PENYATA RASMI PARLIMEN Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan...
Transcript of PENYATA RASMI PARLIMEN Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan...
Jilid II Bil. 10
MALAYSIA
Bari Selasa 12hb Julai, 1988
PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES
DEWAN NEGARA Senate
P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament
PENGGAL KEDUA Second Session
KANDUNGANNYA
JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 1695)
RANG UNDANG-UNDANG:
Rang Undang-undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit [Ruangan 1791)
Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) (Pindaan) [Ruangan 1794]
Rang Undang-undang Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) (Pindaan) [Ruangan 1825]
Rang Undang-undang Keselamatan Dal am N egeri (Pindaan) [Ruangan 1846)
USUL:
Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 1845]
DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA, KUALA LUMPUR GHAZAL! BIN JANI, K.M.N., A.M.P., P.P.T.,
PEMANGKU KETUA PENOARAH PERCETAKAN NEGARA, MALAYSIA 1990
MALAYSIA
P ARLIMEN KETUJUH - DEW AN NEGARA
Penyata Rasmi Parlimen
PENGGAL YANG KEDUA
AHU-AHLI DEWAN NEGARA
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, DATUK ABANG HAJI AHMAD URAl BIN DATUK HAKIM ABANG HAJI MOHIDEEN, P.N.B.S., J.B.S., A.M.N., A.B.S. (Sarawak)
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, DATUK HAJI HUSSEIN BIN AHMAD, D.M.S.M.(Dilantik).
Timbalan Menteri Kewangan, TUAN MOHAMED FARID BIN ARIFFIN (Dilantik).
LT. KOL. (B) ABDUL HAMID BIN IBRAHIM, S.M.S., K.M.N., P.l.S. (Dilantik).
TUAN HAJI ABDUL HAMID BIN HAJI LATIF, A.M.N. (Dilantik).
TUAN HAJI ABDUL MAJID BIN HAJI ABDULLAH P.l.S., P.P.M. (Johor).
TUAN HAJI ABDUL MANAP BIN HASHIM, A.M.N., P.J.K. (Kedah).
DATUK HAJI ABU BAKAR BIN LAJIM, D.M.S.M., K.M.N. (Dilantik).
PUAN AINON BINTI ARIFFIN (Dilantik - Wilayah Persekutuan).
TUAN AZMAN ATAR BIN OTHMAN, P.J.K., P.B.M. (Dilantik).
TUAN AZUMU BIN TAK, P.M.P., A.M.N., P.P.T., J.P. (Perak).
TUAN P. BALARAM (Kedah Darulaman).
TUAN BEE YANG SEK (Kedah).
TUAN CHAN CHOONG T AK (Dilantik).
DR. CHONG ENG LEONG (Sabah).
TUAN DAHALAN BIN HAJI EMBUN (Perlis).
TUAN DOUGLAS SULLANG ANAK GANDA (Sarawak).
1689 12 JULAI 1988 1690
Yang Berhormat TUAN Foo BooN LIANG (Pahang Darulmakmur).
"
"
" ,
,
"
,
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
PUAN HABIDAH BINTI JUSOH@ YUSOF, P.J.K. (Terengganu).
TUAN HAJI HAMID ARABY BIN Mo. SALIH, A.M.N., P.K.T., P.J.K., (Pulau Pinang).
TUAN HASSAN BIN HARUN, A.M.N., (Kelantan).
TUAN HASSAN BIN NAM, P.P.N., P.J.K. (Dilantik).
TUAN HAJI IBRAHIM BIN HAJI UJANG, P.P.N., P.J.K. (Negeri Sembilan).
TUAN HAJI JAAFAR BIN HARON (Dilantik).
TUAN R. M. JASNI, B.K. (Dilantik).
TUAN KOH IM PIN, D.S.N., P.M.C., P.J.K. (Negeri Sembilan).
TUAN C. KRISHNAN, A.M.N., (Dilantik).
TUAN KUAN PENG SOON, A.M.N. (Perak).
TUAN LAU KENO SIONG@ JOSEPH LAU KENO SEONG, K.M.N., A.M.N., P.I.S. (Johor).
PUAN LAW JACK YOON (Dilantik).
TUAN LIM HENG TEE, J.P. (Pulau Pinang).
DATO MAK HON KAM, D.P.M.P., J.M.N. (Dilantik).
PUAN MAZIDAH BINTI HAJI ZAKARIA (Dilantik).
TUAN HAJI MOHO. NOOR BIN HAJI ABDULLAH, A.M.N., A.K. (Kelantan).
TUAN MOHO. NOOR BIN BEDAH, P.J.K., P.J.B., (Perlis).
TUAN MOHO. WAJDI BIN DATO' HAJI ISHAK, J.P. (Dilantik).
TUAN MUSTAFA BIN AWANO, P.P.N., P.J.K., (Terengganu).
DATUK HAJI NASIR BIN HAll MANAP, D.M.S.M., D.S.M., A.M.N., P.J.K. (Melaka).
DR. No KHEK KIUNG (Selangor Darul Ehsan).
TUAN NG PENG HAY, P.J.K. (Melaka).
DATO DR. K.S. NIJHAR, S.P.M.J., J.M.N. (Dilantik).
1691
"
,
"
"
"
"
"
"
"
"
"
,
"
"
"
"
"
"
"
"
12 JULAI 1988 1692
CIK NORANI BINTI HAJJ BELUAH @ HAJI HITAM, A.M.N., P.J.K. (Pahang Darulmakmur).
DR. NORDIN SELAT {Dilantik).
TuAN PANDIKAR AMIN BIN HAJI MULIA (Sabah).
TUAN G. RAJOO (Dilantik).
TUAN HAJJAH ROGAYAH BINTI CHE MAT (Dilantik).
PUAN ROKIAH @ MAIMUN BINTI ZAINUDDIN, A.M.N., P.J.K. (Dilantik).
PUAN HAJJAH ROSNAH BINTI HAJI MOHO. SALLEH, A.M.N., P.J.K. (Dilantik).
PUAN HAJJAH SALBIAH BINTI MOHO. AKIM, A.M.N., P.J.K., P.J.M. (Dilantik).
TUAN SANGARALINGAM, A.M.N., P.P.N. (Dilantik).
TUAN V. K. SELLAPAN (Dilantik).
TUAN HAJI SHAHAROM BIN HAJI MAASOM, A.M.N., P.J.K. (Dilantik).
TUAN HAJJ SHUAIB BIN LAZIM, A.M.N., P.C.K. (Dilantik).
TUAN STEPHEN TIMOTHY WAN ULLOK (Dilantik).
TUAN HAJJ SYED ABDUL HAMID BIN SAGAFF, P.I.S., B.S. I., P.P.N. (Dilantik).
TUAN TAN CHAI Ho, A.M.N. (Dilantik _: Wilayah Persekutuan).
DR. TAN CHONG KENG (Dilantik).
DATO TAN PENG KHOON, S.P.M.J., S.S.I.J., J.M.N., P.I.S., B.S. I., J.P. (Dilantik).
TUAN TIONG HIEW KING, P.B.S. (Dilantik).
PUAN VALLI MUTHUSAMY, P.P.N., P.J.K. (Dilantik).
TUAN WONG KIE YIK (Dilantik).
DATO' HAJI ZAKARIA BIN HAJJ Y AHAYA, D.P.M.S., K.M.N., S.M .S., P.J.K., P.P.N. (Selangor Darul Ehsan).
1693 12 JULAI 1988 1694
DEWAN NEGARA
PEGA W AI-PEGA W AI KANAN
Setiausaha Dewan Negara : Haji Abdul Rahim bin Haji Abu Bakar, J.S.D., S.A.P., K.M.N., P.B.S., P.J.K.
Ketua Penolong Setiausaha : Haji Mohd. Salleh bin Abu Bakar.
Penolong Setiausaha: Ghazali bin Haji Abdul Hamid, A.M.N.
Penolong Setiausaha: Abdullah bin Abdul Wahab.
BAHAGIAN PENYATA RASMI PARLIMEN
Ketua Penyunting: Haji Yahya Manap.
Penyunting Kanan: P.B. Menon.
Penyunting Kanan: Haji Osman bin Sidik.
Penolong Penyunting: N. Ramaswamy.
Penolong Penyunting: Amran bin Ahmad.
Pelapor Perbahasan Parlimen:
Suhor bin Husin. Mohd. Saleh bin Mohd. Yusof. Supiah binti Dewak. Ismail bin Hassan. Shamsiah binti Mohd. Yusof. Hajjah Kal~om binti Ghazali. Mohamed bin Osman. Norishah binti Mohd. Thani. Zaharah binti Nairn. Su Soon Chuan. Norwahidah binti Azizi. Rozita binti Abdul Samad.
BENTARA MESYUARAT
Mejar (B) Haji Ahmad bin Buntu, A.M.N., B.S.D., P.J.K.
MALAYSIA
DEW AN NEGARA
Selasa, 12hb Julai, 1988
Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang
DOA
(Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat)
JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI
PERTANYAANPERTANYAAN
LEMBAGA LETRIK NEGARA -PENSWASTAAN
1. Tuan Kuan Peng Soon minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan:
(a) apakah hasil kajian penswastaan Lembaga Letrik Negara;
(b) pada masa ini, berapakah tawaran yang telah diterima oleh Kerajaan; dan
(c) nyatakan syarikat-syarikat berkenaan dan bilakah perkhidmatan Lembaga Letrik Negara ini akan diswastakan.
Menteri Tenaga, Telekom dan Pos (Datuk Leo Moggle anak lrok): Tuan Yang di-Pertua,
(a) Pihak Bank Bumiputra Merchant Bankers yang telah dilantik untuk menjalankan kajian sam~ ada Lembaga Letrik
Negara patut diswastakan telahpun mengemukakan laporannya. Laporan berken~an masih dalam pertim bangan Kerajaan.
(b) Keraj aan tidak menerim a sebarang tawaran daripada mana-mana pihak sekarang.
(c) Justeru dari apa yang saya telah jelaskan, soalan (c) ini tidak berbangkit.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan Rokiah binti Zainuddin.
Lt. Kol. (8) Abdul Hamid bin Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, soalan No. 2
PENYELUDUPAN DADAH Dl PENJARA
2. Lt. Kol. (B) Abdul Hamid bin Ibrahim (di bawah S.O. 23(2)) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:
(a) apakah usaha untuk membersihkan nama Jabatan Penjara yang tercemar oleh kegiatan penyelewengan serta najis dadah yang melibatkan pegawaipegawai penjara; dan
(b) apakah tindakan yang akan diarnbil kepada pegawai-pegawai yang mengamal sikap "Harapkan pagar, pagar makan
. padi" ini.
1697 12 JULAI 1988 1698
13.7.88
18. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah basil siasatan yang melibatkan kakitangan atau pegawai penjara menyeludup dadah· ke dalam penjara.
(a) jumlah pegawai yang terlibat mengikut pangkat; dan
(b) jenis dadah yang mudah diseludup.
19. Tuan Abdul Manap bin Hashim minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sejauh manakah pihak berkuasa Jabatan Penjara mengambil tindakan terhadap kakitangan penjara yang terlibat dengan najis dadah. Apakah jenis tindakan yang diam bil. Bagaimana pula langkah-langkah yang diam bil bagi mengatasi masalah ini supaya tidak berulang.
14.7.88
4. Tuan Tan Chai Ho minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapa orang banduan terlibat dalam kegiatan dadah di penjara. Apakah tindakan telah diambil untuk mengelakkan kejadian tersebut dari terus berlaku.
Timbalan Menteri Dalam Negeri (Dato' Megat Junid bin Megat Ayob): Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan ini bersama-sama dengan soalan Yang Berhormat Tuan HajiAbdul Majid bin Haji Abdullah yang dijadualkan pada 13hb Julai, 1988; Yang Berhormat Tuan Abdul Manap bin Hashim yang dijadualkan pada 13hb Julai, 1988 dan Yang Berhormat Tuan Tan Chai Ho yang dijadualkan pada 14hb Julai, 1988.
Tuan Yang di-Pertua, untuk ·makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Dalam Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Mengkaji Masalah Penyeludupan Dadah di penjara. Jawatankuasa itu telah menyiapkan laporannya dan telah ·
dikemuka:kan ke Kementerian Dalam Negeri. Hasil dari laporan itu Kementerian telah mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya penyeludupan dadah dalam penjara dan golongan yang bertanggungjawab menyeludup dadah ke penjara. Di samping itu, Jawatankuasa yang berkenaan juga telah mengemukakan beberapa syor yang tertentu untuk membanteras penyeludupan di dalam penjara.
Tuan Yang di-Pertua, kira-kira 600Jo daripada 20,000 banduan yang ada di dalam penjara sekarang ini adalah terdiri dari penagih dan pengedar dadah. Banduan-banduan seumpama ini memerlukan dadah dan ini bermakna bahawa telah sentiasa wujud permintaan terhadap dadah di dalam penjara. Memandangkan mereka ini dikawal dan dadah sukar didapati, maka berlakulah pasaran gelap dadah di dalam penjara. Harga dadah di dalam penjara adalah dua atau tiga kali ganda dari di luar penjara.
Jawatankuasa itu telah mengenalpasti bahawa penjara-penjara yang terlibat dengan penyeludupan dadah ini ialah Penjara Pudu Kuala Lumpur, Penjara Johor Bahru, Penjara Pulau Pinang, Penjara Pusat Kajang, Selangor, Penjara Kuantan dan Penjara Alar Setar.
Penyeludupan dadah di dalam penjara ini dilakukan oleh banduanbanduan terutamanya oleh banduan remand, keluarga serta kawan-kawan banduan dan pegawai-pegawai serta kakitangan penjara. Selain daripada dadah, wang dan barang-barang makanan juga diseludup masuk untuk ditukarkan dengan dadah.
Tuan Yang di-Pertua, seramai 1,213 banduan telah ditangkap kerana menagih dan memiliki dadah sewaktu di dalam penjara dari tahun 1984 hingga penghujung tahun 1987. Tindakan tatatertib telah diambil terhadap mereka sehingga dihukum sebat dengan rotan. Dari bilangan itu, 91 orang ditangkap
1699 12 JULAI 1988 1700
kerana memiliki dadah dan telah dilaporkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.
Di samping banduan-banduan yang terlibat dengan dadah, pegawai-pegawai Jabatan Penjara juga tidaklah bebas dari penyalahgunaan dadah. Seramai 94 orang kakitangan penjara telah ditangkap atas berbagai-bagai kesalahan dadah dari tahun 1980 hingga 1987.
Sesuai dengan syor Jawatankuasa yang mengkaji penyeludupan dadah dalam penjara itu, Kementerian Dalam Negeri akan mengambil langkahlangkah tertentu untuk membanteras penyeludupan dadah di dalam penjara. Jawatankuasa itu telah terus diberi tugas untuk mempastikan tindakan-tindakan susulan ke atas perakuan-perakuan yang telah dibuat supaya dilaksanakan dengan serta-merta. Memandangkan Jawatankuasa itu masih lagi meneruskan tugas-tugas mereka, Kerajaan tidaklah bercadang untuk mengumumkan laporan itu kepada orang ramai kerana tindakan demikian akan menjejaskan langkah-langkah yang telah diam bil oleh mereka.
Walau bagaimanapun, atas syor Jawatankuasa itu 4 orang kakitangan penjara telahpun dikenakan perintah tahanan selama dua tahun di Pusat Pemulihan Akhlak Pulau Jerejak. Penggunaan undang-undang pencegahan seumpama ini, inilah kali pertama dibuat ke atas pegawai-pegawai penjara.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Dalam Negeri tidak akan bertolak-ansur dengan mana-mana pihak mahupun banduan, kakitangan ataupun orangorang tertentu yang cuba mengedar dadah dalam penjara. Tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang bertanggungjawab melakukan jenayah tersebut.
Puan Ainon binti Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, pertama kita mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas sikap terus-terang mewakili Kerajaan dalam perkara yang
pernah menjadi teka-teki di kalangan rakyat dan orang ramaL
Soalan ini ialah apakah di antara angka yang disebutkan tadi ada terlibat wanita?
Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, sepanjang yang saya ketahui tidak ada.
Tuan Haji Hamid Araby bin Md. Salih: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri, selain daripada hukuman yang dikenakan terhadap pengawal-pengawal penjara, saya ingin tabu apakah strategi kawalan keselamatan yang mempastikan bahawa setiap langkah keselamatan dipatuhi oleh pegawai-pegawai penjara selepas Jabatan Penjara Malaysia mempelajari bahawa beberapa kesilapan dan kecuaian pengawal-pengawal penjara berlaku sehingga beberapa orang tahanan yang terlibat dengan dadah dapat melepaskan diri mereka daripada kawalan.
Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, pihak Jabatan Penjara telah menggunakan berbagaibagai cara termasuklah cara-cara yang kita pelajari dari Barat. Anjing kita gunakan dalam penjara, kadangkala pegawai-pegawai penjara yang hendak masuk bertugas terpaksa kita telanjangkan untuk mempastikan bahawa tidak ada dadah kepada mereka, tetapi penyeludupan dijalankan begitu licin sekali.
Kadangkala, kalau saya hendak cerita dalam Dewan yang mulia 101
memalukan, ada yang ditelan dikeluarkan semula dalam penjara. Kadang-kadang cincin ditelan oleh banduan sampai di dalam penjara dikeluarkan untuk ditukarkan dengan dadah dan sebagainya. Plaster digunakan di tempat luka, walhal tidak ada luka, tetapi di dalamnya diletakkan dadah. Jadi keadaan-keadaan yang seperti ini adalah sungguh sukar untuk kita mengesan, walau kita gunakan anj-
1701 12 JULAI 1988 1702
ing sekalipun kerana semasa bertugas pagi-pagi diselidiki dengan teliti, tidak ada; tetapi kadangkala mereka bertugas di luar setelah mem buat laporan sebelah pagi, pegawai-pegawai terpaksa membawa banduan ke hospital atau membawa banduan ke mahkamah, masa balik itu dalam kesibukan yang kita tidak sangka, masa itulah penyeludupan dilakukan. Jadi takkanlah tiap-tiap kali pegawai yang keluar masuk itu, tiaptiap kali kita kena bogelkan mereka. Inilah keadaan-keadaannya. Bagaimanapun, pihak penjara sedang dan akan menjalankan segala tindakan yang sewajarnya.
Saya yang sebenarnya ada menyenaraikan 18 cara dalam jawapan ini untuk kita mengambil tindakan terhadap bukan sahaja banduanbanduan, keluarga banduan, juga pegawai-pegawai untuk menentukan bahawa dadah tidak diseludupkan dalam penjara. Kalau sekiranya Yang Berhormat ingin, saya akan beri jawapan ini secara bertulis kerana terlalu panjang.
Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat.
Tuan Azman A tar bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga membuat soalan tambahan sedikit. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyebut masalah satu Jawatankuasa telah ditubuhkan. Ingin saya tabu Jawatankuasa ini datangnya daripada profesyen apakah? Satu.
Yang kedua, adakah ahli-ahli Jawatankuasa ini juga diberi peluang melawat dalam penjara bila-bila masa apabila mereka merasakan kurang senang terhadap pegawai-pegawai penjara menjalankan tugas?
Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua. Jawatankuasa ini terdiri daripada seorang pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri, seorang pegawai kanan Polis dan seorang
pegawai kanan penjara. Mereka ini be bas untuk menjalankan tugas mereka bila-bila masa sahaja dikehendaki atau diperlukan oleh mereka dipenjara dan tiada siapa yang boleh menegah mereka.
JAWATANKUASA TEfAP MENGENAI PERUMAHAN KOS
RENDAH
3. Datuk Haji Abu Dakar bin Lajim minta Menteri Kewangan menyatakan bagaimanakah kejayaan Jawatankuasa Tetap mengenai pembiayaan perumahan kos rendah yang diwujudkan oleh Bank Negara bagi mengatasi atau mengurangkan masalah kesulitan memperolehi pinjaman untuk pembangunan perumahan atau "end financing''
TimbaJan Menteri Kewangan (fuan Mohamed Farid bin Ariffin): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tugas Jawatankuasa Tetap Pembiayaan Perumahan untuk program khas perumahan kos rendah ialah untuk menyelesaikan masalahmasalah pembiayaan yang dikemukakan oleh pihak pemaju dan pem beli yang terlibat dalam program khas perumahan kos rendah. Jawatankuasa ini tidak terlibat secara langsung dalam menimbangkan permohonan untuk pembiayaan ataupun "financing", dengan izin. Namun demikian prestasi Jawatankuasa ini dapat dilihat daripada masalah-masalah yang dapat diselesaikan dan basil penyelesaian yang tersebut menjadi contoh bagi pihak-pihak yang terlibat untuk memudahkan proses pembiayaan oleh institusi-institusi kewangan.
Melalui Jawatankuasa ini banyak prosedur-prosedur telahpun ditetapkan bagi menseragamkan beberapa proses yang berkaitan dengan pembiayaan. Di samping itu juga, Jawatankuasa ini dapat membantu dan menyalurkan mana-mana permohonan yang telah ditolak oleh sesebuah institusi kewangan kerana jumlah pinjaman institusi itu
..
1703 12 JULAI 1988 1704
untuk perumahan melebihi hadnya supaya dipertimbangkan oleh institusiinstitusi kewangan lain yang masih mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan pinjaman yang dipohon.
Untuk makluman Yang Berhormat, bilangan rumah kos rendah yang mendapat pembiayaan telah meningkat daripada 8,147 unit pada pertengahan tahun 1986 kepada 48,135 unit pada pertengahan tahun 1987 iaitu enam bulan selepas Jawatankuasa berkenaan ditubuhkan.
Tuan Dahalan bin Haji Embun: Soalan tambahan, Tuan Yang diPertua. Saya ingin tabu sama ada Yang Berhormat Timbalan Menteri mengetahui bahawa ada rumah pangsa yang didirikan oleh PKNS dan mungkin Perbadanan-perbadanan lain tidak ada hakmilik iaitu title. Ini menyulitkan usaha mengendalikan pinjaman bank. Apakah usaha Kerajaan untuk mengatasi masalah ini?
Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, masalah pengeluaran hak milik berasingan untuk rumah-rumah pangsa yang dibuat oleh PKEN ataupun State Economic Development Colporation adalah tanggungjawab Pejabat Tanah. Yang perlu mereka pohon ialah bagi strata title ataupun title yang bertingkat-tingkat dan pihak institusi-institusi kewangan sekarang ini telahpun mempunyai sedikit masalah dalam pengeluaran pinjaman-pinjaman kepada rumahrumah pangsa yang memerlukan strata title terse but. W alau bagaimanapun, jika sekiranya ada l'ebarang masalah yang timbul berkemungkinan kalau seldranya pihak Yang Berhormat boleh membawa kes ini kepada Kementerian Kewangan jika ia ada kaitan dengan pinjaman Kerajaan.
BEKAS PERAJURIT - BANCI
4. Lt. Kol. (B) Abdul Hamid bin Ibrahim minta Menteri Pertahanan
menyatakan sama ada Kementerian Pertahanan bercadang untuk mengadakan banci bagi menentukan jumlah bekasbekas perajurit dan tanggungan mereka serta kedudukan mereka yang sebenarnya dari segi ekonomi dan sosial.
Menteri Pertahanan (fengku Dato' Ahmad Rithauddeen AJ-Haj): Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan tidak bercadang mengadakan banci seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat itu bagi menentukan jumlah bekas-bekas perajurit dan tanggungan mereka serta kedudukan mereka yang sebenamya dari segi ekonomi dan sosial. Sekiranya hendak diadakan, ia seharusnya diadakan secara menyeluruh meliputi seluruh negara dan tidak tertumpu kepada bekas-bekas perajurit sahaja.
Walau bagaimanapun, ingin dimaklumkan bahawa Kementerian pada masa ini mempunyai cukup data dan maklumat bagi tujuan perancangan bakal dan bekas perajurit.
Sehubungan dengan ini juga perkara bancian sepatutnya dijalankan oleh pihak Persatuan Bekas Perajurit ke atas ahli-ahlinya sendiri supaya dengan ini pihak Persatuan dapat membantu ahliahli mereka.
Puan HIQjah Rogayah binti Che Mat: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Berapakah jumlah bekas-bekas perajurit yang diberi peluang menyertai rancangan-rancangan tanah seperti FELDA dan berapakah pula yang diambil semula berkhidmat dengan jabatanjabatan Kerajaan.
Tengku Dato' Ahmad Rithauddeen Al-Haj: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak dapat memberikan angka yang tepat buat masa sekarang oleh sebab angka ini tidak begitu tepat dan kalau boleh saya mintalah satu surat dihantar kepada saya untuk saya menjawab seterusnya.
Benar, kit a ada satu rancangan di
1705 12 JULAI 1988 1706
Pahang yang mana kita mulakan rancangan ini khusus untuk bekas-bekas perajurit menanamkan pokok-pokok getah dan juga kelapa sawit dan saya rasa ini satu rancangan yang telahpun membuktikan di atas kejayaan rancangan ini..
Dan juga dengan kerjasama Kerajaan-kerajaan Negeri, calon-calon telahpun diberi keutamaan kepada bekas-bekas perajurit. Saya sukalah mengatakan seperti tahun 1987, daripada 622 calon yang kita telahpun kemukakan dengan kerjasama daripada Persatuan Bekas-bekas Perajurit, 448 ditemuduga dan yang berjaya 138. Dan daripada 138 yang ditemuduga ini yang berjaya 112. ltu cara ringkas untuk memberi sedikit panduan kepada Majlis yang mulia ini.
Tuan Haji Abdul Majid bin AbduUah: Tuan Yang di-Pertua, tidakkah Kementerian Pertahanan bercadang' untuk melanjutkan lagi umur bekas perajurit untuk dapat masuk rancangan FELDA kerana setakat ini kalau tidak silap saya umur 45 tahun sahaja dibolehkan, sedangkan setengah bekas perajurit ini terdapat lebih umur daripada itu, yang berhajat untuk menjadi peneroka FELDA.
Tengku Dato' Ahmad Rithauddeen AI-Haj: Tuan Yang di-Pertua, perkara ini memanglah ada di dalarn rancangan kita, dan saya rasa Menteri yang berkenaan pun ada di sini, saya rasa beliau akan mengambil perhatian berat. Dan bagi pihak saya, Kementerian Pertahanan sentiasa seberapa daya yang boleh untuk mengambil bekas-bekas perajurit, dan saya rasa Menteri berkenaan pun dengarlah pertanyaan Yang Berhormat tadi.
PEMULIHAN PENAGffi DADAH
S. Dato' Haji Zakaria bin Haji Yahaya minta Perdana Menteri menyatakan peranan serta program yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Bahagian Hal
Ehwal Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri-negeri serta badan~badan dakwah dalam usaha mengembalikan sem ula bekas-bekas penagih dadah dari kalangan yang beragama Islam kepada kefahaman Islam menuju ke arab pembinaan insan yang sempurna, beriman dan bertakwa dan mengabadikan diri kepada Allah semata-mata.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato' Dr. Mohamad Yusof bin Haji Mohamed Nor): Tuan Yang di-Pertua, penglibatan Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri dalam program pemulihan penagih-penagih dadah adalah dalam beberapa bentuk, di antaranya ialah:-
(i) Meminta kerjasama Kerajaankerajaan Negeri untuk menyalurkan usaha mengatasi masalah penyalahgunaan dadah menerusi khutbah.
(ii) Menyatakan kepada masyarakat umum tentang hukuman berat yang dikenakan juga oleh negara-negara Islam lain dalam dunia terhadap penyalahgunaan dadah.
(iii) Menyediakan slogan-slogan anti penyalahgunaan dadah untuk .diletakkan di tempattempat yang strategik.
Selain daripada itu, termasuklah juga rancangan:-
(i) Mengadakan guru agama sepenuh masa di Pusat-pusat Pemulihan Serenti.
(ii) Mengadakan kursus-kursus khas kefahaman dan kesedaran Islam di pusat-pusat pemulihan itu.
(iii) Mengadakan cerarnah-cerarnah agama di pusat rawatan lanjutan di Sungai Besi.
c
1707 12 JULAI 1988 1708
Penglibatan Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri dan badan-badan dakwah ialah dari segi mengadakan tenaga penceramah agama bagi kursus dan program ceramah agama yang dijalankan di pusat-pusat pemulihan.
TUNTUTAN FILIPINA KE ATAS SABAH
6. Tuan Pandikar Amin bin Haji Mulia minta Menteri Luar Negeri menyatakan tentang inisiatif yang terbaru yang diambil oleh Wisma Putra terhadap "Sabah Claim" oleh Filipina. Kalau belum ada inisiatif baru, tidakkah Menteri Luar Negeri bersetuju bahawa seharusnya Kementerian ini mengambil langkah-langkah positif bukan setakat menunggu perkembangan dari Kerajaan Filipina sahaja.
15.7.88
72. Tuan G. Rajoo minta Menteri Luar Negeri menyatakan usaha-usaha diplomatik yang diambil oleh Kerajaan untuk menyelesaikan tuntutan negara Filipina terhadap Sabah. Nyatakan juga pendirian Malaysia berkaitan dengan pampasan yang dituntut oleh wariswaris Sultan Sulu atas perkara ini. Apakah respon Kerajaan baru Filipina dalam penyelesaian tuntutan Sabah ini.
Thnbalan Menteri Luar Negeri (Dato' Dr. Abdullah Fadzi bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan ini bersama-sama dengan soalan daripada Yang Berhormat Tuan G. Rajoo pada 15hb. Julai, 1988.
Penyelesaian isu tuntutan Filipina ke atas Sabah melibatkan beberapa proses dalam negeri Filipina, terutamanya proses perundangan. Pentadbiran Presiden Aquino te1ah berusaha ke arab ini tetapi usaha-usahanya telah menemui jalan buntu, yang berpunca dari Bill Senate Filipina yang telah mengenakan beberapa syarat sebelum tuntutan kedaulatan ke atas Sabah digugurkan oleh mereka.
Pendirian Malaysia adalah jelas iaitu tuntutan Filipina ke atas Sabah merupakan masalah yang harus diselesaikan oleh Kerajaan Filipina sendiri.
Malaysia juga telah menyatakan ketetapan kita, isu tuntutan hak milik ke atas Sabah oleh waris-waris Sultan Sulu mestilah diselesaikan berasingan dan semestinya tidak dikaitkan dengan isu tuntutan kedaulatan ke atas Sabah. Malaysia sentiasa bersedia membincangkan perkara ini.
Pada masa ini pentadbiran Presiden Aquino masih sedang berusaha untuk mengatasi beberapa masalah dan kerumitan, terutamanya yang berpunca dari Senate Filipina mengenai Rang Undang-undang untuk menggugurkan tuntutan ke atas Negeri Sabah.
Tuan R.M. Jasni: Tuan Yang diPertua, soalan tambahan. Sedarkah Kerajaan bahawa Filipina sentiasa hermain sandiwara atau berlakon dalam penyelesaian tuntutan Filipina ke atas Sabah. Misalnya, sebelum sidang ASEAN mereka begitu ghairah memperkatakan tentang penyelesaian ini tetapi sehingga sekarang senyap. Bdlehkah kita percaya bahawa usaha yang sedang dilakukan ini benar-benar satu usaha untuk menyelesaikan masalah ini?
Dato' Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan: Tuan Yang di-Pertua, melalui pendirian dan pendapat Presiden Aquino dan Setiausaha Luarnya iaitu Menteri Luamya yang telahpun berjumpa dengan pihak Perdana Menteri dan Menteri Luar kita, mereka nampaknya begitu yakin dan begitu ikhlas untuk menarik balik tuntutail ke atas Negeri Sabah apabila mereka berjumpa dengan ketua-ketua pemimpin kita baik di Malaysia mahupun di Filipina. Tetapi malangnya, Presiden Aquino dan Kerajaannya tidak ada kuasa untuk mempengaruhi Dewan Senate yang begitu independent ataupun
1709 12 JULAI 1988 1710
autonomous dari segi mereka membuat keputusan, kerana pihak Senate begitu autonomous dan begitu berpendirian sendiri maka walaupun pihak Kerajaan Filipina telahpun menasihati ataupun memujuk agar Senate menggugurkan tuntutan itu tetapi Senate berpendapat berlainan, oleh sebab itulah perkara menjadi buntu.
SYARAT W ARGANEGARA MALAYSIA MELAWAT CHINA
7. Tuan Lau Keng Siong minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bolehkah beliau melonggarkan syarat kepada rakyat Malaysia yang ingin melawat Republik China. Syarat yang ada sekarang ialah pemohon-pemohon hendaklah berumur lebih dari 60 tahun. Jika syarat ini dapat dilonggarkan ramai lagi rakyat dapat diberi peluang melawat Republik China.
Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, syarat umui bagi warganegara Malaysia yang ingin melancong ke Republik Rakyat China ialah 60 tahun ke atas untuk sekali seumur hidupnya. Walau bagaimanapun, Kerajaan memang membenarkan warganegara Malaysia yang berumur kurang daripada 60 tahun pergi ke Republik Rakyat China untuk tujuan melawat keluarga terdekat, mendapatkan rawatan perubatan dan juga atas tujuan perdagangan. Peraturan ini adalah wajar dan munasabah buat masa sekarang.
Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang diPertua, soalan tambahan. Memandangkan baru-baru ini pihak Republik Rakyat China telah julung-julung kali melabur di negara kita dengan mengadakan projek pelaburan usahasama dengan pihak swasta di Malaysia, adakah Kementerian Dalam Negeri bercadang untuk membenarkan lebih ramai rombongan perdagangan dari pihak swasta untuk melawat ke
Negeri China supaya mengadakan lebih lagi pelaburan-pelaburan usahasama dengan peniaga tempatan di negara kit a.
Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, jikalau sekiranya permohonan dibuat dan mempunyai persetujuan daripada pihak syarikatsyarikat negara China terhadap rombongan itu, pihak Kementerian Dalam Negeri akan mengambil pertimbangan yang seri us.
Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Latif: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin tahu berapa ramaikah rakyat Malaysia yang telah melawat ke N egeri China dalam tahun 1986/1987. Dan juga pecahan-pecahan, apakah tujuan-tujuan, berapa ramaikah untuk mendapat rawatan, berapa ramaikah untuk menjalankan perniagaan dan sebagainya.
Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, bilangan rakyat Malaysia yang telah dibenarkan untuk melawat negeri China pada 1986 ialah 12, 177 dan pada tahun 1987 ialah 12,181.
Bagi pecahan tujuan lawatan ialah;
Tujuan lawatan 1986 1987
Yang melawati (lebih 60 tahun) .. .. .. .. .. .. 6,835 7,178 melawat kerana keluarga terdekat .. .. .. .. .. 3,274 2,564 Rawatan perubatan Ill 100 Perdagangan .. . . .. .. 1,957 2,339
12,177 12,181
Tuan Tan Chai Ho: Tuan Yang diPertua, soalan tam bah an. Saya ingin tahu, sebenarnya apakah syarat-syarat yang ditetapkan untuk peniaga melakukan lawatan ke negeri China? Adakah lawatan sedemikian digalakkan?
Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, saya kurang
1711 12 JULAI 1988 1712
faham, lawatan macam mana, adakah lawatan untuk perdagangan atau rawatan atau kerana hendak melawat saudara mara terdekat atau macam mana?
Tuan Tan Cbai Ho: Tuan Yang diPertua, ini lawatan perdagangan.
Dato' .Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Lawatan Perdagangan ini ialah jikalau sekiranya pihak syarikat di sini atau pihak individu di Malaysia ini sudah mengenal pasti kawan kongsinya di negeri China dan ada hitam putih di antara kedua-dua pihak, dengan sebab itu permohonan bolehlah dibuat dan daripada surat hitam putih persetujuan tadi dipertimbangkan dan jika sekiranya tidak ada rekod-rekod jenayah dan sebagainya di masa-masa yang lampau, maka pemergian ke negeri China akan diluluskan.
KAPAL SELAM TLDM
8. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji AbduUah minta Menteri Pertahanan menyatakan:
(a) bilakah TLDM menggunakan kapal selam dalam operasinya;
(b) dari negara manakah kapal selam itu dibeli; dan
(c) setakat ini apakah kelengkapan angkatan tentera laut kita gunakan.
Tengku Dato' Ahmad Rithaudeen AIHaj: Tuan Yang di-Pertua;
(a) Angkatan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) masih belum lagi mem punyai kapal selam. Walau bagaimanapun TLDM memang ada rancangan untuk melengkapkan kapal selam sebagai langkah mempertingkatkan keupayaannya mengawal perairan negara dari
sebarang pencerobohan musuh. Persediaan dan perancangan untuk mem ulakan perkhidmatan kapal selam sedang dijalankan sekarang.
(b) Setakat ini saya tidak dapat memaklumkan apakah jenis kapal selam yang akan dibeli kerana ianya masih lagi dalam pertimbangan Kerajaan.
(c) Memandangkan soalan ini menyentuh tentang jenis alat kelengkapan TLDM maka maklumat ini tidak dapat saya maklumkan kepada Dewan ini kerana ianya melibatkan pendedahan terhadap kekuatan Angkatan Tentera kita. Walau bagaimanapun, boleh juga saya nyatakan secara amnya iaitu TLDM dilengkapkan dengan pelbagai jenis kapal perang dan peronda termasuk kapal-kapal logistik, kapal pendarat, dengan izin, landing ship, Frigate, kapal penangkis periuk api, kapal · serang laju berpeluru berpandu serta kapal ukur dan kapal ronda.
KAKITANGAN PENGUASA TEMPATAN - PERTUKARAN
9. Tuan P. Balaram minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan adakah Kementerian beliau pernah mengadakan pertukaran pegawai-pegawai di antara Majlis-majlis Daerah di Semenanjung Malaysia untuk meninggikan mutu dan prestasi mereka.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Dato' Haji Hussein bin Ahmad): Tuan Yang diPertua, mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang digunakan, semua kakitangan Pengu~sa-penguasa Tempatan dan Perbandaran adalah menjadi tanggungjawab Penguasa-penguasa Tempatan dan Perbandaran di kecuali Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-
1713 12 JULAI 1988 1714
Pertua dan Setiausaha. Lazimnya ketiga-tiga jawatan ini dilantik oleh Kerajaan-kerajaan Negeri.
Menyentuh di dalam masalah pertukaran, oleh kerana pegawai-pegawai ini menjadi tanggungjawab kepada Pehguasa-penguasa Tempatan, maka terpulang kepada Penguasa-penguasa Tempatan itu sendiri. Tetapi kepada tiga jawatan yang saya sebutkan tadi, Kerajaan Negeri biasanya mengadakan pertukaran. Ini di atas kehendak Kerajaan Negeri.
Andainya ketiga-tiga jawatan ini dilantik daripada pegawai Persekutuan, pihak JP A boleh mengadakan pertukaran setelah berunding dan persetujuan daripada pihak Kerajaan Negeri.
KAPALTERBANG TUDMKEMALANGAN
10. Tuan G. Rajoo minta Menteri Pertahanan menyatakan:
(a) jumlah kapalterbang TUDM yang jatuh terhempas semenjak Januari, 1987 sehingga sekarang dan kerugian yang dialami;
(b) punca kemalangan-kemalangan ini berlaku dan tindakan yang diambil oleh Kementerian untuk mengelakkan kemalangan; dan
(c) sama ada kapalterbang-kapalterbang yang jatuh terhempas itu telah diganti dan jenis-jenis penggan tinya.
Tengku Dato' Ahmad Rithaudden AI-Haj: Tuan Yang di-Pertua;
(a) Jumlah kemalangan kapalterbang TUDM semenjak bulan Januari 1987 sehingga sekarang ialah sebanyak dua buah. Anggaran kerugian dari ke-
dua-dua kemalangan tersebut ialah $14 juta.
(b) Dari dua kemalangan pesawat tersebut punca sebenarnya masih belum dapat dipastikan kerana satu daripada kejadian kemalangan tersebut masih lagi dalam penyiasatan pihak Lembaga Penyiasatan TUDM manakala dalam kemalangan yang satu lagi pihak TUDM masih lagi sedang mencari bangkai pesawat yang dilaporkan telah hilang di udara Laut China Selatan.
Kementerian Pertahanan memang sedar bahawa tiaptiap satu kemalangan adalah merupakan satu kerugian kepada negara, kerana ianya bukan sahaja mengorbankan nyawa malah harta benda. Menyedari hakikat ini, pihak TUDM telah menubuhkan organisasi tertentu untuk mengawal dan mencegah dari terjadinya kemalangan-kemalangan yang mungkin dapat dielaki. Kempen-kempen keselamatan penerbangan serta langkah-langkah yang tertentu sentiasa diambil dengan secara aktif setiap masa di samping kawalan dan undang-undang yang berkaitan dengan caracara penggunaan pesawat terbang diperketatkan setiap mas a.
(c) Setakat ini pesawat-pesawat yang musnah itu belum lagi diganti dengan yang baru.
SEMBAHYANG JUMAAT BAGI PEKERJA ISLAM SEKTOR
SWASTA
11. Tuan Haji Hamid Araby bin Md. Salih minta Menteri Buruh menyatakan sama ada beliau akan mewar-. takan waktu kelepasan sembahyang
...
•
1715 12 JULAI 1988 1716
Jumaat bagi sektor swasta untuk memudahkan pekerja-peke;ja Islam menunaikan kewajipannya. Masih terdapat banyak sektor swasta tidak memberi kelepasan kepada pekerjapekerja Islam menunaikan fardhu Jumaat.
Timbalan Menteri Buruh (Tuan Kalakau Untol): Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan belum ada cadangan untuk mengadakan undang-undang untuk memberi waktu kelepasan kepada pekerja-pekerja Islam dalam sektor swasta bagi tujuan menunaikan fardhu sembahyang Jumaat. Memang ada kilang-kilang yang tidak dapat memberi waktu kelepasan kepada pekerjapekerja Islam menunaikan sembahyang Jumaat kerana jenis operasi kilangkilang tersebut tidak mengizinkan majikan melepaskan mana-mana pekerja.
Walau bagaimanapun, pegawaipegawai Kementerian ini akan terus menasihatkan para majikan supaya memberi waktu kelepasan kepada pekerja-pekerja Islam menunaikan sembahyang Jumaat. Di mana keadaan mengizinkan para majikan pada lazimnya tidak enggan melepaskan pekerjapekerja Islam untuk menunaikan sembahyang Jumaat selepas menerima nasihat daripada pegawai-pegawai Kementerian ini.
SKIM KEUTAMAAN AM (GSP) -PETISEN AFL-CIO
12. Tuan Mohd. Wajdi bin Dato Haji Ishak minta Menteri Buruh menyatakan:
(i) sejauh manakah kesan yang terjadi hasil dari dakwaan Setiausaha Agung Kongress Kesatuan Sekerja Malaysia yang kononnya Kerajaan Malaysia tidak menghormati hak-hak pekerja (walaupun beliau menafikan) dan menyebabkan petisen dari Per-
sekutuan Buruh dan Kongres Pertubuhan Pekerja Amerika (AFL-CIO) meminta pentadbiran negaranya membatalkan kemudahan skim keutamaan am atau dSP yang dinikmati oleh Malaysia; dan
(ii) sejauh manakah siasatan yang telah dibuat oleh pihak Kerajaan mengenai kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja Malaysia itu dan apakah bentuk tindakan yang telah diambil bagi mengatasi isu ini.
12.7.88
32. Tuan Tan Chai Ho minta Menteri Buruh menyatakan apakah tindakan akan diambil terhadap Setiausaha Agung M.T.U.C. yang mencadangkan kepada Amerika Syarikat supaya menarik balik sistem G.S.P. yang dinikmati oleh Malaysia selama ini.
13.7.88
70. Tuan Haji Hamid Araby bin Md. Salih minta Menteri Buruh menyatakan apakah tindakan yang telah dan akan diam bil ke atas Dr. V. David, Setiausaha Agung MTUC yang telah beberapa kali membuat penafian dan pengakuan yang memutar-belitkan semua pihak dengan penglibatan beliau meminta Persekutuan Buruh dan Kongres Pertubuhan Pekerja Amerika (AFL-CIO) supaya ditarikbalik keistimewaan Skim Keutamaan Am, (GSP) kepada Malaysia.
14.7.88
76. Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Buruh menyatakan apakah tindakan Kerajaan kita patut ambil terhadap sikap Setiausaha Agung Kongres Sekerja Malaysia (MTUC)
1717 12 JULAI 1988 1718
yang telah mengaku bertanggungjawab mendesak AFL-CIO meminta Washington menarik balik segala kern udahan be bas cukai kepada Malaysia yang menjadi kecoh baru-baru ini.
15.7.88
76. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Buruh menyatakan apakah tindakan yang diambil ke atas Setiausaha Agung MTUC, Dr. V. David kerana desakannya supaya Kerajaan Amerika menarik balik "Skim Keutamaan Am" (GSP) yang diberikan kepada Malaysia.
Tuan Kalakau Untol: Tuan Yang diPertua, saya memohon izin menjawab pertanyaan ini bersama-sama dengan pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Tan Chai Ho pada hari ini juga, Yang Berhormat Senator Tuan H aji Hamid Araby bin Md. Salih pada I3hb Julai, 1988, Yang Berhormat Senator Tuan Hassan bin Nam pada 14hb Julai, 1988 dan Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah pada 15hb Julai, 1988 m emandangkan pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tersebut adalah mengenai perkara yang sama.
Tuan yang ui-Pertua, Kerajaan memandang berat akan tindakan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia yang telah mendesak AFL-CIO meminta Kerajaan Amerika Syarikat menarik balik Sistem Keutamaan Am (GSP) yang dinikmati oleh Malaysia. Perbuatan sedemikian adalah bercanggah dengan tujuan asaJ kewujudan kesatuan sekerja yang mana adalah untuk memberi perlindungan kepada kaum pekerja.
Memandangkan desakan tersebut belum membawa sebarang kesan buruk ke atas ekonomi negara kita, maka buat sementara waktu Kementerian Buruh
tidak bercadang membuat syor kepada Kerajaan mengenai tindakan yang harus diambil terhadap Setiausaha Agung itu. W alau bagaimanapun, Kementerian Buruh akan mengikuti perkembangan Ianjut dalam perkara ini, khususnya akibat desakan ito terhadap ekonomi negara kita dan sekiranya perlu akan membuat syor supaya tindakan sewajarnya diambil sama ada mengikut undangundang ataupun mengikut prosidur pentadbiran terhadap beliau.
Selain dari itu, Kementerian Buruh akan juga mengkaji semula peranan Kongres Kesatuan Sekerja di forumforum antarabangsa. Sebagai langkah mempertahankan kepentingan negara di Iuar negeri, perhatian yang lebih akan diberi kepada menguatkan lagi jentera Kerajaan daJam membidas sebarang tindakan yang boleh menjejaskan kepentingan negara.
Keraj aan juga akan terus berusaha untuk menanamkan kesedaran kepada pemimpin:.pemimpin Kesatuan Sekerja mengenai sebarang kemungkinan yang boleh menjejaskan ekonomi negara khasnya daripada tindakan sedemikian. Ke arah mencapai tujuan ini, usaha akan dipergiatkan lagi untuk menggalakkan perbincangan isu-isu perburuhan di dalam negeri melalui perundingan tiga pihak terutamanya di mesyuarat-mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan di bawah Kementerian Buruh.
Sehubungan dengan ini, perlu juga ditegaskan bahawa pihak pekerja sendiri juga harus lebih berjaga-jaga akan tindakan pemimpin-pemimpin mereka yang mengakibatkan tindakbalas yang boleh menjejaskan kedudukan dan kepentingan kaum pekerja. Oleh itu kaum pekerja perlu cuba mengawasi tingkah laku pemimpin-pemimpin mereka dengan lebih rapi lagi.
Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang diPertua, soalan tambahan. Memandangkan seorang pemimpin yang
..
..
----------- -·-----··---~------- -----------
1719 12 JULAI 1988 1720
. mengkhianati pekerja-pekerja, kalau mengikut laporan, jika Amerika membatal GSP, lebih kurang 75,000 pekerja akan terjejas. Kenapa tidak Kementerian Buruh mengambil tindakan melucutkan seorang pemimpin yang mengkhianati pekerja-pekerja itu?
Tuan Kalakau Untol: Tuan Yang diPertua, pihak Kementerian tidak ada kuasa untuk melucutkannya kerana MTUC bukan di bawah Kementerian Buruh. Walau bagaimanapun, kita memberi kesedaran kepada pihak kaum pekerja agar lebih peka untuk memilih pemimpin-pemimpin mereka yang lebih bertanggungjawab supaya tidak menjejaskan kepentingan kaum pekerja dan juga negara kita.
Tuan Azman Atar bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, saya berpuas hati di atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang berkenaan. Cuma saya hendak tahu berapa lamakah laporan penyiasatan terhadap orang yang berkenaan itu akan disiapkan untuk dihantar kepada pihak Kerajaan.
Yang kedua, sama ada Yang Berhormat bersetuju atau tidak bahawa
· kelakuan yang telah ditunjukkan ini memang sudah sepatutnya boleh dirampas kerakyatannya. Kita tidak boleh mengakui dia lagi sebagai rakyat Malaysia kerana mencemarkan nama baik negaranya sendiri di luar negeri. Sebab itu saya kata, kita kena bendung ban yak m usang berbulu a yam pada masa sekarang.
Tuan Kalakau Untol: Tuan Yang diPertua, Kerajaan telahpun mengadakan kajian dan mengikuti perkembangan sejak Setiausaha Agung MTUC itu membuat kenyataan di Miami pada tahun 1987. Berikutan dengan itu beberapa kerahan telah dibuat kepada MTUC sendiri khususnya kepada ahli-ahli seperti saya katakan awal-awal tadi.
Mengenai soalan kedua mengenai kerakyatan, belum sampai masanya kerana ia belum ada sebarang kesan buruk terhadap negara kita dan AFLCIO pun belum lagi menentukan sama ada menerima gesaan Setiausaha Agung MTUC tersebut. Kita akan p1engikuti perkembangan selanjutnya .
FELDA - PERANAN DAN MASA DEPAN
13. Tuan C. Krishnan minta Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah menyatakan apakah perkembangan setakat ini, berkaitan dengan suatu jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk mengkaji struktur FELDA.
(a) adakah Kementerian puashati dengan sambutan orang India ke skim FELDA. Jika tidak apakah langkah yang diambil untuk menarik balik ramai kaum India;
(b) baru-baru ini seramai I ,000 peneroka di Jerantut mengadakan tunjuk perasaan kerana mereka tidak puashati dengan bayaran bagi buah kelapa sawit dan seramai 18 peneroka di Kulai menuntut hakmili~ berasingan dan bukan secara berkongsi. Pihak FELDA haruslah memelihara kepentingan para peneroka. · Imej FELDA kita haruslah dijaga, seperti pujian yang disebut dalam World Bank Report, "FELDA is one of the most successful land development organisations in the world"; dan
(c) kebanyakan peneroka sudah tua dan anak-anak mereka bekerja di bandar. Jadi mereka pajakkan tanah mereka kepada orang luar. Car a ini menjejaskan pendapatan mereka. Adakah pihak FELDA bercadang untuk membaiki keadaan ini.
1721 12 JULAI 1988 1722
Menteri .Kemajuan Tanah dan Kemajuan WUayab (Dato' Dr Sulaiman bin Haji Daud): Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah telahpun menubuhkan satu Jawatankuasa Khas untuk mengkaji peranan dan masa depan FELDA. Untuk membantu Jawatankuasa ini satu panel perunding yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan Kerajaan, pakar-pakar dalam bidang sosiologi, ekonomi, pengurusan, pertanian sama ada dari pihak swasta dan juga' golongan akademik daripada pusat-pusat pengajian tinggi telahpun dibentuk. Objektif kajian ini ialah untuk membuat satu penilaian menyeluruh dan terperinci ke atas FELDA.
Kajian ini akan memberi tumpuan kepada isu-isu pulangan ataupun sumbangan kepada peneroka dan juga perkara dari segi ekonomi, dari segi sosial dan juga politik. Pacta permulaannya Jawatankuasa ini telah diberi tempoh tiga bulan untuk menyiapkan kajian ini, tetapi untuk mempastikan supaya kajian m1 benar-benar merangkumi semua aspek pengurusan FELDA, kepentingan peneroka dan juga kepentingan negara, maka tempoh usaha ini telah dilanjutkan.
Adalah diharapkan Jawatankuasa ini akan dapat mengemukakan kepada Kerajaan akan alternatives, dengan izin, dan strategi-strategi pembangunan tanah dan juga pem bangunan peneroka yang lebih mantap untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi sekarang ini.
Kementerian mt sentiasa memberi perhatian kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh peneroka dan dalarn masa yang sama perlu juga memberi keutamaan kepada pembangunan ekonomi negara di dalam menjamin pengeluaran bahan-bahan mentah.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, setakat ini Jawatankuasa Pengkajian telah ·pun mengadakan
beberapa mesyuarat untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan masalah pembangunan rancangan tanah FELDA dan juga masalah-masalah yang dihadapi oleh peneroka. Dalam jangka rnasa yang telah diberikan, Jawatankuasa ini akan dapat membuat keputusan dan syor yang dirasakan sesuai untuk menentukan arab aliran masa depan FELDA yang lebih baik dengan rnemberi keutamaan kepada kepentingan ekonomi negara dan tidak kurang juga kepentingan peneroka.
Untuk menjawab soalan (a), permohonan untuk menyertai rancangan FELDA adalah terbuka kepada sernua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum ataupun keturunan. Tidak ada sekatan yang dikenakan kepada mana-mana kaum baik di peringkat Negeri atau Pusat dan tiada pula kuota-kuota yang ditentukan bagi kaum-kaurn berkenaan.
Penempatan calon-calon peneroka dari mana-mana kaum adalah bergantung kepada bilangan yang memohon, keputusan temuduga, susunan ketinggian markah dan kekosongan tempat. Mereka akan ditawarkan menyertai mana-mana rancangan setelah mendapat kelulusan penempatan daripada Kerajaan-kerajaan Negeri berkenaan. Pihak Kerajaan adalah berpuas hati dengan sistem pernilihan ini.
Untuk rnenjawab soalan (b) mengenai peneroka yang menunjuk perasaan di kawasan Jerantut adalah berpunca dari rasa tidak puas hati mereka dengan bayaran yang dibuat oleh FELDA ke atas bukit sawit mereka.
Tindakan segera telah diambil oleh FELDA untuk mengatasi rnasalah ini. Kelemahan-kelemahan telah dikenalpasti dan tindakan segera diambil untuk mengatasinya. Keupayaan kilang diperbaiki di mana perbadanan kilang FELDA telah meluluskan peruntukan sebanyak $500,000 untuk beberapa kerja tambahan di kilang berkenaan.
..
1723 12 JULAI 1988 1724
Berhubung dengan 18 orang peneroka di kawasan Kulai yang menuntut hakmilik berasingan, perbincanganperbincangan telah diadakan oleh Kementerian saya dan Pentadbiran FELDA dengan mereka yang berkenaan untuk diberi penjelasan. Di dalam perkara ini, Kementerian tidak memberi pertimbangan kepada tuntutan mereka oleh kerana ini menyentuh satu dasar yang besar yang telah ditentukan dan juga oleh kerana mereka telah bersetuju dan menandatangani perjanjian di antara FELDA dan mereka supaya tanah ladang mereka itu didaftar atas nama Koperasi Hakmilik Tanah FELDA Taib Andak di mana mereka hendaklah menjadi ahlinya.
Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini 17 daripada 18 mereka ini telahpun bersetuju memasuki koperasi dan hanya seorang sahaja yang masih belum memasuki koperasi tersebut. FELDA sentiasa mengambil berat di atas perkara-perkara yang dibangkitkan oleh peneroka walaupun ianya dicetuskan oleh sebilangan kecil peneroka sahaja.
Bagijawapan (c), FELDAmenyedari bahawa sebilangan besar peneroka di dalam rancangan FELDA yang dibangunkan sebelum tahun 1970-an
. telah tua dan uzur. Peneroka yang tua dan uzur ini tidak lagi mampu dan berdayll untuk menguruskan ladang-ladang mereka. Kerja-kerja ladang diupah kepada buruh atau dikendalikan oleh anak-anak mereka dan keluar~a peneroka sendiri. Bagi membaiki keadaan ini satu program yang dinamakan Program Pengganti Kerja Peneroka telah dilaksanakan bagi mempastikan kerja-kerja ladang peneroka terus dikendalikan secara berkesan dan m~mberi pulangan yang maksima. Program ini dilaksanakan sejak tahun 1984 bertujuan meng,enal-pasti daripada kalangan anak-anak dan keluarga peneroka yang layak, berminat dan sanggup mengambil alih dan menguruskan kerja-kerja ladang bagi
pihak peneroka yang tua itu. Bagi mempastikan jenerasi kedua ini mampu mengendalikan kerja-kerja ladang mengikut teknik pertanian moden dan sentiasa committed kepada pel1lbangunan FELDA, kursus kepada pengganti kerja peneroka dilaksanakan. Kursus-kursus ini meliputi aspek pengendalian kerja-kerja ladang, pembangunan masyarakat dan juga aspek pengurusan FELDA.
Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di Pertua, soalan tambahan. Bolehkah . Yang Berhormat Menteri yang berkenaan membuat penjelasan apakah syarat-syarat dan kelayakan bagi seseorang rakyat negara kita yang ingin memohon sebagai seorang peneroka dalam satu skim FELDA. Saya sebut demikian kerana ada setengah-setengah pemohon-pemohon daripada kaum Tionghua yang tidak berjaya dalam permohonan ini tidak diberi sebab-sebab.
Dato' Dr. Sulaiman bin Haji Daud: Tuan Yang di-Pertua, syarat-syarat untuk menjadi peneroka adalah jelas sekali:
(i) ianya mestilah warganegara Malaysia;
(ii) sudah beristeri;
(iii) mempunyai umur antara 18-35 tahun dan kadangkala kita mem beri kelonggaran, umpamanya sepertimana ditanya tadi dari bekas-bekas perajurit di mana kita pernah memberi kelonggaran 40 tahun ataupun 45 tahun. Had umur ini ada rasionalnya kerana dalam rancangan FELDA ini mereka dikehendaki membayar balik segala hutang yang ditanggung oleh mereka dalam masa lebih kurang 15 tahun. Jika sekiranya umur itu berlebihan, katakan 55 tahun, uniur 65: tahun baru bayar separuh hutang timbullah soal uzur dan tua ini; dan
1725 12 JULAI 1988 1726
(iv) tidak mempunyai tanah, kalau adapun tanah di luar bandar tidak lebih daripada dua ekar.
Tuan C. Krishnan: Tuan Yang diPertua, saya tidak berapa puas hati dengan jawapan Yang Berhormat Menteri. Soa1an saya, adakah Kementerian puas hati den:gan sambutan orang India ke skim FELDA itu. Yang Berhormat Menteri kata sambutan itu kepada keseluruhan tanpa mengira kaum, baik, tetapi sekiranya sambutan tidak ada, apa sebab, adakah masalah sosio-ekonom i ataupun masa1ah yang lain. Maksud soalan saya itu adakah sambutan daripada keturunan kaum India dan berapakah peratus penerokapeneroka keturunan India di dalam FELDA?
Dato' Dr. Sulaiman bin Haji Daud: Tuan Yang di-Pertua, soalan puas hati atau tak puas hati itu soalan relatif. Saya puas hati, Yang Berhormat tak puas hati, boleh jadi kerana bilangan kaum India tidak mencukupi, mungkin mereka mahu berpuluh-puluh ribu lagi kaum India masuk di rancangan FELDA, tetapi soalnya kita mempunyai kriteria-kriteria tertentu. Oleh itu, kalau Yang Berhormat tak berpuas hati dengan jawapan saya itu terpulanglah kepada Yang Berhormat, padahal soal puas hati hanya merupakan satu bahagian daripada soalan dan jawapan saya telah diberi, saya rasa dengan begitu komprehensif sekali.
Tentang soal peratusan, saya tidak mempunyai angka yang ada di sini. Walau bagaimanapun, bolehlah saya memberi sedikit bayangan kepada Ahli Yang Berhormat, di kalangan para bakal peneroka ataupun pemohonpemohon rancangan yang masih dalam senarai menunggu sebanyak 12,681 calon sekarang, ada lebih kurang 483. calon daripada keturunan India.
Tuan Balaram Pethanaidu: Tuan Yang di-Pertua, adakah Kementerian Yang Berhormat Menteri bercadang
meluluskan permohonan-permohonan daripada koperasi-koperasi yang bercorak nasional dan mempunyai ahli-ahli yang miskin dan berpendapatan rendah.
Dato' Dr. Sulaiman bin Haji Daud: Tuan Yang di-Pertua, peneroka dipilih berasaskan kepada keyakinan individu dan bukan koperasi.
Tuan Azman Atar bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, saya berpuas hati jawapan Yang Berhormat Menteri (Ketawa), cuma saya hendak bertanya, di samping Yang Berhormat Menteri menubuhkan satu jawatankuasa khas, adakah a tau tidak m eng adak an satu program supaya·memberitahu kepada perancang-perancang orang yang mengambil rancangan FELDA ini supaya mereka ini benar-benar faham bahawa rancangan itu adalah disediakan oleh Kerajaan? Maka sampai satu ketikanya kalau dia tidak dapat balas budi Kerajaan memadai dengan mengenang budi kalau mahu jadi manusia dalam dunia ini, kerana saya dapati banyak mereka ini sudah terpengaruh daripada anasir-anasir yang boleh menghuru-harakan keadaan negara. Jadi, saya ingin tahu adakah Yang Berhormat Menteri menyediakan satu program untuk memberikan penerangan terutamanya kepada generasi yang akan datang yang mewarisi rancangan FELDA itu supaya mereka benar-benar faham dan tahu mengenang budi kepada Kerajaan yang memerintah sekarang.
Dato' Dr. Sulaiman bin Haji Daud: Tuan Yang di-Pertua, kita memang mempunyai program sentiasa menjalankan penjelasan dan penerangan kepada peneroka-peneroka FELDA dan juga kadangkala kita mengadakan ceramah khas di kalangan penerokapeneroka. Kita mempunyai satu unit yang terbesar dalam pertubuhan FELDA ini yang dinamakan Unit Pembangunan Peneroka di mana salah satu daripada tugasnya ialah untuk memberi penerangan dan penjelasan kepada
1727 12 JULAI 1988 1728
peneroka-peneroka ini tentang peranan yang telah dimainkan oleh FELDA dlUl juga segala usaha Kerajaan untuk memberikan mereka satu taraf hidup yang lebih baik, untuk memberi mereka satu keadaan yang boleh membawa kebahagiaan kepada kemakm uran kepada mereka sendiri.
Sepertimana kita sedia maklum, banyak daripada peneroka-peneroka yang ada dalam rancangan sekarang telahpun memiliki atau sedang memiliki banyak harta dan juga mempunyai anak-anak yang ada di kalangan mereka bertugas dengan Kerajaan dengan kelulusan universiti dan juga di FELDA sendiri beribu-ribu daripada anak-anak ini yang datangnya daripada rancangan FELDA yang te1ah berjaya dalam pe1ajaran tinggi basil daripada usaha Kerajaan kita menerusi rancanganrancangan FELDA ini.
MENJEJAS KEPENTINGAN NASIONAL - TINDAKAN
14. Tuan Lim Heng Tee minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil terhadap rakyat Malaysia yang melakukan sesuatu yang akan menjejaskan kepentingan nasional Malaysia.
Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, sukalah saya memaklumkan bahawa soalan yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat berkenaan adalah terlalu umum. Bagaimanapun, sukalah saya menjelaskan bahawa tindakan tegas akan diambil oleh Kerajaan ke atas mereka yang didapati melakukan sesuatu yang akan menjejaskan kepentingan nasional negara kita ini. Bentuk tindakan tersebut ada1ah bergantung besar kepada jenis dan keadaan ancaman yang dilakukan o1eh mereka yang berkenaan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat berkenaan juga, segala bentuk tindakan yang diambil oleh Kerajaan
dalam mengekalkan kepentingan nasional adalah berlandaskan Perlernbagaan Negara dan undang-undang yang ada sesuai dengan amalan Kerajaan sebagai sebuah negara Demokrasi Berparlimen. Antara undang-undang yang berkaitan ialah Akta Hasutan, Akta Buang Negeri, Akta Rahsia Rasmi, Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Dadah Berbahaya dan Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat).
Dato' Haji Abu Dakar bin Lajim: Tuan Yang di~Pertua, walaupun soalan yang saya hendak soal ini sudah sebanyak sedikit dijawab oleh Kementerian Buruh, tetapi saya ingin mendapat jawapan daripada Kementerian Dalam Negeri iaitu apakah kesalahan-kesalahan yang didapati pada V. David, Setiausaha Kesatuan MTUC dan jika didapati ada kesalahannya, apakah hukuman yang patut dihukum?
Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat V. David telah dituduh tidak bertanggungjawab kerana menggesa AFL-CIO (American Federation of Labour/Congress of Industrial Organisations) supaya menarik batik keistimewaan yang dinikmati oleh negara Malaysia di bawah GSP (Generalised System of Preferences) iaitu keistimewaan bersabit dengan perdagangan · dua hala seperti kemudahan cukai dan sebagainya.
Tentang soalan yang kedua, setakat ini Kerajaan belum bercadang mengambil apa-apa tindakan dan menyerahkan kepada Malaysian Trade Union Congress (MTUC) bagi mengambil apa-apa tindakan terhadap Yang Berhormat V, David. Bagaimanapun, sekiranya keadaan memerlukan, Yang Berhormat V. David boleh diambil tindakan dibawah undang-undang tertentu, misalnya Akta Hasutan, Akta Keselamatan Dalam Negeri atau lain-lain akta yang berkaitan dengannya.
1729 12 JULAI 1988 1730
Tuan Hajl Abdul Hamid bin Haji Latif: Tuan Yang di-Pertua, adakah tindakan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan ini melambangkan tidak taat setianya kepada negara kita? Jika ianya melambangkan tidak taat setianya kepada negara kita mengapakah kerakyatannya tidak dapat dilucutkan?
Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, jikalau sebenarnyalah apa yang telah dilakukan oleh Yang Berhormat V. David, ia bukan sahaja dianggap tidak setia tetapi derhaka kepada negaranya sendiri. Tentang tindakan kewarganegaraannya itu, ini terpulang kepada beliau sendiri untuk kalau sekiranya beliau ingin menyerahkan kembali kewarganegaraannya maka beliau boleh meIakukannya, kalau tidak, kerana kewarganegaraannya adalah tercatit da1am Bahagian III, Perlembagaan Negara.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa untuk pertanyaanpertanyaan bagi jawab mulut sudahpun cukup.
(Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mu/ut telah cukup dan Jawapan bagi pertanyaan No. 15 hingga I 7 adalah diberi di bawah ini).
PELOMBONG BUMIPUTERA -BANTU AN
15. Tuan Azumu bin Tak minta Menteri Perusahaan Utama menyatakan samaada Kumpulan Wang Bantuan untuk pelombong bumiputera masih wujud dan adakah tam bahan daripada peruntukan yang lama sebanyak $500,000 itu. Semenjak ianya ditubuhkan, nyatakan syarikat-syarikat yang telah menerima pinjaman tersebut.
Menteri Perusahaan Utama (Dato' Dr. Lim Keng Yaik): Kumpulan Wang bantuan untuk pelombong bumiputera disediakan di bawah peruntukan Kumpulan Wang Pinjaman Untuk Meneroka
Galian Dalam Kawasan-kawasan Simpanan Melayu (Exploitation of Mineral in Malays Reservation Loan Fund Trust (EMMRF) yang ditubuhkan ol~h Kerajaan melalui satu resolusi Par limen pada bulan Jun 1967. Tujuan tabung ini ditubuhkan ialah untuk membantu pengusaha bumiputera di dalam perusahaan per! om bongan untuk mengusahasil sumber-sumber mineral di kawasan-kawasan simpanan Melayu. Sejumlah $500,000.00 telah diperuntukkan bagi Kumpulan Wang ini dan pinjaman wang tunai sebanyak $200,000.00 tiap-tiap satu telah pun dikeluarkan kepada Syarikat Melayu Berkat Kampong Redang Sawa Sdn. Bhd. dan Syarikat Galian Abdul Rahman bin Mohd. Noor. Di samping pinjaman itu syarikat yang pertama juga diberi pinjaman untuk membeli per a Ia tan m elom bong berni Iai $33,613.00.
Tabung berkenaan masih wujud dan jumlah tabung masih kekal pada paras $500,000.00. Dengan terlaksananya Dasar Ekonomi Baru, penyusunan semula penyertaan bumiputera di dalam perusahaan perlombongan telah berlaku dan masa telah membuktikan hakikat ini di mana sejak tahun 1970 tiada permohonan dibuat untuk mendapatkan pinjaman daripada tabung ini. Di samping tabung ini Kerajaan juga membantu perusahaan timah dalam pelbagai cara, termasuk mengadakan Skim Pinjaman Mudah.
KEMPEN ANTI KAYU TROPIKA
16. Puan Hajjah Rosnah binti Mohd. Salleh minta Menteri Perusahaan Utama menyatakan sejauh manakah keberkesanan rombongan ke Eropah. untuk benteras kempen anti kayu tropika di United Kingdom, German Barat, Belanda dan Belgium. Dapatkah rombongan ini menarik pengusaha kayu kayan di negara-negara EEC untuk melabur dalam industri perabot.
"
1731 12 JULAI 1988 1732
Dato' Dr. Ling Keng Yaik: Pada keseluruhannya rom bongan yang diketuai o1eh Y .B. Meneri Perusahaan Utama dan dianggotai juga o1eh wakilwakil dari Sabah dan Sarawak telah berjaya dalam usahanya untuk membanteras kempen-kempen anti kayu tropika di keempat-empat negara yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat. Dalam usaha-usaha itu rombongan YBM Perusahaan Utama telah dapat berbincang dengan pemimpin-pemimpin kumpulan pencinta alam, tokoh-tokoh politik, Kerajaan dan perniagaan serta menya'kinkan mereka bahawa dasardasar dan program-program pengurusan dan pem bangunan perhutanan di Malaysia adalah dilaksanakan berdasarkan prinsipprinsip penghasilan berkekalan yang bukan sahaja untuk memperolehi nilainilai ekonomi malahan untuk kestabilan alam sekitar dan juga sebagai tempattempat rekreasi. Mereka amat menghargai kedatangan rombongan YBM Perusahaan Utama ini bukan sahaja untuk menjelaskan perkaraperkara dan isu-isu penting yang dibangkitkan oleh kempen bahkan kerana ia menunjukkan perhatian berat yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia terhadap pemberian mak1umatmaklumat yang tepat bagi mengatasi salah faham golongan-golongan pencinta alam, ahli-ahli politik dan Kerajaan di negara-negara berkenaan. Kerajaan menyedari usaha-usaha seperti ini perlu diteruskan lagi bagi memberikan gambaran yang wajar mengenai pengurusan hutan tropika di Malaysia sebelum dapat mengatasi sepenuhnya kempenkem pen anti kayu tropika di negaranegara berkenaan.
Adalah terlalu awal untuk mengira pelabor perabot EEC yang berjaya dibawa ke Malaysia selepas misi ini kerana tujuan uatama misi adalah un
·tuk menerangkan kedudukan pengurusan hutan negara dan bahawa Malaysia telah mengambil langkahlangkah untuk membolehkan bekalan kayu~kayan diperolehi dengan men-
cukupi secara berkekalan untuk pembangunan industri berasaskan kayu ter-masuk industri perabot.
RANCANGAN PEMULIHAN USAHAWAN BUMIPUTERA
17. Tuan Hassan Harun minta Menteri Kewangan menyatakan:-
(i) dasar, strategi, pendekatan dan program rancangan pem ulihan usahawan-usahawan Bumiputera;
(ii) kemajuan pelaksanaan Skim ini setakat ini;
(iii) bagaimanakah sambutan dan. kerjasama semua yang terlibat khususnya institusi-institusi kewangan; dan
(iv) berapa banyakkah usahawanusahawan Bumiputera akan menikmati Skim ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Drs Suleiman bin Mohamed): Program rancangan pemulihan usahawan-usahawan Bumiputera atau yang dikenali sebagai Tabung pemulihan Usahawanusahawan (TPU), sebanyak $500 juta telah ditubuhkan oleh Kerajaan barubaru ini untuk membantu usahawanusahawan Bumiputera yang terjejas akibat kemelesetan ekonomi. Dasar dan strategi kepada penubuhan TPU ini adalah untuk mengekalkan sejumlah bilangan usahawan-usahawan Bumiputera, menyelesaikan masalah pinjaman tidak .berbayar mereka di dalam industri bank dan membantu memulihkan keadaan ekonomi negara yang sedang dalam proses pemulihan di samping mewujudka.n peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat.
Pendekatan asas kepada Skim TPU
1733 12 JULAI 1988 1734
ini ialah usahawan-usahawan Bumiputera yang akan dibantu itu mestilah berkeupayaan dan berdaya maju dan menghadapi masalah hanya disebabkan oleh kemelesetan ekonomi bukannya keraja penyelewangan pengurusan.
Bagi menentukan sama ada syarikat usahawan Bumiputera itu berkeupayaan dan berdaya maju atau tidak ia haruslah dikaji terlebih dahulu oleh institusi kewangan yang menjadi pembiaya terbesar/tunggal dan laporan kajian itu akan diserahkan kepada Kumpulan pemulihan.
Kumpulan Pemulihan inilah yang akan meneliti laporan institusi kewangan itu sebelum dibuat sebarang syor-syor untuk memulihkan syarikat tersebut. Kumpulan ini beroperasi mengikut sektor perumahan, pembinaan, perusahaan, pertanian, perdagangan dan hartanah. Setiap sektor akan diketuai oleh sebuah bank perdagangan kecuali bagi Sektor Perusahaan diketuai oleh Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia Bhd. (MID F) yang juga dilantik sebagai urusetia TPU.
Kumpulan ini dianggotai oleh mereka yang betul-betul mahir di dalam bidang mereka masing-masing. Kumpulan ini akan mengemukakan syor-syor mereka kepada Panel Khas untuk dibuat kataputus sama ada syarikat itu betulbetul layak atau tidak untuk dibantu.
Skim ini sekarang adalah berjalan dengan lancar.
Sambutan dan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat terrnasuk institusi-institusi kewangan sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung adalah memuaskan.
Skim TPU tidak menentukan tentang jumlah syarikat usahawan Bumiputera yang akan menikmati Skim ini kerana TPU akan membantu mana-
mana syarikat tersebut asalkan ia berkeupayaan dan berdaya maju dan menghadapi masalah kewangan akibat kemelesetan ekonomi. Walau bagaimanapun TPU adalah terhad dari segi pengagihannya kerana jumlah yang diperuntukkan hanya berjumlah $500 juta dan berbentuk tabung pusingan.
Bumiputera yang akan dibantu itu mestilah berkeupayaan dan berdaya maju dan menghadapi masalah hanya disebabkan oleh kemelesetan ekonomi bukannya ker ana penyelewangan pengurusan.
NEW -INDUSTRIALISED COUNTRY - TARAF
18. Dr. Ng Khek Kiung minta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan:-
(a) sama ada Kerajaan mempunyai sebarang program intensif untuk mencapai taraf NIC (NewlyIndustrialised Country) sebelum tah un 2000; dan
(b) apakah bidang pengkilangan yang telah dikenalpasti oleh Kerajaan dalam usaha menuju ke arah pencapaian taraf NIC.
Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian (Dato' Kok Wee Kiat): Negara kita masih lagi sedang membangun, di mana pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat bagi menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi dan kedudukan kawasan, terus menjadi matlamat asas dan utama kita. Sejak kebelakangan ini pula, dengan keadaan ekonomi yang meleset, Kerajaan juga sedang berusaha untuk mempastikan ekonomi negara terus berkembang agar tahap kualiti penghidupan yang biasa dinikmati oleh rakyat negara ini tidak terjejas. Oleh yang demikian, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
1735 12 JULAI 1988 1736
menjelaskan kepada Y.B. Kerajaan tidak mempunyai program khusus bagi mencapai taraf NIC (Newly Industrializing Country) sebelum tahun 2000 atau pun selepasnya.
Sungguhpun pembangunan perindustrian di negara ini telah berjalan sejak dua dekad yang lalu, akan tetapi ada banyak lagi usaha-usaha pembangunan perindustrian yang perlu diambil oleh Kerajaan bagi memperbaiki lagi asas pembangunan perindustrian (industrial base) negara ini serta memperkukuhkan kedudukan barangan keluaran kita di pasaran antara bangsa. Menyedari kelemahan-kelemahan yang ada pada struktur perindustrian negara, maka Kerajaan telah merumuskan Pelan lnduk Perindustrian (PIP) Malaysia pada awal tahun 1986. Dalam hubungan ini Pelan Induk Perindustrian telah mengenalpasti 12 sub sektor industri sebagai industri-industri utama bagi pem bangunan perindustrian 10 tahun yang akan datang. Industri-industri tersebut ialah:-
(i) Keluaran berasaskan kayu (ii) Keluaran berasaskan getah
(iii) Keluaran berasaskan sawit (iv) Keluaran bukan besi (v) Pemerosesan makanan (vi) Petro Kimia
(vii) Keluaran bukan logam (viii) Elektronik dan elektrik
(ix) Mesin dan peralatan jentera (x) Keluaran besi keluli
(xi) Peralatan pengangkutan (xii) Tekstil dan pakaian
BAS MINI - PENGELUAR LESEN
19. Dr. K.S. Nijhar minta Menteri Perusahaan Awam menyatakan dasar untuk kelulusan lesen-lesen bas mini dan adakah pihak Kementerian akan me.nimbangkan pengeluaran lesen-lesen baru bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Ipoh; Kuala Lumpur dan Johor Bahru.
Menteri Perusahaan Awam (Dato' Napsiah binti Omar): Untuk makluman
Ahli Yang Berhormat, dasar yang dipakai di masa ini bagi pengeluaran lesen-lesen bas mini adalah pertamanya, lesen-lesen bas mini ini hanya dikeluarkan kepada syarikat-syarikat sendirian berhad dan berhad sahaja yangtelah didaftarkan dengan Pendaftar Syarikat sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh memohon. Keduanya, pemohon mestilah mempunyai bukti keupayaan modal yang mencukupi untuk menjalankan perkhidmatan bas mini. Ketiganya, mestilah ada keperluan laluan bagi pengangkutan bas mini di sesuatu kawasan yang dipohonkan itu.
lngin juga saya maklumkan bahawa pada masa ini Kementerian tidak bercadang untuk mengeluarkan lesen-lesen bas mini bagi negeri Pulau Pinang, Bandaraya lpoh, Perbandaran Johor Bahru dan lesen-lesen baru bagi kawasan Bandaraya Kuala Lumpur.
WANITA SEBAGAI DUTA BESAR
20. Puan Norani binti Haji Beluah alias Haji Hitam minta Menteri Luar Negeri menyatakan tidakkah pihak Kerajaan bercadang untuk melantik Duta-Duta terdiri dari kaum wanita memandangkan pada masa ini telah ramai wanita yang berpelajaran, berpengetahuan, berkelayakan dan berkebolehan dalam Negara ini.
Dato Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan: Kementerian ini telah lama sedar akan kemampuan dan kebolehan kaum wanita untuk memegang jawatanjawatan yang paling tinggi di Kedutaan dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di luar negeri. Malah atas kesedaran inilah maka sejak 1973 lagi Kerajaan telah melantik beberapa orang wanita untuk m enjadi Duta Besar /Pesuruhjaya Tinggi kita di luar negeri. Untuk maklurnan Ahli Yang Berhormat, selanjutnya Malaysia kini mempunyai dua orang Duta Besar dari kaum wanita bagi mengetuai perwakilan kita di luar negeri, iaitu di Yugoslavia dan Fiji.
1737 12 JULAI 1988 1738
KESATUAN SEKERJA
21. Puan Habidah binti Jusoh minta Menteri Buruh menyatakan:-
(a) setahu Kerajaan apakah pentingnya persatuan sekerja kepada negara membangun; dan
(b) tidakkah boleh diambil satu-satu tindakan yang berkesan untuk menghindarkan rakyat yang tidak setia kepada negara ini dengan cara mereka berpakat dengan negara-negara asing untuk menyelesaikan masalah mereka.
Tuan Kalakau Untol:
(a) Penubuhan kesatuan sekerja, sama ada kesatuan sekerja bagi pekerja-pekerja ataupun majikan-majikan adalah hak yang terjamin di bawah Perlembagaan Negara. Hak penubuhan kesatuan-kesatuan adalah juga termaktub dalam Konvensyen ILO No. 98 yang telah diterima dan diiktiraf oleh negara kita.
Dengan adanya kesatuankesatuan sekerja, para pekerja dan majikan mempunyai jentera perundingan masing-masing yang bertujuan untuk memudahkan perbincangim di antara satu sama lain mengenai gaji, terma dan syarat-syarat pekerjaan serta perkara-perkara mengenai perhubungan majikan/pekerja dan perkaraperkara lain yang menjadi kepentingan bersama. Melalui jentera perundingan kesatuan sekerja, perjanjian bersama akan dapat diadakan yang akan mewujudkan perasaan puas hati di kalangan pekerja dan juga majikan dan justeru itu mewujudkan suasana kehormonian perusahaan.
(b) Adalah dipercayai pertanyaan kedua yang dikemukakan oleh Yang Berhormat itu mengenai tindakan Setiausaha Agong Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia yang telah mendesak AFL-CIO meminta Kerajaan Amerika Syarikat menarik balik Sistem Keutamaan Am (QSP) yang dinikmati oleh Malaysia. Pertubuhan ini adalah bercanggah dengan tujuan asal kewujudan kesatuan sekerja untuk memberi perlindungan kepada kaum pekerja. Sekiranya perbuatan sedemikian membawa kesan buruk ke atas ekonomi negara, Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya sama ada mengikut undang-undang atau prosidur pentadbiran terhadap pihak yang bertanggungjawab itu.
Sehubungan dengan ini, adalab juga peri u di tegaskan bahawa pekerja-pekerja sendiri harus Iebih berjaga-jaga akan tindakan pemimpin-pemimpin mereka yang mengakibatkan tindakbalas yang boleh menjejaskan kedudukan dan kepentingan kaum pekerja. Oleh itu, kaum pekerja harus juga cuba mengawasi tingkah-Iaku pemimpinpemimpin mereka.
PESAKIT WANITA DI HOSPITAL MELAKA
22. Puan Ainon binti Ariffin minta Menteri Kesihatan menyatakan mengenai kejadian sebenarnya pesakit wanita di Hospitai Melaka yang tidak sedar diri hingga 3 bulan lamanya akibat Pem bedahan yang dilakukan ke atasnya. Apakah langkah-Iangkah dan pertolongan yang telah diberikan kepada "Mangsa. Penyiksaan" yang ganjil itu.
Dato' K. Pathmanaban: Pesakit yang
1739 12 JULAI 1988 1740
berkenaan merupakan kes berisiko tinggi. Beliau telah menjalani dua pembedahan "caesarean section" untuk anak yang pertama dan kedua. Kandungan yang ketiga ini juga didapati tidak dapat dilahirkan secara normal
Pesakit ini telah dimasukkan ke Hospital Besar Melaka untuk menjalani pembedahan "caesarean section". Bayinya telah selamat dilahirkan dan selepas pembedahan pesakit telah dimasukkan ke unit "intensive care" untuk perhatian rapi. Semasa di Unit "intensive care", pesakit telah mengalami tumpah darah yang serius (post partum haemorrhage). Rawatan yang sewajarnya telah dijalankan untuk mengatasi masalah ini dan sebanyak 13 pint darah telah diberi. Walau bagaimanapun, perdarahan yang dialami tidak dapat dikawal dan pembedahan yang kedua terpaksa dilakukan dengan segera untuk menyelamatkan nyawanya. Namun demikian, keadaan pesakit tidak dapat dipulihkan dan pesakit masih da1am keadaan "coma".
Di dalam kes yang malang ini, doktor-doktor yang berkenaan telah mengambillangkah-langkah sewajarnya dan berusaha untuk menyelamatkan .nyawa pesakit. Adalah tidak wajar sama sekali .bagi Yang Berhormat menyatakan yang pesakit adalah "mangsa penyiksaan". Seperti Yang Berhormat sedia maklum, setiap pembedahan mempunyai risikonya, tam bah an dalam kes ini di mana pesakit te1ah menja1ani 3 pembedahan "caesarean section" dalam tempoh 3 tahun.
EQUITI BUMIPUTERA DALAM SYARIKAT MINYAK ASING
23. Tuan Mohd. Noor bin Bedah minta Perdana Menteri menyatakan:
(a) jumlah equiti yang dimiliki oleh Bumiputera dalam Syarikat Minyak Asing yang sekarang ini beroperasi di Malaysia; dan
(b) kedudukan penyertaan Bumiputera secara aktif dalam industri petroleum negara, dan langkah-langkah yang diambil bagi meningkat keberkesanan penyertaan mereka dalam industri berkenaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Kasitah bin Gaddarn):
(a) Daripada sejumlah 11 (sebelas) buah syarikat minyak asing yang beroperasi di peringkat huluan dan hiliran di negara ini hanya 3 (tiga) syarikat sahaja yang mempunyai ekuiti yang dimiliki oleh Bumiputera. Bagi ketigatiga buah syarikat berkenaan jumlah saham yang dimiliki oleh Bumiputera ialah $32,407,284 atau kira-kira 9. 70/o daripada $333,522,910 modal berbayar syarikat-syarikat tersebut.
(b) Selain daripada pemilikan ekuiti, penyertaan Bumiputera di·dalam industri petroleum boleh juga dilihat dari aspek-aspek lain seperti gunatenaga, penglibatan di dalam aktiviti pemasaran dan mengambil bahagian dalam kerja-kerja kontrak yang ditawarkan oleh syarikatsyarikat minyak berkenaan. Kedudukan penyertaan Bumiputera di dalam aspek-aspek tersebut adalah seperti berikut:-
(i) Gunatenaga
Sehingga penghujung tahun 1987 terdapat kirakira 14,230 orang pekerja di dalam industri ini. Daripada jumlah terse but 9, 767 atau 68.6% adalah pekerja-pekerja Bumiputera.
(ii) Pemasaran Keluaran Petroleum
Sehingga akhir tahun 1987 syarikat-syarikat
1741 12 JULAI 1988 1742
minyak telah melantik sebanyak l ,800 pengusaha stesen minyak yang mana 714 atau 39.4o/o adalah terdiri daripada pengusaha-pengusaha Bumiputera.
Di dalam bidang pengedaran lain-lain bahan keluaran petroleum, daripada sejumlah 4,168 pengedar-pengedar Bumiputera.
(iii) NUai Kontrak
Dari tahun 1980 - Jun 1987, PETRONAS telah menawarkan kontrak di dalam Sektor Huluan bernilai kira-kira $8,666 juta. Daripada jumlah tersebut $3 ,848 juta atau 44% telah ditawarkan kepada syarikat-syarikat Bumiputera. Di dalam Sektor Hiliran pula syarikat-syarikat minyak telah menawarkan kontrak bernilai kira-kira $275.95 juta. Daripada jumlah tersebut 31% atau $85.72 juta telah ditawarkan kepada syarikat-syarikat Bumiputera.
~engenai langkahlangkah yang diambil bagi mempertingkatkan penyertaan Bumiputera secara lebih berkesan di dalam industri petroleum suka saya' menjelaskan bahawa Kerajaan sentiasa mengikuti dan mengawasi perkembangan industri ini untuk mempastikan setiap syarikat minyak yang beroperasi di negara ini mematuhi Dasar Ekonomi Baru.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini Kerajaan sedang menyediakan satu rangka pelan yang mengandungi strategi-strategi yang difikirkan dapat mempertingkatkan penyertaan Bumiputera dengan lebih berkesan di dalam industri ini.
BELlA PINJAM BERNIAGA
24. Tuan Hassan bin Nam minta ~enteri Belia dan Sukan menyatakan iaitu apakah syaratnya dikenakan pada belia boleh memohon pinjaman berniaga $10,000.00 hingga $3,000.00 daripada Tabung Ekonomi Pembangunan (TEP) dan juga had umur yang dibolehkan serta berapa lama boleh dibayar pulangannya.
Menteri Delia dan Sukan (Dato' Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak): Belia-belia boleh memohon pinjaman sebanyak $10,000.00 hingga $30,000.00 di bawah Rancangan Belia Berniaga daripada Tabung Kumpulan wang Amanah Pembangunan Ekonomi Belia untuk tujuan memulakan perniagaan sekiranya mempunyai kelayakan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan mengikut dasar dan peraturan-peraturan kemudahan pinjaman Kementerian Belia dan Sukan.
Kelayakan dan syarat-syarat yang dimaksudkan ialah:-
(i) Berminat untuk memulakan projek perniagaan dan keutamaan akan diberikan kepada belia-belia yang mempunyai kelulusan SP~ ke bawah.
(ii) ~enjadi ahli pertubuhan belia yang berdaftar.
(iii) Keutamaan akan diberikan kepada belia yang telah men-
·~
1743 12 JULAI 1988 1744
dapat latihan kemahiran melahii program latihan seperti berikut:-
(a) Pusat Latihan Belia Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.
(b) Pusat Latihan Belia Negara Peretak, Kuala Kubu Bharu, Selangor.
(c) Pusat Latihan Betia Negeri Terengganu.
(d) Institut Belia Usahawan, lpoh, Perak.
(e) Latihan Sambi! Bekerja (anjuran Kementerian Belia dan Sukan).
(f) Institusi-institusi Latihan Kemahiran yang diiktiraf oleh kerajaan.
(g) Telah mengikuti Kursus Pengurusan atau Pertanian anjuran Kementerian Belia dan Sukan atau agensiagensi lain yang diiktiraf.
(iv) Mempunyai 2 orang penjamin.
Dari segi had urn ur, keutamaan diberikan kepada belia yang berumur di antara 18 hingga 30 tahun. Tempoh bayaran balik pinjaman ini akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pinjaman Pembangunan Ekonomi Belia dengan mengambilkira jumlah pinjaman yang diluluskan dan projek yang dijalankan tetapi tidak melebihi 10 tahun.
BIR DI KEDAI RUNCIT /RESTORAN/WARUNG
KOPI-JUALAN
25. Puan ValU Muthusamy minta Menteri Kewangan menjelaskan apakah langkah yang diambil terhadap kedaikedai runcit, restoran dan warung kopi yang menjual arak dan bir tanpa lesen
yang dikeluarkan di bawah Peraturan Eksais, 1977.
Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Berkaitan dengan penjualan bir di kedai-kedai runcit, restoran dan warung kopi, suka saya memaklumkan bahawa peruntukan Seksyen 32 (l) Akta Eksais 1976 hanya memerlukan kedai-kedai tersebut yang menjual bir dalam botolbotol atau tin-tin yang dibuka untuk pelanggan-pelanggan mereka sahaja t.mtuk dilesenkan di bawah Akta tersebut. Adapun kedai-kedai tersebut yang menjual bir secara botol atau tinnya tidak dibuka untuk pelanggan-pelanggan mereka tidak perlu dilesenkan. Dari permerhatian Jabatan Kastam Dan Eksais DiRaja hampir semua kedaikedai runcit, restoran dan warung kopi hanya menjual bir dengan tidak membuka botol atau tinnya untuk pelanggan-pelanggan mereka, yang mana dengan itu tidak perlu dilesenkan.
Berkaitan dengan penjualan arak pula, setakat ini Jabatan Kastam Dan Eksais DiRaja mendapati bahawa semua kedai-kedai yang menjual barang tersebut adalah dilesenkan. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat mana-mana kedai yang menjual arak tanpa lesen, tindaka~ akan diambil ke atas pihak berkenaan dengan merampas barang jualannya dan seterusnya pihak tersebut dihadapkan di Mahkamah.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI LUAR
BANDAR
26. Tuan Haji Abdul Hamid bin. Haji Latif minta Menteri Pendidikan menyatakan berapakah jumlah Sekolah Menengah Kebangsaan yang didirikan di luar bandar sehingga tahun 1987. Adakah Menteri yang berkenaan sedar bahawa masih terdapat kekurangan sekolah menengah dan kekurangan guru di luar ban dar. Jika sedar, apakah langkah-langkah Keraj aan untuk mengatasi kekurangan sekolah menengah dan guru di luar ban dar.
1745 12 JULAI 1988 1746
Menteri Pendidikan (fuan Anwar bin Ibrahim): Untuk makluman Ahli Yang Berhonnat, dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990) iaitu sehingga tahun 1987 Kementerian Pendidikan telah pun membina 62 buah sekolah menengah baru di luar bandar di seluruh negara.
Pihak Kementerian Pendidikan juga memang menyedari akan kekurangan sekolah menengah dan guru di luar bandar. Untuk mengatasi masalah kekurangan sekolah menengah, Kementerian Pendidikan akan membina sekolah-sekolah baru selaras dengan peruntukan yang diberikan kepada pihak Kementerian dan apabila kajian menunjukkan wujudnya keperluan terse but.
Untuk mengatasi masalah kekurangan guru pula, pihak Kementerian Pendidikan akan:
(i) melatih lebih ramai calon guru di maktab perguruan dan uni versiti;
(ii) menghantar lebih ramai guruguru siswazah yang terlatih dalam mata pelajaran yang diperlukan sam a ada pemegang biasiswa Kementerian Pendidikan atau tidak ke sekolahsekolah menengah luar bandar;
(iii) mengadakan Kursus Dalam Cuti untuk guru-guru sandaran tidak terlatih yang mempunyai kelayakan yang sesuai; dan
(iv) menambahkan biasiswa untuk mengatasi kekurangan guruguru berijazah dalam mata pelajaran tertentu.
DASAR KERAJAAN BAGI PEGAWAI AWAM
27. Tuan Azman Atar bin Othman minta Perdana Menteri menyatakan perkhidmatan awam pernah me-
nyenaraikan pegawai-pegawai yang tidak menyokong dasar pentadbiran Kerajaan sekarang. Jika ada, berapa ramaikah mereka yang telah diberi surat amaran atau dinasihati berhenti kerja.
Drs Suleiman bin Mohamed: Mengikut rekod yang ada, tidak terdapat pegawai-pegawai yang tidak menyokong dasar Kerajaan sekarang. Oleh itu, tidak ada tindakan yang telah diambil.
PULAU LANGKA WI SEBAGAI PUSAT PELANCONGAN
28. Puan Hajjah Salbiah binti Mohd. Akim minta Menteri Kebudayaan dan Pelancongan menyatakan sejak Pulau Langkawi dibuka sebagai pusat pelancongan yang baru, berapa peratuskah belia-belia tempatan dapat mengambil bahagian dalam bidang kebudayaan dan pelancongan melibatkan diri untuk meraih keuntungan dari pembangunan yang besar ini.
Setiausaba Par6men Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan (Tuan Abdul Rahman bin Soliman): Kementerian saya tidak mempunyai bilangan keseluruhan belia-belia tempatan yang telah mengambil bahagian di dalam bidang kebudayaan dan pelancongan sejak Pulau Langkawi dibuka sebagai sebuah pusat pelancongan yang baru.
Walau bagaimanapun, dalam bidang-bidang yang tertentu, peratus belia-belia berkenaan yang telah diperolehi adalah seperti berikut:
Hotel Langkawi Island Resort pada masa ini mempunyai 64.4o/o kakitangan dari belia-belia dan penduduk tempatan.
Mutiara Beach Hotel pula telah mengambil sejumlah 51% dari tenaga kerjanya dari penduduk-penduduk tempatan.
1747 12 JULAI 1988 1748
Selain dari itu penduduk-penduduk tempatan juga telah melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pelancongan seperti perkhidmatan bot pelancong di mana 700Jo dari mereka adalah orang-orang tempatan. Begitu juga dalam bidang pengangkutan teksi dan kereta sewa adalah diusahakan oleh kira-kira 50% penduduk tempatan. Tenaga kerja bagi kedai-kedai bebas cukai pula adalah mengandungi 20% darinya belia-belia tempatan.
Dalam pada itu terdapat juga penduduk-penduduk tempatan yang melibatkan diri di dalam perusahaan mengadakan kemudahan-kemudahan penginapan seperti chalet, pemiagaan kraftangan dan kedai-kedai makanan.
KURSUS ·SEPENUH MASA BAGI SISWAZAH
29. Puan Law Jack Yoon minta Menteri Pendidikan menyatakan bilangan siswazah Malaysia yang mengikuti kursus sepenuh masa di luar negeri dengan bilangan siswazah yang mengikuti kursus Luar Kampus tahun I dan tahun II di universiti-universiti tempatan pada tahun 1988.
Tuan Anwar bin Ibrahim: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Disember 1987, bilangan _pelajar Malaysia yang mengikuti kursus sepenuh masa di luar negeri adalah seramai lebih kurang 60,000 orang. Jumlah ini merangkumi kursus-kursus di berbagai peringkat pengajian seperti peringkat persijilan, Diploma, ljazah Pertama, Diploma Lanjutan, Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D).
Bagi kursus Luar Kampus, pelajar tahun I ialah seramai 701 orang dan pelajar tahun II ialah 544 orang. Buat masa ini hanya "Wniversiti Sains Malaysia sahaja yang menganjurkan kursus luar kampus.
TANAH TERBIAR -PEMULIHAN
30. Puan Rokiah binti Zainuddin minta Menteri Pertanian menyatakan:-
(a) hasil usahasama Kementerian Pertanian dengan Kerajaankerajaan Negeri bagi menjayakan 5,474 hektar tanah terbiar seperti yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Pertanian 3 tahun lalu;
(b) apakah jenis tanaman yang diusahakan dan berapa banyak telah dibelanjakan untuk mengusahakan tanah terbiar tersebut.
Menteri Pertanian (Datuk Seri Sanusi bin Junid):
(a) Kementerian Pertanian mendapat kerjasama yang menggalakkan dari Kerajaan-kerajaan Negeri dalam usaha memulih dan memajukan sa wah terbiar. Kerjasama ini dapat dilihat melalui penubuhan Jawatankuasa Petugas Pemulihan Tanah Terbiar oleh tiap-tiap negeri bagi memesat dan menjayakan program pemulihan tanah terbiar.
Di samping itu terdapat juga beberapa Kerajaan Negeri yang memberi bantuan kewangan sebagai tambahan kepada peruntukan daripada Kerajaan Pusat dalam membiayai projek ini. Hasil daripada kerjasama itu, pihak Kementerian telah dapat memulihkan seluas 5,982.3 hektar dalam tempoh tiga tahun yang lepas.
(b) Tanaman yang diusahakan ialah padi, kelapa sawit, koko, buah-buahan tanaman kontan dan pisang. Dari tahun pelancaran program pemulihan sawah terbiar 1981 sehingga 30hb. Jun, 1988. Kementerian Perta-
1749 12 JULAl 1988 1750
nian telah membelanjakan lebih kurang $15.4 juta bagi membiayai program ini.
(c) Program dalam RML ialah untuk memulih seluas 14,000 hektar tanah sa wah terbiar.
GURU - PELUANG NAIK PANGKAT
31. Tuan P. BeJar am minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah beliau sedar makin lama makin bertambah perasaan frustrasi di kalangan guruguru sekolah kerana:
(a) kekurangan peluang-peluang naik pangkat;
(b) ramai guru-guru Kategori C1 & C2 menerima gaji maksima mereka selama sepuluh tahun; dan
(c) tidak ada 'revision' gaji guruguru sejak tahun 1980.
Tuan Anwar bin Ibrahim: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
(a) Kenyataan bahawa guru-guru kekurangan peluang naik pangkat adalah tidak benar. Kementerian Pendidikan sentiasa memberi perhatian dan keutamaan dengan mewujudkan sekian banyak jawatan kenaikan pangkat di dalam perkhidmatan pendidikan supaya seimbang dengan jumlah guru yang ada. Pada tahun 1987 sahaja, sejumlah 6569 jawatan kenaikan pangkat diwujudkan di dalam pelbagai kategori bagi mengisi jawatan kenaikan pangkat di peringkat 'sekolah dan maktab. Seterusnya melalui belanjawan tahunan juga, jawatan kenaikan pangkat diwujudkan di mana-mana yang berpatutan.
(b) Masalah pegawai yang mencapai gaji maksima bukan sa-
haja dihadapl oleh kalangan guru kategori C 1 dan C2, rnalab di lain-lain kategori dan perkhidmatan juga turut terlibat.
(c) Adalah tidak benar gaji guru tidak diadakan semakan sejak tahun 1980 kerana melalui Pekeliling Bilangan 4 Tahun 1985, guru-guru di dalam Kumpulan C dan D telah menikmati kenaikan gaji bersama-sama kakitangan perkhidmatan awam yang lain.
SKIM INSURAN UNTUK MENGANGGUR
35. Tuan Dahalan bin Haji Embun minta Menteri Buruh menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mengadakan skim insuran untuk menolong penganggur dalam masa pengangguran bagi mengatasi kesulitan hidup sebelum mendapat kerja atau perusahaan. Sekiranya tidak, mengapa, sedangkan ada negara-negara asing yang memberi ("unemployment benefit") kepada penganggur.
Tuan Kalakau Untol: Kerajaan tidak bercadang untuk mengadakan skim insutan untuk menolong penganggurpenganggur. Ini adalah kerana pelaksanaan skim insuran ini memerlukan satu perbelanjaan yang besar yang mana buat masa ini hanya mampu dilaksanakan oleh negara-negara maju yang kaya sahaja. Negara-negara maju yang melaksanakan skim ini, kini juga menghadapi kesulitan untuk meneruskan skim tersebut akibat tanggungan kewangan yang semakin meningkat dari tahun ke tahun.
KEMALANGANJALANRAYA
34. Tuan Chan Choong Tak minta Menteri Pengangkutan memberikan angka statistik yang menunjukkan bilangan kemalangan jalanraya,
1751 12 JULAI 1988 1752
bilangan orang yang terbunuh dan bilangan orang-orang yang cedera dalam kemalangan jalanraya di Malaysia untuk lima tahun akhir ini sebelum pindaan Ordinan · Lalulintas dikuatk uasakan dan selepas ini dikuatkuasakan. Daripada angka statistik, adakah Menteri berpuashati atas keselamatan jalanraya yang dilancarkan sejauh ini. Sekiranya ia, sila berikan langkah-1angkah yang berkaitan dengan usahanya. Sekiranya tidak, sila huraikan atas langkah-langkah tambahan atau langkah-langkah alternatif yang akan diper kenalkan.
Timbalan Menteri Pengangkutan (Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail): Bagi tempoh 5 tahun sebelum Ordinan Lalulintas dipinda iaitu dari tahun 1983 hingga 1987, sebanyak 398,426 kemalangan jalanraya telah dilaporkan, melibatkan 15,361 orang terbunuh dan 108,549 orang cedera.
Daripada angka statistik adalah didapati kadar kematian bagi setiap 10,000 kenderaan telah berkurangan dalam temnoh 5.tahun yang lalu. Kadar kematian bagi setiap 10,000 orang kenderaan bagi tahun 1987 ialah 7.2 jika dibandingkan dengan kadar 9. 9 bagi tahun 1983, iaitu 5 tahun yang lepas.
Sungguhpun perangkaan tersebut di atas telah menampakkan pengurangan dalam kadar kemalangan, Kementerian saya sentiasa sedar tentang perlunya kempen keselamatan jalanraya diteruskan serentak dengan peningkatan tindakan penguatkuasaan lalulintas oleh agensi penguatkuasa khususnya Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan.
Beberapa langkah baru sedang diambil untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan jalanraya termasuk:
(a) mengadakan kurikulum baru Sekolah Memandu dengan menekankan 'defensive driving' sebagai satu amalan yang baik di jalanraya.
(b) menyediakan Buku Panduan Pendidikan Keselamatan Jalanraya untuk kegunaan guru-guru dan para pelajar.
(c) merangka sukatan pelajaran mengenai keselamatan jalanraya untuk sekolah-sekolah.
(d) mengadakan kempen keselamatan jalaraya melalui unit bergerak untuk kawasan-kawasan yang kerap berlakunya. kemalangan.
(e) menekankan aspek keselamatan jalanraya dalam menganjurkan pertandingan-pertandingan lalulintas.
(f) mempergiatkan usaha penyiaran dan penyebaran berita, rencana, perangkaan dan filemfilem mengenai kemalangan jalanraya melalui akhbarakhbar, radio dan televisyen.
(Soalan No. 32. Silo lihat jawapan No. 12)
KELULUSAN AKADEMIK
33. Dr. Nordin Selat minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah betul kelulusan akademik sekarang berupa simbolik dan tidak lagi merupakan sesuatu yang "functional"
Tuan Anwar bin Ibrahim: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kenyataan bahawa kelulusan akademik sekarang berupa 'simbolik' adalah tidak benar. Pendidikan di peringkat mana
. sekalipun adalah berfungsi (functional). Kel ulusan akademik digunakan untuk tujuan tertentu eli dalam dan di luar sistem pendidikan. Ia juga berfungsi sebagai penentu nilai pencapaian kognitif pelajar.
1753 12 JULAI 1988 1754
PENUNTUT SABAH/SARA WAK Dl UNIVERSITI TEMPATAN -
KEMASUKAN
36. Tuan Pandikar Amin H!Qi Mulia minta Menteri Pendidikan menyatakan:-
(a) bilangan atau kuota bagi kemasukan penuntut-penuntut tempatan dari Sabah dan Sarawak ke universiti-universiti atau pusat-pusat pengajian· tinggi di Semenanjung Malaysia jika dibandingkan dengan penuntut-penuntut dari Semenjung Malaysia; dan
(b) bolehkah bilangan ini ditambah untuk menseim bangkan perbezaan ini.
Tuan Anwar bin Ibrahim: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
(a) Kemasukan penuntut-penuntut dari Sabah dan Sarawak ke universiti atau pusat pengajian tinggi di Semenanjung Malaysia pada tahun 1987 ialah seramai 528 orang bagi peringkat ljazah Pertama dan 1,137 orang bagi peringkat pra-universiti.
(b) Kementerian Pendidikan memang telah menambah pengambilan penuntut-penuntut Sabah dan Sarawak setiap tahun dengan memberi kelonggaran dari segi kelayakan masuk ke pusat-pusat pengajian tinggi tempatan.
SKIM TWINNING UNIVERSITI
37. Tuan Dabalan bin H!Qi Embun minta Menteri Pendidikan menyatakan sejak skim universiti "twinning" dibenarkan apakah kesannya dan implikasi selanjutnya terhadap pelajaran tinggi di negara kita. Berapa banyakkah. wang negara yang dapat diselamatkan sejak skim tersebut di-
jalankan. Berapa banyakkah kolej-kolej swasta yang telah mendapat ke1ulusan untuk menjalankan skim ini dan apakah "credential" kolej-kolej tersebut.
Tuan Anwar bin Ibrahim: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, program berkembar dengan universiti luar negeri telah menyediakan lebih banyak peluang kepada pelajar yang tidak mendapat tempat di universiti tempatan atau yang tidak mampu melanjutkan pelajaran ke luar negeri untuk mendapatkan pendidikan tinggi. Melalui program ini Iebih ramai rakyat negara ini berjaya mendapat kelulusan tinggi seterusnya menjadi sumber gunatenaga kepada negara.
Program berkembar ini dibenarkan sejak tahun 1987. Oleh itu sejumlah wang negara telah dapat diselamatkan daripada mengalir keluar negeri. W alau bagaimanapun, jumlah wang tersebut belum dapat dipastikan.
Setakat ini sebanyak enam buah kolej swasta telah dibenar menganjurkan program berkembar dengan universiti luar negeri. Kolej swasta tersebut menyediakan kursus-kursus di peringkat diploma dan ijazah.
ARAK/BIR DUUAL DI MES ANGKATAN TENTERAIPOLIS
38. Puan Vall Muthw;amy meminta Menteri Kewangan memberitahu sama ada atau tidak semua mes-mes angkatan tentera dan pegawai· Polis dilesen di bawah Peraturan Eksais, 1977 untuk menjual arak dan bir, jika tidak apakah tindakan yang akan diambil.
Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Suka saya memaklumkan bahawa peruntukan mengenai pelesenan tempattempat yang menjual arak dan bir secara runcit adalah di peruntukkan di bawah Seksyen 32(1) Akta Eksais 1976. mengikut peruntuk~m seksyen ini tiaptiap orang yang menjual · minuman
1755 12 JULAI 1988 1756
memabukkan secara runcit mestilah dilesenkan di bawah Akta tersebut.
Sungguhpun demikian tidak pula semua mes-mes angkatan tentera dan pegawai polis yang menjual arak dan bir per1u dilesenkan di bawah Akta tersebut. Ini adalah disebabkan bahawa setengah mes-mes itu adalah merupakan dengan izin 'member's club' di mana penjualan arak dan bir di situ dikendalikan oleh ahli-ahli atau kakitangan mes-mes itu dan jualan itu juga hanya dikhususkan kepada ahli-ahli sahaja. Jabatan Peguam Negara telah memberi pendapat bahawa mes-mes seperti ini tidak perlu dilesenkan. Mes-mes yang perlu dilesenkan hanyalah mes-mes yang mana penjualan arak dan bir ditempatnya tidak dikendalikan oleh ahli-ahli atau kakitangannya, tetapi dikendalikan o1eh sesuatu pihak lain. Memandangkan mes-mes yang berupa 'member's club' memang tidak perlu dilesenkan walaupun ianya menjual arak dan bir, maka tidak ada apa-apa tindakan diambil atas mes-mes ini.
BERHENTI KERJA AKIBAT PENUTUPAN KOPERASI
39. Tuan Chan Cboong Tak minta Menteri Buruh menyatakan:-
(a) bilangan pekerja-pekerja yang terpaksa berhenti kerja akibat penutupan berbagai Pertubuhan Koperasi; dan
(b) di antara yang terpaksa berhenti kerja, berapa ramaikah yang telah mendapatkan pekerjaan semula di tempat lain.
Tuan Kalakau Untol:
(a) Mengikut rekod Jabatan Tenaga Rakyat di bawah Kementerian Buruh, bilangan pekerja yang terpaksa berhenti kerja akibat penutupan berbagai Pertubuhan Koperasi adalah
berjumlah 1, 141 orang daripada 15 koperasi.
(b) Kementerian Buruh tidak mempunyai maklumat mengenai mereka yang telah mendapat pekerjaan semula oleh kerana pekerja ini ataupun majikan mereka tidak diwajibkan melaporkan perkara ini kepada Kementerian ini.
KEPULAUAN SPRATLYTUNTUTAN
40. Tuan G. Rajoo minta Menteri Luar Negeri menyatakan:-
(a) negara-negara yang menuntut Kepulauan Spratly sebagai tanah mereka dan alasan bagi penuntutan tersebut; dan
(b) tindakan-tindakan yang diambil oleh Kerajaan untuk mengekalkan Kepulauan Spratly sebagai kepunyaan negara kita.
Dato' Dr A.,dullab Fadzil bin Cbe Wan:
(a) Selain daripada Malaysia, Kerajaan Republik Rakyat China, Vietnam, Taiwan dan Filipina juga menuntut apa yang dipanggil sebagai Kepulauan Spr atly. Asas-asas tuntutan negara-negara tersebut adalah pelbagai. Di antaranya adalah bukti-bukti sejarah, teori penyerahan daripada pihak penjajah, undangundang antarabangsa dan penaklukkan kawasan-kawasan terse but.
(b) Selain daripada mengambil usaha-usaha diplomasi bagi menentukan bahawa pulaupulau, terumbu-terumbu tersebut kekal sebagai wilayah
1757 12 JULAI 1988 1758
Malaysia, Malaysia juga telah menunjukkan kehadirannya di wilayah-wilayah tersebut.
LAWATAN PERDANA MENTERI KE INDONESIA
41. Tuan Foo . Boon Liang minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah faedah ekonomi dan politik hasil daripada lawatan rasmi oleh Y AB Perdana Menteri ke Indonesia barubaru ini.
Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan: Soalan daripada Ahli Yang Berhormat itu telahpun dijawab ketika menjawab pertanyaan mulut yang dibuat oleh Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah pada phb. Julai, 1988.
Saya tidak ada apa-apa tambahan terhadap jawapan yang telah diberi itu.
TUDM-KECEKAPAN PEJUANG UDARA
42. Tuan Hajl Jaafar bin Harun minta Menteri Pertahanan menyatakan setakat manakah kekuatan Pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kita dalam Pasukan Angkatan Bersenjata boleh mempertahankan negara kita serta memerangi musuhmusuh dalam negeri:-
(i) apakah latihan-latihan yang dijalankan bagi mempertingkatkan kecekapan pejuangpejuang udara kita;
(ii) apakah nama-nama jenis latihan itu serta berapa kali diadakan dalam setahun; dan
(iii) berikan tarikh-tarikh latihan yang telah dijalankan bagi tahun 1987 dan 1988.
Tengku Dato' Ahmad Rlthauddeen AI-Haj: Tentera Udara Diraja Malaysia
adalah berkemampuan untuk menghadapi sebarang ancaman bagi mempertahankan kedaulatan serta keselamatan negara kita dari serangan musuh dari dalam dan luar negara. Walau bagaimanapun kemampuan ini adalah dalam keadaan menghadapi serangan yang terbatas.
(a} Dalam mempertimbangkan tahap kecekapan serta kemahiran pejuang-pejuang udara kita, TUDM telahpun dan sedang mengadakan berbagai bentuk latihan tertentu disepanjang tahun. LatihanIatihan ini merupakan latihanlatihan yang direka khas untuk TUDM yang merangkumi latihan-latihan yang bercorak satu perkhidmatan (single service) iaitu latihan di kalangan Pertubuhan TUDM sahaja. Latihan tiga khidmat (Tri Service) di antara Tentera Udara Diraja Malaysia, Tentera Darat serta Tentera Laut Diraja Malaysia dan latihan latihan dua hala di kalangan negara-negara ASEAN serta negara-negara Pakatan Perjanjian Lima Negara.
(b) Untuk latihan yang berunsurkan satu perkhidmatan (Single Service), TUDM telah mengendalikan siri-siri latihan JAGUH dan ANGKASARA Y A bagi menilai tahap kecekapan TUDM sebagai barisan pertama pertahanan negara. Sementara untuk latihan-Iatihan Tiga Khidmat, TUDM telah berjaya mengadakan siri -siri latihan SETIAKAWAN dan PAHLAW AN dengan perkhidmatan Tentera Darat dan Tentera Laut Diraja Malaysia bagi menguji keupayaan TUDM sebagai satu elemen pertahanan dalam Angkatan Tentera. Sejumlah 8 bentuk sm latihan dua hala dengan ne-
1759 12 JULAI 1988 1760
gara-negara sahabat telah dapat dijayakan pada tiap-tiap tahun bagi menilai mutu ke-
(I) Mini ADEX (2) Major ADEX (3) Air THAMAL (4) Elang Malindo
mahiran dan kecekapan TUDM. Latihan-latihan tersebut adalah seperti berikut:
- 2 kali dalam setahun - 2 kali dalam setahun - Sekali dalam setahun - Sekali dalam setahun
(5) Commando West/TAUFAN (6) MEKAR - Sekali dalam setahun (7) STARFISH ( 8) Elang Kiwi (9) Korat Deployment
(c) l]ntuk tahun 1987 dan 1988, TUDM telah mengadakan
Latihan
(I) JAGUH (2) ANGKASARAYA (3) SETlAKAWAN (4) PAHLAWAN (5) Mini ADEX (I)
(2) (6) Major ADEX (I)
(2) (7) Air THAMAL (8) Elang Malindo (9) Commando West/TAUFAN
(10) MEKAR (II) STARFISH (12) Korat Deployment (13) Elang Kiwi
SEMARAK DI KEDAH -MEMBAKARBANGUNAN
43. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah tujuan perbuatan membakar bangunan di Tapak Semarak di Negeri Kedah. Apakah ianya melibatkan fahaman politik.
Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perkara ini masih dalam siasatan pihak polis.
KEBERSIHAN HOSPITAL -SIARAN AKHBAR
44. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji AbduDah minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah benar Kementerian Kesihatan telah menyenarai hitamkan
- Sekali dalam setahun - Sekali dalam setahun - Sekali dalam setahun
latihan-latihan pada tarikhtarikh seperti berikut:
1987
8-18 Jun 7-20 Jun 18-24 Ogos 10 Okt 24 Feb 28 Julai 21-24 April 8-11 Sep. 2-14 Mac 21-27 Sep. 3-14 Ogos 16-20 Jul 26 Jun-3 Jul 2-16 Feb 1-7 Sep
1988
8-18 Jun 19-25 Jun Bel urn diadakan Bel urn diadakan 28 Januari 12 Julai 12 Apr Bel urn diadakan 8-22 Mac Belum diadakan 28 Mac-11 Apr 5-15 Jul Belum diadakan Belum diadakan Belum diadakan
salah sebuah akhbar terbesar di negara ini sebagaimana yang didakwa oleh seorang doktor kerana aknbar itu mendedahkan kepincangan dan kelemahan serta kebersihan hospitalhospital.
Dato' K. Pathmanaban: Kementerian Kesihatan tidak pernah menyenaraihitamkan mana-mana akhbar di negara ini.
HARGA RUMAH PANGSA
45. Tuan Tap Chai Ho minta Perdana Menteri menjelaskan sama ada bercadang untuk mengurangkan harga rumah pangsa dari $25,000.00 ke $20,000.00 di Kuala Lumpur memandangkan kebanyakan penduduk di kawasa.n setinggan berpendapatan rendah.
1761 12 JULAI 1988 1762
Drs. Suleiman bin Mohamed: Adalah menjadi matlamat Kerajaan untuk mengurangkan harga rumah pangsa kurang dari"pada $25,000.00 bagi membolehkan penduduk-penduduk berpendapatan rendah khususnya setinggansetinggan membeli dan memilikinya.
Selaras dengan kenyataan YAB Perdana Menteri pada tahun 1986 Kerajaan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kini sedang menyiapkan sebanyak 1 ,000 unit rumah pangsa kos rendah di kawasan Gombak. Setiap rumah pangsa tersebut boleh dijual dengan harga kurang daripada $25,000.00 iaitu sebanyak $22,000.00 seunit. Kerajaan akan terus berusaha dengan giat bagi mempastikan supaya rumah-rumah kos rendah yang akan dibina akan kurang daripada $25,000.00.
KES MENCABUL KEHORMATAN GAD IS
46. Puan Valli Muthusamy minta Menteri Pendidikan menyatakan memandangkan kepada bilangan kes mencabul kehormatan gadis belasan tahun semakin bertambah, adakah Kementerian Pendidikan mempunyai sebarang rancangan untuk memperkenalkan seni mempertahankan diri di sekolah-sekolah.
Tuan Anwar bin Ibrahim: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini seni mempertahankan diri merupakan kegiatan ko-kurikulum yang boleh dipilih oleh pelajar-pelajar. Oleh ·itu, rancangan untuk memperkenalkan seni mempertahankan diri di sekolahsekohth adalah tidak perlu.
EKSPRES LANGKA WI
47. Tuan Dabalan bin Haji Embun minta Menteri Kebudayaan dan Pelancongan menyatakan sejak Ekspres Langkawi dilancarkan ·adakah kegiatan pelancongan di pulau itu bertambah. Sekiranya tidak, apakah halangan dan rintangan yang dihadapi dan apakah tindakan untuk mengatasinya.
Tuan Abdul Raman bin Soliman: Jumlah penurppang yang telah menggunakan perkhidmatan Ekspres Langkawi dari KL ke Arau sejak ia dilancarkan pada 5.4.88 hingga 15.6.88 adalah seramai 9,145 orang. Dari jumlah ini bilangan yang telah meneruskan perjalanan ke Pulau Langkawi adalah seramai 287 orang.
Perkhidmatan Ekspres Langkawi ini telah dapat menambah satu lagi bentuk pengangkutan untuk pelawat-pelawat ke Pulau Langkawi. Walau bagaimanapun, jumlah yang meneruskan perjalanan ke Pulau tersebut adalah masih belum menggalakkan.
Salah satu dari masalah yang dihadapi ialah jadual ketibaan keretapi tersebut di Arau yang agak lewat iaitu pada jam 5.30 petang. Jadual sebegini amat menyukarkan para pelancong yang hendak ke Pulau Langkawi oleh kerana perkhidmatan bot yang akhir berlepas dari Kuala Pedis ialah pada jam 6.00 petang. Para penumpang tidak mempunyai masa yang cukup untuk menaiki bot berkenaan kerana masa yang diperlukan untuk perjalanan dari Arau ke Kuala Perlis.
PEKERJA SWASTA YANG DmERHENTIKAN
48. Dr. Nordin Selat minta Menteri Buruh menyatakan bilangan pekerjapekerja swasta yang telah diberhentikan oleh majikan akibat keadaan ekonomi yang meleset sekarang.
Tuan Kalakau Untol: Bilangan pekerja-pekerja swasta yang telah diberhentikan oleh majikan akibat keadaan kemelesetan ekonomi negara daripada tahun 1983 hingga bulan Mei 1988, adalah seperti berikut:-
1983
1984
Tahun Bilangan Pekerja
Diberhentikan
16,668 9,269
1763 12 JULAI 1988 1764
1985
1986
43,844
20,212
13,732 1987
Hingga Mei 1988 1,360
105,085
GURU BAHASA/ MATAPELAJARAN LAIN
KEKURANGAN
49. Puan Law Jack Yoon minta Menteri Pendidikan menyatakan:
(a) bilangan guru bahasa dan guru bagi matapelajaran-matapelajaran lain yang kekurangan eli sekolah Rendah dan menengah di seluruh negara untuk 5 tahun yang akan datang; dan
(b) apakah rancangan jangka panjang yang telah diam bil untuk mengatasi kekurangan ini.
Tuan Anwar bin Ibrahim: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
(a) Kekurangan guru mengikut
Tahun Bahasa Bahasa Geografi Sejarah Malaysia/ Jnggeris Peng. Am
1989 1,112 1,050 30 16
1990 1,080 930 54 40
1991 1,001 809 69 36 1992 936 702 98 38 199:J 836 543 116 11
Tahun Pengetahuan Sa ins Agama Islam Paduan
1989 1,063 1990 fJ79
1991 946
1992 910
1993 888 147
mata pelajaran eli sekolah rendah dan menengah di seluruh negara untuk 5 tahun yang akan datang (1989-1993) berdasarkan kepada amalan masa kini adalah seperti berikut:
(i) Kekurang'an Guru di Sekolah Rendah
Tahun Bilangan Kekurangan Guru
1989
1990
14,632
12,397
1991 11,451
1992 10,915
1993 10,960
Lukisan
543 579 615 659 686
(ii) Kekurangan Guru Sekolah Menengah Mengikut Mata Pelajaran Yang Diajar (Siswazah/Diploma) Tahun 1989-1993.
(iii) Kekurangan Guru Sekolah Menengah Mengikut Mata Pelajaran Yang Diajar (Bukan Siswazah) Tahun 1989-1993.
Pen. Mate- Biologil Sa ins las- matik Kajihayat Am/ mani Sosial & Sa ins
Kemanu- Paduan siaan
791 27 724 773 752 753 2 788 732 195 60 848 689 158 884
Geografi Sejarah Lukisan
86 225 248 106 244 225
147 261 192 215 316 172
328 416 165
1765 12 JULAI 1988 1766
(b) Rancangan jangka panjang yang telah diambil oleh Kementerian Pendidikan untuk mengatasi kekurangan guru bahasa dan matamata pelajaran yang lain adalah seperti berikut:
(i) menambah bilangan calon yang diambil untuk memasuki maktab-maktab perguruan dan universiti-universiti dari semasa ke semasa;
(ii) membina maktab-maktab perguruan baru; dan
(iii) mengadakan Kursus Dalam Cuti untuk guruguru sandaran tidak terlatih yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
PENDERMA DARAH SUKARELA
50. Tuan G. Rajoo minta Menteri Kesihatan menyatakan:
(a) j umlah pen derma darah secara sukarela setiap tah un semenjak I 980 hingga sekarang.
(b) insentif -insentif yang di beri oleh Kerajaan sekarang kepada penderma darah secara sukarela; dan
(c) sam a ada Kerajaan ingin memberi Iebih banyak lagi insentif untuk menarik lebih banyak lagi penderma. Jika ya, apakah jenis insentifnya dan jika tidak kenapa.
Dato' K. Pathmanaban:
(a) Jumlah penderma darah ialah 99,598 pacta tahun 1980 meningkat kepada 152,993 pacta tahun 1986. Data-data bagi tahun 1987 belum lagi disediakan dengan sempurna.
(b) Keistimewaan yang sedia ada untuk penderma-penderma darah ialah bagi yang menderma sehingga 15 kali, mereka mendapat kecualian sepenuhnya daripada caj-caj rawatan dan caj-caj wad kelas dua dan rawatan pesakit luar percuma bagi tempoh 4 bulan selepas menderma kali terakhir. Bagi yang menderma 16 hingga 40 kali, mereka mendapat kecualian sepenuhnya daripada caj-caj di atas bagi tempoh yang sama dan selepas itu setengah daripada caj-caj di atas dan rawatan· pesakit luar percuma. dalam tempoh 3 tahun selepas mend erma kali terakhir. Bagi yang menderma 41 kali dan lebih mereka mendapat kecualian sepenuhnya daripada caj-caj wad dan rawatan pesakit luar percuma pacta bilabila masa.
(c) Kementerian ini sentiasa menggalakkan lebih ramai orang menderma darah dengan mengadakan kempen-kempen derma darah, penglibatan Persatuanpersatuan dan badan-badan sukarela dalam kempen-kempen yang diadakan dan penerangan kepada orang ramai menerusi media mac;sa dan sebagainya. Di samping keistimewaan-keistimewaan yang sedia ada, di mana-mana boleh pihak hospital akan cuba memberi keutamaan kepada penderma-penderma darah yang datang untuk mendapatkan rawatan pesakit luar. Beberapa insentif yang lain juga sedang dipertimbangkan dan akan diputuskan tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, pihak Kementerian sentiasa mengharapkan supaya orang ramai datang menderma darah secara sukarela dan tidak mengharapkan apa-apa balasan.
·--
1767 12 JULAI 1988 1768
INSTITUT LATIHAN DAN PENYELIDIKAN
51. Datuk Haji Abu Dakar bin Lajim minta Menteri Kerjaraya menyatakan bagaimanakah kemajuan terakhir cadangan kementeriannya untuk menubuhkan sebuah institut penyelidikan khas membuat R & D di bidang binaan dan kejuruteraan.
Timbalan Menteri Kerjaraya (Tuan Luhat Wan): Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, institut latihan dan penyelidikan telahpun ditubuhkan dan mula berfungsi pada 1.6.1988. Di peringkat permulaan ini penyelidikan yang akan dijalankan di institut ini adalah di bidang kejuruteraan jalan. Penyelidikan di bidang binaan akan dipertimbangkan pada masa hadapan.
PROJEK LEDUHRAYA UTARASELATAN/BEKALAN AIR LUAR
DAN DAR
52. Datuk Haji Abu Dakar bin Lajim minta Menteri Kerjaraya menyatakan kemajuan perlaksanaan dua (2) projek pembangunan yang terbesar iaitu Projek Lebuhraya Utara-Selatan dan Projek Bekalan Air ke luar bandar.
Tuan Luhat Wan: Kerajaan telahpun menandatangani perjanjian konsesi projek penswastaan lebuhraya utara-selatan dengan Syarikat United Engineers (Malaysia) Berhad pada 18 Mac 1988 yang lalu. Perjanjian tersebut telah berkuatkuasa (effective) pada 31 Mei 1988 dengan termeterinya perjanjianperjanjian bantuan pinjaman Kerajaan kepada syarikat konsesi yang melaksanakan projek ini.
Pada masa ini, saya difahamkan syarikat tersebut sedang di dalam proses menggerakkan jentera pentadbirannya (mobilisation) dan juga sedang. mengambil tindakan menyediakan rekabentuk lebuhraya serta mendapatkan kelulusan yang diperlukan daripada Kerajaan berhubung dengan
aspek-aspek teknikal lebuhraya yang akan dibina.
Selain daripada itu, saya juga difahamkan bahawa kerja-kerja sebenar projek ini akan dimulakan pada 1 Ogos 1988 dengan pembinaan lebuhrayalebuhraya Bukit Raja, Kelang ke persimpangan Jalan Lapangan terbang Subang, ke Damansara, Pagoh ke Y ong Peng Selatan, Gurun ke Ladang Petani dan Ladang Petani ke Sungai Petani.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, lain-lain bahagian lebuhraya tersebut akan dibina seterusnya dan Kerajaan telah menetapkan supaya keseluruhan lebuhraya-lebuhraya tersebut dibina dan disiapkan dalam tempoh 7 tahun, bermula daripada tarikh berkuatkuasa perjanjian konsesi projek ini.
Berhubung dengan perlaksanaan projek bekalan air luar bandar oleh Antah Biwater J. V. yang menelan kos $1.67 juta adalah dilaksanakan secara Turnkey dan dijangka siap dalam tahun 1990. Bidang kerja ini termasuklah merekabentuk, membina dan menyiapkan, skim-skim bekalan air luar bandar. Setakat ini Kerajaan telah mengenalpasti 139 skim untuk dilaksanakan di bawah projek ini. Pihak Kerajaan telah mengeluarkan 66 surat · arahan untuk memulakan kerja bagi 66 skim tertentu mengikut jadual perlaksanaan, dan 34 daripadanya adalah di dalam peringkat pembinaan. Satu skim telah siap iaitu Skim Pembinaan Tanki di Chembung, Negeri Sembilan. Skim-skim yang selain daripada 66 skim tersebut kebanyakannya adalah diperingkat rekabentuk. Pada keseluruhannya kemajuan kerja adalah sedikit terlewat daripada jadual yang disebabkan oleh masalah-masalah teknikal. Walau bagaimanapun Kementerian Kerja Raya melalui JKR akan mengesan projek ini supaya ianya dapat dilaksanakan dalam jangka masa yang ditetapkan.
1769 12 JULAI 1988 1770
PERNIAGAAN PEMFAKTORAN
53. Puan Hajjah Rosnah binti Mohd Salleh minta Menteri Kewangan menyatakan sejauh manakah usaha galak pengusaha guna pemfaktoran. Berjaya dan berkesan dalam negara kita.
Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perniagaan pemfaktoran adalah dijalankan oleh syarikat-syarikat swasta sebagai perniagaan biasa dan tidak ada kaitan dengan Kerajaan. Sungguhpun Kerajaan menggalakkan pertumbuhan syarikat-syarikat seumpama ini tetapi Kerajaan tidak terlibat dalam kempen atau publisiti bagi menggalakkan pengusaha-pengusaha menggunakan perkhidmatan pemfaktoran. Lazimnya syarikat-syarikat pemfaktoran sendiri yang akan menjalankan kempen atau publisiti bagi menarik pelangganpelanggan mereka, iaitu sebagai usaha memajukan perniagaan mereka. Dengan demikian, Kementerian saya tidak dapat menyatakan sejauh mana berjaya dan berkesannya usaha-usaha yang dijalankan bagi menggalakkan pengusaha-pengusaha menggunakan pemfaktoran di negara ini.
KERANI BERUAZAH DIGANTUNG KERJA
54. Puan H~jjah Ra~mah binti Haji Mohd Salleh minta Menteri Buruh menyatakan adakah benar terdapat kes kerani berijazah digantung kerja. Berapa keskah terdapat dalam tahun 1987 dan bagaimana perkara itu boleh terjadi.
Tuan Kalakau Untol: Memang benar terdapat kes seperti yang· dinyatakan oleh Yang Berhormat jika kes yang dimaksudkan itu mengenai seorang kerani berijazah yang telah digantung kerja dan selepas itu dibuang kerja pada tahun 1988 atas alasan kerani tersebut semasa memohon jawatan kerani di sebuah Bank tidak menyatakan ke-1ulusan beliau yang sebenarnya. Se-
perti yang telah disiasat, pihak pengurusan Bank telah membuka tawaran pekerjaan untuk jawatan kerani bagi pemegang Sijil Pelajaran Malaysia selaras dengan dasar pengambilannya. Kerani berijazah berkenaan telah mem'buat permohonan dengan hanya menvatakan kelulusan SPM dan tidak menyatakan bahawa beliau adalah pemilik ijazah. Kerani ini telah berjaya dan dilantik ke jawatan kerani berasaskan kelulusan yang diberikan. Apabila pihak pengurusan Bank mendapati kerani tersebut telah memberikan maklumat yang tidak benar semasa mengemukakan borang permohonan kerjanya beliau telah digantung kerja dan ditamatkan perkhidmatannya pada ta.hun 1988.
Kementerian Buruh tiada menerima lain-lain laporan seumpama kes ini pada tahun 1987.
KEMATIAN BUDAK DALAM PETI AIS
55. Tuan C. Krishnan minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah basil penyiasatan mengenai kematian tiga orang budak di dalam peti ais yang tidak digunakan di Bukit Kamunting, Kampung Jawa; Kelang pada tahun 1987.
Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Pihak Polis telahpun selesai membuat siasatan yang teliti mengenai kes ini dan kertas siasatan telah dikemukakan kepada majistret untuk kajian selanjutnya.
KEBUDAYAAN INDIA -PERUNTUKAN
56. Tuan C. Krishnan minta Menteri Kebudayaan dan Pelancongan meny.atakaa apakah peruntukan bagi kegiatan kebudayaan India. Baru-baru ini sebanyak $142,500 diperuntukkan kepada badan-badan kebudayaan. Adakah peruntukan yang dibuat bagi Persatuan Kebudayaan India berdasarkan kuota.
Tuan Abdul Rahman bin Soliman: Pemberian bantuan bagi aktiviti-aktiviti
1771 12 JULAI 1988 1772
tidak dibuat berdasarkan kepada kumpulan-kumpulan satu-satu kaum. Mana-mana · kumpulan yang menjalankan aktiviti-aktiviti ke arab pembangunan kebudayaan nasional bolehlah dipertimbangkan.
BANG UN AN SEKOLAH-SEKOLAH
57. Dr. Ng Khek Kiung minta Menteri Pendidikan menyatakan:
(i) bilangan sekolah rendah di Malaysia dan bilangan sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamil;
(ii) di antara sekolah-sekolah tersebut berapakah sekolah yang mempunyai bangunan lama dan buruk yang perlu dibaiki atau digantikan dengan yang baru;
(iii) berapakah perbe1anjaan diperuntlikkan untuk menjalankan ker)a-kerja pembaikan bangunan sekolahsekolah tersebut; dan
(iv) berapa buah sekolah rendah baru diperlukan untuk menampung penambahan bilangan murid pada tahun 1989/1990.
Tuan Anwar bin Ibrahim: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
(i) Bilangan Sekolah Rendah Kebangsaan ialah 6,703 buah, Sekofah Rendah Jenis Kebangsaan (China) ia1ah 1 ,295 buah dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) pula iahih 548 buah.
(ii) Kementerian Pendidikan sentiasa mengambil berat dan memberi perhatian yang
sewajarnya terhadap keadaan bangunan sekolah rendah di negara ini dan tidak akan membiarkan ia berada di dalam keadaan uzur. Pad a setiap tahun Kementerian Pendidikan diperuntukkan wang berjuta-juta ringgit bagi memperbaiki bangunanbangunan sekolah yang buruk.
(iii) Kementerian Pendidikan telah memperuntukkan sebanyak $13,235,000 bagi tujuan membaiki bangunan sekolah yang lama dan buruk.
(iv) Kementerian Pendidikan sedang membina sebanyak 123 buah sekolah rendah di seluruh negara untuk menampung pertambahan bilangan murid pada tahun 1989/1990.
BUAH-BUAHAN TEMPATAN DI EKSPORT
58. Dr. Ng Khek Kuing meminta Menteri Pertanian menyatakan:-
(i) apakah jenis buah-buahan tempatan yang telah dikenalpasti untuk dieksport secara besar-besaran;
(ii) adakah pihak Kementerian mengenalpasti kawasan/tanah yang sesuai digunakan untuk menanam pokok buah-buahan tempatan secara . besar-besaran; dan
(iii) adakah Kerajaan memberi sebarang galakan kepada sektor swasta untuk mengambil bahagian dalam penanaman buah-buahan tempatart.
14.7.88
57. Tuan G. Rajoo minta Menteri Pertanian menyatakan jenis buah-buahan
1773 12 JULAI 1988
yang telah di eksport oleh negara ini dan i basil pendapatannya. Nyatakan tindakan-tindakan yang diambil oleh Kerajaan untuk menambahkan lagi pengeskportan buah-buahan penge-1 uaran negara ini.
Datuk Seri Sanusi bin Junid: Saya ingin menjawab soalan ini bersama soalan YB. G. Rajoo pacta 14.7.88 kerana kedua-dua soalan tersebut adalah seakan-akan sama.
(a) Jenis-jenis buah-buahan tempatan yang telah dikenalpasti untuk dieksport secara besarbesaran adalah;
a) Pisang mas; b) Betik eksotika; c) Belimbing; d) Manggis;
Lain-lain jenis buah-buahan yang ada potensi adalah:-
a) Durian; b) Rambutan; c) Nangka; d) Mangga; e) Jambu Batu; f) Ciku; g) Durian Belanda; h) Duku/Duku Langsat; i) Nenas; j) Limau bali; k) Limau manis;
(b) Dalam tahun 1987 negara telah mengeksport buah-buahan segar dan diproses bernilai $I 90 juta iaitu terdiri dari $118 juta bagi buah-buahan segar dan $72 juta bagi buahbuahan diproses. Kebanyakan buah-buahan segar yang dieksport ialah pisang, belimbing besi, durian, manggis, dan sebagainya dan bagi buahbuahan yang diproses kebanyakannya ialah nenas dan jus buah-buahan.
1774
Berpandukan kepada kesesuaian agro-iklim dan tanah, Kementerian Pertanian telah mengenalpasti zon-zon kawasan yang sesuai untuk penanaman pokok buah-buahan tempatan secara besar-besaran. Dari segi sumber tanah, di negara ini tanah-tanah yang boleh dimajukan untuk pembangunan industri buah-buahan, termasuk kawasan-kawasan bekas lombong dan tanah-tanah baru, dianggarkan sebanyak 765,000 hektar adalah sesuai untuk pisang dan 1 ,325,000 hektar untuk buah-buahan lain.
Galakan yang diberi oleh Kerajaan kepada sektor swasta untuk mengambil bahagian dalam pembangunan industri buah-buahan tempatan adalah seperti berikut:-
(i) Galakan cukai (tax incentives) bagi aktivitiaktivi ti pengeluaran pemprosesan dan pengeksportan buah-buahan;
(ii) Pengendalian Duti Import bagi alat dan jentera pertanian dan bahan mentah;
(iii) Penggubalan polisi-polisi tertentu melalui Majlis Industri Buah-buahan Malaysia (MBIM) untuk menggalakkan pertumbuhan industri buah-buahan;
(iv) Bagi menambahkan eksport buah-buahan, aktiviti-aktiviti galakan pasaran luar negeri dijalankan oleh Agensiagensi berkaitan seperti Kementerian Perdagangan dan Perindustrian, FAMA, MARDI
1775 12.JULAI 1988 1776
serta pengeksport-pengeksport. Ini dilakukan dengan mengadakan rombongan perdagangan ke pasaran-pasaran yang dikenalpasti berpotensi seperti Singapura, Hong Kong, Jepun, Asia Barat dan Eropah.
Dalam masa yang sama juga Kerajaan menumpukan usahausaha mempertingkatkan mutu buah-buahan supaya ianya lebih mudah diterima di pasaran antarabangsa. Langkah-langkah yang dijalankan ialah rnelalui pengembangan kepada pengeluar-pengeluar iaitu memberi maklumat-maklumat pasaran, kaedah, amalan sebelum dan selepas tuai dan sebagainya. Usaha ini dijalankan bersama dengan Persatuan Pengeksport buah-buahan Malaysia.
KEDUTAAN MALAYSIA DI LUAR NEGERI- TUGAS PEGAWAI
59. Tuan Haji Jaafar bin Harun minta Menteri Luar Negeri memberitahu:
(a) apakah tugas-tugas yang dija1ankan oleh pegawai-pegawai dan kakitangan Kedutaan kita di luar negeri;
(b) bagaimanakah Kerajaan kita menilai akan kesannya kejayaan tugas Pegawai yang telah dihantar itu; dan
(c) hingga sekarang berapa buah negara Kerajaan kita telah menubuhkan Kedutaannya dan mulai tahun bila.
Dato' Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan:
(a) Secara umum tumpuan tugas wakil-wakil kita di 1uar negeri
ialah untuk menjaga dan memajukan kepentingan negara Malaysia dalam segenap bidang, terutama sekali dalam bidang ekonomi, politik, keselamatan dan sosial.
Secara spesifik, adalah menjadi tugas mereka bagi mengenal pasti peluang-peluang yang ada di negara berkenaan bagi meningkatkan eksport barangan Malaysia, memperkenalkan Malaysia sebagai destinas i pelancong dan tempat melabur yang baik, menerang kepada pemimpin-pemimpin dan masyarakat asing dasar Kerajaan kita dan mencari jalan bagi memupuk hubungan baik dengan negara-negara berkenaan supaya kerjasama yang rapat dan berfaedah · kepada negara dapat dijalin. Di samping itu mereka juga bertanggungjawab menjaga kepentingan warganegara kita yang berada di luar negeri. Mereka juga mewakili Kerajaan dalam upacaraupacara rasmi serta persidangan atau mesyuarat yang mana Malaysia mempunyai kepentingan.
(b) Mengenai so alan (b) pula, inginlah saya menegaskan bahawa Kementerian dan Kerajaan mempunyai berbagaibagai cara untuk mengesan dan menilai prestasi pegawaipegawai yang bertugas di luar negeri. Secara umumnya pencapaian pegawai dapat dilihat daripada Laporan Nilaian Prestasi Tahunan mereka. Kementerian juga dapat menilai keberkesanan pegawai dengan mengukur kemampuan sesebuah Perwakilan memenuhi 'target' dan objektif yang diamanahkan kepadanya untuk satu jangka waktu. Selain itu Kementerian juga dengan ban-
1777 12 JULAI 1988 1778
tuan beberapa agensi pusat mengadakan Ia watan naziran dan auditan dengan tujuan memeriksa keseluruhan jentera Perwakilan dan sekali gus menilai prestasi pegawai kita.
(c) Kita mula menubuhkan Perwakilan-perwakilan kita di luar negeri apabila negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Sehingga kita terdapat sebanyak 59 buah Perwakilan Malaysia di Iuar negeri. Butir-butir tarikh penubuhan Perwakilan-perwakilan kita seperti berikut:-
(i) 1957 hingga 1959 - 12 buah
(ii) 1960 hingga 1969 - 17 buah
(iii) 1970 hingga 1979 - 14 buah
(iv) 1980 hingga sekarang - 16 buah
Jumlah - 59 buah Perwakilan
WARGANEGARA ASING TINGGAL LEBlli MASA
60. Puan :Noraini binti Haji Beluab minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak Kerajaan bagi mempastikan rakyat asing yang telah tamat tempoh visanya tapi masih tinggal! berada di dalam negara ini.
Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Kerajaan telah mempunyai undangund~ng yang ketat berhubung dengan kemasukan dan kehadiran warganegara asing yang tinggal lebih masa di Malaysia. Agensi penguatkuasa yang berkaitan dari seinasa kesemasa menjalankan pemeriksaan di tempat-tempat tertentu di mana pelawat-pelawat asing yang dipercayai berada setelah tempoh visanya tamat, serta didapati tinggal lebih masa ataupun telah melanggar syarat-syarat Pas Lawatan yang telah ditetapkan dan mereka akan ditangkap
dan didakwa di Mahkamah. Setelah tindakan mahkamah diambil pelawat ini akan dihantar pulang ke negara asal mereka.
PENYELEWENGAN DALAM KOPERASI
61. Puan Habidab binti Jusof minta Menteri Kewangan menyatakan:-
(a) apakah langkah-langkah Kerajaan dalam mencegah penyelewengan pada Badan-badan Koperasi yang ditubuhkan untuk mengendalikan perniagaan; dan
(b) bolehkah Kerajaan mengarahkan Juruaudit Kerajaan menyiasat hal-hal kewangan koperasi agar ianya tidak menyeleweng.
Setiausaba Par6men Kementerian Pembang\lnan Negara dan Luar Bandar (fuan Mohamed bin Jamrab):
(a) Kerajaan tidak dapat menjamin yang penyelewengan tidak akan berlaku dalam koperasi walau apa pun langkah untuk mencegahnya diambil. Mereka yang hendak menyeleweng akan melakukan berbagai tipu-helah dan Kerajaan akan hanya mengetahui setelah ianya berlaku. Tetapi Kerajaan tetap terus berikhtiar, seperti:-
(i) Pemeriksaan untuk menentukan akaun koperasi sentiasa bertulis kemaskini dan diaudit serta ditehtukan ke dalam mesyuarat agong pada setiap tahun.
Untuk maksud IDI
Akta Koperasi akan dipinda untuk memberi kuasa kepada Ketua Pendaftar dan pegawai-
1779 12 JULAI 1988 1780
pegawainya boleh mengenakan denda kompound kepada mereka yang mengengkarinya.
(ii) Mengadakan kursuskursus kesedaran kepada ahli-ahli Lembaga Pengarah Koperasi supaya mereka mengambil tahu setiap perkara yang berlaku dalam koperasi mereka dan bagaimana kewangan koperasi digunakan. Kita dapati penyelewengan biasa berlaku apakala ahliahli Lembaga membiarkan seorang-berdua sahaja yang mengurus dan mentadbirkan koperasi. Mereka sepatutnya meneliti pada setiap kali mesyuarat tentang wang yang masuk dalam koperasi dan bagaimana wang itu dibe1anjakan. Jika setiap orang mengawasi perkara ini setidaktidaknya mereka yang cuba hendak menyeleweng akan berasa segan sedikit.
(iii) Kursus kepada ahli-ahli biasa juga telah dan sedang diaturkan untuk memberi kefahaman tentang konsep dan prinsip koperasi serta hak dan tanggungjawab mereka dalam koperasi. Satu jawatankuasa bersama di antara Jabatan Pembangunan Koperasi, Maktab kerjasama Malaysia dan ANGKASA telah ditubuhkan dan sedang giat mengatur dan menjalankan kursuskursus ini.
(b) Kerajaan tidak boleh menga-
rahkan Juru Audit Kerajaan mengaudit hal ehwal kewangan koperasi kerana koperasi bukan badan Kerajaan. Juru Audit Kerajaan hanya memeriksa akaun-akaun Jabatan dan Agensi Kerajaan sahaja. Tetapi Kerajaan, melalui Ketua Pendaftar Koperasi, boleh menyiasat satu-satunya Koperasi jika dan apakala didapati perlu dan ini sememangnya 'telah biasa dilakukan.
Sebagaimana yang saya katakan tadi kerajaan tidak dapat merakam penyelewengan daripada berlaku tetapi sebaliknya hanya boleh mendedahkan penyelewengan yang telah berlaku sahaja.
Yang dapat mencegah penyelewengan adalah ahli-ahli Lembaga Pengarah Koperasi yang telah dipilih dan diamanahkan oleh ahli-ahli koperasi. Mengikut peraturan, setiap wang yang hendak dikeluarkan itu hendaklah terlebih dahulu diluluskan oleh mesyuarat. Masalahnya kadangkala mereka tidak mengambil tahu dan membiarkan seorang-berdua sahaja mem buat sesuka hati mereka.
MURID SEKOLAH DALAM KEGIATAN KUMPULAN JAHAT
62. Tuan Tan Chai Ho minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah tindakan telah diambil untuk mengatasi masal_ah penglibatan m urid sekolah dalam kegiatan kumpulan jahat. Sehingga kini, berapakah orang murid yang terlibat telah dibuang sekolah.
Tuan Anwar bin Ibn him: Untuk _makluman Ahli Yang Berhormat, diantara tindakan yang telah diambil untuk mengatasi masalah penglibatan murid
1781 12 JULAI 1988 1782
sekolah dalam kegiatan kumpulan jahat ialah:-
(i) Pihak Pentadbir Sekolah diarah supaya sentiasa melakukan pengawasan yang lebih teliti di sekolah masing-masing untuk mempastikan muridmurid sekolah tidak terlibat dengan kumpulan jahat.
(ii) Memberi arahan kepada pihak sekolah supaya bertindak dengan lebih tegas lagi terhadap pelajar-pelajar yang didapati terlibat dengan kegiatan kumpulan jahat.
(iii) Mendapatkan kerjasama dengan pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
(iv) Mengadakan aktiviti-aktiviti berbentuk ceramah di sekolahsekolah dengan tujuan menimbulkan rasa kesedaran di kalangan murid supaya dapat menghindarkan diri dari kegiatan tersebut.
Bilangan pelajar yang telah dibuang sekolah kerana terlibat dengan kumpulan jahat ialah seramai 375 orang.
DISIPLIN MURID SEKOLAH
63. Tuan Abdul Manap bin Hashim minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Yang Berhormat berhubung dengan beberapa insiden di beberapa buah sekolah berh ubung dengan soal disiplin murid sejak akhirakhir ini.
Tuan Anwar bin Ibrahim: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan telah dan akan mengambillangkah-langkah positif untuk mempertingkatkan disiplin pelajar. Oleh itu sekolah-sekolah adalah diminta melaksanakan strategi berikut:
(i) membuat perubahan secara terancang dan mewujudkan amalan yang sihat di sekolah;
(ii) membangunkan iklim sekolah yang membawa kepada peningkatan mutu pengajaran dan pembelajaran; dan
(iii) mengadakan pelbagai program dan aktiviti yang dapat melengkapkan lagi usaha ke arah peningkatan disiplin.
Selain dari itu, pengawasan yang lebih teliti dilakukan oleh pihak pentadbir sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan N egeri dan Kementerian Pendidikan untuk mempastikan anasir-anasir yang kurang sihat tidak terus menjalar ke sekolahsekolah.
KAD PERAKAM WAKTU
64. Tuan Hassan bin Nam minta Perdana Menteri menyatakan, iaitu sejak Jabatan Kerajaan menggunakan Kad Perakam W aktu di Pejabat-pejabat Kerajan untuk tujuan merekodkan kedatangan kakitangan bekerja dengan sebaik -baiknya pada setiap hari hingga sekarang, berapa ramaikah bilangan kakitangan Kerajaan yang telah dikenakan tindakan disiplin ataupun buang kerja jika ada akibat tidak menggunakan perakam waktu dengan betul datang lewat dan ponteng sebagainya.
Drs. Suleiman bin Mohamed: Jumlah pegawai Kerajaan yang diambil tindakan tatatertib kerana melanggar peraturan sistem perakam waktu sehingga tahun 1986 ialah seramai 715 orang. Daripada jumlah itu seramai 32 orang telah diambil tindakan tatatertib dengan dikenakan hukuman buang kerja. Jumlah ini meliputi pegawaipegawai di Badan-badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan.
1783 12 JULAI 1988 1784
PENDAFfARAN UBAT JENIS BERACUN
65. Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Kesihatan menyatakan dalam program pendaftaran ubat-ubatan jenis beracun mengikut Akta Kawalan dan Pendaftaran Ubat 1985 sudah berapa jenis ubat beracun dapat dikesan atau diluluskan oleh Kementerian berkenaan iaitu sama ada boleh digunakan ataupun tidak termasuklah ubat tradisional dan berapa ramaikah orang yang telah kena denda akibat salah guna jual ubat yang ditakrifkan sebagai beracun mengikut Ordinan Racun 1952 bagi tahun 1985 hingga 1987.
Dato' K. Pathmanaban: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, program untuk pendaftaran ubat-ubatan adalah dilaksanakan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Pendaftaran ubatubatan yang mengandungi racun berjadual dalam Fasa Pertama program ini telah diselesaikan pada akhir tahun 1987. Dalam Fasa ini permohonan sejumlah 6,086 produk diterima untuk pendaftaran dan dari jumlah ini sebanyak 3,908 produk diluluskan dan didaftarkan.
Urusan pendaftaran di bawah Fasa ini tidak melibatkan pendaftaran ubatubat tradisional.
Bilangan orang yang kena denda, dan jumlah denda dikutip kerana telah menjual ubat beracun tanpa lesen di bawah Ordinan Racun 1952 ialah seperti berikut:
Tahun Bil. Orang Denda
1985 129 $175,300 1986 184 $213,260 1987 197 $278,625 1988 (hingga bulan Mei) 125 $156,400
PROGRAM BERKEMBAR BAGI INSTITUSI SWASTA
66. Tuan Hassan bin Harun minta Menteri Pendidikan menyatakan sama ada pertumbuhan institusi-institusi swasta yang menganjurkan kursuskursus kembar, ijazah luar dan kursus profesional dalam Bahasa lnggeris dan memakai kurikulurri asing bertentangan dan bercanggah dengan Akta Pelajaran Kebangsaan dan Akta Universiti dan Kolej.
Tuan Anwar bin Ibrahim: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penubuhan institusi-institusi swasta yang menganjurkan program-program berkembar, ijazah external dan kursuskursus profesional dalam Bahasa lnggeris yang menggunakan kurikulum asing secara teknikalnya tidak bercanggah dengan peruntukan-peruntukan ·dalam Akta Pelajaran 1961 dan Akta Universiti dim Kolej Universiti 1971.
RELA WILAYAH PERSEKUTUAN
67. Tuan Azman 4tar bin Othman minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bagaimanakah sambutan orang ramai di dalam kawasan Wilayah Persekutuan terhadap RELA, adakah Kerajaan berhasrat mengadakan senjata api untuk kegunaan RELA di kawasan Pinggir, contohnya sempadan Selangor dan Wilayah.
Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sambutan orang ramai di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur terhadap Pasukan RELA Wilayah Persekutuan amatlah menggalakkan. Ini dapat dinilai dari penyertaan oleh orang-orang dari berbagai-bagai golongan di dalam Pasukan RELA Wilayah Persekutuan yang terdiri dari para pekerja pihak swasta, kakitangan kerajaan, pekerjapekerja persendirian, peniaga-peniaga dan juga sebilangan kecil golongan prof esional.
1785 12 JULAI 1988 1786
Mengenai dengan senjatapi, Kerajaan telahpun membekalkan sebilangan senjatapi (senapang patah) kepada anggota Pasukan RELA yang mendiami kawasan-kawasan pinggir sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan. Pembahagian senjatapi kepada anggotaangota Pasukan RELA adalah dibuat berasaskan dasar-dasar yang telah ditetapkan.
PELABURAN ASING
68. Dato' Haji Zakaria bin Haji Yabya minta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan:
(a) berapa jumlah pelaburan asing yang telah diluluskan sehingga 30 Mei 1988 mengikut negaranegara pelabur itu datang;
(b) apakah jenis-jenis perusahaan yang akan mereka usahakan dan negeri-negeri projek-projek itu ditempatkan; dan
(c) berapa jumlah peluang pekerjaan dapat diadakan untuk rakyat negara ini apabila projekprojek itu beroperasi kelak.
Dato' Kok Wee Kiat:
(a) Mengikut perangkaan MIDA jumlah ekuiti asing bagi jangka masa Januari hingga Mei 1988 ialah sebanyak $614.3 juta. Sebahagian besar jumlah ekuiti asing tersebut adalah dari negara-negara berikut:
Negara Jumlah ekuiti asing ($ juta)
Perancis 80.9 Hong Kong 33 .2 Jepun 220.7 Singapura 43.7 Taiwan 20.1 United Kingdom 39.4 Amerika Syarikat 88.1 German Barat 20.5
(b) Industri barangan getah, industri elektrik dan elektronik, industri kayu dan barangan kayu, industri pengilangan makanan dan industri tekstil dan pakaian adalah merupakan di antara bidang-bidang perusahaan yang akan mereka usahakan. Projek-projek tersebut kebanyakkannya akan ditempatkan di negeri Selangor, Johor, Kedah, Penang dan Perak.
(c) Projek-projek perkilangan ter. sebut dijangka akan dapat me
wujudkan 28,678 peluang pekerjaan.
PINJAMAN LAPUK BUMIPUTERA MALAYSIA
FINANCE
69. Tuan Lim Heng Tee minta Menteri Kewangan menyatakan apakah kedudukan semasa tentang isu BMF (Bumiputra Malaysia Finance). Adakah Kerajaan Malaysia meneruskan dengan perkara tersebut. Adakah Kerajaan Malaysia berjaya mendapat balik sebilangan kerugian daripada perkara tersebut. Jika ada, berapa banyak setakat ini.
Than Mohamed Farid bin Arlffin: Sebagaimana Yang Berhormat sedia m_aklum, pinjaman-pinjaman lapuk Bank Bumiputra Malaysia Berhad Finance (Hong Kong) Limited atau dikenali sebagai BMF telahpun diserah hak kepada PETRONAS. Pada masa ini, Bank Bumiputra Malaysia Berhad ~ebagai syarikat induk kepada BMF, bersama-sama BMF sendiri dan PETRONAS sedang di dalam proses mengambil tindakan sivil terhadap bekas pengarah-pengarah BMF. Dengan itu, jumlah sebenar wang yang dapat diperolehi kembali hanya akan diketahui setelah keputusan dibuat oleh Mahkamah.
Sementara itu pihak Suruhanjaya
1787 12 JULAI 1988 1788
Bebas Anti-Rasuah Hong Kong dan pihak berkuasa polis Hong Kong juga sedang mengambil tindakan jenayah terhadap pihak-pihak yang terlibat.
Berdasarkan keterangan di atas, dapat dilihat bahawa pihak Keraj aan Malaysia tidak terlibat secara langsung dalam apa-apa tindakan Mahkamah berkaitan dengan isu BMF.
PERMAINAN JUDI
70. Tuan Lim Heng Tee minta Menteri Kewangan menyatakan:-
(a) adakah Kerajaan sedar bahawa permainan judi te1ah meningkat, khasnya di kalangan pem uda dan pelajar, kebelakangan ini akibat daripada pemasangan beribu-ribu buah mesin-mesin slot dan video (e.g. one-arm bandit) di kelab-kelab dan ternpat awam lain;
(b) memandangkan ada kesan-kesan buruk, adakah Kerajaan ingin mengkaji semula dasar pelesenannya atas import dan operasi mesin-mesin tersebut sungguhpun ini akan mengakibatkan kehilangan pendapatan Kerajaan.
Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Untuk mak1uman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan sememangnya sedar bahawa permainan judi telah meningkat kebelakangan ini dan Kerajaan telah mengkaji semula dasar pelesenan dan operasi mesin-mesin tersebut. Berikutan dengan itu sebagai langkah kawalan, Kerajaan telah mengambil beberapa tindakan seperti berikut:-
(i) Membekukan semua permohonan baru untuk mendapatkan lesen mesin slot;
(ii) Membekukan semua permohonan daripada kelab-kelab bagi menambah bilangan mesin
slot dan mengganti mesinmesin slot yang lama dan usang;
(iii) Membekukan semua permohonan baru lesen peniaga mesin-mesin slot;
(iv) Membekukan semua permohonan kebenaran untuk mengimport mesin-mesin slot daripada luar negeri;
(v) Memperkemaskan lagi syaratsyarat dan peraturan lesen pengendalian mesin slot di kelab-kelab khususnya mengenai larangan ke atas kanakkanak di bawah umur 18 tahun dan murid-murid sekolah dan juga orang dewasa yang bukan ahli kelab daripada memasuki bilik mesin slot di kelab-kelab.
Pihak Polis juga sen tiasa mengadakan serbuan ke atas kelabkelab bagi mempastikan syarat-syarat pengendalian mesin slot sentiasa dipatuhi. Disamping itu pegawaipegawai (lnspektor Perjudian), Kementerian Kewangan sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas kelabkelab yang diluluskan lesen pengendalian mesin slot. Kelab-kelab yang didapati melanggar syarat lesen pengendalian mesin slot akan diberi amaran keras supaya mematuhi syarat dan peraturan lesen pengendalian mesin slot.
INFRASTRUKTUR DI KAMPUNG BARU
71. Dr. Tan Chong Keng minta Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk memperbaiki keadaan infrastruktur perkampungan baru negara kita. Masalah-masalah untuk kebanyakan penduduk perkampungan baru ialah pemilikkan tanah yang terhad dan mata pencarian rezeki hidup. Apakah yang dibuat oleh Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar
I789 I2 JULAI I 988 1790
supaya mengatasi masalah-masalah terse but.
Tuan Mohamed bin Jamrah: Keadaan infrastruktur di Kampungkampung Baru di negara ini diperbaiki dari semasa ke semasa baik oleh Kerajaan Persekutuan mahupun oleh Kerajaan-kerajaan Negeri, mengikut keperluan semasa dan setempat, serta peruntukan yang sediada.
.Berkenaan dengan pemilikan tanah yang terhad, masalah ini hendaklah dicari jalan oleh penduduk-penduduk itu sendiri dengan membuat permohonan ke atas tanah-tanah kerajaan di kawasan masing-masing.
PINJAMAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
72. Dr. Tan Chong Keng minta Menteri Kewangan menyatakan untuk tahun I 987 jumlah pinjaman wang dari luar negeri yang dibuat oleh negara kita dan punca-punca pinjaman yang utama, jumlah pendapatan negara kita inelalui eksport dan barang-barang eksport yang utama dan destinasi eksport yang utama.
Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Jumlah pinjaman Kerajaan Persekutuan dari luar negeri bagi tahun 1987 adalah sebanyak $1,086 juta (satu ribu Iapan puluh enam juta ringgit).
Punca-punca utama pinjaman, selain dari pasaran modal, ialah Bank Dunia, Overseas Economic Cooperation Fund (OECF) Jepun, Bank Pembangunan Asia dan sumber-sumber duahala. ·
Nilai eksport pada tahun 1987 adalah sebanyak M$45,180 juta (empat puluh lima ribu seratus Iapan puluh juta ringgit). Sektor perkilangan menjadi sumber utama pendapatan eksport. Barangbarang elektrik, komponen elektronik, tekstil dan kasut, keluaran kayu, logam dan makanan merupakan barangan eksport utama dari sektor perkilangan.
Lain-lain eksport utama ialah petroleum mentah, getah, kayu balak, gas asli cecair mentah dan minyak kelapa sawit yang diproses dan koko.
Destinasi-destinasi utama untuk eksport Malaysia pada tahun 1987 ialah Jepun, Singapura, Amerika Syarikat, Kesatuan Ekonomi Eropah, Korea Republik dan Taiwan.
PENAGffi DADAH DI KUALA LUMPUR
73. Puan Rokiah binti Zainuddin minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:-
(a) basil operasi membanteras kegiatan najis dadah di sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini; dan
(b) bolehkah Y.B. Menteri memberitahu di kawasan manakah banyak tertangkap penagih dadah dalam operasi tersebut.
Dato' Megat Junid bin Megat Ayob:
(a) Pihak polis sentiasa tnenjalankan operasi terhadap penyalahan dan penagih dadah di Kuala Lumpur ini. Dalam tempoh 6 bulan pertama 1988 ini pihak polis telah menangkap seramai 542 orang penagih dadah dan dalam operasi khas yang diadakan pada 3.7.88 baru-baru ini seramai 147 orang penagih dadah telah ditangkap.
(b) Dalam operasi yang pernah dijalankan, pihak polis bertindak di semua kawasan di Kuala Lumpur ini tanpa menumpukan perhatian ke tempat-tempat tertentu sahaja. Ini ialah kerana penagih-penagih dadah didapati berkeliaran di segenap pelusuk bandaraya Kuala Lumpur seperti di tempat-tempat letak kereta, perhentian bas/teksi, pusat-pusat membeli belah dan
·'
1791 12 JULAI 1988 1792
lorong-lorong. Dari pengalaman penguatkuasaan anggaran bilangan penagih dadah di kawasan Kuala Lumpur adalah dalam lingkungan 10,000 orang.
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PENCEGAHAN DAN
PENGA WALAN PENYAKIT BERJANGKIT
Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang." (11 hb Julai, 1988).
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa mesyuarat ditangguhkan semalam Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan sedang menjawab. Sekarang saya menjemput beliau menyambung ucapan beliau. Silakan Yang Berhormat.
3.33 ptg.
Dr. Ting ChewPeb: Tuan Yang diPertua, izinkan saya menyambungkan jawapan kepara perkara-perkara yang dibangkitkan semalam.
Yang pertama, berhubung dengan masalah penyakit AIDS yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Law Jack Yoon, Senator Dr. Chong dari Sabah dan Senator Lau Keng Siong. Ingin saya menegaskan di sini bahawa Kemenierian memang mengambil berat tentang perkara ini dan beberapa langkah untuk mencegah dan mengawal penyakit AIDS termasuklah yang pertama memeriksa dan menguji semua darah yang didermakan. Kini Kementerian Kesihatan mempunyai sebanyak 24 ·pusat menguji darah bagi mengesan antibody terhadap HIV.
Yang kedua, memberi pendidikan kesihatan dengan seluas-luasnya berhubung dengan penyakit AIDS. Dalam hubungan ini Kementerian telah mencetak dan mengedarkan beribu-ribu risalah dalam berbagai bahasa termasuk Bahasa Malaysia, lnggeris, China dan Tamil mengenai penyakit AIDS untuk menyedarkan semua lapisan masyarakat termasuk pengembara-pengembara ke luar negeri tentang bahaya AIDS serta cara-cara untuk mencegah dan mengawalnya. Di samping itu, maklumat mengenai AIDS telah dan sedang disebarkan dengan luasnya melalui penerbitan-penerbitan Kerajaan, syarikat-syarikat swasta dan media mas sa.
Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan Kempen Imunisasi Hepatitis B, seperti yang dibangkitkan oleh Senator Chong Eng Leong dan Senator Law Jack Yoon, ingin saya menyatakan di sini bahawa pihak Kementerian sedar akan bahaya penyakit Hepatitis B. Kini Kementerian sedang menunggu peruntukan tambahan untuk melancarkan satu kempen secara besar-besaran untuk mencegah penyakit Hepatitis B di kalangan rakyat jelata. Mengenai pendidikan kesihatan yang dibangkitkan oleh beberapa orang Senator, saya ingin menyatakan di sini bahawa pendidikan kesihatan memang menjadi salah satu program yang penting dalam Kementerian Kesihatan. Objektif utama pendidikan.kesihatan ialah meninggikan taraf kesihatan individu, keluarga dan masyarakat dan dalam soal ini tumpuan khas diberikan kepada beberapa kumpulan sasara.n seperti berikut:-
1. Para penduduk luar bandar 2. Kanak-kanak sekolah 3. Pengguna-pengguna perkhid
matan kesihatan, khasnya ibuibu, kanak-kanak, pesakit dan masyarakat umum.
Sekiranya ada golongan-golongan tertentu, misalnya JKKK yang memerlukan pendidikan ataupun
1793 12 JULAI 1988 1794
maklumat yang khas mengenai sesuatu jenis penyakit, pihak Kementerian sudi memberi bantuan jika ada pennintaan.
Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan cadangan yang dikemukakan oleh Senator Mustafa Awang iaitu mengenaikan suntikan bagi orang tua yang masuk ke negara ini. Pada waktu ini cuma suntikan bagi demam kuning diperlukan sekiranya seseorang itu datang daripada atailpun pergi ke ternpat yang diisytiharkan sebagai kawasan jangkitan penyakit itu. Suntikan bagi penyakit-penyakit yang lain tidak disyaratkan oleh mana-mana negara di bawah peraturan-peraturan kesihatan antarabangsa dan buat masa sekarang masih belum ada suntikan yang dapat mencegah penyakit AIDS.
Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan dakwaan oleh Senator Mustafa juga bahawa ada kakitangan Kementerian Kesihatan menyalahgunakan kemudahan Kerajaan, pihak Kementerian mengambil berat dakwaan itu dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib jika seseoiang pekerja didapati melanggar peraturan. Saya berharap Yang Berhormat Senator dapat memberikan butirbutir yang lanjut tentang perkara itu.
Tuan Yang di-Pertua, dua lagi persoalan. Yang pertama, berhubung dengan penyakit puru yang dibangkitkan oleh Senator Mustafa Awang. Penyakit ini telah dikawal di seluruh negara dan tidak lagi menjadi masalah kesihatan. Yang kedua, berhubung dengan soal kebersihan makanan dan juga alam sekeliling kita. Saya ingin menegaskan bahawa kebersihan itu satu tanggungjawab semua pihak individu, pengendali makanan dan juga Kerajaan. Kita memerlukan kerjasama dari semua pihak untuk memastikan kebersihan dalam makanan dan juga kebersihan dalam alam sekitar.
Tuan Yang di-Pertua, lain-lain perkara yang dibangkitkan yang belum
sempat saya jawab akan kami ambil ingatan dan perhatian. Pihak Kementerian memberi jaminan bahawa kami akan mengutamakan kesihatan rakyat jelata semasa menjalankan tugas kami. Sekian.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhonnat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Rang Undang-undang dibaca kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.
Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.
(Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa)
Fasa/1 hingga 33 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang U ndangundang.
Jadua/ Pertama dan Jadual Kedua diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.
Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan' kali yang ketiga dan diluluskan.
RANG UNDANG-UNDANG DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANG.KAH PENCEGAHAN KHAS)
(PINDAAN)
Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketlga
3.42 ptg.
Timbalan Menteri Dalam Negeri (Dato' Megat Jun.id bin Megat Ayob): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon men-
1795 12 JULAI 1988 1796
cadangkan supaya Rang Undangundang bemama satu Akta untuk meminda Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang kita maklum, penya1ahgunaan dan penagihan dadah atau dengan ringkasnya PPD, masih lagi menjadi masalah yang serius yang kita hadapi sekarang. Mengikut perangkaan kita bagi jangka masa 1970 hingga Disember, 1987 jumlah cumulative penagih dadah yang dikesan buat pertama kalinya melebihi angka 128,000 orang. Walaupun untuk beberapa tahun kebelakangan ini angka ini telah menurun, namun Kerajaan masih memberi perhatian yang berat terhadapnya.
Tuan Yang di-Pertua, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, berbagai-bagai langkah dan tindakan telah diambil. Ini termasuklah tindakan-tindakan dalam lima bidang yang berikut yang dilaksanakan sekali gus iaitu:-
(i) Penggubalan undang-undang yang ketat;
(ii) Tindakan pencegahan melalui penguatkuasaan yang tegas;
(iii) Langkah-langkah pemulihan dan kemudahan rawatan;
(iv) Tindakan positif dengan kempen-kempen kesedaran mengingatkan orang ramai bahawa dadah itu najis dan merbahaya; dan
(v) Kerjasama antarbangsa.
Kesemua ini dilakukan dengan gigih, teliti dan menyeluruh. Peningkatan yang dibuat oleh pihak-pihak yang berkenaan meliputi semua peringkat dan keseluruh negara. Usaha dan tin-
dakan kita memerangi najis dadah ini telah mendapat sokongan rakyat. Ini telah terbukti dengan penyertaan mereka dalam badan-badan sukarela menentang penyalahgunaan dadah, peranan mereka dalam kempen-kempen dan dalam aktiviti-aktiviti pemulihan.
Tuan Yang di-Pertua, kegigihan kita memerangi penyalahgunaan dan penagihan dadah bukan sahaja telah mendapat perhatian dunia tetapi juga sokongan mereka. Walaupun ada negara-negara yang menyebarkan berita-berita negatif terhadap usahausaha kita, terutama sekali mengenai hukuman gantung mandatori bagi pengedar-pengedar yang sabit kesalahan mereka namun ini tidak membawa kesan. Tindakan kita ini tidak ada ban-
. dingnya di negara-negara lain, baik dari segi perundangannya, usaha-usaha pemulihan mahu pun kempen-kempen yang diadakan.
Malah kempen kita menyebarkan mesej anti-dadah ke seluruh dunia telah mencapai kemuncaknya dengan perlantikan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita menjadi Presiden kepada Persidangan Antarabangsa Penyalahgunaan dan Pengedaran Dadah di Vienna pada 17hb hingga 26hb Jun, 1987 yang lalu. Ini jelas menunjukkan negara-negara Barat juga mengakui perjuangan anti-dadah kita.
Setelah beberapa tahun kita memerangi najis dadah ini, kita telah mencapai banyak kejayaan. Ini boleh kita lihat dari meningkatnya bilangan pengedar dan penagih yang telah dibawa ke muka pengadilan, bilangan rawatan yang telah berjaya serta sokongan rakyat yang tidak jemu-jemu. Hasil dari sokongan orang ramai iaitu melalui maklumat-maklumat yang didapati dari mereka serta kegigihan penguatkuasaan, angka bilangan tangkapan pengedar dan penjual dadah telah meningkat seperti oerikut:-
1797 12 JULAI 1988 1798
Kes Tangkapan
1986 1987 1988 (Sehingga
Mei)
Pengedar 479 529 225 Penjual 116 424 200
Akibat dari tertangkapnya pengedar dan penjual ini maka tertutuplah sumber dadah dari pengedaran. Dengan itu jumlah rampasan pihak berkuasa juga menurun seperti berikut:-
Jumlah rampasan dadah mengikut tahun, jenis di:m kuantiti:
Tahun
1986 1987 1988
(hingga kini)
1986 1987 1988
(hingga kini)
1986 1987 1988
(hingga kini)
1986 1987 1988
(hingga kini)
1986 1987 1988
(hingga kini)
Jenis
Candu mentah Candu mentah Candu mentah
Candu masak Candu masak Candu masak
Morphine Morphine
Heroin Heroin Heroin
Pi! Psikotropik Pi! Psikotropik Pi! Psikotropik
Kuantiti
331.79 kilogram 195.39 kilogram 137.4 kilogram
6.28 kilogram 22.01 kilogram
1.42 kilogram
21.6 kilogram 0.45 kilogram
Tiada
114.8 kilogram 40.2 kilogram 60.96 kilogram
346,679 biji 116,223 biji 56,336 biji
Tuan Yang di-Pertua, walaupun banyak kejayaan-kejayaan kita setakat ini, namun kita masih belum lagi boleh mendabik dada dan berbangga. Usaha menentang gejala ini perlu diteruskan lagi.
Kita mungkin telah mencapai ke-
jayaan dari segi rawatan serta pemuIihan penagih-penagih, perundangan dan kempen-kempen tetapi banyak Iagi yang perlu kita buat dalam membanteras pengedar-pengedar dadah ini sendiri. Pengedar-pengedar dadah ini adalah penjenayah yang tidak berperikemanusiaan dan juga tidak bertimbang rasa. Secara langsung kesan kegiatan mereka boleh mengancam keselamatan negara dan melemahkan muda-m udi kita yang menjadi harapan bangsa dan negara. Betapa tidaknya Iebih 600Jo daripada penagih-penagih yang telah dikesan adalah Qerumur antara 20 hingga 29 tahun. Jika pengedarpengedar ini tidak dihapuskan, besar kemungkinan Iebih ramai golongan remaja kita yang bakal menjadi pemimpin masa depan akan terjerumus dalam perangkap dadah. Masa depan negara kita akan musnah sekiranya pengedarpengedar ini tidak dihapuskan.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya golongan pengedar dadah inilah yang menjadi punca masalah ini. Merekalah yang menyeludup dadah ke negara kita dan menjadikan negara kita sebagai saluran bekalan dadah antarabangsa di saniping mengedarnya di sini. Mereka ini merupakan golongan yang mempunyai strategi dan cara bergerak yang rapi. Mereka bukan sahaja cekap merancang dalam pengedaran-pengedaran dadah dan mencari mangsa-mangsa baru tetapi yang Iebih merbahaya usahausaha mereka termasuk juga mencari helah untuk melepaskan diri dari penguatkuasaan dan tindakan undangundang. Justeru itu Kerajaan perlu mengawasi setiap gerakan mereka. Kita sentiasa perlu memikirkan cara-cara yang Iebih berkesan, lebih rapi dan teliti untuk bertindak terhadap sesiapa sahaja, terutama sekali terhadap pengedarpengedar dan sindiket-sindiket mereka dalam memerangi najis dadah ini. Inilah tujuan utama pindaan Rang Undangundang kali ini iaitu untuk meneruskan usaha memerangi dadah dari segi mengemaskini Iagi perundangan kita.
1799 12 JULAI 1988 1800
Tuan Yang di-Pertua, dari pengalaman yang telah kita alami terdapat beberapa seksyen dalam ADB (LLPL) 1985 yang perlu dikemaskini dan ditambah. Oleh itu, kita perlu membuat pindaan yang bertujuan untuk menjadikan prosedur dalam tindakan undangundang dan penguatkuasaan menjadi lebih jelas dan tegas. Ini boleh mengelakkan pihak-pihak tertentu dari mencari ruang atau helah untuk melepaskan diri dari tindakan undang-undang. ·
Tuan Yang di-Pertua, kajian yang teliti telah dibuat ke atas masalah ini dan Kerajaan dengan 101 memperakukan supaya tambahan dibuat kepada Akta seperti Fasal 2. Fasal 2 ini mewujudkan seksyen baru 6A yang bertujuan untuk memperuntukkan bahawa sesuatu perintah tahanan tidak boleh dianggap sebagai tidak sah atau tidak berkuatkuasa sekiranya seseorang itu ditahan di tempat yang berlainan daripada tempat yang dinyatakan di dalam perintah tahanan ataupun sekiranya penyerahan perintah itu dilakukan di tempat-tempat yang berlainan daripada tempat tahanan atau sekiranya terdapat sebarang kecacatan berhubung dengan penyerahan sesuatu perintah tahanan.
Fasa/3-
Fasal ini mewujudkan subseksyen baru llB bertujuan untuk mengekalkan pengesahan sesuatu perintah atau araban yang dibuat sebelum tarikh ianya dibatalkan dan memberi kuasa kepada Menteri untuk membuat perintah baru atau memberi araban baru berkaitan dengan seseorang yang menjadi subjek kepada perintah yang telah dibatalkan itu. Peruntukan subseksyen ini berkuatkuasa dari tarikh seksyen 11B berkuatkuasa.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Datuk Haji
Hussein bin Ahmad): Tuan Yang diPertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah suatu Akta bagi meminda Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 dan bagi mengadakan peruntukan mengenai perkaraperkara yang· berkaitan dengannya di bacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Sila Yang Berhormat Puan Ainon untuk memulakan perbahasan.
3.51 ptg.
Puan Ainon binti Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun berdiri di Dewan yang mulia ini bagi menyokong penuh kepada pindaan Rang Undang-undang yang ada di hadapan kita iaitu yang berbunyi: Suatu Akta bagi meminda Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan khas) 1985 dan bagi mengadakan peruntukan mengenai perkaraperkara yang berkaitan dengannya.
Tuan Yang di-Pertua, kita telah meneliti pindaan kepada Akta berkenaan dan kita telah mendengar penjelasan yang begitu jelas dan nyata daripada Tim balan Menteri Dalam Negeri yang telah membentangkan Akta di Dewan yang mulia ini.
tuan Yang di-Pertua, kita dapati seperti yang diperkatakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri dan yang disedari oleh rakyat jelata yang cintakan kedamaian, kesejahteraan dan kerukunan kepada generasi di Malaysia ini bahawa masalah dadah masih lagi merupakan masalah "yang mengancam keselamatan negara dan masih lagi serius keadaannya walaupun beberapa langkah-langkah tegas dan berbagaibagai cara serta program telah dijalankan oleh Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri dan lain-lain Kementerian yang berkaitan, oleh badan-badan sukarela, oleh kebanyakan
1801 12 JULAI 1988 1802
rakyat jelata tetapi nyata bahawa masaiah ini masih membimbangkan kita. Dan wajarlah, Tuan Yang diPertua, bahawa dalam masa 3 tahun umur pindaan kepada Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) ini terpaksa pula dibuat lagi satu pindaan seperti yang diterangkan untuk mengemaskinikan undang-undang yang dijalankan itu dan untuk mengkonkritkan lagi undang-undang ini supaya tidak ada ruang-ruang atau liku-liku yang boleh digunakan oleh mereka yang ditangkap atau ditahan, yang sudah pm1ya banyak wang daripada basil kerja mendagangkan nyawa-nyawa manusia yang tidak berperikemanusiaan dan yang sangat kejam itu.
Tuan Yang di-Pertua, saya percaya undang-undang ini terpaksa dipinda lagi ialah kerana setelah meneliti dan mempelajari dengan teliti akan segala akibat daripada pelaksanaan undang-undang yang telah dipinda pada tahun 1985, nyatalah Kerajaan kita amat sedar dan sangat-sangat mengambil berat menjaga negara ini daripada musnah oleh bencana daripada najis dadah. Yang sebenarnya yang memainkan peranan yang penting ialah pengedar-pengedar.
Terdapat dalam masa 3 tahun ini mereka yang menjadi pengedar terutamanya 'bapak-bapak' pengedar yang ada juga di antaranya daripada rakyat luar negeri dan juga mereka yang memegang fungsi terpenting dalam pengedaran telah terlepas dari hukuman kerana kebijaksanaan mereka menggunakan wang, menggunakan lawyer dan sistem kehakiman di negara kita ini. Dan mungkin terlalu adil atau mungkin entah di mana silapnya, ada kes-kes jerung-jerung ini terlepas tetapi kes-kes ikan bilis didapati sabit.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit dari segi pindaan ini kepada Fasal 2 iaitu yang memasukkan selepas Seksyen 6 seksyen baru 6A yang memperuntukkan bahawa -
Tiada perintah tahanan boleh menjadi tak sah atau tak berkuatkuasa jika orang yang terhadapnya sesuatu perintah tahanan dibuat telah ditahan di tempat-tempat tertentu selain daripada tempat tahanan yang disebut di dalam Seksyen 6 (2); atau
Jika penyampaian perintah itu telah dibuat di mana-mana tempat selain daripada tempat tahanan yang disebut dalam Seksyen 6 (2); atau
Jika terdapat apa-apa kecacatan substansial yang berhubungan dengan penyampaian perintah tahanan itu.
Tuan Yang di-Pertua, bahasa ini bahasa undang-undang, berbelit-belit bunyinya tetapi yang membawa maksud: selepas Akta ini dikuatkuasakan, tidak ada lagilah ruang-ruang atau likuliku yang boleh dipergunakan oleh lawyer-lawyer yang membawa pengedar-pengedar di mahkamah dan kemudiannya mendapat pula pe~setujuan daripada hakim-hakim (bukan semua hakhn) yang berlaku di negara kita ini yang kadangkala menggunakan budibicara sendiri membuat keputusan tanpa merujukkannya kepada undang~ undang.
Tuan Yang di-Pertua, sangsi kepada keadaan ini, maka saya rasa pindaan ini sangat munasabah. Kalaulah pihakpihak mahkamah - dengan rasa penuh hormat kepada khidmat mahkamahmahkamah yang tidak terlibat dalam keadaan ini; dan juga peranan lawyerlawyer - dengan rasa penuh hormat kepada lawyer-lawyer yang benar-benar menjalankan tanggungjawab tanpa ada apa-apa prejudis, maka saya rasa undang-undang ini tidak lagi dapat diperkotak-katikkan mengikut budibicara atau selera sendiri-sendiri seperti yang pernah kejadian dalam negara kita ini.
Menyentuh mengenai Fasal 3, Tuan
1803 12 JULAI 1988 1804
Yang di-Pertua, antaranya iaitu memasukkan subseksyen baru (2) ke dalam Seksyen 11 B yang telah dipinda supaya dibaca "llB. (1)" subseksyen balu (2) mengekalkan keesahan sesuatu perintab atau araban sebelum tarikh pembatalannya dan kuasa Menteri untuk membuat perintah baru atau memberikan sesuatu araban baru berkenaan dengan orang yang te1ab menjadi subjek sesuatu perintah yang telah dibatalkan. Ini juga dapat menguatkan lagi tindakan-tindakan terhadap mereka yang telah menjadi pengkhianat dan menjadi pembunuh kepada generasi dan juga keselamatan, ketenteraman di negara kita ini, Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin menyentuh seper kara lagi iaitu mengenai Fasal 4 (2) - melarang apa-apa tindakan guaman, pendakwaan atau apa-apa prosiding undang-undang lain diambil, dimulakan atau dikekalkan berkenaan dengan apa-apa perintah tahanan atau penahanannya yang disahkan di bawah Fasal 4 (1). Mungkin untuk memahami didam Fasal ini kita perlu merujukkannya kepada Akta lbu. Namun begitu saya dapat memahamkannya bahawa dengan adanya pengemaskinian undang-undang ini, sekali lagi pihak-pihak pengedar tidak dapat menggunakan pengaruh kewangannya atau emosi sebagai simpati daripada pihak-pihak mahkamah dan juga lawyer-lawyer di negara kita ini.
Tuan Yang di-Pertua, sebab apa saya mengaitkannya undang-undang ini dan pelaksanaannya di mahkamah yang ditentukan oleh hakim dan lawyer ialah kerana meneliti beberapa kejadian yang telah berlaku. Amatlah kita sedih, amatlab kita terperanjat, amatlah kita rasa tidak tentu arah, sangsi apabila berlakunya satu peristiwa yang baru lalu di negara kita ini yang mengejutkan dunia di mana Sistem Kehakiman kita telah menjadi tandatanya kepada seluruh dunia dan rakyat jelata.
Kita faham bagaimana baru-baru ini satu perintah yang dikeluarkan oleh
Dull Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melalui Tribunal melalui undangundang yang tidak kemas telah dapat ditentukan oleh pihak yang dituduh dan menyebabkan beberapa gendalaan berlaku, walaupun pada zahirnya ataupun pada amnya, atau kepada sesiapa yang tabu berfikir perkara itu benar-benar menyalahi peraturanperaturan. Kalaupun mungkin orangorang yang tidak faham mengenai halhal perundangan dapat memikirkannya, Tuan Yang di-Pertua, bagaimana peristiwa ini boleh berlaku, sesuatu yang belum selesai lalu diambil tindakan tanpa merujukkannya kepada undangundang. Kemudian berikutan pula dengan penggantungan kepada lima orang Tan Sri-Tan Sri para hakim yang telah melakukan sesuatu yang bercanggah dengan perundangan dan peraturan di dalam negara kita ini. Kemudian lalu menjadi ribut hingga sampai pada ketika ini ianya merupakan satu isu yang amat mengelirukan dan yang ternyata, ialah rasa sangsi rakyat kepada Sistem Kehakiman kita, rasa sangsi rakyat kepada tindakan lawayer-lawyer kita yang dahulunya kita sangat puja dan puji dan diletakkan ditempat yang paling tinggi sekali timbullah 'procontra' dalam hal ini yang sepatutnya tidak berlaku.
Tuan Yang di-Pertua, kalau pihakpihak Tan Sri-Tan Sri a tau orang-orang yang cendikiawan, hakim-hakim yang terlibat dapat memikirkan implikasinya dari segi kenegaraan dan dari segi kestabilan negara ini ·dan keyakinan rakyat terhadap Sistem Kehakiman kita.
Tuan Yang di-Pertua, satu peristiwa . berlaku di Amerika di mana Peguam Negaranya telah dituduh dan ditohmah dengan berbagai-bagai fitnah oleh pihak-pihak tertentu dan meminta meletakkan jawatan, tetapi Peguam Negara ini tidak mahu meletakkan jawatannya kerana ingin mempertahankan kebenarannya dan apabila
1805 12 JULAI 1988 1806
diselidiki didapati ianya dipihak yang benar, maka beliau meletakkan jawatan. Mengapakah· dia meletakkan jawatannya? Ialah kerana dia tidak mahu Sistem Kehakiman di negaranya dipertikaikan dan dijadikan sebagai satu isu pada rakyat jelata yang boleh menjejaskan Sistem Kehakiman dan boleh menimbulkan keraguan, kesangsian ·di kalangan rakyatnya. Alangkah baiknya kalau semua hakim-hakim kita di sini yang terlibat mengikut contoh yang berkenaan.
Kita membaca di akhbar-akhbar dan menerima juga laporan-laporan dari sahabat rakan dari kalangan lawyer yang tidak bersama dengan mereka yang memahami hasrat negara. Bagaimana pihak-pihak peguam yang kita sangat sayangi, sanjungi ini bersorak-sorai dan membuat kelakuan seperti seorang yang tidak begitu tinggi pelajarannya, seperti budak-budak sekolah yang agak liar iaitu mengboo-boo dalam satu keputusan yang dibuat di mahkamah di negar.a kita. Terdapat juga beberapa peristiwa yang melambangkan pihakpihak yang begitu tinggi kedudukannya ini melakukan sesuatu perbuatan yang di luar dugaan rakyat, di luar dugaan kita semua kerarui kita rasa mereka ini orang terhormati dan tinggi himahnya. Ada antaranya yang berlagak seperti seolah-olah kumpulan gangster, Tuan Yang di-Pertua, maka inilah yang amat menyedihkan, wajar bagi Kerajaan kita mengemaskinikan unda1ig-undang sebagai hak Kerajaan nielindungi rakyat, melindungi kesangsian rakyat, menentukan Sistem Kehakiman di negara kita ini dihormati dan akan menjadi penaung kepada rakyat dari segi perundangan dan keadilan seperti yang telah dibuat oleh Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri dalam pindaan Akta Dadah Berbahaya (Langkahlangkah Pencegahan Khas) (Pindaan) 1985 ini.
Tuan Yang di-Pertua, kita menyedari beberapa kesan-kesan negatif yang dahsyat daripada masalah najis dadah
ini, jadi saya dengan sepenuh hati menyokong akan Pindaan kepada Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 yang ada di hadapan kita ini.
Tuan Yang di-Pertua: Ada lagi Ahliahli yang hendak berucap? Sila Yang Berhormat Tuan Haji Hamid Araby bin Md. Salih.
4.08 ptg.
Tuan Haji Hamid Araby bin Md. Salih: Tuan Yang di-Pertua, saya juga bangun menyokong Rang Undangundang bernama suatu Akta bagi meminda Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985, dan bagi mengadakan peruntukan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Tuan Yang di-Pertua, entahlah perkataan "dadah" ini sudah menjadi satu perkataan sangat dibenci, perkataan tidak mahu I<ita dengar, tetapi mengawalnya daripada apa sekalipun nampaknya tenat sekarang. Hasrat kita apakala sesuatu pindaan yang dibuat memperketatkan undang-undng kita, kita berharap Akta ini akan mengurangkan penggunaan dadah yang merbahaya.
Sekarang ini ketara sekali dadah ini sudah jadi seperti pen yak it kan.ser, mengawalnya sahaja boleh, menghapuskannya tidak. Kalaulah.kita takut kepada kanser hari ini penagih tidak takut kepada dadah. Kebencian kita lahirkan, kita juga pandang jijik, tetapi kesannya ini ~mat menyedihkan. Kerajaan kita, Menteri-menteri, pucuk pimpina:n ki ta sem ua sedang berusaha . bersungguh~sungguh dengan apa cara sekalipun untuk mengurangkannya, tidaklah saya hendak kata menghapuskannya. lnilah yang amat menyedihkan sekali. Kita juga tidak dapat menafikan, Tuan Yang di-Pertua, seperti apa yang disebut oleh Yang Berhormat Puan Ainon Ariffin tadi,
..
1807 12 JULAI 1988 1808
ada lawyer-lawyer menjadi jaguh, menjadi jaguh cuba membela pengedar, juga membela penagih apakala mereka diberkas.
Alhamdulillah, salah seorang jaguh itu sedang dalam tahanan sekarang, ia sangat popular, masyhur dan jaguh, selalunya cuba membela pengedar. Ini juga satu masalah· yang kita sedang menghadapi. Kalau kita memandang jijik, mengapa peguam ini sanggup menerima dan membelanya, human rights konOimya. Tidak! Ini bukan tempatnya kita hendak gunakan falsafah human rights. Ini. membinasakan manusia dan mereka yang cuba membela itu memang mengharapkan Malaysia ini hancur-lebur, biarlah muda-mudinya menjadi orang seperti bangkai bernyawa. Inilah barangkali hasrat mereka.
Mungkin ada baiknya dengan pindaan yang kita buat ini supaya kita dengan cara tidak langsung memberi amaran kepada peguam-peguam yang cuba . membela pengedar-pengedar. Boleh jadi mereka terancam juga nafkahnya tetapi kalaulah mereka ini sayang kepada negara, tidak mahu negara ini hancur mereka boleh mengenepikan. Saya sokong betul sepenuh-penuhnya apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Puan Ainon tadi hari ini mereka sudah lagak macam gen~ samseng, sudah pandai boo, memboo wartawan, jangan kata itu, kita pun di boo, kalau kita lihat di mana sahaja ada perjumpaan dan sebagainya. Percakapan terlalu angkuh loyar-loyar ini pada hari ini, di coffee house, di club di mana sahaja. Pedih telinga kita mendengarnya.
Jadi kalaulah loyar-loyar ini pada sat~ ketika dahulu kita menghormatmya, pada hari ini kita sudah membencinya dengan perangai, telatah dan akhlak yang buruk mereka itu. Ini juga harus kita buat kajian secara mendalam. Apakah yang menyebabkan mereka ini selalu gembira, terlalu seronok, terlalu puas hati dengan begitu
ramai belia-belia kita sudah menjadi mangsa dadah.
Hatta ada yang sanggup membelanya, pembayanln. itu dibayar kemudian pun ada. Saya ada satu, dua kes di Pulau Pinang di mana mereka sanggup membelanya oleh kerana dia marah kepada orang yang menuduhnya, yang menangkapnya oleh kerana fahaman politik, ideologinya berlainan. Inilah yang kita berasa amat kesal sekali.
Selain daripada cara undang-undang yang kita menahan mereka, kadangkala kita fikir cara tindakan mujarab, nanti kata orang kita keras hati, kalau kita introduce atau memperkenalkan cara-cara kasar ataupun cara-cara yang berkesan yang boleh bawa kepada tuduhan yang kata ini zalim. Say.i masih ingat lagi masa pemerintahan Jepun. Jepun telahpun mengajar kita tiga tahun 8 b.ulan lamanya, ajarannya yang berkesan, secara kekerasan barulah boleh mengawal ketenteraman dan menghapuskan gejala buruk itu.
Saya tidak fikir kita hendak ke situ, kerana zaman telah berubah, kita tidak mahu orang gelarkan kita ini zalim seperti Jepun, tetapi saya tidak tahulah kalau sekiranya ada undang-undang lagi yang hendak dipinda. supaya kita juga boleh buat sesuatu, mencontohi apa yang telah dibuat oleh askar Jepun itu, sayalah orang pertama hendak menyokongnya. (Tepuk)
Penyalahguna dadah membawa kita ke alam sedih dan pilu. Serba salah jadinya. Pemuda-pemuda kita dari keturunan baik-baik menjadi mang-sa .....
Tlian Yang di-Pertua, saya tidak dapat sambung lagi. Saya sokong pindaan Akta· ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Haji Mohd. Noor bin Haji Abdullah.
1809 12 JULAI 1988 1810
4.15 ptg.
Tuan Haji Mohd. Noor bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, sebelum daripada saya bercakap berkenaan dengan menyokong Rang Undangundang Dadah Berbahaya (Langkahlflllgkah Pencegahan Khas) (Pindaan), terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua yang mana telahpun dilantik dan disetujui oleh Majlis pada petang kelmarin, semoga Allah akan kurniakan taufik dan hidayah kepada Dato'.
Saya bangun bersama-sama dengan saudara-saudari Yang Berhormat untuk memberi pandangan sedikit sebanyak tentang Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) (Pindaan) ini.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum daripada saya memberi sebab-sebab terlebih dahulu saya mengalu-alukan kepada pihak Kementerian Dalam Negeri, termasuklah Timbalannya saudara Dato' Megat Junid yang telah membentangkan Rang Undang-undang ini iaitu satu Kementerian yang telahpun bertanggungjawab kepada Allah s.w .t., Tuhan yang menciptakan alam ini dan telahpun menunaikan amanah untuk nienjaga dan memelihara agama, bangsa dan negara yang mana telahpun sama-sama kita saksi dan kita membahas di dalam masa yang akhir-akhir ini pindaan demi pindaan beberapa undang-undang ·yang mana semuanya undang-undang ini · adalah menyeIamatkan rakyat jelatanya daripada rosak di dunia dan di akhirat kedua-dua negeri.
Tuan Yang di-Pertua, oleh hal yang demikian, kita sebagai Ahli Dewan yang telah diamanahkan oleh rakyat melalui Kerajaan _yang telah melantik kita sebagai orang pengubal· undangundang, yang di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, berasa bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. yang mana kita telahpun
menunaikan tanggungjawab ini dengan sepenuh-penuh dan seikhlas-ikhlas hati demi memperhambakan diri ke hadrat Allah s.w.t.
Walau}:1un semua orang marah, walaupun semua orang tentang, walaupun ada ugutan berbagai-bagai ugutan. Umpamanya, kita katakanlah Rang Undang-undang Dadah yang telahpun kita lulus selama ini sehingga sampai kita gantung sampai mati. Ini adalah satu perkara yang amat dibend oleh pihak pengedar dan kuncukuncunya dan mereka kalau boleh mereka mahti membunuh Menterimenteri dan penyokong-penyokongnya. Tetapi kita tidak hirau, kita tidak takut, kita tidak gentar sebab kita yakin kita pihak yang benar. Kita berjuang, kit a bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara, tidak apa kita mati - tidak apa. _ Kita tidak takut kepada mati. Mati tidak ada masalah tetap tiap-tiap seorarig mati apabila sampai ajal. Ini telahpun diberitahu oleh Allah s.w.t. di dalam Al-Quran yang ertinya:
Apabila sampai masa ajal mereka itu, tidak dilewat walaupun sesecond dan tidak didahulu walaupun sesecond. Ini kita tidak takut dalam masalah kita perjuang dan dalam masalah kita menggubal. Cumanya yang kita mahu perkara yang kita buat ini adalah memberi manfaat dan mengikut lunaslunas peri kemanusiaan yang dikehendaki oleh Islam.
Di akhir-akhir ini, saya, Tuan Yang di-Pertua,·· adalah salah seorang daripada orang tua yang telahpun dipilih oleh pihak Kerajaan untuk duduk dalam Dewan. Kalau kira dengan tua saya ini tidak patutlah saya ini dipilih, dengan umur pun sudah tua, sekarang sudah umur subsidi. (Ketawa) Saya duduk dalam umur subsidi, 63 tahun dan sudah lebih daripada 63 tahun. Ertinya saya ini duduk dalam ~asa subsidi. Tetapi dipilih oleh Kerajaan. Maka Alhamdulillah, saya menerima selagi saya dikurniakan oleh Allah s. w .t. tenaga, akal fikiran, insya
..
·"
1811 12 JULAI 1988 1812
Allah, saya akan terus membantu untuk demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Tetapi di akhir-akhir ini, saya sebagai orang tua, kali.yang kedua saya mengulangi, saya amat dukacita sekali. Kalau ditilik kepada lahiriah, kenapakah perkara yang tidak difikirkan oleh kita berlaku? Perkara-perkara yang timbul yang pelek, yang ganjil, yang semuanya boleh menjadi gempar dunia sekarang ini adalah punca timbul daripada orang-orang yang cerdik. Saya tidak mahu sebut nama, semua kita tahu. Semua daripada golongan sebelah atasan.
Adakah mereka tidak berfikir Malaysia ini hak siapa? Adakah semua penduduk kita Malaysia, terutama orang-orang Melayu ada- lagi negara selain daripada Malaysia? Cuba kita fikir, terutama kita orang Melayu. Begitu juga orang-orang bangsa lain yang telah menjadi warganegara Malaysia ini adakah selain daripada Malaysia ini negaranya yang. akan mereka duduk sehingga sampai ke dalam bumi. Adakah selain daripada ini? Kalau sudah tidak ada, kenapa mereka berkira perkara yang remehtemeh, mereka tidak dapat bersatupadu, tidak dapat berunding, tidak dapat kira, tidak dapat bertolak ansur. Kenapa setengah mereka bangkit, kenapa begini, orang ini berkata kenapa begini.
Cuba kita tengok masa bulan November sebelum daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita me nahan 100 orang lebih melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri dahulu, macam-macam timbtil. Orang ini kata begini, orang Cina kata begini, orang Melayu kata begini, orang India kata begini, macam-macam. Adakah bumi selain daripada Malaysia di antara kita ini? Kenapa tidak memahami hakikat ini dan tidak amal. Kalau inilah bumi kita, kita mesti menumpukan pemikirail kita demi kepentingan bumi Malaysia dan penduduk-penduduk yang ada dalam bumi ini, bagaimana keadaan penduduk supaya selamat hidup dunia
dan akhirat, bagaimana kekayaan, bagaimana kemudahan, bagaimana kemakmuran dan bagaimana kesenangan. Ketepikan kepentingan diri, ketepikanlah kepentingan bangsa. Kita sudah semua menjadi warganegara ini walaupun bangsa lain tetapi satu.
Kita sudah isytihar negara Malaysia adalah sebuah negara yang penduduknya rriajmuk. Kita kena faham majmuk. Ertinya ramai bangsa tetapi duduk di bawah satu payung, di bawah satu Yang di-Pertuan Agong, di bawah satu Raja, di bawah satu Perdana Menteri, di bawah satu Perlembagaan Negara dan Negeri.
Tuan Yang di-Pertua, saya sebagai orang tua, saya merayu kepada bijak pandai dan kepada seluruh masyarakat Malaysia fikir perkara ini sebelum terlewat. Kalau kita hancur, jawabnya kita akan menerima nasib, orang pelarian Vietnam seperti di Pulau Bidung, berpuluh-puluh ribu ada. Berapa ratus ribu sudah kita halau ke negara yang ketiga? Kita mahu begitu nasib kita? Kita mesti soal perkara itu. Adakah kita mahu nasib kita sebagaimana nasib orang Vietnam itu? Dengan sebab inilah sedaya-upayanya Kerajaan kita telahpun mengadakan beberapa undang-undang, beberapa Kementerian demi kepentingan bangsa, agama dan negara.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan masalah dadah, kalaulah kita kaji, kita fikir, kita melihat dan kita tatap kepada undang-undang yang telah lepas, barangkali kalau mengikut adat kata padan sudah kalau hendak berhenti. Kalau kira, mudah sudah padan, kalau man usia jangan mengedar, sebab kalau mengedar dapat sahaja hukumnya bunuh, gantung sampai mati,· kalau tidak, jel sampai mati. Tetapl fasal apa ada lagi. Undang-undang kita buat tidak boleh hendak memikir selain daripada mati, tidak adalah. Hidup manusia lebih daripada mati tidak adalah. Hidup lawannya mati. Sakit itu
1813 12 JULAI 1988 1814
hak bawah 12ada mati. Mati tidak takut lagi.
Tuan Yang di-Pertua, tidak lain barangkali mengikut pandangan saya, ada kekurangan dalam masalah pengetahuan agama.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, dapat saya membuat sedikit pengumuman. Nanti Yang Berhormat boleh menyambung ucapan.
Tuan H!Ql Mobd. Noor bin H!Qi AbduUah: Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, menurut Peraturan Mesyuarat 63, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Dato' Tan Peng Khoon untuk membantu bagi mempengerusikan mesyuarat Dewan yang mulia inL Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Dato' Tan Peng Khoon bangun dan mengambil tempat (Tepuk).
(Dato' Tan Peng Khoon mempengerusikan Mesyuarat)
Dato' Tan Peng Khoon: Ahli-ahli Yang Berhormat, perbahasan di atas Rang Undang-undang ini disambung semula. Dipersilakan Tuan Haji.
Tuan Haji Mqbd. Noor bin Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, mengikut pandangan saya sebab-sebab yang pengedar dan penagih dadah ini · tidak boleh berhenti barangkali mereka kurang faham dalam masalah keagamaan. Sebab mengikut peraturan, dalam segi agama, tiap-tiap seorang yang beriman, kita kena faham makna iman ini ialah satu cahaya - nur, satu cahaya yang diletakkan oleh Allah s.w.t. di dalam hati seseorang yang melalui ilmu pengetahuan dan amalan dia dapat menyuluh yang baik, dia nampak baik dan perkara yang tidak baik, dia nampak tidak baik.
Sudah menjadi tabiat manusia, manusia ini ada dua mata, satu dia panggil mata zahir. Mata kita yang ada ini digunakan untuk melihat perkara yang zahir sahaja. Ini bahagian mata zahimya, dia lihat ini putih, ini hiiam, ini cemar, ini cuci, ini comel, ini hodoh. Yang keduanya, mata hati. Mata hati inilah yang memikir, yang melihat perkara ini molek dan perkara ini hodoh, kemudian tidak semestinya seseorang itu dia celik, dia nampak mata zahir dan mata hati dia nampak Juga. Tidak begitu. Ada kalanya mata luamya dia nampak tetapi mata hatinya 'tidak nampak.
Dengan sebab tidak nampak mata hati inilah dia sanggup buat perkara yang berat walaupun di atas dirinya. Dia tidak terima, sehingga sampai Kerajaan kita telah pun · menggelamya najis dadah. Fasal apa kita istilah najis dadah? Semoga semua umat manusia ini jijik, sebab manusia ini perkara najis, dia. jijik, dia tak dekat, hendak makan pun macam tahi ayam dia kata. Tahi ayam usahkan hendak ~akan di lidah, kita dengar perkataan itu, kita berasa · jijik. ·· Pada halnya tahi ayam dengan dadah ini, bahaya dadah lagi, lebih busuk, lebih najis, lebih mudarat daripada tahi ayam. Tetapi manusia oleh kerana dia buat mata hati, dengan sebab itulah dia tidak nampak bahawasanya dadah ini perkara yang mudarat kepada dia, perkara yang kotor. Tetapi dia berasa perkara ini sebagai satu perkara ubat kepada dia.
Untuk menyelesaikan kusut ataupun susah ataupun serabut fikirannya, dia makan ini untuk dia berehat, dia tidak sedar bahawa f>erkara yang hendak menghilangkan busuk ini tidak ada jalan lain melainkan memikirkan perkara ini adalah hak takdir daripada yang menjadikan aiam ini. Ini sahaja ubat, tiada ubat yang lebih baik.·Ubat jiwa seseorang supaya dia teiuing, supaya dapat menempuh segalagala, dapat mempertahan, dapat sabar, tiada lain iaitulah dia ingat segala
1815 12 JULAI 1988 1816
perkara ini adalah ditentukan oleh pencipta alam iaitulah bagi orang Islam dia kata Allah s.w.t. pencipta alam. Tidak akan berlaku suatu perkara kalau tidak ditentukan oleh Allah s.w.t.
Kemudian kita manusia hari ini tidak dapat hendak tolak, perkara yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Jadi ini sahaja. Cumanya kita manusia yang mengikut peraturan, kalau kit a menerima nikmat kita mesti bersyukur kepada Allah, bersyukur kepada pemberi nikmat yang diberi kepada kita. Ini tanggungjawab kita sebagai hamba. Kalau kita terkena bala kita kena sabar, dia kena redha dengan bala itu, sebab itu adalah perkara hakikat bala inipun pada zahir sahaja balanya, hakikatnya tidak bala, percubaan. Bandingannya samalah dengan murid kena pukul oleh guru, ataupun anak kecil yang dipukul oleh kedua ibubapa. Sarna sahaja balanya. Pada zahimya bala kepada anak murid apabila waktu dia dirotan.
Saya baca dalam surat khabar hari ini atau kelmarin, sampai emak at~m bapa pergi dakwa kerana katanya anaknya kena pukul. Sebenarnya itu bukan bala, tetapi pengajaran. Ini pengajaran guru kerana hendak mendisiplinkan supaya murid ini akan menjadi seorang murid yang berguna di akhir kelak. Ini adalah bala yang dicuba oleh Allah kepada kita sama dengan nikmat juga pada hakikatnya. Sebab itu wajib kita sebagai hamba, kita kena sa bar. Kalau kita terkena dosa, buat benda salah, kita kembali kepada Allah s.w .t. merayu dan memohon taubat. Ini tugas sebagai hamba.
Kalau kita membuat perkara baik, kita mesti ingat itu adalah taufik dan hidayah daripada Allah s. w .t. Ini adalah ubat untuk hendak menenangkan pemikiran kita. Sebab kita sudah saksi bahawasanya kita manusia ini tidak dapat mempertahankan kita. Ini walaupun siapa man usia pun tidak ada orang yang bo1eh mengakui kita bo1eh
mempertahankan kita. Dalilnya semua manusia tidak mahu accident, tetapi accident. Bertanding, semua manusia mahu menang tetapi kalah. Ini alamat kita tidak boleh mempertahankan kita. Apabila kita tidak boleh mempertahankan kita, apatah lagi kita hendak tolong orang lain. Mustahil boleh tolong orang lain. Pada hakikat tidak boleh Kita mesti fikir cara ini barulah keadaan kita, inilah satu ubat untuk hend~k menghilangkan serabut kesusahan yang ada pada kita, bukan dadah.
Saya mengesyorkan kepada pihak berkenaan terutama sekali Yang Berhormat Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri cubalah memikir dan mengkaji, bermuafakat dengan rakan sejawat iaitu Menteri Pendidikan, cubalah kita pakat menambahkan lagi mata pelajaran dan penerangan agama kepada muda mudi dan anak-anak kita yang sedang dalam pelajanm. Insya Allah, kalaulah kita sama-sama membuat perkara ini, memberi pelajaran dengan seterangterangnya kepada anak-anak kita yang, ada di bangku sekolah, insya Allah jenerasi kita, anak-anak kita akan datang akan menjadi warganegara yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Saya rasa itulah sahaja pandangan saya berkenaan deng;m perkara ini. Akhimya saya memberi sokongan berkenaan dengan Undang-undang Pindaan Pencegahan Khas Dadah Berbahaya ini. Sekian, terima kasih.
4.39 ptg.
Puan Hajjah Salbiah binti Mohd. Akim: Tuan Yang di-Pertua, saya turut menyokong kepada pindaan Akta yang ada di hadapan kita pada hari ini iaitu suatu Akta bagi meminda Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 dan bagi mengadakan peruntukan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
1817 12 JULAI 1988 1818
Saya hendak mengambil bahagian bercakap sedikit sahaja oleh kerana telah banyak yang disentuh oleh rakanrakan saya tadi iaitu kalau kita bandingkan, Akta ini telah dipinda pada tahun 1985. Baru tiga tahun sahaja, kita tambah lagi pindaan dan bagaimana yang kita tabu hukuman-hukuman di dalam Rang Undang-undang yang ada itu telahpun begitu ketat. Tetapi oleh kerana memandangkan beredarnya masa, maka ada lagi yang kekurangan, maka dipinda lagi pada hari ini.
Saya sangat rasa sukahati dengan pindaan-pindaan ini kerana memperkuatkan lagi undang-undang itu dan jika sekiranya kurang kuat lagi, pada persidangan akan datang kalau ada kita pinda lagi. U ntuk hendak membanteras dadah ini saya lihat kalau hukum gantung sampai mati, jel seumur hidup, rampas harta tidak juga berkesan dan ada lagi jalan-jalan yang dicari untuk melepaskan diri. Apa yang saya kehendaki iaitu setelah kita luluskan di dalam Dewan yang muli~ ini, sesudah dis em purnakan maka · hendaklah dijalankan undang-undang ini dengan segera. Selepas daripada kita menjalankan dikuatkuasakan perjalanan undang-undang ini maka di satu pihak yang berkuasa hendaklah menggempur sebagaimana pada hari ini kita teflgok akan menangkap penagih-penagih dadah, iaitu penagih yang di dalam Bandar Kuala Lumpur ini akan ditangkap beberapa ribu, tetapi kita mahu pengedar-pengedar. Pengedar-pengedar ini kita cuba gempur pula.
Baru-baru ini di Pulau Pinang di satu taman yang indah telah dapat dalam rumah yang indah itu memproses dadah, jadi saya tidak jangka rumah yang sebuah itu sahaja, kemungkinan rumah-rumah yang·ir:tdah, yang mewah yang ditakuti orang masuk kerana anjingbanyak, mungkin di dalam ini juga yang dibuat· oleh pihak Kerajaan kita, penye!udupan· penangkapan tidak berhenti tetapi masih terdapat dengan senang, terutama di bandar-bandar
besar. Jadi kita kuatkan undang-undang dahulu, selepas itu kita gempur daripada kecil sampai yang besar, daripada rumah buruk sampai kepada: rumah yang indah, insya A"ah kita akan dapat meredakan sedikit keadaan ini.
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat penagih-penagih dadah ini memang kita amat kasihani mereka kerana kalau sudah sekali terkena dia takkan dapat walaupun kita tangkap, kita simpan di,a, kita pulihkan dia, dia tak habis masa itu sahaja, habis semasa dalam tahanan sahaja, keluar akan menagih semula. Rumah saya sangat berdekatan dengan penjara ini, maka saya melihatlah anakanak muda ini 2-3 bulan dia ditahan dia lepas keluar, lepas itu dia masuk balik, masuk balik datang lagi, sudah penuh sesak dalam penjara itu. Jadi yang banyak terkena ini ialah anak-anak m uda harapan kita pada masa akan datang. Yang pengedar ini rumah yang besar-besar, rumah yang indah-indah di dalamnya memproses dan pengedar; yang kena anak-anak muda yang kita kata ikan bilis, ini yang .menyedihkan hati. lbu bapa dia adalah sangat menderita apabila ana,knya telah terlibat dengan dadah dan· bukan itu sahaja kepada pemuda-pemuda, ibu bapa pada masa sekarang sangat takut lmak-anak yang di dillam sekolah kerana bukan sahaja pemuda-pemuda tetapi sudah bermula ke sekolah-sekolah, anak-anak yang di sekolah-sekolah. Ini juga yang am at menyedihkan kita ..
Jadi, kalau kita tidak memperkukuhkan undang-undang ini, jika kita tidak jalankannya dengan segera, maka. "layar-layar buruk" ini akan mengambil kesempatan lagi, saya tidak mahu kata loyar; loyar-loyar betul, tetapi ·kalau yang banyak gelembung yang bukan-bukan, layarlah. Orang Pulau Pinang kata "layar buruk"; yang ada ini banyak layar buruk, sebab itulah dia boleh 'boo' seakan budak-budak 'boo' pemberita kita. Kita yang tidak pandai ataupun tidak berkelu1usan semacam
9
---- -----------------------
1819 12 JULAI 1988 1820
mereka yang kita hormat pada hari ini kita tidak pernah 'boo' kepada pemberita. Kalau tak betul kita tegur macam itu dengan ikhlas hati, kita tidak buat macam budak-budak nakal. Ini seolah-olah macam kanak-kanak yang nakal apabila tengok muzik-muzik yang rancak itu yang dia tak puas hati dia buat perangai macam itu. Jadi saya rasa sangat malu kerana orang-orang yang paling kita hormati pada hari ini sudah jadi sedemikian dan sebabnya pun kita hendak ubah undang-undang ini, tambah lagi kerana bijaksaria mereka ini, sesudah ditangkap, sesudah dihukum ada pula lagi mengatakan tidak sah kalau tidak tepat pada hari kalau ditangkap di sini.
Begitu juga pada satu masa dahulu 6 kesalahan; satu kesalahan yang telah lulus, 5 lagi dia hendak lepas sendiri. Jadi, siapa yang berkuasa di atas ini? Dewan yang mulia ini boleh meluluskan untuk menegakkan undang-undang maka kita akan buat sekuat-kuatnya untuk menentang perkara-perkara yang tidak memuaskan hati itu kerana merosakkan rakyat, merosakkan fikiran orang dan bagi mengeliru pandangan.
Jadi, saya rasa saya tidak mahu bercakap panjang yang telah saya katakan tadi. Apa yang saya hendakkan Yang Berhormat Dato', setelah kita kuatkan kuatkuasa ini, kita cuba pula gelidah rumah-rumah yang mewah, tempattempat yang tertentu kerana bukan tak dapat tabu, dapat tabu tetapi belum sampai masanya. Di Pulau Pinang satu taman yang indah itu, megah sungguhlah nama 'Island Glade' berapa perkara jenayah yang berlaku di sana, perompak duduk di sana, pengedar dadah duduk di sana, memproses dadah di sana, maka cuba pula ke negeri-negeri lain mungkin ada perkara-perkara itu berlaku.
Dengan ini, saya dengan sepenuh hati menyokong Rang Undang-undang atau
Akta yang dipinda ini dengan sepenuhnya. Sekian, terima kasih.
Dato' Tan Peng Khoon: Sekiranya tidak ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin mengam bil bahagian dalam perbahasan, maka saya menjemput Timbalan Menteri yang berkenaan untllk memberi jawapannya.
4.49 ptg.
Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana ramai Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu 4 orang telah mengambil bahagian dalam perbahasan 'ke at~pindaan Undang-undang ini.·Atas pandangan, teguran dan juga kritikkritik dari Ahli-ahli Yang Berhormat itu semuanya akan diambil perhatian oleh Kementerian ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian ialah Yang Berhormat Puan Ainon Ariffin, Yang Berhormat Tuan Haji Hamid Araby; Yang Berhormat Tuan Haji Mohd. Noor bin Haji Abdullah dan yang terakhir sekali ialah Yang Berhormat Puan Hajjah Salbiah Mohd. Akim. Kepada Yang Berhormat Puan Ainon Ariffin, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah menyokong dan telah menganalisa bagaimana perlunya pindaan ini dibuat supaya pengedarpengedar tidak terlepas begitu sahaja, hanya semata-mata kerana kesilapan teknikal.
Pada Yang Berhormat Tuan Hamid Araby juga saya memang setuju bahawa kita boleh mengawal dan membendung kemaraan najis dadah tetapi untuk menghapuskannya adalah satu perkara yang sukar. Namun begitu usaha mesti dilakukan, tindakan mesti dijalankan dan pengkorbanan semua rakyat harus digem belingkan kerana kit a tabu
1821 12 JULAI 1988 1822
bagaimana dahsyatnya landaan dadah ini terhadap anak muda-mudi kita sehingga kalau kita lihat tadi Yang Berhormat sendiri tidak dapat meneruskan ucapan beliau kerana beliau merasakan bagaimana seksa dan pahitnya · apa:bila seseorang itu te1ah dilanda oleh dadah dan saya ingat titisan airmata Yang Berhormat itu te1ah dapat mempamerkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bagaimana dahsyatnya landaan dadah itu terhadap masyarakat kita.
Yang sebenarnya sungguhpun pindaan ini kalau kita lihat ada pihak merigatakan bahawa pengedar ini tidak berpeluang1agi untuk membela diri sendiri. Yang sebenarnya pihak peguam masih berpeluang untuk membawa dan membela pengedar-pengedar dadah ini tetapi tidak sangkutpaut dengan masalah-masalah teknikal seperti mana dalam Fasal 2 dan Fasal 3 dalam pindaan Akta ini. Saya fikir undangundang kita sudah cukup tegas. Tidak payahlah kita ikut macam mana Jepun berlagak selama 3 tahun, 8 bulan, 8 minggu dan 8 hari dulu memerintah negara kita. Namun begitu, kita akan melaksanakan undang-undang ini dengan seadil-adil dan saksamanya.
Pada Yang Berhormat Tuan Haji Mohd. Noor bin Haji Abdullah, saya sungguh terharu dengan huraian Yang Berhormat Tuan Haji Mohd. Noor, begitu beratnya tanggunruawab kita dalam menunaikan, dalam menentukan kesejahteraan dan keamanan rakyat jelata dan tanggungjawab ini mesti dipikul dengan seadil-adilnya untuk kepentingan rakyat dan negara yang tercinta ini. Apa yang saya harapkan seruan serta rintihan Yang Berhormat Tuan Haji Senator itu dapat juga diresapi oleh seluruh rakyat agar negara ini benar-benar akan menjadi sebuah negara yang rukun damai dan dianggap sebagai syurga di dunia ini. Saya juga bersetuju tentang saranan Yang Berhor-
mat bahawa pengedar-pengedar ini memang kurang dari segi keagamaan dan iman mereka terlalu longgar. Itulah sebabnya pihak Kementerian Dalam Negeri juga badan-badan sukarela seperti PEMADAM akan memberi kursus-kursus khas kepada seluruh imam dan juga alim ulamak dan juga pemimpin-pemimpin agama lain agar mereka dapat meresapi bagaimana deritanya seorang pengedar dadah, dapat benar-benar mengetahui tentang seluk beluk penderitaan seorang ibubapa, keluarga apabila ada ahli keluarga mereka menghadapi masalah dadah.
Dengan adanya kursus-kursus dan seminar-seminar di kalangan tok-tok imam dan ahli ulamak diharapkan alimalim ulamak dan juga tok-tok imam dapat menolong untuk menyedarkan masyarakat tentang bahayanya dadah ini. Saya sungguh terharu juga Yang Berhormat Tuan Haji Mohd. Noor bin Haji Abdullah juga menyarankan bahawa najis dadah itu adalah lebih bahaya daripada najis tahi ayam. Ini tentulah satu daripada ungkapan yang boleh dipergunakan oleh · kita semua dalam kita menerangkan kepada m udamudi kita. Tentang Yang Berhormat memohon supaya Kenienterian Pendidikan mengadakan pelajaran khas tentang anti dadah 101 pihak Kementerian Pendidikan telahpun bersetuju untuk menambahkan pelajaran anti dadah di sekolah-sekolah.
Yang terakhir ialah Yang Berhormat Hajjah Salbiah menyarankan bahawa apabila undang-undang ini diluluskan oleh Dewan ini, ia haruslah dilaksanakan· dengan segera dan seadiladilnya. Adalah ini telah kita lakukan selama ini apabila sahaja und.angundang ini diluluskan oleh kedua-dua Dewan, Dewan Rakyat dan Dewan Negara, maka pihak Kementerian dan pihak yang berkenaan akan melaksanakan dengan segera dan seadiladilnya dan apabila kita lihat ada ruang-
1823 12 JULAI 1988 1824
ruang yang menyebabkan penjenayahpenjenayah ini dapat lulus keluar daripada undang-undang itu, secepat mungkin pula kita bawa balik ke Dewan ini untuk dipinda agar undang-undang itu menjadi kemaskini sehingga tidak dapat lagi penjenayah-penjenayah ini melepaskan diri.
Tentang penangkapan pengedarpengedar dadah kerana pada hari ini apa Yang Berhormat dengar bahawa kita hanya menangkap penagihpenagih, bagi kita penagih-penagih ini adalah merupakan orang-orang yang sakit dan kita kena lihat sakit mereka sudah tenat ataupun belum. Maka apabila sudah benar-benar tenat maka terpaksa kita ubat dengan segera. Itu sebabnya kita terpaksa menyelamatkan anak-anak muda kita yang sedang sakit tenat itu dan apabila ada sahaja kosorigan di pusat-pusat rawatan dan pemulihan secepat mungkin. Kita terpaksa meletakkan mereka di pusatpusat tersebut.
Ten tang pengedar-pengedar, bukanlah satu perkara yang senang, Ia terpaksa diintip, diperhati sepertimana Yang Berhormat katakan tadi di Island Glade, pihak polis terpaksa mengintip, memerhati berbulan-bulan dan mempastikan benar-benar ·bahawa berlaku sesuatu yang harus diambil tindakan yang segera. Maka barulah serbuah kita buat, tidak guna kita mengadakan serbuan saban malam, saban hari tetapi kejayaannya tidak ada. Dengan sebab itu kita· terpaksa mengambil masa yang lama mengintip, mernerhati dan mempastikan bahawa tempat-tempat itu benar-benar menjadi satu tempat pengedaran dadah yang besar dan barulah serbuah-serbuan kita buat dan ini akan kita jalankan setiap masa tanpa mengenal bulu, tanpa mengenal kawasan walau ia di taman yang indah ataupun di pondok buruk yang teruk di kawasan-kawasan setinggan.
Masalah penagih masuk keluar penjara sepertimana kata Yang Berhormat
tadi, memang saya akui. Itulah sebabnya pihak Kementerian telahpun berusaha agar semua penagih-penagih yang ditangkap tidak lagi dihantar ke penjara kerana kalau kita hantar ke penjara kemungkinan besar bahawa pemulihan dan rawatan yang ada di penjara itu tidak mencukupi untuk menukar seorang penagih menjadi manusia biasa. ·ltu sebabnya apabila mereka masuk penjara balik menagih semula. Jadi, Kementerian Dalam Negeri telahpun berusaha agar semua penagih-penagih ini kalau sekiranya tidak ada rekod bahawa mereka itu pengedar hanya penagih maka kita akan hantar mereka ke pusat-pusat pemulihan dan rawatan agar penyakit mereka itu dapat kita ubati dan selepas itu kita adakan pula apa yang dikatakan pemulihan lanjutan dan kita selalu monitor, dengan 1zm, akan perkembangan-perkembangan yang berlaku terhadap penagih-penagih ini.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, apa yang jelas dari:perbahasan ini ialah kesedaran dari semua pihak ke atas usaha-usaha yang dijalankan untuk membebaskan generasi muda~mudi kita dari dilanda dadah yang menjadi mangsa perbuatan yang tidak bertanggungjawab pengedarpengedar dadah. Adalah diharapkan sokongan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat ini akan terus menjadi perangsang kepada pihak kita untuk terus bertindak dan melaksanakannya dengan seadil-adilnya.
Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Memandangkan ramai Ahli-ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian memandangkan kesuntukan masa semua pertanyaanpertanyaan dan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dapat saya jawab dengan tepatnya. Mana-mana soalan yang tidak sempat saya jelaskan itu saya akan mengambil perhatian dan ingatan.
1825 12 JULAI 1988 1826
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Dato' Tan Peng Khoon: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan.
Rang Undang-undang dibaca kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.
Dew an bersidang sebagai Jawatankuasa.
(Dato' Tan Peng Khoon mempengerusikan Jawatankuasa)
Fasal 1 hingga 4 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undangundang.
Pendahuluan diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undangundang.
Rang Undang-udang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.
RANG UNDANG-UNDANG DARURAT (KETENTERAMAN
AWAM DAN MENCEGAH JENAYAH) (PINDAAN)
Bacaan Kali Yang Kedua dan :K.etiga
5.02 ptg.
Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya satu Rang Undangundang bernama suatu Akta untuk meminda Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, kejadian jenayah yang berlaku di negara ini telah menunjukkan satu peningkatan dari setahun ke setahun. Kejadian jenayah yang berlaku pada tahun 1980 ialah 70,832 berbanding dengan 85,248 dalam tahun 1987, iaitu peningkatan sebanyak 200Jo. Jika dianalisa tahun demi tahun, angkanya terus meningkat dari tahun 1980 hingga tahun 1986. Walau bagaimanapun, indeks jenayah ini telah turun 10% dalam tahun 1987 berbanding dengan tahun 1986. Namun demikian, angkat ini masih tinggi herbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.
Indeks jenayah dibahagikan kepada jenayah kekerasan dan jenayah harta benda. Termasuklah dalam jenayah kekerasan ialah jenayah bunuh, cuba bunuh, samun berkawan bersenjata api, samun berkawan tanpa bersenjata api, samun bersenjata api, samun tanpa bersenjata api, rogol dan derigan sengaja mencederakan manusia. Manakala bagi jenayah harta benda pula termasuk di dalamnya ialah jenayah-jenayah pecah rumah dan curi siang hari, pecah rumah dan curl malam hari, curi motovan dan Iori, curl motokar, curi motosikal, curi basikal dan lain-lain kecurian. Kejadian jenayah kekerasan keseluruhannya juga menunjukkan satu trend yang meningkat dalam tahun-tahun tersebut. Indeks jenayah kekerasan ialah 7,481 dalam tahun 1980 berbanding dengan 11,721 dalam tahun 1987, iaitu pertambahan sebanyak 50%. Peningkatkan ini adalah satu aliran yang membimbangkan. Purata kejadian setahun bagi jenayah samun berkawan bersenjata api dari tahun 1985 hingga 1987 ialah 60 kejadian dan samun bersenjata api pula ialah 940 kejadian setahun. · · Bagi jenayah bunuh pula 327 kejadian dilaporkan dalam tahun 1985, 326 bagi tahun 1986 dan 382 dalam tahun 1987. Manakala cuba bunuh, puratanya bagi tahun 1985 hingga 1987 ialah 60 kejadian setahun.
1827 12 JULAI 1988 1828
Tuan Yang di-Pertua, kira-kira 800Jo daripada kejadian jenayah kekerasan di seluruh negara berlaku di Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Selangor, Johor dan Perak. Negeri-negeri ini yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan juga di negeri inilah terletaknya aktiviti ekonomi yang pesat. Kementerian Dalam Negeri amat memandang berat kejadian-kejadian jenayah kekerasan di tempat-tempat ini dan langkah-langkah sewajarnya perlulah diambil untuk membanterasnya. Jika tidak ketenteraman awam akan tergugat dan sedikit sebanyak boleh mengganggu kedatangan pelabur asing dan pelancong ke negara ini.
Tuan Yang di-Pertua, salah satu daripada undang-undang yang dikenakan sejak tahun 1969 untuk membanteras kegiatan penjenayahpenjenayah kekerasan dan juga aktiviti kongsi gelap ialah dengan menggunakan Ordinan Darurat (Ketenteraman A warn dan Mencegah Jenayah) 1969. Undangundang ini digubal dalam tahun 1969 yang bertujuan untuk menstabilkan keselamatan dan ketenteraman awam dan mem bolehkan perintah-perintah tahanan dan sekatan dikenakan ke atas penjenayah -penjenayah.
Keengganan saksi-saksi memberi keterangan di Mahkamah adalah antara punca-punca -yang menyebabkan seseorang itu tidak boleh didakwa. Selain daripada itu terdapat sindiketsindiket penyeludupan senjata api, perompak, perancang jenayah, coleh yang sukar dihadapkan ke Mahkamah, kerana mereka berselindung diri. Adalah agak mudah mendakwa sekiranya seseorang itu ditangkap ketika memegang senjata api di tangannya, tetapi sukar kepada orang yang merancang penyeludupan senjata api. Bagi penjenayah seumpama ini tidak ada pilihan bagi Kerajaan melainkan mengenakan tindakan undang-undang pencegahan terhadap mereka. Aktiviti
kegiatan kongsi gelap masih lagi ketara. Mereka menjalankan kegiatan-kegiatan memeras ugut dan juga melakukan kekerasan kerana ingin berkuasa. Keadaan ini sesungguhnya jika tidak terus dibendung secara habis-habisan, akan membimbangkan rakyat yang tidak berdosa.
Tuan Yang di-Pertua, peruntukan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 yang ada sekarang ini hanya membolehkan Kerajaan menahan atau menyekat seseorang itu bagi tempoh masa 2 tahun sahaja. Selepas itu orangorang itu bebas seperti sedia kala. Kebanyakan penjenayah ini menyedari bahawa risiko perbuatan mereka ialah tahanan 2 tahun di Pusat Pem ulihan Akhlak Pulau Jerejak, selepas itu mereka dibebaskan dan tidak lagi diambil apa-apa tindakan lagi. Kelemahan undang-undang ini telah menyebabkan penjenayah-penjenayah ini tidak insaf atas jenayah yang mereka lakukan, akibatnya mereka kurang berkerjasama dengan pihak-pihak penjara semasa mereka dalam tahanan. Mereka kurang mengambil kesempatan ke atas program-program pemulihan yang dijalankan. Mereka tidak merasa takut kerana mereka tahu hila mereka akan dibebaskan.
Kajian yang dibuat juga menunjukkan bahawa beberapa orang daripada penjenayah-penjenayah ini telah masuk semula ke Pusat-pusat Pemulihan Akhlak bagi kali kedua dan seterusnya. Selain daripada itu tidak kurang juga bilangan mereka yang telah disabit dan telah dihukum di Mahkamah di bawah berbagai undang-undang. Kesemuanya ini menunjukkan bahawa mereka itu tidak insaf kerana undang-undang pencegahan yang ada sekarang ini terhad dan terbatas. Atas kesedaran dan melihat kepada kelemehan-kelemahan yang terdapat kepada undang-undang ini, maka Kerajaan mencadangkan supaya undang-undang ini dipinda. Kuasa hendaklah diberi kepada pihak
1829 12 JULAI 1988 1830
Kerajaan untuk menahan Iebih lama penjenayah-penjenayah yang degil dan merbahaya ini. Tahanan atas sekatan 2 tahun yang ada dalam undang-undang sekarang ini bukanlah merupakan satu tindakan 'deterrent' yang mencukupi.
Mereka harus ditahan lebih lama supaya usaha-usaha pemulihan akan lebih berkesan dan sehingga mereka akan lebih insaf ke atas perbuatan jenayah yang mereka lakukan. Cadangan ini dibl)at supaya selaras dengan peruntukan-peruntukan di dalam Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.
Tuan Yang di-Pertua, sungguhpun dalam Rang Undang-undang yang dicadangkan ini memberi kuasa kepada Kerajaan untuk melanjutkan tahanan atau sekatan seseorang, tetapi suka saya menjelaskan di sini bahawa kuasa ini tidak a.kan digunakan dengan sewenangwenangnya, tetapi akan dikuatkuasakan dengan penuh tanggungjawab. Peruntukan-peruntukan mengenai perlanjutan tahanan dan sekatan serta penggantungan perintah ini adalah seperti dalam Fasal 6 kepada Rang Undang-undang ini.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada pindaan-pindaan utama tersebut, beberapa pindaan lain juga dikemukakan dalam Rang Undang-undang ini. Antaranya ialah peruntukan bahawa satu perintah tahanan tida.k boleh dianggap sebagai tidak sah atau tidak berkuatkuasa sekiranya seseorang itu ditahan di tempat yang berlainan dari tei:npat yang dinyatakan dalam perintah tahanan, misalnya dalam lokap polis sebelum dibawa ke pusat tahanan yang ditetapkan. Pindaan ini dikemukakan atas alasan untuk memudahkan pihak Jabatan Polis dan Jabatan Penjara menyempumakan perintah tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Datuk Haji Hussein bin Ahmad): Tuan Yang diPertua, saya mohon menyokong.
Dato' Tan Peng Khoon: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah suatu Akta bagi meminda Ordinan Danirat {Ketenteraman A warn dan Mencegah Jenayah) 1969, dan bagi mengadakan peruntukan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengannya dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
5.12 ptg.
Tuan Ammu bin Tak: Tuan diPertua, saya berdiri untuk menyokong suatu Akta bagi meminda Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969, dan bagi mengadakan peruntukan mengenai perkara yang berkaitan dengannya.
Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan di atas segala usaha-usaha Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri untuk menjaga, menahan orangorang yang jahat ini seperti yang dilaporkan oleh Yang Berhormat Dato' Timbalan Menteri tadi. Yang pentingnya, Tuan Yang di-Pertua, adalah dalam kita menggubal undang-undang seperti ini ada pihak-pihak yang sentiasa memberi kerjasama dengan orang-orang jahat seumpama ini, khususnya apabila dihadapkan ke mahkamah, perkaraperkara yang kecil, yang teknikal terpaksa kita perundangkan supaya ianya berjalan mengikut apa yang dikehendaki.
Tuan Yang di-Pertua, perkara seperti tern pat tahanan ada kalanya di dalam surat tahanan itu disebutkan supaya seseorang penjenayah itu ditahan di satu tempat dan di satu tarikh yang ditetapkan tetapi oleh kerana sebabsebab yang 4!rtentu, mungkin terlewat
1831 12 JULAI 1988 1832
sehari dua atau sebagainya, maka pihak mahkamah biasanya dapat melepaskan orang-orang yang seumpama ini.
Tuan Yang di-Pertua, perkara seumpama ini amat menyedihkan kita dan kita berharap bahawa Kerajaan tidak akan bertolak -an sur ten tang perkara seumpama ini dan kita berharap supaya pihak mahkamah haruslah memikirkan perkara ini daripada segi kepentingan negara, daripada segi kepentingan rakyat jelata di negara kita ini kerana kita tahu penjenayah-penjenayah ini adalah orang yang amat merbahaya sekali jika dia berada di luar oleh kerana kejahatan mereka itu.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong dengan sepenuhnya supaya kuasa menahan penjenayah seumpama ini bukan sahaja 2 tahun tetapi ditambah lebih lama lagi.
Saya mengucapkan terima kasih kepa9a Kerajaan keran~ memberikan pengakuan kepada kita di dalam Dewan yang mulia ini pada petang ini· bahawa kuasa yang ada pada Kerajaan itu tidak akan digunakan dengan sewenangwenangnya. lni telah dibuktikan oleh Kerajaan beberapa lama yang lalu bahawa Kerajaan sentiasa mengingati perpaduan rakyat, sentiasa mengingati bahawa kebebasan rakyat itu adalah penting. Tetapi di dalam Kerajaa.n menjaga kebebasan rakyat itu maka rakyat jelata haruslah sedar bahawa Kerajaan juga ada tanggungjawabnya kepada orang ramai.
Saya hairan bagaimana serijatapisenjatapi ini dapat juga diseludup ke dalam negara kita ini. Sungguhpun pihak Kerajaan tadi telah memberitahu kepada kita bahawa segala usaha-usaha sentiasa dijalankan oleh pihak Kerajaan untuk menjaga supaya senjatapi ini tidak dapat ke tangan penjenayahpenjenayah seumpama ini tetapi masih ada kita dengar bahawa senjatapi ini dapat diseludup ke negara kita ini. Bagaimanakah · ini berlaku dan
kenapakah ini berlaku? Maka soalan seumpama ini mestilah dijawab oleh Kerajaan dengan tegasnya, dengan terangnya kepada kita. Kerajaan terpaksalah menjalankan segala pemeriksaan di jalan-jalan masuk ke negara kita ini dengan sepenuhnya, dengan lebih teliti lagi supaya perkara penyeludupan senjatapi-senjatapi ini dicegah sertamerta atau dapat dikurangkan.
Kita hairan kenapa mereka ini apabila ditahan, penjenayah-penjenayah ini tidak bekerjasama dengan Pegawaipegawai Penjara apabila usaha-usaha pemulihan hendak dilakukan terhadap mereka. Saya agak mereka ini haruslah dijaga dengan lebih tegas lagi, diberi beberapa kesusahan apabila mereka ada di dal~tahanan. Kemungkinan, Tuan Yang di-Pertua, di dalam tahanan mereka ini ~endapat kehidupan yang agak mewah, ~kup makan, selesa ternpat tidur dan ~againya. Kalau boleh saya agak jika "\ereka ini berada di Pulau Jerejak, mereka ini haruslah disiksa dengan secata seberapa . teruk sekali supaya di dalam masa 2 tahun itu mereka akan dapat insaf dan apabila keluar selepas 2 tahun atau lebih daripada itu, mereka dapat hidup seperti rakyat biasa dan adil di negara kita ini.
Kadangkala saya perhatikan, Tuan Yang di-Pertua, apabila mereka ini di dalam tahanan, pihak Kerajaan memberi peluang kepada keluarga mereka untuk melawat mereka sebulan sekali ataupun dua bulan sekali. Saya agak ini harus ditegah sama sekali kerana kebanyakan penjenayahpenjenayah ini seperti kita ketahui adalah orang yang ada suami, ada isteri, ada ibu bapa mereka tetapi jika kita tahan mereka daripada berjumpa dengan sanak-saudara mereka, kemungkinan besar bahawa mereka akan insaf dengan lebih cepat lagi. Jika ada isteri mereka menziarahi mereka sebulan sekali, maka perasaan senang hati itu ada pada mereka. Itulah sebab sifat keinsafan itu tidak didapati.
1833 12 JULAI 1988 1834
Tuan Yang di-Pertua, seperkara yang penting yang juga elisebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi ialah keengganan orang ramai menjadi saksi apabila sesuatu jenayah itu berlaku. Ini juga menyedihkan kita. Kernungkinan, Tuan Yang di-Pertua, bahawa orang ramai enggan menjadi saksi di mahkamah apabila sesuatu jenayah berlaku adalah kerana sifat pihak mahkamah yang selalu meng'postpone'kan satu-satu kes itu. Ada perkara terjadi bahawa satu kes jenayah yang agak kecil tetapi saksi ini terpaksa hadir di mahkamah dalam masa 5 tahun, datang pada satu perbicaraan, konon cerita orang yang dituduh itu sakit, di'postpone' balik. Kali yang kedua pula peguamnya tidak hadir dan kali yang ketiga pula pihak pendakwa sakit dan sebagainya sehinggakan mengambil masa selama 5 tahun, walhal saksi ini terpaksa datang jauh daripada tempatnya ke mahkamah dan terpaksa mem belanjakan dahi.Ilu wang yang banyak. Sungguhpun diberi balik oleh mahkamah tetapi membayar balik itu
· mengambil masa yang agak lama oleh mahkamah dan terpaksa mengeluarkan wangnya sendiri. Saksi ini juga adalah penjaja kecil, kalau satu hari dia tidak berniaga, dia terpaksa rugi $50 dan untuk pergi ke mahkamah dia terpaksa menggunakan masa selama 2 hari.
Inilah salah satu sebabnya kenapa orang enggan hendak menjaeli saksi eli dalam satu-satu kes. Apabila sesuatu kes itu pergi . ke Mahkamah Tinggi, membuat rayuan ke Mahkamah Agung mengambil masa setahun hingga dua tahun.
Baru-baru ini kita sedar bahawa ada 20 kes yang hendak dibicarakan oleh Mahkamah Agung eli Kota Bharu terpaksa ditangguhkan dengan sebab hakim yang patut mendengar kes-kes tersebut tidak mahu mendengar kerana kononnya hendak mendengar satu kes lain untuk kepentingan kawan mereka yang sudah kita tahu bahawa kawan mereka itu juga adalah bersalah.
Tuan Yang di-Pertua, perkaraperkara seumpama ini sepatutnya tidak berlaku kepada orang-orang bijak pandai eli dalam negara kita ini. Kenapakah ini boleh berlaku? Dan kita berharap penyiasatan melalui Tribunal yang telah elitubuhkan oleh Kerajaan itu akan dapat mengkajinya dan dapat mencari bukti bahawa hakim-hakim seumpama ini adalah benar tidak mahu bekerja mengikut peraturan-peraturan. Mereka menganggap bahawa mereka !lleiljadi bos dan tidak ada bos yang lain. Kita harus s'edar eli dalam kehidupan kita hari-hari, pada hari ini apa sahaja kerja yang kita buat, kita mempunyai bos kita. Ahli-ahli Dewan Negara yarig mulia ini sungguhpun dilantik oleh Kerajaan masing-masing, Kerajaan Negeri ataupun oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang eliPertuan Agong, tetapi ianya juga ada bosnya. Kalau daripada parti politik terpaksa berjumpa dengan ahli-ahli mereka eli bahagian-bahagian masingmasing eli peringkat masing-masing, demikian juga saya agak Yang Berhormat Dato' Timbalan Menteri, dia juga terpaksa menjawab soalan-soalan di dalam Dewan ini dan bosnya adalah Menterinya. Per dana Menteri juga ada bosnya iaitu rakyat jelata seramai 15 juta dalam negara ini adalah bosnya. Maka itulah sepatutnya siapa sahaja eli dalam negara ini mestilah ingat bahawa apa kerja sahaja yang kita buat ada tuan kita, yang terpaksa kita ikuti cakap mereka, terpaksa dengar perintahperintah yang elikeluarkan oleh mereka.
Tuan Yang eli-Pertua, sekian sahaja dan saya ucapkan terima kasih dan saya menyokong Rang Undang-undang ini.
Dato' Tan Peng Khoon: Ada siapa lagi.?
5.45 ptg.
Puan Ainon binti Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil bahagian sedikit sebanyak dalam membahaskan Rang Und.ang-undang yang
1835 12 JULAI 1988 1836
bernama suatu Akta bagi meminda Akta Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969, dan bagi mengadakan peruntukan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya undang-undang ini, pindaan ini sangatlah dialu-alukan dan sesungguhnya kita merasakan ini satu lagi perkara yang akan menggembirakan rakyat dan juga dapat memelihara dengan baik dari segi ketenteniman awam.
Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga Yang Amat Berhormat Perda.Pla Menteri kita telah menjelaskan kenapa undangundang ini perlu dipinda dan perlu dikemaskinikan. Di antara yang beliau telah menyebut mengenai peningkatan jenayah hingga sampai ke tahap 20o/o walaupun ada penurunannya, tetapi index-index jenayah, yang berbentuk jenayah kekerasan dan juga jenayah harta benda masih berleluasa. Sungguhpun perkara ini diakui dan terpampang hebat di hadapan masyarakat terutamanya yang duduk di bandarbandar besar khasnya Wilayah Persekutuan.
Tuan Yang di-Pertua, umpamanya dalam kes-kes jenayah kekerasan yang merangkumi membunuh, merogol, merompak dengan kekerasan hingga sampai membunuh, memeras ugut, "4M" m1 rasanya amatlah menyedihkan rakyat jelata dan menimbulkan rasa ketakutan.
Tuan Yang di~ Pertua, ketakutan yang saya maksudkan kadangkala kalaupun dapat ditangkap penjenayahpenjenayah yang ganas dan liar ini, tetapi hukuman yang diberikan kepada mereka kadang-kadang tidak setimpal. Ada setengahnya mereka ini kalau membuat kegiatan gangster dihantar ke Pulau . Jerejak dua tahun, hila balik men~anas lagi dan kadangkala mereka
lebih megah dan lebih dapat berleluasa menjalankan kerja-kerja ganasnya menjadi ketua gangster di satu-satu kawasan, memeras ugut pekedaipekedai kecil atau peniaga-peniaga kecil.
Untuk pengetahuan Tim balan Menteri ini berlaku lagi berleluasa kalau dikaji dengan teliti di kawasan Kampung Bharu, Chow Kit Road, Petaling Street, di Pekan Setapak, Air Panas dan juga di kawasan-kawasan lain peniagapeniaga yang ramai, masih ada berlaku lagi cerita kongsi gelap, melindungi menaungi dan memeras ugut peniagapeniaga kecil, juga peniaga-peniaga pertengahan. Tidak juga dinafikan mereka yang mencari makan di dalam lapangan hiburan, umpamanya penyanyi kelab malam atau pekerja sebagai social guide yang halal atau kepada mereka yang mencari makan dengan cara membuat pertunjukanpertunjukan pentas, mereka juga pernab diancam oleh gangster-gangster ini. Ada bapanya masing-masing menaungi mereka, menjaga mereka dengan memeras, bukan sahaja wang, tetapi kehormatan pihak yang berkenaan, kalau mereka itu terdiri dari wanita. Selain daripada mengambil potongan daripada pendapatan, maka yang perempuan, gadis atau wanita ini malangnya terpaksa juga memberikan bayaran dari segi maruahnya atau kehormatannya. Saya tidak mahu menyebut cara yang lebih mendalam kerana ini tidak sesuai di Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, kejadian rogol umpamanya kita dapat baca dan dengar bahawa kanak-kanak umur 4-8 tahun dirogol dan kern udian dibunuh. Rogol ini ada dua jenis, perogolan, pertama kekerasan yang membawa akibat kematian. Kedua, paksaan. Yang membawa kepada kematian biasanya mangsa itu setelah dirogol dengan sepuas-puasnya oleh mereka yang boleh digelar syaitan, kemudian membunuhnya walaupun wanita atau gadis yang dirogol itu di
1837 12 JULAI 1988 1838
bawah umur. Perogolan secara paksa biasanya dilakukan dengan cara paksa. Bapa tiri rogol anak tiri dan kedengaran juga bapa rogol anak "nauzubillah" dan juga majikan rogol orang gajian pun berlaku juga atau majikan merogol salah seorang atau dua tiga orang dari pegawai-pegawai atau staffnya berlaku. di swasta. Paksaan ialah dengan memberikan pendapat yang lumayan dan membuat bebetapa ugutan. Kalau ini dihebahkan ini akan berlaku dan kalau ini akan dibuat ia akan dicederakan atau lain-lain menyebabkan mereka terikat terus dan kemudiannya merana. Ini juga saya rasa boleh dinaungi oleh undang-undang ini.
Dalam masalah jenayah kekerasan ini · saya rasa ada juga 2-3 peringkat, yang menjadi perogol-perogol terhormat inipun patut juga dimasukkan di dalam kumpulan penjenayah kerana mereka menggunakan pengaruh wang ringgit, tekanan untuk merogol.
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh mengenai saksi, saya ingin juga memberikan pendapat, sebenarnyalah di negara kita ini perkara saksi ini menjadi masalah besar dalam hendak menyelesaikan kes-kes. Selain daripada yang disebutkan masalah-masalah yang akan dihadapi oleh saksi kalau dia jadi saksi sebagaimana yang dterangkan oleh sahabat saya Yang Berhormat Tuan Azumu sebentar tadi, satu lagi perkara yang mungkin kita kurang sedar iaitu saksi-saksi ini kalau menjadi saksi diugut dan sentiasa diekori oleh pihak yang tertuduh. Kalau mereka itu perompak besar, penjenayah besar, mereka punya orang-orang, mereka punya kumpulan-kumpulan yang akan mengugut saksi-saksi ini dan saksi ini biasanya kurang mendapat perlindungan dari pihak polis kerana mustahil polis boleh mengekori saksi ini sampai ke bilik air a tau mereka hendak pergi ke taman bunga. Banyak kejadian saksi dibunuh sebeluin perbicaraan dilakukan.
Jadi, rasanya ini juga perlu diambil
perhatian berat supaya saksi-saksi juga . diberikan perlindungan yang wajar sama ada dari segi keselamatannya dan juga membantu dari segi pendapatannya.
Negeri-negeri yang maju saksi-saksi ini kalau perlu dipelihara disimpan dan disembunyikan dan diberi tanggungjawab ia kepada keluarganya oleh pihak Kerajaan atau oleh pihak yang memerlukan saksi-saksi berkenaan tetapi di negara kita belum sampai per-. ingkat itu saksi-saksi terdedah. Nyatalah dalam banyak hal kalau hal pembunuhan, suka benar kita hendak mendapatkan saksi-saksi walaupun ada saksi dalam kejadian yang dilaporkan itu yang telah dikaji siasat.
Tuan Yang di-Pertua, yang menarik perhatian saya dari segi undang-undang ini, ialah mengenai Fasal3 iaitu di mana di sini menyebutkan selepas sekysen 4B, seksyen baru 4C yang memperuntukkan bahawa ada perintah tahanan yang boleh menjadi tak sah atau tidak berkuatkuasa oleh sebab orahg yang terhadapnya sesuatu perintah tahanan itu dibuat telah ditahan di tempattempat tertentu selain daripada tempat yang diarahkan oleh Menteri di seksyen 4(2), kerana terdapat dua, tiga kejadian pihak tertuduh walaupun di bawah ISA boleh juga membawa kesnya ke mahkamah disebabkan kelalaian, kelonggaran undang-undang kita diperintahkan ditangkap pada sekian haribulan, di tempat sekian, jam sekian, terlewat sedikit maka itu dijadikan sebagai satu hujah yang sekarang ini kita tabu umpamanya kes-kes pihak pem bangkang yang kita telah tahan di bawah ISA yang nyata sekali perbuatannya adal~h telah mengkhianati negara,
· mengadu dumba rak;yat, menimbulk'an huru hara dan anti kepada Kerajaari, anti kepada kedamaian dan ketenteraman. Pusing kepala Kerajaan kita dibuatnya kerana kelonggaran yang berkenaan mungkinnya. Demikian juga beberapa kes-kes lain yang apabila diulang bicara kaji punya kaji dalam kita punya undang-und.ang, lawyer-
1839 12 JULAI 1988 1840
lawyer yang kata kawan saya tadi, lawyer buruk dapat juga mencelah-celah lalu terlepas pihak yang berkenaan.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi saya ingin sentuh ialah mengenai banduanbanduan lepasan-lepasan daripada maktab-maktab tahanan kita. Biasanya mereka ini akan dikembalikan ke kawasannya atau kadang kala diletakkan di kawasan-kawasan lain. Malanglah bagi kawasan itu bila kembalinya sang banduan-banduan itu ke tempatnya lalu membuka gelanggang baru. Baik benarlah dengan undang-undang ini kalau kesalahannya sudah sabit, jangan ada lagi belas kasihan kepadanya, tahanlah selama yang mungkin, ajarlah dia kalau perlu, dibuat beberapa seksaan-seksaan, rasanya amat wajar mengenang perbuatan-perbuatan yang telah dilakukannya walaupun kita perlu adil tetapi tidaklah sam pai keadilan kita kepada mereka-mereka yang telah membuat kerja-kerja yang dashyat, membuat pembunuhan empat, lima orang tetapi dia hanya dihukum penjara 10 tahun 15 tahun kerana kekurangan hujah-hujah atau sabit kesalahan niereka.
Tuan Yang di-Pertua, dengan harapan seperti yang telah dijanjikan oleh Timbalan Menteri bahawa undangundang ini akan digunakan kepada yang berkenaan menentukan keadilan, menjaga ketenteraman, bagi memelihara keyakinan rakyat kepada Kerajaan yang m_elindungi mereka maka saya rasa perkara itu akan dilaksanakan kerana belum pemah Kerajaan kita memungkiri janji dalam melaksanakan Akta yang telah digubal dan diluluskan kecuali mereka yang sengaja suka memutarbelitkannya dan suka menggunakannya untuk kepentingan peribadi atau golongan atau kumpulan yang berniat jahat terhadap Kerajaan yang menaungi rakyat di Malaysia ini.
Tuan Yang di-Pertua, dengan itu . sekali lagi saya men yo kong penuh Rang Undang-undang (Pindaan) yang · di hadapan kita ini. Sekian, terima kasih.
Lt. Kol. (B) Abdul Hamid bin Ibrahim: Yang Rerhormat Tuan Ng. Peng Hay.
5.36 ptg.
Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang diPertua, saya bangun untuk menyokong Akta bagi meminda Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) dan beri sokongan yang penuh.
Sebenarnya saya berpendapat bahawa pindaan pada petang ini adalah satu· pindaan yang penting untuk menjamin ketenteraman awam dan mencegah jenayah. Tetapi kalau dengan adanya Akta agar tidak mendapat sokongan dan kerjasama daripada pihak swasta dan orang awam bahawa pihak penguatkuasaan tidak akan menjalankan tugasJ;lya dengan lebih licin.
Maka saya suka meminta pihak Kerajaan iaitu bagi pasukan ketenteraman awam atau pihak polis akan dapat memupukkan semangat kerjasama dengan pihak orang-orang awam. Contohnya, pihak polis pun selalu mengadakan dialog dengan pendudukpenduduk setempat. Ini adalah satu tindakan yang sangat wajar supaya pihak polis dapat maklumat ataupun maklum balas tentang sesuatu kes j·enayah dan untuk lebih berkesan lagi untuk mencegah kes-kes jenayah, kerjasama dan maklum balas daripada penduduk-penduduk setempat adalah amat penting.
Tuan Yang di-Pertua, di sini saya suka menyentuh sedikit berkenaan dengan disiplin murid-murid sekolah pada masa sekarang yang sangat merosot dan sangat mengecewakan. Bahawa sekarang bukan sahaja muridmurid sekolah terlibat dengan aktiviti kongsi-kongsi gelap juga terlibat dengan perbuatan peras ugut di antara murid, ada juga terlibat dengan perjudian, penyalahgunaan dadah, maka selain daripada Kementerian Pendidikan yang
1841 12 JULAI 1988 1842
mengambil tindakan untuk mencegah dan mencegah kes-kes ini, dan juga meningkatkan disiplin murid-murid, saya berpendapat bahawa adalah tugas pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan membuat secara program ataupun rancangan untuk meningkatkan disiplin di dalam kalangan murid-murid dan generasi muda kita, kerana beberapa . ~es telah berlaku bahawa murid-murid telah menggunakan kongsi-kongsi gelap hingga mem.ukul guru-guru mereka. Ini satu tindakan yang kurang baik di dalam kalangan generasi muda kita dan ada sehingga setengah-setengah murid sekolah ini terpaksa berhenti sekolah kerana perbuatan peras ugut di antara murid-murid lain dan diperas ugut oleh bekas-bekas murid sekolah.
Kadang kala murid-murid sekolah ini tidak berani memberi makhimat yang tepat kepada pihak polis kerana mereka tidak dapat perlindungan daripada pihak yang tertentu. Oleh itu, kami berharap pihak polis dan pihak-pihak tertentu akan dapat mengambil berat tentang apa yang saya sebutkan tadi.
Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang suka saya bawa di sini iaitu barubaru ini saya dapati bahawa ada mesin perjudian yang haram dengan jenis video yang dinamakan sebagai mesin perjudian perlum baan kuda yang mana saya baru dapati dalam tiga bulan lalu ini telah mula berselerak seperti cendawan tumbuh. Mesin-mesin perjudian ini telah saya jumpai di dalam bandar Kota Melaka yang mana mesin-mesin perlumbaan jenis video ini diletakkan di kedai-kedai kopi dan di kelab-kelab persatuan-persatuan.
Jadi saya sendiri menyiasat dan didapati bahawa murid-murid sekolah yang berpakaian seragam sekolah hermain mesin video ini yang mana diletakkan dengan 20 sen maka mereka akan dapat memulakan permainan mesin perlumbaan kuda ini sejenis video
dan hila kuda nombor itu naik mereka akan dapat bonus. Saya hairan dan khuatir bahawa ini satu perjudian mesin yang baru akan meracun generasi muda.
Tuan Yang di-Pertua, saya terperanjat dan terkejut kerana mesin ini terletak di kedai-kedai kopi tanpa lesen daripada pihak-pihak berkuasa. Kenapa pihak Polis tidak ambil tindakan? Adakah kerana pihak-pihak yang meletakkan mesin ini telah mendapat perlindungan daripada pihak berkuasa.
Tuan Yang di-Pertua, perkara ini telah beberapa kali dibawa kepada pihak penguatkuasa termasuk pihak polis, tetapi nam paknya tidak diam bil tindakan. Saya sengaja sebut perkara ini, Tuan Yang di-Pertua, kerana perkara ini dibawa kepada pihak Polis Negeri Melaka tetapi tidak ada tindakan diambil. Kerana saya khuatir ia akan terus meracuni anak-anak·dan genarasi muda kita, maka saya harap pihak yang berkenaan akan ambil tindakan yang lebih tegas tentang mesin perjudian yang haram ini. Baru-baru ini kita dapati ada budak-budak sekolah yang tidak minat lagi pergi ke sekolah kerana adanya mesin perjudian di kedai-kedai kopi dan di kelab-kelab.
Dengan ini sahaja, Tuan Yang diPertua, saya sekali lagi menyokong Akta bagi meminda Ordinan Darurat pada petang ini. Sekian, terima kasih.
Dato Tan Peng Kboon: Saya jemput Timbalan Menteri menjawab.
5.42 ptg.
Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, lagi sekali bagi pihak Yang Amat Berhorniat Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, saya mengucapkan berbanyakbanyak terima kasih kepada tiga Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagiim daiam perbahasan ke atas pindaan undang-undang ini. Saya pasti bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat yan~
1843 12 JULAI 1988 1844
tidak mengambii. bahagian bersetuju benar ke atac; pindaan ini dan saya mengucapkan ribuan terima kasih.
Atas perkara yang telah dibangkitkan oleh sahabat saya dari lpoh iaitu Yang Berhormat Azumu Tak berkenaan dengan senjatapi. Memang benar bahawa ada senjatapi yang telah diseludup. Tetapi kita kena faham bahawa sempadan kita terlalu panjang walau di laut ataupun di darat. Semua pintu-pintu masuk halal adalah dijaga dengan ketat, tetapi mereka menggunakan pintu-pintu masuk haram yang wujud walaupun melalui laut dan darat. Bagaimanapun, pihak berkuasa telah berusaha sedaya-upaya sehingga rampasan senjatapi jumlahnya daripada tahun 1985 hingga 1988 ialah 523. Dalam tahun 1985 kita telah dapat merampas 134 pucuk senjatapi, 1986 --141 pucuk, 1987 -- 173 pucuk dan sehingga Jun, 1988 sebanyak 75 pucuk. Yang menjadi masalah ialah pembawa senjatapi senang didakwa tetapi tidak kepada perancang yang menyeludup. ltulah sebabnya dikenakan tindakan. pencegahan di bawah undang-undang ini.
Bercakap tentang kononnya keadaan penjara kita sangat selesa, pihak kita terpaksalah mengikut kehendak minimum Bangsa-bangsa Bersatu terhadap orang-orang tahanan termasuklah lawatan daripada pihak keluarga.
Tentang saksi pula, keengganan saksi adalah disebabkan mereka akan dipukul atau dianiaya oleh kumpulan samseng. Sebab itulah saksi tidak berani ke mahkamah tetapi bersedia memberi secara sulit akan butir-butir dan mereka ini yang patut dilindungi oleh pihakpihak Polis yang akhirnya dapat kita menempatkan mereka ini ke pusat-pusat tahanan.
Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berliormat Puan Ainon Ariffin yang telahpun menyokong penuh atas pindaan Akta ini
dan beliau telah bercakap panjang lebar tentang kes-kes rogol. Sebenarnya pihak Polis Diraja Malaysia mengambil perhatian yang berat di atas kes-kes rogol ini di mana satu Pasukan Khas telahpun ditubuhkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia untuk memecahkan masalahmasalah kes rogol ini.
Pada Yang Berhormat Ng Peng Hay, memang benarlah bahawa kerjasama antara rakyat dan pihak polis harus diadakan dan dipettingkatkim dari masa ke semasa. Perkara ini akan dijalankan oleh pihak Polis dan diharapkan pihak orang ramai memberi kerjasama yang tidak berbelah bagi kepada pihak Polis.
Tentang disiplin penuntut;.-penuntut sekolah, pihak Polis bersedia memberi kerjasama dan perlindungan terhadap mana-mana sekolah yang memerlukan pertolongan pihak Polis. Jikalau ada sekolah-sekolah yang merasakan keadaan disiplinnya terancam, eloklah rujukan perkara ini kepada Pejabat Pendidikan Negeri di mana daripada Pejabat Pendidikan Negeri ini boleh pula dihubungi pihak Polis dan pihak Polis sedia untuk mem beri· kerjasama.
Mengenai masalah mesin-mesin video yang telah disentuh oleh Yang Berhormat dari Melaka itu, mesin-mesin video ini bukanlah di bawah bidangkuasa Polis ataupun Kementerian Dalam Negeri, tetapi adalah dalam bidangkuasa Majlis-majlis Bandaran dan juga Majlis-majlis Tempatan. Pihak Polis boleh bertindak dan akan bertindak jika Majlis Bandaran atau Majlis Tempatan memberikan kerjasama dar~pada pihak Polis.
Tuan Yang di-Pertua, saya suka memberi jaminan di Dewan ini, Kerajaan membentangkan Rang Undangundang ini adalah dengan penuh jujur dan keikhlasan dan dengan niat yang baik. Sebagai sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab kita hendaklah sentiasa memastikan bahawa keselamatan
----- --- ---
1845 12 JULAI 1988 1846
dan ketenteraman awam serta kegiatan ekonomi tidak diganggu-gugat. Dengan itu rakyat akan terus menerus hidup dengan aman dan damai.
Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan juga yang tidak mengambil bahagian kerana itu tandanya setuju. Pihak saya akan mengam bil perhatian dan i'ngatan atas segala teguran dan saranan yang telah dibuat oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Dato Tan Peng Kboon: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kaii yang kedua sekarang.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.
·Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.
(Dato Tan Peng Khoon mempengerusikan Jawatankuasa)
Fasal 1 hingga 7 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang. Undangundang.
Pendahuluan diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undangundang.
Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.
USUL WAIITU MF.SYUARAT DAN
URUSAN YANG DmEBASKAN
DA~ADAPERATURAN MESYUARAT
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Kasitab bin Gaddanl): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
Bahawa walau apapun peruntukan Peraturan Mesyuarat (11) 1 Dewan ini tidak akan ditangguhkan hari ini sehingga Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri (Pindaan) di hadapan Majlis ini diluluskan dan sebaik-baik sahaja selepas itu Majlis ini akan di tangguhkan.
Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Dato' Tan Peng Kboon: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan usul atas nama Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk dipersetujukan.
Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan, Diputuskan,
Bahawa walau apapun peruntukan Peraturan Mesyuarat 11 (1) Dewan ini tidak akan ditangguhkan hari ini sehingga Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri (Pindaan) di hadapan Majlis ini diluluskan dan sebaik-baik sahaja selepas itu Majlis ini · akan ditangguhkan.
RANG UNDANG-UNDANG KESELAMA TAN DALAM NEGERI
(PINDAAN)
Bacua Kall Y aag Keclua daa Kettaa
5.52 ptg.
Timbalan Menteri Dalam Negeri (Dato' Megat Junil bin Megat Ayob): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undangundang bemama suatu Akta untuk _meminda Akta Keselamatan Dalam
..
1847 12 JULAI 1988 1848
Negeri 1960 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, di dalam negara ki ta hari ini ki ta selalu mendengar bermacam-macam kecaman dan celaan mengatakan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri tidak wajar wujud lagi dan sepatutnya dimansuhkan. Mana-mana pihak pun adalah berhak membuat pertimbangan dan pandartgan masing-masing terhadap perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua, pengalaman negara kita telah jelas menunjukkan bahawa penerusan undang-undang ini adalah perlu memandangkan bahawa bukan sahaja ancaman insurgency dan· subversive komunis masih wujud walaupun terkawal tetapi jika memandangkan kedudukan negara kita yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, agama dan kebudayaan, kestabilan dan keselamatan negara dengan mudah boleh diancam jika isu-isu dan konflik-konflik bercorak perkauman dan sentimen agama dieksploitasikan.
Tuan Yang di-Pertua, undangundang telah banyak menyumbangkan kepada keadaan aman dan stabil yang kita sama-sama nikmati hari ini. Tidaklah dapat dinafikan bahawa dalam suasana ketegangan dan genting yang wujud pada pertengahan tahun 1987 lalu penggunaan kuasa-kuasa yang diberikan di bawah Akta ini telah dapat mengawal dan meredakan suasana serta mengembalikari J(eyakinan rakyat. Sungguhpun demikian, adalah ditegaskan di sini bahawa penggunaan kuasakuasa di bawah undang-undang pencegahan ini tidaklah dilakukan sewenang-wenangnya tetapi hanya digunakan apabila keadaan benar-benar memerlukan.
Tuan Yang di-Pertua, perangkaanperangkaan yang ada menunjukkan bahawa Kerajaan sekarang telah mengamalkan sikap liberal. Sejak mengambil alih pucuk pimpinan dalam tahun
1981, Kerajaan telah cuba mengelak daripada mengawal terlalu ketat kegiatan-kegiatan dan gerak geri rakyat. Kebanyakan daripada mereka yang telah ditahart di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri sejak sebelum tahun 1981 telah dibebaskan. Walaupun pada mulanya sejumlah 106 orang telah ditangkap dan ditahan untuk tujuan siasatan dalam bulan Oktober dan November 1987 lalu, jumlah mereka ini yang telah dikenakan perintah tahanan sebenarnya hanyalah 40 orang . .Malahan bagi mereka yang telah dikenakan perintah tahanan Kerajaan adalah sentiasa bersedia untuk mem bebaskan mereka sekiranya dari laporan-laporan yang diterima mereka tidak lagi merupakan ancaman kepada keselamatan negara. Seramai tujuh daripada mereka ini tidak lagi berada dalam tahanan kerana perintah tahanan mereka telah digantungkan.
Tuan Yang di-Eertoa, untuk membolehkan Kerajaan terus menjalankan tanggungjawab utamanya dalam mengawal dan memelihara keselamatan dalam negeri, bagi menjamin keamanan dan kestabilan negara adalah tidak wajar sekiranya sesuatu perintah tahanan itu diketepikan semata-mata atas aspek J:eknikal yang tidak jelas dalam peruntukan undang-undang. Dengan demikian adalah perlu Akta ini dipinda. Secara ringkasnya pindaan yang dicadangkan adalah seperti berikut:
Fasa/3-
Fasal ini mewujudkan seksyen SA yang baru yang bertujuan untuk memperuntukkan bahawa sesuatu perintah tahanan itu tidak boleh dianggap sebagai tidak sah atau dalam bahasa lnggeris, dengan izin, invalid atau tidak berkuatkuasa, inoperative, dengan izin, sekiranya:
1. seseorang itu ditahan di tempat yang berlainan daripada tempat tahanan yang dinyatakan dalam perintah tahanan;
1849 12 JULAI 1988 1850
2. penyerahan perintah tahanan itu dilakukan di tempat yang berlainan daripada tempat tahanan yang dinyatakan dalam perintah tahanan;
3. seseorang itu ditahan di bawah jagaan polis semasa di dalam perjalanan ke tempat tahanan yang dinyatakan dalam perintah tahanan; ataupun
4. terdapat sebarang kecacatan di dalam penyerahan perintah tahanan.
Fasa/5-
Fasal 5 ini hanya terdapat dalam Akta pindaan yang dicadangkan ini:
1. Peruntukan ini bertujuan untuk mengesahkan semua penahanan di bawah perintah-perintah tahanan yang telah dikeluarkan dari tarikh Akta berkuatksasa dan sebarang tindakan wajar yang berkaitan dengannya;
2. menghalang apa-apa tindakan undang-undang berhubung dengan penahanan-penahanan yang telah disahkan mengikut Akta pindaan ini.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan yang dicadangkan ini dipercayai akan menjadikan peruntukan · undimg-undang berkenaan lebih jelas atau, dengan izin, clearcut, serta tidak menim bulkan sebarang keraguan dalam penafsirannya. Dengan demikian Kerajaan akan dapat terus melaksanakan tanggungjawab utamanya dalam memelihara dan mengawal keselamatan dalam negeri untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan negara.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Menteri ):Jeligangkutan (Datin Paduka Hajjah Zaleba binti
Ismail): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Dato' Tan Peng Kboon: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah suatu Akta bagi meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, dan bagi mengadakan peruntukan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
5.58 ptg.
Puan Habidah binti Jusob: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahas dan menyokong Rang Undang-undang bernama suatu Akta bagi meminda Akta Keselamatan Dalam N egeri 1960 dan bagi mengadakan peruntukan mengenai per kara-per kara yang ber kai tan dengannya.
Sebelum ini saya juga tidak lupa mengucapkan tahniah di atas perlantikan Yang Berhormat Datuk Abang Haji Ahmad Urai selaku Yang di-Pertua Dewan yang mulia ini pada petang semalam.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dan tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri yang telah membentangkan Rang Undang-undang ini sebentar tadi. Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah suatu Akta yang baik dan berfaedah lebihlebih lagi bagi negara kita yang sedang mein bangun dan tahap pemikiran masyarakat yang berbilang kaum dan keturunan, ditambah lagi dengan kemasukan pengaruh-pengaruh luar yang tidak terhad dengan adanya sistem komunikasi dan perhubungan yang bebas di antara semua negara di dalam dunia ini.
Tuan Yang di-Pertua, pengaruh kebudayaan dan pendidikan yang
1851 12 JULAI 1988 1852
berteraskan kaum juga memainkan peranan bagi mengukuhkan lagi Akta ini dilaksanakan di negara ini. Kita tidak menghiraukan kecaman dan pendapat dati negara-negara lain kerana rakyat kita bukan bergantung kepada pentadbiran dan pengaruh kuasa dari negara luar. Rakyat kita adalah hidup di dalam negara ini sesuai dengan keadaan demokrasi berparlimen yang kita amalkan.
Tuan Yang di-Pertua, kita sepatutnya berterima kasih kepada Kerajaan yang telah mengambil tindakan di bawah Akta ini untuk menyelamatkan negara kita dari berulangnya peristiwaperistiwa pahit seperti 13 Mei, Memali dan sebagainya. Dengan penangkapan beberapa orang tokoh penghasut dan pengkhianat bangsa, termasuklah pemimpin-pemimpin Pembangkang yang sentiasa mencari jalan untuk · memecahbelahkan perpaduan rakyat dengan menaburkan berbagai-bagai fitnab, maka beruntunglah bagi orangorang yang mempunyai negara laih ternpat bernaung kalaupun kucar-kacir di negara ini berlaku, yang malangnya adalah rakyat yang benar-benar cintakan kepada negara ini seperti Yang Amat Berhormat Dato Seri Dr. Mahathir dan seluruh rakyat yang berjiwa seperti beliau.
Tuan Yang di-Pertua, dengan adanya Akta ini dapat menjamin pelaburpelabur asing tentang keselamatan harta dan jiwa mereka untuk melabur di negara ini kerana di negara ini tidak mudah dijadikan isu fitnah dan perpecahan yang boleh menakutkan pelabur-pelabur asing datang ke sini.
Tuan Yang di-Pertua, dengan Akta ini juga boleh memberi jaminan agar rakyat tidak boleh menuduh atau memburukkan. mana-mana pihak sehingga menyebabkan kegelisahan dan tidak tenang di kalangan rakyat yang boleh mencetuskan peristiwa kucar-kacir dan huru-hara sebagaimana yang saya katakan tadi.
Tuan Yang di-Pertua, dengan adanya Akta ini juga rakyat merasa selesa hid up di dalam negara ini tanpa gangguan dari mana-mana pihak pun.
Tuan Yang di-Pertua, hanya setakat ini sahajalah pandangan daripada saya dan dengan ini saya pohon menyokong Rang Undang-undang bernama suatu Akta bagi meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri 19&> dan bagi mengadakan peruntukan mengenai perkaraperkara yang berkaitan dengannya, diluluskan. Terima kasih.
6.04 ptg.
Tuan Haji Hamid Araby bin Haji Md. Salib: Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri di Dewan yang mulia ini memberi sokongan penuh kepada Rang Undang-undang bernama suatu Akta bagi meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan bagi mengadakan peruntukan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Tuan Yang di-Pertua, memang kena pada tempatnya pindaan ini perlu dibuat melihat keadaan akhir-akhir ini terlalu bijak sangat cerdik pandai golongan peguam ini mentakrifkan beberapa perkara sehingga isu-isu teknikal pun dibesar-besarkan, kerana boleh jadi ramai daripada golongan ini kesetiaannya itu tidak sampai kepada tahap yang boleh kita banggakan hari ini. Bukan mereka tidak tabu Kerajaan ini aman damai oleh kerana wujudnya ISA ini, jika tidak ada ISA, entahlah apa akan berlaku.
Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya faham Akta Keselamatan Dalam Negeri perlu sangat diadakan bagi menegakkan demokrasi dan bukannya satu ancaman kepada kebebasan dan demokrasi. Ini juga pernah diucapkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri. --.Jadi, orangorang politik ini khususnya daripada DAP, mereka selalu memberi kepada orang ramai satu gambaran seolah-olah Kerajaan Malaysia ini zalim, ISA ini
1853 12 JULAI 1988 1854
hanya dituju kepada pihakn:Ya sahaja, tetapi dia tak faham kalau tanpa ISA takkan dia begitu bebas boleh bercakap dalam Dewan yang mulia Dewan Rakyat, begitu bebas sekali lantang bahasanya mengungkit yang tak patut diungkit, mencemarkan nama baik Kerajaan dan pemimpin kita kerana negara kita ini aman dan ISA juga memberi keamanan kepadanya, ISA juga memberi peluang begitu banyak bagi dia meluahkan apa yang ada dalam hati perutnya. Inilah yang kita rasa sedih apakala pucuk pimpinan kita cuba membuat sesuatu untuk kepentingan rakyat untuk keamanan negara mulalah timbul macam-macam kecaman, bukan sahaja dalain negeri malahan di luar negeri juga. Memang tepat kena pada masa pindaan ini dibuat. Ada kemungkinan telatah mereka ini berlaku cara lain pula nanti, kemungkinannya, Menteri-menteri bijaksana akaq cuba buat lagi pindaan yang lain luntuk menguatkan undang-undang kita iru tidak menjadi bahan ketawa ataupun sesuatu penahanan yang dibuat itu hanya dibebaskan begitu sahaja dengan adanya kelemahan beberapa 'loophole', dengan izin, dalam Akta kita itu.
Tuan Yang di-Pertua, hari ini sudah sampai masanya kita perlu mendedahkan niat buruk pemimpinpemimpin dari Parti Pep1bangkang, khususnya DAP yang menghentam, mencemarkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahath.ir dan Menteri-menteri, termasuk semua Ahli-ahli Parlimen dan Senator-senator kita, kononnya mereka kata kita ini 'pak turut' membabi-buta, apa sahaja P.M. kata, apa sahaja Akta yang ditubuh mesti kita ikut, tetapi mereka tidak sedar mereka juga perlu ikut. Kalau mereka pada zahimya membangkang, tetapi sebaliknya, dalam hati perut mereka, mereka kata ada baik juga, mereka terpaksa korban untuk kebaikan diri mereka, untuk anak, keluarga mereka yang tinggal di Malaysia dalam keadaan aman-damai.
Begitu juga mereka sedar tanpa ISA ini ekonomi kita akan terancam, pemodal luar tidak akan datang menanam modal di sini. Inipun mereka faham. Adakalanya mereka bertanya mengapa ekonomi kita ini runtuh, mengapa ekonomi kita ini tak boleh pulih, mengapakah nilai ringgit kita ini jatuh. Inilah saya kata orang yang busuk perut. Bila mereka berbusuk perut, berhasad dengki dan melebihi tahap yang patut ada pada mereka, mereka sengaja mengeluarkan cakapan apa sahaja, tohmahan-tohmahan, tuduhan-tuduhan yang boleh menyakitkan hati kita.
Tuan Yang di-Pertua, adakah patut kita biar begitu sahaja orang-orang itu yang bertindak secara berani dan dengan cara menimbulkan sesuatu kemarahan, khususnya membanyJcitkan semangat kemarahan perkauman. Satu contoh ketara sekali adalah peristiwa 13 Mei 1969. Dalam tragedi itu kita sudah lihat berapa banyak orang yang tidak bersalah terkorban. Dan kita lihat betapa besar peranan V. David ketika itu. Sahaja nyawa dia liat, memang parang yang dituju kepadanya itu orang putih kata, dengan izin, miss the target, tidak kena, sahaja nyawanya liat, Tuhan panjangkan umumya. Dia inilah salah satu orang yang kita tabu punca segala-galanya juga bersama beberapa rakan-rakannya yang berarak selepas kemenangan mereka itu, kononnya kemenangan luar biasa baginya. Tetapi dia tidak tahu rakyat tidak suka perangai samseng, perangai hodoh yang mereka tunjukkan itu. Ini juga V. David sekarang cuba bawa satu isu yang baru. Huh ... entahlah ... !
Kerajaan terlalu bermurah hati, sabar, meneliti sesuatu kes secara mendalam sehingga sanggu p mem beri peluang baru kepada mereka ini yang lupa daratan. Dia sudah lupa usulasalnya. Saya sendiri berkecimpung dengan dia semasa saya dalam Kesatuan Sekerja, dalam Transport Workers' Union. Masa itu dia Setiausaha Kesa-
1855 12 JULAI 1988 1856
tuan dan saya menjadi Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Bukit Bendera, Pua1u Pinang yang bergabung dengannya. Saya lihat 15 tahun dahulu, sifatnya, sifat angkuhnya itu akan membawa banyak mudarat kepada negara, saya masih ingat. Ketika itu tidak ramai orang-orang Melayu berkecimpung dalam bidang Kesatuan Sekerja. Saya berdamping, saya duduk dalam Whitley Council, saya masih ingat lagi beberapa perkara yang saya bentang, saya menentangnya dan bertikam lidah dengan sehebat-hebatnya. Masa ketika itu kita beri kebebasan yang berlebihan kepadanya untuk hadir ILO Conference di mana dia mengutuk Kerajaan kita dengan sehebat-hebatnya.
Banyak peluang kita beri, dia sudah mua. Apakala Kerajaan sedar banyak tohmahan dibawa ke luar negeri, mem• burukkan Kerajaan maka ditahannya supaya tidak hadir di persidangan ILO. Itupun dia telah menuduh macammacam. Masih saya ingat MTUC juga cuba ·hendak menyokongnya supaya dihantar juga dia ke ILO sebagai wakil pekerja-pekerja. Ini dia V. David. Seorang dajal yang kita lihat pada ketika ini yang akan membawa mudarat lebih banyak daripada kebaikan. Ini yang saya kata orang yang macam ini entah1ah fasal apa kita simpan lagi.
Maaflah, ini mungkin tidak mudah bagi Kementerian yang berkenaan henwik melepaskan dia begitu sahaja ataupun hendak berkas dia beg!tu saha:ja. Insya Allah, balasan yang sejajar dengan · perbuatannya itu akan dia terima. Ini doa saya.
Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Menteri pernah berkata mengikut catatan yang saya buat di sini, jib kerana hanya menahan pihak-pihak yang mengkritik Kerajaan sahaja, sudah tentu Kerajaan terpaksa melipatgandakan bilangan penjara dan pusat tahanan di negara ini. Memang tepat apa yang dikatakannya itu. ltu yang
saya kata macam Malaysia, Kerajaan yang begitu baik hati mereka tidak sedar. Kita bukan menahan orang sebarangan orang, bukan kita buat sesuatu sehingga kita tidak memikir secara mendalam. Cuba lihat negara kita, tidak payah pergi jauh, setakat ASEAN sudahlah. Adakah berlaku hal· ini di Singapura, adapun sedikit, tidak sehebat macam di sini. Sekejap sahaja lenyap, sunyi sepi, tidak ada siapa datang hendak menentang Kerajaan Lee Kuan Yew. Di Filipina tidak siapa berani menjadi kepala parti jahat. Begitu juga di Thailand.
Malaysialah yang satu negara yang kita lihat memberi banyak peluang kepada penentang kita, kepada pihak musuh politik kita dan kepada sesiapa sahaja yang cuba menangguk di air keruh. Bukan sahaja itu, di akhir-akhir ini kita lihat memuncak oleh · kerana mereka ini juga menentang Kerajaan, Bar Council pula, dengan izin, seolaholah menjadi parti Pembangkang. Patut sangat MB Perlis suruh mereka berdaftar sebagai satu parti politik. Kalau dia gentleman, anak lelaki, dengan izin, baiklah dia daftar sahajalah sebagai parti politik bukan semua lawyer akan masuk parti itu. Hari ini kita sudah nampak, ada juga peguam yang mengerti baik buruk dalam ertikata yang sebenar menentang mereka. Hari ini mereka cuba pula hendak tunjuk mereka ini pun boleh main politik. Banyaklah perkara sedang berlaku dan patut sangat di mana sahaja ada loophole, kita tutup seberapa cepat yang boleh dan dengan adanya pindaan ini, insya Allah, dapatlah pihak yang tertentu menjalankan kewajipannya dengan senang tanpa diganggu gtigat oleh sesiapa.
Saya berdoa agar Perdana Menteri dan Menteri-menteri yang berkenaan diberi semangat, diberi kekuatan untuk membuat ataupun menjalankan tugas mereka dengan baik agar kita rakyat di Malaysia ini boleh hidup aman dan damai.
1857 12 JULAI 1988 1858
Dengan ini, Tuan Yang di-Pertua, saya sokong sepenuh-sepehuhnya Rang Undang-undang bernama suatu Akta bagi meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, dan bagi mengadakan peruntukan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Sekian, terima kasih.
Tuan Lau Keng Siong: Tuan Yang diPertua, saya ucapkan terima kasih kerana mem beri say a peluang untuk bersama-sama berbahas suatu Akta bagi meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, dan bagi mengadakan peruntukan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan kita dipilih oleh rakyat jelata, tempohnya 5 tahun sekali ada pilihanraya. Jadi bermakna Kerajaan Barisan Nasional, Kerajaan rakyat untuk rakyat. Tuan Yang di-Pertu"a, tiap-tiap kali di Dewan Rakyat atau di Dewan Negara meminda akta, undang-undang tetapi tiap-tiap kali dipinda banyak ada loophole, dengan izin, jadi bila ada loophole ini ada orang cuba cari peluang hendak menggunakan loophole. Bila ada loophole atau lubang kecil (Ketawa), · kita tabu ular-ular atau tikus macam mana pun boleh masuk. Jadi, Kerajaan kita, Kerajaan Barisan Nasional di pilih oleh rakyat jelata adalah bijaksana. Selalu kalau ada perkara ini berlaku kita mesti meminfa undang-undang atau akta -akta m;ttuk rakyat jelata.
Keselamatan negara adalah sangatsangat penting. Kepentingan diri tidak mustahak, kalau negara kita tidak ada, saya fikir rakyat pun tidak ada. Kita semua mesti ingat, kita ada satu kewajipan untuk bertanggungjawab untuk anak cucu kita. Kita tidak hendak tengok anak cucu kita di masa akan datang tidak dapat satu tempat yang selamat. Jadi ada segolongan orang yang nampaknya hendak naik, cuba hendak jatuhkan Kerajaan dan buat bermacam-macam. Kalau mereka hendak buat perkara seperti ini, mereka
boleh letak jawatan dan bertanding dalam pilihanraya sebagai calon, itulah baru demokrasi. Kalau rakyat suka pilih mereka, mereka bolehlah memerintah negara kita. Kerajaan kita telah diketuai oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad sejak beberapa tahun yang lalu dan sekarang. Memang seorang pemirhpin untuk mengetuai sesuatu negara bukan senang.
Sekiranya segolongan orang hendak cari fasal, macam mana pun boleh cari. Seperti keluarga kita sendiri, ada beberapa orang anak lelaki atau perempuan, pun tidak selamat juga. Selalu ada cerita 'bapa tidak patut', 'bapa tidak sayang saya', 'bapa sayang anak itu', pun berlaku juga. Takkan sesuatu negara yang begitu luas, begitu demokrasi, boleh semua golongan berpuas hati. Tetapi kalau bilangan yang terbanyak sekali sokong kepada Kerajaan, golongan yang kecil patut patuhi kepada kehendak-kehendak orang ramai. Kerajaan Barisan Nasional adalah satu Kerajaan yang bertanggungjawab kepada rakyat jelata, tidak kira bangsa, agama atau lain-lain. Kalau tidak ada bertanggungjawab, saya fikir pada tahun yang lalu iaitu pada lhb November, kalau perkara itu sudah terjadi, macam mana. Kalau negara sudah terjadi seperti Mei 13 dan ada huru-hara di negara kita, saya fikir siapa pun tidak selamat.
Kita tabu kalau negara kita ada sedikit perkara berlaku, semua orang sudah kelam-kabut. Di kedai-kedai, barang-barang pun naik, orang bekerjar hendak beli barang, hendak simpan beras. Ini satu isu yang amat sensitif. Jadi, satu Kerajaan yang penuh bertanggungjawab, mesti hendak mengatasi perkara-perkara yang rumit seperti ini. Kita tidak boleh terima seorang Ahli Dewan Rakyat, seorang Ahli Yang Berhormat seperti Dr V. David buat begini - pergi ke luar negeri cakap lain, balik ke negeri kita, cakap lain. Kalau seorang Ahli Yang Berhormat
1859 12 JULAI 1988 1860
tidak taat setia kepada negara kita, kepada Yang di-Pertuan Agong kita, patutlah ia tinggalkan negara ini dan boleh duduk di negara lain (Tepuk). Kita setuju beliau duduk di lain negara, Kerajaan kita pun boleh setuju. Jangan sampai masa itu kerakyatan beliau dimansuhkan oleh Kerajaan, masa itu baharu1ah kesal, "Barulah fikir, saya sudah salah, kata Kerajaan tidak patut". Jadi saya nasihatkan beliau ini cepat sedikit letak jawatan dan keluar dari negeri ini. Biarlah negara ini lebih selamat.
Tuan Yang di-Pertua, siapa yang hendak main politik, senang sahaja. Untuk main politik orang boleh gunakan banyak cara, hendak jatuhkan pemimpin negara kita pun ada banyak cara. Sebelum saya masuk Dewan yang mulia ini, saya pun ada dengar daripada orang ramai, 'kata awak jadi seorang Ahli Yang Berhormat, Ahli D~an Negara, pergi Dewan itu jadi patung'. Sebelum saya masuk ke sini, 5aya pun tidak tabu, tetapi apabila saya sudah ada di Dewan ini, saya baharu faham. Di Dewan ini bukanlah Ahli-ahli yang Berhormat jadi patung. Semua orang boleh bercakap, boleh berbahas, kerana apa? Kerana kepentingan negara, kepentingan rakyat. Kerajaan lantik kita, kita duduk di sini, kita tidak boleh jadi patung. Oleh kerana kepentingan rakyat dan negara, kita patut berucap, untuk kepentingan negara dan rakyat kita ada mata dan ada telinga untuk mendengar, kita tabu untuk differentiate, dengan izin, mana yang betul, mana yang tidak betul.
Sebagai satu petubuhan yang tinggi sekali, Majlis Peguam memanglah ada pengalaman yang tinggi, ada ikhtiar yang lebih baik daripada orang biasa. Sepatutnya Mahkamah ialah satu ternpat yang dihormati, dan bila sampai di sana, suka atau tidak suka, sesiapapun tidak boleh "hu, hu, hu". Itu sudah jadi cara samseng. Jadi perkara yang ·berlaku di negara kita ini sangat-sangat didukacitakan. Kalau seorang yang
tidak ada pelajaran tinggi ataupun pelajaran tidak buat begitu. Seorang yang ada pelajaran tinggi, ada ilmu tinggi, buat seperti itu bukankah memalukan negara kita? Jadi, Tuan Yang di-Pertua, perkara seperti yang berlaku di negara kita, kita rasa sangat-sangat kesal dan dukacita.
Rang Undang-undang ini dipinda kena pada tempatnya. Kerajaan kita bijaksana, apabila Rang Undang-undang ini dipinda, saya fikir kalau mereka hendak buat apa-apa, mereka mesti fikir dua kali, terutama sekali parti Pembangkang. Kalau mereka bangkang untuk perkara yang betul, bangkang untuk kepentingan negara dan rakyat jelata, Kerajaan yang berkuasa pun boleh terima juga. Kerajaan kita cukup demokrasi, parti pembangkang pun ada satu party whip dan Kerajaan pun bayar lebih gaji kepada beliau. Ada satu pejabat khas .untuk beliau, ada satu kerani untuk beliau, tetapi seseorang yang sudah cukup senang dia hendak lebih senang. Mula-mula jalan kaki, mahu naik basikal, naik basikal tidak cukup, hendak naik kereta, kapalterbang, pun tidak cukup, hendak cuba jadi seperti burung boleh terbang, takkan boleh. Jadi tiap-tiap benda jika kita hendak timbulkan mesti fikir dahulu.
Jadi, tiap-tiap benda bila kita hendak timbulkan mesti fikir dahulu. Sebuah Kerajaan di seluruh negara, di seluruh dunia pun sama juga. Kerajaan Perikatan hinggalah Kerajaan Barisan Nasional sudah. lama, boleh jadi ada orang-orang yang cuba hendak naik tidak ada peluang, susah hati dan cuba hendak berontak Kerajaan. Jadi saya di sini nasihatkan mereka, pada pilihanraya akan datang minta mereka masuk sebagai calon - cuba, kalau rakyat so kong mereka, mereka bolehlah jadi Kerajaan. Kalau tidak, mereka tunggulah macam tunggu durian -durian ada satu hari dia mesti gugur, jangan susah.
Dengan ini saya mengambil peluang
1861 12 JULAI 1988 1862
menyokong penuh suatu Akta bagi meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960 dan bagi mengadakan peruntukan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Dato' Tan Peng Khoon: Sila.
6.31 ptg.
Tuan C. Krishnan: Tuan Yang diPertua, saya bangun untuk menyokong suatu Akta bagi meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960 dan bagi mengadakan peruntukan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai manusia kita semuamahu duduk dalam keadaan am an dan baik. Tiada sesiapa pun hendak ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, sesiapa pun mahu duduk di dalam keadaan seronok dengan keluarga dan saudara-maranya. Orang-orang yang telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri mesti sedar bahawa beberapa kali pemimpin-pemimpin negara kita telah menyeru mereka bahawa kita hendak dirikan sebuah negara yang aman di mana kita boleh duduk dengan mewahnya. Tetapi ahli-ahli politik yang tidak bertanggungjawab tidak langsung mahu mendengar seruan-seruan ini. Sebab itulah keadaan ini sampai hari ini telah berlaku beberapa orang terpaksa ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana kita benar-benar mahu menjaga keselamatan negara kita. Oleh sebab itulah Kerajaan bukan mahu menahan seseorang itu dengan sesuka hatinya atau dengan kehendak seseorang.
Saya dahulu sebagai seorang pegawai Kerajaan, ·semasa pilihanraya kecil di Raub, ahli-ahli politik yang berkempen di situ telah mengeluarkan kenyataankenyataan. Kenyataan-kenyataan itu sebenarnya untuk menghasut antara kaum Cina dan kaum Mdayu, antara
kaum Cina dengan kaum India. Saya sendiri pun hairan apa sebabnya Kerajaan tidak menahan m-ereka di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ini. Sekiranya Timbalan Menteri dapat dengar rakaman-rakaman pada masa pilihanraya kecil, tentulah tabu macam mana mereka katakan yang saya tidak mahu cakap dalam Dewan yang mulia ini. Sampai untuk mahu menang dalam satu pilihanraya kecil mereka boleh keluarkan perkataan-perkataan yang berbau hasutan yang melanggar undang-undang kita. Oleh sebab itu mereka yang ditahan ini mereka sendiri sudah tabu bahawa mereka telah buat kerja-kerja untuk mengancam keselamatan negara.
Oleh sebab itu undang-undang yang telah dibentangkan oleh Timbalan
· Menteri tadi cuma memperketatkan Rang Undang-undimg yang ada sekarang. Kita sedia maklum apabila ada loop-hole, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, mereka pergi ke mahkamah. Pegawai-pegawai kita terpaksa pergi ke mahkamah untuk berhujah di dalam mahkamah. Mereka cari sekiranya Setiausaha Bahagian Kementerian Dalam negeri namanya 'Muhamad' -ejaannya "M-u-h-a-m-a-d" yang sebenarnya tetapi mungkin kerani itu tersilap, dia menaip ejaan "M-o-h-a-m-e-d", itu pun mereka hendak bawa ke mahkamah katakan ini sudah salah. Oleh sebab itu Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960 ini perlu dipinda, kerana kita tidak perlu membuang masa di dalam mahkamah-mahkamah dan apabila mereka keluar secara teknikal, Kerajaan terpaksa menahan lagi dan masukkan mereka di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ini cuma membuang masa.
Kita sebagai rakyat Malaysia apabila kita buat sesuatu kenyataan, kita perlulah berawas-awas. Saudara Yang Berhormat V. David membuat satu petition kepada Persatuan AFL-CIO
1863 12 JULAI 1988 1864
meminta pentadbiran negaranya membatalkan Kemudahan Skim Keutamaan Am (GSP) yang dinikmati oleh Malaysia. Ini menunjukkan Yang Berhormat V. David ini sebagai seorang pemimpin Kesatuan MTUC yang telahpun berusia 55 tahun lebih, beliau mesti sedar bahawa negara ini ialah untuk semua orang. Negara Malaysia bukan hak satu kaum sahaja. Sebagai pemimpin MTUC, sebagai pemimpin parti politik, sebagai pemimpin apa jua badan pun, mesti ada kesetiaan kepada Raja dan Negara. Bukan kita minta setia kepada pemimpin, kita· setia kepada Raja dan Negara. Sekiranya mereka tidak setia kepada Raja dan Negara, lebih baik mereka keluar dari negara ini, carl negara yang mereka boleh duduk dengan mewahnya.
Seperti Ahli Yang Berhormat baru katakan, di luar Regeri mereka kata lain, di dalam negeri mereka kata lain. Keadaan macam ini kalau Kerajaan hen9ak ambil tindakan, Akta ini perlu dipinda supaya kita tidak membuang masa dalam mahkamah. Seperti undangundang manapun sekiranya perlu dan sampai masanya untuk dipinda, kita pinda sahajalah untuk kelicinan pentadbiran Kerajaan. Kita perlu meminda mana-mana Akta yang difikirkan ada loop-hole, dengan izin.
Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, untuk menjaga ketenteraman dan keamanan negara, saya dengan penuh yakin menyokong suatu Akta bagi meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960 dan bagi mengadakan peruntukan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Sekian, terima kasih.
Dato' Tan Peng Khoon: Jemput Yang Berhormat.
6.40 ptg.
Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang diPertua, saya mengucapkan terima kasih kerana membenarkan saya menyam-
paikan sedikit pandangan dan terus menyokong Akta bagi meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri bagi tahun 1960 pada petang ini.
Sebelum saya teruskan ucapan saya, saya suka mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Datuk Abang Haji Ahmad Urai bin Datuk Hakim Abang Haji Mohiddeen yang telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri pada petang ini adalah tepat. Kalau menurut apa yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Tim balan Menteri Dalam Negeri tadi bahawa Kerajaan telah menggunakan Akta ini pada tahun 1987 bulan Oktober dan November dengan menahan seramai 106 orang bagi menenangkan dan mententeramkan keadaan pada masa itu. Bahawa barubaru ini ramai yang ditahan selepas disiasat telah dilepaskan dan ada setengah-setengahnya yang telah dilepaskan telah diberi dengan syaratsyarat yang tertentu.
Kami berpendapat ada setengah yang telah dilepaskan selepas disiasat dan syarat-syarat yang diketatkan, yang ditentukan harus diberi pertimbangan dan kajian dari masa ke semasa. Contohnya, ada dua orang pemimpin iaitu seorang yang bernama Encik Sim Mok Yu sebagai bekas Pengerusi Gabungi!ll Guru-guru Sekolah-sekolah Cina di Malaysia dan seorang lagi yang bernama Encik Lim Kong Seng sebagai bekas Pengerusi Gabungan Lembaga Pengurusan Sekolah Cina di Malaysia, telahpun dilepaskan apabila ditahan pada tahun 1987 bulan November dan kalau kedua-dua orang ini yang saya sebut ini bukan ahli politik yang tidak merupakan ancaman lagi kepada keselamatan negara kita, haruslah pihak yang berkenaan memberi kajian semula tentang syarat-syarat yang ditentukan atau diketatkan kepada mereka. Satu di
, 1865 12 JULAI 1988 1866
antara syarat-syarat yang telah diketatkan yang ditentukan kepada mereka ialah tidak boleh keluar daripada tempat duduk dan daerahdaerah yang berkenaan.
Yang kedua, tidak boleh keluar daripada rumah apabila pada waktu 10.00 malam sehingga pukul6.00 pagi. Kami berpendapat bahawa kedua-dua pemimpin ini adalah pemimpin masyarakat Thionghua dan telahpun uzur umur mereka. Dan mereka pun kurang sihat selama ini dan selepas ditahan sehingga hari ini ia menghadapi tekanan· jiwa. Oleh itu haruslah Kementerian Dalam Negeri membuat kajian daripada masa ke semasa kalau sekiranya kedua-dua pemimpin ini tidak lagi merupakan ancaman kepada keselamatan negara kita, patulah diberi kelonggaran dalam syarat-syarat yang dikenakan.
Tuan Yang di-Pertua, suka saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan kita yang bertindak menggunakan ISA ataupun Akta Keselamatan Dalam Negeri yang saya sebut tadi untuk menenangkan keadaan pacta tahun yang lepas iatu bulan November untuk mencegah suatu conflict perkauman yang hampir-hampir berlaku. Ini adalah penting kerana kalau negara kita stabil bahawa lebih ramai lagi pelabur-pelabur asing akan melaburkan wahg mereka dalam negara kita. Tetapi apabila tindakan Kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri kebanyakan wartawan dan kenyataan akhbar cti negara-negara asing· telah membuat laporan yang negatif sehingga ada setengah -setengah negara di dalam ASEAN ini telah melaporkan bahawa tindakan Kerajaan dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri pacta tahun 1987 adalah sebagai satu tindakan anti kaum Thionghua.
Baru-baru ini bila saya melawat ke Taiwan ada lagi setengah-setengah wartawan yang menyuarakan berkenaan dengan tindakan ISA yang dilakukan
oleh Kerajaan sehingga ada satu suratkhabar yang saya baca di mana kekhuatiran seorang pelabur ke negara Malaysia kerana ada dasar anti kaum Thionghua.
Saya berpendapat, Tuan Yang diPertua, bahawa Kerajaan kita perlu memberi penjelasan yang lebih jelas di negara-negara asing kerana laporan ataupun kenyataan yang negatif ini akan mengancam ataupun mensabotaj usaha-usaha Kerajaan kita untuk menarik pelabur-pelabur ke negara kita. Apabila kita dapat buat satu penjelasan tentang laporan negatif, baru kita selesai untuk meningkatkan keyakinan pelabur-pelabur asing datang ke negara kita. Baru-baru ini timbul pula seorang pemimpin dari Kesatuan Sekerja iaitu Y.B. V. David telah meminta Amerika Syarikat membatalkan GSP yang mana GSP ini adalah amat penting kepada seseorang pelabur yang mengeksport barangan mereka ke Amerika Syarikat.
Setiausaha Agong Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, Y .B. V. David ini pun pernah mengakui bahawa beliau telah niendesak Persekutuan Buruh dan Kongres Pertubuhan Pekerja Amerika Syarikat dan meminta Am erika Syarikat menarik balik keniudahan Skim Keutamaan Am (GSP) pacta Malaysia dan sekiranya tuntutan beliau ini berjaya, maka negara kita akan menghadapi kerugian. Seramai 75,000 pekerja akan terjejas.
Kalau menurut satu lapor)in yang dikeluarkan oleh Yang B'erhormat Menteri Perdagangan dan Perindustrian bahawa pacta tahun yang lepas negara kita telah mengeksport barangan lebih kurang 7,484 juta ke Am erika Syarikat dan daripada jumlah itu 11.4o/o ataupun 878.9 juta dieksport menerusi GSP. Saya sebut perkara ini kerana pada seseorang pelabur apabila mereka hendak pilih sesebuah negara untuk pelaburan, menyediakan kilang, ada beberapa faktor untuk mereka memberi
1867 12 JULAI 1988 1868
pertimbangan. Satu di antara fakta yang mereka memberi pertimbangan iaitu kerana negara itu masih menikmati GSP daripada Amerika Syarikat iaitu di Malaysia. Juga kerana di negara kita ini taraf kehidupan masih rendah dan satu fakta lagi kerana kestabilan ekonomi dan politik. Oleh itu mereka memilih negara kita untuk melabur dan kerana negara kita ini tidak ada gempa bumi, tidak ada gunung berapi dan banjir maka mereka pilih negara kita.
Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri telah berusaha untuk menarik lebih ramai lagi pelabur-pelabur asing khususnya dari Taiwan, Hong Kong dan lain-lain untuk melabur di negara kita. Jadi kalau sekiranya ada pihakpihak yang tertentu yang mengancam dan mensabotaj usaha ini sepatutnya Kerajrum kita harus mengambil tindakan yang wajar terhadap pihak-pihcik yang berkenaan. Dengan ini sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya suka menasihatkan kepada Menteri Dalam Negeri dan selepas pindaan Akta ini, ia akan memberikan kuasa yang lebih besar kepada Menteri yang berkenaan dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri dan saya harap kuasa ini tidak akan digunakan dengan sewenangwenangnya.
Tuan Yang di-Pertua, saya memberi sokongan yang penuh di atas pindaan Akta ini.
Dato' Tan-Peng Kboon: Saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri yang berkenaan menjawab.
6.39 ptg.
Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Kerajaan dan diri saya sendiri, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan, teguran dan ulasan terhadap cadangan Rang Undang-undang (Pindaan) Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Kerajaan sentiasa sedar bahawa sebarang pindaan yang melibatkan undang-undang pencegahan lebih-lebih lagi Akta Keselamatan Dalam Negeri tidak asing bagi kita semua sudah tentulah menarik perhatian bukan sahaja Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, tetapi juga perhatian orang ramai dan pihak-pihak lain sama ada di dalam mahupun di luar negeri.
Sepertimana yang telah saya tekankan dalam ucapan~ucapan pembentangan saya, keperluan pindaan-pindaan yang sama bukan sahaja terhadap Akta ini, tetapi juga ke atas dua undang-undang pencegahan yang telah dibentangkan terdahulu sebelum ini iaitu Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) (Pindaan) 1988 dan Akta Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) (Pindaan) 1988 adalah untuk mem bolehkan Kerajaan melaksanakan tanggungjawab utamanya dalam mengawal dan memelihara keselamatan negara dan ketenteraman awam demi mengekalkan keamanan dan kestabilan negara untuk kesejahteraan hidup rakyat.
Mengenai beberapa soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, dan ingin saya menyatakan bahawa Yang Berhormat Puan Habidah binti Jusoh, Yang Berhormat Tuan Hamid Araby, Yang Berhormat Tuan Lau Keng Siong, Yang Berhormat C. Krishnan dan yang akhimya Yang Berhormat Tuan Ng Peng Hay, keseluruhannya menyokong penuh tentang pindaan ini dan banyak yang telahpun membincangkan perkaraperkara mengapa ISA dan pindaan ini harus dikekalkan dan juga diadakan · pindaan.
Tetapi ingin saya nyatakan kepada pihak Yang Berhormat Tuan Ng Peng Hong masalah dua orang tahanan yang telahpun dibebaskan, ini terpulanglah kepada pihak Lem baga Penasihat yang akan mengkaji kes ini dan akan mengutarakan pengkajian itu kepada pihak Kementerian untuk dipertim-
1869 12 JULAI 1988 1870
bangkan dan pihak Kementerian Dalam Negeri sentiasa menunggu laporan daripada pihak Lembaga Penasihat.
Tentang laporan negatif di luar negeri, inginlah saya nyatakan kita tidak boleh hanya menyalahkan orang-orang luar membuat cerita-cerita, tetapi juga rakyat kita sendiri yang lebih mementingkan diri sendiri daripada negara dan rakyatnya kerana kita tahu bahawa banyak daripada berita-berita yang berlaku dalam negara ini telah disibarkan oleh rakyat negara ini sendiri untuk mem beri feedback kepada negara-negara luar semata-mata supaya negara luar boleh mencerca dan juga m engkeji negara ki ta.
Apa yang penting ialah orang luar tidak tahu masalah kita, mereka tidak tabu bahawa kita menghadapi masalah tentang komunis, mereka tidak tahu bahawa kita menghadapi masalah perkauman, mereka tidak tahu bahawa kita menghadapi masalah pelampau agama dan mereka tidak tahu bahawa bukan sahaja pelampau agama tetapi pelampau-pelampau lain yang wujud di negara kita ini. Bila kita senang mereka cuba robohkan negara kita tetapi bila kita sudah jahanam siapa pun tidak ambil tahu dan pusing tentang negara kita. Dengan sebab itu, kebaikan, kesenangan, kesejahteraan negara kita adalah terpulang kepada diri kita sendiri, bukan terpulang kepada· apa orang iain kata, tetapi apa yang boleh kita buat untuk kepentingan rakyat dan negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, adalah ditegaskan di sini sekali lagi bahawa tidak ada tujuan atau motif-motif lain di sebalik Rang Undang-undang (Pindaan) yang dicadangkan ini. Pindaan ini diperlukan untuk membolehkan pihak Kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya dalam menjamin dan memelihara keselamatan dalam negeri dengan lebih kemas dan berkesan. Juga adalah ditekankan sekali lagi bahawa Kerajaan sekali-sekali tidak menggunakan kuasa di bawah peruntukan
undang-undang berkenaan dengan sewenang-wenangnya mengikut sesuka hati.
Kerajaan memberi jaminan bahawa kuasa-kuasa tersebut dijalankan dengan penuh rasa tanggungjawab demi menjaga kepentingan dan masalah awam.
Ahli-ahli Yang Berhormat semua sedia maklum bahawa keselamatan dalam negeri adalah teras yang perlu untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan negara. Tanpa wujudnya suasana ketenteraman awam ini, negara ini tidak mungkin dapat menjalankan rancangan-rancangan pembangunan dan kemajuan kehidupan ekonomi negara untuk kesejahteraan hidup rakyat jelata keseluruhannya.
Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas sumbangan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah saya nyatakan tadi dalam memberi pandangan dan teguran yang bernas dan membina, kemungkinan tidak semua soalan yang dapat saya jawab disebabkan kesuntukan masa. Insya Allah, mana-mana perkara yang dibangkitkan dan tidak sempat saya perjelaskan, saya dan pihak Kementerian akan mengambil perhatian yang sewajarnya.
Tuan Yang di--Pertua, saya mohon mencadangkan.
Dato' Tan Peng Khoon: Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.
Dewan bersidang sebagai J awatankuasa.
-------- - ---·-
1871 . 12 JULAI 1988 1872 I
(Dato' Tang Peng Koon mempengerusikan Jawatankuasa)
Fasal 1 hlngga 5 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undangundang.
Pendabuluan diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undangundang.
Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.
Dato' Tan Peng Khoon: Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang esok.
Dewan ditangguhkan pada puku/ 7. 00 malam.