PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak...

61
J Bil. 17 Rabu 6 Jun 2001 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KESEPULUH PENGGAL KETIGA MESYUARAT PERTAMA

Transcript of PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak...

Page 1: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

J

Bil. 17 Rabu 6 Jun 2001

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KESEPULUH PENGGAL KETIGA

MESYUARAT PERTAMA

Page 2: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

KANDUNGAN USUL:

Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat dan Penangguhan

JAWAPAN.JAWAPAN LISAN BAGI PERT ANY AAN-PERTANY AAN

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001

Rang Undang-undang lnsurans Luar Pesisir (Pindaan) 2000

Diterbit Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2001

(Halaman 1)

(Halaman 1)

(Halaman 15)

(Halaman 48)

Page 3: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

DN.6.6.2001

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

Yang Berhonnat Tuan Yang di-Pertua, Dato' Michael Chen Wing Sum, D.P.M.S. (Dilantik)

Timbalan Yang di-Pertua, Tuan Haji Gapar bin Gurrohu (Dilantik)

Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Datuk Kasitah Gaddam, P.S.M., P.G.D.K., J.S.M. (Dilantik)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia (Dilantik)

Menteri Pendidikan, Tan Sri Dato' Seri Musa bin Mohamed, P.S.M., D.P.M.N., D.P.C.M. (Dilantik)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Brig. Jen. (B) Datuk Abdul Hamid bin Haji Zainal Abidin (Dilantik)

Timbalan Menteri Pendidikan, Dato' Abdul Aziz bin Shamsuddin, D.M.S.M., D.P.M.S. (Dilantik)

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor, (Dilantik)

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk M. Kayveas P.J.N. (Dilantik)

Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan Datuk Zainudin bin Maidin, (Dilantik)

Tuan Abdillah bin Abdul Rahim (Sarawak)

Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Abdullah bin Ayub (Dilantik)

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman (Dilantik)

Tuan Haji Abdul Malek bin Haji Abdul Ghani (Perlis)

Dato' Haji Ahmad bin Ismail (Pulau Pinang)

Puan Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun (Dilantik)

Tuan Haji Bakri bin Haji Ali Mahamad, A.M.N., A.M.K., B.K.M. (Kedah)

Tuan Benedict Bujang Tembak (Sarawak)

Dato' Charem lntachat, D.S.D.K., A.M.N., B.C.K. (Dilantik)

Dr. Charlie Chau-Lap Chang (Dilantik)

Puan Hajah Che Jam binti Haron (Dilantik)

Puan Chew Poh Thoi (Dilantik)

Dato' Dr. Chin Fook Weng (Pulau Pinang)

Datuk Christina Tibok Vanhouten (Sabah)

Datuk Faridah binti Abu Hassan (Dilantik)

Datuk Ghazi bin Haji Ramli, D.P.M.S., D.l.M.P. (Selangor)

Dato' Hamzah bin Zainudin (Perak)

Tuan Hassan bin Haji Shukri (Terengganu)

Datuk Hajah Hazizah binti Mohd. Sultan (Melaka)

Tuan Ho Lim Teck (Melaka)

Page 4: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

ii

Yang Berhormat Puan Jamilah binti Ibrahim (Kelantan)

Tuan Jang Chow Thye @ Yio Chow Thye (Dilantik)

Puan Jaya Partiban (Dilantik)

Datuk Joseph Balan Seling (Dilantik)

Datuk Haji Karim Ghani (Sabah)

Tuan Haji Karim bin Salleh (Per1is)

Datuk Haji Kasim bin Mh. Yusop (Dilantik)

Tuan Kee Ah Kau (Selangor)

Dato' Lee Pit Chem (Negeri Sembilan)

Tuan Lim Eng Kok (Dilantik)

Datuk Long bin Jidin (Dilantik)

DN.6.6.2001

Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg. Haji Ahmad Raffae, (Dilantik)

Dato' Dr. T. Marimuthu (Dilantik)

Dato' Haji Mazlan bin Abu (Johor)

Puan Hajah Melati binti Ali (Pahang)

Puan Melanie Chia Chui Ket (Dilantik)

Tan Sri Deto' Haji Mohamed bin Ya'acob, P.S.M., P.M.K., S.P.M.K., Dato' Bentara Kanan, S.M.T., P.G.D.K., D.A. (Dilantik)

Dato' Haji Muhammad bin Haji Abdul Ghani (Dilantik)

Tuan K. R. A. Naidu (Dilantik)

Datuk Nor Azah binti Awin (Dilantik)

Puan Nosimah binti Hashim (Dilantik)

Dato' Poo Yew Choy, 0.1.M.P., A.M.P. (Pahang)

Puan Hajah Puizah binti Haji Abu Kassim (Dilantik)

Tuan M. Ratnam (Dilantik)

Tuan M. Saravanan (Dilantik)

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan (Dilantik)

Tuan R. Sinniah (Dilantik)

Puan Safinah binti Jusoh (Terengganu)

Puan See Too Mee (Johar)

Puan Siti Hawa @ Karimah binti Mohd. Nor (Dilantik)

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff (Kelantan)

To' Puan Wan Seri@ Wan Asiah binti Ahmad (Dilantik)

Datuk William Lau Kung Hui (Dilantik)

Tuan Yew Tuan Chiew (Perak)

Tuan Zainal bin Rampak (Dilantik)

Tuan Zakaria bin Arshad (Negeri Sembilan)

Page 5: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

DN.6.6.2001

DEWAN NEGARA

PEGAWAl.PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Negara Dato' Abdullah Abdul Wahab

Ketua Penolonjf Setiausaha Roosme binti Hamzah

Zamani bin Haji Sulaiman Haji Mustakin bin Salamat Shahrom bin Haji Hasan

Penolong Setiausaha Haji Mustafa bin Abdul Rahman

Ruhana binti Abdullah Riduan bin Rahmat

JURUBAHASA SERENTAK Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman

Mazidah binti Mohamed Paizah binti Sallehudin

BENTARA MESYUARAT Mejar (8) Abdul Halim bin Haji Ali

Mejar (8) Zakaria bin Sallah Mejar (8) Kamaruddin bin Abdullah

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN DOKUMENTASI Azhari bin Hamzah

Monarita binti Mohd. Hassan Hajah Shamsiah binti Mohd. Yusop

Mohd Saleh bin Mohd. Yusop Mohamed bin Osman

Hajah Norishah binti Mohd. Thani Shamsina binti Janor

Ramlah binti Mohd. Yusuff Jamilah lntan binti Haji 8ohari

Nurziana binti Ismail Noor Effarizan binti Mat Satib

Taharah binti Mohamed Nik Elyana binti Ahyat Marzila binti Muslim

Abu 8akar bin Hasan

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN KOMPUTER Mohd Shah bin Rahman

Sulaiman bin Sirad Azzahar bin Hashim

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN MESIN CETAK Kamal bin Oyub

Haji Latif bin Ismail Kamaroddin bin Mohd. Yusof

iii

Page 6: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

DN.6.6.2001

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

Rabu, 6 Jun 2001

Mesyuarat dlmulakan pada pukul 10.00 pagl

DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengeruslkan Mesyuarat}

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADAPERATURANMESYUARATDANPENANGGUHAN

1

Tlmbalan Menter! Dalam Negeri [Dato' Chor Chee Heung]: Tuan Yang di­Pertua, saya mohon mencadangkan:

Bahawa walau apapun peruntukan-peruntukan Peraturan Mesyuarat 11, Majlis Dewan Negara hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dipertimbangkan semua Urusan Kerajaan yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat untuk hari ini, dan selepas itu Dewan ini akan ditangguhkan kepada suatu tarikh yang tidak ditetapkan.

Setlausaha Parllmen Kementerlan Pembangunan Luar Bandar [Puan Hajah Rohanl blntl Hajl Abdul Karim]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah:

Bahawa walau apapun peruntukan-peruntukan Peraturan Mesyuarat 11, Majlis Dewan Negara hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dipertimbangkan semua Urusan Kerajaan yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat untuk hari ini, dan selepas itu Dewan ini akan ditangguhkan kepada suatu tarikh yang tidak ditetapkan,

dikemukakan kepada Majlis untuk diputuskan.

Usul dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan.

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Puan Hajah Melati bintl Ali minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah langkah-langkah dan tindakan yang telah dan akan diambil untuk memastikan para pengguna-pengguna di lebuh raya di negara kita mendapat perkhidmatan yang memuaskan terutamanya dari segi kemudahan tempat rehat dan sebagainya.

Setlausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya [Datuk Yong Khoon Seng]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya sentiasa memastikan segala peruntukan di dalam perjanjian konsesi dengan syarikat­syarikat konsesi dipatuhi dan dilaksanakan sepenuhnya oleh syarikat-syarikat konsesi bagi kemudahan dan keselesaan para pengguna lebuh raya. Perkhidmatan­perkhidmatan yang disediakan adalah termasuk kawasan Rehat dan Rawat/Hentian Sebelah, tandas dan lain-lain keperluan para pengguna.

Pelbagai langkah dan tindakan telah diambil bagi memastikan para pengguna di lebuh raya sentiasa terus mendapat kemudahan perkhidmatan yang memuaskan. Di antaranya:

(i) Bagi kawasan Rehat dan Rawat/Hentian Sebelah -

syarikat konsesi telah diminta;

(a) menambah kemudahan meletak kenderaan;

Page 7: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

2 DN.6.6.2001

(c) menambah/menaik taraf surau;

(d) menambah/menaik taraf gerai buah-buahan;

(e) menambah/menaik taraf gerai makanan dan minuman; dan

(f) menambah bilik mandi.

(ii) Plaza Tol-

Untuk memberi keselesaan kepada pengguna lebuh raya, syarikat konsesi juga diminta menambah lorong di plaza tol serta menyediakan lorong 'Touch and Go' dan 'Smart Tag' untuk mengurangkan kesesakan di plaza tol.

(iii) Rondaan atau bantuan kemalangan -

Syarikat konsesi juga menyediakan rondaan lebuh raya kerana sekiranya pengguna menghadapi masalah kerosakan kenderaan, mereka boleh meminta bantuan dari peronda untuk menyelesaikan masalah.

(iv) Penyelenggaraan di lebuh raya -

Penyelenggaraan rutin sentiasa dilaksanakan oleh pihak syarikat konsesi secara berkala bagi mengesan kerosakan yang wujud di lebuh raya, kerosakan yang melibatkan struktur lebuh raya dan kemudahannya seperti pavement, cerun, jambatan dan longkang akan dapat dibaiki dengan cepat untuk menjamin keselamatan dan keselesaan para pengguna di lebuh raya.

(v) Pemulihan kawasan banjir -

Bagi kawasan-kawasan yang dikenal pasti sering mengalami banjir, tindakan-tindakan menaik taraf permukaan jalan sedang dan akan terus dilaksanakan.

(vi) Kawasan-kawasan yang sering berlaku kemalangan

Sekian.

Bagi mengelak kejadian kemalangan, kawasan-kawasan tertentu yang dikenal pasti sebagai zon kemalangan, tindakan-tindakan pencegahan-pencegahan telah dilaksanakan seperti membaik pulih kawasan berkenaan; memasangkan papan-papan tanda, penunjuk-penunjuk untuk memberi amaran kepada pengguna supaya tidak membawa kenderaan dengan laju atau membawa kenderaan dengan berhati-hati.

Puan Jamilah binti Ibrahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, kawasan rehat di lebuh raya, risk area, dengan izin, adakah dikenakan undang-undang pencegahan binatang jinak pelihara dapat ikut bersama tuan punya seperti kucing, anjing dan lain-lain. Terima kasih.

Datuk Yong Khoon Seng: Tuan Yang di-Pertua, kawasan ini memang diuntukkan untuk para pengguna supaya mereka boleh rehat dan rawat dan kawasan ini juga dipagar. Kalau dibawa oleh tuan punya kenderaan, tidak ada undang-undang untuk kita menghalang mereka. T etapi kalau dia datang dari luar masuk melalui lubang­lubang di mana yang kita telah pagar, ini cerita lain. {Ketawa] Terima kasih.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita bandingkan dengan kemudahan dari Kuala Lumpur ke Sungai Tua di utara nampak kemudahan itu mencukupi. Tetapi kalau kita bandingkan dari Plaza Toi Sungai Tua ke Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu mencukupi. Adakah kementerian bercadang untuk menaikkan taraf perkhidmatan-perkhidmatan di antara Sungai Dua ke Bukit Kayu Hitam. Terima kasih.

Page 8: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

DN.6.6.2001 3

Datuk Yong Khoon Seng: Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana kawasan dari Sungai Tua ke Bukit Kayu Hitam memang melalui banyak kawasan pekan-pekan, saya tidak pasti juga per1u adakan lebih lagi tempat R&R, tetapi cadangan ini akan disampaikan kepada pihak LLM dan Syarikat Konsesi PLUS.

2. Dato' Hajl Ahmad bin Ismail minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah langkah dan tindakan kementerian untuk mengurangkan kadar yuran sekolah dan institusi memandu bagi menggalakkan orang ramai mengambil lesen memandu.

Setlausaha Par11men Kementerlan Pengangkutan (Tuan Ir. Donald Lim Slang Chai]: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan pada dasamya tidak mengawal kadar yuran belajar memandu yang dikenakan oleh institusi memandu ataupun sekolah memandu. Namun demikian, persetujuan telah pun dibuat di antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan Persatuan lnstitusi Memandu agar kadar bayaran yang munasabah dikenakan kepada calon-calon belajar memandu.

Di antara kadar yang dipersetujui bagi kedua-dua belah pihak ialah bayaran RM5.00 sejam yang dikenakan bagi· sesi kelas steering yang melibatkan tempoh masa selama lima jam. Kadar bayaran latihan kemahiran yang dipersetujui ialah tidak melebihl RM25 sejam yang melibatkan tempoh masa selama 16 jam, dan kadar bayaran bagi kad penempatan ujian pula sebanyak RM10.00. Bagi menggalakkan orang ramai mengambil lesen memandu, usaha-usaha sedang dijalankan oleh kerajaan untuk mempertingkatkan lagi keupayaan dan kemudahan, tempat latihan yang lebih selesa serta bermutu melalui penubuhan institut memandu.

Bagi mengurangkan kos operasi, kerajaan juga menggalakkan sekolah­sekolah memandu supaya bergabung dengan institut memandu. Melalui cara ini ia akan mewujudkan operasi yang ekonomik dan seterusnya dapat mengurangkan kadar bayaran latihan yang dikenakan kepada orang ramai.

Dato' Haji Ahmad bin Ismail: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, apakah benar kebelakangan ini kita dengar desas-desus yang menyatakan bahawa pihak kementerian telah menswastakan sekolah ataupun institut memandu ini hanya kepada satu syarikat sahaja bagi mengendalikan sekolah-sekolah memandu di seluruh negara. Sekiranya benar, syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih.

Tuan Ir. Donald Lim Slang Chai: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih soalan dari Yang Berhormat. Jawapannya tidak.

Dato' Poo Yew Choy: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Soalan pertama, adakah benar ada pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja mencorak minyak hitam di atas muka jalan supaya menimbulkan kemalangan kenderaan dan mereka dapat peluang untuk memperbaiki kereta itu dengan harga yang tinggi.

Soalan kedua, bolehkah pihak kementerian meninggikan had laju dari 60 km ke 70 km atau 80 km di beberapa kawasan yang tertentu, umpamanya kawasan perumahan. Nampak had laju 60 km sekarang memang tidak berapa sesuai.

Tuan Ir. Donald Lim Slang Chai: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Mengenai soalan pertama, kemalangan yang bertaku sebab pihak yang tidak bertanggungjawab menyebabkan kemalangan di jalan raya sebab mereka telah memandu di jalan yang licin. ltu memang kita pada masa ini ada buat siasatan supaya tempat-tempat yang begitu tidak ada, sebab kita memang selalu nampak perkara ini bertaku di tempat sharp comer. Kita pun ada berbincang bersama dengan Jabatan Kerja Raya supaya comer ini akan dikurangkan.

Mengenai soalan yang kedua, had laju di jalan raya atau di lebuh raya, perkara ini kita akan bincang bersama dengan Jabatan Kerja Raya dan juga LLM supaya pemandu-pemandu seperti Yang Berhormat datang dari Bentong tidak kena saman sebab saya pun tahu ada tempat di Bentong ...

Dato' Poo Yew Choy: Sudah kena banyak kalilah.

Tuan Ir. Donald Lim Siang Chai: Memang saya pun tahu ada tempat had laju 70 atau 80 sahaja. Kalau boleh kita akan naikkan kepada 100 kita akan bincang dengan LLM dan juga Jabatan Pengangkutan Jalan supaya kita ada had laju yang munasabah.

Page 9: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

4 DN.6.6.2001

3. Puan Faridah binti Abu Hassan minta Menteri Kesihatan menyatakan jenis­jenis ubatan herba yang diharamkan pengedarannya dan apakah kandungan dadah yang terdapat dalam ubatan tersebut dan kesan sampingan ke atas pengguna.

Setiausaha Parllmen Kementerlan Keslhatan [Tuan S.G. Sothlnathan): Tuan Yang di-Pertua, semua keluaran ubat-ubatan perfu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Keluaran tradisional yang mengandungi herba tidak terkecuali dari peraturan-peraturan ini. Ubat-ubat yang tidak berdaftar tidak dibenarkan diimport, dijual atau dibekalkan kepada orang ramai.

Semasa permohonan dikemukakan, pemohon per1u menyatakan kandungan herba dengan nama botanikal. Keluaran tradisional yang mengandungi herba tertentu tidak akan didaftarkan dan dengan itu tidak dibenarkan dipasarkan di negara kita. Di antaranya ialah keluaran yang mengandungi herba Hydrastis canadensis kerana dilaporkan menyebabkan gangguan sistem saraf, Chapparal (Larrea tridentata dan Larrea mexicana) yang dilaporkan menyebabkan kerosakan hati, herba Magnolia officinalis dan stephania tetandra yang dilaporkan menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Kementerian juga memantau kesan keluaran yang berdaftar. Pada tahun 1999, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah telah membatalkan pendaftaran keluaran yang mengandungi Aristolochia (Aristo/ochia fangchi) yang dilaporkan boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang (chronic interstitial nephropaty, interstitial fibrosis dan stage renal failure).

Keluaran tradisional yang mengandungi herba di mana terdapat alkaloid yang dikawal di bawah Alda Racun 1952 seperti blacknightshade (solonum nigrum), calabar bean (physotigma venesosum), hyoscyamus niger, lobelia nicotianifolia dan lain-lain juga tidak akan didaftarkc:n.

Selain dari herba tertentu, keluaran tradisional juga tidak dibenarkan mengandungi bahan-bahan yang disenaraikan dalam Alda Racun 1952 seperti steroid dan logam berat, arsenik, plumbum dan raksa melebihi had maksimum yang dibenarkan. Seseorang yang mengambil keluaran tradisional yang tidak berdaftar akan terdedah kepada kesan buruk akibat bahan yang dinyatakan.

Keluaran tradisional yang tidak berdaftar seperti Jamu Haruan dan Herba Asli, Jamu Cap Gasing, Herba lkan Haruan Asli contohnya didapati mengandungi steroid -dexamethasone.

Penggunaan keluaran ini dalam jangka panjang boleh menyebabkan muka menjadi bengkak (tanda pengumpulan air dalam badan akibat ketidakseimbangan kandungan garam galian, proses pembaikan tisu dan penyembuhan penyakit menjadi lambat, tulang menjadi rapuh dan kerosakan buah pinggang).

Kandungan arsenik yang tinggi dalam jangka panjang menyebabkan pigmentasi pada kulit, kulit kering dan menebal, gatal-gatal dan otot-otot lemah. Plumbum pula mengakibatkan kurang selera makan, pucat, muntah-muntah, gangguan saraf ataupun mental dan sawan.

Raksa pula mengakibatkan muntah-muntah, cirit-birit berdarah, gangguan saraf dan gangguan fungsi buah pinggang.

Orang awam adalah dinasihatkan supaya menyemak nombor pendaftaran pada label keluaran tradisional (dilabel sebagai MAL atau PBKD dan diikuti dengan lapan atau enam angka dan diakhiri dengan huruf 'T') untuk memastikan ubat yang dibeli adalah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Soalan tambahan saya, berapa peratuskah ubat-ubatan herba dalam negara kita sekarang yang diimport masuk ke dalam negara kita dan adakah setakat ini semua jenis herba yang dibawa masuk melalui ujian piawaian dan apakah tindakan kerajaan terhadap ubatan herba yang dibawa masuk secara haram sebab kita lihat sekarang ini ada di kalangan herba yang dijual secara haram tidak berdaftar. Jadi, apa tindakan kerajaan setakat ini?

Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, jumlah ubat-ubatan tradisional adalah sebanyak 8,550 daripada jumlah keseluruhannya sebanyak 24,902.

Page 10: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

DN.6.6.2001 5

Daripada jumlah ini sebahagian kecilnya adalah ubat-ubat yang diimport tetapi saya tidak mempunyai angka, ubat-ubat tradisional yang diimport adalah sebanyak 4,150 manakala 4,400 adalah ubat-ubat tempatan.

Bagi memastikan bahawa ubat-ubat tradisional yang dijual di sini adalah selamat, kita adakan sistem pendaftaran dan pada masa yang sama juga kita juga membuat penyeliaan ataupun monitoring oleh pihak berkuasa di mana ubat-ubat yang tidak didaftar ataupun yang telah dibatalkan pendaftarannya dirampas balik dan sehingga pada tahun 2000 jumlah rampasan ubat-ubatan yang tidak berdaftar ataupun yang melanggar peraturan Akta Jualan Dadah yang dirampas balik adalah sebanyak 1, 735 dengan nilai pasarannya sebanyak RM569, 767.

Datuk Haji Karim Ghani: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Soalan tambahan saya, memandangkan herba-herba atau ubat-ubat tradisional yang dijual di pasar-pasaran, claim mendakwa bahawa ubat itu boleh menyembuhkan berpuluh-puluh jenis penyakit, adakah kerajaan membuat pengkajian tentang kemujaraban ubat-ubatan ini atau adakah rakyat mungkin tertipu dengan claim yang ubat ini boleh menyembuhkan berpuluh-puluh jenis penyakit? Terima kasih.

Tuan S. G. Sothlnathan: Tuan Yang di-Pertua, apa yang dibuat oleh kementerian dengan pendaftaran ini ialah memastikan bahawa ubat-ubat yang didaftar itu adalah selamat digunakan. Berkaitan pula dengan tuntutan ubat-ubat tersebut, bahawa ia boleh cure, dengan izin, beberapa jenis penyakit itu memang sekiranya didapati kementerian sentiasa memantau tentang segala pengiklanan yang dibuat oleh pengimport ataupun pengedar ubat-ubat tersebut di mana kita mengkaji sama ada tuntutan-tuntutan yang dibuat itu sama ada tepat atau tidak dari masa ke semasa kita sentiasa mengambil tindakan untuk memastikan bahawa tuntutan-tuntutan itu bukanlah ber1ebihan daripada apa yang sebenamya ia boleh menyembuhkan.

Jadi, ini kementerfan sentiasa prihatin tetapi pada masa ini kita tidak ada satu peraturan untuk mengawal pengiklanan ubat-ubatan tersebut. Jadi, kementerian sedang mengkaji untuk mengadakan satu sistem pengawalan yang lebih teratur supaya memastikan bahawa tuntutan-tuntutan yang dibuat itu adalah terkawal pada masa hadapan.

4. Dato' Dr. T. Marimuthu minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilangan kes pembunuhan yang belum diselesaikan dan alasan-alasan mengenai keadaan ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Chor Chee Heung]: Tuan Yang di­Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perangkaan polis bagi kejadian pembunuhan yang belum selesai bagi tahun 1998 hingga April 2001 adalah seperti berikut:-

Pada tahun 1998 jumlah kes 636, jumlah kes belum selesai 336, peratusan belum selesai 53%.

Bagi tahun 1999 jumlah kes 590, jumlah kes belum selesai 325, peratusan belum selesai 55%.

Tahun 2000, jumlah kes 563, jumlah kes belum selesai 325, peratusan belum selesai 58%.

Pada tahun 2001 (Januari hingga April), jumlah kes 166, jumlah kes belum selesai 107 dan peratusan belum selesai ialah 64%.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian saya mendapati terdapat banyak sebab yang menyebabkan kes-kes pembunuhan tersebut belum dapat diselesaikan. Antara sebab-sebabnya ialah seperti berikut:-

(i) Melibatkan pendatang asing sebagai mangsa ataupun suspect yang mana telah menghilangkan diri selepas kejadian.

(ii) Mayat dijumpai tanpa pengenalan ataupun telah pun reput tanpa dokumen pengenalan untuk membolehkan polis memulakan siasatan.

(iii) Tiada saksi bebas dan evidence saintifik yang boleh membantu penyiasatan.

Page 11: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

6

(iv)

(v)

Sekian.

DN.6.6.2001

Sikap orang ramai yang enggan melibatkan diri sebagai saksi atau pemberi maklumat sebagai saksi dalam kejadian jenayah seperti bunuh.

Tiada maklumat yang kukuh diterima daripada orang awam.

Dato' Dr. T. Marlmuthu: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih, soalan tambahan. Jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri menunjukkan bahawa kes-kes yang belum selesai telah meningkat daripada 53% ke 58%. Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai keadaan penyiasatan mengenai pembunuhan bekas ADUN Lunas iaitu Dr. Joe Fernandez, apakah maklumat yang didapati daripada penyiasatan awal ataupun preliminary investigation oleh polis­polis kita.

Dato' Chor Chee Heung: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Dewan.yang mulia ini, pihak polis masih dalam siasatan yang agak cergas dalam kes melibatkan pembunuhan bekas ADUN, Yang Berhormat Dr. Joe Fernandez dan fail siasatan bagi kes ini masih belum ditutup dan polis sedang mencari semua aspek dan butir-butir mengenai pembunuhan ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, polis memang tidak juga mempunyai maklumat yang kukuh iaitu sama ada pembunuh ataupun kes pembunuhan ini dilakukan oleh seorang asing. Maksudnya kemungkinan pembunuh Yang Berhormat Dr. Joe Fernandez (si mati) adalah seorang profesional yang telah pun diupah untuk melakukan kerja pembunuhan itu. lni adalah maklumat yang terbaru sekali dan saya hendak minta Yang Berhormat bersabar sedikit, kerajaan masih belum melepaskan tangan dan pihak polis diberi arahan mulai ataupun sejak pembunuhan berlaku supaya satu siasatan terperinci dapat dijalankan oleh semua pihak. lni adalah maklumat yang terkini yang saya dapat beri kepada Yang Berhormatlah.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya perhatikan berasaskan kepada data ini daripada 1995 hanya 1,093 sahaja selesai. Adakah pihak kerajaan berpuas hati dengan success rate, dengan izin, hanya lebih kurang 50% ataupun kurang daripada 50% dan pada masa yang sama kengerian, kematian dan pembunuhan ini semakin bertambah, ada yang kena potong sampai 18 kali, 15 kali, ada yang dicolek letak tepi pokok dan sebagainya, terlalu ngeri.

Jadi, saya ingin tahu berasaskan kepada laporan, maklumat yang dibuat di atas apa yang dikatakan sekarang ini berjaya, apakah punca-puncanya, adakah ianya kerana ekstremis, kerana fundamentalis kerana kepercayaan kepada yang karut-karut ataupun kerana wang ringgit, fasal ini merupakan satu profil yang amat berbeza dengan tahun-tahun yang lepas.

Pada masa yang sama, kalau success rate kita 50%, bilakah kita akan mengambil dan mengundang pegawai-pegawai Scotland Yard yang hendak datang ke sini, dan menjalankan kerja-kerja forensik berasaskan DNA. Terima kasih.

Dato' Chor Chee Heung: Tuan Yang di-Pertua, ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, jawapan bagi soalan yang pertama, sama ada pihak polis ataupun kerajaan berasa puas hati terhadap success rate, dengan izin, memang pihak polis setakat hari ini ataupun sampai bila-bila pun tidak berasa puas hati terhadap kadar yang dicapai mengenai kes­kes jenayah yang diselesai oleh pihak polis, sampai bila pun kita rasa tak puas hati, sebab kalau boleh kita boleh capai 90% lebih baik kita hendak juga mencari jalan untuk mencapai 90%.

Walaupun demikian, mengikut indeks piawaian antarabangsa jenayah mengenai penyelesaian kes-kes jenayah bagi piawaian antarabangsa ini, success rate ialah di lingkungan 33%. Tetapi bagi Malaysia kita telah pun mencapai kejayaan melebihi paras itu dalam lingkungan 45% hingga 48% dan kita masih tidak puas hati lagi. Kita hendak cari jalan lagi, oleh sebab itulah baru-baru ini kita dengar pihak kerajaan telah pun mencadang supaya mengadakan satu makmal forensik sains yang paling canggih di Malaysia dan kita akan jemput pakar-pakar dari negara lain termasuk dengan Scotland Yard juga untuk menubuhkan makmal forensik sains di Malaysia supaya kita dapat mencari kejayaan yang lebih tinggi supaya ia dapat membantu kita untuk menjalankan siasatan terhadap kes-kes pembunuhan.

Page 12: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

DN.6.6.2001 7

Jawapan bagi soalan yang kedua ialah abad ke-21 ini adalah satu abad di mana kita menemui dengan cabaran yang kita tidak pemah melihat atau dapat rasa pada abad-abad yang kebelakangan ini dan kita juga dapat melihat begitu banyak kes ataupun satu trend yang baru di mana pembunuhan-pembunuhan ini melalui perbuatan yang cukup kejam dan ngeri. lni saya mengaku.

Tidak dapat dinafikan ialah oleh kerana rakyat di seluruh dunia ini dipengaruhi oleh pelbagai jenis influence, macam pengaruh ajaran sesat, macam kes-kes pembunuhan gangster style di Amerika Syarikat dapat ditiru oleh gangster-gangster dan pembunuh-pembunuh di negara lain. Malaysia ini sebagai sebuah negara dalam dunia ini yang sentiasa mencari kejayaan, rakyat kita juga tidak dikecualikan dari pengaruh-pengaruh seumpama ini. lni kemungkinan salah satu sebab.

Pihak polis sentiasa mengikuti cabaran-cabaran dan perubahan-perubahan, dan kadang-kadang perubahan itu terlalu cepat, terlalu pantas dan kita tidak dapat mengikut perubahan ini. Satu misalan ialah mengenai jenayah-jenayah yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan yang mempunyai kepakaran dalam sains, satu misalan ialah macam kad kredit, bila kita keluar kad kredit dengan ciri-ciri keselamatan yang baru, tidak lama dari tarikh memperkenalkannya, kumpulan jenayah telah pun mendapat teknologi supaya mereka dapat membuat kad-kad kredit yang palsu dengan teknologi yang paling baru.

lni adalah satu perubahan yang sentiasa berlaku dan kita haruslah mengikuti perubahan ini dan pihak polis sedang berbuat demikian. lni adalah satu jaminan di mana pihak kerajaan ingin memberi jaminan kepada rakyat kita supaya kita dapat lebih berusaha mencari kejayaan dalam penyelesaian kes-kes jenayah. Sekian.

5. Datuk Ghazi bin Hajl Ramli minta Menteri Dalam Negeri menyatakan secara terperinci apakah rasionalnya Malaysia menggunakan Kad Pintar Pelbagai Guna Kerajaan (KPPK) sedangkan tahap pencapaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi di Malaysia masih rendah berbanding dengan negara lain. Adakah kerajaan sudah mengkaji sepenuhnya penggunaan kad pintar tersebut terutamanya dari segi keselamatan maklumat pengguna kad pintar dalam kadar jangka pendek dan jangka panjang.

Dato' Chor Chee Heung: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan Kad Pintar Pelbagai Gguna Kerajaan (KPPK) di Malaysia adalah seiring dengan perkembangan zaman teknologi maklumat di dunia. Adalah dijangkakan menjelang tahun 2002 sebanyak 3,800 juta kad pintar digunakan di seluruh dunia di mana 33.9% daripadanya di rantau Asia Pasifik ini. Pembangunan kad pintar ini adalah salah satu daripada keupayaan negara Malaysia mengeksploitasi kecekapan dan kemudahan-kemudahan yang sedia ada di zaman teknologi maklumat dengan usaha-usaha pembangunan dan penyelidikan (R&D), dengan izin, yang dibuat setanding dengan perkembangan teknologi maklumat di dunia.

Teknologi kad pintar ini adalah salah satu teknologi daripada negara luar dan dengan pelaksanaan kad pintar di negara ini secara tidak langsung telah berlaku perpindahan teknologi ataupun technology transfer, dengan izin, dengan sedikit penyesuaian persekitaran di negara ini. Walaupun kad pintar telah dilaksanakan di negara-negara lain di dunia tetapi kad pintar di Malaysia dengan empat aplikasi yang digabungkan adalah yang terunggul di dunia apabila dilaksanakan sepenuhnya pada pertengahan tahun 2001 kelak.

Keselamatan maklumat pengguna telah diambil kira semasa pembangunan teknologi kad pintar ini, ciri-ciri keselamatan kad ini adalah lebih baik serta canggih berbanding dengan kad pengenalan yang dikeluarkan sebelum ini.

Selain daripada maklumat-maklumat yang dipamerkan di atas kad, maklumat­maklumat yang berkaitan dengan pemegangnya disimpan di dalam cip yang canggih dan berteknologi tinggi. Maklumat ini hanya boleh dibaca oleh satu alat khas yang dinamakan CAD ataupun Card Acceptance Device, dengan izin, kesahihan pemilik kad ini dapat ditentukan secara elektronik melalui pengesan cap jari pemilik kad tersebut.

Pembangunan teknologi kad pintar ini, telah mengambil kira keperluan untuk jangka pendek dan jangka panjang. Untuk jangka panjang, maklumat di dalam cip boleh ditambah kepada beberapa aplikasi lagi yang bersesuaian selain daripada yang sedia ada. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.

Page 13: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

8 DN.6.6.2001

Datuk Ghazi bin Haji Ramli: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana memberi penerangan yang begitu jelas tentang aplikasi kecanggihan teknologi terkini. Saya juga rasa sedap sedikit bila Yang Berhormat bercerita tentang bagaimana baiknya kedudukan dari segi keselamatan (security).

Cuma yang saya ingin bertanya Yang Berhormat ialah tentang pemindahan teknologi yang disebut oleh Yang Berhormat tadi. Berapakah perbelanjaannya, apa kos kepada negara dalam usaha hendak memindah teknologi ini dan berapa banyakkah bilangan kad pintar yang telah ada dalam stok atau dalam tangan sekarang. , Saya diberitahu apa yang ada pada saya, yang ada dalam tangan saya ini, ialah kata Kad Pelbagai Guna Kerajaan tetapi yang dicap dan dinamakan ialah kad pengenalan dan lesen kereta. Jadi, kalau stoknya kurang bolehlah kita memperkemaskinikan selaras dengan kecanggihan teknologi yang Yang Berhormat terangkan tadi. Terima kasih.

Dato' Chor Chee Heung: Tuan Yang di-Pertua, mengenai soalan yang pertama iaitu kos untuk pelaksanaan Kad Pintar Pelbagai Guna Kerajaan ini, buat masa ini kita tidak dapat menentukan secara tetap jumlah kos yang akan dibelanja oleh kerajaan sebab kita masih dalam proses pilot project, dengan izin, di mana hanya semua rakyat yang bermastautin di Lembah Klang diberikan keutamaan membuat permohonan untuk mendapat kad pintar pelbagai guna.

Dalam satu atau dua bulan dari sekarang, semua kota besar di Semenanjung akan diberikan juga kemudahan ini. Oleh yang demikian, kita susah hendak pasti dan menentukan jumlah kos yang akan ter1ibat dalam projek ini tetapi bila kita sampai satu masa yang mana kita dapat meramalkan jumlah kos, kita akan beritahu maklumat ini kepada Dewan yang mulia ini.

Mengenai stok kad ini, buat masa ini kita mempunyai kad yang mencukupi, stoknya mencukupi untuk seluruh negara. Walaupun projek ini dimulakan di Lembah Klang, selepas itu akan diper1uaskan kemudahan kepada semua negeri di Semenanjung Malaysia dan selepas 2002, iaitu tahun hadapan, kita akan perluaskan kepada dua negeri lagi iaitu Sabah dan Sarawak. Pada masa itu, kita boleh memperluaskan lagi kemudahan ataupun aplikasi penggunaan Kad Pintar Pelbagai Guna Kerajaan.

Bila kita memperluaskan aplikasi Kad Pintar Pelbagai Guna ini kita akan mencapai tujuh aplikasi yang lain. Buat masa ini memang hanya lesen memandu, rekod kesihatan, e-cash dan butir-butir pasport. Ada empat aplikasi sahaja, tetapi bila kita guna sampai habis, ada tujuh aplikasi. Dan tidak lama lagi saya percaya, selepas 2001 bila semua negeri ataupun bila semua rakyat dapat kad pintar ini, kita bolehlah memperluaskan penggunaan kad pintar ini hingga tujuh aplikasi. Bila sampai masa itu, saya percaya Malaysia adalah salah sebuah negara di rantau ini di mana rakyat mempunyai Kad Pintar Pelbagai Guna Kerajaan. Sekian.

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Sebagaimana kita tahu, kita sama-sama mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana telah menyediakan Kad Pintar Pelbagai Guna Kerajaan seiring dengan perkembangan teknologi maklumat.

Saya ingin bertanya kepada kerajaan sebagaimana cadangan Yang Berhormat Datuk Ghazi, lebih kurang, iaitu dari segi aplikasinya mungkin kita rasa tidak ada was-was tetapi dari segi pengenalan kad ini sendiri sebagaimana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Datuk Ghazi, dan saya bertanya hampir ramai orang yang menyatakan bahawa kad pintar ini sendiri tidak memaparkan imej kewarganegaraan ataupun imej negara yang berteraskan kepada prinsip Rukun Negara. lni adalah kerana apa yang ada sebagai lambang pada kad pintar ini hanya bendera, bunga raya dan tengkolok raja. lnstitusi agama Islam umpamanya dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan Rukun Negara tidak dipaparkan di dalam pembentukan dan sekadar ianya seperti kad biasa.

Jadi, ia tidak dilihat sebagai sebuah kad pintar. Jadi, tidak ada satu pembaharuan dari segi luaran. Jadi, apakah kerajaan bersedia untuk menarik balik pembentukan kad ini supaya dibuat pengubahsuaian sesuai dengan prinsip Rukun Negara supaya apabila kita ada kad ini, selain daripada aplikasinya, kita sebagai

Page 14: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

DN.6.6.2001 9

pemegang-pemegang kad ini akan merasakan sesuatu yang boleh membanggakan kita dari segi psychology, pendekatan latar belakang lead dan sebagainya. Terima kasih.

Dato' Chor Chee Heung: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhonnat. Sebelum kad ini direka, dari segi teknologi memang ianya harus dipinda mengikut keseluruhannya, tetapi dari design dan rekaan kad pintar inl telah pun melalui begitu banyak rundingan dan mesyuarat. Bukan sahaja pihak Kementerian Dalam Negeri yang terlibat, bahkan agensi-agensi kerajaan yang lain dan Jabatan Perdana Menteri juga terlibat dan kita telah pun mereka satu kad yang mempunyai design yang agak menarik dan mengikut ramalan kerajaan telah pun berjaya memaparkan ciri-ciri sebagai seorang rakyat Malaysia ..

Kalau kita banding dengan kad-kad pengenalan yang lain ataupun dari negara yang lain, saya percaya ini adalah kad yang paling menarik sekali dan di muka kad ini kita dapat melihat begitu banyak corak dan design yang mewakili ciri-ciri keMalaysiaan dan percayalah Yang Berhormat, kita telah masukkan semua dalam kad ini - tengkolok raja-raja, twin towers (bangunan yang paling tinggi di dunia), dan bunga raya. Apa yang kita telah dapat fikir semua sudah masuk.

Saya percaya ini adalah satu kad yang menarik dan dalam abad teknologi maklumat ini, memang kita sentiasa harus mempunyai pembaharuan yang disarankan oleh Yang Berhormat dan kita akan buat demikian. Waiau bagaimanapun, kalau cadangan hendak tarik balik, hendak tukar design kad baru, saya ingat susahlah sikit sebab kosnya amat tinggi. Sekian, terima kasih.

6. Dato' Hajl Muhammad bin Hajl Abdul Ghant minta Menteri Pertahanan menyatakan apakah perancangan dan pelaksanaan yang dibuat untuk memperkukuhkan kekuatan dan kesempumaan Angkatan Tentera Malaysia supaya imej dan kemampuannya setanding dengan Angkatan Tentera negara-negara maju. Sejauh manakah R&D yang telah dibuat terhadap peralatan yang ada sekarang dan adakah ianya setanding dengan teknologi terkini.

Tlmbalan Menteri Pertahanan [Datuk Mohd. Shafte bin Hajl Apdal]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pertahanan sentiasa cuba mengulas strategi pembangunan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia berdasarkan kepada perkembangan strategik politik dan keupayaan ketenteraan serantau di samping peka terhadap perkembangan dinamik teknologi persenjataan.

Keupayaan ini bertujuan untuk merealisasikan strategi cegah rintang, atau deterrent, dengan izin, dan berdikari atau self-reliance. Oleh itu, perancangan pembangunan ATM adalah untuk menjana keupayaan angkatan tentera yang seimbang, credible dan menggerunkan terhadap bakal pengancam daripada luar.

ATM juga sedang memperkasakan sistem keupayaan persenjataan dan keupayaan teknologi maklumat dengan memperolehi persenjataan canggih yang sealiran dengan perkembangan dinamik atau revolusionary dalam bidang ketenteraan, atau dengan izin, revolutions in military affair.

Peningkatan keupayaan persenjataan ini menjadi, dengan izin, a force multiplier kepada keupayaan dan kekuatan ketenteraan secara keseluruhan, dan usaha membekalkan ATM dengan keupayaan ketenteraan yang strategik dan tactical akan direalisasikan secara berterusan.

Antara keupayaan yang direncanakan adalah memodenkan kelengkapan ketenteraan ATM dengan memperolehi a main aerial vehicle system, air-bome early warning system, kapal selam, peluru berpandu, dengan izin, Multiplier Launch Rocket System (MLRS) dan meriam jarak jauh.

Kementerian juga berusaha mempertingkatkan pembangunan sumber manusia dengan mengutamakan, dengan izin, knowledge base bagi merealilsasikan keupayaan ketenteraan dan hasrat Kementerian Pertahanan sebagai sebuah teaming organisation sesuai dengan program satu tentera, satu arah, satu kemahiran.

ATM telah dan akan menekankan pengajian sains kejuruteraan dan teknologi maklumat dan komunikasi melalui Pusat Sains dan Teknologi Pertahanan. Kementerian akan terus meningkatkan usaha menerima dan meminda teknologi pertahanan terkini melalui aktiviti-aktiviti penilaian, penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan penyiasatan teknikal yang meliputi persenjataan, sistem ketenteraan elektrik

Page 15: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

10 DN.6.6.2001

dan elektronik, sistem jentera dan aero-angkasa, kajian bio-fizikal dan pemakanan clan penyelidikan operasi.

Kementerian Pertahanan juga menggalakkan kerjasama R&D dalam usaha­usaha di antara industri pertahanan tempatan dan beberapa buah institusi penyelidikan di luar negara yang berorientasikan, dengan izin, dual-purpose technology untuk merealisasikan strategi berdikari dan pembangunan industri pertahanan negara dalam peralatan dan persenjataan yang mempunyai state of art technology, dengan izin.

Tuan Abdlllah bin Abdul Rahim: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah kemajuan yang telah dicapai oleh pihak kementerian setakat ini dalam cadangannya untuk membeli kapal selam dan adakah penggunaan kapal selam ini kelak akan dapat memberi prestasi yang lebih baik dalam pengawasan tentera laut kita di kawasan perairan Laut Sulu. Sekian, terima kasih.

Datuk Mohd. Shafie bin Hajl Apdal: Terima kasih, Yang Berhormat yang telah membangkitkan tentang peralatan kapal selam. Prestasi perkembangan ini telah pun di peringkat yang terakhir di mana kita telah membentuk satu badan untuk mengkaji tentang keupayaan daripada jenis dan juga daripada negara mana yang kita akan beli. Kita sudah pun di peringkat yang terakhir dan sediklt masa lagi saya rasa, perkara ini akan kita meterai. Kita jangka kita akan membeli sebanyak empat buah kapal selam, dan perkara ini akan dimaklumkan sebaik sahaja ianya sudah dirunding sama ada dari segi harga atau jenis-jenis yang kita akan beli.

Sudah pasti dengan adanya kapal selam ini akan dapat memperkuatkan Kementerian Pertahanan untuk mempertahankan negara kita kerana dengan adanya kapal selam ini, maklumlah negara kita adalah merupakan satu negara yang mempunyai kawasan persempadanan yang begitu luas dan perairan yang begitu panjang. Kalau hanya dari Sarawak sampai ke Sabah lebih daripada 4,600 kilometer jarak jauhnya, dan dengan itu untuk mengawal persempadanan ini menerusi bukan hanya dari udara, tetapi juga di laut dan darat, adalah satu perkara yang tidak mudah.

Dengan adanya kapal selam ini sudah pasti juga kita dapat mengatasi anasir­anasir yang kemungkinan mereka tidak sedar bahawa tentera kita berada di sana untuk meninjau kerana kapal selam ini bukan hanya dilengkapkan dengan torpedo, dengan pelbagai peralatan persenjataan, bahkan juga dengan radar yang boleh mengenal pasti pergolakan di persekitaran atasan air yang ada di lautan di sempadan negara kita. lnsya-Allah, ia akan dapat memperkuatkan pertahanan negara kita.

Tuan Zainal bin Rampak: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya berterima kasihlah kepada kerajaan kerana kita telah mula memandang lebih jauh dan memberikan angkatan senjata kita peralatan yang begitu baik.

Saya ingin tahu, sepertimana yang telah dijawab oleh Timbalan Menteri tadi, kapal selam yang akan dibeli ini adakah kapal selam yang baru ataupun second-hand. Saya hendak tahu oleh kerana kita mendengar surat khabar menyatakan there is somebody, atau ada sebuah syarikat membeli kapal selam, buat repair dan offer kepada Kerajaan Malaysia. Kalau benar, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat tahu dan saya ingin mencadangkan lebih baiklah beli kapal selam yang lebih baik, lebih canggih, lebih termoden, dan kosnya dalam jangka panjang tidak rnelibatkan rakyat dalam negeri ini. Terima kasih, Yang Berhormat.

Dato' Chor Chee Heung: Negara kita adalah sebuah negar;i yang kita tahu membangun dan mempunyai kebolehan dalam mengurus kewangan. Walaupun demikian, Kementerian Pertahanan agak terbatas dari segi pembahagian kewangan yang diagihkan kepada kementerian-kementerian berbanding dengan negara-negara yang lain. Setengah-setengah negara membelanjakan hampir 26% daripada GDP untuk sistem pertahanan negaranya.

Maka dengan itu, pertimbangan yang akan dibuat kelak untuk kapal selam ini adalah berasaskan seperti yang saya sebutkan, melengkap dengan memodenkan persenjataan negara kita dan sudah pasti kita akan membeli, mungkin dua buah kapal selam yang baru, insya-Allah. Dan dua buah lagi adalah merupakan yang lama dan ia akan digunakan untuk latihan sebahagiannya. Yang barunya adalah yang terkini dan mempunyai kecanggihan.

Tidak lama lagi saya akan bertolak untuk meninjau juga daripada tempat­tempat yang kita kenal pasti di mana kita akan membeli peralatan ini dan kita tinjau

Page 16: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

DN.6.6.2001 11

tentang kebenaran bahawa peralatan kapal selam ini adalah sebahagian daripada peralatan kapal selam yang terbaik di dunia dan saya yakin bahawa kapal selam baru yang kita beli ini dapat mengatasi masalah anasir-anasir yang cuba untuk mengancam negara.

7. Tuan Hassan bin Hajl Shukrl minta Menteri Kerja Raya menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk membina lebuh raya empat lorong dari Bentong ke Kota Bharu melalui Gua Musang memandangkan berlaku peningkatan jumlah kenderaan ke negeri tersebut sekarang ini. Jika ya, bila dan jika tidak apakah sebabnya.

Setlausaha Parllmen Kementerlan Kerja Raya [Datuk Yong Khoon Seng): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini, kerajaan tidak mempunyai cadangan untuk membina lebuh raya empat lorong dari Bentong ke Kota Bharu melalui Gua Musang memandangkan jalan yang sedia ada berupaya menampung bilangan trafik yang menggunakan jalan ini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kerajaan sedang melaksanakan projek menaik taraf dan melurus jalan-jalan di bahagian tertentu yang merbahaya dari Bentong ke Kuala Lipis. Status terkini kerja-kerja tersebut adalah seperti berikut:

(i) bahagian jalan dari bandar Bentong hingga bandar Raub dijangka siap pada pertengahan bulan ini; dan

(ii) bahagian jalan dari bandar Raub ke Kuala Lipis akan dilaksanakan di bawah kaedah bayaran tertangguh atau dengan izin, deferred payment, dan pembinaan dijangka bermula pada awal tahun hadapan.

Puan See Too Mee: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Adakah kementerian membuat kajian tentang masalah kesesakan di lebuh raya, di sebahagian atau seksyen di sepanjang lebuh raya PLUS, umpamanya di bahagian di antara Alor Gajah dan Seremban, yang menghadapi masalah kesesakan pada waktu pagi, waktu mula kerja dan petang waktu lepas kerja. Keadaan begitu tidak sepatutnya terjadi. Oleh itu, adakah pihak kementerian bercadang untuk menambah lagi lorong lebuh raya di bahagian yang memerlukannya supaya masalah seperti itu dapat diatasi. Terima kasih.

Datuk Yong Khoon Seng: Tuan Yang di-Pertua, tidak dinafikan memang pada masa-masa tertentu ada juga kesesakan lalu lintas di lebuh raya. Sepatutnya tidak ada, tetapi ada juga berlaku seperti hari lsnin ini di mana oleh kerana hari cuti, orang semua balik dari kampung. la sesak tetapi pada keseluruhannya tidak berlaku kesesakan sebenar.

Apa yang berlaku di tempat-tempat tertentu ialah melalui plaza-plaza tol di mana kutipan tol ini telah dibuat secara manual yang akan berlaku sedikit gangguan, tetapi kalau kita semua pakai kad pintar dengan touch n' go atau smart card, smart tag, ia sedikit sebanyak akan mengurangkan kesesakan.

Jikalau ada sesuatu tempat yang spesifik di mana lalu lintas melebihi kemampuan jalan, lebuh raya kita tentu akan memperluaskan lebuh raya tertentu tetapi pada masa sekarang saya tidak tahu di mana boleh berlaku pagi dan petang. la memang melalui plaza-plaza tol, saya ingat. Kalau betul-betul jalan empat lorong ini tidak mampu lagi kita juga akan cadang supaya ianya diperluaskan ke enam lorong, saya harap Yang Berhormat boleh menulis kepada kementerian kita supaya dapat juga diambil tindakan. Terima kasih.

Puan Sitt Zallah blntl Mohd. Yusoff: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, kalau kita melihat dalam suasana yang ada hari ini kesesakan jalan raya ke Kota Bharu, Kelantan memang terdesak sekali dan begitu juga bukan sahaja jalan raya, kesesakan di lapangan terbang.

Jadi, saya hendak tahu setakat ini sejauh manakah projek pembesaran lapangan terbang di Kota Bharu dan projek pembesaran lapangan terbang di T erengganu setakat ini?

Datuk Yong Khoon Seng: Tuan Yang di-Pertua, ini di luar Kementerian Kerja Raya. lni di bawah Kementerian Pengangkutan.

8. Datuk Long bin Jidin minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan adakah ada sebarang rancangan untuk menggabungkan kesemua koperasi yang

Page 17: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

12 DN.6.6.2001

dimiliki oleh Orang Asli bagi setiap negeri dan menjadikannya sebuah koperasi di peringkat pusat supaya ianya menjadi koperasi yang kuat dan berdaya saing.

Setlausaha Partlmen Kementertan Pembangunan Luar Bandar [Puan Hajah Rohanl blntl Hajl Abdul Karim]: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan tidak berhasrat menggabung koperasi-koperasi yang dimiliki oleh Orang Asli kepada satu koperasi pusat.

lngin saya maklumkan bahawa pada awal tahun 80'an telah diwujudkan satu koperasi pusat bagi menguruskan hal-hal berkaitan koperasi iaitu Koperasi Kijang Emas Berhad. Kemudiannya, digalakkan supaya setiap Orang Asli negeri menubuhkan koperasi mengikut negeri. Faedah yang dijangka daripada menubuhkan koperasi mengikut negeri ialah:

(i) setiap koperasi negeri dapat menguruskan koperasi dengan keahlian di negeri-negeri dan mempelbagaikan sumber pendapatan koperasi masing-masing;

(ii) sumber-sumber pendapatan koperasi adalah atas budi bicara atau pemberian kerajaan negeri yang mana pihak berkuasa negeri mensyaratkan hanya Orang Asli negeri berkenaan sahaja berhak mendapat faedah dari aktiviti koperasi di negeri mereka; dan

(iii) lebih ramai Orang ASli berpeluang mempelajari pengurusan koperasi mereka sendiri dengan keahlian tempatan supaya faedah atau pengagihan keuntungan koperasi dapat dirasai bersama.

Terima kasih.

Datuk Long bin Jidln: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Kalau itulah jawapannya apakah pandangan kementerian kedudukan koperasi-koperasi Orang Asli ini akan berdaya saing.

Yang kedua, berapakah jumlah aset dan dana yang dimifiki oleh koperasi tersebut dan berapa ramaikah ahli-ahli Orang Asli yang menjadi ahli kepada setiap koperasi di negeri-negeri? Terima kasih.

Puan Hajah Rohanl binti Haji Abdul Karim: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada maklumat seperti yang dikehendaki oleh Yang Berhormat Datuk iaitu dari segi kedudukan koperasi pada masa ini adakah ia berdaya saing dan berapakah jumlah aset tetapi maklumat yang saya dapat adalah pada masa ini ada empat buah koperasi yang dianggotai sebahagian besamya oleh Orang Asli iaitu Koperasi Kijang Emas, Koperasi Daya Asli Johor, Koperasi Orang Asli Kelantan dan Koperasi Orang Asli Pahang.

Jadi, buat masa ini jabatan sedang menifai kedudukan koperasi-koperasi itu untuk tujuan menentukan cara-cara bagaimana ia dapat membantu secara lebih berkesan ke arah peningkatan tahap ekonomi Orang Asli terutamanya dalam bidang pertanian, temakan dan industri kecil. Jabatan Orang Asli memang sedang bekerjasama dengan Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi untuk mencari jalan yang terbaik untuk meningkatkan peranan koperasi Orang Asli ini. Terima kasih.

9. Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah dan jenis filem dan tayangan televisyen yang diharamkan pada tahun 1999 dan 2000 mengikut negara pengeluaran.

Dato' Chor Chee Heung: Tuan Yang di-Pertua, sepanjang tahun 1999 sebanyak 534 tajuk filem diharamkan dan bagi tahun 2000 sebanyak 793 tajuk filem diharamkan. Dari segi pecahan jumlah dan jenis filem dan tayangan televisyen yang diharamkan dalam tahun 1999 dan tahun 2000 mengikut negara pengeluar adalah seperti berikut:

Page 18: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

DN.6.6.2001 13

(a) Filem untuk tayangan di pawagam:

N~am Eeng§lyar Tahun 1~~9 Tahun 2000

Amerika Syarikat 14 16

Hong Kong 2 6

India 2 11

Indonesia 2

Lain-lain 3

(b) Filem untuk siaran televisyen:

N~ara Eengelyar Tahun 199~ T51hun 2QOO

Amerika Syarikat 60 69

Hong Kong 54 33

India 49 18

Malaysia 9 23

Kanada 3 17

Britain 5

Lain-lain 12 3

(c) Filem di dalam bentuk tape:

Negara Pengeluar Tahun 1999 Tahun 200Q

Amerika Syarika 90 126

Hong Kong 65 54

Indonesia 44 186

Britain 20 12

Malaysia 44 74

Singapura 25 99

India 21 13

lni adalah maklumat yang ada pada saya. Sekian.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengetahui terutama sekali tape dan juga filem-filem ini daripada kawasan Asia ini pun kita haramkan terutamanya saya tengok tape daripada Indonesia pada tahun 1999 meningkat kepada 186, Malaysia pun begitu juga ada yang diharamkan.

Jadi, saya hendak tahu apakah jenis pengharaman ini, ini kerana seksualkah, kerana keganasankah, kerana kepercayaan karutkah dan siapakah yang tengok banyak sangat filem-filem ini sehinggakan boleh menentukan yang ini haram dan yang ini tidak haram? Saya tidak tahu cara-caranya.

Dato' Chor Chee Heung: Tuan Yang di-Pertua, jenis-jenis dan tajuk-tajuk filem yang diharamkan oleh pihak kerajaan ini sebab-sebabnya ialah kebanyakannya di antara dua perkara:

(i) yang mempunyai isi kandungan keganasan; dan

(ii) adalah filem-filem yang mempunyai isi kandungan yang amat lucah dan tidak sesuai untuk ditayangkan di negara kita.

Kalau saya ditanya siapakah yang suka melihat filem-filem ini, ini susah hendak dikatakan juga sebab pengeluar tidak kira asalkan boleh jual, dia orang eksport

Page 19: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

14 DN.6.6.2001

sahajalah dan sebelum filem-filem dan tape-tape boleh diberikan pengeluaran dan ditunjuk, ditayangkan di Malaysia, maka pihak Lembaga Penapisan akan buat penapisan dahulu. lni menjaga kebajikan dan akhlak rakyat Malaysia pada keseluruhannya. Sekian.

Puan Jamllah blntl Ibrahim: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, berita tergempar tiga hari berlalu mengenai kanak-kanak perempuan menjadi mangsa seks, saya terlupa figurenya mungkin satu juta lebih. Adakah ini berkaitan juga dengan pengaruh filem tanpa dikawal ataupun apakah faktor utamanya? Terima kasih.

Dato' Chor Chee Heung: Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat saya mempunyai sedikit kesukaran untuk menjawab sebab saya tidak mempunyai angka-angka ataupun statistik-statistik dan sebab-sebab. Saya percaya kementerian lain mungkin boleh membantu macam Kementerian Kesihatan tetapi tidak dapat dinafikan ialah kalau kerajaan tidak memainkan peranan dari segi membuat tapisan terhadap filem-filem dan tape yang diimport dari negara luar sebelum ditayangkan di negara kita, maka ini mungkin boleh menjadi salah satu sebab yang agak boleh mempengaruhi bukan sahaja kanak-kanak dan penuntut-penuntut sekolah tetapi juga penjenayah-penjenayah di negara kita. Sekian.

10. Puan Siti Zallah bintl Mohd. Yusoff minta Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan apakah usaha-usaha yang telah, sedang dan akan dibuat oleh pihak kerajaan bagi pembelaan kanak-kanak terencat akal dalam memastikan mereka juga tidak ketinggalan dalam era ICT dan globalisasi.

Setlausaha Parllmen Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat [Dato' S. Veeraslngam]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia sentiasa peka dan prihatin terhadap golongan ini. Biasanya bagi kanak-kanak terencat akal Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia menyediakan dua pendekatan perkhidmatan iaitu perkhidmatan di institusi dan perkhidmatan luar.

Bagi kanak-kanak yang ditempatkan di institusi perkhidmatan, latihan dan pemulihan diberi agar mereka berdikari mengikut keupayaan masing-masing dan menyesuaikan diri dengan keluarga dan masyarakat. Program-program latihan yang disediakan termasuk kelas akademik, latihan vokasional, latihan pemulihan, cara hidup, pendidikan agama dan moral dan latihan sukan dan rekreasi.

Bagi kanak-kanak yang tidak ditempatkan di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia menyediakan aktiviti latihan dan pemulihan bersama masyarakat tempatan. Program ini dikenali sebagai Program Oalam Komuniti (POK), latihan yang disediakan termasuk latihan pemulihan diri, latihan mengurus diri, latihan membaca, menulis dan mengira (3M), pendidikan agama dan moral.

Perkembangan sosial dan latihan vokasional - Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dengan kerjasama Majlis Teknologi dan Komunikasi Kebangsaan (NITC) sedang merancang untuk melaksanakan projek POK Net untuk membangunkan modul pembelajaran melalui kaedah latihan dan pemulihan berasaskan komputer, computer based training, dengan izin, dan membuat rangkaian antara POK di seluruh Malaysia POK on-line. Sekian, terima kasih.

Puan Sitl Zailah bintl Mohd. Yusoff: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, anak merupakan anugerah Allah S.W.T dan tiada siapa yang menginginkan anak mereka cacat.

Jadi, dalam soalan saya adakah kerajaan memperuntukkan satu dana untuk membela keluarga yang mempunyai anak yang cacat untuk meringankan beban mereka yang terencat akal ini dan yang seterusnya adakah kerajaan telah memperuntukkan untuk memperkembangkan, memperbanyakkan lagi kelas-kelas khas ini kepada jajahan di seluruh negara?

Dato' S. Veeraslngam: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator. Sebenamya jika sesebuah keluarga menghadapi masalah dari menguruskan anak-anak cacat kerana kewangan ataupun pendapatan yang rendah, mereka boleh memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berdekatan dan mereka akan diberi bantuan.

Page 20: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

DN.6.6.2001 15

Jika seseorang yang cacat itu bekerja dan jika pendapatannya kurang dari RM450 Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menambahkan lagi RM100 sebulan untuk menguruskan dirinya sendiri. Bagi mengadakan kelas-kelas tambahan di seluruh negara sebenamya Jabatan Kebajikan Masyarakat menggalakkan orang-orang tempatan dan masyarakat supaya mendirikan tempat-tempat pemulihan POK yang saya sebut tadi di mana kementerian saya sedia membantu mereka untuk membayar sewa tempat dan lain-lain supaya mereka boleh mengadakan suatu tempat dan boleh menjaga anak-anak mereka. Di situ juga kita akan mengadakan POK Net di mana anak-anak kita boleh menggunakan komputer dan lain-lain.

Untuk makluman Yang Berhormat, bukan sahaja perkara itu kementerian juga melalui vendor Universiti Teknologi Malaysia, Unit IT, kita juga akan mengadakan unit komputer di semua pusat aktiviti kanak-kanak, kita ada sebanyak 87 pusat aktiviti kanak-kanak di seluruh negara sekarang dan ianya juga akan dilengkapkan dengan komputer-komputer melalui vendor ini supaya anak-anak kita semua menjadi IT literate. Sekian, terima kasih.

Puan Jamilah bintl Ibrahim: Terima kasih,Tuan Yang di-Pertua. Mengenai kanak-kanak terencat akal saya ingin tahu adakah kerajaan dapat mengesan setakat ini ibu bapa yang tidak boleh menerima hakikat kewujudan anak-anak mereka terencat akal tanpa mendapat mesra, kasih sayang, layanan dan tanggungjawab. Terima kasih.

Dato' S. Veeraslngam: Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu masalah yang besar di mana Jabatan Kebajikan Masyarakat menjadi kaunselor untuk membimbing keluarga-keluarga yang ada anak-anak yang terencat akal. Ada juga ibu bapa yang tidak membenarkan anak itu masuk untuk latihan di POK ataupun di lain-lain pusat dan apabila mereka sudah tua dan tidak dapat menjaga anak itu, anak itu akan menjadi masalah kepada keluarga yang lain apabila ibu bapa sudah meninggal.

lni menjadi satu masalah dan kementerian saya melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa memberi nasihat kepada keluarga-keluarga yang malang ini dan juga saya berharap pekerja-pekerja sosial, sukarelawan di kawasan-kawasan itu jika ada kes-kes seperti ini boleh melaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya mereka boleh memberi nasihat kepada keluarga itu cara menjaga anak-anak yang kurang bemasib baik ini.

11. Datuk Christina Tibok Vanhouten minta Menteri Pembangunan Usahawan menyatakan berapakah permohonan dari Sabah yang telah diterima oleh institusi kewangan di bawah Skim Tabung lndustri Kecil dan Sederhana (TIKS) sepanjang tahun 2000 dan berapakah jumlah permohonan yang telah diluluskan dan jumlah pinjaman yang telah dikeluarkan.

Setlausaha Parliman Kementerlan Kewangan [Tuan Hashim bin Ismail]: Tuan Yang di-Pertua, bagi tahun 2000 jumlah permohonan pinjaman dari Sabah yang telah diluluskan di bawah Tabung lndustri Kecil dan Sederhana (TIKS) ialah 365 dengan amaun sebanyak RM313.2 juta manakala jumlah yang telah dikeluarkan ialah sebanyak RM257.3 juta. Bagi TIKS 2 pula yang telah dilancarkan pada 15 April 2000, sebanyak empat permohonan dari Sabah telah diluluskan rr.elibatkan amaun sebanyak RM3.0 juta manakala jumlah yang telah dikeluarkan pula ialah RM1 .5 juta. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa bagi Soal Jawab Lisan sudah cukup.

[Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Lisan telah cukup dan Jawapan bagi Pertanyaan No. 12 hingga 22 adalah dl]llid dalam buku yang beraslngan}

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM 2001

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang." [5 Jun 2001]

Page 21: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

16 DN.6.6.2001

Tuan Yang dl-Pertua: Saya minta Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman menyambung ucapannya.

11.19 pagl.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin meneruskan perbahasan tentang Rang undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 yang bermula semalam.

Tuan Yang di-Pertua, petang semalam saya ada menyebutkan bagaimana wang-wang yang diterima secara tidak mengikut peraturan ini dicuci ataupun didobikan menerusi laundering system ini di mana wang-wang ini kita difahamkan berasal kebanyakannya dari segi pengedaran dadah, penjualan senjata yang bercanggah dengan undang-undang antarabangsa, penyeludupan barangan dan manusia, penipuan, rasuah dan sebagainya.

Jadi, untuk mereka menentukan supaya wang-wang ini temampak dan dinampak oleh orang ramai sebagai wang yang suci, ianya terpaksa disalurkan menerusi kadang-kadang orang-orang tengah yang dipanggil, dengan izin, professional intermediary yang kadangkala mengambil sampai 5%, 10%, 25% dari segi komisennya dan orang ini pun terus membuatnya kerana hendak menampakkan, menzahirkan supaya wang itu suci. Dan, mereka ini pula, selalu Tuan Yang di-Pertua, menghantarkan duit-duit ini menerusi institusi-institusi kewangan, menerusi kedai-kedai seperti travel agent, menerusi kadangkala institusi-institusi kewangan luar pesisiran, offshore financial centre, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.

Terutama sekali, kalau dulunya The British Virgin Island (BVI) dan juga seperti di Labuan, saya tidak tahulah, sebab itu saya dahulu mengatakan bila kita luluskan Rang Undang-undang Luar Pesisiran Labuan, saya mengatakan kita kena berhati-hati, adakah Labuan mungkin digunakan oleh mereka yang menggunakan terutama pengedar dadah. Tuan Yang di-Pertua, kerana jumlah wang semacam ini ditaksirkan anggarannya lebih kurang USD400 bilion. Daripada USD400 bilion ini, saya diberitahu, saya difahamkan USD250 bilion adalah daripada dadah.

Cuba tengok negara kita sendiri, Tuan Yang di-Pertua, berapa ramai daripada statistiknya mereka yang terjebak dengan dadah. Setiap mereka yang terjebak dengan sudah mesti membelanjakan wang ringgit untuk membeli dadah dan dadah diharamkan, tidak dijual di pasaran terbuka. Soalnya sekarang kalau kita kajikan statistik dan membuat, dengan izin, correlation, satu perbandingan antara penagih dadah yang wujud di negara kita ini - ratus-ratus ribu dengan wang yang digunakan, yang diterima oleh pengedar-pengedar dadah.

Tuan Yang di-Pertua, suka saya hendak bertanya Kementerian Dalam Negeri, kita memang sentiasa dan selalu menangkap orang-orang yang ketagih dadah, tetapi jarang sekali kita menangkap tauke-tauke dadah di mana wang yang berpunca daripada mereka itu telah pun ditukarkan, diubahkan dari segi kezahirannya untuk menjadi halal dan digunakan untuk membeli khazanah kekayaan peribadi.

Jadi, kita ingin mengetahui daripada pihak kerajaan, adakah mereka membuatkan perbandingan dengan jumlah penagih dadah di negara kita dan membayangkan berapa jumlah wang seperti ini dikutip oleh pengedar-pengedar dadah dan berapa ramai pengedar-pengedar dadah ditangkap vis-a-vis, ataupun kalau dibandingkan dengan orang-orang penagih kerana penagihan dadah seperti yang saya nyatakan tadi penjualan dadah merupakan USD250 bilion.

Pada masa yang sama, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengetengahkan kembali, sungguhpun kita ada Rang Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 dan yang akhimya wang-wang ini sesungguhnya disalurkan menerusi perdagangan mata wang, sebab itulah pada waktu kita menghadapi krisis dalam tahun 1997-1998 Perdana Menteri kita di dalam satu perjumpaan pada September 20, 1997, di khalayak Persidangan Tahunan Pertubuhan Mata Wang Antarabangsa dan Bank Dunia di Hong Kong, Perdana Menteri kita mengatakan, "Currency trading is unnecessary, unproductive and immoral", dengan izin, dan perdagangan mata wang menjadi terlalu kaya dengan mengakibatkan orang biasa dan orang lain miskin.

Pada waktu itu, Tuan Yang di-Pertua, banyak orang tidak bersetuju dengan Perdana Menteri, lebih-lebih lagi Soros, yang menjadi penaja dan penasihat penaja dan ketua Soros Fund Management, dan Ketua Penasihat Quantum Fund. Dia kata,

Page 22: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

DN.6.6.2001 17

dengan izin, •Hedge fund yang terbesar di dunia ialah oleh Quantum Fund.• Dia kata, dengan izin, ·interfering with the convertibility of capital is a recipe of disaster.• Dan terus mengatakan, "Dr Mahathir is a menace to his own countty".

Kata Soros, kalau kita mengambil bahagian untuk menentukan arus perdana transaksi mata wang dunia, kita akan mengakibatkan ketelusan yang kurang dan perdagangan tidak bebas dan ini merupakan satu resipi untuk menentukan negara­negara tidak selamat, hancur. Ha, ini Soros. Tetapi orang yang sama lepas itu bersetuju, Tuan Yang di-Pertua. Apabila Perdana Menteri kita mengutarakan pertunya The International Financial Architecture, atau Rangka Sistem Kewangan Antarabangsa diwujudkan, pada peringkat awal tidak setuju.

Sekarang ini saya tengok buku yang terbaharu oleh Soros, The Crisis Of Global Capitalism: Open Society And Danger oleh George Soros, dia kata, muka surat 192,

·unfortunately, international financial market are unstable, keeping domestic financial -market totally expose to the vagaries of international financial market could cause greater instability than a country there has before dependent on foreign capital can endure. Some form of capital control may therefore be preferable to instability even if it could not constitute good policy in an ideal world.

Bererti, Tuan Yang di-Pertua, Soros bersetuju dalam keadaan terumbang­ambingnya transaksi-transaksi mata wang yang berjumlah pukul rata USD1 .5 trilion, dia bersetuju pertunya wujud satu mekanisme untuk menentukan pasaran ini dijaga dengan baik dan ianya pertu dibuat. lni Soros cakap, dia sudah jilat balik air ludahnya, yang dahulu dia kata kepada Perdana Menteri, menace to his own country, sekarang ini dia mengaku.

Dunia sendiri, Tuan Yang di-Pertua, sungguhpun Amerika dengan Washington consensusnya iaitu IMF, World Bank, dan juga The Treasury iaitu Perbendaharaan Amerika dengan Wall Street, dia ada satu pakatan untuk menentukan perdagangan antarabangsa dari segi kewangan ini tidak per1u masuk campur, tetapi di sinilah, Tuan Yang di-Pertua, kalau USD1 .5 trilion transaksi ber1aku, dia tidak mari. Dan pukul rata, Tuan Yang di-Pertua, khazanah dari segi kewangan ini lebih besar lagi daripada Keluaran Dalam Negara Kasar. USD300 trilion dibandingkan hanya USD30 trilion KDNK global dunia besamya.

Dialah akan menguasai dunia dan di sinilah tempatnya bertapak dan berpaksinya wang-wang yang haram ini kerana pada akhimya wang-wang ini menyalur dan menular ke kawasan-kawasan, institusi-institusi kewangan yang digunakan untuk transaksi mata wang. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, di sini tempat yang patut kita tackle, yang patut kita beri perhatian, The International Financial Architecture, Kerangka Sistem Kewangan Antarabangsa ini, di sini patut kita beri.

Saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Malaysia kerana dalam mesyuarat G-15 baru-baru ini di Jakarta mereka semuanya bersetuju untuk menubuhkan satu kumpulan pakar di tanah air kita ini bagi mengkaji dan memberi pandangan kepada dunia, peranan kita G-15 untuk mewujudkan Kerangka Sistem Kewangan Antarabangsa, kerana Tuan Yang di-Pertua, negara-negara maju apabila mereka bermesyuarat di Jakarta, di Jepun, baru-baru ini, G-7 dan G-8 kerana Rusia pun hendak masuk, mereka bersetuju tetapi sampai sekarang tidak buat apa. Seolah-olah mereka mempunyai kepentingan untuk menjaga institusi-institusi kewangan antarabangsa macam George Soros ini supaya mereka terus dapat menjalankan transaksi-transaksi mata wang setiap hari dan dengan yang demikian banyaklah negara-negara kecil yang membangun terjunam kerana mereka ini lebih besar kuasanya.

Tuan Yang di-Pertua, inilah kuasa dunia yang akan datang, mereka mempunyai dana kewangan. Sebab itu kita sekarang ini, Tuan Yang di-Pertua, bergantung kepada FDF, pelaburan asing yang terus kepada negara kita, kerana mereka juga memertukan. Wang ini kadangkala wang yang datangnya daripada pusat­pusat yang telah pun mencuci wang-wang yang diterima secara haram.

Dalam surat khabar baru-baru ini, kita terbaca seorang yang menculik seorang doktor, Tuan Yang di-Pertua, diikatnya doktor ini sampai lima enam hari, diletaknya bawah pokok dalam hutan, sampai doktor ini terkencing, tidak minum dan sebagainya,

Page 23: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

18 DN.6.6.2001

minum air sejuk, makan roti dan sebagainya. Salah seorang daripadanya dengan RM125 ribu menuju hala ke Genting - Tuan Yang di-Pertua, kasino merupakan satu tempat conduit atau tempat mereka menyalurkan wang haram ini.

Saya boleh bayangkan orang ini menuju ke Genting, dia hendak tukar duit itu dengan plastik, chip. Bila dia beli chip ini, dan dia buatlah cara-cara hendak main judi di sana, duit itu seolah-olah datang daripada Genting Highlands. Dia keluar daripada Genting, dia khabar dia menang RM125 ribu. Ha, ini berlaku, Tuan Yang di-Pertua. Cemas-cemas berlaku, tetapi mana tahu yang lain telah pun berlaku, perkara semacam ini.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat)

Jadi, saya minta pihak kerajaan dengan wujudnya kasino di Bukit Tinggi ... Ha, ini pihak kerajaan [sambil menoleh ke belakang] dengan wujudnya kasino di Bukit Tinggi, di bawah Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, kita kena kaji kemungkinan wang-wang dadah seperti ini menyalur ke kasino-kasino, baik kasino di Genting mahupun kasino di Australia, kasino di England atau kasino atas kapal supaya tempat itu disekat daripada berlakunya kegiatan-kegiatan seperti ini.

Kalau tidak, Tuan Yang di-Pertua, dadah terus didagangkan, penagih terus meningkat, sikaya tidak ditangkap dan wang diterima terus dijalankan pengubahan wang haram ini. Jadi, kasino tempat kita pun kita kena jaga supaya perkara ini tidak disalurkan melalui kasino. Jadi, perkara semacam ini, yang macam penculik dan sebagainya, saya hendak tahu, Tuan Yang di-Pertua, setakat ini mesti kita ada laporan, berapa ramaikah orang yang diculik dan tebusan yang dibayar, jumlahnya, berapa yang diculik, termasuk doktor yang kena ikat di pangkal pokok itu? Dan banyak lagi saya dengar orang-orang kecil, orang besar - anak, kena culik dan wang tebusan dibayar. Jadi, kita hendak mengetahui, wang tebusan itulah salah satu daripada wang yang diterima secara jenayah ini dan digunakan.

Pada masa yang sama, Tuan Yang di-Pertua, saya menyeru pihak kerajaan menerusi G-15, supaya menyuarakan pendirian kita dengan tegas untuk hendak mewujudkan Sistem Kewangan Antarabangsa ini dan merapatkan diri di bawah kepimpinan Tan Sri Dr Zety ini, Bank Negara Malaysia bersama-sama dengan bank­bank pusat antarabangsa, The Reserve Bank of Australia, Federal Reserve Bank di Amerika, Central Bank di UK, BIS Bank International Settlement di Brussel dan bank­bank lain, di EU Central Bank, semua ini bekerjasama dengan secepat mungkin mewujudkan satu sistem pengawalan dari segi transaksi mata wang dunia ini untuk dikawal sebelum kita bersetuju dengan pelaksanaan apa yang termaktub di dalam financial task force yang dibuat oleh badan-badan seperti pertubuhan PBB di mana saya difahamkan 40 cadangan dan recommendations dibuat dan semuanya itu terkandung dalam ini, kita mengikutinya.

Amerika dalam hal ini, Tuan Yang di-Pertua, mesti talus dan mempunyai good governance juga, tidak perlu ia menggunakan atas sebab-sebab seseorang itu telahpun dicurigai dengan dadah, Norega, Presiden Panama kah mana? [Disampuk] Ditangkapnya dan dibawa ke Amerika kerana disyaki orang itu terlibat dengan dadah Dan kita baca cerita orang itu juga, Presiden Panama ini, yang bersekongkol dengan CIA. Apabila ia naik, pegang kuasa, yang menolongnya di dalam buku ini. CIA yang menolongnya. Lepas ia tidak berguna lagi, ditarik ke Amerika, charge dadah.

Kita tidak mahu Amerika menjadi Policemen of the World, dengan izin, Polis Antarabangsa, Polis Dunia. Amerika juga, sampai sekarang ini tidak mahu menandatangani perjanjian jenayah antarabangsa yang dibuat di Rome, sampai sekarang dia tidak tandatangan, apakah mereka takut kerana kemungkinan juga jenayah-jenayah antarabangsa daripada Amerika, dia tidak mahulah jurisdiction international, mahkamah jenayah antarabangsa ini menguasai apa yang dilakukan oleh warganegara Amerika dan dijatuhkan hukum menerusi ini. Macam peperangan yang salah, pergi buat sanctions, sekatan-sekatan ekonomi di Iraq dan sebagainya, pembunuhan anak-anak dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, sekatan ekonomi juga dan sekatan-sekatan lain terus menimbulkan kegiatan-kegiatan di mana wujudnya wang-wang haram ini. Kita diberitahu macam di Iraq, mereka sekat dari segi perdagangan dengan Iraq tetapi banyak minyak keluar secara tanpa izin oleh PBB, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk dijual ke Jordan, di jual ke Turki, di jual ke Syria, di jual ke Iran. Kalau tidak ada

Page 24: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

DN.6.6.2001 19

sekatan, Baghdad dan Iraq akan meningkat ekonominya dan minyak dapat dijual mengikut harga pasaran yang tertentu. Jadi, pasaran juga, kerana sekatan-sekatan yang dibuat mempunyai implikasi dari segi mewujudkan wang haram ini.

Tuan Yang di-Pertua, sekatan-sekatan dari segi pengaliran manusia pun menjadi satu sebab di mana baru-baru ini ,saya ingat tahun lepas, kita dengar mereka daripada benua China, diletaknya di dalam trailer, sampai ke Brussel, sampai ke Eropah daripada China, naik kereta api mungkin sampai ke Eropah, diletaknya di dalam trailer dan driver itu dia lupa, dia padamkan air condition untuk trailer ini, dalam peti trailer ini, sampai ke England, bila imigresen buka, 25 orang maut, mati dalam trailer itu kerana tidak boleh bemafas.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, kerana wujudnya sekatan-sekatan dari segi pengaliran manusia daripada satu tempat ke satu tempat, sungguhpun kita ada globalisasi, liberalisasi, demokrasi - ooh, dengan pelbagai 'si', tetapi bila sampai ke manusia, daripada negara-negara membangun hendak pergi ke negara-negara maju, dia buat sekatan. Jadi, sekatan semacam ini, menzahirkan berbilion-bilion ringgit, dollar dari segi pengangkutan mereka ini, merupakan satu industri, mengambil orang­orang, mengangkut orang-orang ini daripada satu negara, ke negara yang lain dengan tanpa izin. Jadi, wang itu juga diputar-putarkan, masuk kedai dobi dicuci dan keluar jadi wang bersih.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, sekatan macam ini kita kena kaji juga. Kalau liberalisasi, globalisasi dapat diutarakan sebagai nilai-nilai sejagat, kenapa ada sekatan-sekatan. Begitu juga, Tuan Yang di-Pertua, apabila kita mempunyai sekatan­sekatan dari segi sempadan, menerusi kastam, kita juga akan mendapat penyeludupan barang-barangan. Hari-hari kita baca dalam surat khabar kadangkala rokok keretek sampai tidak bayar cukai RM200,000, RM300,000.

Cuba bayangkan rokok ini dilambak di pasaran, tidak kena tangkap, berapa banyak keuntungan yang didapati oleh mereka yang menyeludup rokok-rokok keretek ini. Mesti banyak. Tetapi saya hendak tahu, bila wujudnya AFTA nanti, adakah semua sekatan ini dihapuskan mengikut AFT A 2003 dan 2005, dan pada masa yang sama menurunkan kegiatan-kegiatan penyeludupan. Saya rasa ini tentu menurunkan, jadi satu bab penyeludupan dapat kita hapuskan tetapi yang lain terus berlaku.

Jadi, di Labuan, misalnya di pusat-pusat pesisiran, kita hendak tanya apakah cara-cara modus operandi, bagaimana kerajaan mengatasi kemungkinan berlakunya, pengedar dadah dan sebagainya, menggunakan pesisiran Labuan untuk mencuci wang-wang yang diterima secara haram ini tadi.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong dan mengucap terima kasih kepada pihak kerajaan kerana sudah sampai masanya tujuh Sahagian, 93 Fasal ini dimaktubkan sebagai akta untuk beroperasi di negara kita, lebih-lebih lagi kalau ianya dapat dihubungkaitkan dengan penubuhan dan penerimaan rangka sistem kawalan kewangan antarabangsa kerana transaksi mata wang merupakan tempat landasan wujudnya penyucian wang-wang yang diterima secara haram.

Jadi, kalau ini dibuat dan kita mahu ianya dibuat, insya-Allah, perkara ini akan dapat diatasi. Saya menyokong.

Timbalan Yang dl-Pertua: Dijemput Yang Berhormat Tuan Zainal bin Rampak.

11.41 pagl.

Tuan Zalnal bin Rampak: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya juga turut mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram yang telah dibentangkan oleh Timbalan Menteri semalam.

Tuan Yang di-Pertua, sepertimana yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Dato' Aziz semalam dan juga Timbalan Menteri bahawa rang undang-undang ini adalah merupakan rang undang-undang pertama yang telah dikemukakan oleh kerajaan bagi memastikan negara kita bebas dari orang-orang yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menggunakan negara kita untuk kemasukan dan pengeluaran transit wang haram yang diperolehi oleh mereka.

Maka, sudah sewajamyalah kerajaan dan tepat pada masanya membuat satu undang-undang bagi memastikan negara kita ini tidak digunakan sebagai tempat untuk

Page 25: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

20 DN.6.6.2001

mereka menggunakan kesempatan memindahkan wang haram keluar dan balik demi untuk kepentingan mereka.

Saya kira jika sekiranya tidak dikawal dari sekarang, negara kita semakin hari semakin begitu popular, begitu diyakini dan prestasinya begitu tinggi dan orang-orang yang tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan menggunakan negara kita untuk kepentingan mereka dan saya dengan tangan sign of hand, dengan izin, kepada Dato' Aziz, memang benar negara kita semakin hari semakin membesar walaupun kecil tetapi keangkuhan, nama dan prestasinya yang menjadi pemimpin negara-negara maju dengan peranan yang telah diambil oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terutama sekali perbincangan di antara Negeri Selatan-Selatan (South-South) dan juga G15 dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, saya masih lagi teringat dalam pengalaman saya sewaktu saya selalu pergi ke luar negeri, kadangkala saya ini selalu berceloteh dengan orang-orang luar negeri, intelektual dan sebagainya. Di sebuah negeri di Eropah, Tuan Yang di-Pertua, kemasukan wang haram ini telah menjadi begitu aktif dan menyebabkan negara tersebut begitu kaya-raya. Dari segi pengeluarannya, tidak begitu besar. Negara tersebut hanya mengeluarkan coklat, jam tangan dan tidak ada industri yang canggih dan besar-besar tetapi budgetnya tidak melibatkan wang-wang pendapatan cukai dan sebagainya tetapi budget negara tersebut digunakan dari wang­wang haram yang ditinggalkan oleh mereka seperti wang-wang corruption, wang-wang yang diterbitkan oleh mereka melalui penjualan senjata, penjualan dadah dan sebagainya, disimpan dalam negara tersebut dan menggunakan pin number, hanya dia seorang sahaja yang tahu apabila ber1aku overthrown garment, dengan izin, dan apabila orang yang berkenaan meninggal dunia, wang tersebut akan tersimpan di negara tersebut.

Negara yang berkenaan selepas lima tahun atau tujuh tahun, boleh menggunakan wang ini untuk belanjawan mereka setahun. Believe or not, Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, mereka menggunakan wang haram ini untuk perbelanjaan budget mereka untuk setahun dan wang-wang pendapatan cukai disimpan dan itu sebabnya mereka menjadi kaya-raya.

Jadi, dengan kata pendek, sesetengah daripada negara-negara yang membuka pintu mereka untuk orang-orang corruption, orang-orang yang menyeludup wang, menggunakan wang dadah dan sebagainya menyimpannya di negara tersebut, begitu kaya-raya, bukan disebabkan oleh pendapatan negara tersebut semata-mata tetapi kebanyakannya datang dari wang-wang haram yang diseludup dan disimpan dan dibenarkan oleh mereka menyimpan dalam negara yang berkenaan.

Timbalan Yang di-Pertua, maka itulah sebabnya sewajamya maka rang undang-undang ini harus diperkenalkan di negara kita supaya memastikan nama negara kita bersih dan apa juga perbelanjaan yang dibelanjakan oleh negara kita dari segi kemajuan negara kita ini tidak dicemarkan dan tidak dinyatakan oleh orang-orang luar negeri bahawa wang tersebut adalah merupakan wang haram.

Dalam Sahagian VI, Tuan Yang di-Pertua, ada menyatakan bahawa iaitu jika sekiranya ber1aku perkara-perkara yang telah dinyatakan dalam perenggan ini iaitu wang-wang haram yang diterbit dan dicetak ataupun wang rasuah atau wang hasil jualan dadah dan sebagainya, maka harta mereka yang tuan punya akan ditarik ataupun dilucutkan oleh mahkamah.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong usaha ini tetapi yang harus kita fikirkan dengan lebih mendalam jika sekiranya kita memastikan bahawa negara kita ini tidak digunakan sebagai tempat untuk mereka menyimpan wang haram, saya kira bukan sahaja harta harus ditarik dan dilucutkan, mereka juga harus dikenakan hukuman yang begitu berat sekali dan jika sekiranya tidak ada hukuman dikenakan, besar kemungkinan yang lain juga akan turut serta mengambil bahagian kerana katanya hanya harta. Besar kemungkinan dia simpan dalam negara kita ini satu pertiga daripada jumlah pendapatan mereka, satu pertiga di tempat lain dan mereka ini, Tuan Yang di-Pertua, memang orang yang bijak dan pandai, tidak kesemua wang tersebut disimpan dalam negara kita tetapi besar kemungkinan disimpan satu pertiga di sini, satu pertiga di sana dan satu pertiga di negeri lain.

Jadi, dengan izin, scattered all over the world. Kalau dia tidak dapat di sini, habis di sini dan dia akan mengambil di tempat yang lain seperti mana yang bertaku

Page 26: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

DN.6.6.2001 21

kepada bekas Presiden Filipina dan juga banyak Presiden yang lain. Saya nyatakan bekas Presiden Filipina kerana dia sudah meninggal dunia, sebab dia tidak ada lagi tetapi memang rakyat Filipina sendiri tidak mengakui beliau atas kesempatan yang beliau gunakan untuk kepentingan diri mereka, menyimpan wang di merata-rata csunia. Sehingga hari ini, Kerajaan Filipina tidak dapat mengesan berapakah jumlah sebenar wang yang tersimpan di luar negeri oleh bekas Presiden mereka.

Tuan Yang di-Pertua, itu sebab saya menyatakan Fasal 55, Sahagian VI ini, saya mencadangkan supaya kementerian mengkajinya semula, look once again, dengan izin, supaya hukuman keras dan hukuman yang lebih setimpal dengan kesalahan yang dilakukan demi untuk menjemihkan ataupun membersihkan negara kita ini daripada digunakan oleh mereka.

Tuan Yang di-Pertua, dalam masa yang sama, saya juga mencadangkan sama ada kerajaan boleh menggunakan di antara bank-bank, hendak mengesan mereka ini menyimpan wang dalam negara kita ataupun how we control, dengan izin, sama ada should be online, dengan izin, di antara satu bank dengan bank yang lain dan juga di antara bank dengan bank pusat (central bank). Sama ada ini satu perkara yang dapat dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan information, penjelasan, penerangan dapat diperolehi dengan serta-merta bagi mengatasi supaya penyakit menyimpan wang haram dalam negara kita ini dari berbagai-bagai bentuk tidak merebak.

Kemudian, dalam masa yang sama, untuk mewujudkan satu kepastian, satu kerjasama yang lebih rapat di antara khususnya negara-negara ASEAN, oleh kerana keluarga ASEAN ini telah begitu besar dan saya yakln seperti negara-negara yang baru membangun (newly developing country) yang baru dibuka pasaran mereka, dengan izin, seperti Cambodia, Laos, Vietnam dan sebagainya. Mereka ini kurang cekap dari berbagai-bagai aspek dan besar Kemungkinan ada juga mereka mengambil kesempatan dan sebagainya ataupun rakyat mereka akan ke negara kita oleh kerana kita mempunyai sistem bank yang canggih, yang terselamat dan sebagainya, mereka berminat untuk menyimpan wang di negara klta melalui wang haram dan sebagainya.

Sama ada dapat diadakan satu perundingan dengan negara-negara di rantau ASEAN, kita mendirikan satu sistem yang begitu canggih, communicate di antara satu dengan yang lain bagi memastikan mereka yang ingin mengambil kesempatan ini tidak menggunakan kesempatan untuk kepentingan mereka dan mewujudkan satu undang­undang yang selaras (on standardize) ke negara-negara di kalangan negara ASEAN supaya perkara penipuan wang haram ini tidak berleluasa di antara negara-negara ASEAN.

lni akan dapat meyakinkan pelabur-pelabur asing serta meyakinkan negara luar bahawa negara-negara ASEAN, kumpulan negara ASEAN tidak seperti negara­negara Barat yang maju, yang cakap begitu sombong dan bongkak tetapi di belakang mereka bergelumang dengan kekotoran dan mereka tidak mempunyai satu sistem yang baik. Sebenamya sehingga hari ini pun, Euro Dollar pun belum dapat diwujudkan di negara tersebut oleh kerana percanggahan pendapat di antara Britain dengan negara­negara lain di Eropah.

Jadi, mereka tidak sekata dan tidak sepakat dan begitulah culture mereka. Mereka selalu mengutuk orang lain tidak betul tetapi diri mereka tidak betul. Seperti kata perumpamaan Melayu, orang-orang Eropah ini, Tuan Yang di-Pertua, tidak ubah "seperti ketam dengan anaknya". la mengajar anaknya berjalan lurus tetapi ibu ketam sendiri berjalan senget. ltulah sifat orang-orang Eropah dan sebagainya. Jadi, kita tidak mahu mengikuti kebudayaan dan sistem mereka tetapi kita harus lebih advance, lebih canggih daripada mereka.

Jika sekiranya penggubalan rang undang-undang ini hendak diwujudkan, saya yakin dan percaya bahawa penggubalan ini harus bercirikan berbagai-bagai isu aspek yang melindungi kita dalam jangka masa panjang dan jika boleh, sistem kita ini digunakan oleh mereka sebagai satu sistem yang lebih baik daripada mereka dan saya menekankan perkara ini supaya mereka harus pandang kita sebagai guru, we are not a teacher anymore, kepada mereka.

Kita well advanced, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, dan kita harus mempunyai pandangan yang bagus, kita mempunyai intelektual, cerdik pandai yang begitu baik dan sebagainya. Saya yakin kita boleh jalankan. Kita boleh laksanakan

Page 27: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

22 DN.6.6.2001

seperti mana yang saya ketahui, Tuan Yang di-Pertua, pakar-pakar perubatan kita -kita sembang sedikit tentang perkara ini, pakar dari segi kecelikan pegawai-pegawai tinggi dan anak-anak Malaysia.

Kalau pakar-pakar heart surgery, saya di mana-mana, Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan pakar doktor heart surgery di luar negeri menyatakan pada saya, ·vou have the best heart surgery young people". lni proud. Jadi, kita merasa sungguh bangga dengan keadaan negara kita, sistem pelajaran yang telah berada dalam negara kita dan indication ataupun inisiatif atau usaha yang telah diambil oleh anak-anak Malaysia sendiri untuk mewujudkan keadaan yang sedemikian, menjadikan negara kita maju.

Jadi, dengan undang-undang ini juga kita mahu memastikan bahawa apa juga pindaan, oleh kerana ianya merupakan kali yang pertama, pindaan hendaklah dibuat secara lebih progresif, lebih comprehensive dan boleh dipelajari oleh negara-negara lain dalam dunia ini.

Tuan Yang di-Pertua, Fasal 55 Sahagian VI, hartanya ditarik balik dan dilucutkan oleh mahkamah. Bagaimana pula, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya soal kita hendak mengesan mereka yang telah melakukan kesalahan ini ataupun bagaimana caranya kita hendak menangkap setengah-setengah penjenayah yang menyeludup wang dadah dan keberkesanan undang-undang yang telah kita taja ini, sepertimana yang telah saya perjelaskan tadi. Bagaimana caranya kita hendak memikirkan tindakan-tindakan yang lebih berkesan, sepertimana jawapan yang telah dibuat oleh Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri pagi tadi, iaitu kes-kes yang tertangguh begitu banyak dari masa ke semasa. Jadi, bagaimana keputusan perkara ini dan apakah tindakan-tindakan yang dapat dan harus dilakukan, supaya perkara sedemikian tidak menjadi satu beban kepada negara kita sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Sahagian VII Fasal 56 pelaksanaan kuasa Menteri Kewangan dan Kementerian Dalam Negeri. Dalam perkara ini, Tuan Yang di­Pertua, sepertimana yang kita juga sedia maklum memang tepat masanya kita memperkenalkan satu kuasa yang diberi kepada Menteri Kewangan dan Menteri Dalam Negeri untuk menggubal, meminda pada setiap masa undang-undang yang perlu dipinda, di perelokkan, diperbaiki dari masa ke semasa. Tetapi dalam masa yang sama, Tuan Yang di-Pertua, kita juga ingin melihat bahawa jika sekiranya kuasa ini hendak diberi kepada menteri untuk menggubalkannya, ianya harus mendapatkan feedback ataupun pandangan-pandangan daripada kakitangan awam. Dalam ke arah ini, Tuan Yang di-Pertua, saya kira pelaksanaan undang-undang ini terletak juga bukan kepada undang-undang ini sahaja tetapi juga dari segi pelaksanaannya oleh kakitangan awam itu sendiri.

Saya telah menjelaskan pada ucapan saya dalam Rancangan Malaysia Kelapan yang baru lalu bahawa kakitangan awam harus memberikan kerjasama mereka bagi memastikan pelaksanaan undang-undang ini berjalan dengan baik, dengan betul dan jika sekiranya kedapatan beberapa perkara yang tidak begitu meyakinkan dan ada kelonggaran (loophole) dengan izin, ianya harus diperbaiki dengan cadangan-cadangan daripada mereka yang melaksanakan undang-undang ini.

Kemudian, Tuan Yang di-Pertua, dalam soal kita memperkatakan pemindahan wang haram ataupun transfer, dengan izin, dari kalangan bukan sahaja saya kira pihak bank, Tuan Yang di-Pertua, tetapi teringat di fikiran saya bagaimana pula dengan pengurup wang yang begitu banyak yang beroperasi di dalam negara kita,. Sekiranya bank, saya mencadangkan on line di antara bank dengan bank dan di antara bank dengan Bank Negara, tetapi bagaimana pula pemindahan wang haram melalui pengurupan wang iaitu money changers. Bagaimana transfer kewangan mereka boleh gunakan. Dato' Aziz bercerita kidnappers atau orang yang menculik, mendapat wang tebusan dan lari ke Genting Highlands, kemudian cuba membeli chips, tukarkan dengan chips dan mendapatkan wang tunai dan transfer pula eek dan sebagainya yang menunjukkan mereka mempunyai wang yang sah.

Tetapi bagaimana pula peranan pengurup-pengurup wang yang beroperasi dalam negara kita. Bagaimana haluan yang harus kita lakukan? Bagaimana pemindahan-pemindahan wang ini dilakukan oleh mereka? Adakah pemindahan­pemindahan ini dapat dikawal melalui pindaan-pindaan yang ada? Saya lihat cuma bank sahaja yang ternyata di sini. Bagaimana pula peranan pengurup-pengurup wang

Page 28: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

DN.6.6.2001 23

yang beroperasi di dalam negara kita ini yang begitu banyak berselerak· di mana-mana seperti di airport, di depattment store dan di mana juga kita lihat hari ini ada berlambak pengurup wang.

Jadi, saya kira bisnes mereka ini begitu laris, begitu baik. Jadi, pemindahan wang ini saya kira satu perkara yang harus kita lihat sambil klta mengawal bank-bank dan bank-bank dapat memberikan maklumat on line di antara kita dengan bank dan Bank Negara tetapi pengawalan hendaklah dibuat terhadap pengurup-pengurup wang yang beroperasi dalam negara kita. lnl satu perkara yang harus dilakukan bagi memastikan tidak ada loophole, dengan izin sekali lagi, dan saya nyatakan dalam pelaksanaan undang-undang yang kita bentangkan.

Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi yang hendak saya perjelaskan dalam rang undang-undang ini yang telah menyebut beberapa fasal dan memberikan penguasaan dengan cara melaksana dan sebagainya, ianya lebih menitik beratkan dari seimbas lalu saya baca, Tuan Yang di-Pertua, yang mana lebih menitik beratkan pengambilan harta dan merampas harta dan sebagainya. Kalau harta dilucutkan bagaimana pula dengan wang yang tersimpan dalam akaun mereka. Adakah ini boleh diambil? Adakah ditafsirkan wang juga sebagai harta atau asset oleh kerana - saya minta maaf dengan rakan-rakan saya di kalangan peguam - bagi peguam mengenai harta they say money is an asset, the cash value in the bank, dengan izin. there could be some sort of interpretation dan ianya sebalik di interpretasi dan sebagainya. Jadi, ini satu perkara yang harus kita lihat, kalau kita bercerita tentang harta dan sebagainya tetapi wang adakah merupakan asset cash untuk harus boleh dirampas. Kuasa yang ada diberikan kepada pihak berkuasa untuk merampas wang­wang tunai yang ada di dalam bank-bank mereka.

Jadi, jika ini dapat diperbetulkan saya percaya dan yakin bahawa negara kita akan bebas tetapi tidak completely 100% bebas daripada mereka yang menggunakan kesempatan untuk menyimpan wang haram dalam negara kita, tetapi sekurang­kurangnya dapat memastikan mereka ini khuatir, takut dan tidak mahu menyimpan wang-wang haram di negara kita yang pada satu hari kelak negara kita tidak dicam seperti negara-negara barat dan negara lain yang menyimpan wang haram untuk kepentingan mereka.

Jadi dengan komen-komen yang telah saya perjelas dan nyatakan tadi saya dengan ini menyokong penuh terhadap pindaan yang dicadangkan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Datuk Ghazi.

12.04 tgh.

Datuk Ghazi bin Haji Ramli: Terima kasih banyak ,Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dan membahaskan Rang Undang-undang Pencegahan dan Pengubahan Wang Haram 2001. Pertama sekali saya ingin mengucapkan. setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pihak kerajaan khususnya Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah menyampaikan dan memberikan penerangan secara terperinci dengan begitu terang di atas rang undang­undang yang saya anggap amat berat dan boleh juga mengelirukan di beberapa tempat yang tertentu yang insya-Allah saya akan cuba meminta penerangan daripada pihak kerajaan.

Saya mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana masanya sudah agak terlalu terlewat kita mengadakan rang undang-undang baru ini. Kerana mengikut pemahaman apa yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri masanya amat sesuai sekarang kerana dahulunya ada rang undang-undang lain yang kita cuba gunakan dalam situasi-situasi tertentu, tetapi keseluruhan akta-akta yang kebanyakan yang disenaraikan juga dalam ini mungkin mempunyai lubang atau loophole, dengan izin, yang tersendiri dan ini amat bertepatan sekali yang kita sebagai sejarah sekurang­kurangnya kita mempunyai satu rang undang-undang baru, bukan pindaan kepada rang undang-undang yang telah kita luluskan dahulu.

Jadi, saya amat bergembira sekali sekurang-kurangnya tercatat dalam sejarah selaku Ahli Dewan Negara di sini dalam penggal kedua boleh juga mengambil bahagian meluluskan satu rang undang-undang baru, bukan pindaan demi pindaan sepertimana yang telah kita alami dahulu. Saya harap atas nota itu pihak kerajaan juga melihat secara keseluruhan tentang kedudukan ekonomi dunia dan kepada benda­benda lain yang berkaitan semoga mungkin ada lagi rang undang-undang lain yang

Page 29: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

24 DN.6.6.2001

boleh kita perkenalkan secara baru untuk menentukan yang kita memang setanding dengan negara-negara luar dan memang kita bersiap sedia untuk melengkapkan diri menjadi negara maju ke arah pencapaian Wawasan 2020.

Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya saya bersetuju benar dengan rakan-rakan saya Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman dan Yang Berhormat Tuan Zainal yang bercakap dahulu tadi. Cuma angka yang disebut oleh Yang Berhormat Dato' Aziz keseluruhan pengubahan wang haram ini dia sebut US$1.5 trillion, mengikut kajian saya ialah US$2.85 trillion. Saya tidak tahu yang mana betul, saya ada source saya sebenar dan source saya ialah source Internet, mengamalkan teknologi Internet dan kalau source Internet itu tidak betul, maka tidak betullah angka yang saya sebut. Tetapi keseluruhannya menunjukkan RM2,850,000 bilion yang sebenamya yang diperdagangkan melalui perkara ini.

Oleh kerana itu saya mengambil pendekatan untuk mengetahui latar belakang untuk mendapat kefahaman yang lebih tentang hal money laundering, dengan izin, ataupun pengubahan wang haram ini. Mengikut kajian saya atas sumber counter money laundering.Com dia melihat asal usul money laundering, membuat penakrifan yang saya rasa amat berguna sekali untuk kita membahaskan rang undang-undang yang baru ini. Kerana dari segi sejarahnya ianya sudah wujud 4,000 tahun sebelum masihi lagi dalam bentuk-bentuk yang lain. Ada sejarahnya yang agak tersendiri dan di antara sejarah yang temyata ialah orang bermain gambling ataupun berjudi. lni ada kena mengena dengan kewujudan pusat perjudian di bukit Genting Highlands yang kita sebutkan tadi.

Kadang-kadang soal pengubahan wang haram ini mempunyai erti yang tertentu dalam keadaan-keadaan yang bertainan. Oleh kerana itu ada di antara setengah-tengah kerajaan yang melihat ini sebagai seseorang itu akan juga membuat kesalahan kalau sekiranya dia melakukan sesuatu bagi pihak orang lain. Yang saya memberi pengkhususan di sini sebagai contoh ahli-ahli bank, peguam-peguam juga akauntan-akauntan ataupun peniaga-peniaga yang menjual kereta dan sebagainya. Kalau mereka ini melakukan sesuatu untuk umpamanya lari daripada cukai, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah takrifnya? Jika dalam bentuk-bentuk begini, peranan peguam, peranan akauntan dan sebagainya yang hendak lari daripada cukai berbilion-bilion ringgit, apakah ini juga diberi takrif sebagai pengubahan wang haram. Sebab ini di antara interpretasi yang telah pun diwujudkan dalam dunia berkenaan dengan money laundering yang memang sudah wujud lama.

Saya tertarik dengan kenyataan bahawa terdapat tiga bentuk jenayah asas dalarn soal pengubahan wang haram ini. Pertama sekali seseorang itu buat kerana dia memang rasa satu kebanggaan atau an honour untuk buat, dengan izin, ataupun satu fashion atau satu hajat hati dirinya yang hendak buat, sebab dia syok buat.

Keduanya ialah kerana soal vandalism atau violence rnemang ganas, niatnya memang ganas dan ketiganya ialah dari segi penjenayah yang berbentuk economic khasnya hendak buat duit sahaja. Oleh kerana itu kadang-kadang tertibat dalarn cerita­cerita yang saya baca dalam Internet yang agak menyeronokkan, apakah pula timbul seorang yang menggunakan seorang wanita umpamanya untuk menjalankan sesuatu peranan tertentu, menggunakan aktiviti kewangan dan dia mengetahui yang dia buat itu dengan tujuan kepentingan ekonomi mendapat wang tetapi oleh kerana wanita ini mempunyai kedudukan istimewa dalam masyarakat, dia tidak lihat sebagai rnelakukan jenayah tetapi sebagai seorang yang dihormati dalam masyarakat dan perkara-perkara ini bagaimana pula dari segi rang undang-undang kita melihatnya.

Tuan Yang di-Pertua, sumber lain yang saya dapati ialah daripada kalau tadi Counter Money Laundering.Com, ini ialah Money Laundering.Com sendiri yang sebenamya menyebut bahawa Money Laundering Alert Online wujud dalam Internet sekarang. Saya ingin tahu daripada pihak kerajaan oleh kerana kerajaan sendiri baru mewujudkan rang undang-undang ini sama ada kita bersubscribe, dengan izin, ataupun berdaftar dengan Money Laundering Alert Online ini kerana mengikut bacaan saya, bayarannya tidaklah begitu mahal sangat untuk hendak bayar kerana sekadar USD900 sahaja dan sedangkan manfaatnya adalah begitu amat banyak sekali sebab saya terpikat dengan wujudnya penulisan mengenai ini yang seribu lebih yang juga menentukan tentang apakah amalan-amalan aktiviti lain di dunia supaya melengkapkan diri kita bahawa kita juga mengetahui apa yang bertaku di dunia yang dianggarkan sebanyak 100 web site hanya mengenai money laundering sahaja. Jadi memang satu tanggungjawab yang begitu amat besar dan saya harap pihak kerajaan akan dapat

Page 30: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

~ ..... -··

DN.6.6.2001 25

melengkapkan pegawai-pegawai kerajaan dalam bidang ini menambahkan lagi ilmu, mengadakan program-program pendidikan, latihan supaya klta seirlng dengan perjalanan dunia.

Kita bercakap tentang kecanggihan teknologi bila bercakap tentang Kad Pintar Pelbagai Guna Kerajaan umpamanya. Kalau kita ingat kita plntar mendapat pemindahan teknologi, orang lain juga bergerak sama. Oleh kerana itu kita kena bergerak lebih pantas dan lebih laju dan memanfaatkan melalui networking begini, saya rasa adalah satu cara yang amat baik untuk kita.

Tuan Yang di-Pertua, perkara lain yang saya hendak berkongsi di sini ialah tentang satu laporan khas, World Money Laundering Report yang ada di tangan saya ini. lni amat menyeronokkan bila saya baca. Saya ingin membaca ini dengan izin Tuan Yang di-Pertua; Did the UK draftsman working on the UK's Counter Money Laundering Laws make a mistake and accidentally make it, so that many offences are not classified as predicate offences or offences which can give rise to confiscation orders. Maksudnya, kita hendak me!'lyoal pula para penggubal undang-undang ini, para lawyers, peguam-peguam yang menggubal undang-undang ini, apakah semasa mereka menggubal undang-undang yang khususnya ditanya di UK ini memang distrukturkan supaya memang ada lubang untuk dia selamat. Samalah juga dengan saya nampak, dalam situasi teknologi canggih yang kata ICT ini, kadang-kadang kumpulan program ini, dia buat program habis tetapi dia tinggal ruang supaya orang lain boleh attack, ini yang kata ada perosak program-program ini sebab dia tahu ada ruang. Jadi pada saya keadaan yang begini, saya harap tldak berlaku dalam masa kita membuat rang undang-undang ini dan saya percaya pihak kerajaan akan menentukan tidak ada yang tersirat dalam hal ini. Bila saya terbaca ini, saya memberi senyuman dan mengatakan bahawa kita harap insya-Allah, ini tidak berlaku dalam penggubalan undang-undang kita supaya ianya mempunyai tahap kepastian yang baik.

Saya ingin rujuk juga Tuan Yang di-Pertua kepada sebuah buku baru yang dikeluarkan edisi yang kedua oleh 'Niger Moorish Cotreaf yang baru sahaja dibuat khususnya untuk orang-orang yang macam saya, bukan peguam, ini yang baiknya. Kita harap dapat membeli buku ini dan cuba membaca sebab ditulis oleh seorang peguam tetapi stailnya bukan ditujukan khas untuk orang yang bukan peguam. Tajuknya ialah dengan izin, "How Not To Be A Money Laundered," bagaimana kita tidak mahu jadi seorang yang beraktif dalam pengubahan wang haram.

Saya rasa ini pun satu cara pendekatan yang baik selain daripada preventive measure dengan mengadakan undang-undang ini patut juga kita menyediakan macam mana kita hendak sedia dengan ilmu dan ketabahan hati dan kefahaman yang memuncak supaya kita tidak menjadi seorang money laundered. Bila kita mengenal bagaimana seorang dengan izin, money laundered beraksi, barulah kita boleh menginterpretasi ini dan membuat tangkapan yang benar.

Begitu juga dengan fasal-fasal ini, tentang protection hendak selamatkan pelapor ini sama ada dari segi individu, dari segi institusi dan sebagainya, saya ingin tanya pihak kerajaan, apakah protection yang hendak selamatkan individu sebagai pelapor dan institusi pelapor sudah mencukupi sebab kadang-kadang kita kata orang takut hendak beritahu sebab cara proses pihak polis umpamanya dalam bentuk kes-kes yang lain adalah agak terlalu telus. Kita memang hendak amalkan ketelusan tetapi dalam proses untuk hendak mengenal pasti penjenayah, kita tidak boleh telus. Jadi telusnya pun ada haknya macam juga dengan demokrasi. Demokrasi tidak bererti kita seratus peratus boleh buat sewenang-wenangnya mengikut kehendak kita kerana kita hendaklah interpretkan, takrifkan interpretasi itu mengikut kefahaman kita sendiri. Begitu juga untuk menyelamatkan pelapor yang ada dalam saya ingat bab ataupun Fasal 24, 25 dan 26 ini yang ada kaitan dengan point-point yang saya katakan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, perkara lain yang saya hendak bangkitkan ialah kalau kita lihat jiran kita yang berdekatan, negara Australia umpamanya oleh kerana mereka ini telah lama mengamalkan undang-undang berkenaan dengan pengubahan wang haram, saya rasa ini pun boleh memberi kita pengetahuan dan kedudukan yang baik. Diperkenalkan di sini bahawa ada tiga komponen atau komposisi yang besar iaitu internal money laundering, yang bahagian dalamannya, incoming money laundering dan juga outgoing money laundering dan berhubung dengan ini, saya ingin menyebut beberapa statistik yang menunjukkan bahawa jaguh terbesar dalam usaha amalan money laundering ini ialah tidak lain dan tidak bukan daripada negara terkenal, Amerika Syarikat dan Eropah, ini saya panggil jaguh terkenal dalam amalan ini kerana dalam

Page 31: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

26 DN.6.6.2001

satu kajian yang dibuat di atas tajuk modeling global money laundering flows, dengan izin, daripada kajian yang dibuat dalam Jun 1999, inilah yang saya rnendapat angka RM2.85 trilion yang telah pun diproses berjalan sebanyak ini dalam hal penggubahan wang haram ini dan statistik yang ingin saya berkongsi dengan ahli-ahli Dewan yang mulia ini ialah satu perangkaan yang menunjukkan kedudukan yang boleh menarik para peminat ataupun para pengusaha pengubahan wang haram ini dengan izin, attractiveness to money laundress in ranking order dengan izin, dan saya dapati skor yang tertinggi, Luxembourg, kedua United States, ketiga Switzerland, keempat Caiman Island. Semua ini mendapat angka mata 686, 634, 617, 600, skomya semua tinggi semuanya.

Saya ingin sebutkan di sini, alhamdulillah Malaysia tidak ada dalam ranking ini, jadi ini baik. lni satu keadaan yang baik menunjukkan bahawa setakat sekarang mengikut kriteria yang dibuat penyelidikan ini, kita terlepas daripada amalan yang tidak baik ini. Cuma jiran-jiran kita yang terdekat, jiran yang selalu mengusik-usik kita seolah-olah kita anak kecil yang tidak setanding dengan dia ialah Pulau Singapura yang mendapat markah nombor 10.· Ertinya, Pulau Singapura yang mempunyai mata 429 skor itu daripada research, kajian ini, ertinya diletakkan di nombor sepuluh. Ertinya dia berkemungkinan tempat yang cukup subur untuk melakukan hal-hal haram ini dan kalau kita terus tengok di bawah, dalam kategori yang 18 bersama-sama dengan ramai negara-negara lain, maka terletaklah Malaysia dalam angka 50 hingga 99 mata sahaja.

Jadi klta harap dengan pelaksanaan rang undang-undang ini, bila dibuat kajian lain kemudian dengan melengkapkan diri kita dengan ilmu pengetahuan dan pelaksanaan yang tepat dari segi rang undang-undang ini, nama Malaysia akan duduk nun di bawa di peringkat lingkungan 21 kalau ini dipertahankan dari segi formatnya, ertinya 0 sampai 9 mata sahaja. lni harapan kita dan saya percaya dengan kepintaran pemimpin kita yang senantiasa progresif dan ingin membuat sesuatu yang terbaru di dunia, saya percaya dan I'm not surprised dengan izin, mungkin dalam sesi tahun depan sahaja sudah ada pindaan kepada Rang undang-undang Pengubahan Wang Haram 2001 sebab kita hendak kemas kinikan dengan yang terkini di dunia dan bila kita buat begini, ertinya kita ke arah meningkatkan lagi prestasi kita apabila dunia membuat ukuran dan bila dunia membuat ukuran ini pada saya, juga akan membantu pertumbuhan ekonomi kita. Kita bercakap tentang foreign direct investment, kita bercakap tentang perkara persepsi orang tentang kewujudan perlaksanaan kerajaan kita dari segi ekonomi, ini adalah amat relevan sekali.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita melihat keputusan model ini lagi sekali yang agak membimbangkan ialah sedikit mengenai anggaran dengan izin, estimate source of the major money laundering flows around the world, ini dia punya aliran, ini agak membimbangkan sedikit kerana dari segi originnya, dia lihat, yang berkemungkinan boleh ada aktiviti ini dengan rancak ialah East Asia - ada 298 mata.

lni agak membimbangkan sedikit dan kebimbangan ini patut dijadikan sebagai panduan untuk kita memperlengkapkan diri supaya kita tidak terjerumus dalam hal ini. Bila ditunjuk dengan izin, estimate of the major money laundering flows around the world dalam map, peta dunia secara keseluruhan begini, saya juga menadah tangan bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana yang menonjol lagi ialah dunia Amerika, 681 point di situ, Eropah 985 point dan kalau kita lihat di kawasan South East Asia di mana Malaysia berada, kita bebas. Ertinya kita tidak akan menjadi sasaran kepada usaha­usaha haram yang telah kita perkenalkan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan beberapa soalan setelah kita melihat senario dunia yang saya sebutkan tadi. Maafkan saya, mungkin sebelum itu saya highlightkan satu benda yang agak mustahak. Dalam penyelidikan itu, telah juga disebutkan siaran-siaran akhbar serata dunia yang dibuat atas tajuk ini dan kalau kita melihat siaran akhbar di serata dunia yang menonjol, yang telah disenaraikan keseluruhannya tentang clippings ini ialah pada 26 Mac, 1998 sebagai contoh Switzerland is implicated in USD500 billion of money laundering each year, dengan izin. Saya hendak highlightkan Switzerland ini kerana saya rasa Yang Berhormat Tuan Zainal bila bercakap tadi, saya tidak pasti sama ada dia sebut Switzerland atau tidak tetapi interpretasi saya, mungkin saya salah, tetapi interpretasi saya adalah negara Switzerland.

Saya ingat Yang Berhormat Timbalan Menteri bersetuju dengan saya sebab nampak dia senyum dan mengangguk. [Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Sal/eh tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepalanya] ltu bacaan body languange saya.

Page 32: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

DN.6.6.2001 27

Yang Berhonnat Tuan Zainal tadi baca body language saya tidak betul sikit. Saya hendak tanya dia panjangkah pendek masa dia bersyarah, berucap? Tetapi, tidak apalah, ini kadang-kadang ada sedikit salah faham.

Tuan Yang di-Pertua, akhimya saya ingin mengemukakan beberapa soalan yang khusus setelah kita melihat dan senario dunia yang saya sebutkan tadi. Soalan­soalan saya menjurus pertamanya, kepada Fasal 70 subseksyen (1) dan subseksyen (2). Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, tentang standard pembuktian. Bilakah standard pembuktian imbangan kebarangkalian digunakan, this balance of probability inn Macam mana hendak apply, hendak gunakan? Kita tidak baca lagi buku yang bukan orang lawyer bercakap, jadi kita kena tanya mengenai bab ini. lni bab lawyer, kena faham.

Jadi, itu soalan saya mengenai itu dan yang berikutan, saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat bagaimanakah kerajaan boleh melucutkan harta berdasarkan standard pembuktian imbangan kebarangkalian tadi memandangkan bahawa kesalahan pengubahan wang haram adalah jenayah yang patut dibuktikan beyond reasonable doubt dengan izin, ertinya di luar keraguan yang munasabah, inl bukan senang ini, beyond reasonable doubt, dengan izin, sebab saya di antara orang yang tidak percaya sangat pada hakim, maaf saya, bukan pada hakim, pada ahli undang-undang kerana bila saya baca, dia memang selalu contradict tetapi saya tap on the back, dengan izin, saya kata memang saya bukan ahli ehwal hakim. Oleh kerana itulah, saya ada a// the times reasonable doubt to raise bila saya baca orang-orang hakim tulis. Oleh kerana itulah saya bangkitkan soalan ini.

Tuan Yang di-Pertua, soalan lain yang saya ingin tujukan kepada Yang Berhormat, kita bercakap tentang serius. Saya bersetujulah, banyak yang kita bercakap tentang harta, ini termasuklah harta cash. Tetapi, yang saya nampak, hukuman yang dikenakan tidak begitu setimpal dengan keseriusan (seriousness), dengan berapa beratnya kesalahan yang dibuat. Jadi, saya juga ingin bertanya kenapa kita relax sangat? Saya tidak boleh hendak sebut angka apa yang patut, tetapi saya hanya sebut. Kita nampak macam senang sangat to get away dengan izin. Saya juga ingin bertanya pihak Yang Berhormat, apakah tahap aktiviti sebenamya dalam Malaysia ini?

Tadi, saya tunjuk senario dunia, Australia teruk, Amerika Syarikat teruk, Switzerland teruk, Eropah teruk dan sebagainya. Potensi East Asia ada. Tambahan pula ada Labuan, offshore center ini dan saya bersetujulah ada orang sebut juga tadi. ltu berkemungkinan menjadi pusat daya tarikan yang paling kuat. ltu adalah tempat yang kita letakkan gula. Bila gulanya semua manis, manisan pelbagai rupa, manisnya pun pelbagai corak. Oleh kerana itu, ia akan dapat menarik semut-semut, money laundress ini ke pusat Labuan. Jadi, saya ingin bertanya sama ada kita sudah dapat bagaimana hendak menyekat aktiviti ini?

Oleh kerana itu, soalan saya yang berkaitan ialah anggaran tahap aktiviti pengubahan wang haram di Malaysia sekarang ini macam mana? Seriuskah tidak? Kalau mengikut research yang saya sebutkan tadi, nampak Belamat tetapi, itu adalah kajian oleh sepasukan yang khusus dengan kriteria-kriterianya yang tertentu. Formulanya diberi tetapi saya tidak hendaklah ambil teknikal daripada segi itu. Jadi, saya ingin tanya Yang Berhormat, pihak kerajaan tentu ada mak.lumat dan angka-angka ini.

Tuan Yang di-Pertua ,saya juga ingin bertanya, apakah peruntukan rang undang-undang ini terpakai bagi kesalahan berat asing atau aktiviti haram yang berlaku sebelum kita kuat kuasakan ini. Adakah ini mengikut senario saya tadi, ada undang­undang lain yang kita boleh pakai atau bagaimana keadaannya?

Jadi, dengan kata-kata itu, saya menyokong kuat rang undang-undang yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

Tlmbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Datuk William Lau.

12.32 tgh.

Datuk William Lau Kung Hui: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil kesempatan untuk membahaskan rang undang-undang ini. Tuan Yang di­Pertua, tertebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kewangan dan pegawai-pegawainya di atas daya usaha mereka memainkan peranan yang

Page 33: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

28 DN.6.6.2001

penting untuk memastikan those who are involved in criminal offences should not be allowed to profit from them dengan izin, dan saya juga mengucapkan syabas kepada Kementerian Kewangan di atas kecemerlangannya menggubal undang-undang ini yang mengandungi peruntukan-peruntukan pencegahan, pengesanan dan pendakwaan pengubahan wang haram.

Tuan Yang di-Pertua, di sini saya ingin berkongsi dengan Dewan yang mulia ini, satu laporan. lzinkan saya petik, menurut sebuah jumal kewangan ltali, •Mafia memiliki lebih daripada setengah perdagangan runcit, 20% dalam institusi kewangan, 20% dalam syarikat pengangkutan dan 10% dalam sektor industri dan perkhidmatan." Pihak penjenayah juga telah menembusi dan memiliki syarikat insurans dan pajak gadai sehingga memiliki bon kerajaan yang bemilai tinggi, yang meletakkan penjenayah itu pada kedudukan yang boleh menjejaskan defisit kewangan nasional.

Perkembangan ini, Tuan Yang di-Pertua, memang membimbangkan kerana keadaan ini seolah-olah memberi kuasa kepada penjenayah terhadap pergolakan negara. Persoalan saya di sini, dengan izin, do we Malaysian want the situation like this where we are controlled by the underworld? Memang tidak dapat dinafikan jika hal pembersihan wang itu berterusan, besar kemungkinannya pengesanan wang ini dapat menghapuskan wang yang bersih dan wang kotor ini boleh menjejaskan ekonomi negara kita dan ekonomi dunia.

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini merupakan sesuatu berpandukan undang-undang yang kritikal dan cergas dan mencerminkan satu usaha yang serius di pihak kementerian untuk menangani isu-isu pengubahan wang haram yang telah pun berlaku tetapi kurang diberikan tumpuan sehingga sekarang. Dengan pembentangan rang undang-undang ini apabila diluluskan, akan memperkembangkan undang-undang sedia ada L:ntuk menjaga pengubahan wang haram di negara kita dan seterusnya akan meletakkan negara kita setaraf dengan negara,..negara lain di dunia yang telah pun mempunyai undang-undang seumpama ini, dengan izin, to ensure that criminals do not profit for the crimes, apart from being for it.

Pembentangan rang undang-undang ini sangatlah tepat pada masanya kerana kerajaan tidak ingin melihat kegiatan pengubahan wang haram boleh mendatangkan ancaman kepada sektor kewangan termasuk kemajuan pusat kewangan pesisir pantai di Labuan selain mengancam usaha kerajaan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat kewangan serantau.

Tuan Yang di-Pertua, saya telah meneliti rang undang-undang ini dan saya mempunyai beberapa persoalan berkaitan dengan beberapa peruntukan yang direncanakan di bawah rang undang-undang ini.

Tuan Yang di-Pertua, pertama, saya ingin merujuk Fasal 7 iaitu mengenai fungsi-fungsi pihak berkuasa berwibawa di mana Menteri Kewangan boleh melantik sesiapa sahaja sebagai pihak berkuasa berwibawa yang mempunyai semua fungsi yang diberikan kepada pihak berkuasa berwibawa di bawah akta yang dicadangkan ini. Soalan saya ialah, apakah rasionalnya pihak kementerian tidak langsung mengadakan peruntukan yang mengatakan dengan terperinci orang yang bagaimanakah yang akan dilantik sebagai pihak berkuasa sama ada dia akan terdiri daripada beberapa orang dan sama ada pihak berkuasa ini akan dipengerusikan oleh seorang tokoh tertentu seperti hakim atau bekas hakim atau seorang yang berpengalaman dari kalangan pengamal undang-undang selama tidak kurang daripada lima tahun atau lebih.

Tuan Yang di-Pertua, selanjutnya adakah pihak berkuasa ini akan dianggotai oleh kakitangan pinjaman daripada pasukan polis dan lain-lain dan sama ada juruanalisis kewangan akan dilantik untuk mencukupkan adunan kepakaran dalam pasukan yang akan ditubuhkan dengan pihak polis?

Tuan Yang di-Pertua, biasanya apabila sebuah badan atau pihak berkuasa ditubuhkan di bawah undang-undang, ahli-ahli yang layak dilantik adalah dinyatakan dengan terperinci dan ia tidak menimbulkan tanda tanya lagi, orang yang bagaimanakah yang akan mengisi pelantikan tersebut. Pada pandangan saya, Tuan Yang di-Pertua, perkara ini mustahak diberikan penekanan supaya undang-undang menjadi jelas dan pihak berkuasa yang akan melaksanakan undang-undang ini terdiri daripada mereka yang benar-benar layak dan berwibawa dalam bidangnya.

Tuan Yang di-Pertua, kedua, saya juga tertarik dengan Fasal 32(1)(2) dan Fasal 37 dalam rang undang-undang yang dicadangkan ini. Di bawah Fasal 32,

Page 34: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

DN.6.6.2001 29

dicadangkan bahawa mana-mana pegawai penyiasat akan diberikan kuasa untuk memeriksa mana-mana orang yang dipercayai rnempunyai fakta dan ada kaitan dengan hal keadaan sesuatu kes. Di bawah Fasal ini, pegawai penyiasat yang menjalankan siasatan mempunyai kuasa untuk mengendalikan sumpah atau lkrar oleh orang yang diperiksa itu. Manakala dalam Fasal 37 pula, seorang pegawai penyiasat boleh memaksa mana-mana orang yang disyaki menyerahkan kepadanya apa-apa harta, rekod, laporan atau dokumen yang berkaitan dengan kesalahan yang dilakukan.

Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat undang-undang ini berbeza sedikit dengan cara biasa penyiasatan dijalankan seperti sebuah Suruhanjaya Diraja. Biasanya dijalankan penyiasatan secara terbuka, manakala penyiasatan di bawah undang-undang ini dijalankan secara tertutup. Oleh itu, saya ingin bertanya pihak kementerian adakah kedua-dua peruntukan ini, dengan izin, encroaches upon the traditional role of the Police Force and the Royal Commission.

Tuan Yang di-Pertua, kuasa yang diberikan di bawah Fasal 32(2) kepada pihak berkuasa ini tersangat luas, iaitu 'powers which can only be seen in that of a Royal Commission', dengan izin, di mana ia berkuasa memanggil saksi-saksi yang diwajibkan memberi keterangan secara bersumpah atau mengemukakan dokumen­dokumen yang diperlukan dan jika mereka gagal berbuat demikian mereka boleh didakwa atau diambil tindakan mahkamah kerana bersumpah bohong.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan Fasal-fasal 32(1) dan (2) dan Fasal 37 yang dicadangkan ini, adakah peruntukan undang-undang ini akan digunakan untuk memperolehi, dengan izin, confessional evidence untuk suatu contemplated prosecution atau untuk suatu interview untuk hanya menentukan sama ada orang yang disyaki terlibat dengan pengubahan wang haram. Jadi, apakah tujuan sebenar kedua­dua seksyen ini dan jika ia !:>ertujuan untuk mendakwa orang yang disyaki, pihak berkuasa perlulah menjalankannya mengikut undang-undang sedia ada seperti memberikan amaran terlebih dahulu.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh Fasal 83 di mana dicadangkan pihak berkuasa berwibawa, setelah berunding dengan pihak berkuasa pengawasan, boleh mengeluarkan surat pekeliling dan sebagainya kepada institusi pelapor untuk menjalankan apa-apa peruntukan di bawah akta ini. Saya ingin tahu adakah surat pekeliling atau garis panduan yang akan dikeluarkan ini berkenaan, dengan izin, the effect of the law. Apakah yang akan berlaku sekiranya pihak berkuasa pengawasan yang berkaitan tidak mematuhi pekeliling itu.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga merujuk Fasal 5 iaitu mengenai perlindungan kepada orang yang memberikan maklumat. Mengikut fasal ini, pemberi maklumat dan sesiapa yang membantu agensi penguat kuasa memberikan maklumat mengenai suatu perbuatan pengubahan wang haram, dia diberikan perlindungan daripada pendakwaan dan tanggungan sivil jika dia memenuhi syarat-syarat tertentu. Berhubung fasal ini, saya ingin menyatakan bahawa untuk mengelakkan maklumat palsu diberikan kepada pihak berkuasa atau pemberi maklumat mengemukakan maklumat tidak tepat yang boleh menimbulkan kesan yang serius ke atas mangsa, apakah pihak kementerian tidak memerlukan pemberi maklurnat memberikan maklumat secara bersumpah atau ikrar bahawa maklumat yang diberikan memang tepat dan betul. Dengan cara ini, jika maklumat yang diberikan adalah palsu atau tidak tepat, dia juga boleh didakwa. Kaedah ini sangatlah baik diikuti kerana ia tidak menggalakkan pemberian maklumat palsu atau maklumat tidak tepat atau apa-apa maklumat yang jahat.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya komen sedikit lagi tentang Fasal 31(1)(a) sehingga (g) dan Fasal kecil (2) mengenai kuasa pegawai penyiasatan untuk masuk menggeledah dan menyita jika berpuas hati atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa seseorang telah melakukan suatu kesalahan di bawah akta ini. Peruntukan ini adalah terlalu luas atau dengan izin, very wide power untuk membolehkan pihak berkuasa mencari maklumat dan terus memperolehi buku-buku dan dokumen-dokumen berkenaan orang yang disyaki terlibat melakukan kesalahan di bawah akta ini. Setelah membaca peruntukan ini, saya ingin mengetahui daripada pihak kementerian adakah terdapat suatu tanggungjawab yang positif di pihak orang yang disyaki supaya memberikan maklumat berkenaan kesalahan yang dilakukan. Dengan perkataan lain, orang yang disyaki itu hendaklah, dengan izin, actively assist pihak berkuasa. Sekiranya tidak, mengapa pihak berkuasa tidak memperkenalkan suatu peruntukan di mana oleh yang disyaki itu membantu pihak berkuasa secara aktif.

Page 35: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

30 DN.6.6.2001

Jika tidak, mana-mana orang yang tidak membantu pihak berkuasa secara aktif tidak melakukan kesalahan di bawah akta yang dicadangkan ini.

Tuan Yang di-Pertua, institusi perbankan dan kewangan di negara ini sebenamya boleh membantu kerajaan untuk mencegah pengubahan wang haram dengan mengadakan peraturan yang ketat dalam urusan pemiagaan mereka. Caranya ialah pihak bank dan institusi kewangan hendaklah mengenal pasti klien mereka secara lebih dekat terlebih dahulu dan jika perlu, maklumat tentang klien hendaklah disahkan oleh pihak ketiga. Perhubungan melalui Internet semata-mata untuk mengesahkan maklumat klien adalah tidak mencukupi. Jika pihak bank atau institusi kewangan tidak berhati-hati dalam hubungan mereka dengan klien, saya khuatir institusi perbankan dan kewangan di negara ini akan terus dijadikan alat pengubahan wang haram walaupun wujudnya undang-undang pencegahan yang dicadangkan ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit tentang Fasal 84 bertujuan untuk memberi Menteri Kewangan atau Menteri Dalam Negeri kuasa untuk membuat peraturan.

Tuan Yang di-Pertua, fasal ini adalah serupa dikenali dengan izin, the executive power encroaching into the territory of the legislative.

Waiau bagaimanapun, Tuan Yang di-Pertua, kuasa di bawah Fasal 84 khususnya subseksyen 2 yang diberi kepada kedua-kedua menteri berkenaan adalah memang luas. Contohnya, di bawah B pada pandangan saya, kedua-kedua menteri berkenaan boleh mewujudkan kesalahan baru tentang apa-apa jua yang dikehendaki supaya atau dibenarkan untuk ditetapkan di bawah Akta ini.

Dan di bawah C, kedua-kedua menteri berkenaan boleh mengadakan peruntukan berkenaan penalti bagi kesalahan itu yang tidak boleh melebihi denda sebanyak RM1 juta atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua­duanya.

Tuan Yang di-Pertua, tidak dapat dinafikan pada masa sekarang kebanyakan rang undang-undang sentiasa memberi kuasa demikian kepada menteri untuk membuat peraturan.

Saya berharap dalam melaksanakan kewajipan, kedua-kedua menteri berkenaan hendaklah mempunyai kefahaman yang jelas tentang matlamat Akta ini dan pada setiap masa bertindak dengan ikhlas sesungguhnya dan bertindak dengan jujur dan bertanggungjawab semasa melaksanakan kuasa di bawah Fasal 84(2) dalam menunaikan kewajipan.

Tuan Yang di-Pertua, akhir kata saya berharap mana-mana pihak yang akan mengimplementasi Akta ini apabila diluluskan akan menganjurkan kursus yang secukupnya kepada pihak berkuasa, pegawai penasihat dan anggota-anggota lain supaya mereka boleh menjalankan kewajipan di bawah Akta ini dan akan dapat melaksanakan dengan yakin, cekap dan tepat agar kuasa yang begitu luas diberikan kepada mereka tidak disalahgunakan ataupun digunakan bagi maksud, dengan izin, a general fishing expedition. Setiap kuasa yang digunakan hendaklah rnunasabah yang mungkin dan benar-benar perlu seperti memecah masuk mana-mana pintu premis atau memindahkan harta benda secara kekerasan di bawah Fasal 31(2).

Tuan Yang di-Pertua, saya berharap pihak kementerian akan terus berusaha memantau undang-undang ini untuk mencapai sasaran yang dihajatkan.

Tuan Yang di-Pertua, inilah komen-komen saya, saya harap penjelasan dapat diberikan. Sekali lagi, Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Kewangan yang begitu cekap menggubal dan mengendalikan rang undang-undang ini. Dengan ini, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong rang undang-undang ini.

Tlmbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato' Dr. T. Marimuthu.

12.55 tgh.

Dato' Dr. T. Marimuthu: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membincang Rang Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

Page 36: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

DN.6.6.2001 31

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kewangan dan Yang Berhormat Timbalan Menteri atas pembentangan rang undang-undang yang panting ini untuk membendung, mengurang dan menghapuskan keglatan-keglatan haram seperti wang haram dan kegiatan-kegiatan yang ber1eluasa kompleks clan tidak mudah dikenal pasti. Hasil daripada kegiatan-kegiatan haram inl dianggapkan atau dipanggil sebagai "alternative economy" di dalam buku ini iaitu "The Laundary Man Inside The Wortds' Third Largest Business• oleh Jeffrey Robinson di mana dikatakan bahawa sesetahun US$300 billion dipemiagakan ..

Kedudukan atau ranking kegiatan ataupun penggubahan wang haram ini berdasarkan penilaian adalah yang ketiga iaitu selepas pemiagaan pertukaran wang asing dan juga pemiagaan dalam petroleum.

Dan dalam buku "The Laundary Man" ini , seperti Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz telah mengatakan, wang haram dicuci dan dilobikan dan keluarkan sebagai wang sah ataupun wang yang legitimate. Dan tafsiran yang diberi dalam muka surat 9 dalam rang undang-undang ini pada pendapat saya tidak begitu tepat, oleh kerana kita ubah wang haram ini.

Dalam buku ini saya ingin membaca satu quotation, "money laundering is called what it is because that perfectly describes what takes place, illegal or dirty money is put through a cycle of transactions or washed, so that it comes out the other end as legal or clean money." In other words the source of illegally obtained funds is obscure through a succession of transfers and deals in order that those same funds can eventually be made to reappear as legitimate income.

Dan saya harap pegawai-pegawai yang akan menguatkuasakan Akta ini harus melengkapi mereka dengan proses-proses mencuci wang ini kepada wang yang sah.

Daripada sejarah, konsep ini dikatakan bahawa digunakan oleh gangster yang terkemuka iaitu Al Cappone, tetapi dari kajian yang dibuat oleh Jeffrey Robinson, apa yang dikatakannya bukanlah Al Cappone tetapi scandal Watergate iaitu apabila beberapa orang memasukl the Watergate Building iaitu pada masa presidency Richard Nixon, pemberita-pemberita telah memberikan konsep ini sebagai money laundering.

Saya ingin tahu adakah wang yang diperolehi melalu korupsi, political contribution dan sebagainya boleh dianggap sebagai money laundering.

Pada masa kini juga ada beberapa cara yang digunakan oleh beberapa kumpulan di dunia ini yang telah dikatakan bahawa penilaian adalah sebanyak AS$300 billion, orang Cina mengatakan proses ini sebagai "fei chien", pronunciation saya tidak tepat, tetapi "fei chien" atau ffying money. Orang-orang yang tinggal di California menggunakan cara ini untuk menukar wang asing dan mendapat wang tempatan dan orang India mengatakan "hawala" dan sistem ini boleh dikatakan satu sistem alternate banking yang masih digunakan.

Saya juga ingin menyoal beberapa fasal dalam rang undang-undang ini iaitu Fasal 5 ...

Tlmbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato', boleh sambung ucapan nanti selepas kita rehat.

Dato' Dr. T. Marlmuthu: Okay. Terima kasih.

Tlmbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan ini saya tangguhkan Majlis Mesyuarat Dewan ini hingga jam 2.30 petang ini.

Mesyuarat dltempohkan pada pukul 1.00 tengah harl.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua: Saya minta Yang Berhormat Dato' Dr. T. Marimuthu menyambung ucapannya.

2.32 ptg.

Dato' Dr. T. Marlmuthu: Terima kasih Tuan Yang di·Pertua. Saya ingin meneruskan ucapan saya mengenai Rang Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

Page 37: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

32 DN.6.6.2001

Saya juga ingin membangkitkan mengenai beberapa fasal yang telah pun dibincangkan ataupun dibangkitkan oleh rakan-rakan saya iaitu Fasal 5 "memberi pertindungan kepada pemberi maklumat" dan saya pun ingin tahu apakah peruntukan yang ada dalam rang undang-undang ini jika seorang pemberi maklumat memberikan maklumat yang palsu. Adakah peruntukan di dalam rang undang-undang ini mencukupi untuk mengawal bahawa pemberian maklumat itu adalah benar dan tidak sewenang­wenangnya menuduh seseorang mempunyai harta benda dan lain-lain harta.

Saya juga bersetuju dengan beberapa Ahli Yang Berhormat bahawa fasal­fasal yang terkandung dalam rang undang-undang ini adalah luas dan memberi kuasa kepada polis untuk menjalankan siasatan. Tidakkah peruntukan-peruntukan dan kuasa yang diberi kepada polis bertentangan dengan hak dan kebebasan seseorang individu.

Sebagai contoh, Fasal 41 "pegawai penyiasat boleh menganggap tanpa waran" tetapi di dalam rang undang-undang ini tidak dicatatkan bahawa berapa lamakah seseorang yang ditangkap boleh ditahan dan saya harap ini pun saya ingin mendapat sedikit penjelasan mengenai fasal ini.

Dan juga Fasal 48 ini memberi kuasa untuk mendapat maklumat daripada sesuatu institusi kewangan. Maksudnya, ini adalah bank-bank dan juga institusi kewangan tempatan. Saya ingin tahu melalui rang undang-undang ini, bolehkah maklumat didapati daripada institusi-institusi kewangan di luar negara seperti bank­bank di Switzerland.

Kita tahu Switzerland adalah satu tempat di mana kita boleh membuka akaun yang maklumat itu tidak boleh diberi kepada sesiapa dan saya juga ingin tahu bahawa melalui rang undang-undang ini bolehkah kita mendapat maklumat daripada luar negara.

Fasal 42 mengenai bidang kuasa. Kita ada bidang kuasa atas warganegara di laut lepas iaitu atas high seas atau mana-mana pesawat udara. Saya juga ingin tahu bahawa adakah kuasa kita atas international waters. Saya difahamkan kita tidak ada kuasa jika ships di international waters dan bolehkah kita menguatkuasakan akta ini untuk memberi kuasa atas rakyat warganegara jika mereka adalah di dalam international waters.

Seperti yang telah dibangkitkan oleh rakan saya Yang Berhormat Datuk William Lau, rang undang-undang ini adalah satu rang undang-undang yang diperlukan pada masa kini dan juga ini adalah satu rang undang-undang yang penting untuk menghapuskan wang haram.

Saya harap kita harus mengetahui cara-cara ataupun jalan-jalan yang digunakan oleh individu-individu ataupun institusi-institusi kewangan memberi ataupun pengubahan wang haram ini.

Saya juga hairan bahawa walaupun dalam rang undang-undang ini mencatatkan bahawa rang undang-undang ini dikuatkuasakan oleh Kementerian Kewangan dan juga memberi kuasa kepada pihak berkuasa, kita tidak ada satu badan yang penting iaitu tidak ada satu agensi untuk melaksanakan akta ini.

Satu perkara yang berkaitan adalah dengan beberapa akta yang lain iaitu dalam rang undang-undang ini ada 16 akta yang ada berkaitan dan bukankah kita hendak menggubal 16 akta itu untuk melaksanakan rang undang-undang ini.

Oleh kerana ada beberapa orang Ahli Yang Berhormat berhasrat untuk berucap, dengan soalan-soalan dan kata-kata itu saya ingin mohon menyokong Rang Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Abdillah.

2.40 ptg.

Tuan Abdillah bin Abdul Rahim: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk berbahas ke atas Rang Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk memberi ucapan tahniah kepada kerajaan kerana telah membentangkan tepat pada masanya rang undang-undang ini memandang kepada rentak arus pembangunan yang pesat yang bertaku di negara kita ini.

Page 38: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

DN.6.6.2001 33

Tuan Yang di-Pertua, pengubahan wang haram sudah lama bertaku di dunia ini kerana ini adalah satu-satunya cara untuk mereka yang tertibat membersih ataupun mengesahkan wang haram yang mereka terima melalui kegiatan jenayah yang mereka buat.

Kegiatan pengubahan wang haram ini semakin bertambah pada masa kini dan ini memang tidak dapat dinafikan dengan adanya terbuka beberapa negara yang dahulunya tertutup kepada negara luar. Kalau dulu kita mengatakan bahawa pengubahan wang haram ini banyak dilakukan oleh mafia dari Amerika dan Italy, sekarang mafia dari Rusia juga terlibat dalam pengubahan wang haram ini.

Oleh yang demikian, Tuan Yang di-Pertua, banyak negara telah menunjuk kebingungan dan keprihatinan terhadap kegiatan ini dan banyak telah mengadakan perundangan tertentu untuk mengawal kegiatan pengubahan wang haram ini.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaLcontoh di sini saya ingin juga memberi maklum bagaimana wang haram itu dapat dipindahkan daripada negara sipenjenayah itu ke negara lain untuk membersihkan wang tersebut.

Saya telah terbaca bagaimana di Germany kalau tidak silap saya sebuah syarikat telah mengimport barang-barang yang sudah expired, dengan izin, yang riwayat barang-barang itu sudah tamat diimport. Dengan cara begitu wang haram tadi telah dapat dikirim keluar kepada negara yang membekalkan barang-barang yang telah diimport itu. Apabila barang yang diimport itu sampai ke negara Germany itu dan barang ini tempoh hayatnya sudah tamat, maka tidak dapat digunakan dan barang itu dimusnahkan begitu sahaja.

Jadi, kegiatan ini telah diketahui oleh pihak yang berkuasa dan saya telah terbaca bahawa pihak berkuasa di negara tersebut telah mengambil tindakan untuk membanteraskan kegiatan seperti ini.

Tuan Yang di-Pertua, ada juga dilaporkan bagaimana wang haram dari sesebuah negara dimasukkan ke dalam bank negara yang lain melalui orang kedua dan dengan cara begitu wang haram tadi boleh diambil keluar kemudiannya sebagai wang yang sah.

Tuan Yang di-Pertua, kita sedang membincang dan membahas Rang Undang­undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 ini dan memberi banyak tumpuan kepada cara kita mencegah dan menghalang wujudnya kegiatan ini di negara kita. Tetapi yang ingin saya ketengahkan di Dewan yang mulia ini ialah kegiatan di mana negara kita boleh digunakan oleh orang-orang asing untuk menyimpan ataupun untuk membersihkan wang haram mereka.

Sebagai contoh, Tuan Yang di-Pertua, seorang pelabur boleh membawa masuk wang haramnya ke Malaysia dan dengan cara begitu wang itu dengan sendirinya akan dapat dibersihkan dan pemah pada satu ketika sebelum negara kita Malaysia dilanda oleh krisis mata wang terdapat beberapa buah negara di rantau ini yang sedang restructure, dengan izin, industri mereka dan mereka mempunyai banyak wang.

T erdapat beberapa orang daripada peniaga-peniaga dari negara ini masuk ke negara kita membawa wang tunai untuk membeli kilang-kilang dan selalunya terdapat kilang yang mereka beli, kilang yang sudah lapuk dan usang dan kemudian setelah mereka membeli kilang ini mereka bawa lagi wang mereka masuk dan dengan membawa dalam bentuk jentera-jentera dan alat-alat. Kemudian kilang itu diperbaiki sehingga menjadi kilang yang baik. Setelah itu kilang itu dijual lagi kepada orang lain, dengan cara begini wang haram tadi sudah dapat bertukar tangan dan dibersihkan melalui pembawaan dan pembelian kilang yang sudah usang tadi.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu pemah juga peniaga-peniaga dari negara yang sama datang ke negara kita membawa wang tunai untuk membeli barang­barang di sini kemudian dieksport dan ini juga melibatkan kegiatan haram di negara kita, di mana terdapat juga cara barang-barang diperolehi dan kemudian dijual melalui tukaran cash dan kemudian dieksport melalui dokumentasi yang teratur dan dengan sendirinya wang itu tadi sudah masuk ke negara kita dan wang yang sudah dibersih pindah ke negara penjenayah tadi dalam bentuk benda yang dieksport.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, perkara seperti ini memang berlaku. Walaupun saya tidak mengatakan bahawa pegawai-pegawai kita tidak cekap, memantau perkara

Page 39: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

34 DN.6.6.2001

ini daripada berlaku tetapi ianya berlaku terutama sekali apabila tempoh ataupun rentak pernbangunan negara kita begitu berkemuncak dan kita begitu yakin dan tertalu ingin melihat supaya negara kita bangun dan ingin membawa pelabur-pelabur asing masuk supaya mereka akan dapat membangunkan ekonomi negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang kita maklum dalam negara kita berusaha untuk memulihkan keadaan ekonomi kita telah berhasrat untuk membawa lebih banyak lagi pelabur-pelabur asing masuk ke negara kita dan juga mempertingkatkan eksport. Jikalau kita tidak mengawasi kegiatan ini, Tuan Yang di­Pertua, besar kemungkinan ianya boleh dijadikan satu saluran untuk orang-orang ataupun penjenayah mengubahkan wang haram mereka masuk ke negara kita dan seterusnya membawa wang yang sah balik ke negara masing-masing.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya berharap pihak kerajaan terutama sekali jabatan ataupun kementerian yang terlibat dalam memantau membawa pelabur-pelabur asing masuk dan juga dalam perdagangan harus teliti dalam pengawasan mereka supaya negara kita tidak akan menjadi sarang penjenayah. Bayangkan wang itu masuk walaupun melalui orang lain, bermakna wang yang haram tadi sudah masuk ke negara kita dan walaupun digunakan untuk melabur dalam sesuatu perkara tetapi kewujudan ataupun connection, dengan izin, pengusaha-pengusaha kita di sini dengan penjenayah tadi sudah ada. Jikalaulah mereka datang ke sini dengan cara yang baik sebab kita tidak tahu penjenayah, bukan muka penjenayah nampak macam muka orang yang jahat, kadang-kadang mungkin mereka nampak macam orang baik.

Jadi, apabila mereka masuk bermakna kegiatan mereka sudah dapat diperluaskan dalam negara kita dan kita takut mereka akan bekerjasama dengan penjenayah-penjenayah dalam negara dan seterusnya akan memburukkan lagi keadaan.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh sedikit berhubung dengan Rang undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 ini terutama sekali Fasal 31. Fasal 31 itu membolehkan pegawai penyiasat menggeledah, memecah tempat jika perlu untuk membuat pemeriksaan mereka. Perkataan 'jika perlu' ini adalah terlalu luas dan ianya tertakluk kepada kebijaksanaan pegawai yang menyiasat. Memang tidak ada salah bagi fasal yang berkenaan ini terutama sekali perkataan 'jika perlu' tetapi dalam pelaksanaannya saya takut ianya boleh disalahgunakan. Oleh yang demikian, saya berharap dalam melaksanakan tugas pegawai penguasa akan benar-benar berhati-hati menjalankan tugas mereka supaya kemudahan yang diberi tidak disalahgunakan.

Tuan Yang di-Pertua, ada juga kemungkinan penjenayah-penjenayah yang terlibat dalam pengubahan wang haram yang masuk ke negara kita memainkan peranan mereka dalam masyarakat di mana mereka akan memasuki badan-badan kebajikan misalnya, dengan izin, charitable organization dan menderma dan seterusnya dengan sendirinya imej mereka akan menjadi baik dan dengan itu mereka mudah bergaul dengan pihak-pihak atasan.

Di sini saya ingin menyarankan supaya kita berhati-hati dalam pergaulan dengan mereka seperti ini kerana saya takut perhubungan mereka orang yang tertentu, temama dalam masyarakat kita akan disalahgunakan oleh mereka lagi untuk mendapat perlindungan. Walaupun dalam rang undang-undang ini ada terdapat fasal yang berhubung dengan perkara di mana orang-orang yang bersalah menghalangkan pegawai penguasa daripada menjalankan tugas mereka tetapi dalam kehidupan kita hari-hari, kadang-kadang ada juga orang menggunakan peluang mereka berhubung rapat dengan orang atasan untuk mendapatkan perlindungan.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi ingin mengatakan bahawa Rang Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 ini adalah baik dan tepat pada masanya dilaksanakan dan saya berharap kita dengan adanya akta ini kelak akan dapat membanteras kegiatan pengubahan wang haram dalam negara kita.

Dengan itu saya menyokong. Sekian, terima kasih.

2.53 ptg.

Dato' Hamzah bin Zainudin: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk bersama-sama dengan rakan-rakan saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001.

Page 40: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

DN.6.6.2001 35

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan yang telah pun menggariskan satu rang undang-undang yang begitu baik sekali. lni menunjukkan bahawa kita mampu bukan hanya untuk menubuhkan satu rang undang-undang yang seperti inl, juga mungkin akan menjadi pemimpin untuk menggar1skan undang-undang bagi International Financial Architecture yang telah pun diperkatakan oleh dunia sekarang ini.

Saya juga bersama dengan rakan-rakan bersetuju bahawa rang undang­undang ini harus kita perketatkan lagi supaya banyak loophole atau beberapa perkara yang harus kita lihat supaya tidak ada unsur-unsur yang boleh membawa wang-wang ini dihalalkan dalam negara kita. Seperti rakan saya tadi Datuk Ghazi yang membicarakan bahawa wang haram ini ada tiga karaktemya:

(i) wang haram dalam negara kita sendiri;

(ii) wang haram yang akan kita keluarkan daripada negara kita keluarnegara;dan

(iii) daripada luar ke dalam negara.

Jadi, saya hendak membicarakan tentang luar ke dalam negara, transaksi di mana saya bersetuju dengan Yang Berhormat Tuan Abdillah tadi. Hari ini oleh kerana kita hendak membangunkan negara kita, kita memerlukan ramai pelabur daripada luar negara.

Jadi, hari ini mereka masuk dengan bennacam-macam cara, ada yang menggunakan technology transfer sebagai satu cara bagaimana mereka hendak menghalalkan wang daripada luar ke dalam negara kita. Ada juga seperti Yang Berhonnat Tuan Abdillah kata tadi membeli saham-saham dalam negara kita supaya nanti apabila mereka menjualkan saham-saham akan menghalalkan wang yang pada asalnya itu haram.

Jadi, saya juga ingin supaya kalau boleh kerajaan melihat ini sebagai satu perkara di mana kita boleh perketatkan di mana kalau ada pelabur-pelabur mahu untuk melabur dalam negara kita, kita mahu dengan jelas, kita mahu melihat bahawa wang yang dibawa masuk itu adalah memang benar-benar datang untuk dilaburkan dalam negara kita bukan untuk menghalalkan duit yang haram daripada luar negara, itu satu perkara.

Perkara yang kedua, yang saya katakan tadi tentang wang dalam negara ingin dikeluarkan. Ada juga ramai yang saya difahamkan menggunakan pengurup wang yang ada dalam negara kita ini kerana pengurup wang yang ada dalam negara ini mempunyai ramai rakan di luar negara.

Jadi, apabila mereka hendak mengeluarkan wang dalam negara mereka membayar pengurup wang di sini dan mengambil wangnya di luar negara. Sudah tentulah kita susah untuk menangkap mereka yang kita tidak tahu bahawa sebenamya wang itu telah pun dengan secara tidak langsung dikeluarkan daripada dalam negara kita ini.

Satu lagi tentang wang yang haram dalam negara melalui jenayah-jenayah yang dijalankan oleh penjenayah-penjenayah dalam negara seperti tax consultant yang cuba untuk melarikan cukai (tax) daripada syarikat-syarikat yar:g membuat keuntungan sebagai satu contoh. Saya juga mahu melihat supaya kerajaan melihat ini juga sebagai satu cara di mana mereka ini juga dikatakan penjenayah kerana kadang-kadang penasihat itu yang menyebabkan penjenayah-penjenayah tahu dan bagaimana caranya untuk membawa wang-wang ini keluar.

Jadi, kalau kita tidak menekankan ini, maka sudah tentu ada penasihat­penasihat yang dikatakan profesional tetapi sebenamya mengajar, menasihat penjenayah-penjenayah untuk meneruskan cara mereka untuk mengeluarkan wang­wang yang dikatakan haram tadi.

Jadi, inilah servis yang digunakan ini juga harus diperketatkan supaya mereka yang cuba menasihat syarikat-syarikat yang membuat keuntungan juga dikatakan membuat satu kesalahan mengikut rang undang-undang yang ada yang kita gariskan hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, selepas saya melihat perkara ini saya mahu mempersoalkan kerajaan oleh kerana ini telah pun digariskan, saya melihat Fasal 44 ini

Page 41: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

36 DN.6.6.2001

bagaimanakah caranya harta seseorang itu boleh dilucuthakkan sekiranya kalau tidak ada pendakwaan dijalankan terhadapnya.

Jadi, saya hendak tahu bagaimana caranya? Tiba-tiba kita boleh lucutkan hak itu hanya semata-mata kita ada prasangka atau syak bahawa orang ini sebenamya telah pun menggunakan wang yang haram. Jadi, saya hendak tahu, itu soalan yang pertama.

Soalan yang keduanya, oleh kerana saya katakan tadi ramai penjenayah yang boleh menggunakan pengurup wang untuk melarikan wang mereka ke luar negara. Jadi, bagaimanakah mahkamah boleh membuat perintah pelucut hak ke atas mereka yang telah pun melarikan wang mereka dan diri mereka juga tidak ada dalam negara.

Jadi, saya hendak tanya bagaimana caranya untuk kerajaan melihat ini supaya mereka yang juga telah pun lari daripada negara boleh dijatuhkan hukum mengikut rang undang-undang kita yang ada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana rakan-rakan saya tadi telah menggariskan bermacam-macam cara untuk penjenayah-penjenayah ini menghalalkan wang-wang mereka ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan ribuan tahniah yang tidak terhingga kepada kerajaan yang tahu sebenamya untuk menentukan bahawa inilah caranya supaya wang yang ada dalam negara kita ini adalah wang yang benar-benar halal dan tidak haram seperti yang dilaung-laungkan oleh beberapa orang yang ada dalam negara hari ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang dl-Pertua: Yang Berhormat Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Abdullah bin Ayub.

3.00 ptg.

Tan Sri Dato' Serl (Dr.) Abdullah bin Ayub: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan berbanyak terima kasih kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai Rang Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001.

Saya ingin memberi pujian kepada Kementerian Kewangan kerana telah menyediakan satu undang-undang yang komprehensif untuk memantau dan mencegah pengubahan wang haram ini. Saya teringat semasa saya berkhidmat dengan Kementerian Kewangan dahulu, saya selalu ditemui oleh saudagar-saudagar wang dari luar negara menawarkan kepada kerajaan pinjaman wang beratus juta US Dollar untuk tujuan pembangunan. Syarat-syaratnya adalah menarik, tetapi mereka tidak mahu memberitahu dari mana wang itu datang.

Siasatan telah dijalankan melalui Bank Dunia dan juga bank-bank antarabangsa dan kami telah diberitahu bahawa wang itu datang daripada hasil jualan minyak petrol yang difaraid oleh pegawai-pegawai yang mengelolakan pengeluaran minyak petrol di negara-negara Asia Barat. Mereka itu mencuba membersihkan wang yang kotor itu dengan memberi pinjaman kepada kerajaan-kerajaan yang memerlukannya. lni ialah money laundering, iaitu membersihkan barang yang kotor.

Bercakap mengenai minyak petrol, saya suka juga menceritakan bagaimana sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika telah melarikan satu kapal minyak petrol kita dengan tidak membayar apa-apa sehingga ke hari ini. lni berlaku sebelum Petronas ditubuhkan. Saya telah diarah pergi ke New York untuk menuntut wang itu tetapi telah dinasihatkan oleh kedutaan kita di sana supaya tidak berbuat demikian untuk keselamatan diri saya sendiri. Jadi, inilah adalah barangkali money laundering in the rivers, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, saya telah baca Rang Undang-undang ini beberapa kali dalam bahasa Malaysia dan bahasa lnggeris dan ucapan yang dibuat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan semalam semasa mengajukan Rang Undang­undang ini tetapi saya masih samar-samar bagaimana Rang Undang-undang ini hendak dilaksanakan. Barangkali juga oleh kerana saya ini a bit dull, dengan izin, berkenaan dengan perkara yang seperti ini.

Tuan Yang di-Pertua, persoalan yang saya ingin majukan adalah seperti berikut:

Page 42: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

DN.6.6.2001

Pertama

• siapakah yang akan melaksanakan undang-undang ini?

• siapakah yang menjadi pihak berkuasa yang berwibawa yang disebut di dalam undang-undang ini?

• adakah suatu badan atau satu agensi yang baru seperti Securities Commission atau Sadan Pencegah Rasuah? Atau tugas ini akan dilaksanakan oleh pegawai-pegawai yang lain yang menjadi tugas sambilan atau tugas tambahan bagi agensi yang sudah ada.

Kedua

• Adakah peruntukan-peruntukan mengenai kesalahan di dalam aktiviti-aktiviti yang menghasilkan wang haram di bawah undang­undang di dalam Jadual Jedua Rang Undang-undang ini tidak dipakai lagi? Misalnya, hasil atau proceed daripada penjualan dadah atau daripada rasuah atau penjualan senjata haram sekarang sudah tertakluk kepada undang-undang baru ini.

Ketlga

• Biasanya bank-bank atau institusi kewangan lain tidak menanya kepada orang yang hendak membuka akaun atau menyimpan wang daripada mana wang itu diperolehi. Mereka biasanya mengalu-alukan orang yang menyimpan wang di dalam institusi mereka, lagi ban~·ak lagi bagus.

Sebagai institusi pelapor, adakah mereka ini sekarang perlu melapokan wang itu kepada agensi penguat kuasa. Dan ini tidakkah bercanggah dengan peraturan atau konvensyen yang melarang bank-bank atau institusi kewangan memberi orang lain tahu kedudukan atau rahsia akaun seseorang klien.

Untuk mencegah jenayah pengubahan wang haram ini, kerjasama ban-bank adalah sangat panting.

Keempat

• Saya percaya ada orang-orang Malaysia yang menyimpan wang di bank-bank di luar negara terutama sekali di Switzerland, Hong Kong dan negara-negara lain. Setengah daripada wang itu adalah wang halal tetapi ada juga banyak wang yang haram seperti rasuah dan sebagainya.

• Bagaimana kerajaan hendak memantau perbuatan itu supaya sesuai dengan semangat undang-undang ini.

37

Tuan Yang di-Pertua, saya berharap Akta ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan dapat mencapai tujuan-tujuan yang diharapkan.

Dengan itu saya menyokong usul meluluskan Rang Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001.

Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Hassan bin Shukri

3.08 ptg.

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan kepada saya peluang untuk turut serta membahaskan Rang Undang­undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001.

Saya telah sempat membaca sebahagian daripada Rang Undang-undang ini dan saya melihat bahawa sesungguhnya dari segi tajuk undang-undang itu pun tidaklah menunjukkan bahawa undang-undang itu sendiri hendak menghapuskan sama sekali kegiatan itu kerana tajuk ini pun menyebutkan tentang pencegahan sahaja.

Page 43: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

38 DN.6.6.2001

Waiau bagaimanapun, saya ucapkan terima kasih kepada pihak kementerian dan pegawai-pegawainya yang telah bertungkus-lumus berusaha untuk menggubal undang-undang ini. Dari segi wang, memanglah kalau kita lihat wang itu secara mutlak, mungkin pada peringkat awalnya wang itu wang halal. Kemudian wang yang halal itu kadang-kadang ia boleh menjadi haram. Kemudian wang yang haram inilah yang cuba hendak dihalalkan semula. Kita mengadakan undang-undang ini untuk mencegah wang yang haram itu supaya dihalalkan semula melalui pelbagai cara yang telah disebutkan oleh sahabat-sahabat saya Yang Berhormat-Yang Berhormat tadi.

Saya ingin menarik perhatian di sini bahawa kalau kita membaca kepada Jadual yang dikatakan kesalahan-kesalahan berat, saya lihat di dalam Jadual itu kalau tidak salah faham saya, ada 119 kesalahan yang disebutkan di dalam jadual tersebut. Dan memang pun apabila saya meneliti jadual ini, memang asalnya wang yang halal itu boleh jadi haram, misalnya wang rasuah. Mungkin orang yang memberi rasuah itu memberi rasuah dengan wang yang halal tetapi apabila wang itu digunakan untuk rasuah, maka wang yang halal tadi menjadi haram. Kemudian wang yang haram inilah yang mereka cuba hendak halalkan.

Di negara kita ini, kalau kita melihat kepada Jadual ini, memanglah kalau dilakukan pelanggaran-pelanggaran ataupun kalau berlaku pelanggaran-pelanggaran terhadap Jadual-jadual ini seperti yang disebutkan adalah menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 4(1), kesalahan pengubahan wang haram itu sendiri.

Kemudian kalau kita melihat kepada Akta Pencegahan Rasuah 1997, juga menyebutkan kesalahan seperti kesalahan menyetuju menerima suapan. Jadi, kalau kita lihat di sini, bahawa sesungguhnya bagi orang yang memberi rasuah itu mungkin seperti yang saya sebutkan tadi, wang asalnya adalah wang halal tetapi apabila digunakan untuk rasuah maka wang itu menjadi haram.

Oleh yang demikian itu, kita mengharapkan supaya akta ini, sekurang­kurangnya kalau mengikut tajuknya boleh mencegah supaya kegiatan-kegiatan pengubahan wang haram itu sama ada dalam negara mahupun di luar negara supaya wang yang halal tidak menjadi haram kemudiannya dilakukan usaha-usaha untuk menghalalkan semula wang itu dengan pelbagai cara.

Saya melihat bahawa akta ini walaupun ianya mengenakan hukuman­hukuman yang berat tetapi oleh kerana ianya sebagai suatu pencegahan sahaja bukanlah bermaksud untuk menghapuskan sama sekali dan kita pun mempunyai keyakinan bahawa kita tidak mampu bagi sesiapa pun untuk menghapuskan kegiatan yang seperti ini.

Saya tertarik hati dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tan Sri Abdullah Ayub tadi, dimana sekarang ini saya difahamkan pengusaha-pengusaha, apa yang dipanggil sinking fund, menawarkan bukan sahaja kepada kerajaan malah juga kepada peniaga-peniaga yang mempunyai modal besar, mereka sanggup menawarkan modal yang lebih besar lagi dan saya difahamkan ada setengah-setengah kalangan kita, apabila mereka hendak mendapatkan wang itu, mereka terpaksa memberi deposit, misalnya kalau dia hendak meminjam RM 100 juta mereka diminta RM 1 juta sahaja bagi mendapatkan wang RM100 juta itu.

Tetapi saya difahamkan kemudian daripada itu, wang yang RM1 juta itu pun tidak dapat, wang yang ditawarkan RM100 juta itu pun tidak dapat juga. Jadi, saya ingin mendapat tahu bagaimanakah wang yang seperti ini ataupun usaha-usaha yang seperti ini dapat dicegah oleh pihak kita, mudah-mudahan ianya tidak akan menyerap dan tidak akan berlaku bukan sahaja kepada peniaga-peniaga besar di negara kita ini kerana ini sebenamya boleh melumpuhkan ekonomi sesebuah negara.

Kalau kita melihat dari segi agama, memanglah orang yang yakin dengan agama, dia tidak akan melakukan kesalahan-kesalahan seperti rasuah, pemiagaan dadah dan lain-lain. MAFIA. Saya difahamkan, golongan Mafia Amerika ini mempunyai wang berbilion-bilion, beribu-ribu bilion dan oleh kerana mereka tidak dapat menggunakan wang itu lalu mereka menawarkan bukan sahaja kepada peniaga­peniaga tetapi juga menawarkan pinjaman kepada kerajaan-kerajaan di seluruh dunia ini.

Ada setengahnya kerana tawaran-tawaran itu, mungkin menarik hati, ada kerajaan-kerajaan yang bersedia menerima tawaran yang dibuat oleh golongan MAFIA

Page 44: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

DN.6.6.2001 39

ini. Walaupun hasil usaha golongan Mafia ini kita tidak tahu, tetapi saya difahamkan bahawa mereka ini adalah di antara peniaga dadah dan juga peniaga senjata haram.

Jadi, dengan sebab itulah kita mengharapkan supaya pihak kerajaan negara kita ini selain daripada mengawasi kegiatan-kegiatan yang ada di negara kita ini sendiri, ia juga harus mengawasi kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh pihak-pihak antarabangsa yang cuba hendak melumpuhkan ekonomi negara kita.

Selain darlpada itu, saya juga difahamkan, barangkali sama dengan sahabat saya, Yang Berhormat Dato' Hamzah bahawa pengurup-pengurup wang mempunyai jaringan antarabangsa. Misalnya kita hendak halalkan wang haram di negara kita ini, kita boleh melakukannya melalui pengurup-pengurup wang yang besar-besar. Kemudian kita boleh terima duit itu di luar negara. Kalau di Australia, kita letak duit di sini, kemudian kita ambil duit itu di Australia, begitu juga kalau duit itu kita masukkan di Amerika, kita buat melalui pengurup wang di· Amerika, kemudian kita boleh terima duit itu melalui pengurup wang yang ada di negara kita ini.

Jadi, saya hendak ianya· di sini, bagaimanakah melalui akta yang ada ini, klta boleh mengekori kegiatan-kegiatan yang seperti ini supaya ianya tidak berterusan dan boleh menjejaskan kegiatan ekonomi di negara kita ini sendiri. Dengan sebab itulah, saya mengharapkan supaya akta yang ada ini walaupun hanya sekadar untuk mencegah, mudah-mudahan ianya pada masa-masa yang akan datang, klta akan membuat pindaan supaya langkah-langkah yang lebih drastik iaitu langkah-langkah untuk menghapuskan kegiatan yang seperti ini supaya tidak beriaku di negara klta ini, sama ada wang yang ada dalam negara ini untuk dihalalkan di luar negara, kemudian masuk semula ke dalam negara kita.

Saya juga difahamkan melalui institusi kewangan pesisir misalnya Labuan, ada golongan yang cuba hendak memasukkan wang mereka melalui institusi kewangan pesisir tersebut, kemudian daripada bank-bank yang ada di Labuan itu, apabila mereka berjaya memasukkan wang mereka melalui Labuan, kemudian wang itu menjadi halal.

Jadi, saya hendak tanya bagaimanakah kegiatan-kegiatan yang seperti ini boleh klta kawal dan boleh kita cegah? Waiau bagaimanapun, saya menaruh keyakinan bahawa melalui akta yang ada ini, mudah-mudahan semuanya ini boleh dicegah.

Selain daripada itu, saya juga tertarik hati dengan apa yang disebutkan oleh rakan-rakan yang terdahulu tadi iaitu dari segi penguatkuasaan ataupun dari segi perlantikan pihak yang berkuasa berwibawa.

Dalam akta ini hanya menyebutkan yang akan melantik pihak berkuasa berwibawa itu ialah Menteri. Jadi, kita juga ingin mendapat penjelasan sepertimana Yang Berhormat Tan Sri Abdullah tadi, siapakah orangnya yang akan kita lantik ataupun orang yang seperti manakah yang kita hendak lantik menjadi pegawai yang berwibawa itu kerana biasanya ia boleh ditembusi oleh orang-orang yang berwlbawa juga, walaupun pada anggapan kita berwibawa tetapi kalau dia tidak berwibawa, dia boleh tembus melalui pihak yang berkuasa berwibawa ini juga.

Saya ingin mengingatkan supaya pihak kerajaan berhati-hati dalam melantik pihak berkuasa yang berwibawa ini. Mudah-mudahan dengan yang demikian itu, pelaksanaan kepada akta yang akan kita luluskan pada petang ini akan dapat dijalankan dengan cara yang sebaik-baiknya.

Saya juga lihat di sini, misalnya, dari segi jadual ini, saya hendak tunjukkan tentang wang haram ini. Katalah satu tender diluluskan kepada si A. Kemudian ada usaha-usaha hendak mengubah kelulusan itu kepada orang lain. Kemudian pihak yang berkuasa yang memberikan tender ini meluluskan tender itu kepada orang lain tadi dan ia rnenerima sogokan, maka wang sogokan, itu adalah dikira sebagai wang haram.

Jadi, mungkin kalau orang kampung, kecil-kecillah, 20 sen atau 30 sen dia punya sogokan atau RM1 atau RM2 tetapi kalau peniaga-peniaga besar mungkin sogokannya berjuta. Jadi, yang juta inilah biasanya yang akan dilarikan, kalau hasil yang didapati dalam negeri ini akan dibawa lari ke luar negeri.

Oleh yang demikian itu, kita harap juga melalui akta ini, perbuatan-perbuatan yang seperti itu dapat dikawal dan tentulah kalau saya hendak terangkan satu persatu jadual yang ditakrifkan sebagai satu kesalahan berat, maka saya mengharapkan supaya kegiatan menjadikan wang halal menjadi haram, kemudian hendak dihalalkan

Page 45: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

40 DN.6.6.2001

semula ini, kita harap dapat dikawal dan dapat dicegah dengan sebaik-baiknya. Kita juga mengharapkan supaya sebelum pelaksanaan akta ini apabila ia diluluskan, kita mengharapkan supaya pihak kerajaan memberikan kefahaman yang sebaik-baiknya kepada rakyat. Boleh jadi walaupun pada perkiraan saya di peringkat awal, saya kira ini tidak boleh dilakukan oleh orang-orang kecil, orang-orang yang tidak ada banyak duit tetapi apabila saya perhatikan kepada jadual ini, ianya juga boleh dilakukan oleh orang-orang walaupun dia tidak mempunyai banyak wang tetapi dia juga boleh melakukan perbuatan ini sehingga wang yang halal itu menjadi haram, mungkin mereka akan terdorong kemudiannya untuk menghalalkan semula wang yang haram tadi.

Jadi, dengan sebab itulah kita juga melihat bahawa kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh golongan penjenayah antarabangsa yang cuba hendak memasukkan wang yang dahulunya haram, kemudian hendak dihalalkan melalui institusi-institusi kewangan yang halal di mana-mana jua negara dalam dunia ini, termasuk Malaysia yang menggunakan berbagai saluran sebagaimana yang disebutkan oleh sahabat kita Yang Berhormat Dato' Dr. Marimuthu, sehingga mereka boleh menguasai bukan sahaja pemiagaan-pemiagaan elektronik ·sehingga saham-saham dalam .pemiagaan runcit dunia.

Kalau benar seperti yang disebutkan oleh sahabat kita tadi sampai 20% dari pemiagaan runcit di dunia ini mereka kuasai dengan cara memberikan modal melalui wang haram yang telah dihalalkan, saya tidak tahu bagaimana cara sampai mereka boleh menyusup masuk ke dalam bidang pemiagaan runcit ini. Kita juga bimbang kalau-kalau di negara kita ini, akhimya peniaga-peniaga runcit juga akan dapat disogokkan melalui wang haram ini, kemudian dihalalkan melalui cara-cara yang mereka fikirkan mereka boleh memasukkan wang itu sehingga kemudiannya menjadi halal. lni amat merbahaya.

Jadi, dalam kesempatan ini, saya mengucapkan tahniah kepada pihak Kementerian Kewangan yang telah menggubal akta ini dan mudah-mudahan kita mengharapkan melalui akta ini, kita akan dapat mengawasi dan seterusnya kita juga akan mampu melaksanakannya sehingga kita boleh mencegah sebarang apa jua rupa bentuk kegiatan yang boleh menghalalkan wang yang haram tadi daripada dimasukkan ke dalam negara kita ini ataupun wang yang haram dalam negara kita ini, kemudian dipindahkan ke negara yang lain supaya ia menjadi halal, kemudian wang yang halal itu dimasukkan semula ke dalam negara kita, kerana perbuatan ini akan menjejaskan perkembangan ekonomi di negara kita, malah ia juga boleh menjejaskan kedudukan negara kita dari segi keselamatan dan keamanan. Saya rasa sekadar itulah dan saya mohon menyokong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato' Dr. Chin Fook Weng.

3.23 ptg.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada kementerian di atas usaha untuk membentangkan rang undang-undang ini tetapi adalah lebih baik kalau mereka telah bentangkan ini sebelum kita dinamakan sebagai NCCTS iaitu satu negara Non Cooperative Countries and Territories. Seolah-olah selepas desakan, barulah kita mengambil kira perkara ini.

Adalah lebih baik kalau kita sudah tahu bahawa perkara ini adalah satu perkara yang begitu penting bagi kita dan kita sendiri dengan rela untuk membentangkan rang undang-undang ini tetapi sungguhpun demikian, pada saya tidaklah begitu lambat untuk kita membetulkan keadaan dan saya ucapkan tahniah kepada kementerian di atas usaha mereka.

Saya ingin tanya beberapa perkara. Yang pertamanya iaitu tentang kesalahan berat. Kalau kita lihat dalam Jadual Kedua itu, ada disebutkan 119 yang dianggap sebagai kesalahan berat. Saya ambil dua contoh daripada senarai ini.

Satu ialah pencurian iaitu nombor 78. Katakan kalau seseorang itu mencuri RM5 atau RM10 dan kemudian mereka dianggap sebagai telah terlibat dengan pengubahan wang haram, adakah ini berpatutan?

Satu lagi ialah nombor 18 iaitu pelanggaran hak cipta. Saya dapati ada aspek-aspek semacam ini yang telah di senaraikan dan pada pendapat saya bukan semua yang dalam senarai itu patut dianggap sebagai kesalahan berat, sungguhpun

Page 46: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

DN.6.6.2001 41

mungkin tujuan kementerian ialah untuk mengelakkan daripada tindakan rasuah ini dan memasukkan ke dalam Jadual Kedua ini begitu banyak jenis kesalahan yang dianggap sebagai kesalahan berat. Saya juga ingin menyentuh tentang perlantikan institusi pelapor pihak berkuasa pemeriksa atau pelesenan dan juga pihak berkuasa berwibawa. Dalam definisi itu ada disebutkan apakah dia institusi pelapor. Tetapi untuk pihak berkuasa pemeriksa atau pelesenan, maka tldak ada satu deskripsi dalam senarai itu apakah itu, dan saya berharap ini akan diambil perhatian supaya dalam prosedur itu kita jelaskan apakah pihak-pihak tertentu dalam menguatkuasakan rang undang-undang ini.

Kita tidak mahu satu keadaan di mana oleh kerana perkara semacam ini tidak diambil perhatian dan tidak dibereskan maka ada keraguan dalam menguatkuasakan undang-undang ini. Ada di sebutkan tentang pihak berkuasa berwibawa iaitu di bawah seksyen 71 iaitu satu perlantikan yang dibuat oleh menteri. T etapi saya telah mencari untuk definisi pihak berkuasa pemeriksa dan pihak berkuasa pelesenan. Setakat inilah saya tidak tahu siapa pihak ini dan bagaimana mereka akan memantau rang-undang-undang dalam akta ini. Adalah lebih baik kalau perkara ini disebutkan dengan jelas supaya tidak ada apa-apa kekeliruan.

Saya juga ingin menyentuh tentang seksyen 24(1) iaitu memberikan perlindungan kepada pegawai-pegawai yang telah membekalkan maklumat-maklumat dan selagi maklumat-maklumat itu telah dizahir dan dibekalkan bukan dengan niat jahat, maka tidak ada apa-apa kesalahan, tidak ada apa-apa pertuduhan terhadap orang berkenaan. Tetapi siapa yang akan mentakrifkan apa itu niat jahat. Bagi saya, itu adalah kurang jelas apakah niat jahat. Kalau kita lihat dari segi undang-undang lain di mana maklumat-maklumat yang penting itu tidak dapat dibocorkan tetapi sekarang di dalam akta ini pihak-pihak tertentu diberi begitu banyak peluang untuk mendedahkan maklumat-maklumat tertentu dan selagi mereka telah membuktikan bahawa ini bukan dengan niat jahat maka tidak ada apa-apa kesalahan.

Saya hanya bimbang bahawa ini boleh disalah guna dan saya mintalah kita diberi satu takrifan siapakah yang akan menentukan adakah itu dibuat dengan niat jahat atau tidak. Di bawah seksyen 31 dan 32 ada diperuntukkan untuk perlantikan pegawai penyiasat. Apabila saya baca tugas pegawai penyiasat ini saya dapati pegawai ini mempunyai kuasa yang sangat luas seperti contoh kuasa untuk menyiasat, kuasa untuk memeriksa orang, kuasa untuk memasuki mana-mana premis , kuasa untuk menahan dan memeriksa apa-apa kenderaan dan kuasa untuk menangkap tanpa waran.

Ada diperuntukkan bahawa orang ini bukan dan tidak semestinya dari seorang pekerja pihak berkuasa berwibawa atau agensi penguat kuasa, iaitu orang yang dilantik sebagai pegawai penyiasat ini tidak semestinya datang daripada pihak berkuasa berwibawa atau agensi penguatkuasaan. Jadi, saya ingin tahu siapakah pegawai-pegawai ini dan mereka datang dari agensi mana dan adakah kita memastikan bahawa perlantikan mereka itu betul-betul mengikuti prosedur-prosedur yang tertentu dan bagaimana kita boleh mencegah daripada apa kelakuan salah guna kuasa dan sebagainya. Jadi, saya meminta satu penjelasan tentang perlantikan ini.

Saya juga ingin komen tentang seksyen 54 iaitu kalau sesuatu harta itu telah disita. Sungguhpun kemudian pihak tertentu mendaftarkannya maka ini tidak sah dari segi undang-undang. Katakan selepas ia di sita dan kemudian pihak tertentu telah mengambil peluang itu dan mendaftarkan harta ini di atas nama tertentu. Maka dari segi undang-undang ini adalah tidak sah. Bagi saya adalah lebih ketat dan lebih kuat kalau bukan dikatakan tidak boleh ditukar tetapi kita harus menyatakan sungguhpun telah ditukar iaitu tidak sah dari segi undang-undang. lni akan membolehkan pihak kerajaan memastikan bahawa sungguhpun sesuatu kejadian itu telah dibuat tetapi dari segi undang-undang sungguhpun ia telah didaftarkan tetapi ia tidak sah dan pada saya adalah lebih baik kalau kita bandingkan dengan apa yang dicadangkan iaitu tidak boleh ditukar, sungguhpun telah ditukar adalah lebih baik pada pendapat saya.

Saya ingin bandingkan seksyen 63.2(b) dan 64 dengan seksyen 92. Pada saya ini telah melakukan ketidakseimbangan kalau kita bandingkan kedua-dua seksyen ini dengan kuasa yang diberi. Di bawah seksyen 63.2(b) dan 64 ini telah menyebut keadaan di mana seseorang itu telah dianggap sebagai melarikan diri dan dalam keadaan di mana orang itu telah mati sebelum proceeding berkenaan dengan kesalahan itu dimulakan atau telah mati semasa proceeding tetapi sebelum disabit atas kesalahan itu maka ia telah dianggap sebagai telah melarikan diri. Sungguhpun

Page 47: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

42 DN.6.6.2001

ia telah mati tetapi dia dianggap sebagai telah melarikan diri dan dengan demikian . mahkamah boleh membuat perintah untuk pertucuthakkan harta itu. ltu yang telah diperuntukkan. Kalau kita bandingkan dengan seksyen 92 ada dikatakan "kuasa pihak berkuasa berwlbawa untuk mengkompaun kesalahan itu" dan di sini ada diperuntukkan "bahawa tidak boleh lebih daripada 50% daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu, termasuk denda harian."

Tetapi tidak ada disebutkan di sini apa akan terjadi kepada harta benda yang diperolehi akibat daripada pengubahan wang haram itu. Kalau kita bandingkan dengan kedua-dua keadaan • nampaknya di bawah seksyen 63.2 dan 64 itu adalah lebih berat kalau dibandingkan dengan seksyen 92. Saya berharap perhatian tentang ini akan diberikan oleh kementerian.

Saya juga ingin menyentuh Seksyen 69 - kerana setakat ini tiada kawan­kawan saya telah menyentuh tentang perkara ini - mengenai peranan ejen provokasi iaitu seseorang yang mungkin membuat provokasi kepada orang yang berkenaan supaya melakukan kesalahan dan lepas itu mendapatkan bukti-bukti dan serahkan bukti-bukti ini kepada kerajaan supaya orang itu dapat dibawa ke mahkamah untuk diambil tindakan . Ada diperuntukkan bahawa ejen provokasi itu mungkin pegawai kerajaan tetapi tidak semestinya pegawai kerajaan, ataupun agen-agen penguatkuasaan. Jadi saya ingin tahu kalau kita menggalakkan orang awam untuk menjadi ejen provokasi dan selepas itu memberikan kita maklumat dan sebagainya,sungguhpun ini akan membantu kita tetapi adakah kita hendak menggalakkan satu budaya yang tidak begitu baik iaitu kita menggalakkan orang-orang tertentu menjadi ejen provokasi.

Saya harap ini diberi perhatian supaya lebih menyenangkan hati kalau orang­orang yang menjadi ejen provokasi ini datang dari pegawai-pegawai penguatkuasaan dan bukan dari orang-orang awam kerana dalam Seksyen 69 ini tidak disebutkan ia semestinya dari pegawai-pegawai penguat kuasa. Pegawai-pegawai penguat kuasa itu selalunya telah diberi latihan, pendedahan yang mencukupi dan mereka telah buat tetapi ejen provokasi yang lain semata-mata mungkin hendak dapat hadiah daripada kementerian yang telah mengambil tindakan-tindakan tertentu untuk membocorkan keadaan supaya kemudian orang ini akan diberi hadiah tertentu oleh kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, itulah komen-komen saya dan sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada kementerian di atas usaha mereka dan saya harap dengan mengadakan akta ini, maka kita akan dianggap sebagai satu negara yang telah memberi kerjasama dan terkeluar dari senarai NCCTS itu. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.

3.39 ptg.

Timbalan Menter! Kewangan [Dato' Dr. Hajl Shafie bin Hajl Mohd. Sallah]: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada sepuluh orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam Rang Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 ini. Terima kasih saya kepada Yang Berhormat Dato' Aziz, Yang Berhormat Senator Zainal Rampak, Yang Berhormat Datuk Ghazi, Yang Berhormat Datuk William, Yang Berhormat Dato' Dr. T. Marimuthu, Yang Berhormat Dato' Hamzah, Yang Berhormat Tan Sri Abdullah, Yang Berhormat Senator Hassan Shukri dan akhir sekali Yang Berhormat Dato' Dr. Chin.

Saya akan pergi kepada permasalahan-permasalahan pokok yang besar yang telahpun dibincangkan. lnsyaAllah mana-mana yang tidak sempat saya jawab, saya akan mengambil ingatan dan cuba melihatnya bagaimana kita dapat memperbaiki lagi rang undang-undang ini.

Dato' Aziz telahpun menyarankan mengenai IFA - International Financial Architecture ataupun yang selalu dikatakan Kerangka Kewangan Antarabangsa dan beliau telah menyatakan bahawa kita telahpun bersepakat untuk menyatakan bahawa keutamaan perlu diberikan terhadap penyusunan semula Kerangka Kewangan Antarabangsa memandangkan ia telah lama tertangguh dan kita juga mengharapkan keutamaan perlu dibuat oleh sektor awam dan swasta bagi mengelakkan berulangnya krisis kewangan negara. Bagi memastikan kepentingan negara membangun diambil kira dalam susunan ini, negara-negara membangun perlu memberikan komitmen bersungguh-sungguh untuk menyertai dan bekerjasama dan mengadakan rundingan

Page 48: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

DN.6.6.2001 43

dengan negara-negara maju dan kita prihatin terhadap kemajuan penyusunan semula Kerangka Kewangan berkenaan. Kita harapkan persediaan untuk menyertai dialog­dialog antarabangsa berhubung dengan isu itu bagi memastikan kemahuan dan kepentingan negara membangun khususnya Anggota G-15 tidak akan dipinggirkan.

Untuk mengambil inisiatif ini, Kuala Lumpur iaitu Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan kumpulan pakar bagi Kumpulan G-15 di negara membangun ini untuk mengkaji Kerangka Kewangan Antarabangsa dengan menggerakkan satu mesyuarat pertamanya yang akan diadakan di Kuala Lumpur dan penubuhan kumpulan pakar itu merupakan cadangan Malaysia bagi Mesyuarat G-15 kali ini yang bertujuan mengkaji sistem kewangan antarabangsa bagi memastikan sesuatu sistem yang talus dan bertanggungjawab dapat diwujudkan.

Yang Berhormat Dato' Aziz juga telah membincangkan mengenai mengapa di dalam kes dadah, jarang sekali tauke-tauke dadah dapat ditangkap. Dengan kewujudan Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram ini dan berdasarkan money trail yang dikatakan tauke-tauke dadah akan dapat ditangkap insya Allah, pengesahan secara money trail ini kebiasaannya digunakan untuk mengenal pasti sumber atau punca pengaliran wang yang terhasil daripada satu kegiatan penjenayah yang terjadual seperti yang dikatakan oleh Ahli Yang Berhormat dalam Jadual Pertama.

Dato' Aziz juga telah mengatakan mengenai kegagalan kita menangkap penjenayah penyeludupan dadah, dan rang undang-undang ini mengandungi peruntukan yang memberi kuasa complimentary kepada pihak polis atau Badan Pencegah Rasuah iaitu boleh digunakan seiras dan bersama dengan Akta Dadah Merbahaya, Pertucutan Hak Harta 1988 dan Akta Pencegah Rasuah 1957. Olah itu kuasa-kuasa yang akan diberi kepada pihak penguatkuasaan ini akan membantu pihak penguasaan untuk menangkap penjenayah-penjenayah dengan lebih berkesan lagi.

Dato' Aziz dan Yang Berhormat Senator Zainal Rampak telah pun bertanya mengenai penggubahan wang haram daripada kegiatan pengedaran dadah yang berkesan dan kita telah mengatakan sebentar tadi. Kalau kita lihat daripada data-data yang ada di depan saya, dimaklumkan bahawa peruntukan yang sedia ada dan Akta Dadah Merbahaya, Pertucutan Hak Harta 1988 berikutan adalah daripada peruntukan akta ini dalam tahun 1986 hingga 2000, jumlah harta yang telah dilucut hakkan adalah sebanyak RM22,810,656 dan 6,668 kertas penyiasat telahpun dibuka.

Mengenai kasino yang digunakan sebagai perantaraan ataupun conduit oleh penjenayah-penjenayah dan banyak Ahli Yang Berhormat telah mengatakan daripada wang halal kepada wang haram lepas itu hendak dihalalkan balik. Di bawah undang­undang ini, terdapat peruntukan yang membolehkan obligasi melaporkan urus niaga­urus niaga yang mencurigakan seperti itu ke atas kasino dan sebagainya. Dengan penggunaan obligasi ini, kasino dikehendaki melaporkan apa-apa transaksi kepada pihak berkuasa berwibawa untuk diambil tindakan. Jadi ini adalah merupakan obligasi kepada kasino-kasino dan juga bank-bank jika ada client yang memberikan wang ataupun menyerahkan wang untuk disimpan dengan begitu banyak daripada biasa maka ia mempunyai obligasi untuk memberitahu perkara ini kepada pihak yang berwibawa.

Langkah-langkah untuk mengenal pengubahan wang haram di pusat kewangan luar pesisir seperti di Labuan seperti yang saya katakan tadi, yang dikatakan oleh Datuk Ghazi bahawa alhamdulillah, di Malaysia ini, di Labuan nampaknya sedikit sahaja, belum ada lagi tercatat kalau dibandingkan dengan negara-negara yang telah disebut seperti Eropah, Amerika dan sebagainya dan dengan adanya Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram ini, akan meningkatkan kecekapan dalam mengawal selia pengubahan wang haram melalui institusi kewangan luar pesisir terutamanya di Labuan.

Sebelum akta ini diadakan, langkah-langkah sedia ada didapati berkesan untuk mengenal pengubahan wang haram melalui institusi kewangan luar pesisir dan langkah-langkah tersebut di antaranya ialah obligasi institusi kewangan untuk mengenal pasti identiti pelanggan sebelum membuka akaun yang berkenaan. Keduanya, urus niaga transaksi secara tunai tidak boleh dijalankan oleh institusi kewangan luar pesisir dan yang ketiganya, urus niaga saham dalam bentuk bearer tidak boleh dilakukan.

Page 49: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

44 DN.6.6.2001

Dato' Abdul Aziz juga telah menanyakan mengenai pemakaian akta ini kepada kesalahan yang dilakukan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa akta ini. Seksyen 2 akta ini memperuntukkan bahawa akta ini akan terpakai kepada setiap kesalahan berat, kesalahan berat asing atau aktiviti haram yang dilakukan sebelum atau selepas tarikh kuat kuasa akta ini. Tetapi, akta ini tidak akan terpakal jika kesalahan berat itu telah disabitkan oleh mahkamah sebelum tarikh mula kuat kuasa akta ini.

Yang Berhormat Tuan Zainal Rampak telah menanyakan adakah wang di dalam akaun bank boleh dilucuthakkan. Seksyen 50 akta ini memperuntukkan bagi penyitaan wang-wang yang tidak dapat dalam institusi kewangan. Penyitaan ini boleh diibaratkan dibuat apabila pendakwa raya berpuas hati akan maklumat yang diterima bahawa apa-apa yang terjadi hal perkara, kesalahan pengubahan wang haram di bawah seksyen 4(1) berada di dalam pegangan atau kawalan sesuatu institusi kewangan.

lnstitusi kewangan itu akan diperintahkan supaya tidak berurusan dengan orang itu sehingga perintah pendakwa raya itu dibatalkan atau diubah. Yang Berhormat Tuan Zainal Rampak juga menanyakan adakah syarikat pengurup wang yang terangkum di bawah bidang kuasa akta ini, ramai daripada Senator-senator kita yang baru-baru ini telah menanyakan tentang pengurupan wang ini dan penjagaan pengurupan wang adalah dilesenkan oleh Bank Negara dan aktiviti mereka diawasi oleh pihak bank. Mereka juga adalah digolongkan sebagai salah satu institusi pelapor seperti yang diperuntukkan di bawah Jadual Pertama, Butiran 7 tetapi, sama ada perkara ini dapat dilakukan, kita telahpun menyediakan ramai pegawai pengawal selia supaya dapat kita melihat bahawa pengurup-pengurup wang ini akan dapat menjalankan kerjanya, tugasnya, pemiagaannya seperti yang telah kita katakan.

Yang Berhormat Tuan Zainal Rampak juga menanyakan sama ada terdapat penalti lain selain daripada pelucuthakkan dikenakan terhadap penjenayah. Walaupun seksyen 55 memperuntukkan bagi peletakhakkan harta, terhasil daripada kegiatan pengubahan wang haram, penjenayah itu akan juga dikenakan penalti seperti di bawah seksyen 4(1) iaitu denda tidak melebihi RMS juta, penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali dan bagaimanakah pengesanan dibuat ke atas penjenayah pengubahan wang haram ini. Dengan penubuhan pihak berkuasa berwibawa, pihak berkuasa ini akan mengesahkan pengaliran wang itu dan memandangkan penjenayah akan sentiasa berada dekat dengan wangnya, jadi kita akan dapat lihat bahawa transaksi-transaksi itu akan kita awasi secara rapi.

Mengenai cara untuk melucuthakkan harta yang disembunyikan di luar Malaysia, ini pun telah dikatakan oleh ramai Ahli-ahli Yang Berhormat kita. Di bawah seksyen 10 terdapat peruntukan yang membolehkan satu perkiraan diadakan bersama satu negara asing. Dengan kerjasama ini walaupun harta itu tersembunyi di luar Malaysia, harta itu masih boleh dilucuthakkan dan kerjasama di antara negara-negara Asian untuk menetapkan usaha membanteras wang-wang haram ini, Malaysia telah pun menjadi ahli kepada Asia Pacific Group on Money Laundering (APG) sejak bulan Mei dahulu. APG juga ada mewujudkan usaha bersama dengan beberapa organisasi antarabangsa seperti Asian Secretariat dan lain-lain lagi. APG adalah satu badan yang objektif utamanya ialah untuk membanteras pengubahan wang haram di rantau Asia dan juga Pasifik.

Mengenai penggunaan perbankan on line untuk urusan pengubahan wang haram, ini telah ditanyakan oleh Yang Berhormat Tuan Zainal Rampak, aktiviti perbankan on line adalah dijalankan oleh institusi-institusi perbankan yang dilesenkan oleh Bank Negara di bawah Akta Bank dan lnstitusi-institusi Kewangan 1989. Oleh itu, aktiviti itu tertakluk kepada rang undang-undang ini. Sejauh mana rang undang-undang ini berhubung dengan kegiatan on line banking, maka itu sesiapa yang mengendalikan aktiviti on line banking juga pertu melaporkan urus niaga mencurigakan dan mengamalkan obligasi-obligasi pelapor yang lain. Pada masa ini, Bank Negara telahpun mengeluarkan garis panduan mengenai operasi Internet banking dan ini telah menangani beberapa isu termasuk isu pencegahan pengubahan wang haram ini.

Dato' Abdul Aziz dan juga Yang Berhormat Tuan Zainal Rampak telah juga menanyakan tentang pemindahan wang elektronik ke pengurupan wang dan sebagainya. Aktiviti menjalankan sistem pemindahan wang serta aktiviti pengurupan wang sudahpun termasuk di bawah Jadual Pertama rang undang-undang ini iaitu, institusi yang menjadi institusi pelapor yang dikenakan obligasi pelaporan di bawah rang undang-undang ini. Maka itu, urus niaga-urus niaga yang dikendalikan oleh orang

Page 50: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

DN.6.6.2001 45

yang menjalankan aktiviti akan diperhatikan dengan lebih teliti untuk mencegah salah guna pemiagaan wang untuk pengubahan wang haram ini.

Mengenai penyelarasan dan koordinasi antara agensi penguat kuasa yang telah dibangkitkan oleh Tuan Zainal Rampak, Jawatankuasa Penyelaras Peringkat Kebangsaan Untuk Membanteras Pengubahan Wang Haram, National Coordination Committee to Counter Money Laundering dengan izin, (NCC) teJah ditubuhkan pada April 2000 dan jawatankuasa ini terdiri daripada 13 buah agensi dan kementerian termasuklah pihak polis, Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Badan Pencegah Rasuah, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja dan lain-lain lagi. Rang undang-undang ini telah digubal setelah berunding dengan agensi-agensi ini dan oleh itu merupakan hasil kerjasama agensi-agensi ini. Jadi, NCC akan terus memainkan peranan sebagai forum di mana penggunaan kuasa di bawah rang undang-undang ini boleh diselaraskan antara agensi-agensi penguat kuasa.

Yang Berhormat Datuk Ghazi telah bertanya - merujuk kepada laporan world laundering money report yang mengatakan UK telah rnembuat kesilapan dengan hanya memperuntukkan beberapa periodical offence dan adakan Malaysia akan melakukan yang serupa di dalam kata ini. Di bawah akta ini dalam Jadual Kedua terdapat 119 kesalahan kredit kad yang telah disenaraikan, namun begitu seksyen 85 member! kuasa kepada Kementerian Kewangan untuk menambahkan kepada jumlah ini secara mewartakan dalam warta kerajaan.

Yang Berhormat Datuk Ghazi juga menyatakan daya tarikan Labuan sebagai pusat bagi pengubahan wang haram, saya telah menyatakan bahawa baru-baru ini Kumpulan Asia Pasifik mempunyai pelaburan wang haram pada 22 hingga 24 Mei di Kuala Lumpur telah pun diperkatakan Labuan telah dikenal pasti sebagai satu pusat kewangan luar pesisir yang mempunyai risiko yang rendah bagi kegiatan pengubahan wang haram ini. lni merupakan pengiktirafan antarabangsa tentang langkah-langkah pengubahan wang haram di pusat kewangan luar pesisir Labuan.

Antara pencegahan wang haram ini akan meningkatkan lagi langkah-langkah bagi memastikan pusat kewangan luar pesisir di Labuan bebas daripada kegiatan pengubahan wang haram yang diperkatakan itu.

Selain daripada itu Yang Berhormat Datuk Ghazi juga menyatakan mengenai bilakah standard pembuktian imbangan kebarangkalian digunakan. Rang Undang­undang ini menetapkan bahawa persoalan fakta yang diputuskan oleh mahkamah dalam prosiding rang undang-undang ini hendaklah diputuskan berdasarkan imbangan kebarangkalian, melainkan persoalan fakta yang hendaklah dibuktikan oleh pihak pendakwa dalam prosiding bagi kesalahan di bawah rang undang-undang ini. lni bermakna bahawa standard pembuktian bagi fakta-fakta yang perlu dibuktikan bagi menentukan sama ada terdapat sesuatu kesalahan di bawah rang undang-undang ini adalah di luar keraguan munasabah. lni adalah selaras dengan standard pembuktian yang perlukan untuk perlucuthakkan di bawah rang undang-undang ini. Untuk melucuthak harta fakta bahawa harta itu harta yang hasil daripada aktiviti jenayah atau haram hanya perlu dibuktikan pada standard imbangan kebarangkalian.

Yang Berhormat Datuk Ghazi juga bertanya bagaimanakah kerajaan boleh melucuthakkan harta berdasarkan standard pembuktian imbangan kebarangkalian memandangkan bahawa kesalahan pengubahan wang haram adalah jenayah yang patut dibuktikan dengan standard di luar keraguan yang munasabah. Standard pembuktian untuk melucuthakkan harta di bawah rang undang-undang ini bukanlah berdasarkan imbangan kebarangkalian. Fakta bahawa pengubahan wang haram telah berlaku masih harus dibuktikan berdasarkan standard di luar keraguan yang munasabah.

Waiau bagaimanapun, fakta bahawa harta adalah hasil daripada aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan mana-mana kesalahan berat atau kesalahan berat asing boleh dibuktikan menggunakan standard imbangan kebarangkalian. lni adalah kerana amalan di negara kita serta di luar negeri dalam perlucutan hak harta berkaitan dengan dadah menunjukkan bahawa standard di luar keraguan yang munasabah adalah terlalu tinggi untuk mendapati harta yang berhasil daripada aktiviti haram. Lagipun amalan antarabangsa telah mula bergerak kepada sistem perlucuthakan yang berdasarkan standard imbangan kebarangkalian.

Page 51: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

46 DN.6.6.2001

Yang Berhonnat Datuk William Lau telah banyak menyatakan tentang artikel­artikel yang patut dilihat kembali dan apakah rasional pelantikan pihak berkuasa berwibawa di bawah seksyen 7 akta ini selain daripada seksyen-seksyen yang lain diperkatakan. Pihak berkuasa berwibawa pada masa ini belum lagl dikenal pasti oleh pihak Menteri Kewangan memandangkan pihak Menteri Kewangan masih di tahap rundingan bersama beberapa agensi penguat kuasa undang-undang yang saya katakan tadi. Dan adakah peruntukan seksyen 32(1) dan seksyen 37 mengurangkan kuasa pihak polis. Seksyen 32(1) memperuntukkan bagi pemeriksaan rutln ke atas obligasi yang melaporkan setiap institusi pelapor. Manakala seksyen 37 memperuntukkan siasatan dilakukan apabila wujud urus niaga yang meragukan dan kuasa siasatan ini terbuka kepada semua agensi penguat kuasa undang-undang termasuklah pihak polis. Oleh itu, kuasa polis tidaklah dikurangkan dengan adanya seksyenini.

Datuk William Lau juga telah menyatakan sama ada peruntukan seksyen 84 mengatasi kuasa badan perundangan legislature dalam membuat undang-undang. Setelah akta ini diluluskan oleh badan perundangan, pihak Menteri Kewangan yang sewajamya mengendalikan perkara-perkara teknikal mengenai pengubahan wang haram perlulah diberi kuasa untuk membuat regulation atau peraturan bagl mellcinkan lagi kuat kuasa akta ini.

Datuk Ghazi juga dalam ucapannya telah pun menyatakan apakah anggaran saiz aktiviti pengubahan wang haram di Malaysia sekarang. Dan oleh kerana aktiviti pengubahan wang haram tidak lagi dijadikan sebagai suatu jenayah selain daripada wang yang diubah dari aktiviti berkaitan dengan dadah, rasuah dan beberapa kesalahan di bawah Kanun Keseksaan Am dan Akta Kastam 1967, pada masa ini tidak ada rekod yang boleh menunjukkan anggaran saiz masalah pengubahan wang haram. Waiau bagaimanapun, untuk memberi anggaran jumlah hasil jenayah dadah, rasuah dan kastam yang boleh disita dan dilucuthakkan di bawah undang-undang pada masa ini adalah sebanyak RM20,616,073 pada tahun 1999 sahaja menurut laporan yang dikumpulkan dari Sahagian Perlucuthakan Harta, Jabatan Narkotik, Sukit Aman, Sadan Pencegah Rasuah serta Jabatan Kastam dan Eksais Diraja.

Yang Serhormat Dato' Hamzah bin Zainudin telah menanyakan bagaimanakah harta seseorang itu boleh dilucuthakkan sekiranya tiada pendakwaan dijalankan terhadapnya. Di bawah rang undang-undang ini, mahkamah mempunyai kuasa untuk melucuthakkan apa-apa harta yang menjadi hal perkara satu kesalahan pengubahan wang haram jika berpuas hati bahawa suatu kesalahan dibuktikan atau tertuduh bukan pemunya sah harta itu dan tiada membeli dengan suci hati. lni adalah untuk memastikan bahawa segala yang digunakan dengan melakukan kesalahan pengubahan wang haram dilucuthakkan, dan oleh itu, pengubahan wang haram tidak mendapat faedah daripada jenayah yang dilakukan oleh mereka.

Peruntukan ini diperlukan kerana kesalahan wang haram sukar dibuktikan untuk memastikan bahawa pengubahan wang haram tidak dapat menikmati hasil jenayah mereka. Perlucuthakkan ini boleh dijalankan walaupun tidak ada pensabitan jika mahkamah pasti bahawa harta itu diperolehi hasil daripada kesalahan itu.

Terdapat juga peruntukan di bawah Akta Pencegah Rasuah 1987 dan Akta Dadah Serbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 di mana harta seseorang yang didapati hasil daripada jenayah rasuah dan pengedaran dadah boleh dilucuthakkan walaupun tiada pendakwaan dijalankan. Harta seseorang yang disyaki terlibat dengan jenayah pengubahan wang haram akan hanya dilucuthakkan sekiranya hakim Mahkamah Tinggi berpendapat dan berpuas hati bahawa harta tersebut telah diperolehi hasil daripada atau berkaitan dengan kesalahan pengubahan wang haram. Perlucuthakan harta ini terhad kepada harta benda yang telah disita atau dibekukan oleh pegawai-pegawai penyiasat. Lagipun, oleh kerana harta ini adalah hasil aktiviti jenayah, ia telah diperolehi dengan cara yang tidak sah dari segi undang-undang. Waiau bagaimanapun, sebelum harta benda yang telah disita dan dibekukan boleh dilucuthakkan, mana-mana orang yang mempunyai hak dan kepentingan di dalam harta tersebut boleh membuat tuntutan terhadap harta tersebut kepada mahkamah.

Dato' Hamzah juga telah menanyakan bilakah mahkamah boleh membuat perintah melucuthakkan ke atas orang yang melarikan diri. Mahkamah boleh membuat perintah perlucuthakan harta tersebut di mana penyiasatan telah pun dimulakan ke atas suspect jenayah dan suspect telah meninggal dunia sebelum prosiding dimulakan atau sebelum pensabitan kesalahan atau tidak dapat dikesan dalam tempoh enam bulan

Page 52: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

DN.6.6.2001 47

daripada tarikh bermulanya penyiasatan tersebut. Mahkamah juga berpuas hatl bahawa berdasarkan imbangan kebarangkalian bahawa suspect telah melarikan diri dan mahkamah berpuas hati berdasarkan keterangan mengenai suspect yang telah melarikan diri itu jika tidak disangkal akan menyebabkan suspect itu disabitkan atas kesalahan itu.

Dato' Hamzah juga telah menanyakan bagaimanakah peruntukan bagi orang yang melarikan diri terpakai dengan ini, saya sudah menyatakan tadi.

Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Abdullah bin Ayub telah pun menyatakan pengalaman beliau, saya rasakan pengalaman semua pegawai tadbir diplomatik dan juga pegawai­pegawai yang lain patut dibukukan untuk dibaca oleh orang-orang yang kemudian kerana perkara-perkara seperti ini tidak dapat kita baca dari buku-buku yang lain, tidak dapat diajar bagaimana permasalahan tersebut bol8h diatasi oleh mereka yang telah pun mengharungi pengalaman pahit manis dalam menjalankan tugas.

Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Abdullah bin Ayub menanya apakah kesan rang undang-undang ini ke atas kerahsiaan maklumat perbankan. Rang· undang-undang ini mewajibkan institusi-institusi pelapor melaporkan kepada pihak berkuasa berwibawa urus niaga yang meragukan serta urus niaga yang melibatkan jumlah yang melebihi jumlah yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berwibawa. Kewajipan ini berkuat kuasa walaupun apa-apa obligasi tentang kerahsiaan atau sekatan lain tentang penzahiran maklumat yang dikenakan oleh mana-mana undang-undang bertulis atau selainnya. Waiau bagairnanapun, ini tidak bermakna bahawa maklumat perbankan yang berkenaan dengan pelanggan bank boleh diperolehi oleh mana-mana orang. Kerahsiaan rnaklumat yang terlindung di bawah Akta Bank dan lnstitusi-institusi Kewangan 1999 akan terpelihara kerana pihak berkuasa berwibawa hanya boleh memberi akses kepada maklumat tersebut kepada agensi penguat kuasa yang ditentukan bagi maksud pelaksanaan fungsi agensi penguat kuasa tersebut. Penyampaian atau penzahiran maklumat tersebut kepada mana-mana orang yang lain yang tidak berkaitan dengan pelaksanaan tugas merupakan kesalahan di bawah rang undang-undang ini.

Yang Berhormat Senator Tuan Hassan bin Haji Shukri telah pun menyatakan mengenai kalau seseorang itu beriman dia tahu mana yang halal, mana yang haram dan sebagainya. lngin saya memetik satu ayat Al-Quran {membaca sepotong ayat Al­Quran] yang bermaksud: 'Wahai orang-orang beriman, bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semuanya kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. n

Tetapi apa yang dikatakan dalam rang undang-undang ini haram bermaknanya jika tidak dilesenkan. Jadi, kalau misalnya perjudian itu dilesenkan, ia tidak haram dari segi konteks rang undang-undang ini, tetapi dari segi konteks agama sebagaimana kata Yang Berhormat tadi, ia haram. Jadi, kebanyakannya kadang­kadang orang keliru tentang konteks rang undang-undang ini dengan konteks yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menutup perbahasan ini, kerana hari ini hari terakhir, ramai yang mengatakan bahawa terutamanya Yang Berhormat Dato' Dr. Chin kemungkinan ini teriambat dan kita tidak mahu diblacklistedkan tetapi sebagaimana yang saya katakan tadi bahawa kita sungguh aktif dalam jawatankuasa­jawatankuasa Asia Pasifik dan juga antarabangsa untuk mencegah wang haram ini dari berleluasa di negara kita.

Jadi, ingin saya memberikan serangkap pantun:

Burung kedidi mati tertambat, Kasihan be/as burung tekukur; Rang undang-undang ini tidak terlambat, Hanya sekarang baru teratur.

Sekian, terima kasih.

Tlmbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Dato' Timbalan Menteri Kewangan. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah

Page 53: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

48 DN.6.6.2001

kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Fasal 1 hingga 93 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang­undang.

Jadual Pertama dan Kedua diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

4.11 ptg.

RANG UNDANG-UNDANG INSURANS LUAR PESISIR (PINDAAN) 2000

Bacaan Kall Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Mentert Kewangan (Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan rang undang-undang bemama suatu akta untuk meminda Akta lnsurans Luar Pesisir 1990 (AILP) dibacakan kali yang kedua sekarang.

AILP mula berkuat kuasa pada 1 Oktober 1990, ia mengandungi peruntukan undang-undang yang komprehensif bagi pelesenan mana-mana orang yang menjalankan pemiagaan insurans luar pesisir dan peruntukan bagi mengawal selia semua aktiviti pemiagaan insurans dan berkaitan insurans di Labuan IOFC.

Setelah hampir sepuluh tahun berkuat kuasa, Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan ataupun LOFSA berpendapat IALP perlu dipinda untuk memastikan ia mengikut perkembangan terkini dalam sektor insurans domestik dan antarabangsa.

Secara amnya pindaan yang dicadangkan adalah bertujuan pertamanya, untuk memastikan bahawa peruntukan AILP adalah mengikut perkembangan semasa industri insurans dan kedua, menyemak semula kadar fee lesen tahunan bagi beberapa pemiagaan insurans dan berkaitan insurans luar pesisir dan di samping itu memperkenalkan fee lesen tahunan untuk dua aktiviti baru perniagaan insurans luar pesisir iaitu captive sewaan induk ataupun dengan izin, master rent a captive dan captive sewaan subsidiari ataupun subsidiary rent a captive.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan yang dicadangkan adalah untuk memudahkan pengawalseliaan terhadap pengurusan dan aktiviti pemiagaan pengurusan insurans luar pesisir. Pengurus, pengunderaitan luar pesisir dan broker insurans luar pesisir.

Dengan pindaan ini pengurus insurans luar pesisir, pengurus pengunderaitan luar pesisir dan broker insurans luar pesisir dikehendaki untuk menubuhkan pejabat pengurusan di Labuan. Waiau bagaimanapun, broker insurans luar pesisir diberi pilihan sama ada membuka pejabat pengurusannya di Labuan atau melantik mana-mana pengurus insurans luar pesisir sebagai wakilnya di Labuan.

Pilihan ini diberikan kepada broker insurans luar pesisir kerana aktiviti perniagaan broker insurans luar pesisir memertukan pegawainya bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain bagi mencari bakal pembeli. Waiau bagaimanapun, pengurus insurans luar pesisir dan pengurus pengunderaitan luar pesisir tidak diberi pilihan yang sama dan mereka dikehendaki menubuhkan pejabat pengurusan masing­masing di Labuan kerana mereka menawarkan perkhidmatan dan menjadi wakil pelanggan di Labuan.

Page 54: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

DN.6.6.2001 49

Dengan pindaan ini, pengurus insurans luar pesisir, pengurus pengunderaitan luar pesisir dan broker insurans luar pesisir dikehendaki mempunyai wakil tetap di labuan dan tidak hanya menggunakan syarikat amanah sebagai alamat pemiagaannya ataupun sebagai wakilnya di labuan. Lebih-lebih lagi syarikat amanah tidak dilesenkan untuk mengendalikan pemiagaan insurans luar pesisir di Labuan IOFC.

Tuan Yang di-Pertua, struktur fee lesen tahunan yang dikenakan terhadap beberapa aktiviti pemiagaan kewangan luar pesisir di Labuan, telah diterima . pakai sejak Labuan IOFC ditubuhkan pada tahun 1990. Pada masa tersebut, struktur fee yang minimum ini, merupakan suatu insentif kepada bakal-bakal pelabur untuk menubuhkan pemiagaan mereka di Labuan IOFC. Waiau bagaimanapun, setelah sepuluh tahun ditubuhkan Labuan IOFC telah berkembang pesat dan sebahagian daripada struktur fee tersebut perlu disemak semula.

Dengan itu, inilah masa yang sangat sesuai untuk menyemak semula struktur fee lesen tahunan beberapa aktiviti pemiagaan insurans dan berkaitan insurans di Labuan IOFC kerana skop dan peluang pemiagaan insurans luar pesisir di Labuan IOFC telah berkembang dan bertambah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kini broker lnsurans luar pesisir di Labuan IOFC telah dibenarkan menjual produk insurans hayat kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan tinggi, high network Malaysian individuals, dengan izin. Dan produk insurans am kepada pemilik risiko tertentu tempatan. Di samping itu, mereka dibenarkan berurusan dengan syarikat-syarikat insurans yang tidak dilesenkan di bawahAILP.

Syarikat insurans semula di Labuan IOFC pula telah diberlkan keistimewaan di bawah policy right of first refusal di mana sekiranya mana-mana syarlkat insurans domestlk ingin menginsuranskan semula proksi mereka di luar Malaysia, ia perlu menggunakan perkhidmatan syarikat insurans semula di Labuan terlebih dahulu. lnsentif seumpama ini tidak terdapat di pusat-pusat kewangan luar pesisir yang lain, yang hanya bergantung kepada out business sahaja. Faktor ini telah membuatkan syarikat insurans dan berkaitan insurans di Labuan IOFC menikmati peluang pemiagaan di pasaran yang lebih luas lagi.

Semakan yang dicadangkan tidak akan menjejaskan perkembangan pemiagaan insurans di Labuan IOFC di masa akan datang kerana struktur fee yang dicadangkan masih lagi merupakan antara kadar fee yang terendah dan kompetitif jika dibandingkan dengan kadar fee yang dikenakan oleh lain-lain pusat kewangan luar pesisir.

Sehubungan dengan itu, kadar fee lesen tahunan bagi pengurusan insurans luar pesisir, pengurus pengunderaitan luar pesisir dan broker insurans luar pesisir dicadangkan dinaikkan dari RM5,000 kepada RM10,000 setahun.

Fee lesen tahunan untuk dua aktiviti pemiagaan insurans captive sewaan iaitu captive sewaan induk dan captive sewaan subsidiari yang sedang berkembang pesat di Labuan IOFC juga turut diperkenalkan. Kadar fees seperti yang telah diluluskan adalah RM13,000 untuk captive sewaan induk dan RM3,000 untuk captive sewaan subsidiari.

Selaras dengan pindaan ini, adalah dicadangkan supaya jadual kedua AILP yang memperuntukkan fee lesen tahunan pemiagaan insurans atau kegiatan berkaitan insurans dimansuhkan. Sebaliknya satu peraturan yang dikenal sebagai Peraturan Fee Lesen Tahunan, lnsurans Luar Pesisir 2001 akan digubalkan. Langkah ini adalah untuk memudahkan LOFSA membuat semakan fee lesen tahunan pada masa-masa yang akan datang.

Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat, perundangan-perundangan luar pesisir lain, seperti Akta Bank Luar Pesisir 1990 dan Akta Syarikat Luar Pesisir 1990 telah pun menetapkan struktur fee lesen tahunan masing-masing di dalam peraturan yang digubal di bawah akta-akta yang berkenaan. Sehubungan dengan itu, adalah wajar pendekatan yang sama digunakan di dalam AILP.

Huraian ringkas mengenai peruntukan-peruntukan Rang Undang-undang lnsurans Luar Pesisir (Pindaan) 2001 ialah seperti berikut:-

Fasal 1 memperuntukkan tajuk ringkas dan kuasa menteri untuk menetapkan tarikh mula berkuat kuasa akta pindaan tersebut.

Page 55: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

50 DN.6.6.2001

Fasal 2 menyediakan peruntukan yang dikehendaki menghendaki pengurus pengunderaitan dan broker insurans luar pesisir untuk menubuhkan pejabat pengurusan di Labuan.

Fasal 3 memperuntukkan mengenai fee lesen tahunan pemiagaan insurans dan berkaitan insurans sebagaimana yang ditetapkan melalui peraturan yang akan dlgubal di bawah Seksyen 32 AILP.

Fasal 4 memotong Jadual Kedua AILP.

Secara amnya, pindaan-pindaan yang dicadangkan bertujuan memperkemaskan lagi peruntukan AILP yang berkaitan dengan pengawalseliaan ke atas pemegang-pemegang lesen pemiagaan insurans dan berkaitan insurans luar pesisir di Labuan IOFC.

Cadangan pindaan ini juga adalah untuk menyemak semula struktur lesen tahunan yang dikenakan di bawah AILP ke atas pemegang-pemegang lesen tersebut serta memperkenalkan prosedur baru bagi pengenaan fee lesen tahunan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Tlmbalan Menter! Luar Negerl [Datuk Dr. Leo Michael Toyad]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tlmbalan Yang dl-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bemama suatu akta untuk meminda Akta lnsurans Luar Pesisir 1990 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Dijemput Yang Berhormat Dato' Dr. Chin.

4.20 ptg.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin juga merakamkan penghargaan kepada kementerian di atas usaha mereka untuk membuat pindaan-pindaan kepada akta ini dan tadi kami telah diberitahu bahawa pindaan-pindaan itu adalah untuk kebaikan. Tetapi saya lihat daripada segi yang lain.

Yang pertama, tentang fee itu, sungguhpun dikatakan ia bertambah luntur tetapi cadangan-cadangan yang tertentu itu yang akan dibuat melalui peraturan, kami tidak tahu apakah cadangan-cadangan tersebut, sama ada itu betul-betul akan menjadi bertambah luntur ataupun seolah-olah menambah fee kepada urusan ini dan kalau itu adalah semata-mata untuk menambah fee, maka saya tidaklah begitu bersetuju memandangkan keadaan sekarang bukanlah satu masa untuk menambahkan fee.

Jadi, di bawah peraturan yang dibuat di bawah seksyen 32 Akta 444 ini ada diperkatakan bahawa kementerian dapat menentukan tetapi amaun dan sebagainya itu tidak disebutkan.

Saya juga ingin bandingkan dengan cadangan kepada Fasal 2. Kita diberitahu bahawa di dalam fasal 2 ini sesuatu permohonan untuk mendapatkan lesen untuk menjalankan pemiagaan sebagai broker insurans luar pesisir itu mempunyai pilihan.

Satu ialah untuk melantik pengurus insurans luar pesisir ber1esen ataupun mereka telah diberi pilihan untuk menggantikan ini dengan menubuhkan pejabat pengurusan di Labuan.

Saya ingin tahu daripada dua cara ini mana yang lebih menguntungkan pelanggan-pelanggan itu dari segi servis. Kalau didapati pelantikan seorang pengurus insurans luar itu tidak begitu baik kalau dibandingkan dengan mewujudkan sesuatu pejabat pengurusan, maka adalah lebih baik kita kekalkan cara di mana kita tubuhkan satu pejabat supaya kita dapat memberi satu servis yang boleh dikatakan baik dan tidak selepas tambah fee tetapi servis itu telah dikurangkan.

So, saya ingin tahu daripada cadangan ini adakah itu bererti selepas kita luluskan pindaan-pindaan ini, maka mutu perkhidmatan itu akan merosot kalau dibandingkan dengan diadakan satu pejabat pengurusan kerana dengan satu pejabat pengurusan ada struktur-struktur tertentu untuk membolehkan satu servis yang lebih tinggi itu disediakan bagi pelanggan-pelanggan tersebut.

ltulah komen-komen saya dan saya menyokong pindaan-pindaan ini. Terima kasih.

Page 56: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

DN.6.6.2001 51

Tlmbalan Yang dl-Pertua: Dijemput Yang Berhormat Timbalan Menteri, Dato' Dr. Haji Shafie, untuk menjawab.

4.22 ptg.

Tlmbalan Menter! Kewangan [Dato' Dr. Hajl Shafle bin Hajl Mohd. Salleh): Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Dr. Chin yang telah pun membahaskan rang undang-undang ini. Kita lihat proses perubahan fee seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Dato' Dr. Chin, tidak transparent melalui pindaan yang membolehkan perubahan tersebut dilakukan menerusi penggubalan peraturan sahaja.

Kalau kita lihat, pindaan ini adalah selaras dengan struktur dalam akta-akta luar pesisir seperti yang dikatakan tadi - ada dua akta-akta yang lain - dan kesemuanya itu telah pun juga memasukkan fee ke dalam akta tersebut dan kali ini kita cuba juga hendak masukkan fee ini di dalam akta yang berkenaan dan ini adalah pindaan yang saya rasakan adil dan tidak berat sebelah.

Seperti mana yang kita lihat bahawa banyak insentif yang telah diberikan kepada insurans dan insurans underwrite di Labuan dan pada ketika ini saya rasa sampailah masanya untuk kita menaikkan sedikit fee. lni merupakan satu perkara yang agak negligible kalau dibandingkan dengan fee yang lain di luar pesisir yang diperkatakan terdahulu daripada ini.

Jadi, kalau kita lihat amaunnya pun agak kecil dan pelanggan-pelanggan memeriukan perkhidmatan langsung daripada pengurus yang secara fizikalnya berada di Labuan. Kalau dulu mereka ..... .

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: [Bangun]

Tlmbalan Yang di-Pertua: Dato', ada yang mencelah.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak memerhatikan dari segi perbandtngan. Labuan akan dijadikan sebagai pusat insurans luar pesisir yang lebih menarik terutama sekali dari segi takaful atau dari segi lslamnya. Kita telah pun membuat perjumpaan dengan pengurusan luar pesisir di Bahrain baru­baru ini.

Saya ingin mengetahui kalau dibandingkan antara yang wujud di Bahrain dengan yang wujud di Labuan ini, adakah kita lebih menarik. Fasal saya bimbang kalau dua-dua ini bersaingan terutama bila kita baru hendak memunculkan, baru hendak menerbitkan perdagangan insurans ala Islam ini, ianya mungkin kepada dana yang sama kepada sektor yang sama dan ini mengurangkan lagi dari segi penarikan.

Jadi, adakah satu persefahaman wujud bagi menentukan insurans Takaful di Labuan ini lebih menarik ataupun berkongsi. lni bererti, Tuan Yang di-Pertua, kita bahagikan dunia ini kepada dua. Sebahagian di Bahrain dan sebahagiannya di sebelah Timur iaitu di Labuan. Jadi, kita hendak penjelasan sedikitlah supaya kos yang kecil dan mudah hendak masuk dan sebagainya itu beriaku di Labuan.

Dato' Dr. Haji Shafie bin Hajl Mohd. Salleh: Terima kasih, Yang Berhormat Dato' Aziz. Nampaknya soalan itu dijawab sendiri oleh Dato' Abdul Aziz tadi bahawa kalau kita lihat di Bahrain dan juga di Labuan, di Bahrain akan mendapatkan client di Eropah dan sebagainya dan di Labuan mendapatkan client beriainan daripada yang ada di Bahrain.

Seperti mana yang Yang Berhormat sedia maklum mengatakan tadi bahawa beberapa langkah telah diambil dalam usaha untuk membangunkan Labuan sebagai sebuah pusat kewangan luar pesisir di rantau ini dan seperti mana yang Dato' Aziz katakan tadi bahawa pusat kewangan Islam antarabangsa melalui penubuhan Pasaran Kewangan Islam Antarabangsa (International Islamic Financial Market) (llFM), ianya berdasarkan kepada konsep perkongsian bijak ataupun smart-partnership di antara LOFSA. Bank Pembangunan Islam IDB yang beribu pejabatnya di Jeddah dan agensi kewangan Bahrain BMA, malah Brunei juga terlibat dalam llFM ini.

Jadi, penubuhan Bursa Kewangan Antarabangsa Labuan (LFX) untuk menyediakan kemudahan penyenaraian dan urus niaga untuk memenuhi keperluan pelanggan antarabangsa bagi mendapatkan perkhidmatan yang pelbagai di Labuan. Jadi, bursa ini akan menyediakan kemudahan penyenaraian dan perdagangan bagi

Page 57: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

52 DN.6.6.2001

pelbagai produk kewangan dan juga bukan kewangan terrnasuk dana, bon, derivative, produk berkaitan dengan insurans dan harta intelek.

Bursa ini menerima pakai amalan pasaran antarabangsa bagi tujuan untuk menarik minat pelabur asing berurus niaga dengan kita. Jadi, kalau kita tengok rancangan kerja perundangan yang sedia ada, la rnembenarkan institusi-institusi Labuan kita ini pergi daripada aktiviti kewangan konvensional kepada aktiviti kewangan secara Islam.

Jadi, kalau kita lihat kita dapati ada dua buah bank luar pesisir yang menjalankan aktiviti perbankan Islam di Labuan iaitu Bank Islam dan juga Bank Muamalat Labuan Limited. Pada masa ini LOFSA sentiasa mengadakan forum dengan pihak berkuasa kewangan di negara-negara Islam yang lain bagi menggalakkan institusi kewangan di negara-negara tersebut untuk memulakan operasinya di Labuan.

Jadi, dengan adanya satu di Bahrain dan satu di Labuan kita harap dapat kita membina jambatan untuk banyak - seperti mana kata Datuk Harnzah dahulu - modal­modal kewangan Islam ini floating around, dengan izin. Dengan adanya dua luar pesisir ini kita harapkan dapat kita memanfaatkan wang yang ada.

Kalau kita lihatkan kata Dato' Dr. Chin tadi, kos operasi di Labuan berbanding dengan Bahrain, Dato' Aziz, kos operasi aktiviti kewangan luar pesisir hanya satu pertiga daripada kos operasi pasaran kewangan luar pesisir di rantau ini. Jadi, ini yang tennurah sekali.

Saya berharapkan nanti dengan adanya rang undang-undang ini diluluskan, kita dapat melihat banyak lagi aktiviti-aktiviti dan pejabat-pejabat secara fizikal yang akan diwujudkan di Labuan tidak lama lagi. Terima kasih.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Saya ingin hendak bertanya sedikitlah daripada Yang Berhonnat Timbalan Menteri. Jadi, kalau sekiranya Kerajaan Barisan Nasional begitu peka untuk hendak mewujudkan sistem kewangan Islamic, adakah juga kemungkinan pihak kerajaan akan mewujudkan dua Kementerian Kewangan.

Satu Kementerian Kewangan Islamic, satu lagi Kementerian Kewangan yang biasa, jadi semoga Kementerian Kewangan yang Islamic ini boleh bukan sahaja menentukan sistem Islamic di Malaysia berjalan baik, ASEAN berjalan baik, bahkan di dunia. lni adalah kerana saya difahamkan, Tuan Yang di-Pertua, kita terlalu terdahulu kalau dibandingkan dengan institusi kewangan Islam di negara-negara Timur Barat seperti di Bahrain. Mereka juga, sekarang ini saya difahamkan, Bank Islam Malaysia memasarkan model-model dan acuan-acuan sistem kepada negara-negara di Timur Barat dan juga di peringkat dunia. Bahkan, Tuan Yang di-Pertua, banyak bank yang bukan kepunyaan Malaysia ataupun negara-negara Arab seperti di England, Kanada dan di Amerika sendiri mewujudkan sektor perbankan Islam di kalangan mereka.

Jadi, sudah sampai masanya kalau kita cadangkan kepada pihak kerajaan wujudkan satu Kementerian Kewangan Islam ataupun Timbalan Menterinya yang khusus bagi menentukan pemasaran sistem perbankan Islam ini dapat dimajukan dengan sebaik mungkin kerana saya tahu Tuan Yang di-Pertua, parti-parti lawan pun menunggu-nunggu keadaan yang sedemikian dan kita memang hendak menjalankan perkara ini sejak menubuhkan Bank Islam.

Kita tidak nampak lagi Bank Islam di negeri Terengganu, Bank Islam di negeri Kelantan. Saya juga rasa sedih kerana setakat ini terutama di negeri Kelantan setelah begitu lama di bawah pemerintahan PAS masih belum wujud lagi Bank Islam Kelantan. Ha, itulah Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Jemput Dato' Dr. Haji Shafie.

Dato' Dr. Hajl Shafie bin Hajl Mohd. Salleh: Terima kasih ......

Datuk Nor Azah binti Awin: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Dato', ada lagi hendak minta laluan kedua.

Datuk Nor Azah binti Awin: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua ......

Tlmbalan Yang di·Pertua: Datuk Nor Azah, jemput.

Datuk Nor Azah binti Awin: .... bukannya soalan Yang Berhormat Dato', cuma pandangan. Saya minggu lepas telah menghadiri pelancaran Islamic Global

Page 58: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

DN.6.6.2001 53

Fund Parsoly di England, mungkin Dato' sedar tentang pelancaran dana tersebut. Di sana ada seorang penceramah iaitu Dr. Mushtaq Parker seorang daripada expert, dengan izin, dalam perbankan Islam dan juga dari segi pelaburan Islam telah memuji negara kita dan malahan beliau telah mengeluarkan majalah yang dinamakan 'Islamic Banking', tiga perempat daripada majalah tersebut adalah memberi pengkhususan kepada Malaysia.

Kalau kita tengok Tabung Haji sendiri tidak ada persamaan di sebuah dunia, cuma kita yang memulakan dan mungkin sekarang kita telah memberi atau sedang memberi technical assistant, dengan izin, kepada negara Indonesia juga kalau kita tengok dari segi perbankan Islam, dari segi composite arrangement, dengan izin, iaitu di mana perbankan Islam dengan bukan Islam atau traditional banking dijalankan serata, sesama seiring jalan juga mereka di luar negara mencadangkan agar Malaysia memberi juga nasihat ataupun bimbingan dalam hal tersebut kepada negara-negara Ba rat.

Jadi, saya ingin cuba memberi pandangan kepada Dato' Abdul Aziz tadi yang memberi saranan, saya juga kalau boleh ingin kerajaan janganlah kita tidak menonjolkan apa kepakaran kita. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Ghazi bin Hajl Ramli: [Bangun]

Tlmbalan Yang dl-Pertua: Nampaknya makin hendak hujung ini makin panas. [Ketawa] Jemput Datuk Ghazi.

Datuk Ghazi bin Hajl Ramll: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak kerana memberi laluan dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Dato' Dr. Hajl Shafie kerana memberi saya peluang. Bila masuk tadi, saya dengar sahabat saya Dato' Abdul Az:.Z bercakap tentang kehetatan amalan kita dart segi perbankan Islam, itu saya bersetuju dan keseluruhannya saya bersetuju.

Cuma kadang-kadang ada sedikit sahaja yang saya kurang bersetuju dengan Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz bila dia mencadangkan bahawa kerajaan patut wujudkan Kementerian Kewangan yang berasingan, ini saya tidak bersetuju. Saya cuba hendak share dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri sebelum dia jawab.

lni secara peribadi saya rasa tidak payah, tidak semestinya sebab keseluruhan pentadbiran kita sudah berlandaskan Islam. Cuma dari segi amalinya kalau kita memang akui bahawa ada perbankan tradisional yang diamalkan, okaylah terus berjalan tetapi saya bersetuju dengan dia kalau dikatakan hendak wujudkan satu wing, satu cawang khusus diberi kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Dr. Haji Shafie umpamanya, menjadi Menteri Khas Kewangan Islam, macam dengan institusi perbankan juga.

Keseluruhannya tradisi tetapi ada kaunter, ada wing khas untuk yang tradisi dan ada khas untuk yang Islam. lni saya rasa amat molek benar, 'molek sokmo' kata orang Kelantan walaupun saya bukan orang Kelantan tetapi saya rasa untuk hendak memanaskan tengah hari ini saya rasa itu sahajalah yang [Disampuk] - sudah petang, oh, bukan tengah hari ini. Terima kasih, ertinya kita masih sedar petang.

Jadi, itu sahaja saya hendak mencelah sedikit kerana ada peluang untuk mencelah. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Dijemput Dato' Dr. Haji Shafie.

Dato' Dr. Hajl Shafie bin Hajl Mohd. Salleh: Terima kasih, Dato' Abdul Aziz telah pun menyarankan supaya kita ada dua kementerian, saya bersetuju dengan Datuk Ghazi kerana sekarang ini kita hendak memperkecilkan dan flag organization, dengan izin, dan dengan cara itu dapat kita menggunakan banyak lagi ICT daripada menggunakan tenaga manusia dan oleh kerana itu juga saya bersetuju dengan Datuk Ghazi tadi supaya tidak payah kita adakan dua agensi yang berkenaan kerana kita berbalik balik ..........

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Saya sebut tadi dengan kaveat, mengatakan kalau sekiranya tidak dapat wujudkan dua sekali. Timbalan pun tidak apalah. [Ketawa] Ha, saya sebutlah itu dan saya sebutkan - saya pun toleh ke belakang, maknanya saya seronok benar dengan Timbalan Menter! yang ada sekarang ini untuk mengetuai sebagai Timbalan Menteri khas untuk sistem perbankan Islam ini.

Page 59: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

54 DN.6.6.2001

Jadi, saya sebut dengan kaveat mengatakan kalau tidak dapat Timbalan pun tidak apalah.

Tlmbalan Yang dl-Pertua: Saya tidak sangka sudah hujung-hujung lni rancak kita.

Dato' Hamzah bin Zainudln: Tuan Yang di-Pertua, saya minta laluan ••.....

Tlmbalan Yang di-Pertua: Ada laluan lagi.

Dato' Hamzah bin Zainudin: ...... Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bercerita sama dengan abang saya Dato' Abdul Aziz ini. Yang sebenar apa maksud Dato' Abdul Aziz? Saya rasa penekanan ini diberikan bukan hendak menubuhkan satu kementerian, mungkin Datuk Ghazi silap, maksudnya penekanan ini dapat kita khususkan supaya parti-parti pembangkang tidak melihat ini seolah-olah kita langsung tidak memikirkan tentang penekanan perbankan Islam yang kita selama ini telah pun buatkan.

Jadi, kalau kita ada khusus · terutamanya diberikan · kepada orang yang berpengalaman seperti Yang Berhormat Dato' Dr. Haji Shafie mungkin dapat mendorong kepada semua rakyat bahawa mengetahul yang sebenamya, memanglah kerajaan selama ini pun telah menganjurkan sistem Islam yang begitu canggih sehinggakan keseluruhan umat Islam di seluruh negara yang ada ini melihat bahawa sistem perbankan yang dijalankan oleh negara kita adalah satu sistem yang boleh diambil kira oleh semua umat Islam yang ada dalam negara ini. Saya rasa itu penekanan yang telah diberikan, yang kita minta kalau boleh supaya diwujudkan dalam Kementerian Kewangan satu lagi cabang yang mungkin diketuai oleh seorang lagi Yang Berhormat yang juga digelarkan sebagai seorang menteri, itu maksudnya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ramai yang doakan ini. Jemput Yang Berhormat Dato'.

Dato' Dr. Haji Shafle bin Hajl Mohd. Sallah: [Ketawa] Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. lni prerogative Perdana Menteri dan saya ucap terima kasih lah di atas ingatan itu. Cuma saya hendak mengatakan di sini bahawa kalau kita lihat negara Malaysia kita ini, negara Malaysia kita ialah negara Islam, ulama-ulama muktabar pun kalau ditengokkan definisinya merupakan Malaysia ini ciri-ciri negara Islam.

Pengalaman saya di negara-negara yang telah saya pergi dalam mesyuarat Bank Islam, kebanyakannya bila kita mengatakan satu-satu produk itu boleh dilakukan dan negara Arab ini kata tidak boleh tetapi saya mengatakan negara Malaysia telah buat. Apabila kita katakan negara Malaysia telah pun membuat produk ini, baru dia kata boleh dan begitulah berturut-turut kadang-kadang produk baru yang kita pamerkan dalam instrument kewangan kita mengatakan ini produk Islam dan mereka tidak percaya yang negara kita telah pun menjalankannya.

Begitu juga seperti mana yang dikatakan tadi pasal negara kita ini lebih memusatkan bukan sahaja 'Dakwah Bil-lisan' tetapi 'Dakwah Bil-hal', Dakwah Bil-lisan ini kita selalu bercakap melalui tutur kata tetapi negara kita banyak daripada tutur kata itu kita translatekannya kepada bentuk-bentuk polisi dan projek seperti mana yang dikatakan tadi 'Dakwah Bil-hal'. Kalau kita lihatkan LOFSA sendiri dalam kunjungan­kunjungannya telah pun bekerjasama dengan Bank Pembangunan Islam seperti mana saya katakan tadi, Islamic Development Bank, Agensi Kewangan Bahrain (Bahrain Monetary Agency), Bank of Sudan, Bank of Indonesia dalam menjayakan usaha ini dan penubuhan pasaran kewangan Islam ini sudah pasti akan menarik lagi minat pelabur­pelabur Islam di serata dunia untuk melabur serta menggunakan peluang-peluang pelaburan yang disediakan di pasaran kewangan ini seperti di Labuan kerana harganya agak murah jika dibandingkan dengan negara-negara yang lain.

Yang Berhormat Datuk Nor Azah telahpun menyatakan tentang Islamic Global Fund di England dan mereka memang sentiasa memuji negara kita kerana tertonjol dengan produk-produk kewangan yang baru. Kalau kita lihatkan sepertimana kata Yang Berhormat Dato' Ghazi dan Dato' Hamzah tadi, mengenai urusan Tabung Haji sahaja, inilah merupakan satu-satunya institusi di dunia sehinggakan orang-orang Arab berbondong-bondong datang ke mari membuat satu seminar bagaimana orang-orang di Malaysia boleh mewujudkan Tabung Haji dan boleh menyelaraskan beribu-ribu umat

Page 60: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

DN.6.6.2001 55

Islam menunaikan fardu haji di Mekah. lni menjadikan ketakjuban kepada mereka. AlhamduUllah, kita sudah lakukan.

Oaripada kunjungan-kunjungan pembesar-pembesar negara, di Dewan Negara, dia menyatakan bahawa Malaysia ini 'Al-Jannah' (syurga) kerana rnereka mengatakan bahawa semuanya kita dapati tersusun indah sepertimana

Tuan Hajl Karim bin Sallah: [Bangun]

Timbalan Yang dt-Pertua: Yang Berhormat Dato' Dr. Haji Shafie, ada lagi minta laluan. Yang Berhormat Tuan Haji Karim.

Tuan Hajl Karim bin Sallah: Minta laluan. Terima kasih, Tuan Yang di­Pertua. Terdapat pendapat daripada pembangkang mengatakan kita ini Islam separuh, tidak menyeluruh. Jadi, dalam masalah ini, hendak tanya pendapat Timbalan Menteri, bagaimana pendapat tentang tohmahan ataupun tuduhan yang sedemikian. Adakah benar? Sedangkan kita melaksanakan undang-undang dan peraturan-peraturan di negara kita ini menjurus ke arah Islam seluruhnya seperti Bank Islam, Tabung Haji dan sebagainya, tetapi terdapat juga mereka kata kita tidak Islam. Minta pandangan? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato' Dr. Haji Shafie, nampak jadi Majlis Fatwa ini.

Dato' Dr. Hajl Shafle bin Hajl Mohd. Sallah: Yang Berhormat, ini rnerupakan apa yang kita katakan selalu bilhikmah dan tarbiah kita kena banyak kerana apa-apa satu polisi dan dasar yang kita lakukan kalau tidak dengan bilhikmah tadi akan menimbulkan porak-peranda. lni dilarang oleh Islam. Oleh kerana itu, saya memuji Yang Berhormat Tuan Haji Hadi, Menteri Besar Terengganu, apabila ditanya bagaimana kita hendak menjalankan hukum hudud? Katanya, hukum hudud adalah 1/10,000 sahaja daripada hukum-hukum Islam dan ini memerlukan tarbiah yang paling lama untuk sama-sama kita dapat mengatasi masalah-masalah masyarakat berbilang kaum.

Jadi, di sinilah kita hendakkan bahawa sesuatu perkara yang kita hendak lakukan, kita hendaklah mempunyai satu cara dan bilhikmah ini tadi dan tarbiah adalah panting untuk sama-sama dapat mengatasi masalah-masalah ini. Sepertimana hadis Nabi mengatakan, [membaca sepotong hadist] yang bermaksud: "Ka/au kita hendak berbahagia di dunia, hendaklah kita berilmu; ka/au kita hendak bahagia di akhirat, hendaklah kita beri/mu; kalau kita hendak bahagia di kedua-duanya seka/i, dunia dan akhirat, hendaklah kita berilmu". Jadi, tarbiah ini panting. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh, Timbalan Menteri Kewangan yang telah menjawab.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengeruslkan Jawatankuasa]

Fasal 1 hingga 4 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang­undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, alhamdulillah, urusan mesyuarat kita telahpun selesai. Sebelum saya tangguhkan mesyuarat Dewan ini saya juga seperti Yang Berhormat Dato' Dr. Haji Shafie tadi ingin berpantun. Pantun saya berbunyi begini.

Page 61: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · Bukit Kayu Hitam nampak kemudahan yang disediakan itu tidak begitu ... syarikat manakah yang bertuah itu? Terima kasih. Tuan Ir. Donald Lim

56

Berhias sudah beljubah sudah, Bunga suntingan gadis jelita;

Berbahas sudah berhujah sudah, Demi kepentingan rakyat jelata.

Tasik Cini banyak kelisa; Gelap gelita pasang pe/ita;

Saya di sini dengar banyak kurang berkata; Silap salah maaf dipinta.

Dari mana hendak ke mana, Tinggi rumput dari padi;

Harl mana bu/an mana, /nsya-Allah, kitakan berjumpa lagi. [Tepuk]

Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan inisaya tangguhkan ..... .

DN.6.6.2001

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, kita ada agenda seterusnya mengikut urusan mesyuarat dan usul-usul iaitu agenda nombor 3, di mana Yang Berhormat Dato' Haji Mohamad bin Abdul Ghani akan mencadangkan.

Tlmbalan Yang di-Pertua: Kita sudah selesaikan benda ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan ini saya tangguhkan Majlis Mesyuarat Dewan ini kepada satu tarikh yang akan ditetapkan.

Dewan ditangguhkan pada pukul 4.47 petang