiviti

lain, akan tetapi, murid beragama Islam dilarang menunaikan ibadah. Hal ini jelas

menunjukkan bahawa aturan yang digunakan itu tidak memberikan hak, tetapi hanya

menjejaskan hak yang sepatutnya diberikan kepada semua masyarakat. Sedangkan semua

orang bebas melakukan ibadah anutan mereka. Namun, faktor kemiskinan dan perbezaan

taraf menjadi punca berlakunya konflik agama.

Contoh-contoh konflik agama yang berlaku ialah seperti konflik agama antara

Katolik dan protestan di Ireland Utara yang berlaku lebih kurang 70 tahun. Konflik ini

bermula apabila berlakunya penaklukan dan penguasaan tanah oleh british yang

merampas tanah daripada penduduk Irish ataupun Katolik dan kemudiannya diserahkan

kepada Protestan. Irish bangkit menentang penaklukan tersebut dan berlakunya

pembunuhan beramai-ramai. Askar-askar British merampas tanah dan membunuh

pengamal agama Katolik dan mengagihkannya kepada bangsa lain. Hal ini menimbulkan

rasa tidak puas hati bagi pengamal Katolik. Penekanan berterusan sehingga ke generasi

seterusnya menyebabkan pengamal Katolik tidak dibenarkan menjadi tentera atau

perkhidmatan awam atau profesion perundangan ataupun parlimen serta dinafikan hak

untuk mengundi.

Pengamal Katolik tidak dibenarkan memiliki tanah, namun hanya diberi pajakan

selama tidak melibihi 31 tahun. Selain itu, perkahwinan antara Katolik dan protestan

adalah dilarang sama sekali. Kesemua kekangan ini, berlangsung selama seratus tahun.

Negara Southern Ireland ataupun dikenali sebagai The Republic of Ireland, yang

mejoritinya mempunyai pengamal Katolik mencapai kemerdekaan pada tahun1921.

Page 8: PUNCA  konflik agama

Northen Ireland pula kekal dikuasai oleh pihak British yag mejoritinya merupakan

penganut Protestan. Protestan berkuasa dalam menguasai tanah, kilang dan politik di

Northen Ireland, manakala pengamal Katolik hanya berpeluang untuk terlibat dalam

pendidikan dan jawatan yang bergaji tinggi. Pada tahun1960, Civil Rights movement

yang dibawa oleh Katolik mewujudkan peluang pendidikan dan penghapusan

diskriminasi. Walaubagaimanapun, tindakan ini disalahertikan oleh Protestan sebagai

gerakan menyatukan Northern Ireland dengan Ireland. Berlaku peperangan antara

Protestan dan Katolik pada tahun1970 di mana tentera British telah kembali ke Northern

Ireland.

SESAMA AGAMA

Contoh kedua yang dapat dilihat ialah konflik antara Ahlussunnah Waljamaah

dengan Syiah. Banyak orang yang menyangka bahawa perbezaan antara Ahlussunnah

Waljamaah dengan Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah (Ja’fariyah) dianggap sekadar dalam

masalah khilafiyah Furu’iyah, seperti perbezaan antara NU dengan Muhammadiyah,

antara Madzhab Safi’i dengan Madzhab Maliki. Hal ini kerana dengan adanya masalah

Sunni dengan Syiah, mereka berpendapat agar perbezaan pendapat tersebut tidak perlu

dibesar-besarkan. Selebihnya mereka berharap supaya antara NU dengan

Muhammadiyah sekarang boleh diadakan pendekatan-pendekatan demi Ukhuwah

Islamiyah, lalu mengapa antara Syiah dan Sunni tidak dilakukan ?. Hal ini kerana, ketika

Muslimin bangun melawan serangan Syiah, mereka menjadi penonton dan tidak ikut

berjuang.

Hal ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana kurangnya pengetahuan

mengenai akidah Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah (Ja’fariyah). Sehingga apa yang

mereka sampaikan hanya terbatas pada apa yang mereka ketahui. Semua itu adalah

kerana kurangnya maklumat kepada mereka, akan hakikat sebenar ajaran Syiah

Imamiyah Itsna Asyariyah (Ja’fariyah). Sedangkan apa yang mereka tahu, hanyalah

bersumberkan dari

Page 9: PUNCA  konflik agama

tokoh-tokoh Syiah yang sering berkata bahawa perbezaan Sunni dengan Syiah seperti

perbezaan antara Mazhab Maliki dengan Mazhab Syafi’i. Padahal perbezaan antara

Mazhab Maliki dengan Mazhab Syafi’i, hanya dalam masalah Furu’iyah saja. Sedangkan

perbezaan antara Ahlussunnah Waljamaah dengan Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah

(Ja’fariyah), adalah berbeza di dalam Furuu’ dan juga dalam Ushuul.

Rukun Iman mereka berbeza dengan rukun Iman kita,begitu juga dengan rukun

Islamnya juga berbeza. Selain itu, kitab-kitab serta hadisnya juga berbeza, bahkan

terdapat juga sumber mengatakan sebahagian besar ulama-ulama Syiah menyatakan,

bahawa Al-Qur'an mereka juga berbeza dengan Al-Qur'an kita (Ahlussunnah). Terdapat

juga dari ulama mereka yang pura-pura (taqiyah) mengatakan bahawa Al-Qur'annya

sama, maka dalam menafsirkan ayat-ayat tersebut sangat berbeza dan berlainan. Amat

tepatlah apabila ulama-ulama Ahlussunnah Waljamaah mengatakan bahawa Syiah

Imamiyah Itsna Asyariyah (Ja’fariyah) adalah satu agama tersendiri ’’. Melihat betapa

pentingnya persoalan tersebut, maka di bawah ini kami jelaskan sebahagian daripada

perbezaan antara akidah Ahlussunnah Waljamaah dengan aqidah Syiah Imamiyah Itsna

Asyariyah (Ja’fariyah).

Page 10: PUNCA  konflik agama

PERBEZAAN DARI SEGI RUKUN ISLAM

1.      Ahlussunnah         : Rukun Islam kita ada 5 (lima)

a)      Syahadah

b)      Solat 5 waktu

c)      Puasa

d)      Zakat

e)      Menunaikan Haji

Syiah                     : Rukun Islam Syiah juga ada 5 (lima) tapi berbeza:

a)      Solat

b)      Puasa

c)      Zakat

d)      Menunaikan Haji

e)      Al wilayah

 

PERBEZAAN DARI SEGI RUKUN IMAN

2.      Ahlussunnah         : Rukun Iman ada 6 (enam) :

a)      Iman kepada Allah

b)      Iman kepada Malaikat-malaikat Nya

c)      Iman kepada Kitab-kitab Nya

d)      Iman kepada Rasul Nya

e)      Iman kepada Yaumil Akhir / hari kiamat

f)       Iman kepada Qadar, baik-buruknya dari Allah.

Syiah                     : Rukun Iman Syiah ada 5 (lima)*

a)      At-Tauhid

b)      An Nubuwwah

c)      Al Imamah

d)      Al Adlu

e)      Al Ma’ad

 

Page 11: PUNCA  konflik agama

PERBEZAAN SYAHADAH

3.      Ahlussunnah         : Dua kalimat syahadat

Syiah                     : Tiga kalimat syahadat, disamping Asyhadu an Laailaha

illallah, wa asyhadu anna Muhammadan Rasulullah, masih ditambah dengan menyebut

dua belas imam-imam mereka.

 

PERBEZAAN TERHADAP KEPERCAYAAN KEPADA IMAM

4.      Ahlussunnah         : Percaya kepada imam-imam tidak termasuk rukun iman.

Walaupun

jumlah imam-imam Ahlussunnah tidak terbatas dan akan

muncul juga imam-imam, sampai hari kiamat. Dengan

membatasi imam-imam hanya kepada dua belas (12) atau

jumlah tertentu, tidak dibenarkan.

Syiah                     :  Percaya kepada dua belas imam-imam mereka adalah

termasukdalam rukun iman. Bagi orang-orang yang tidak beriman kepada dua belas

imam-imam mereka (seperti orang-orang Sunni), maka menurut ajaran Syiah dianggap

kafir dan akan masuk neraka.

 

PANDANGAN TERHADAP KHULAFA AR-RASYIDDIN

5.      Ahlussunnah         : Khulafa Ar-Rasyidin yang diakui (sah) adalah :

a)      Abu Bakar

b)      Umar

c)      Utsman

d)      Ali Radhiallahu anhum

Syiah                     : Ketiga Khalifah (Abu Bakar, Umar, Utsman) tidak diakui oleh

Syiah. Hal ini kerana mereka dianggap telah merampas kekhalifahan Ali bin Abi Thalib

(padahal Imam Ali sendiri membai'at dan mengakui kekhalifahan mereka). 

Page 12: PUNCA  konflik agama

PERBEZAAN TERHADAP KELEBIHAN IMAM

6.      Ahlussunnah         : Khalifah (Imam) adalah manusia biasa, yang tidak mempunyai

sifat

maksum. Ini bermakna mereka adalah manusia biasa yang

tetap akan

melakukan kesilapan, dosa dan lupa. Hal ini kerana sifat

maksum

hanya dimiliki oleh nabi.

Syiah                     : Para imam yang jumlahnya dua belas tersebut mempunyai

sifat

Maksum seperti nabi.

 

AGAMA DAN MASYARAKAT

KONFLIK AGAMA

PERBEZAAN TERHADAP SAHABAT RASULULLAH SAW

7.      Ahlussunnah         : Dilarang mencaci-maki para sahabat.

Syiah                   : dibolehkan mencaci para sahabat bahkan Syiah berkeyakinan,

bahawa para sahabat setelah Rasulullah SAW wafat, mereka menjadi murtad dan tinggal

beberapa orang saja. Alasannya kerana para sahabat membai'at  Sayyidina Abu Bakar

sebagai Khalifah.

 

8.      Ahlussunnah         :  Siti Aisyah isteri Rasulullah sangat dihormati dan dicintai.

Beliau

adalah Ummul mukminin

Page 13: PUNCA  konflik agama

Syiah                   : Siti Aisyah dicaci-maki, difitnah, bahkan dikafirkan.

 

PERBEZAAN DARI SEGI KITAB DAN HADIS

9.      Ahlussunnah         : Kitab-kitab hadits yang dipakai sebagai rujukan Ahlussunnah

adalah Kutubussittah :

a)      Bukhari

b)      Muslim

c)      Abu Daud

d)      Tarmidzi

e)      Ibnu Majah

f)       An Nasa’i

(kitab-kitab tersebut beredar dimana-mana dan dibaca oleh kaum Muslimin sedunia).

Syiah                     : Kitab-kitab Syiah ada empat :

a)      Al Kaafi

b)      Al Istibshor

c)      Man Laa Yah Dhuruhu Al Faqih

d)      Att Tahdziib

(Kitab-kitab tersebut tidak disebarkan kerana khuatir kebohongannya akan diketahui).

PERBEZAAN TERHADAP AL-QURAN 

10.  Ahlussunnah         : Al-Qur'an adalah yang sebenar-benarnya

Syiah                 : Al-Qur'an yang ada sekarang ini menurut pengakuan ulama

Syiah

bukan yang asal kerana sudah diubah oleh para sahabat

(dikurangkan dan ditambah )

 

KEPERCAYAAN PADA HARI PEMBALASAN

Page 14: PUNCA  konflik agama

11.  Ahlussunnah         : Syurga diperuntukkan bagi orang-orang yang taat kepada Allah

dan

RasulNya manakala Neraka diperuntukkan bagi orang-orang

yang tidak taat kepada Allah dan Rasul Nya.

Syiah                : Syurga diperuntukkan bagi orang-orang yang cinta kepada Imam

Ali,

walaupun orang tersebut tidak taat kepada Rasulullah manakala

Neraka diperuntukkan bagi orang-orang yang memusuhi Imam

Ali, walaupun orang tersebut taat kepada Rasulullah.

 

PERBEZAAN TERHADAP HARI KEBANGKITAN SEMULA

12.  Ahlussunnah         : Aqidah Raj’Ah tidak ada dalam ajaran Ahlussunnah. Raj’ah

adalah

diakhir zaman nanti sebelum kiamat, manusia akan hidup

kembali. Dimana saat itu Ahlul Bait akan membalas dendam

kepada musuh-musuhnya.

Syiah                : Raj’ah adalah salah satu aqidah Syiah. Dimana diceritakan :

bahawa

Page 15: PUNCA  konflik agama

diakhir zaman nanti, Imam Mahdi akan keluar dari

persembunyiannya. Kemudian dia pergi ke Madinah untuk

membangunkan Rasulullah,

AGAMA DAN MASYARAKAT

KONFLIK AGAMA

Imam Ali, Siti Fatimah serta Ahlul Bait yang lain.Setelah

mereka

semuanya bai'at kepadanya, kemudiannya beliau akan

membangunkan Abu Bakar, Umar, Aisyah. Kemudian ketiga

orang tersebut diseksa dan disalib sampai mati. Perbuatan

tersebut akan diulang ribuan kali sebagai balasan atas perbuatan

jahat mereka kepada Ahlul Bait.

Keterangan           : Orang Syiah mempunyai Imam Mahdi sendiri. Berlainan dengan

Imam

Mahdi Ahlussunnah, yang akan membawa keadilan dan kedamaian.

Page 16: PUNCA  konflik agama