PENYIASATAN.mizan.doc

11
PENYIASATAN Proses penyiasatan didefinisikan sebagai proses mengenalpasti dan menyelesaikan masalah dengan kaedah yang boleh diuji kebenarannya Proses penyiasatan merupakan salah satu elemen utama dalam pemikiran saintifik yan menjadi matlamat utama proses pengajaran dan pembelajaransains.Proses penyiasatan merupakan matlamat utama yang perlu dicapai dan dikuasa kalangan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains. Proses penyiasatan juga menjadi matlamat hampir semua kurikulum sains di dunia. Hal ini dibuktikan secara eksplisit dalam kurikulum sains yang menje keperluan para pelajar untuk menguasai proses penyiasatan bagi memb mereka menguasai pemikiran saintifik.Proses menyelesaikan masalah ini memberikan autonomi kepada pelajar pada tahap tertentu bagi mencari penyelesaian dengan mengaplikasikan proses kognitif, kemahiran dan konsep- konsep yang dimiliki . Ia melibatkan proses merancang penyiasatan, mendapat bukti, menganalisis dan membuat kesimpulan serta menilai bukti. Dalam prose penyiasatan pelajar perlu menggunakan proses pemikiran mereka secara kreati dan kritis bagi menyelesaikan permasalahan yang diberikan dengan menggunakan kaedah yang saintifik. Ianya melibatkan kemahiran saintifik sep kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif dan penguasaan terhadap konse sains yang berkaitan dengan permasalahan yang cuba diselesaikan.Proses penyiasatanmembawa kepada pembangunan pemikirandan sikap saintifik pelajar. Ia berupaya untuk: meningkatkan dan mempertahankan minat, sikap, kepuasan dan keterbukaan dalam pemikiran dan sikap ingin tahu dalam sains membangunkan pemikiran kreatif dan kemampuan menyelesaikan masalah membangunkan kemampuan eksperimen sebagai contoh: merekabentuk penyiasatan, pemerhatian, merekodkan data, menganalisis dan menginterpretasikan keputusan!.

Transcript of PENYIASATAN.mizan.doc

PENYIASATAN

PENYIASATANProses penyiasatan didefinisikan sebagai proses mengenalpasti dan menyelesaikan masalah dengan kaedah yang boleh diuji kebenarannya Proses penyiasatan merupakan salah satu elemen utama dalam pemikiran saintifik yang menjadi matlamat utama proses pengajaran dan pembelajaran sains.Proses penyiasatan merupakan matlamat utama yang perlu dicapai dan dikuasai di kalangan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains. Proses penyiasatan juga menjadi matlamat hampir semua kurikulum sains di seluruh dunia. Hal ini dibuktikan secara eksplisit dalam kurikulum sains yang menjelaskan keperluan para pelajar untuk menguasai proses penyiasatan bagi membantu mereka menguasai pemikiran saintifik.Proses menyelesaikan masalah ini memberikan autonomi kepada pelajar pada tahap tertentu bagi mencari jalan penyelesaian dengan mengaplikasikan proses kognitif, kemahiran dan konsep-konsep yang dimiliki . Ia melibatkan proses merancang penyiasatan, mendapatkan bukti, menganalisis dan membuat kesimpulan serta menilai bukti. Dalam proses penyiasatan pelajar perlu menggunakan proses pemikiran mereka secara kreatif dan kritis bagi menyelesaikan permasalahan yang diberikan dengan menggunakan kaedah yang saintifik. Ianya melibatkan kemahiran saintifik seperti kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif dan penguasaan terhadap konsep sains yang berkaitan dengan permasalahan yang cuba diselesaikan.Proses penyiasatan membawa kepada pembangunan pemikiran dan sikap saintifik pelajar. Ia berupaya untuk: meningkatkan dan mempertahankan minat, sikap, kepuasan dan keterbukaan dalam pemikiran dan sikap ingin tahu dalam sains

membangunkan pemikiran kreatif dan kemampuan menyelesaikan masalah

membangunkan kemampuan eksperimen (sebagai contoh: merekabentuk penyiasatan, pemerhatian, merekodkan data, menganalisis dan menginterpretasikan keputusan). Kesemua elemen di atas menjelaskan betapa pentingnya proses penyiasatan dalam proses pembangunan pelajar yang berupaya berfikir secara saintifik dan seterusnya mendorong mereka menyelesaikan permasalahan dan membuat keputusan secara sistematik dan berkesan. Proses penyiasatan telah mendapat tempat yang amat signifikan dalam pembangunan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran sains di seluruh dunia sama ada negara membangun ataupun negara maju. Proses penyiasatan sentiasa mendapat tempat dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta kurikulum sains di negara membangun dan negara maju ke arah membangunkan pelajar yang berupaya menguasai penguasaan saintifik. Sehubungan itu, tahap penguasaan pelajar terhadap proses penyiasatan perlu dikaji bagi mengenalpasti kemampuan pelajar seterusnya mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelajar agar proses penambahbaikan dapat dilaksanakan. EKSPERIMEN

Eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran sains. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemuikonsep atau idea sains yang tertentu. kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen. Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran proses dan kemahiran manipulatif. Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalah seperti berikut:

Mengenal pasti masalah

Membuat hypothesis

Merancang eksperimen:

mengawal pemboleh ubah.

menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan

menentulkan langkah menjalanakan eksperimen

kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data

Melakukan eksperimen

DEMONSTRASI

Tunjuk cara atau demonstrasi adalah satu jenis teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran guru mendemonstrasikan cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti di hadapan pelajar, dan memberi peluang kepada pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti. Oleh itu, teknik

tunjuk cara ini juga dikenali sebagai demostrasi. Teknik ini digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran untuk hampir semua mata pelajaran di sekolah. Jadual di bawah menunjukkan contoh-contoh teknik demonstrasi yang dilakukan di sekolah-sekolah.

Matematik

Sains

Pendidikan Seni

Sains Rumah Tangga

Seni Perusahaan

Mendemostrasikan cara membina sudut dengan

protraktor

Mendemostrasikan sesuatu eksperimen untuk

membuktikan daun mengandungi kanji

Mendemostrasikan cara melukis bentuk simetri

Mendemostrasikan cara menjahit sapu tangan

Mendemostrasikan cara memasang wayar dalam plagPrinsip-prinsip tunjuk cara

Untuk menghasilkan aktiviti pengajaran melalui tunjuk cara dengan berkesan, guru haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip melaksanakan tunjuk cara berikut:1. Sebelum demonstrasi Guru hendaklah menentukan topik, objektif dan kandungan tunjuk caraterlebih dahulu.

Alatan atau radas disediakan dan disusun mengikut langkah-langkah

demonstrasi yang diperlukan. Tempat demonstrasi hendaklah disediakan untuk memastikan semua murid

dapat menyaksikan dengan jelas Pastikan keselamatan sebelum menggunakan alat, radas atau bahan yang

mungkin boleh mengakibatkan kemalangan.

Sebelum memulakan demonstrasi, guru hendaklah memberitahu murid tujuan demonstrasi dan aktiviti yang hendak diperhatikan supaya mereka dapat mencontohinya nanti tanpa melakukan sebarang kesilapan.2. Semasa demonstrasi Guru harus memandang ke arah murid semasa memberi penerangan tentang aktiviti demonstrasi dijalankan.

Sekiranya pelajar menunjukkan keraguan, guru hendaklah menerangkan

langkah itu sekali lagi.

Guru boleh menggunakan teknik menyoal untuk menarik perhatian murid.

Pastikan semua murid dapat melihat demonstrasi serta mendengar penerangan guru dengan jelas.

Jika masa mengizinkan, guru boleh meminta seorang murid membuat

demonstrasi sekali lagi untuk memperkukuhkan pemahaman tentang cara-cara melaksanakannya.

3. Selepas demonstrasi Bincangkan dengan murid tentang bahagian-bahagian demonstrasi yang

penting. Ini akan memastikan bahawa murid-murid telah memerhatikan

langkah-langkah demonstrasi yang telah ditunjukkan dengan betul.

Bincangkan dengan murid tujuan demonstrasi supaya mereka boleh membuat rumusan dengan tepat.

Aktiviti pengukuhan harus diadakan selepas demonstrasi. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti demonstrasi murid dengan mencontohi guru atau mencatat langkah-langkah demonstrasi dalm buku nota.Tujuan tunjuk cara atau demonstrasi :Penggunaan tunjuk cara atau demonstrasi sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran sesuatu topik pelajaran mempunyai beberapa tujuan tertentu seperti berikut:

Melalui demonstrasi, murid-murid dapat mencontohinya dengan lebih tepat

serta mudah untuk mereka laksanakannya sendiri.

Sesuatu demonstrasi yang baik akan mengukuhkan ingatan murid tentang

langkah-langkah untuk melaksanakannya.

Demonstrasi memudahkan pemahaman murid serta menimbulkan minat

mereka untuk belajar.

Melalui demonstrasi, murid mendapat latihan amali untuk membina kemahiran yang tepat dan kukuh.

Melalui demonstrasi murid, guru dapat membetulkan sebarang kesilapan yang berlaku. Dengan cara ini, mutu persembahan murid dapat dipertingkatkan.

Tujuan demonstrasi guru adalah untuk membina keyakinan murid supaya mereka dapat melaksanakan demonstrasi secara individu. Idea, prinsip atau konsep pelajaran dapat diilustrasikan dengan tunjuk cara. Penggunaan tunjuk cara sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran dapatmengurangkan masa pelajaran jika dibandingkan dengan kaedah cuba jaya.Langkah-langkah Pengajaran Melalui Tunjuk Cara atau demonstrasiPengajaran dengan menggunakan teknik tunjuk cara melibatkan beberapa langkah utama seperti perancangan, perlaksanaan, latihan dan penutup.

1. Perancangan penentuan topik dan objektif perancangan langkah-langkah demonstrasi persediaan alatan dan radas penyusunan tempat dan demonstrasi2. Perlaksanaan

Penerangan tujuan demonstrasi Pelaksanaan demonstrasi dengan guru sebagai model hidup Penggunaan alat / radas mengikut langkah-langkah yang disediakan Penggunaan kaedah menyoal untuk menarik perhatian

3. Latihan

Murid mencontohi guru melaksanakan aktiviti kemahiran Guru membetulkan kesilapan murid

4. Penutup

Perbincangan dengan murid tentang aktiviti yang telah dijalankan. Murid-murid membuat rumusa dan mencatat nota-nota yang berkaitan.

Jenis-jenis demonstrasi

Terdapat beberapa jenis-jenis demonstrasi, di antaranya adalah:Model hidup.

Model yang sebenar digunakan untuk melaksanakan demonstrasi. Model hidup ini

termasuk demonstrasi guru dan murid yang telah menguasai kemahiran untuk

mendemonstrasikan aktivit yang berkenaan. Model-model seperti ini akan menjadi

contoh untuk diikuti atau ditiru oleh murid-murid yang lain. Di antara contoh-contoh

model hidup ialah:

Tingkah laku guru yang baik, termasuk pertuturan yang bersopan santun

Demonstrasi guru dalam berbagai-bagai mata pelajaran seperti sains,

kemahiran hidup, pendidikan jasmani, dan pendidikan seni

Demonstrasi murid dalam kemahiran permainan alat muzik dan aksi dalamtarian atau permainan sukanModel simbolik.

Model ini adalah secara bertulis, bergambar atau arahan pengajar. Misalnya:

Semasa waktu pelajran pendidikan jasmani, guru memberi arahan langkah

demi langkah supaya murid-murid mencontohi dan melaksanakannya

Semasa waktu pelajaran sains rumahtangga, murid-murid mengikut

langkah-langkah yang dihuraikan dalam resipi untuk membuat kuih lapis

Semasa waktu pelajaran sains, murid-murid melakukan suatu ujikaji

berdasarkan langkah0langkah yang ditunjukkan dalam gambarajah

Model Persepsi.

Penggunaan video yang menayangkan sesuatu demonstrasi. Biasanya, sesuatu aktiviti kemahiran yang spesifik akan ditunjukkan, maka tingkah laku yang lain dan tidak diingini diketepikan. Misalnya:

Menunjukkan cara yang betul untuk menggerakkan tangan semasa berlari

100m dengan menunjukkan gerakkan tangan secara perlahan-lahan mengikut tayangan video. Menunjukkan sesuatu teknik pengajaran melalui pengajaran mikro. Dengan

model persepsi ini, guru-guru pelatih dapat mencontohi teknik pengajaran

yang mereka tonton.BERCERITABercerita merupakan satu aktiviti yang menarik perhatian kanak-kanak kerana melalui bercerita mereka dapat memahami sesuatu itu dengan lebih mendalam secara tidak langsung mengaktifkan daya imaginasi kanak-kanak untuk berfikir dengan lebih kreatif. Melalui teknik penceritaan kanak-kanak dapat belajar dalam suasana yang gembira dan ceria. Kanak-kanak akan lebih mudah faham apabila mereka belajar dalam keadaan mereka bersedia dan ceria kerana mereka akan lebih mudah faham dan ingat apa yang telah mereka pelajari. Hal ini kerana secaa lumrahnya manusia sentiasa mengingati perkara yang menyeronokkan berbanding perkara yang tidak memberi kesan apa-apa dalam diri mereka. Nilai-nilai murni juga dapat diterapkan dalam diri kanak-kanak kerana mereka akan mengingatinya.Guru merupakan pengganti ibu bapa disekolah. Guru haruslah memahami kehendak dan perilaku kanak-kanak supaya guru dapat mengajar dengan lebih efektif. Mereka mendidik dan mengajar kanak-kanak untuk membantu meningkatkan intelek,emosi,rohani dan jasmani mereka.Guru memainkan peranan yang penting dalam mendidik ke arah perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak berkembang melalui persekitaran mereka. Sepertimana Model Pengajaran Sim persekitaran dan tempat belajar haruslah selesa dan sesuai agar kanak-kanak dapat belajar dalam keadaan yang kondusif tanpa gangguan dan ini dapat membantu kanak-kanak tersebut berkembang dalam persekitaran yang sihat. Guru haruslah mampu menarik tumpuan kanak-kanak untuk belajar dengan kaedah pengajaran yang boleh menarik minat mereka. Salah satu kaedah yang boleh menarik minat kanak-kanak untuk merek menumpukan perhatian merka ialah melalui bercerita. Kanak mempunyai tahap ingin tahu yang tinggi dan mereka suka bertanya mengenai perkara-perkara yang baru sehingga mereka mendapatkan jawapan yang tepat mengenai satu-satu persoalan. Keberkesanan kaedah bercerita ialah melalui nada suara yang bersesuaian dengan watak yang diceritakan. Intonasi suara yang sesuai menjadikan kanak-kanak akn lebih terarik dan faham tentang suara yang diguanakan mengajar mereka tentang erti kebenaran yakni mereka akan dapat mengetahui suara ibu adalah begini dan suara ayah adalah garau. Nada suara hendaklah jelas dan lantang agar mereka dapat memahami dengan lebih jelas tentang apa yang hendak disampaikan. Nada suara juga haruslah disertakan dengan emosi yang sesuia agar apa yang disampaikan adalah betul dan difahami oleh mereka.Selain itu, melalui teknik penceritaan kemahiran bahasa dapat ditingkatkan dalam diri kanak-kanak. Guru haruslah menggunakan bahasa yakni struktur ayat dan kosa kata yang betul serta bersesuaian agar kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran bahasa mereka. Bahasa yang digunakan mestilah bersesuian dengan aras kanak-kanak kerana mengikut prinsip-prinsip pembelajaran guru hendaklah mengajar murid dari senang ke susah dan dari konkrit ke abstrak. Kepentingan bercerita ialah ianya harus memberi kesan kepada kanak-kanak dan kanak-kanak tersebut memahami dengan jelas objektif utama yang hendak disampaikan melalui penceritaan tersebut.

Memek muka memainkan peranan yang penting kerna memek muka membantu kanak-kanak untuk memahami dengan lebih jelas mengenai emosi yang hendak disampaikan oleh guru. Dengan itu murid akan lebih peka dengan apa yang hendak diampaikan oleh guru dan secara tidak langsung kanak-kanak dapat dikawal tingkahlaku mereka kerana mereka akan lebih menumpukan perhatian kepada mereka. Guru juga boleh menggunakan teknik ini agar dapat menarik minat kanak-kank untuk berkomunikasi dan menumpukan perhatian yang lebih kepada apa yang hendak disampaikan. Sekaliguskan ia dapat meningkatkan kosa kata murid-murid.Guru juga boleh mengplikasikan kemudahan IT yang ada dengan menggunakan Power Point. Visual dan audio yang dimasukkan dapat menarik minat murid-murid untuk melihat pada yang akan keluar pada muka surat yang selanjutnya.Pita rakaman juga masih juga dapat digunakan kerana kemagiran mendengar dapat ditingkatkan.Persembahan teater akan lebih berkesan kepada kanak-kanak kerana mereka dapat melihat sendiri tanpa perlu berimaginasi. Ianya dapat membantu kanak-kanak menghayati dan merasakan sendiri cerita tersebut. Syair, pantun dan gurindam juga dapat meningkatkan kemahiran mereka untuk menghayati dan meletakkan diri mereka dalam cerita tersebut. Guru memainkan peranan yang penting dalam teknik pengajaran bercerita agar murid dapat memahami maksud yang hendak disampaikan dengan jelas dan terkesan dalam diri mereka. Sebagai contoh nilai-nialai murni dalam cerita itu dapat memberikan pengajaran kepada pembentukkan peribadi diri mereka. Guru merupakan model kepada mereka dalam membentuk perwatakan mereka dimasa hadapan. Melalui penekanakan kepada aspek intonasi suara, memek muka dan gaya penceritaan serta alatan dan gaya penyampaian teknik ini dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh guru. http://www.virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=43458Kelebihan teknik bercerita Sebagai suatu teknik dalam pembelajaran, bercerita bermanfaat bagi murid-murid dalam memperkembangkan aspek kognitif, afektif mahupun psikomotor. Hal ini demikian kerana melalui cerita, murid-murid boleh mendapatkan maklumat tentang fakta, konsep mahupun pengetahuan yang digabungjalinkan dalam sesuatu kisah. Cerita juga menampilkan model-model tingkahlaku yang ditunjukkan oleh para pemegang watak atau tokoh dalam cerita. Murid-murid sebagai pendengar cerita, biasanya juga terlibat secara emosional ketika mendengar atau membaca cerita. Dengan hal yang demikian, maka baik aspek kognitif, afektif maupun psikomotor murid-murid dapat dibantu perkembangannya melalui bercerita.Sebagai suatu teknik dalam pembelajaran juga, bercerita memiliki beberapa kelebihan jika dibandingkan dengan teknik-teknik yang lain.Pertama, melalui penyampaian cerita, guru dapat membina satu suasana yang menyenangkan dan mengasyikkan. Hal ini demikian kerana cerita merupakan bentuk dari seni sastera yang memiliki keindahan dan kenikmatan, lebih-lebih lagi jika jalan cerita yang disampaikan mempunyai hubungkait dengan lingkungan kehidupan murid-murid.Kedua, cerita yang sarat dengan nilai-nilai murni, mampu menanamkan sikap jujur, berani, setia, ramah dan sikap positif lainnya yang berguna dalam pembentukan budi pekerti atau keperibadian murid-murid.Ketiga, melalui teknik bercerita, murid-murid dapat mengenali fakta-fakta alam sekitar mahupun pengetahuan sosial yang berguna bagi perkembangan kognitif mereka.Keempat, terdapat banyak aspek yang boleh dipelajari oleh murid-murid dalam satu-satu masa. Penggabungjalinan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, menulis dan membaca yang berlaku ketika murid-murid mendengar atau membaca cerita dapat membantu mereka menajamkan lagi kemahiran-kemahiran yang terlibat.Selepas sesi bercerita, sesi perbincangan pula perlu dijalankan untuk menguji kefahaman pelajar tentang cerita yang disampaikan, perbincangan hendaklah merangkumi: Pengajaran dan nilai murni daripada cerita yang disampaikan.

Latihan tatabahasa.

Merumuskan isi-isi penting dalam cerita