Penyataan Sebelum Pbs

12
PENYATAAN SEBELUM PBS Amalan Profesionalisme adalah komponen penting dalam kurikulum latihan perguruan praperkhidmatan yang berlandaskan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Visi dan Misi Bahagian Pendidikan Guru, serta Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Program seperti Pengalaman Berasaskan Sekolah Fasa 1 ini merupakan landasan untuk pelajar mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diterima di dalam bilik kuliah ke situasi pengajaran dan pembelajaran sebenar di bilik darjah. Program ini juga bertujuan untuk melahirkan insane guru yang professional, dan memiliki sahsiah guru yang unggul dan bukan sebagai guru di dalam bilik darjah semata-mata. Oleh yang demikian, program amalan profesionalisme perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu serta melibatkan usaha sama antara IPG, JPN dan sekolah. Bagi penyertaan kali pertama pada tahun 2012 ini, saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Kayang, Perlis selama seminggu. Fokus saya di sini adalah untuk menghayati peranan dan tugas seorang guru di sekolah. Sebagai seorang bakal guru, proses mempelajari dan ingin mendalami kerjaya seorang guru sebenar adalah salah satu cara kepada saya untuk menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai seorang pendidik.

description

penyataan ros

Transcript of Penyataan Sebelum Pbs

Page 1: Penyataan Sebelum Pbs

PENYATAAN SEBELUM PBS

Amalan Profesionalisme adalah komponen penting dalam kurikulum latihan

perguruan praperkhidmatan yang berlandaskan hasrat dan matlamat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Visi dan Misi Bahagian

Pendidikan Guru, serta Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Program seperti

Pengalaman Berasaskan Sekolah Fasa 1 ini merupakan landasan untuk pelajar

mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diterima di dalam bilik kuliah ke situasi

pengajaran dan pembelajaran sebenar di bilik darjah.

Program ini juga bertujuan untuk melahirkan insane guru yang professional,

dan memiliki sahsiah guru yang unggul dan bukan sebagai guru di dalam bilik darjah

semata-mata. Oleh yang demikian, program amalan profesionalisme perlu

dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu serta melibatkan usaha sama

antara IPG, JPN dan sekolah.

Bagi penyertaan kali pertama pada tahun 2012 ini, saya telah memilih

Sekolah Kebangsaan Kayang, Perlis selama seminggu. Fokus saya di sini adalah

untuk menghayati peranan dan tugas seorang guru di sekolah. Sebagai seorang

bakal guru, proses mempelajari dan ingin mendalami kerjaya seorang guru sebenar

adalah salah satu cara kepada saya untuk menjadi seorang yang lebih

bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai seorang pendidik.

Page 2: Penyataan Sebelum Pbs

LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS

Sepanjang melakukan PBS fasa 1 ini saya telah melakukan beberapa

pemerhatian mengenai tugasan yang diberikan. Pemerhatian yang dilakukan adalah

berlandaskan kerja kursus Perkembangan Kanak-kanak dan Falsafah Pendidikan di

Malaysia. Pemerhatian yang dilakukan adalah berdasarkan perkembangan kognitif

kanak-kanak di Sekolah Kebangsaan Kayang. Hasil daripada pemerhatian tersebut

mendapati tahap perkembangan kognitif murid-murid di sekolah tersebut adlah

cemerlang.

Selain itu, saya telah menggunakan kaedah temu bual. Temu bual yang

dijalankan adalah melibatkan guru-guru di sekolah tersebut. Rata-rata guru yang

ditemu bual merupakan guru yang mengajar subjek KSSR. Segala maklumat yang

diperolehi amat berguna dan membantu dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.

Di samping itu, sedikit kaji selidik diadakan untuk menyiapkan tugasan

Perkembangan Kanak-kanak. Melalui teori yang telah diungkapkan oleh seorang ahli

pengkaji barat terkenal, sedikit kaji selidik diadakan untuk memastikan teori tersebut

sahih ataupun tidak. Kaji selidik dilakukan ketika proses p&p sedang dilaksanakan

dengan bantuan guru sekolah tersebut.

Page 3: Penyataan Sebelum Pbs

INSTRUMEN

PENGUMPULAN DATA

BERHUBUNG TUGASAN

1)PEMERHATIAN

2)TEMU BUAL

Page 4: Penyataan Sebelum Pbs

1- PEMERHATIAN

Saya telah menjalankan beberapa pemerhatian berkenaan pengumpulan tugasan

yang diberikan. Antaranya ialah dengan cara memerhati :

Perkembangan kognitif kanak-kanak di sekolah tersebut berdasarkan

tugasan Perkembangan Kanak-kanak.

Tahap kebolehan serta kepantasan berfikir terhadap ujian yang diberikan

kepada murid-murid ketika di dalam kelas.

Perkembangan kognitif murid-murid adalah mengikut peringkat umur

Cara seseorang murid pada tahap operasi konkrit mennyelesaikan suatu

masalah yang diberikan oleh guru.

Page 5: Penyataan Sebelum Pbs

2- TEMU BUAL

Selain itu,beberapa temu bual telah dijalankan bersama guru-guru sekolah tersebut

mengenai Transformasi KSSR di dalam bidang pendidikan. Hasil temu bual tersebut

adalah seperti berikut :-

Apakah yang dimaksudkan dengan KSSR?

KSSR merupakan kurikulum baru yang berbentuk didikan yang berterusan.

Apakah implikasi kepada guru selepas kurikulum baru ini dilaksanakan?

P&P guru meliputi semua aspek.

Guru banyak melakukan penyelidikan.

Guru membimbing murid untuk berfikir secara inovasi.

Jadual waktu guru menjadi fleksibel.

Apakah kesimpulan daripada KSSR ini?

KSSR merupakan satu usaha kerajaan untuk menjadikan pelajar berdaya

saing dengan negara-negara maju dan pencetus pembaharuan dalam

kehidupan masa hadapan.

Page 6: Penyataan Sebelum Pbs

KOLABORASI

Page 7: Penyataan Sebelum Pbs
Page 8: Penyataan Sebelum Pbs

ILMU/PENGETAHUAN

BARU

1)PEMERHATIAN

Page 9: Penyataan Sebelum Pbs

Sepanjang saya melakukan PBS di sekolah tersebut, saya mendapati bahawa beberapa

budaya yang selalu dilakukan oleh guru mahupun murid-murid di situ. Antaranya, pada

setiap hari jumaat, mereka akan mengadakan bacaan Yassin secara beramai-ramai. Budaya

tersebut amat baik dan penglibatan program tersebut adalah kepada semua pelajar islam.

Selain itu, budaya beratur ketika hendak membeli makananan pada waktu rehat

menunjukkan pelajar di sekolah tersebut mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Secara

tidak langsung, sikap sabar akan terlihat daripada perlakuan mereka.

Di samping itu, waktu rehat adalah berlainan di antara

pengawas sekolah dan murid biasa. Kebiasaanya, pengawas

akan keluar 10 minit awal daripada murid lain untuk memberi

peluang kepada mereka mengawasi rakan-rakan yang lain

ketika hendak membeli makanan.

Setiap hari isnin, mereka mengadakan Program Anak Emas yang melibatkan kesemua

murid Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Program tersebut berbentuk

dorongan serta motivasi daripada guru yang diberikan kepada

pelajar. Melalui program tersebut, sedikit sebanyak akan membantu

persiapan mereka menghadapi peperiksaan dengan jayanya.

Page 10: Penyataan Sebelum Pbs