Teori Donald Super

download Teori Donald Super

of 38

description

tentang kaunseling kerjaya

Transcript of Teori Donald Super

Teori Pekembangan Konsep Kendiri Super

TEORI-TEORI KAUNSELING KERJAYAPROFESOR EMERITUS DATO DR.AMIR AWANG KB., PA.FELO AKADEMIKKOLEJ UNIVERSITI INSANIAHMIKI 5223Teori PerkembanganKonsep Kendiri SuperDalam menggubal teori perkembangan kerjayanya, Donald E. Super dipengaruhi oleh tiga sumber utama:KONSEP KENDIRI OLEH CARL ROGERSPSIKOLOGI PERKEMBANGAN CHARLOTTE BUEHLER DIFFERENTIAL PSYCHOLOGY/PSIKOLOGI PERBEZAAN INDIVIDU.KONSEP KENDIRI MENEGASKAN BAHAWA TINGKAH LAKU MANUSIA ADALAH REFLEKSI KONSEP KENDIRINYA.Konsep kendiri ini terbentuk dari penilaian tiga punca:Penilaian sendiri tentang diri sendiriPenilaian oleh orang lainPenilaian sendiri ke atas penilaian orang lain.Sejajar dengan pengaruh ini, beliau mengatakan bahawa individu akan memilih bidang pekerjaan yang kongruen dengan konsep kendirinya, yakni pengalaman yang akan diperolehinya itu kongruen dengan gambaran subjektif tentang dirinya.Dari Buehler pula, Super telah meminjam konsep-konsep psikologi perkembangan yang menyatakan bahawa di dalam perkembangan seseorang individu, ia akan melalui beberapa tahap atau peringkat.Mengikut Buehler, perkembangan seseorang individu itu akan melalui tiga tahap atau peringkat, iaitu:Peringkat pertumbuhan (growth stage) DARI SEJAK LAHIR HINGGA UMUR 14 TAHUN.Peringkat penurunan (decline stage) DARI UMUR 65 KE ATAS.Peringkat penerokaan (exploratory stage) DARI UMUR 15 25 TAHUN.Peringkat pengukuhan dan pengekalan (establishment and maintenance stage) DARI UMUR 26 65 TAHUN.Berasaskan kedua-dua pengaruh ini, dan melalui beberapa kajian yang dijalankannya, Super telah membuat kesimpulan-kesimpulan berikut:a person strives to implement his self concept by choosing to enter the occupation he sees as most likely to permit him self-expression

the particular behaviors a person engages in to implement his self concept vocationally are a function of the individual stage of life development.

Lantaran itulah tingkah laku vokasional yang pelbagai dapat difahami dengan lebih baik jika tingkah laku- tingkah laku ini dilihat dalam konteks permintaan (demands) yang berbeza mengikut peringkat perkembangan individu.

Selain daripada kedua-dua pengaruh ini, Super juga dipengaruhi oleh differential psychology yang menegaskan bahawa seseorang individu itu mempunyai potensi untuk berjaya dan merasa puas dalam berbagai-bagai setting pekerjaan, berasasakan minat dan kebolehannya. Dari pengaruh ini timbullah konsep pola kerjaya (career pattern).Apabila digemblengkan ketiga-tiga pengaruh dan prinsip-prinsip yang terdapat di dalamnya, Super telah mengutarakan 10 cadangan berikut:Manusia berbeza dari segi kebolehan, minat dan personaliti.

Oleh kerana adanya ciri-ciri yang berbeza ini, maka individu-individu itu adalah layak untuk menjawat beberapa pekerjaan.

Tiap-tiap satu daripada pekerjaan itu memerlukan pola-pola kebolehan, minat dan tret-tret personaliti yang tertentu tetapi keperluan-keperluan ini adalah fleksibel untuk membolehkan beberapa jenis pekerjaan dijawat oleh seseorang individu, di samping beberapa jenis individu diterima oleh sesuatu jawatan.

Pemilihan vokasional dan kecekapan-kecekapan yang berkaitan dengannya, situasi-situasi di mana manusia hidup dan bekerja dan seterusnya konsep-konsep kendirinya berubah mengikut masa dan pengalaman. Oleh yang demikian, membuat pilihan dan seterusnya menyesuaikan dirinya dengan keadaan-keadaan baru adalah satu proses.

Proses perubahan pada situasi dan individu seperti yang dihuraikan dalam perkara 4 di atas berlaku di dalam satu siri peringkat hidup yang disebut sebagai pertumbuhan, penerokaan, pengukuhan, pengekalan dan penurunan. Peringkat-peringkat ini pula akan dibahagikan kepada beberapa fasa/peringkat kecil seperti (a) fantasi, tentatif, dan realistik dan (b) fasa percubaan dan stabil dalam peringkat pengukuhan (establishment).

Pilihan pekerjaan seseorang itu adalah sebahagian besanya ditentukan oleh beberapa faktor utama seperti tahap sosioekonomi ibubapa, kebolehan mental, ciri-ciri personaliti, dan juga peluang-peluang pekerjaan yang terbuka kepadanya.

Perkembangan seseorang melalui peringkat-peringkat hidup yang tertentu boleh dibimbing melalui usaha-usaha memudahkan proses pematangan (maturation) kebolehan dan minat, dan juga melalui usaha-usaha membantu dalam ujian realiti dan pembentukan konsep kendiri.

Proses perkembangan vokasional adalah sebenarnya perkembangan dan pelaksanaan konsep kendiri . Ia merupakan suatu proses kompromi di mana konsep kendiri yang berupa hasil interaksi antara baka, peluang-peluang untuk memainkan berbagai-bagai rol, dan penilaian ke atas hasil permainan rol dengan persetujuan ibubapa dan keluarga.

Proses kompromi di antara individu dan faktor-faktor sosial, di antara konsep kendiri dan realiti, adalah suatu permainan rol, sama ada rol itu dimainkan secara fantasi, di dalam temuduga kaunseling, ataupun di dalam aktiviti-aktiviti kehidupan yang sebenar seperti di sekolah, di dalam persatuan, kerja sambilan dan kerja baru.

Kepuasan pekerjaan serta kepuasan hidup bergantung kepada sejauh mana individu itu dapat menyalurkan kebolehannya, minatnya, tret-tret personalitinya serta nilai-nilainya kepada saluran-saluran yang sejajar.

Selain daripada membentuk konsep kendiri melalui proses penilaian kendiri, identifikasi dan ujian realiti, Super telah membentuk konsep kendiri vokasional, melalui permainan rol, aktiviti formal dan tidak formal.Beliau juga membentuk konsep kematangan vokasional (vocational maturity). Mengikut konsep ini seseoang dikatakan mencapai kematangan vokasional jika pemilihan vokasional yang dibuatnya sejajar dengan tahap perkembangan vokasional. Maksudnya, individu yang berumur sekitar 12 atau 13 harus beada di peringkat pertumbuhan (growth stage).PERINGKAT-PERINGKATPERKEMBANGANVOKASIONALDalam menjelaskan perkembangan yang berlaku di dalam peringkat-peringkat perkembangan vokasional, Super telah mewujudkan lima aktiviti yang dinamakannya sebagai tugasTugas pertama ialah tugas penghabluran (14-18 tahun)Kesedaran akan keperluan untuk menghablurPenggunaan sumberKesedaran akan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkanKesedaran akan keadaan-keadaan yang mungkin menjejaskan matlamatPembezaan minat dan nilaiKesedaran akan hubungan antara masa kini dengan masa depanFormulasi akan suatu pemilihan yang umumKetekalan pemilihanPemilikan maklumat tentang pekerjaan yang dipilihPerancangan bagi pekerjaan yang dipilihKebijaksanaan berhubung dengan pemilihan pekerjaanTugas kedua ialah pengkhususan (18-21 tahun)Kesedaran tentang perlunya membuat pengkhususanPenggunaan sumber di dalam memilih pengkhususanKesedaran tentang faktor-faktor yang perlu dipertimbangkanKesedaran tentang keadaan-keadaan yang mungkin menjejaskan matlamatPembezaan minat dan nilaiKesedaran akan hubungan masa kini dengan masa depanPengkhususan di dalam pemilihan vokasionKetekalan pemilihanPemilikan maklumat mengenai pekerjaan yang dipilihPerancangan bagi pekerjaan yang dipilihKebijaksanaan berhubung dngan pemilihan yang khususKeyakinan di dalam pemilihan yang khusus.

Tugas ketiga ialah pelaksanaan (21-24 tahun)Kesedaran tentang perlunya melaksanakan pemilihanPerancangan untuk melaksanakan pemilihanBertindak untuk melaksanakan rancangan untuk layak memasuki pekerjaan yang dipilihMendapat pekerjaan untuk memasuki bidang yang dipilih

Tugas keempat ialah kestabilan(25-35 tahun)Kesedaran akan perlunya kestabilanPerancangan untuk mencapai kestabilanMemperolehi kelayakan bagi mendapat pekerjaan regular yang stabil atau menerima ketidakupayaan untuk menghindari ketidakstabilanMendapat pekerjaan regular yang stabil atau merdhoi ketidakstabilan

Tugas kelima ialah pengukuhan (35+ tahun)Kesedaran tentang perlunya mengukuh kedudukan dan maju Pemilikan maklumat tentang bagaimana untuk mengukuh dan majuPerancangan untuk mencapai pengukuhan dan maju.Melaksanakan rancangan pengukuhan dan maju.

TUGAS PERKEMBANGAN VOKASIONAL YANG KEDUA IALAH PENGKHUSUSAN PEMILIHAN VOKASIONALDi peringkat ini, individu hendaklah menyempitkan bidang kerjaya yang dipilihnya untuk menjadikannya suatu pilihan yang khusus dan mengambil tindakan-tindakan untuk melaksanakan keputusan ini.Sebagai contoh, individu yang memilih applied physicist akan memasuki program pengajian kejuruteraan elektrik, manakala individu yang suka kepada kerja-kerja lapangan dan mempunyai kecenderungan ke arah teknikal akan memasuki program perhutanan.Tugas pengkhususan seperti yang disenaraikan di atas ghalibnya berlaku sekitar umur 18 21 tahun

Tugas perkembangan vokasional yang ketiga ialah tugas melaksanakan sesuatu pilihan vokasional, yang berlaku lewat umur 21 membawa kepada 25 tahun.

Tugas ini memerlukan seseorang individu itu menamat sesuatu bidang latihan dan seterusnya memasuki bidang vokasional yang dipilihnya. Ia juga hendaklah melakukan tugas-tugas yang disenaraikan di atas.Tugas perkembangan vokasional yang keempat ialah tugas penstabilan yang berlaku sekitar umur 25 hingga 35 tahun.Tugas ini dicerminkan melalui tingkah laku settling down within a field of work dan menggunakan kebolehannya dengan sewajarnya bagi membuktikan yang pilihan yang dibuat itu betul.Pada peringkat ini, selalunya akan terdapat pertukaran kedudukan/pangkat, tetapi jarang sekali bidang vokasion yang telah dipilih.Tugas perkembangan vokasional yang terakhir ialah tugas pengukuhan status dan maju, yang biasanya berlaku sekitar akhir 30an dan pertengahan 40an.Pada tahap ini pekerja akan mengukuhkan kedudukannya, kemahirannya, kekangannya, supaya ia dapat menjamin kedudukan yang selamat dan selesa bagi meneruskan kerjayanya ke tahun 50an dan awal 60an.Secara khusus Super tidak pula menjelaskan tahap perkembangan vokasional yang berkaitan dengan penurunan bila berbicara tentang tugas perkembangan vokasional. Namun beliau telah menyebutnya di dalam penulisannya yang awal (Super, 1957).