penyeliaan dlm kauns

15
Penyeliaan Dalam Kaunseling Oleh: Mohd. Zarawi bin Mat Nor [email protected] Jabatan Ilmu Pendidikan Pengenalan Di sesebuah sekolah satu profesion yang memberi perkhidmatan yang penting kepada para pelajar adalah perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (Fong, 1990). Perkhidmatan kaunseling di sekolah-sekolah menjadi semakin penting kerana kaunselor dan guru bimbingan dan kaunseling sekolah bertanggungjawab mewujudkan dan mengekalkan persekitaran yang sihat dan sesuai kepada semua murid di sekolah berkenaan (Griffin.D.C, 2007). Selain itu dikatakan juga bahawa mereka (kaunselor) adalah pihak pertama yang bertanggungjawab menghindari tekanan emosi dan akademik yang mungkin dihadapi oleh para pelajar (Henderson, 1994). Hari ini masalah-masalah yang semakin rumit telah mula menular di sekolah. Antaranya termasuklah masalah jenayah, masalah serangan fizikal dan seksual, kemiskinan, lari dari rumah dan krisis-krisis lain yang semakin menjadi- jadi. Justeru persekitaran sekolah menjadi semakin agak berkecamuk. Memang banyak cara yang boleh diambil untuk membendung masalah yang berlaku dalam kalangan pelajar di sekolah. Sebahagian daripada tindakan untuk mengurangkan masalah ini ialah melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Pada tahun 1996, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan jawatan kaunselor sepenuh masa di sekolah-sekolah menengah dan jawatan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah-sekolah rendah seluruh negara. Kaunselor dan guru bimbingan dan kaunseling dikatakan mempunyai kedudukan tersendiri kerana dari segi organisasinya kaunselor bertanggungjawab sepenuhnya kepada pengetua atau guru besar (Pekeliling KPM, 1996). Para kaunselor tidak diberikan tugas mengajar mata pelajaran akademik sebaliknya dikehendaki memberi tumpuan sepenuhnya kepada aktiviti dan program pembangunan diri pelajar (KPM,1996). Manakala, guru bimbingan dan kaunseling yang bertugas di sekolah-sekolah rendah seluruh negara merupakan jawatan separuh masa kerana selain menjalankan tugas mereka juga dikehendaki melaksanakan tugas- tugas pengajaran di dalam kelas. Kaunselor sekolah yang profesional merupakan suatu jawatan unik dan tersendiri kerana mereka bekerja untuk 1

Transcript of penyeliaan dlm kauns

Page 1: penyeliaan dlm kauns

Penyeliaan Dalam Kaunseling

Oleh:Mohd. Zarawi bin Mat Nor

[email protected] Ilmu Pendidikan

Pengenalan

Di sesebuah sekolah satu profesion yang memberi perkhidmatan yang penting kepada para pelajar adalah perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (Fong, 1990). Perkhidmatan kaunseling di sekolah-sekolah menjadi semakin penting kerana kaunselor dan guru bimbingan dan kaunseling sekolah bertanggungjawab mewujudkan dan mengekalkan persekitaran yang sihat dan sesuai kepada semua murid di sekolah berkenaan (Griffin.D.C, 2007). Selain itu dikatakan juga bahawa mereka (kaunselor) adalah pihak pertama yang bertanggungjawab menghindari tekanan emosi dan akademik yang mungkin dihadapi oleh para pelajar (Henderson, 1994). Hari ini masalah-masalah yang semakin rumit telah mula menular di sekolah. Antaranya termasuklah masalah jenayah, masalah serangan fizikal dan seksual, kemiskinan, lari dari rumah dan krisis-krisis lain yang semakin menjadi-jadi. Justeru persekitaran sekolah menjadi semakin agak berkecamuk. Memang banyak cara yang boleh diambil untuk membendung masalah yang berlaku dalam kalangan pelajar di sekolah. Sebahagian daripada tindakan untuk mengurangkan masalah ini ialah melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

Pada tahun 1996, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan jawatan kaunselor sepenuh masa di sekolah-sekolah menengah dan jawatan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah-sekolah rendah seluruh negara. Kaunselor dan guru bimbingan dan kaunseling dikatakan mempunyai kedudukan tersendiri kerana dari segi organisasinya kaunselor bertanggungjawab sepenuhnya kepada pengetua atau guru besar (Pekeliling KPM, 1996). Para kaunselor tidak diberikan tugas mengajar mata pelajaran akademik sebaliknya dikehendaki memberi tumpuan sepenuhnya kepada aktiviti dan program pembangunan diri pelajar (KPM,1996). Manakala, guru bimbingan dan kaunseling yang bertugas di sekolah-sekolah rendah seluruh negara merupakan jawatan separuh masa kerana selain menjalankan tugas mereka juga dikehendaki melaksanakan tugas-tugas pengajaran di dalam kelas.

Kaunselor sekolah yang profesional merupakan suatu jawatan unik dan tersendiri kerana mereka bekerja untuk memastikan perkembangan diri, bimbingan dan perkembangan kerjaya kepada pelajar-pelajar mereka. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyenaraikan tujuh bidang perkhidmatan kaunseling di sekolah untuk menjelaskan peranan dan tanggungjawab kaunselor dan guru bimbingan dan kaunseling. Bidang-bidang perkhidmatan kaunseling di sekolah menengah ialah bidang akademik, kerjaya, psikososial dan kesejahteraan mental, keibubapaan, pendidikan pencegahan dadah/inhalan/rokok dan HIV dan motivasi serta kepimpinan. Seseorang kaunselor harus bijak dan cekap dalam semua aspek untuk menjayakan bidang perkhidmatan ini. Masalah utama yang dihadapi oleh seseorang kaunselor adalah kurangnya keyakinan diri dan tidak mahir dalam menjayakan tugas-tugas profesional mereka. Justeru, dalam konteks ini penyeliaan memainkan peranan penting bagi memantapkan perkembangan perkhidmatan kaunseling dan perkembangan personal dan profesional kaunselor itu sendiri.

Di Malaysia, kaunselor-kaunselor sekolah hanya diselia oleh pentadbir dan personal lain. Masalahnya, mereka ini tidak mempunyai kepakaran dalam selok-belok penyeliaan yang berkesan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pentadbir sekolah dilatih untuk menyelia guru akademik tetapi amalan penyeliaan guru akademik tidak sama dengan penyeliaan dalam kaunseling. Seseorang itu harus memiliki ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai integriti yang tinggi sepanjang perkhidmatan mereka bagi melahirkan seorang kaunselor yang berkaliber dan profesional. Mereka memerlukan satu sistem latihan dan melalui kurikulum yang mantap untuk memastikan kaunselor sekolah memiliki ciri-ciri penampilan

1

Page 2: penyeliaan dlm kauns

dan sahsiah yang dinyatakan. Seseorang bakal kaunselor itu harus menjalani latihan praktikum secukupnya. Mereka mesti diselia oleh kaunselor lain yang lebih berpengalaman dan bersedia menjalankan tugas penyeliaan dengan sebaik mungkin sekiranya mereka mahu menjadi seorang kaunselor cemerlang,.

Keperluan Penyeliaan

Keperluan kemahiran personal dan profesional dalam mana-mana profesion tidak dapat disangkal. Kemahiran ini termasuk profesion perubatan, perundangan, kehakiman dan profesion lain dalam senarai kerjaya manusia masa kini. Demikian juga profesion kaunselor yang menjalankan perkhidmatan kaunseling di pelbagai setting termasuk kaunselor dan guru-guru bimbingan yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah di seluruh negara.

Di sekolah, kaunselor sepenuh masa memerlukan suatu penyeliaan yang amat bermakna untuk meningkatkan perkembangan personal dan profesionalisme seterusnya bagi meningkatkan tahap kecekapan mereka dalam melaksanakan tugas-tugas memberi perkhidmatan bimbingan dan melaksanakan program-program kaunseling di sekolah (Tan Soo Yin, 1999). Oleh sebab itu, bidang perkembangan dan latihan kaunselor menjadi fokus utama dalam literatur sejak dua dekad yang lalu (Barnes, 2004).

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga ada menjalankan penyeliaan ke atas prestasi guru bimbingan dan kaunseling di sekolah (KPM, 1997). Hasil penyeliaan terhadap guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa telah berjaya meningkatkan pengetahuan dan latihan dari sudut kaunseling (Schmidt, 1990). Sehubungan itu, penyeliaan kaunseling perlu dilakukan oleh kaunselor berdaftar supaya keselarasan tugas dan pelaksanaan sesi tidak menyimpang daripada sempadan yang ditetapkan (Faizah Ghani & Tan Soo Yin, 2005).

Dalam penulisan ini penulis akan memfokuskan perbincangan kepada perkara-perkara berikut ; konsep penyeliaan dalam kaunseling, senario aktiviti penyeliaan kaunseling, model-model dalam penyeliaan kaunselor, jenis-jenis penyeliaan dan ke kepentingan aktiviti penyeliaan.

Konsep Penyeliaan

Bradley dan Ladany (2001) secara umumnya mendefinisikan penyeliaan sebagai suatu proses memberi latihan dan bimbingan kepada pihak lain. Manakala dalam konteks penyeliaan kaunseling beliau memberi makna penyeliaan sebagai satu proses perkembangan personal dan profesional iaitu para penyelia akan mencabar, menggalak dan menyuntik semangat untuk menggalakkan kaunselor mencapai tahap kecekapan yang maksimum .

Majlis Akreditasi Program Kaunseling (CACREP) pula mendefinisikan penyeliaan sebagai suatu bentuk arahan dalam mana penyelia mengawal pengalaman beraktiviti dan pembelajaran kemahiran yang berlaku semasa latihan praktikum dan intership (CACREP Standards, 2001). Bagi memastikan seseorang kaunselor pelatih mendapat penyelia yang berpengalaman dan berkesan, disyaratkan bahawa seseorang penyelia itu mempunyai pengalaman sebagai kaunselor profesional selama paling kurang dua tahun sebelum dibenarkan menjalankan tugas-tugas penyeliaan (CACREP, 2001).

Seseorang kaunselor yang bertindak sebagai seorang penyelia harus memiliki kemahiran dalam metodologi penyeliaan bagi menggalakkan dan melatih kaunselor supaya mencapai tahap perkembangan yang tinggi. Dalam mana-mana organisasi kaunseling, menjalani latihan praktikum menjadi satu syarat utama kepada pelatih-pelatih dalam bidang kaunseling. Sebagai contoh, Majlis Akreditasi Program kaunseling (CACREP) telah menetapkan bahawa pelatih mesti menerima penyeliaan sebagai sebahagian daripada syarat semasa menjalani latihan praktikum. Latihan yang diberikan itu haruslah mencukupi dan

2

Page 3: penyeliaan dlm kauns

mencapai standard latihan yang sebenarnya untuk memastikan sesuatu penyeliaan itu bermakna.

Senario Aktiviti Penyeliaan Kaunselor

Sepanjang tempoh kewujudan aktiviti penyeliaan kaunselor, aktiviti ini telah mengalami pelbagai tranformasi. Melalui masa, perubahan telah berlaku pada aspek fokus dan keutamaan penyeliaan. Walau bagaimanapun matlamat asalnya tidak berubah iaitu untuk membantu kaunselor menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada klien mereka (Aasheim, 2007).

Penyeliaan kaunselor bermula antara tahun 1925 dan 1930 melalui pengenalan teori psikoanilitik (Leddick & Bernard, 1980). Pengaruh teori terhadap penyeliaan melalui konsep yang popular iaitu proses selari yang merujuk satu proses keselarasan tingkah laku supervisee tergambar dalam sesi kaunseling (Eckstein & Wallerstein). Kesannya proses penyeliaan benar-benar sama dengan proses psikoterapi itu sendiri (Kaiser, 1997); Stolberg & Delworth, 1987). Penyelia menjalankan tugas atau tanggungjawab membimbing dan memberi arahan dalam proses penyeliaan psikoterapi (Leddick & Bernard, 1980). Fokus utama sesi penyeliaan ialah proses meneroka intra dan interpersonal sebagai satu fungsi hubungan teraputik (Davy, 2002). Para penyelia memberi perhatian terhadap peranan proses perhubungan interaksi dan tidak disedari oleh kaunselor semasa berinteraksi dengan klien (Casment, 1985). Kebanyakan pengkaji/penyelidik berjaya menyumbang ke arah mengurangkan kekeliruan peranan dan fungsi seseorang penyelia di peringkat permulaan timbulnya aktiviti penyeliaan ini (Carroll, 196; Yegdich, 1999).

Pada tahun 1950-an fokus penyeliaan berubah secara drastik sebagai perasaan psikoanalisis daripada menyokong (Davy, 2002). Pada masa ini perkembangan aktiviti penyeliaan bersepadu dengan teori dan model amalan teraputik (Freeman & McHenry, 1996). Sebahagian daripada model penyeliaan ini adalah jelas sejajar dengan teori-teori utama kaunseling (Friedlander, Siegal, & Brenock, 1989). Penekanan bidang penyeliaan ini telah berubah daripada analisis kepada perkembangan latihan kemahiran dan perkembangan profesional (Truax & Carkhuff, 1967; Holloway, 1995).

Pada tahun 1970-an, berlaku gelombang perubahan dalam penyeliaan yang membawa bersama kerangka teori dan praktikal yang memberi penekanan kepada tugas (task), peranan dan tahap perkembangan profesionalisme kaunselor (Caroll, 1996; Hess, 1986).

Antara tahun 1970-an dan 1980-an pula berlaku perubahan dalam aktiviti penyeliaan kaunselor apabila munculnya teori dan kerangka penyeliaan yang memberi tumpuan kepada tugas, peranan, latihan dan tahap perkembangan penting dalam perkembangan profesionalisme kaunselor (Caroll, 1996; Hess, 1986). Pada tahun-tahun tersebut beberapa model perkembangan penyeliaan telah diperkenalkan. Satu daripadanya ialah Model Kompleksiti (SCM) (Watkins, 1997). Di samping itu Model Perkembangan Bersepadu turut diperkenalkan (Stoltenberg, McNeil, & Delworth, 1998). Model ini memberi tumpuan dalam kajian literature. Seterusnya Model Peranan Sosial (Scial Role Model) turut disentuh dalam kajian literatur (Kadushin, 1985). Peranan teori-teori ini adalah untuk menjelaskan peranan dan fungsi penyeliaan (Aashim, 2007). Teori Diskriminasi Bernard (1979) menjelaskan tiga peranan utama penyelia dalam hubungan dengan kaunselor pelatih. Tiga peranan itu ialah; pendekatan guru-murid (berasaskan dapatan Walz & Roeber, 1962, yang mengkaji reaksi supervisor dalam satu interview kaunseling), pendekatan kaunselor-klien dan pendekatan konsultasi (berasaskan Model pembinaan kemahirana Pra-Praktikum).

Pada tahun 1980-an pula aktiviti akademik para sarjana berkisar pada amalan dan teori penyeliaan klinikal. The Counseling Psychologist telah menerbitkan dua isu yang

3

Page 4: penyeliaan dlm kauns

memberi fokus kepada penyeliaan kaunselor (Aashim, 2007). Teori-teori perkembangan telah muncul dalam bidang penyeliaan klinikal (Freeman & McHenry, 1996). Para pengkaji telah menyemak dan memerhati dengan teliti teori-teori ini (e.g.,Holloway,1988; Worthington, 1987) dan aktiviti perbahasan dalam kalangan sarjana mengenai beberapa teori boleh didapati dalam beberapa penerbitan seperti Profesional Psychology: Research and Pratice (1987). Sehubungan dengan itu ACES (Assocation for Counselor Educators and Supervisor) telah mewujudkan satu program untuk mengenalpasti teras kecekapan penyelia kaunselor (Borders 1989).

Tahun 1990-an pula menunjukkan perbezaan pandangan para sarjana; pengkaji mengalih fokus mereka kepada menyelidik struktur proses menyelia, perkara berkaitan dengan hubungan dan keberkesanan amalan penyeliaan (Bernard & Goodyear, 1992; Holloway & Caroll,1996; Holloway & Neufeldt, 1995). Hal ini merupakan fokus tambahan terhadap kewujudan dan penerimaan penyeliaan kaunselor sebagai satu profesion yang istimewa (Dye &Borders, 1990). Seterusnya penyelia dan pendidik kaunselor telah mengalih perhatian kepada kepentingan amalan budaya kaunseling dan penyeliaan kaunselor (Ive, Ivey & Simek-Morgan,1997; Pope, 1995). Daniels, D Andrea and Kim (1999) telah menyiapkan satu kajian kes yang mengkaji bahaya penyeliaan silang budaya dengan seorang penyelia yang gagal untuk berbincang tentang perbezaan budaya dalam penyeliaan secara berkumpulan. Dinsmore dan England (1996) telah memperluaskan kajian dalam latihan kaunselor pelbagai budaya yang berlaku di CACREP. Manakala dalam tahun-tahun 2000 (Aashi, 2007) berlaku trend ke arah menerima penyeliaan sebagai suatu profesion yang berterusan.

Magnuson, Norem dan Wilcoxon (2000) menjelaskan bahawa penyeliaan dalam abad ini telah berkembang pesat dalam menjelaskan amalan-amalan penyeliaan. Mereka telah menghasilkan jurnal-jurnal sarjana seperti Counselor Education and Supervision dan The Clinical Supervisor sebagai sumber utama kepada mereka yang mempraktikkan amalan penyeliaan. Usaha untuk membudaya dan meningkatkan profesionalisme serta mempiawaikan amalan penyeliaan dengan menerbitkan buku panduan untuk penyeliaan (Borders & Brown, 2005) dan perbahasan berterusan para sarjana dalam budaya penyeliaan kaunselor (Davy, 2002; Powell, 2005) telah kelihatan.

Dalam abad-abad terakhir ini , penyeliaan kaunselor terbina dalam satu bidang pengajian yang unik, yang lengkap dan tersendiri serta menerima pentauliahan kebangsaan (Borders & Brown, 2005). Walaupun bidang penyeliaan ini berkembang pesat beberapa dekad terakhir, namun amalannya masih lemah.

Tujuan Penyeliaan Dalam Kaunseling

Umumnya penyeliaan kaunselor mempunyai tiga tujuan utama iaitu melatih memperkembangkan ciri-ciri personal dan perkembangan profesional kaunselor, meningkatkan kecekapan kaunselor dan meningkatkan rasa kebertanggungjawaban dalam menyediakan program (Bradbley 1989). Manakala Bernad & Goodyear (2004) menjelaskan bahawa penyeliaan mempunyai dua tujuan iaitu mempercepatkan perkembangan profesionalisme kaunselor dan memastikan kebajikan para klien.

Berasaskan kepada tujuan penyeliaan yang dijelaskan di atas, dapat ditegaskan bahawa fungsi penyeliaan kaunseling adalah untuk memberi sokongan, khidmat konsultasi, kaunseling, arahan dan latihan dan penilaian kepada para kaunselor (Bradley & Ladany, 2001).

4

Page 5: penyeliaan dlm kauns

Model-Model Penyeliaan Kaunseling

Tinjauan literatur menunjukkan bahawa terdapat beberapa jenis model yang sering ditemui atau diguna pakai dalam proses penyeliaan kaunselor. Bradley dan Ladany (2001) telah mengenalpasti tiga model penyeliaan. Tiga model tersebut ialah; Model Integrasi, Model Perkembangan dan Model Psikoterapi.

Model-Model Integrasi

Model integrasi merupakan model penyeliaan yang menggabungkan teori dan teknik. Model ini menggunakan teknik teori daripada pelbagai disiplin ilmu. Antaranya ialah:

Model Diskriminasi Bernard

Model ini adalah suatu model yang unik. Model ini memberi fokus kepada pemahaman konseptual, penguasaan kemahiran intervensi dan dinamika, dalam dan luar yang berlaku dalam kaunseling dan penyeliaan (Dunca. K, 2003). Mengikut Bernard, teori ini lebih memberi fokus kepada tindakan kaunselor daripada realiti dalam seseorang kaunselor. Seterusnya beliau menyatakan bahawa matlamat model ini adalah untuk melahirkan lebih ramai kaunselor yang cekap dan berwibawa. Justeru mengikutnya lagi model ini memberi tumpuan kepada kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang kaunselor. Kemahiran-kemahiran tersebut ialah; kemahiran proses, kemahiran mengkonsepkan tema sesi, kemahiran personalisasi dan kemahiran tingkah laku profesional.

Kemahiran proses adalah strategi dan teknik yang digunakan dalam sesi kaunseling yang merangkumi kecekapan memulakan sesi, kemahiran mendengar, refleksi, penjelasan, konfrantasi, prafrasa, penjelasan masalah, rumusan dan komunikasi tanpa lisan (Bernard, 2000). Semua aspek ini merupakan elemen-elemen yang boleh diperhatikan oleh penyelia dalam sesi penyeliaan. Mengikut Bernard (1979) lagi apabila penyelia menilai mengikut perspektif model ini pelaksanaan kemahiran-kemahiran yang diyatakan di atas akan dinilai.

Kemahiran mengkonsepkan tema sesi merupakan kemahiran dan kemampuan kaunselor bertindak balas dan menganalisis kes menggunakan pemikiran semasa dan selepas pertemuan sesi. Termasuk dalam kemahiran ini ialah mengenalpasti mesej, tema dan perubahan yang diingini oleh klien. Sebenarnya kemahiran ini agak sukar diperhatikan oleh seseorang penyelia (Bradley & Ladny, 2001).

Kemahiran personalisasi merujuk kepada kesedaran dan penerimaan kaunselor terhadap perasaan, kepercayaan dan nilai klien dan juga kaunselor itu sendiri , termasuk juga keupayaan kaunseling yang dimiliki oleh kaunselor. Ini termasuklah kesediaan kaunselor untuk menerima maklum balas terhadap cabaran-cabaran yang diterima oleh seseorang kaunselor (Bernard 1979).

Kemahiran tingkah laku profesional pula merujuk kepada perkembangan dan penampilan profesionalisme seseorang kaunselor semasa melaksanakan tugas sebagai seorang kaunselor. Ini termasuk aspek pakaian, persekitaran kerja dan intergriti diri sebagai seorang profesional. Dalam soal etika ini, seseorang kaunselor haruslah patuh kepada garis panduan dan etika yang telah ditetapan oleh lembaga kaunselor (Bernard, 2000).

Bernard (1979) menjelaskan bahawa apabila penyeliaan dilakukan berdasarkan model ini, seseorang penyelia memainkan tiga peranan utama iaitu; peranan sebagai guru, peranan sebagai kaunselor dan peranan sebagai konsultan (perunding). Dalam memainkan peranan sebagai seorang guru, penyelia membimbing dan memberi panduan dalam menentukan tindakan-tindakan kaunselor bagi menjamin ke arah kecekapan kaunselor itu sendiri (Bradley & Ladany, 2001). Dalam konteks ini, perlakuan kaunselor menjadi tanggungjawab kepada penyelia. Penyelia harus memastikan kaunselor mempelajari kemahiran tertentu yang diperlukan.

5

Page 6: penyeliaan dlm kauns

Penyelia membantu kaunselor memeriksa atau meninjau tindak balas personal dalam bentuk kesan yang diterima oleh seseorang kaunselor ke atas hubungan kaunselor–klien dalam menjalankan peranan sebagai kaunselor. Tugasan ini merupakan satu proses menilai bagaimana pengalaman semasa kaunselor dan kesannya ke atas kerja (Ducan, K, 2003). Penyelia seterusnya banyak berperanan sebagai pendorong ke arah mempertingkatkan nilai dan profesionalisme sebagai seorang kaunselor.

Dalam menjalankan peranan sebagai seorang perunding, penyelia banyak membantu kaunselor membincangkan tentang kaedah, model-model dan teknik yang mungkin digunakan dalam sesi kaunseling mereka. Ini merupakan satu seni untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang merujuk kepada usaha memberitahu bagaimana untuk melakukan sesuatu perkara (Bernard, 1997).

Bradley, Gould, and Parr (2001) telah menyatakan bahawa model ini mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Kekuatannya ialah model ini boleh digunakan bersama dengan teori-teori dan teknik-teknik lain. Manakala satu kelemahan teori ini tiadanya satu teknik dan intenvensi yang khusus dan ini mungkin sukar untuk digunakan oleh seseorang penyelia yang baharu.

Model Adaptasi Penyeliaan Dalam Latihan kaunselor (ASICT)

Model adaptasi penyeliaan dalam latihan kaunselor ini menyediakan penyelia berasaskan kepada empat gaya penyeliaan. Gaya-gaya penyeliaan ini bergantung kepada gaya tingkah laku yang berasaskan kepada matlamat untuk meningkatkan kesediaan kaunselor dalam menjalankan tugas-tugas secara khusus dalam proses kaunseling keseluruhannya. Empat gaya penyeliaan adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah berikut :

Supportive Mentor(Mentor Sokongan)

Arahan rendahSokongan Tinggi

Kaunselor mempunyai kesediaanyang tinggi

Teaching Mentor(Mentor Pengajar)

Arahan tinggiSokongan Rendah

Kaunselor mempunyaikesediaan yang rendah

Delegating ColleagueRakan kerjasama)Arahan Rendah

Sokongan rendahKaunselor mempunyai kesediaan

yang tinggi

Technical Diretor(Pengarah teknikal)

Arahan TinggiSokongan redah

Kaunselor mempunyaikesediaan rendah

Perbezaan gaya-gaya penyeliaan ini bergantung kepada darjah sokongan dan arahan yang diberikan oleh penyelia kepada kaunselor dan ini pula bergantung kepada kesediaan oleh kaunselor. Empat gaya penyeliaan tersebut ialah; pengarah teknikal, mentor pengajar, mentor sokongan dan rakan kerjasama.

Dalam amalan penyelia sebagai pengarah teknikal, penyelia lebih bersifat mengarah dan mengurangkan sokongan kepada kaunselor. Hal ini selaras dengan tahap kesediaan kaunselor yang kurang baik kesan daripada kurang yakin diri, kurang pengalaman dan

6

Page 7: penyeliaan dlm kauns

kurangnya kemahiran. Justeru penyelia lebih banyak memain peranan memberi arahan kepada kaunselor. Lama kelamaan, kemahiran dan pengalaman kaunselor akan meningkat dan seterusnya membantu meningkatkan keyakinan diri kaunselor semasa menjalankan sesi. Pada tahap ini penyelia sudah mula mengalihkan peranannya sebagai mentor pengajar.

Penyelia memberi banyak arahan dan sokongan kepada kaunselor dalam menjayakan gaya mentor pengajar. Langkah ini bertujuan mewujudkan keyakinan dan menambahkan pengalaman kepada kaunselor yang diselia. Apabila keadaan ini berterusan, akhirnya tahap keyakinan kaunselor semakin tinggi dan peranan penyelia beralih kepada gaya mentor sokongan.

Gaya mentor sokongan ditunjukkan dengan ciri penyelia memberikan arahan yang rendah dan sokongan yang tinggi kepada kaunselor yang diselia. Dalam gaya ini, kaunselor barangkali menjadikan penyelia sebagai tempat meluahkan perasaan tentang aktiviti kaunseling yang diamalkan. Penyelia mungkin memaparkan pelan intervensi dan perspektif proses kaunseling kepada yang diselia. Penyelia memainkan peranan sebagai pihak yang mengesahkan konseptual kes yang disediakan oleh kaunselor. Kesannya tahap kemahiran kaunselor semakin bertambah dari masa ke masa dan pada masa ini peranan penyelia bertukar gayanya kepada menjadi seorang rakan kerjasama.

Gaya rakan kerjasama pula dicirikan dengan arahan dan sokongan yang diberikan kepada kaunselor pada tahap rendah. Penyelia berperanan mengesahkan status dan kemajuan kaunselor. Penyelia mungkin bertanya tentang kejayaan terapi oleh kaunselor, fungsi klien dan perkembangan kaunselor itu sendiri.

Model Penyeliaan Perkembangan Stoltenberg

Mengikut Leddick, 1994, model perkembangan penyeliaan adalah satu idea yang mementingkan perkembangan secara berterusan. Model penyeliaan jenis perkembangan ini merupakan model penyeliaan yang utama dikaji di Amerika Syarikat (Hawkins & Shohet, 1989). Model ini menggangap bahawa perkembangan supervisee adalah berlaku sepanjang masa (Bradley & Ladany, 2001). Perkembangan penyeliaan dibahagi kepada beberapa tahap iaitu tahap permulaan, pertengahan dan pengakhiran. Perkembangan tahap-tahap ini adalah berdasarkan pengetahuan dan kemahiran yang diterima sepanjang masa (Leach, Stoltenberg, McNeill, & Eichenfied). Tahap permulaan lebih berbentuk membina interaksi antara penyelia dengan kaunselor yang diselia. Pada tahap ini dikatakan bahawa penyelia menilai kecekapan, latihan yang diterima dan memantau pengalaman pada peringkat awal. Justeru dikatakan bahawa matlamat tahap perkembangan awal ini adalah untuk mewujudkan hubungan dan kemesraan antara penyelia dengan kaunselor (Bradley & ladany, 2001). Pada tahap ini juga penyelia menggunakan peluang kekuatan dan kelemahan kaunselor dalam melaksanakan tanggungjawab dan kerja-kerja mereka, seterusnya penyelia akan menggunakan input yang diperoleh untuk membina matlamat penyeliaan bersama-sama dengan kaunselor. Ini berlaku kerana kaunselor pada tahap ini tidak berpengalaman, berasa bimbang dan tidak selamat terhadap peranan dan kurang yakin dengan kebolehan diri sendiri. Pemerhatian secara langsung bersama dengan respon akan disampaikan oleh penyelia (Haynes, Corey & Mouiton, 2003). Kesannya diharapkan keyakinan dan kemahiran kaunselor semakin meningkat pada tahap-tahap yang seterusnya.

Tahap pertengahan model perkembangan merupakan tahap pertukaran tahap kebergantungan (Bradley & Ladany, 2001). Kaunselor mengkonseptualkan kes dan intervensi lebih bebas. Namun demikian maklum balas masih disediakan oleh penyelia, tetapi keputusan lebih banyak dibuat secara koloboratif (Nelson & Johnson, 1999). Pada tahap ini rasa kebertanggunjawaban sudah mula berpindah kepada kaunselor. Secara langsung kaunselor telah mula menunjukkan tahap keyakinan dan autoriti yang tinggi dan sudah mula bersedia untuk menerima kehadiran klien.

7

Page 8: penyeliaan dlm kauns

Tahap akhir model perkembangan ini dikatakan berlaku apabila kaunselor sepenuhnya bersedia sebagai seorang yang profesional dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang kaunselor (Bradley & ladany, 2001). Galakan dan sokongan diberikan oleh penyelia dan sesi penyeliaan menjadi satu persekitaran yang menyediakan satu perkongsian untuk menyelesaikan masalah dan mengkonseptualkan sesuatu kes antara penyelia dengan kaunselor. Pada tahap ini keyakinan kaunselor berada pada tahap tinggi dan berjaya menyesuaikan diri dengan klien. Kaunselor sudah bersedia untuk berkembang pada tahap seterusnya.

Model ini mempunyai kekuatan tersendiri apabila dikatakan sebagai satu model yang praktikal dan menyediakan garis panduan yang konkrit kerana kaunselor dapat mengikut tahap-tahap perkembangan dengan sebaik mungkin (Nelson & Johnson, 1999). Walau bagaimanapun model ini juga mempunyai kelemahan kerana mengikut Neson & Johnson, 1999) kerana model ini kurang fleksible dan agak kompleks untuk diaplikasikan semasa proses penyeliaan. Bidang-bidang atau Aspek-aspek Dalam Penyeliaan Kaunseling

Bradley dan Ladany (2001) telah menyenaraikan dua bidang atau jenis penyeliaan yang sesuai dalam menjelaskan aspek atau bidang penyeliaan kaunseling iaitu; penyeliaan pentadbiran dan penyeliaan klinikal. Beliau seterusnya menjelaskan bahawa penyeliaan pentadbiran merujuk kepada proses penyeliaan yang dilakukan untuk membantu kaunselor yang diselia mencapai matlamat organisasi manakala penyeliaan klinikal memberi fokus kepada pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai oleh kaunselor untuk berhadapan dengan klien. Dengan kata lain, penyeliaan pentadbiran memberi kesan secara langsung kepada organisasi dan penyeliaan klinikal memberi kesan secara langsung kepada perkembangan dan kemahiran personal dan profesional kaunselor dalam konteks hubungan dengan klien. Hal ini menggambarkan bahawa aktiviti penyeliaan sangat penting kepada mana-mana kaunselor termasuk kaunselor yang bertugas di sekolah-sekolah, malangnya tidak ramai kaunselor sekolah yang menerima proses penyeliaan (Crutchfield & Borders, 1997). Ini menimbulkan masalah kerana penyeliaan klinikal amat diperlukan oleh kaunselor sekolah sebagai sokongan bagi peningkatan kecekapan kaunselor itu sendiri (Crutchfield & Borders, 1997) dan penyeliaan ini sendiri memang sesuatu yang diperlukan oleh kaunselor (Roberts & Borders, 1994). Tambahan pula banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa penyeliaan yang dijalankan berjaya menyediakan peluang perkembangan kemahiran klinikal secara berterusan, berlakunya perbincangan berhubung dengan undang-undang dan etika dan aktiviti bertindak sebagai mekanisme sokongan profesional yang boleh mengelak tekanan dan rasa jemu dalam kalangan kaunselor (Herlihy, Gray & McCollum, 2002).

Kepentingan Penyeliaan Dalam Kaunseling

Penyeliaan klinikal adalah suatu komponen penting dalam proses perkembangan dan kemajuan berterusan (Bernard, 1997; Borders & Leddick, 1998; Drapela,1983; Gabbay, Kiemei & Maguire, 1999; Powel, 2004). Selain itu penyeliaan klinikal juga akan memperkuatkan kecekapan klinial seseorang kaunselor (Bernard & Goodyear, 2004; Campbell, 2006).

Kesimpulan

Penyeliaan dalam bidang kaunseling merupakan suatu bidang penting dalam usaha membangunkan tahap kecekapan kaunselor.Justeru tulisan ini sedikit sebanyak dapat membantu memberi panduan kepada para pendidik kaunselor, kaunselor dan bidang profesioan kaunseling itu sendiri.Adalah amat baik seandainya aspek penyeliaan ini diberi tumpuan khusus oleh pihak-pihak tertentu dengan menjalankan kajian khusus tentang kepentingan, gaya-gaya penyeliaan dan elemen-elemen lain yang boleh membantu meningkatkan aspek penyeliaan dan pembangunan profesion kaunseling itu sendiri.

8

Page 9: penyeliaan dlm kauns

Rujukan

AasheimL.L (2007). A Descriptive analysis of the Tasks & Focus of Individual Supervission in an Agency Setting. Disertasi Doktor Fasafah Oregon State University.

Bernard, J.M, & Goodyear, R.K. (1998). Fundamentals of clinical supervision (2nd ed.), Needham Heihts, MA: Allyn & Bacon.

Bernard J.M & Goodyear R.K , (2004). Fundamentals of Clinical Supervision. (Cetakan ke 3) Pearson Education. Inc.

Borders, L.D. (1989). Developmental cognitions of first practicum supervisees. Journal of Counseling Psychology, 36, 163-169

Borders. L.D, & Brown, L.L (2005). The new handbook of counseling supervision. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.

Bradley, L.J. (1989). Counselor supervision: principles, process and pratice. Munice, IN: Accelerated Development.

Bradley, L.J. & Ladany, N. (2001). Counselor supervision: principles, process and pratice. (Cetakan ke 3). Philadelphia; Brunner-Routledge.

Bernard J.M. (1979). The Discrimination Model.In C.E Watins, Handook of psychothreraphy supervision. New York: Wiley 310-327

Borders, L.D & Leddick, G.R (1998). A nationwide survey of supervision training. Counselor Education and Spervision, 27, 271-283

Carroll, M. (1996). CounselinG supervision: Theory, skills and pratice. London: Cassell

Campbell, J. (2006). Essentials of Clinical Supervision.New Jersey: Wiley & Sons.

Duncan.K (2003), Perceptions of The Importance and Utilization Of Clinical Supervision Among Certified South Dakota Scholl Counselors. Desertasi

University Of South Dakota, Vermillion, SD.

Davy J. (2002). Discursive reflections on a reash agenda for clinical supervision. Psychology and Psychtherapy: Theory, Research and Pratice, 75, 221-238.

Freeman, B. & McHendry, S. (1996). Clinical supervisin of counselors-in-training: A nationwide survey of idea delivery,goals and theoretical inflences. Counselor Education and Supervsion, 36(2), 144-158

Friedlander M.L. Siegel, S.M, & Brenock, K. (1989). Parallel process in counseling and supervision: A case study. Journalf counseling Psychoogy, 36,149-157.

Hawkins, P. & Shohet, R. (1989). Supervision in the helping professions. Great Britain: Biddels Limited, Guildford and Kings Lyn. Holloway, E.L., & Acker, M. (1998), May).Engagement and power in clinical

supervision. Workshop presented at the Oregon Association of Counselor Education and Supervision, Corvallis, Oregon.

9

Page 10: penyeliaan dlm kauns

Holloway, E.L., & Carroll, M. (1996). Reaction to the special section on supervision research: Comment on Ellis et al. (1996), Landany et. Al (1996). Neufeldt et al. (1996), and Worthen and McNeill (1996). Journal of counseling Psychology 43 (1), 51-55.

Leeddick, G.R & Bernard, J.M (1980). The history of Supervision: A critical Rivew .Counselor Education and Supervision, 19, 186-196

Stoltenberg, C.D. & Delworth, U. (1987). Supervisin Counselrs and therapist. San Francisco, CA: Jossey-Bass.

10