Perancangan strategik Kantin

11
PELAN STRATEGIK KANTIN 2016

description

perancangan strategik

Transcript of Perancangan strategik Kantin

Page 1: Perancangan strategik Kantin

PELAN STRATEGIK

KANTIN 2016

PENGENALAN :

Page 2: Perancangan strategik Kantin

Kantin sekolah merupakan satu tempat yang sinonim dengan murid. Oleh itu, perancangan dibuat sebagai panduan menjadkan kantin suatu tempat yang menarik, bersih dan ceria bukan sahaja untuk murid malahan guru, pelawat dan sesiapa sahaja yang berkunjung ke kantin. Selain itu, perancangan ini bertujuan memastikan murid-murid mempraktik dan mempunyai disiplin semasa menggunakan kantin. Semua akan merasa selesa dan tenteram apabila menggunakan kantin.

VISI :

MISI :

Melaksanakan agenda Kementeriam Pelajaran Malaysia bersesuaian dengan peringkat sekolah kepada semua murid bagi menghasilkan kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum untuk membentuk insan yang berkampuan dalam menghadapi segala cabaran.

OBJEKTIF :

Mendidik dan melahirkan murid yang tahu menjaga kebersihan. Menjadikan kantin satu tempat yang bersih, ceria dan menarik. Mendidik murid supaya menjadikan kantin bukan sahaja tempat untuk belajar sendiri

atau berkumpulan. Memastikan kuantiti makanan yang dijual seimbang dengan nilainya. Menjaga kualiti makanan yang dijual.

SASARAN :

Semua murid Penguasaha kantin Guru dan kakitangan sekolah Pelawat

STRATEGI

Semua pengguna kantin mendapat makanan yang seimbang dan berkhasiat. Menjadikan kawasan kantin bersih ceria dan selamat. Menjadikan kantin sebagai kantin ceria dan bersih

JANGKA MASA

Sepanjang tahun

CARTA ORGANISASIHAL EHWAL MURID 2016

Page 3: Perancangan strategik Kantin

SENARAI TUGAS :1. Bertanggungjawab dan bekerjasama dengan JK. Kesihatan dalam menguruskan

hal-hal yang berkaitan dengan kesihatan dan kantin sekolah.

UNIT KANTIN DAN KAFETARIA

ORGANISASI BIDANG TUGASMewujudkan dan mengekalkan suasana kantin yang bersih, ceria dan lengkap dengan informasi yang dapat menyumbang kepada pembudayaan ciri-ciri intelektual murid.

Merancang dan melaksana sistem pemantauan bagi memastikan murid sentiasa beradab, berdisiplin dan mematuhi peraturan penggunaan kantin.

Memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan pekeliling KPM/KKM.

Memastikan jenis dan mutu makanan dan minuman yang dijual mengikutisyarat perjanjian.

Memastikan harga jualan berpatutan mengikut syarat perjanjian dan senarai harga jualan dipamerkan.

Memastikan tahap kebersihan yang tinggi sentiasa diutamakan semasa penyediaan makanan dan penjualan.

Sentiasa peka terhadap sebarang aduan murid dan mengambil tindakan yang wajar dengan segera.

Memastikan semua pekerja kantin telah menjalani pemeriksaan kesihatan, menerima suntikan dan memiliki sijil kesihatan yang sah.

Memastikan pihak pengusaha kantin berada di premis supaya mudah dihubungi.

Memaklumkan kepada pengusaha kantin tentang hari persekolahan, cuti dan perubahannya.

Page 4: Perancangan strategik Kantin

2. Bertanggungjawab memastikan kantin dan kawasan luarnya dalam keadaan bersih, tidak berbau dan sentiasa diurus. Sistem pembuangan sampah perlu diselia selalu.

3. Memastikan pihak kantin menyediakan makanan mengikut menu dan harga mengikut surat perjanjian. Senarai makanan dan minuman serta harganya hendaklah dipamerkan.

4. Semua penjual makanan hendaklah dipastikan telah mendapat suntikan kesihatan dan memakai apron dan menutup kepala dengan bersih dan kemas mengikut pekeliling Kementerian Kesihatan apabila menjalankan tugas-tugasnya.

5. Makanan hendaklah disediakan dalam keadaan bersih dan segar. Simpanan sayur/ikan/daging di dalam peti sejuk hendaklah sesuai dan bersih.

6. Makanan yang hendak dijual, pastikan ditutup dengan tudung saji/kain maslin atau disimpan dalam bekas yang bertutup bagi mengelakkkan dihinggapi lalat dan sebagainya.

7. AJK kantin sekolah patutlah membaca dan memahami surat perjanjian tawaran kantin agar mereka sedar apa yang sepatutnya dilakukan oleh pengusaha kantin sekolah.

8. Memastikan kawasan lantai/meja kantin/longkang kantin hendaklah dibersihkan dengan sabun sebelum dan sesudah digunakan.

9. Boleh menegur pengusaha kantin jika perlu.

10. Memastikan pihak pengusaha kantin berada di premis supaya mudah dihubungi.

11. Memaklumkan kepada pihak pengusaha kantin tentang hari-hari persekolahan.

12. Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi.

13. Memastikan murid dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi, selamat dan sesuai.

14. Membuat laporan mingguan dalam buku/borang laporan kantin.

15. Menyampaikan laporan bulanan kepada Guru Besar/Penolong Kanan HEM tentang prestasi kantin.

16. Mengadakan mesyuarat kantin 3 kali setahun dan perbincangan dari semasa ke semasa.

PENILAIAN

Guru Besar GPK HEM AJK Kantin Pejabat Kesihatan JPN/PPD

Page 5: Perancangan strategik Kantin

SUMBER KEWANGAN

Tiada

ANGGARAN PERBELANJAAN

Tiada

Page 6: Perancangan strategik Kantin

PELAN TINDAKAN/AKTIVITI :

BIL AKTIVITI DIS 13 JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGS SEP OKT NOV

1 Mesyuarat AJK Kantin

2 Hari Kantin

3 Menghantar Laporan Kendiri Kantin Ke Pej Kesihatan dan PPD

4

5

6

Page 7: Perancangan strategik Kantin

CARTA GANT :

BIL AKTIVITI DIS 12 JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGS SEP OKT NOV

1 Mesyuarat AJK

2 Hari Kantin SK Langkawi

3 Menghantar Laporan Kendiri Kantin

Page 8: Perancangan strategik Kantin