PERATURAN AM - sukan.johor.mysukan.johor.my/johor2017/pdf/sukanjohor2017-peraturan.pdf7.1 Semua...

13
1

Transcript of PERATURAN AM - sukan.johor.mysukan.johor.my/johor2017/pdf/sukanjohor2017-peraturan.pdf7.1 Semua...

Page 1: PERATURAN AM - sukan.johor.mysukan.johor.my/johor2017/pdf/sukanjohor2017-peraturan.pdf7.1 Semua peserta dalam sesuatu jenis sukan sekiranya diwajibkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan

1

Page 2: PERATURAN AM - sukan.johor.mysukan.johor.my/johor2017/pdf/sukanjohor2017-peraturan.pdf7.1 Semua peserta dalam sesuatu jenis sukan sekiranya diwajibkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan

2

PERATURAN AM

SUKAN JOHOR 2017

1. NAMA

1.1 Kejohanan ini dinamakan ‘SUKAN JOHOR, KOTA TINGGI 2017’.

2. PENGELOLAAN

2.1 SUKAN JOHOR ini dikelolakan oleh Majlis Sukan Negeri Johor dengan

kerjasama Majlis-Majlis Sukan Daerah, Pejabat-Pejabat Daerah, Persatuan-

Persatuan Sukan dan Pihak Kerajaan Negeri dan yang tertentu termasuk pihak

swasta.

3. JENIS SUKAN

BIL JENIS SUKAN KELAYAKAN

UMUR TARIKH LAHIR

1 Olahraga (L/W) B - 20 thn 1997 dan selepasnya

2 Memanah (L/W) B - 20 thn 1997 dan selepasnya

3 Berbasikal (L/W) B - 20 thn 1997 dan selepasnya

4 Pencak Silat (L/W) B - 20 thn 1997 dan selepasnya

5 Ragbi (L) B - 20 thn 1997 dan selepasnya

6 Petanque (L/W/C) B - 20 thn 1997 dan selepasnya

7 Kanu (L/W/C) B - 18 thn 1999 dan selepasnya

* Semua keputusan ini hendaklah dipatuhi dan tidak boleh dikecualikan kepada mana-mana

jenis sukan.

Page 3: PERATURAN AM - sukan.johor.mysukan.johor.my/johor2017/pdf/sukanjohor2017-peraturan.pdf7.1 Semua peserta dalam sesuatu jenis sukan sekiranya diwajibkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan

3

4. PENYERTAAN

4.1 Hanya Warganegara Malaysia, pelajar-pelajar dan atlet-atlet yang berasal dari

Negeri Johor sahaja yang layak bertanding dalam SUKAN JOHOR. Jika terdapat

pelajar-pelajar dan atlet-atlet yang bukan berasal dari Negeri Johor yang ingin

bertanding dalam SUKAN JOHOR, perlulah menetap dan bermastautin di Negeri

Johor sekurang-kurangnya 2 tahun serta boleh mewakili Negeri Johor pada

Sukma yang akan datang.

4.2 Bagi peserta yang mewakili Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail had umur 15 tahun dan kebawah sahaja yang layak menyertai Sukan Johor 2017.

4.3 SUKAN JOHOR terbuka kepada pasukan daerah-daerah di dalam Negeri Johor

4.4 Syarat umur atlet adalah seperti di PERKARA 3.

4.5 Tiap-tiap daerah atau kontinjen dikehendaki mengemukakan borang penyertaaan

mengikut jenis sukan kepada pihak pengelola tidak lewat daripada 15 November

2017.

4.6 Jawatankuasa Pengelola memaklumkan kepada semua kontinjen daerah jumlah

bilangan pasukan, jenis sukan dan disiplin yang akan dipertandingkan secara

terperinci setelah menyemak senarai pendaftaran selewat-lewatnya 1 Disember

2017.

4.7 Borang-borang penyertaan yang lengkap dengan nama atlet dan lain-lain

maklumat yang diperlukan hendaklah dikemukakan oleh daerah atau kontinjen

kepada pihak pengelola tidak lewat daripada 29 November 2017. Pertukaran

atlet TIDAK dibenarkan dan TIDAK boleh dibuat selepas tarikh tersebut kecuali

dipersetujui oleh Jawatankuasa Induk SUKJO 2017.

Page 4: PERATURAN AM - sukan.johor.mysukan.johor.my/johor2017/pdf/sukanjohor2017-peraturan.pdf7.1 Semua peserta dalam sesuatu jenis sukan sekiranya diwajibkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan

4

5. BILANGAN PEGAWAI / PESERTA

5.1 Bilangan pegawai dan peserta mengikut jenis-jenis sukan ialah seperti berikut.

BIL JENIS SUKAN PEGAWAI ATLET JUMLAH

PENGURUS JURULATIH LELAKI WANITA

1 Olahraga (L/W) 1 5 40 40 86

2 Memanah (L/W) 1 3 8 8 20

3 Berbasikal (L/W) 1 1 12 12 26

4 Pencak Silat (L/W) 1 3 18 14 36

5 Ragbi (L) 1 2 12 - 15

6 Petanque (L/W) 1 2 7 7 17

7 Kanu (L/W) 1 2 10 10 23

JUMLAH 7 18 107 91 223

5.2 Bagi jenis sukan yang mempunyai acara lelaki dan wanita dan di mana kontinjen

tidak menamakan jurulatih atau pengurus pasukan wanita, kontinjen berkenaan

bolehlah mendaftarkan seorang Cheperon. Walau bagaimanapun, segala

perbelanjaan makan dan penginapan Cheperon berkenaan hendaklah

ditanggung oleh daerah/ kontinjen masing-masing.

6. PENDAFTARAN

6.1 Tiap-tiap kontinjen bagi setiap jenis sukan hendaklah mendaftarkan nama-nama

pegawai dan atlet masing-masing dengan Jawatankuasa Pengelola melalui

Majlis Sukan Daerah tidak lewat daripada tarikh yang ditetapkan.

6.2 Delegation Registration Meeting (DRM) akan diadakan sebelum kejohanan

berlangsung di mana tarikh tersebut akan ditetapkan oleh Jawatankuasa

Pengelola. Sebarang pertukaran atlet tidak boleh dibuat kecuali bagi atlet yang

mengalami kecederaan dengan disertakan bukti-bukti pengesahan perubatan.

Page 5: PERATURAN AM - sukan.johor.mysukan.johor.my/johor2017/pdf/sukanjohor2017-peraturan.pdf7.1 Semua peserta dalam sesuatu jenis sukan sekiranya diwajibkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan

5

7. KAWALAN PERUBATAN

7.1 Semua peserta dalam sesuatu jenis sukan sekiranya diwajibkan oleh Persatuan

Sukan Kebangsaan/ Antarabangsa adalah dikehendaki menjalani ujian

perubatan. Para peserta hendaklah mengemukan Sijil atau Surat. Pengakuan

Doktor kepada Jawatankuasa Pertandingan. Pemeriksaan hendaklah dibuat di

tempat masing-masing sebelum datang ke pertandingan.

8. PERATURAN TEKNIK / CORAK PERTANDINGAN

8.1 Majlis Sukan Negeri Johor melalui perundangan dengan Persatuan Sukan

Kebangsaan/Negeri berkenaan akan menetapkan corak pertandingan bagi tiap-

tiap jenis sukan yang akan dipertandingkan dalam SUKAN JOHOR.

8.2 Semua jenis sukan / acara akan dikelolakan selaras dengan Peraturan Badan

Kawalan Sukan Antarabangsa yang berkenaan. Jika terdapat percanggahan dari

segi pentafsiran, maka pengertian sahih akan dirujuk kepada peraturan dalam

Bahasa Inggeris.

8.3 Semua pertandingan bagi tiap-tiap jenis sukan hendaklah selesai

dipertandingkan megikut tempoh SUKAN JOHOR seperti yang ditetapkan

Perkara 10.1 atau pada tempoh yang dipersetujui oleh Pihak Jawatankuasa

Pengelola,

8.4 Penetapan bilangan kumpulan bagi tiap-tiap jenis sukan akan dibuat mengikut

amalan Persatuan Sukan Kebangsaan atau Badan Kawalan Sukan

Antarabangsa masing-masing dan adalah tertakluk kepada kelulusan

Jawatankuasa Teknikal SUKAN JOHOR. Keputusan Jawatankuasa Teknikal

SUKAN JOHOR dalam ini adalah muktamad.

8.5 Corak pertandingan untuk setiap jenis sukan adalah tertakluk kepada kelulusan

Jawatankuasa Teknikal SUKAN JOHOR dan keputusannya adalah muktamad.

Page 6: PERATURAN AM - sukan.johor.mysukan.johor.my/johor2017/pdf/sukanjohor2017-peraturan.pdf7.1 Semua peserta dalam sesuatu jenis sukan sekiranya diwajibkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan

6

9. TEMPOH PENGELOLAAN / JADUAL PERLAWANAN

9.1 SUKAN JOHOR 2017 akan diadakan pada 12 hingga 16 Disember 2017.

Tempoh rasmi pengelolaan untuk SUKAN JOHOR 2017 ialah 5 hari.

9.2 Upacara perasmian pembukaan dan penutup SUKAN JOHOR akan diadakan

oleh tuan rumah..

9.3 Semua jadual perlawanan bagi semua jenis sukan termasuk tarikh, masa dan

tempat akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.

10. PENANGGUHAN

10.1 Tarikh, masa, tempat perlawanan dan corak pertandingan setiap sukan yang

telah ditetapkan/jadualkan sama sekali tidak boleh diminta tangguh atau diubah

oleh pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.

10.2 Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa mutlak untuk mengangguh atau

mengubah jadual sesuatu perlawanan dengan memberitahu terlebih dahulu atau

diputuskan dengan serta-merta.

10.3 Bagi perlawanan yang ditangguhkan menurut perkara 10.2 di atas,

Jawatankuasa Teknikal bagi sukan berkenaan hendaklah menetapkan semula

perlawanan yang ditangguhkan itu dan hendaklah tertakluk kepada kelulusan

Jawatankuasa Teknikal SUKAN JOHOR atau Jawatankuasa Pengelola SUKAN

JOHOR. Keputusan Jawatankuasa Teknikal SUKAN JOHOR atau Jawatankuasa

Pengelola SUKAN JOHOR dalam hal ini adalah muktamad.

11. KEMUDAHAN

11.1 Jawatankuasa Pengelola akan bertanggungjawab untuk menyediakan semua

kemudahan yang berkaitan dengan pelaksanaan SUKAN JOHOR seperti

penginapan, makan minum, peralatan pertandingan dan pengangkutan. Tetapi,

semuanya adalah dibawah tanggungan daerah masing-masing kecuali peralatan

pertandingan.

11.2 Pakaian seragam dan peralatan peserta seperti jersi, kasut, basikal dan

sebagainya adalah menjadi tanggungjawab kontinjen masing-masing.

Page 7: PERATURAN AM - sukan.johor.mysukan.johor.my/johor2017/pdf/sukanjohor2017-peraturan.pdf7.1 Semua peserta dalam sesuatu jenis sukan sekiranya diwajibkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan

7

11.3 Jawatankuasa Pengelola hendaklah mengemukakan senarai

kemudahan/tempat pertandingan dan senarai peralatan sukan yang akan

digunakan untuk tujuan pertandingan dan mendapat pengesahan daripada

Persatuan Sukan Negeri masing-masing.

12. INSURAN DAN GANTIRUGI

12.1 Majlis Sukan Negeri Johor, Majlis-Majlis Sukan Daerah, Jawatankuasa Tertinggi,

Jawatankuasa Pengelola, Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil dan pegawai-

pegawai yang dilantik tidak akan bertanggungjawab ke atas yang dilantik di atas

sebarang kemalangan atau kecelakaan yang mungkin berlaku kepada mana-

mana peserta dan pegawai semasa SUKAN JOHOR ini berlangsung termasuk

ketika dalam perjalanan dari rumah/tempat pertandingan/ rumah.

12.2 Setiap Majlis Sukan Daerah dan Kontinjen diwajibkan untuk mendapat dan

menanggung kos serta perbelanjaan insuran bersesuaian bagi setiap atlet dan

pegawai kontinjen masing-masing.

13. PENGURUS PERTANDINGAN DAN DELEGAT TEKNIKAL

13.1 Persatuan Sukan Negeri bagi tiap-tiap jenis sukan yang dipertandingkan

hendaklah melantik dengan rasminya seorang Pengurus Pertandingan daripada

Persatuan Sukan Daerah setelah berbincang dengan Daerah yang menjadi tuan

rumah. Pengurus pertandingan adalah bertanggungjawab untuk menentukan

segala Persiapan teknikal dan pertandingan disedia dan dilaksanakan mengikut

Peraturan Tetap dan Peraturan Am serta panduan-panduan yang ditetapkan

oleh Persatuan Sukan Kebangsaan/Negeri masing-masing dengan kerjasama

Jawatankuasa Pengelola.

13.2 Majlis Sukan Negeri Johor akan melantik Ketua Delegat Teknikal, Delegat-

Delegat Teknikal dan Pegawai-pegawai Teknikal setelah berunding dengan

Persatuan Sukan Negeri bagi tiap-tiap jenis sukan. Tanggungjawab Ketua

Delegat Teknikal ialah seperti berikut :-

i) Mencadangkan kepada Majlis Sukan Negeri pegawai-pegawai teknikal

dan pengadil/hakim bertauliah yang akan bertugas sepanjang kejohanan

berlangsung.

Page 8: PERATURAN AM - sukan.johor.mysukan.johor.my/johor2017/pdf/sukanjohor2017-peraturan.pdf7.1 Semua peserta dalam sesuatu jenis sukan sekiranya diwajibkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan

8

ii) Melawat dan mengesahkan tempat-tempat pertandingan supaya sesuai

digunakan untuk pertandingan SUKAN JOHOR.

iii) Menyemak dan mengesahkan jadual-jadual pertandingan yang

disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola setelah berbincang dengan

Persatuan Sukan Negeri masing-masing.

iv) Menentukan semua pertandingan dijalankan mengikut peraturan/ jadual

pertandingan yang telah ditetapkan.

v) Menentukan giliran tugasan pegawai-pegawai teknikal seperti

pengadil/hakim.

13.3 Ketua Delegat Teknikal hendaklah mengemukakan laporan bersama-sama

dengan laporan pengadil atau hakim mengenai semua aduan dan rayuan yang

dibuat dan diputus semasa SUKAN JOHOR dan juga atlet atau pegawai

pasukan yang telah digantung daripada menyertai satu atau kesemua

pertandingan bagi sukan berkenaan semasa SUKAN JOHOR dijalankan kepada

Persatuan Sukan Negeri masing-masing untuk tindakan selanjutnya.

14. JURI TEKNIKAL SUKAN DAN JURI RAYUAN TERTINGGI

14.1 Setiap Persatuan Sukan Negeri yang terlibat, setelah berunding dengan Majlis

Sukan Negeri Johor hendaklah menubuhkan sebuah Juri Teknikal Sukan dan

menamakan Juri Teknikal tersebut bagi tiap - tiap jenis sukan yang

dipertandingkan untuk mengambil tindakan dan membuat keputusan terhadap

semua aduan, bantahan atau rayuan yang dibuat semasa SUKAN JOHOR

berlangsung.

14.2 Juri Teknikal Sukan mesti dipengerusikan oleh Ketua Delegat Sukan berkenaan

dan tidak lebih 4 orang ahli panel lain. Juri Teknikal Sukan berkenaan mesti

berunding dan membuat keputusan mengenai semua aduan, bantahan atau

rayuan dibuat dalam tempoh tidak lewat dari 1 jam dari masa surat bertulis

berkenaan diterima oleh Ketua Delegat Teknikal.

14.3 Mana-mana pihak yang tidak puas hati dengan keputusan Juri Teknikal Sukan

berkenaan boleh membuat rayuan kepada Juri Rayuan Tertinggi yang ditubuh

dalam Perkara 15.4 dibawah ini.

Page 9: PERATURAN AM - sukan.johor.mysukan.johor.my/johor2017/pdf/sukanjohor2017-peraturan.pdf7.1 Semua peserta dalam sesuatu jenis sukan sekiranya diwajibkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan

9

14.4 Semasa SUKAN JOHOR berlangsung, tugas-tugas Jawatankuasa Rayuan akan

dilaksanakan oleh sebuah Juri Rayuan Tertinggi yang dilantik oleh Y.B.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan dan Anggota-

anggota Juri Rayuan Tertinggi terdiri daripada tidak kurang daripada 5 orang dan

tidak lebih dari 7 orang ahli seperti berikut:-

Pengerusi – Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor

Ahli-ahli - Pengerusi Jawatankuasa Pengelola

- Tiga orang Pengerusi Majlis Sukan Daerah atau wakilnya.

- Tidak lebih dua orang yang difikirkan sesuai oleh Pengerusi.

14.5 Juri Rayuan Tertinggi akan membuat keputusan muktamad berkenaan dengan

semua aduan, bantahan atau rayuan dan perkara lain berhubung dengan

pengelolaan SUKAN JOHOR serta merta selepas diterima surat Bertulis

berkenaan. Pengerusi Majlis Sukan daerah atau Ketua Kontinjen atau wakilnya

boleh mengemukakan soalan-soalan kepada juri-juri ini. Selain daripada Itu, Juri

Rayuan tertinggi ini juga boleh membuat keputusan dalam semua perkara,

termasuk hal-hal teknikal yang dianggap sesuai oleh juri ini.

15. RAYUAN/BANTAHAN

15.1 Sebarang aduan, bantahan, rayuan atau soalan mengenai sesuatu perkara

samada kepada Juri Teknikal Sukan atau Juri Rayuan Tertinggi mesti dibuat

Pengurus Pasukan atau Ketua Kontinjen secara bertulis dan ditanda tangan

dengan cop Majlis Sukan Daerah berkenaan kepada Juri Teknikal Sukan atau

Juri Rayuan Tertinggi dengan disertakan wang tunai sebanyak RM 1000.00

sebagai wang pendahuluan.

15.2 Setiap aduan, bantahan atau rayuan kepada Juri Teknikal Sukan mesti dibuat

dalam tempoh tidak lebih dari 1 jam selepas tamat sesuatu perlawanan.

15.3 Setiap bantahan berkenaan Kelayakan Status Pemain hanya boleh

dilakukan semasa atau pada pusingan pertama liga / saringan pertama

sahaja.

Page 10: PERATURAN AM - sukan.johor.mysukan.johor.my/johor2017/pdf/sukanjohor2017-peraturan.pdf7.1 Semua peserta dalam sesuatu jenis sukan sekiranya diwajibkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan

10

15.3 Setiap aduan, bantahan, rayuan atau perkara lain kepada Juri Rayuan Tertinggi

mesti dibuat dalam tempoh tidak lebih daripada 2 jam selepas keputusan Juri

teknikal Sukan diterima oleh kontinjen berkenaan.

15.4 Sekiranya aduan bantahan atau rayuan itu munasabah dan diterima oleh Juri

Teknikal Sukan atau Juri Rayuan Tertinggi, hanya 50% wang pertaruhan itu akan

dikembalikan dan satu keputusan bersesuaian akan dibuat berhubung dengan

aduan, bantahan atau rayuan itu.

15.5 Wang pertaruhan itu akan lucut hak dan menjadi pendapatan kepada NEGERI

sekiranya aduan, bantahan atau rayuan itu didapati tidak munasabah atau

ditolak.

15.6 Juri Teknikal Sukan dan Juri Rayuan Tertinggi berhak untuk memanggil mana-

mana individu yang difikirkan sesuai dan dapat membantu untuk memberi

maklumat atau keterangan berkaitan.

16. DISIPLIN

16.1 Setiap Persatuan Sukan Negeri yang terlibat mesti menubuhkan sebuah

Jawatankuasa Disiplin bagi mengendalikan kes-kes disiplin di kalangan pegawai

dan atlet semasa SUKAN JOHOR berlangsung.

16.2 Di samping itu, MAJLIS SUKAN NEGERI JOHOR akan melantik sebuah

Lembaga disiplin bagi mengendalikan segala kes disiplin dan salahlaku yang

membabitkan para pegawai serta atlet yang tidak dapat diselesaikan di peringkat

Persatuan Sukan Negeri masing-masing. Lembaga ini juga bertanggungjawab

terhadap disiplin semua pegawai kontinjen (termasuk pegawai tambahan) yang

berdaftar dengan Urusetia SUKAN JOHOR. Keahlian Lembaga Disiplin adalah

seperti berikut :-

Pengerusi - Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor

Ahli-ahli - 5 orang Ketua Kontinjen atau wakilnya

- seorang wakil daripada persatuan yang terlibat

Page 11: PERATURAN AM - sukan.johor.mysukan.johor.my/johor2017/pdf/sukanjohor2017-peraturan.pdf7.1 Semua peserta dalam sesuatu jenis sukan sekiranya diwajibkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan

11

16.3 Pihak Lembaga Disiplin berhak untuk memanggil mana-mana individu yang

difikirkan sesuai dan dapat membantu memberikan maklumat atau keterangan

yang berkaitan.

17. HADIAH-HADIAH

17.1 Hadiah-hadiah untuk SUKAN JOHOR akan disediakan oleh Jawatankuasa

Pengelola.

17.2 Pingat-pingat emas,perak dan gangsa untuk pemenang-pemenang pertama,

kedua dan ketiga.

18. KEWANGAN

18.1 Kewangan SUKAN JOHOR 2017 kecuali perbelanjaan yang ditanggung oleh

Majlis Sukan Negeri JOHOR akan ditadbir oleh Jawatankuasa Pengelola.

Penyata akaun hendaklah disiapkan tidak lewat daripada 2 bulan selepas tarikh

akhir sukan tersebut untuk diperiksa dan diluluskan oleh Majlis Sukan Negeri

Johor.

19. PERKARA AM

19.1 Jawatankuasa Pengelola dan Jawatankuasa Tetap berkuasa mengambil

sesuatu keputusan kepada sebarang perkara yang berbangkit yang tidak tercatat

dalam Peraturan Am.

19.2 Segala keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Pengelola atau

Jawatankuasa Tetap adalah muktamad.

19.3 Sebarang keputusan yang dibuat semasa Mesyuarat Pengurus-pengurus

Pasukan bagi setiap jenis sukan adalah muktamad dan tidak boleh dibantah

asalkan ia tidak bercanggah dengan Peraturan Tetap dan Peraturan Am SUKAN

JOHOR serta keputusan Majlis Sukan Negeri.

19.4 Segala bantahan mengenai kelayakan atau kesahihan status atlet tidak boleh

dibuat oleh mana-mana pihak setelah diterima dan disahkan oleh Jawatankuasa

Tetap ataupun selepas diputuskan dalam Mesyuarat Terakhir\Jawatankuasa

Khas Teknikal dan keputusan tersebut adalah muktamad. Pendaftaran atlet

semasa tarikh akhir pendaftaran seperti yang ditetapkan akan menjadi penentu

Page 12: PERATURAN AM - sukan.johor.mysukan.johor.my/johor2017/pdf/sukanjohor2017-peraturan.pdf7.1 Semua peserta dalam sesuatu jenis sukan sekiranya diwajibkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan

12

kepada daerah yang akan diwakili seseorang atlet sekiranya tidak didaftarkan

oleh mana- mana kontinjen lain.

19.5 Atlet-atlet seharusnya mewakili daerah asalnya. Atlet-atlet boleh mewakili daerah

lain yang bukan daerah asalnya atas syarat-syarat berikut:

(i) a. Pengerusi Majlis Sukan Daerah berkenaan perlu memohon

pelepasan daripada Pengerusi Majlis Sukan Daerah asal atlet

terbabit, sekiranya permohonan diluluskan oleh Pengerusi Majlis

Sukan Daerah terbabit, atlet tersebut bolehlah mewakili daerah

berkenaan tetapi hanya untuk sekali sahaja dan dalam Sukan

JOHOR semasa sahaja.

b. Taraf bermastautin adalah berdasarkan kepada perwakilan atlet-

atlet menyertai pertandingan-pertandingan dan/atau program-

program kemajuan atlet berkenaan yang dianjurkan oleh Majlis

Sukan Negeri, Persatuan Sukan Kebangsaan, Persatuan Sukan

Negeri ataupun Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri.

19.6 Mesyuarat Pengurus Pasukan Sukan berkenaan tidak boleh membangkitkan

atau memutuskan mengenai kelayakan atau kesahihan status atlet.

19.7 Jawatankuasa Pengelola juga mempunyai kuasa mutlak memeriksa kelayakan

atlet-atlet yang didaftarkan pada bila-bila masa. Sekiranya terdapat atlet yang

tidak layak menyertai sukan berkenaan, seperti yang tercatat di dalam Peraturan

Am ini dan Peraturan Pertandingan sukan berkenaan tindakan berikut akan

diambil:-

i. Pembatalan dari sukan itu. Jika atlet itu mewakili pasukan, pasukan akan

dibatalkan dan jika atlet itu mengambil bahagian di dalam acara individu,

penyertaan beliau akan dibatalkan. Jika pasukan/ individu yang

dibatalkan memenangi pingat, kemenangan tersebut akan dibatalkan.

ii. Pembatal mangikut Perkara 19.8 (i) di atas akan menyebabkan segala

perbelanjaan pasukan/ individu ditarik balik dengan serta merta dan jika

perbelanjaan telah dikenakan kepada pasukan/ individu itu, Majlis Sukan

Page 13: PERATURAN AM - sukan.johor.mysukan.johor.my/johor2017/pdf/sukanjohor2017-peraturan.pdf7.1 Semua peserta dalam sesuatu jenis sukan sekiranya diwajibkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan

13

Daerah berkenaan dikehendaki membuat pembayaran balik jumlah

tersebut kepada Jawatankuasa Pengelola.

19.8 Tertakluk kepada Perkara 19.5, bagi kontinjen yang ingin mendaftarkan pelajar-

pelajar Sekolah Sukan, kontinjen-kontinjen daerah berkenaan juga perlulah

memohon dari pihak pentadbiran Sekolah Sukan berkenaan tidak lewat dari

empat belas (45) hari sebelum SUKAN JOHOR berlangsung. Sebuah

jawatankuasa yang terdiri daripada Pengetua kedua-dua buah Sekolah Sukan

serta wakil daripada Majlis Sukan Negeri akan membuat ketetapan mengenai

penyertaan atlet-atlet ini berdasarkan kepada beberapa aspek seperti negeri

asal, daerah asal, bantuan yang diberikan oleh daerah berkenaan dan lain-lain

aspek yang berkaitan dengan kemajuan atlet berkenaan.

19.9 Tertakluk kepada perkara 19.5 di atas, sekiranya ada mana-mana daerah

ingin menggunakan khidmat atlet dari daerah lain yang telah didaftarkan oleh

sesuatu daerah atau kontinjen, Pengerusi Majlis Sukan Daerah tersebut perlu

memohon pelepasan daripada Pengerusi Majlis Sukan Daerah asal atlet terbabit

yang telah mendaftarkannya. Sekiranya permohonan diluluskan oleh Pengerusi

Majlis Sukan Daerah, atlet tersebut bolehlah mewakili daerah berkenaan. Syarat-

syarat dan peraturan yang lain berhubung dengan kelayakan atlet tidak terpakai

dalam konteks ini.

Disediakan oleh :-

Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan

SUKAN JOHOR 2017 ASJ……………………