Peranan Agensi Kerajaan Sebagai Agen Pembinaan Perdamaian Terhadap Masyarakat di Malaysia

download Peranan Agensi Kerajaan Sebagai Agen Pembinaan Perdamaian Terhadap Masyarakat di Malaysia

of 4

Transcript of Peranan Agensi Kerajaan Sebagai Agen Pembinaan Perdamaian Terhadap Masyarakat di Malaysia

  • 7/30/2019 Peranan Agensi Kerajaan Sebagai Agen Pembinaan Perdamaian Terhadap Masyarakat di Malaysia

    1/4

    Peranan Agensi Kerajaan Sebagai Agen Pembinaan Perdamaian

    Terhadap Masyarakat Majmuk di Malaysia:

    Satu Pendekatan Pengurusan Strategikke atas Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

    1.0PengenalanDunia kini telah mencapai abad ke 21, tetapi konflik masih berlangsung sama ada ia

    melibatkan konflik antara negara mahupun di dalam negara. Oleh yang demikian, usaha-usaha

    seperti pencegahan dan penyelesaian konflik serta pembinaan perdamaian diperlukan bagimentranformasikan keadaan yang negatif kepada keadaan yang positif. Keadaan yang negatif

    adalah seperti perang saudara, konflik pemisah, pergaduhan etnik atau konflik kepentingan

    manakala keadaan positif melibatkan situasi dan suasana yang aman, tenteram serta semuaanggota masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang harmoni. Malaysia juga tidak terkecuali

    dalam menghadapi masalah ini terutamanya konflik yang melibatkan etnik.

    Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk yang

    mengamalkan agama, budaya dan cara hidup tersendiri. Hal ini terjadi ketika Malaysia dikuasai

    oleh kuasa asing khususnya British. Malaysia yang pada ketika itu dinamakan sebagai TanahMelayu telah dijajah oleh kuasa asing seperti British disebabkan Tanah Melayu kaya dengan hasil

    Bumi seperti bijih timah dan kawasan tanah yang subur serta sesuai untuk aktiviti pertanian

    secara komersil. Keadaan ini menyebabkan pihak British menjadikan Tanah Melayu sebagaisumber pendapatan negara yang utama. Bagi merancakkan pertumbuhan dan pembangunan

    ekonomi di Tanah Melayu maka pihak British telah melaksanakan sistem pertanian yang bersifat

    komersil dan melibatkan pembukaan tanah-tanah pertanian dan lombong bijih timah secara besar-

    besaran. Oleh yang demikian, British telah membawa masuk buruh-buruh asing terutamanya darinegara-negara seperti China dan India untuk memastikan aktiviti berskala besar ini dapat

    dilakukan dengan menyeluruh.

    Segala aktiviti ekonomi ini adalah berdasarkan daripada dasar pecah dan perintah yang

    diamalkan oleh British. Dasar ini dicipta adalah untuk mengelakan daripada berlakunyapenyatuan antara etnik yang berkemungkinan boleh membawa kepada kemunculan pergerakan

    penentangan terhadap penjajah. Di samping itu, British mahu mengekalkan Orang Melayu yang

    dianggap sebagai peribumi dalam sektor pertanian berasaskan makanan bagi mengelakan

    berlakunya krisis bekalan makanan. Justeru, tindakan British membawa masuk buruh asingadalah bertujuan menghalang Orang Melayu daripada meninggalkan aktiviti pertanian berasaskan

    makanan. Dasar yang diamalkan ini ternyata hanya memberi kelebihan kepada pihak British

    semata-mata. Hal ini disebabkan tiga etnik utama di Tanah Melayu ketika itu telah dipisahkanberdasarkan aktiviti ekonomi yang tertentu.

    Orang Melayu sebagai peribumi di Tanah Melayu telah dikekalkan peranan mereka dalamsektor pertanian tradisional berasaskan makanan yang telah diamalkan sejak dahulu lagi, Orang

    Cina telah ditempatkan di Bandar dan pecan bagi melaksanakan aktiviti perlombongan bijih

    timah serta aktiviti perniagaan. Manakala Orang India pula telah ditempatkan kawasan-kawasan

    pertanian yang dibuka untuk tujuan komersil seperti estet dan ladang kepunyaan British.

  • 7/30/2019 Peranan Agensi Kerajaan Sebagai Agen Pembinaan Perdamaian Terhadap Masyarakat di Malaysia

    2/4

    Penempatan dan aktitiviti yang berbeza antara setiap etnik di Tanah Melayu pada ketika itu telah

    mengakibatkan kurangnya perhubungan dan interaksi serta komunikasi antara etnik. Hasilnya,

    keadaan ini telah mewujudkan berlakunya perasaan syak wasangka antara etnik dan melahirkanpersepsi negatif yang menjarakkan lagi jurang perpaduan antara etnik dan ia menjadi permulaan

    bagi konflik yang berlaku. Walaupun perpaduan antara etnik menjadi agenda utama dan prasyarat

    oleh British untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu, namun akibat daripada dasaryang diamalkan oleh British tersebut telah menyebabkan perpaduan antara etnik menjadi rapuh.

    Akhirnya pada 13 Mei 1969 iaitu selepas 12 tahun Tanah Melayu mengecapi

    kemerdekaan, maka telah berlakunya peristiwa hitam dalam sejarah tanah air apabila tercetusnya

    konflik antara etnik di dalam negara. Walaupun pada ketika itu Tanah Melayu telah bebasdaripada belenggu penjajahan dan ditukarkan nama kepada Malaysia hasil penggabungan antara

    Sabah, Sarawak dan Singapura, namun api perkauman masih tidak boleh dipadamkan. Keadaan

    dalam negara berada dalam huru-hura dan tragedi ini telah memaksa kerajaan mengisytiharkan

    darurat. Kesan daripada tragedi yang berlaku ini menyebabkan kerajaan mulai sedar bahawakerapuhan perpaduan antara masyarakat telah mempengaruhi kerapuhan ekonomi dan keamanan

    negara.

    Latar Belakang Kajian

    Walaupun tragedi 13 Mei dianggap sebagai kemuncak konflik etnik yang berlaku dalam

    negara, namun sebelum ini terdapat beberapa konflik etnik yang telah berlaku seperti yang

    berlaku di Batu Pahat (1945/6), Batu Malim, Raub (1946), Batu Kikir (1946), Pulau Pinang(Januari 1958), Pangkor (Mei 1959) dan Bukit Mertajam (1967)1. Oleh yang demikian, kerajaan

    telah melihat konflik etnik sebagai suatu perkara yang perlu diberi perhatian dan dipandang serius

    kerana ia mampu memberi kesan kepada kestabilan politik, ekonomi dan keharmonian negara.

    Maka kesinambungan daripada tragedi 13 Mei, kerajaan telah menubuhkan Majlis GerakanNegara (Mageran) untuk mengkaji dan mencari penyelesaian bagi menangani isu-isu yang boleh

    mencetuskan konflik antara kaum di Malaysia.

    Hasil daripada inisiatif Mageran, maka kerajaan telah mewujudkan Jabatan Perpaduan

    Negara (JPN) yang diletakkan di bawah pemantauan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam usahauntuk membina semula perpaduan antara etnik di Malaysia dan menangani isu-isu konflik antara

    etnik yang timbul. Di samping itu, Mageran juga telah memwujudkan suatu ideologi yang boleh

    dikongsi bersama oleh setiap etnik di Malaysia di bawah prinsip Rukun Negara bagi mengubah

    minda setiap anggota masyarakat agar mempunyai prinsip falsafah kenegaraan yang sama tanpamengira perbezaan etnik. Sungguhpun terdapat usaha daripada pihak kerajaan dalam menangani

    isu ini, namun perpaduan antara kaum di Malaysia terutamanya antara Melayu dan Cina masih

    berada dalam keadaan yang tidak kukuh.

    Usaha-usaha untuk membentuk perpaduan dan membina perdamaian antara etnik di

    Malaysia perlu diteruskan dan dilestarikan disebabkan konflik etnik akan tercetus pada bila-bilamasa jika ia tidak dipantau dengan serius. Buktinya telah berlaku beberapa konflik etnik seperti

    di Kampung Rawa (1998) dan Kampung Medan (2001) walaupun pada sebelum ini kerajaan

    1Syed Husin.Ethnic Relations in Malaysia, Harmony & Conflict.Strategic Information and Research Development

    Centre. 2008. H 87. 2008.

  • 7/30/2019 Peranan Agensi Kerajaan Sebagai Agen Pembinaan Perdamaian Terhadap Masyarakat di Malaysia

    3/4

    telah berusaha dari segi penggubalan dasarnya seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar

    Pembangunan Nasional (DPN), penciptaan lagu Negaraku dan sebagainya dalam usaha membina

    perdamaian antara etnik di Malaysia2. Fenomena ini menjelaskan bahawa keadaan perhubungan

    antara etnik di Malaysia mempunyai pasang surutnya dari segi keharmoian, kestabilan dan

    kemakmuran. Fenomena ini juga diistilahkan sebagai stable-tension merujuk kepada keadaan

    perhubungan antara masyarakat masih lagi rapuh walaupun telah lebih separuh abad mengecapikemerdekaan3.

    Istilah di atas menunjukkan perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia terdedah kepada

    konflik pada bila-bila masa terutamanya konflik yang berasaskan etnik. Hal ini didorong oleh

    faktor-faktor seperti perbezaan dari segi agama, budaya dan cara hidup masyarakat majmuk diMalaysia yang pelbagai serta berbeza. Di samping itu, persepsi yang lebih bersifat negatif telah

    lama terbentuk di kalangan etnik di negara ini kerana ia diwarisi dari generasi ke geneasi yang

    lain. Oleh sebab itu, etnik atau perkauman sering kali dikaitkan dengan terma yang bersifat

    negatif dan menjadi batas pemisah di antara masyarkat majmuk di Malaysia. Jurang pemisahyang tercipta ini akan mendorong kepada berlakunya konflik etnik dan pertumbuhan darah tidak

    mustahil akan terjadi4.

    Ketegangan yang berlaku akibat terdapatnya jurang pemisah antara kaum akan membawa

    kepada konflik etnik yang boleh menyebabkan berlaku pertumpahan darah5. Boleh dikatakan

    bahawa sentimen etnik berlangsung dalam keadaan yang agak ketara di negara ini walaupun adausaha yang dijalankan oleh pelbagai pihak termasuk kerajaan untuk mengurangkannya6.

    Walaupun Malaysia dilihat sebagai negara yang mempunyai perhubungan etnik yang mudah

    rapuh, namun Malaysia masih lagi mampu untuk menjadi role model sebagai sebuah negara yang

    menjalankan urus tadbir hubungan etnik dengan baik.7. Usaha-usaha telah dijalankan oleh pihak

    pemerintah menguruskan masyarakat dengan memperkenalkan pelbagai polisi seperti Rukun

    Negara, Dasar Ekonomi Baru, pemerintahan demokrasi dan perlembagaan, kedaulatan undang-

    undang, polisi pendidikan, polisi kebudayaan, pemupukan nilai-nilai murni dan perhubungan

    antara kaum8

    . Semua usaha yang dilaksanakan oleh pihak pemerintah menjurus kepadapemupukan perpaduan antara masyarakat yang sering berhadapan dengan pelbagai cabaran getir

    terutama risiko berkonflik9. Namun, keharmonian dan konflik yang wujud dalam sesebuah

    masyarakat bergantung kepada pengurusan yang dilaksanakan oleh pihak pemerintah sama ada ia

    berjaya dilaksanakan atau sebaliknya.

    2Konflik-konflik yang melibatkan pertembungan etnik di Malaysia seperti 13 Mei 1969, peristiwa Kampung Rawa

    1998 dan peristiwa Kampung Medan 2001. Bacaan lanjut lihat Mansor Noor (2005), & Syed Husin Ali (2008).3

    Shamsul A.B, TheConstruction and Management of Pluralism: Sharing the Malaysian Experience, ICIP Journal 2(1). 2005.4

    Shamsul Amri Baharuddin. Masyarakat Malaysia yang Membangun, Konflik Perkauman yang Semakin Tajam:

    Konflik Kaum atau Sengketa Kelas. 1990.5Mansor Mohd Noor et al,Hubungan Etnik di Malaysia,Prentice Hall Pearson. 2006.

    6Syed Husin. Op. cit.,

    7Azeem & Zaini, lihat dalam Fatimah Yassin, op. cit.,

    8Lihat Zaharah Hassan, Bahaman Abu Samah & Abu Daud Silong dalam Readings on Ethnic Relations in a

    Multicultural Society, Perspectives and Research on National Unity and Integration. H 126. 9

    Ibid.,

  • 7/30/2019 Peranan Agensi Kerajaan Sebagai Agen Pembinaan Perdamaian Terhadap Masyarakat di Malaysia

    4/4