Peranan Guru Pendidikan Moral

17
PENGHARGAAN Syukur diatas rahmat yang dianugerahkan Allah S.W.T , akhirnya kami berjaya menyiapkan tugasan ini di dalam masa yang ditetapkan. Jutaan ucapan terima kasih kami tujukan kepada pensyarah pembimbing kami Pn Halidah bt Mohd Jedi kerana tunjuk ajar dan bimbingan mereka terhadap kami untuk menyiapkan tugasan ini.Penerangan tentang cara penulisan tugasan dan cara membuat video yang diberikan banyak membantu kami menghasilkan tugasan mengikut format yang di beri. Kami berasa amat gembira kerana dapat menyiapkan tugasan ini bersama-sama dengan rakan-rakan sekumpulan. Di dalam kesibukan tugas kami mampu untuk menyudahkannya pada masa yang ditetapkan. Dalam menyiapkan tugasan ini kami telah berbincang dan membuat pengagihan tugas . Selain dari itu sokongan dan bantuan rakan sekerja yang menyumbangkan idea dan memberi pinjam buku-buku sebagai rujukan amatlah membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada ahli keluarga kami yang banyak memberikan dorongan dan nasihat agar kami melakukan yang terbaik untuk tugasan ini.Tanpa dorongan ahli keluarga yang memberi semangat ,tugasan ini pasti lebih sukar untuk disiapkan . Akhir sekali, kami ingin mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses penyediaan kerja kursus ini.Semoga anda semua dirahmati Allah.

description

ELM3033

Transcript of Peranan Guru Pendidikan Moral

Page 1: Peranan Guru Pendidikan Moral

PENGHARGAAN

Syukur diatas rahmat yang dianugerahkan Allah S.W.T , akhirnya kami berjaya

menyiapkan tugasan ini di dalam masa yang ditetapkan.

Jutaan ucapan terima kasih kami tujukan kepada pensyarah pembimbing kami

Pn Halidah bt Mohd Jedi kerana tunjuk ajar dan bimbingan mereka terhadap kami untuk

menyiapkan tugasan ini.Penerangan tentang cara penulisan tugasan dan cara

membuat video yang diberikan banyak membantu kami menghasilkan tugasan

mengikut format yang di beri.

Kami berasa amat gembira kerana dapat menyiapkan tugasan ini bersama-

sama dengan rakan-rakan sekumpulan. Di dalam kesibukan tugas kami mampu untuk

menyudahkannya pada masa yang ditetapkan. Dalam menyiapkan tugasan ini kami

telah berbincang dan membuat pengagihan tugas .

Selain dari itu sokongan dan bantuan rakan sekerja yang menyumbangkan idea

dan memberi pinjam buku-buku sebagai rujukan amatlah membantu kami dalam

menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada ahli keluarga kami yang banyak memberikan dorongan

dan nasihat agar kami melakukan yang terbaik untuk tugasan ini.Tanpa dorongan ahli

keluarga yang memberi semangat ,tugasan ini pasti lebih sukar untuk disiapkan .

Akhir sekali, kami ingin mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua yang

terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses penyediaan kerja

kursus ini.Semoga anda semua dirahmati Allah.

Sekian terima kasih

Page 2: Peranan Guru Pendidikan Moral

Isi kandungan

Bil Perkara Muka surat

Halaman Pengakuan i

Penghargaan iiIsi kandungan iii

1.0 Pengenalan

Peranan dan tanggungjawab guru Pendidikan Moral

dalam Merealisasikan Aspirasi Negara

2.0 Peranan Guru Pendidikan Moral Terhadap

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

3.0 Peranan Guru Pendidikan Moral Terhadap Wawasan 2020

4.0 Peranan Guru Pendidikan Moral Terhadap Rukun Negara

5.0 Peranan Guru Pendidikan Moral Terhadap Kod Etika Perguruan

6.0 Rujukan

6.1 Rujukan Buku

6.2 Rujukan Internet

8.0 Rekod Kolaborasi

Page 3: Peranan Guru Pendidikan Moral

1.0 Pengenalan

Page 4: Peranan Guru Pendidikan Moral

2.0 Peranan guru Pendidikan Moral Terhadap Wawasan 2020

Sebagai seorang guru pendidikan moral di sekolah, terhadap tanggung jawab

yang perlu digalas dan direalisasikan seperti merealisasikan wawasan 2020. Wawasan

2020 adalah satu visi Negara yang dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dato’

Seri Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1991. Tujuan visi ini adalah menjadikan Negara

yang maju dan beretika. Terdapat sembilan cabaran yang perlu diikuti dan dijadikan

landasan dalam mencapai wawasan 2020.

Cabaran pertama ialah mewujudkan Negara Malaysia yang bersatu yang

mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Guru perlu sentiasa menerapkan ke

dalam diri anak murid agar bersatu padu sesama kaum dan tidak berpecahbelah.

Cabaran kedua ialah guru pendidikan moral perlu memastikan murid-murid

mempunyai jiwa yang bebas, tenteram dan maju. Guru perlu menerapkan keyakinan

diri murid-murid bagi meningkatkan jati diri, yakin terhadap diri sendiri, dan mempunyai

visi dalam mencapai kejayaan terhadap pelajaran yang mereka pelajari di sekolah.

Cabaran ketiga ialah guru perlu menerapkan perasaan cinta terhadap Negara

dan kerajaan yang sedang memimpin Negara. Taat setia dan sentiasa mengaalkan

demokrasi yang matang iaitu tidak melakukan perkara-perkara yang menyalahi dan

mengancam keselamatan Negara.

Cabaran keempat ialah mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika

dan mengamalkan agama yang kukuh. Guru pendidikan moral perlu memastikan dan

menerapkan murid-murid sentiasa hormat menghormati antara satu sama lain dan

bertolak ansur dalam pergaulan seharian. Tidak menyingggung perasaan sesame

rakan, menghormati ibu bapa dan guru.

Cabaran yang kelima ialah mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur

dalam konteks rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan

Page 5: Peranan Guru Pendidikan Moral

dan kepercayaan agama tetapi setia pada Negara. Guru pendidikan moral perlu

memastikan murid-murid faham agar tidak terjebak dan melakukan sesuatu yang tidak

sewajarnya. Mengikuti peraturan sekolah dan belajar dengan bersungguh-sungguh

terhadap pembelajaran seharian.

Cabaran yang keenam ialah mewujudkan masyarakat yang saintifik dan

progresif, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi malah menjadi penyumbang

kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. Guru pendidikan moral perlu

menerapkan kemahiran teknologi maklumat kepada murid-murid. Murid perlu dididik

agar minat dan celik kepada teknolgi maklumat.

Cabaran ketujuh ialah mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya

menyayang iaitu sistem social yang member keutamaan kepada kepentingan

masyarakat daripada diri sendiri. Murid-murid perlu diterapkan tentang sifat kasih

sayang terhadap diri sendiri, rakan-rakan, guru-guru, ibu bapa, Negara.

Cabaran kelapan ialah mewujudkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi

iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan Negara secara adil dan

saksama. Murid-murid perlu diterapkan sifat yang baik, tidak tamak dan mementingkan

diri sendiri. Bumi Malaysia adalah sangat luas dan tidak perlu berebut-rebut dalam

mencapainya. Hasil bumi Malaysia perlu diagihkan secara adil dan saksama.

Cabaran kesembilan ialah mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai

ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental. Murid-murid perlu diterapkan sifat yang

sentiasa bersaing secara sihat sewaktu disekolah. Guru pendidikan perlu menerangkan

dengan jelas dengan menggunakan segala alatan bahan bantu mengajar yang

memungkinkan kepada pencapaian objektif.

Kesembilan cabaran di atas perlu dijadikan panduan oleh kesemua guru

pendidikan moral bagi memastikan kepada pencapaian wawasan 2020. Guru perlu

menggunakan segala bahan yang bersesuaian sehingga kepada pencapaian objektif.

Page 6: Peranan Guru Pendidikan Moral

3.0 Peranan dan Tanggungjawab Guru Pendidikan Moral Terhadap Rukun

Negara

Pendidikan merupakan medium yang mampu merealisasikan aspirasi

Negara.Perkembangan pendidikan perlu seiring dengan era globalisasi masa kini.Oleh

yang demikian peranan guru amat besar dan mencabar.Untuk membentuk dan

membina modal insan yang dihasratkan maka guru memainkan peranan yang penting

serta memikul tanggungjawab yang berat.Guru pendidikan Moral memainkan peranan

penting kerana mereka mengajar nilai murni dan nilai patriotik di sekolah.

Guru Pendidikan Moral perlu menekankan prinsip Rukun Negara dalam

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.Prinsip Rukun Negara yang pertama

ialah Kepercayaan kepada Tuhan.Dari segi kerohanian, guru pendidikan Moral perlu

membina kekuatan dalaman murid dan meningkatkan kepercayaan murid-murid kepada

Tuhan dan agama. Penekanan dari segi agama hendaklah menjadi perkara utama

dalam diri indiviu seorangi guru.Apabila kerohanian dalam jiwa murid-murid telah

mantap maka akan terbentuk akal yang sihat, jasmani yang cergas serta akhlak yang

terpuji.

Kesetiaan kepada raja dan Negara bermaksud bahawa setiap warganegara

hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka

Baginda Yang DiPertuan Agong. Rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada

raja yang memerintah Negara tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat

setia kepada Yang DiPertuan Agong. Oleh itu, guru perlu menyampaikan ilmu dan

membimbing murid membuat peta minda tentang peranan dan fungsi raja dalam

pemerintahan Negara supaya murid-murid dapat mengenali dan menghormati raja.

Prinsip ketiga ialah keluhuran perlembagaan.Guru pendidikan Moral perlu

menjelaskan kepada murid-murid maksud perlembagaan iaitu undang-undang

sesebuah kerajaan.Guru Pendidikan Moral perlu menegaskan kepentingan hidup

bersatu padu antara pelbagai kaum agar kita dapat hidup dalam aman dan

harmoni.Bahasa Melayu boleh digunakan dalam usaha merapatkan hubungan antara

murid pelbagai kaum dalam bilk darjah.

Page 7: Peranan Guru Pendidikan Moral

Prinsip ke empat pula ialah Kedaulatan Undang-undang yang bermaksud setiap

rakyat sama taraf disisi undang-undang.Untuk itu Guru pendidikan Moral boleh

menggalakkan murid-murid mengikuti peraturan dan disiplin sekolah.Guru perlu

meningkatkan pengetahuan tentang teknik dan pengajaran yang pelbagai supaya

pengajaran tidak membosankan dan menarik perhatian murid untuk ke sekolah di

samping itu dapat mengelakkan masalah ponteng sekolah.

Prinsip kelima ialah Kesopanan dan Kesusilaan.Guru menjadi role model dan

sentiasa menjadi perhatian. Oleh itu guru seharusnya mengajar adab, budi pekerti serta

nilai-nilai yang baik dan mengamalkannya.Penerapan adab, budi pekerti boleh di

lakukan melalui aktiviti main peranan. Contohnya cara dan adab-adab menghormati

orang yang lebih tua, cara meminta maaf dan sebagainya.

Setiap prinsip dalam Rukun Negara menjadi panduan cara hidup kita semua

yang berkaitan dengan nilai-nilai murni yang unggul. Guru Pendidikan Moral mesti

membimbing dan menerapkan nilai- nilai yang tersirat dalam Rukun Negara supaya

dapat melahirkan rakyatn sepertimana yang dihasratkan.

Page 8: Peranan Guru Pendidikan Moral

5.0 Peranan Guru Moral Terhadap Kod Etika Perguruan

Guru pendidikan Moral perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan

profesion perguruan. Kod Etika Perguruan penting kerana ia menyediakan garis

panduan tingkah laku dalam profesion perguruan yang perlu dirujuk dan diamalkan

oleh guru pendidikan Moral.

Tanggungjawab guru pendidikan Moral adalah sebagai pemegang amanah

dalam bidang pendidikan yang mana tugas hakiki guru menekankan dua amanah

penting iaitu konsep ibadah dan pembangunan insan.Kecemerlangan sesuatu profesion

dapat dilihat jika guru mengamalkan etika perguruan.

Menerusi kod etika guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan

secara hitam putih dan secara rasmi. Ini dapat membuka mata masyarakat untuk

mengetahui dan memahami tanggungjawab guru yang berat supaya mereka dapat

menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan Negara.

Pengamalan etika perguruan dapat memelihara kepercayaan yang diberi dalam

menjalankan tugas sebagai seorang guru pendidikan Moral serta memupuk

tanggungjawab bersama serta mengeratkan hubungan antara guru.Guru mesti

menunjukkan imej berpakaian, pertuturan, tingkahlaku yang dapat dijadikan contoh oleh

pelajar.Oleh yang demikian, setiap guru pendidikan Moral wajib memahami kod etika

perguruan sebagai panduan daan landasan yang betul demi membangunkan Negara

bangsa.

Page 9: Peranan Guru Pendidikan Moral

Rujukan

http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/23385/Artikel_9.PDF

http://theunspinners.blogspot.com/2012/08/mengerti-kesetiaan-pada-raja-dan-

negara.html

http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/10/maksud-etika-profesional.html

http://mydiposh.wordpress.com/2010/06/20/apakah-dimaksudkan-dengan-

perlembagaan/

Page 10: Peranan Guru Pendidikan Moral

REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS+

TARIKHPERKARA YANG DIBINCANGKAN

CATATAN T.TANGAN

9. 8 .2014 i. Menerima soalan tugasan daripada pensyarah mata pelajaran – En Adli

ii. Membahagikan ahli kumpulan

Tugasan perlu dihantar selewat-lewatnya 20 Sept 2014

………………

( Noor Hafizah).

………………

( Nor hayati)

………………

(Riza)

15.8.2014 i. Memahami kehendak soalan tugasan – perbincangan dengan 3 orang ahli kumpulan secara on-line

ii. Bertanya pendapat dan kemusykilan tentang tugasan dengan pensyarah melalui e-mail.

Membuat agihan tugas

Membuat jadual kerja

………………

( Noor Hafizah).

………………

( Nor hayati)

………………

(Riza)

……………

(En Adli)

Page 11: Peranan Guru Pendidikan Moral

25.8.2014 i. Mencari maklumat daripada internet/Buku

Cetakan maklumat internet

Nota ringkas Catatan bibliografi

………………

( Noor Hafizah).

………………

( Nor hayati)

………………

(Riza)

28.8. 2014

i. Mula membuat tugasan menyusun maklumat

Menyediakan semua bahan untuk tugasan .

Merancang aktiviti yang sesuai dengan bahan yang disediakan

………………

( Noor Hafizah).

………………

( Nor hayati)

………………

(Riza)

2.9.2014 i. Berbincang dengan ahli kumpulan untuk memperbaiki hasil tugasan secara on-line

mengenalpasti kesilapan

………………

( Noor Hafizah).

Page 12: Peranan Guru Pendidikan Moral

………………

(Nor hayati )

………………

(Riza)

6.9.2014 i. Bertanya pensyarah mata pelajaran untuk mendapatkan penjelasan dan nasihat yang lebih jelas tentang tugasan – En Adli

menyemak dan memperbaiki kekurangan berkenaan dengan tugasan.

………………

( Noor Hafizah).

………………

( Nor hayati)

………………

(Riza)

………………

(En Adli)

10.9.2014 i. Menyelesaikan tugasan setelah diperbaiki

………………

( Noor Hafizah).

………………

Page 13: Peranan Guru Pendidikan Moral

( Nor hayati)

………………

(Riza)

17.9.2014 i. Bertemu ahli kumpulan untuk kali terakhir sebelum menghantar tugasan.

menyemak dan memperbaiki kekurangan hasil tugasan

………………

(Noor Hafizah ).

………………

( Nor hayati)

………………

(Riza)

20.9.2014i. Menghantar tugasan yang lengkap kepada pensyarah pembimbing – Pn Halidah

Diterima dan direkodkan.

………………

( Noor Hafizah).

………………

( Nor hayati)

………………

(Riza)

………………

Page 14: Peranan Guru Pendidikan Moral

(Pn Halidah)