Per Banding An

download Per Banding An

of 12

description

mte

Transcript of Per Banding An

Sekiranya saya memutuskan untuk mengambil pakej prabayar yang ditawarkan oleh Syarikat Komunikasi Digi, saya mempunyai 3 pakej yang sesuai diambil, iaitu Digi Easy Prepaid, Digi Best Prepaid, dan Digi Prepaid Smart Plan. Setiap hari saya menganggap bahawa saya akan membuat panggilan selama 10 minit dan menghantar 10 SMS sehari. Plan data yang saya ingin gunakan adalah tidak kurang daripada 1GB. Berikut adalah anggaran perbelanjaan harian yang saya buat.Panggilan (10 minit sehari)SMS (10 SMS sehari)

Nombor Digi38

2 selalu berhubung 1 jarang berhubung 5 selalu SMS 3 jarang SMS

Nombor bukan Digi1 (selalu berhubung)2 1 jarang SMS 1 selalu SMS

Dalam 10 minit panggilan, terdapat 4 orang yang akan saya hubungi. Secara purata, setiap orang akan saya hubungi selama 2 minit 30 saat.

1. Digi Easy Prepaid Bagi pakej Digi Easy Prepaid, harganya ialah RM16.80. Dalam pakej ini, terdapat 3 buddyz yang boleh mendapat panggilan dan SMS secara percuma. Jadi, saya boleh menjadikan 2 nombor Digi yang selalu dibuat panggilan dan 1 nombor Digi yang selalu SMS sebagai buddyz. Bagi plan data, memandangkan plan data yang saya perlu adalah tidak kurang daripada 1GB. Jadi, saya telah bercadang untuk memilih 1GB RM30 sebulan. Anggaran perbelanjaan adalah seperti berikut:Anggaran harian(RM)Anggaran Bulanan(RM)

Panggilan suara

2 nombor Digi Buddyz0.000.00

1 nombor Digi Non-Buddyz30 sen seminit2 minit 30 saat= (30+30+15)sen=75sen=0.7522.50

1 nombor bukan Digi30 sen seminit2 minit 30 saat= (30+30+15)sen=75sen=0.7522.50

45.00

SMS

1 nombor Digi Buddyz0.000.00

7 nombor Digi Non-Buddyz8 sen setiap SMS7 8 sen = 56 sen= 0.5616.80

2 nombor bukan Digi8 sen setiap SMS2 8 sen = 16 sen= 0.164.80

21.60

Plan data

1 GB30

Jumlah Anggaran Perbelanjaan BulanRM96.60

Melalui anggaran perbelanjaan bulanan saya, saya mendapati bahawa setiap bulan saya perlu menambah nilai tidak kurang daripada RM100 untuk memenuhi keperluan saya. Bukan itu sahaja, saya juga perlu membayar selama RM16.80 untuk membeli pakej ini pada kali pertama saya memulakan pakej ini. Jadi, duit yang perlu saya bayar untuk kali pertama ialah RM116.80.2. Digi Best PrepaidDigi Best Prepaid berharga RM10.80. Dalam pakej ini, saya ditawarkan dengan Friend and Family yang merupakan satu tawaran yang membolehkan saya untuk berhubung dengan orang yang saya selalu hubungi dengan harga yang murah. Saya boleh menjadikan 11 nombor Digi dan 4 nombor bukan Digi yang selalu saya hubungi sebagai Friend and Family dan seterusnya mendapatkan bayaran yang murah setiap kali berhubung dengan mereka.Dalam kontek ini, saya bercadang untuk menjadikan 2 nombor Digi, 1 nombor bukan Digi yang selalu membuat panggilan dan 5 nombor Digi yang selalu SMS dan 1 nombor bukan Digi yang selalu SMS menjadi Friend and Family saya. Berikut adalah anggaran perbelanjaan saya. Pakej yang ditawarkan tidak merangkumi plan data. Jadi, untuk mendapatkan plan data, saya perlu menambah pakej Prepaid Mobile Internet. Plan data yang saya akan pilih melalui pakej Prepaid Mobile Internet ialah RM30 1GB sebulan.

Digi Best Prepaid

Anggaran harian(RM)Anggaran Bulanan(RM)

Panggilan suara

2 nombor Digi FnF6 sen 10 saat pertama12 sen 2 minit seterusnya12 sen setiap minit

10 saat pertama 6sen2 minit seterusnya 12sen20 saat berikutnya- 6senJumlah = 24 sen2 nombor = 24sen 2 =48 = 0.4814.40

1 nombor Digi biasa6 sen 10 saat pertama20 sen 2 minit seterusnya20 sen setiap minit

10 saat pertama 6sen2 minit seterusnya 20sen20 saat berikutnya- 10senJumlah = 36 sen = 0.36

10.80

1 nombor bukan Digi FnF6 sen 10 saat pertama12 sen 2 minit seterusnya12 sen setiap minit

10 saat pertama 6sen2 minit seterusnya 12sen20 saat berikutnya- 6senJumlah = 24 sen = 0.247.2

32.40

SMS

5 nombor Digi FnF1 sen setiap SMS1 sen 5 nombor= 5 sen= 0.051.50

3 nombor Digi biasa8 sen setiap SMS8 sen 3 nombor= 24 sen= 0.247.20

1 nombor bukan Digi FnF6 sen setiap SMS6 sen 1 nombor= 6sen= 0.06 sen1.80

1 nombor bukan Digi8 sen setiap SMS8 sen 1 nombor= 8sen= 0.08 sen2.40

12.90

Plan data

1 GB 30.00

Jumlah Anggaran Perbelanjaan BulananRM 75.30

Melalui anggaran perbelanjaan bulanan yang telah saya anggar, saya mendapati bahawa setiap bulan saya perlu menambah nilai sekurang-kurangnya RM80.00 untuk memenuhi semua keperluan saya. Bagi kali pertama saya memulakan pakej ini, saya perlu membayar sebanyak RM10.80. Jadi, wang yang perlu saya bayar untuk kali pertama adalah RM90.80.3. Digi Prepaid Smart PlanDigi Prepaid Smart Plan yang merupakan satu pakej prabayar yang berharga RM25. Dalam pakej ini, saya akan mendapat sebanyak 20 minit panggilan suara, 20 SMS, dan 300MB plan data setiap kali saya menambah nilai sebanyak RM10. Memandangkan saya perlu membuat panggilan sebanyak 10 minit, menghantar 10 SMS sehari, dan melanggan plan data 1GB sebulan. Jadi, setiap bulan saya perlu membuat panggilan sebanyak 300 minit (10 minit sehari 30 hari), dan 300 SMS(10 SMS sehari 30 hari). Dalam pakej ini, saya mendapati maklumat berikut:RM50100 minit panggilan100 SMS2 GB

RM100200 minit panggilan200 SMS4GB

Dari sini didapati bahawa sekiranya saya ingin mendapatkan panggilan 300 minit dan 300 SMS sebulan, saya perlu membuat bayaran sebanyak RM150. Tambahan pula, pada kali pertama saya perlu membayar RM25 untuk membayar pakej ini. Jadi, wang yang perlu saya kali pertama adalah RM175.Setelah membuat anggaran perbelanjaan bulanan melalui ketiga-tiga pakej ini, berikut adalah rumusan tentang anggaran perbelanjaan bulan bagi ketiga-tiga pakej ini yang memenuhi kehendak saya. Pakej AnggaranDigi Easy PrepaidDigi Best PrepaidDigi Prepaid Smart Plan

Kali pertama(RM)116.8090.80175

Bulan seterusnya(RM)100.0080.00150.00

Graf Harga Panggilan Bulanan (RM)Daripada graf yang dipaparkan di atas, dapat dilihat dengan jelas bahawa dalam keadaan membuat panggilan 10 minit sehari kepada 4 nombor Digi dan nombor bukan Digi (seperti yang disenaraikan di jadual ), Digi Best Prepaid memerlukan kos yang paling minimum untuk memenuhi keperluan yang ditetapkan dan diikuti dengan Digi Easy Prepaid. Namun, Digi Prepaid Smart Plan memerlukan kos yang paling maximum untuk membuat panggilan sebanyak 300 minit sebulan. Hal ini demikian, kerana Digi Best Prepaid menawarkan kos panggilan yang lebih murah jika pelanggan menjadikan nombor Digi atau nombor bukan Digi rakan mereka yang selalu dihubungi sebagi Friend and Family. Digi Easy Prepaid juga telah menawarkan panggilan percuma kepada nombor Digi yang telah didaftarkan Buddyz. Jadi, kos panggilannya juga agak rendah. Sebaliknyanya, Digi Prepaid Smart Plan yang menawarkan 20 minit panggilan setiap kali menambah nilai RM10, memerlukan kos maxima untuk memenuhi keperluan saya. Graf Kos SMS Sebulan (RM)Melalui graf ini, didapati bahawa Digi Best Prepaid memerlukan kos yang minima untuk menghantar SMS sebulan kepada nombor Digi dan nombor bukan Digi dalam situasi yang sama. Hal ini demikian, kerana Digi Best Prepaid menawarkan 15 Friend and Family kepada pelanggan dan ini telah membolehkan pelanggan untuk menghantar SMS kepada orang yang selalu SMS sama ada nombor Digi atau nombor bukan Digi dengan kos yang lebih murah. Walaupun Digi Easy Prepaid juga menawarkan 3 Buddyz yang membolehkan pelanggan untuk membuat panggilan dan SMS kepada tiga orang rakan yang kerap berhubung secara percuma, namun bilangannya adalah terhad kepada 3 orang yang bernombor Digi. Jadi, ia memerlukan kos yang lebih banyak berbanding dengan Digi Best Prepaid. Digi Prepaid Smart Plan yang hanya dapat menghantar 20 SMS setiap kali menambah nilai RM10 memerlukan kos yang maxima untuk memenuhi keperluan saya.

Graf Kos (RM) Panggilan, SMS dan Plan DataDi sini dapat diperolehi bahawa Digi Best Prepaid memerlukan kos yang paling minima untuk memenuhi perbelanjaan bulanan berbanding dengan Digi Easy Prepaid dan Digi Prepaid Smart Plan. Melalui perbandingan antara ketiga-tiga pakej ini, saya membuat keputusan untuk menjadikan Digi Best Prepaid sebagai pilihan utama saya. hal ini kerana Digi Best Prepaid memerlukan harga yang paling minimum untuk memenuhi kehendak saya. Digi Best Prepaid menawarkan Friend and Family (FnF) yang membolehkan saya berhubung dengan 15 kawan saya yang mempunyai nombor yang berbeza Syarikat Komunikasi dengan harga yang minimum. FnF telah membolehkan saya untuk memilih 11 orang rakan saya yang mempunyai nombor Digi dan 4 orang rakan yang nombor bukan Digi yang selalu dihubungi dengan harga yang minimum.