Peranan SIPartners

download Peranan SIPartners

of 9

description

peranan

Transcript of Peranan SIPartners

Peranan SIPartners+ Dalam Transformasi Pendidikan Abad Ke-21

PENDAHULUAN

1.Timbalan Pengarah Perak mengucapkan terima kasih kepada SJQ kerana mengadakan perjumpaan degan semua SIPartners+ Perak. Topik kali ini ialah berkaitan peranan SIPartners+. Sebutan yang betul ialah S.I. Partner+, bukan S.I.P untuk mengelakkan daripada disalah tafsir sebagai School Improvement Programme.

2.Jawatan SIPartners+ telah ada sejak DTP 1.0 tetapi tugasnya pada waktu itu adalah secara separuh masa (part time). Keadaan ini menyebabkan fungsi SIP pada waktu tersebut kurang berkesan kerana pegawai yang dilantik sebagai SIPartners+ tidak dapat fokus dalam menajalankan tugas. Kini dalam DTP2.0 SIPartners+ dijadikan sebagai perjawatan penuh.

3.SIPartners+ merupakan elemen yang penting dalam Tranformasi Pendidikan Daerah. SIPartners+ adalah komponen yang sangat penting dalam PPPM. PPPM diwujudkan untuk mengkaji semula (review) sistem pendidikan kita.KEUTAMAAN DTP

4.Inisaitif DTP adalah inisiatif yang terpenting dalam PPPM kerana hasrat KPM adalah menjadikan semua sekolah di negara kita berkualiti. Walau bagaimanapun KPM tidak mampu menggerakkan perkara ini. Jabatan pendidikan Negeri seperti Sarawak, Sabah, Selangor dan Perak, JPN tersebut juga tidak berkemampuan untuk melaksnakannya walaupun pada skala negeri. Oleh itu pihak yang lebih hampir dengan sekolah ialah PPD yang dianggap berupaya untuk mentransformasikan sekolah menjadi sekolah kualiti seperti yang disarankan oleh Mortimore dalam bukunya berjudul Effective School. PPD lebih dekat dan boleh melakukannya dalam masa yang singkat.

5.PPD lebih dekat dan lebih tahu mengenai masalah sekolah-sekolah berkenaan dan tahu cara untuk mengatasi masalah sekolah. Satu ketika dahulu konsep One Size Fit for All digunakan dalam intervensi program di mana semua program datang dari JPN / KPM. Pada hakikatnya tidak semua program tersebut sesuai dengan sekolah, sama ada kerana program tersebut terlalu kehadapan (advance) atau sekolah tidak boleh mengikutinya sebab dos ubat terlalu kuat. Sebab itulah PPD dijenamakan (rebranding) semula.

6.DTP berkait rapat dengan penjenamaan (rebrending) PPD. Dalam rebranding PPD terdapat bermacam-macam fungsi baru PPD, salah satu daripadanya ialah terdapatnya SIPartners+ dan SISC+. Paranan SIPartners+ dan SISC+ sangat penting. Sekarang ini di seluruh negara bila dikataakan DTP, yang mereka akan nampak ialah SIPartners+ dan SISC+. Oleh itu jika DTP tidak mendatangkan impak kepada sekolah dan daerah maka yang akan dikatakan gagal ialah SIPartners+ dan SISC+.

7.Sebelum ini perjawatan SIPartners+ tidak diluluskan oleh JPA kerana kompleksiti jawatan yang tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh JPA. Namun setelah diperjuangkan perjawatan tersebut kini telah diluluskan oleh JPA. Oleh yang demikian kita mahukan SIPartners+ dan SISC+ menunjukkan keberhasilan. Sehingga bulan Disember kita buat engagement, namun mulai 1 Januari 2015 JPN Perak akan melaksanakan penjajaran (reallignment) peranan SIPartners+ khususnya berkaitan apa yang sepatutnya SIPartners+ lakukan dari segi membimbing. Hal ini demikian kerana jika kita masih tidak jelas mengenai peranan dan fungsi maka kita tidak boleh membawa hala tuju kita.PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SIPARTNERS+

8.Peranan dan Tanggungjawab SIPartners+ seperti yang dipersetuji oleh JPA adalah seperti berikut (Jika peranan ini tiada, maka JPA tidak meluluskan perjawatan SIPartner+);

a.Melaksanakan lawatan dan mengendalikan sesi bimbingan kepada Pengetua dan Guru Besar dengan berfokus dahulu kepada sekolah berprestasi rendah. Bukan tidak boleh berfokus kepada sekolah band yang lebih tinggi (band 1 dan 2), kerana tidak dinafikan bukan semua sekolah yang berada dalam Band 1 itu baik kerana terdapat aspek-aspek tertentu yang tidak OK. Namun masih belum masanya untuk SIPartners+ turun membantu sekolah-sekolah tersebut. Kita perlu ingat bila disebut DTP ia berkaitan kualiti sekolah, dan kita perlu memastikan semua sekolah dalam pentadbiran DTP tiada jurang kualiti. Itulah harapan JPNJ, kita mahu jadi seperti Singapura di mana jurang yang ada antara sekolah amatlah tipis. Hampir semua sekolah di Singapura bertaraf Band 1. Untuk merapatkan jurang kita mesti berfokus kepada band 5, 6 dan 7 sebagaimana dinyatakan dalam buku Blue Print.

b.Membimbing Pengetua dan Guru Besar mengenalpasti isu-isu pengurusan dan kepimpinan serta merangka program intervensi yang bersesuaian secara bersama.

c.Membimbing Pengetua dan Guru Besar dalam pembangunan profesionalisme diri.

d.Memantau dan menyediakan laporan pembangunan profesionalisme diri dan menyediakan laporan setiap kali lawatan.

e.Mewujudkan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) di sekolah dan daerah. SIPartners+ perlu mewujudkan kumpulan PLC dikalangan Pengetua dan Guru Besar dan warga sekolah yang dibimbing. SIPartners+ mengetuai PLC untuk kumpulan 8 sekolah tersebut. Jika sekolah yang terlibat telah mantap boleh buat inter PLC SIPartners+ .

f.Melaksanakan tugas dan tanggungjawab program peningkatan prestasi sekolah mengikut arahan KPPD. Berbeza dengan SIPartners+, SISC+ tidak terlibat dalam program peningkatan prestasi sekolah. SIPartners+ terlibat secara langsung termasuk peningkatan prestasi akademik. Baru-baru ini UPSR Perak jatuh, di mana Peratus menguasi dan GPS Perak berada pada kedudukan nombor 7 kebangsaan. GPS jatuh dari 2.14 kepada 2.18. Post mortem akan dibuat dalam minggu ini juga untuk mencari sebab yang membawa kepada kejatuhan.

g.Menyampaikan dan menjelaskan dasar dan inisiatif pendidian semasa. SIPartners+ boleh memberikan ceramah khususnya mengenai dasar-dasar kerajaan. Tiada halangan SIPartner+ untuk menjadi penceramah selagi tidak menjejaskan kerja hakiki coaching dan mentoring kepimpinan sekolah. Namun demikian PPJ tidak membenarkan SIPartners+ dan SISC+ menjadi jurulatih kerana tugas tersebut akan menganggu perlaksanaan program bimbingan kepimpinan di sekolah. Bukan tidak boleh, tetapi belum tiba masanya untuk mereka berperanan sebagai JU kerana dibimbingi akan melarikan fokus mereka yang sepatutnya membing Pengetua, Guru Besar dan guru-guru.

h.Berperanan sebagai suri teladan kepada SIPartners + (SIPartner+ DG52); SIPartners+ Gred DG52 perlu berperanan sebagai suri teladan kepada SIPartners+ yang lebih muda. SIPartners+ DG52 menjadi trainer kepada DG48.

i.Berperanan sebagai master trainer SIPartners+ (SIPartner+ DG54); SIPartners+ DG54 menjadi Master Trainer kepada SIPartners+ DG52.

9.Buku Blue Print (PPPM) bukan hiasan yang diletakkan di atas meja pengetua sahaja. Apa yang berlaku kini ialah bunting semuanya ada, tetapi tidak dapat dihayati dan tidak diterjemahkan dalam kerja harian. Sebab itulah perkara yang pertama sekali dilakukan ialah Buku Blue Print perlu dibaca, khatam dan dihadamkan banyak kali. Pengetua dan Guru Besar yang tidak jelas perlu baca dan sedar(adanya Blue Print), setelah sedar mereka perlu faham,setelah faham mereka perlu hayati, setelah dihayati perlu ada naluri mahu buat, sebelum ke tahap yang lebih tinggi kena buat dan seterusnya mesti buat. 10.Jika bunting ada tapi amalan di dalam kelas dan pengurusan sekolah masih seperti pendidikan abad ke-19, bagaimana kita dapat melahirkan genersi abad ke-21? Kalu mahu melahirkan generasi abad ke-21, pedagogi mesti abad ke-21. Pemimpin sekolah perlu mereflek pedagogi apakah yang mereka gunakan di sekolah. Untuk membetulkan keadaan ini maka peranan SIPartners+ dan SISC+ mesti menumpukan bimbingan kepada sekolah band 5, 6 dan 7. Jika tiada band 7, fokuskan pula kepada sekolah band 4, 5 dan 6 dan begitulah seterusnya hingga akhirnya 3, 2, 1.

11.Dalam mesyuarat KSPPD atau semasa sesi retreat pada 4 6 Disember nanti JPN Perak akan mewartakan (endorsement) agar DTP perlu melakukan perubahan sebelum pembukaan sekolah sesi 2015. SIPartners+ mesti berganding bahu dengan SISC+ dan tidak wujud keadaan di mana SIPartners+ membimbing sekolah lain dan SISC+ pula membimbing sekolah lain. Jika SIPartners+ membantu pengurusan sekolah, di bilik darjah tiada siapa yang akan bantu. Oleh itu SIPartners+ dan SISC + perlu bergerak beriringan.

12.Pada masa yang sama semua PPD tidak boleh lari daripada melaksanakan 30 Hotspot School Perak, iaitu 30 sekolah menengah dan 30 sekolah rendah. Dalam konteks ini Sekolah Amanah akan dikeluarkan daripada senarai jika berada dalam kelompok hotspot kerana Sekolah Amanah telah mempunyai program yang khusus. Begitu juga sekolah pendidikan khas yang akan di tolak daripada senarai hotspot. Langkah ini bukan bermaksud mahu mendiskriminasikan sekolah pendidikan khas tetapi kita mahu cepat! Dalam Blue Print ada menyatakan sekolah-sekolah pendidikan khas ini diberikan tempoh sehingga 2025.

13.Lawatan dan bimbingan SIPartners+ dan SISC+ haruslah menggunakan pendekatan follow up follow through sampai mereka boleh berdiri sendiri dan kita yakin mereka boleh dilepaskan. Berapakah Pengetua dan Guru Besar sekolah yang boleh dibimbing? Ketetapan telah diambil iaitu bimbingan akan dilaksanakan maksimum ke atas 8 buah sekolah band terendah bagi setiap SIPartners+. Kombinasi sekolah menengah dan rendah akan ditentukan oleh PPD masing-masing.

14.Semua SIPartners + perlu menetapkan KPI bagi setiap 8 buah sekolah hotspot yang telah dikenal pasti. Jika tiak mencapai KPI, maka SIPartners+ dianggap telah gagal. Pihak BPSH dan KSU KPM telah meminta JPN Perak mencadangkan KPI SIPartners + untuk meningkatkan kualiti sekolah. Maknanya, kini SIPartners + bekerja berdasarkan KPI.

15.Untuk membimbing supaya Pengetua dan Guru Besar menjadi pemimpin yang baik pada akhir tahun 2015 dalam semua aspek sekolah kualiti, maka apakah ETR nya ? SIPartners+ perlu merujuk SKPM. Untuk itu SIPartners+ perlu menyediakan profil Pengetua/ Guru Besar yang dibimbing dan menyediakan rekod perkembangan kemajuan bimbingan yang dijalankan. Semua SIPartner+ perlu telah memiliki profiling Pengetua/ Guru Besar sekolah hotspot mulaiminggu kedua pada Januari 2015. Setelah Pengetua/Guru Besar di bimbing, langkah seterusnya ialah mengenal pasti apakah perubahan yang diperlihatkan oleh Pengetua/ Guru Besar pada bulan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.

16.SIPartners+ perlu menjadi seperti seorang doktor yang mengambil darah pesakit, uji kandungan darah dan kenal pasti penyakit. Setelah tahu apa dan dimana sakitnya baharulah diberikan ubat sebagai rawatan. SIPartners + perlu mengenal pasti mana kelemahan daripada analisis persekitaran sekolah yang dilawati. Buat keutamaan untuk menentukan yang mana aspek yang perlu dibuat dahulu. SIPartners+ perlu buat milestone dan time line aspek yang ingin dibimbing. Seperti paksi X dan paksi Y, paksi Y adalah milestone paksi X adalah time line.

17.Untuk mendapatkan profile pengetua dan Guru Besar SIPartners+ perlu banyak membuat rujukan seperti data audit kewangan, peperiksaan, disiplin dan buat homework. SIPartners+ perlu mempunyai data base yang kuat dan perlu ada knowledgeable.

18.PPD diingatkan supaya SIPartners+ dianggap seolah-olah tiada di PPD, supaya SIPartners+ boleh melaksanakan kerja buat mereka. SIPartners+ tidak dibenarkan melaksanakan ISO, buat program untuk SIPartners + dan SISC+ dan sebagainya. Jika buat program semasa cuti sekolah tidak mengapa.

19.SIPartner+ akan diberikan satu gred lebih tinggi sebagaimana yang dijanjikan, sebagimana yang diperolehi oleh SIPartners+ Kedah dan Sabah. Ada orang bertanya bagaimana laluan kerjaya SIPartner+ pada masa hadapan? Tidak timbul isu tentang perkara ini kerana pada masa ini ada SIPartners+ yang telah menjadi Timbalan Pengarah Negeri (Sarawak). Mungkin esok ada dalam kalangan SIPartners+ akan jadi KPPD, atau Ketua Sektor. Tidak semstinya mesti jadi Pengetua dahulu baru menjadi PPD, Ketua Sektor dan baru jadi Pengarah. Tiada syarat yang menyatakan mesti jadi pengetua dahulu baru jadi KPPD. Perkara yang penting ialah prestasi....challenge the process!

20 SIPartner+ tidak perlu membantu SKK dan SBT. Sebaliknya hanya fokus kepada bimbingan kepada Pengetua dan Guru Besar sekolah band rendah sahaja. Namun demikian SIPartner+ tidak digalakkan mengendalikan kursus.

21.SIPartners+ Pengetua dan Guru Besar baharu yang berada di sekolah band yang baik tidak perlu berada dalam senarai bimbingan SIPartner+. Tugas membimbing sekolah tersebut akan diserahkan kepada PPD, UPS dan SJQ! SJQ juga berperanan sebagai membimbing, tetapi sekiranya tidak berjaya, terpulang kepada KPPD untuk meminta bantuan daripada SIPartners+. Keutamaan SIPartners+ adalah membantu band sekolah yang rendah.

22.Pengetua/ Guru Besar yang ada masalah kesihatan berpanjangan PPD perlu lihat GPK. Sekolah tersebut sepatutnya diletakkan GPK yang mantap. Redeployment GPK jika perlu. Berhubung Isu sekolah tiada Pengetua/ Guru Besar dalam tempuh yang lama, PPD boleh meminta bantuan SIPartners+. Namun itu bukan kerja utama tetapi kerja tambahan. 23.SIPartners+ bukan membimbing GPK, sebaliknya yang perlu membimbing GPK sepatutnya ialah timbalan PPD. Namun SIPartners+ boleh membantu jika diminta oleh KPPD. Carta fungsi SIPartners+ tidak menunjukkan bahawa mereka perlu membimbing GPK, namun SIPartners+ boleh membina kapasiti GPK. Sekiranya SIPartners+ membimbing GPK di sekolah yang tiada Pengetua dan Guru Besar, SIPartners+ boleh menggunakan peruntukan 0.5 hari seminggu, tetapi bimbingan yang dijalankan tidak dimasukkan dalam rekod SIPartner+.

24.SIPartner+ yang mempunyai kemahiran boleh memberi bimbingan / talks kepada SIPartners+ lain mengikut kepakaran yang dimiliki tetapi tidak mengganggu 4 hari kerja SIPartners+. Ikut SOP 4 hari di sekolah, 1 hari kerja pengurusan iaitu setengah hari pelaporan dan setengah hari lagi boleh buat ceramah dan sebagainya kepada Pengetua dan Guru Besar. Dalam hal ini juga boleh diaturkan supaya semua SIPartners+ bertemu sebulan sekali pada hari khamis untuk mengadakan CPD. Tetapi tidak boleh mengganggu 4 hari yang telah ditetapkan. Gunakan peruntukan 1 hari yang telah diperuntukkan pada setiap minggu.

25.Spesifikasi Kerja SIPartners+;

a.Merancang dan menyelaras jadual bimbingan ke sekolah, latihan dan intervensi lain, sekolah berprestasi rendah di beri keutamaan.

b.Mengendalikan pemerhatian penuh dan mengenal pasti kekuatan dan keperluan pembangunan sekolah. SIPartners+ perlu ada kemahiran bagaimana mahu membina pembangunan sekolah.

c.Mengadakan sesi coaching dan mentoring dan maklum balas satu-satu dengan kepimpinan Pengetua, Guru Besar dan pasukan kepimpinan kanan serta menyediakan maklum balas keperluan pembangunan secara bertulis.

d.Memastikan buku log kemajuan dan prestasi pengetua sentiasa kemas kini.

e.Mengambil bahagian dalam latihan formal dan sesi coaching dan mentoring individu untuk menghasilkan pengetahuan serta kemahiran pengurusan terkini dan mengadakan latihan berasaskan sekolah untuk menawarkan perspektif baru pemimpin transformasi.

f.Membangunkan dan mengadakan intervensi berasaskan sekolah bersama-sama dengan SISC+. Jika boleh tarikh melawat sekolah juga sama antara SIPartners+ dan SISC+. SIPartners+ bimbing pengetua dan SISC+ membimbing guru di bilik darjah.

g.Membangunkan dan melaksanakan intervensi berasaskan PPD bersama-sama pegawai pendidikan daerah.

h.Memantau dan melapor kemajuan dan sebarang halangan Pengetua, Guru Besar dan pasukan pemimpin kanan sekolah kepada PPD. SIPartners+ perlu ada kemahiran coaching, jika ada isu jangan mengadu terus kepada Ketua PPD, sebaliknya guna kemahiran komunikaasi dan coaching untuk selesaikan masalah. Jika keadaan bertambah sukar baharulah maklumkan kepada Ketua PPD.CABARAN

26Cabaran SIPartners+ Pada tahun 2015

a.Sifar sekolah dalam band 6 dan 7 pada tahun 2015. Pendidikan khas dikecualikan.

b.Semua sekolah meningkat prestasi akademik pada tahun 2015 terutama sekali sekolah-sekolah yang berada di bawah bimbingan SIPartners+. Sekolah-sekolah ini tidak lari dari 30 sekolah hotspot dan 10 sekolah replicate school. Jika sekolah replicate school itu terdiri dari sekolah band 1 dan 2, sekolah berkenaan ialah Life Lab dan sekolah ini tidak memerlukan SIPartners+. SPA akan bantu memberikan bimbingan kepada sekolah Life Lab untuk menjadi model school.

c.Membangunkan kepimpinan dalam menyediakan ekosistem pendidikan berkualiti.

27.Sekolah hotspot akan dibimbing oleh SPS sebagai lead school. SPS akan tubuhkan task force yang terdiri daripada pelbagai sektor termasuklah SPK, SPA dan lain-lain.

28.Sekolah band 1 dan 2 dalam pilot school Pendidikan Abad Ke-21 akan dibimbing oleh SPA sebagi lead school. Semua pelan tindakan perlu diselesaikan dalam bulan 12. Engagement perlu dibuat dalam bulan Disember supaya Pengetua dan Guru Besar boleh menyampaikannya kepada guru-guru semasa mesyuarat kali pertama. Life Lab tidak perlu dibantu oleh SIPartners+.

29.Majlis penyerahan rasmi sekolah hotspot yang terlibat kepada SIParners+ akan dilaksanakan di JPN minggu kedua pada bulan Januari 2015. PPD Hulu Perak dan PPD Kinta Utara dicadangkan melaksanakan program penyerahan sekolah hotspot pada 2 Disember serentak dengan sesi pertemuan PPJ dengan Pengetua dan Guru Besar serta pegawai PPD Hulu Perakdan PPD Kinta Utara. Untuk makluman PPD Kinta Utara akan mula beroperasi mulai 2 Disember 2014.

30.Pertemuan pelaporan SIPartners+ dengan KPPD boleh dibuat pada hari Ahad untuk membolehkan semua pegawai lain mengambil bahagian dalam sesi pelaporan tersebut. Hari Ahad di JPN Perak adalah grounded days kerana pada hari tersebut adalah hari cuti di KPM. Jadi tiada pegawai dari JPN Perak, PPD dan sekolah yang akan dipanggil mesyuarat dan sebagainya. Semua pegawai berada di stesen masing-masing, oleh itu tidak ada masalah untuk adakan sesi pelaporan SIPartners+ dan SISC+ pada hari Ahad.

31.Pada ketika ini masyarakat sedang menunggu adakah sebarang impak dari kewujudan SIPartners+ dan SISC+. Namun demikian kejatuhan UPSR tidak ada kena mengena dalam konteks ini kerana apabila kita bercakap dalam konteks 21st Century Learning. Prestasi UPSR dan anjakan Pembelajaran Abad Ke-21 adalah dua perkara yang berbeza. Kita jatuh UPSR tetapi kita dapat melahirkan murid 21st Century. Namun oleh kerana kita mahu jadikan Perak sebagai Showcase, maka kita perlu bagus dalam kedua-duanya sama ada dalam akademik mahupun kokurikulum.

32.Walaupun DTP sudah diperkenalkan sejak awal tahun tetapi tidak memperlihatkan kesan mungkin disebabkan tidak mengikut SOP atau terlalu banyak fokus kepada perkara lain.

33.We have to celebrate our success, seperti moto Kementerian Pendidikan New Zealand Celebrate Education Excellence, Jika di Singapura Learning Nation, Thinking School - Thinking School, Learning Nation. Kita kini perlu merancang aktiviti dengan cara meraikan kejayaan seperti setiap 6 bulan sekali dengan cara Townhall. Kita peruntukkan wang, dan kita sebarkan kepada orang ramai dalam masa 6 bulan inilah kejayaan kita. Ambil gambar sebelum, dan selepas bimbingan di samping mengumpul bahan untuk buat showcase. Akhirnya nanti, jadikan sebagai Hall/Wall of Fame. Konsep ini telah diamalkan di New Zealand.