PERATURAN MESYUARAT AGUNG KHAS - e …e-masjid.jais.gov.my/uploads/pekelilings/PEKELILING...

24
1

Transcript of PERATURAN MESYUARAT AGUNG KHAS - e …e-masjid.jais.gov.my/uploads/pekelilings/PEKELILING...

Page 1: PERATURAN MESYUARAT AGUNG KHAS - e …e-masjid.jais.gov.my/uploads/pekelilings/PEKELILING E-MASJID.pdf · Kampung atau Pengerusi persatuan penduduk yang berkenaan untuk hadir dalam

1

Page 2: PERATURAN MESYUARAT AGUNG KHAS - e …e-masjid.jais.gov.my/uploads/pekelilings/PEKELILING E-MASJID.pdf · Kampung atau Pengerusi persatuan penduduk yang berkenaan untuk hadir dalam

2

Page 3: PERATURAN MESYUARAT AGUNG KHAS - e …e-masjid.jais.gov.my/uploads/pekelilings/PEKELILING E-MASJID.pdf · Kampung atau Pengerusi persatuan penduduk yang berkenaan untuk hadir dalam

3

PERATURAN MESYUARAT AGUNG KHAS

PENCALONAN PEGAWAI DAN JAWATANKUASA SURAU

NEGERI SELANGOR SESI 2013-2016

1. PENDAHULUAN

1.1 Pelaksanaan Mesyuarat Agung Khas Pencalonan Pegawai dan

Jawatankuasa Surau Negeri Selangor adalah bertujuan untuk menyenaraikan

senarai calon Pegawai dan Jawatankuasa Surau seperti yang terkandung

dalam Kaedah 27(1) Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa

Kariah (Negeri Selangor) (Pindaan) 2001.

1.2 Ahli Kariah yang berumur 18 tahun dan ke atas boleh menghadiri mesyuarat

tersebut sebagai pencadang atau menyokong calon Pegawai dan

Jawatankuasa Surau.

1.3 Bagi melancarkan perjalanan mesyuarat tersebut adalah diharapkan

kerjasama dari semua pihak supaya mematuhi peraturan mesyuarat dan

berjalan dengan aman, lancar dan penuh dengan semangat ukhwah

Islamiah.

2. PELAKSANAAN PERATURAN-PERATURAN MESYUARAT

Ahli Mesyuarat hendaklah mematuhi dan melaksanakan perkara seperti

berikut:

2.1 Sentiasa memberi kerjasama kepada arahan dan peraturan mesyuarat yang

ditetapkan.

2.2 Sentiasa mengutamakan kepentingan agama Islam dalam membuat

keputusan.

2.3 Sentiasa berlapang dada dan menghormati pandangan ahli lain.

Page 4: PERATURAN MESYUARAT AGUNG KHAS - e …e-masjid.jais.gov.my/uploads/pekelilings/PEKELILING E-MASJID.pdf · Kampung atau Pengerusi persatuan penduduk yang berkenaan untuk hadir dalam

4

2.4 Sentiasa menunjukkan akhlak yang mulia dengan menjaga tuturkata dan

perbuatan dari perkara yang tidak diingini.

2.5 Menjadikan mesyuarat sebagai tempat memutuskan urusan agama dan

menghasilkan keputusan yang terbaik.

2.6 Sentiasa berbaik sangka dan tidak memasukkan fahaman kepartian yang

boleh mengeruhkan suasana mesyuarat.

2.7 Tiada unsur-unsur kempen dan melobi semasa mesyuarat dijalankan.

2.8 Tidak membawa sebarang lambang pertubuhan atau parti di sepanjang

mesyuarat dijalankan.

3. PENUTUP

Diharapkan peraturan-peraturan tersebut dapat dipatuhi dan dilaksanakan dengan

baik demi memelihara perpaduan dan keharmonian serta mendapat keredaan dari

Allah S.W.T.

Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Selangor

Page 5: PERATURAN MESYUARAT AGUNG KHAS - e …e-masjid.jais.gov.my/uploads/pekelilings/PEKELILING E-MASJID.pdf · Kampung atau Pengerusi persatuan penduduk yang berkenaan untuk hadir dalam

5

TATACARA PENCALONAN PEGAWAI DAN AHLI JAWATANKUASA SURAU

NEGERI SELANGOR SESI JUN 2013 HINGGA MEI 2016

Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) Masjid-Masjid Allah itu

ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan

sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah,

(dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi

dari golongan yang mendapat petunjuk. (At-Taubah:18)

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subkaedah 6 (4) Kaedah-Kaedah

Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor) (Pindaan) 2001, Majlis

dengan ini membuat arahan berbentuk Tatacara yang berikut.

1. TUJUAN

Tatacara ini diedarkan bagi melaksanakan Pencalonan Pegawai dan Ahli

Jawatankuasa Surau dan Semakan Pendaftaran Ahli Kariah Surau

berdasarkan kepada Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa

Kariah (Negeri Selangor) (Pindaan) 2001.

2. PEMAKAIAN

Tatacara ini hendaklah terpakai hanya kepada semua Surau yang berdaftar di

bawah Jabatan Agama Islam Selangor.

3. PELAKSANAAN PENCALONAN

3.1 Mesyuarat Agung Khas

Setiap Surau hendaklah mengadakan Mesyuarat Agung Khas

Pencalonan bagi mencalonkan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Surau

pada masa yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Page 6: PERATURAN MESYUARAT AGUNG KHAS - e …e-masjid.jais.gov.my/uploads/pekelilings/PEKELILING E-MASJID.pdf · Kampung atau Pengerusi persatuan penduduk yang berkenaan untuk hadir dalam

6

3.2 Hebahan

3.2.1 Setiausaha Surau hendaklah mengeluarkan dan

menandatangani notis memanggil mesyuarat kepada ahli kariah

Surau dan sesalinan notis tersebut hendaklah disalinkan kepada

Nazir Masjid dan Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah sekurang-

kurangnya 14 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Khas

Pencalonan diadakan.

3.2.2 Setiausaha Surau hendaklah menjemput Nazir Masjid, Ketua

Kampung atau Pengerusi persatuan penduduk yang berkenaan

untuk hadir dalam mesyuarat agung khas tersebut.

3.2.3 Notis memanggil mesyuarat hendaklah disifatkan telah

diserahkan dengan sempurna kepada ahli kariah Surau apabila

notis tersebut telah ditampal di papan kenyataan Surau atau kain

rentang berkenaan mesyuarat agung telah digantung di dalam

atau kawasan surau.

3.2.4 Untuk memastikan kehadiran ahli kariah ke Mesyuarat Agung

Khas Pencalonan ini, pihak Surau bolehlah membuat hebahan

sepertimenggantung kain rentang di kawasan-kawasan yang

menjadi tumpuan ahli kariah dan membuat pengumuman pada

bila-bila masa yang difikirkan sesuai.

3.3 Pengendalian Mesyuarat

3.3.1 Mesyuarat Agung Khas Pencalonan ini hendaklah dipengerusikan

oleh Pengerusi Surau atau wakilnya di kalangan anggota

Jawatankuasa surau yang berkenaan. Manakala Nazir Masjid

atau wakilnya atau Ketua Kampung akan mengendalikan proses

pencalonan.

Page 7: PERATURAN MESYUARAT AGUNG KHAS - e …e-masjid.jais.gov.my/uploads/pekelilings/PEKELILING E-MASJID.pdf · Kampung atau Pengerusi persatuan penduduk yang berkenaan untuk hadir dalam

7

3.3.2 Walau apa pun peruntukan Tatacara 3.3.1, Pengarah JAIS boleh

mengarahkan mana-mana Pegawai Jabatan Agama Islam

Selangor untuk mengendalikan Mesyuarat Agung Khas

Pencalonan tersebut.

3.3.3 Setiausaha Surau hendaklah menjadi pencatat dan menyediakan

minit Mesyuarat Agung Khas Pencalonan.

3.3.4 Ahli kariah yang berdaftar sahaja boleh mencalonkan,

mencadang atau dicalonkan sebagai Pegawai atau Anggota

Jawatankuasa Surau manakala ahli kariah yang tidak berdaftar

boleh menjadi pemerhati semasa mesyuarat tersebut dijalankan.

3.3.5 Ahli kariah hendaklah mencalonkan 15 orang calon atau lebih

termasuk sekurang-kurangnya seorang calon Pengerusi dan

seorang calon Imam.

3.3.6 Setiap calon hendaklah mendapat sokongan 5 orang penyokong

( termasuk pencadang ) daripada ahli kariah yang berdaftar dan

disahkan oleh Nazir Masjid atau wakilnya dan salah seorang yang

hadir daripada yang berikut :

a) Ketua Kampung lantikan kerajaan negeri ; atau

b) Pengerusi Jawatankuasa Penduduk ; atau

c) Pengerusi Surau atau wakilnya.

3.3.7 Pencalonan hendaklah menggunakan Borang A dan B yang telah

ditetapkan oleh MAIS atau JAIS. Borang tersebut hendaklah

diserahkan kepada Nazir Masjid atau wakilnya untuk

dikemukakan kepada Pejabat Agama Islam Daerah tidak lebih

tiga hari daripada tarikh mesyuarat.

Page 8: PERATURAN MESYUARAT AGUNG KHAS - e …e-masjid.jais.gov.my/uploads/pekelilings/PEKELILING E-MASJID.pdf · Kampung atau Pengerusi persatuan penduduk yang berkenaan untuk hadir dalam

8

3.3.8 Mana-mana ahli kariah yang berdaftar tetapi tidak hadir semasa

mesyuarat dijalankan boleh dicalonkan sebagai Pegawai atau

anggota Jawatankuasa Surau dengan syarat mengemukakan

surat persetujuan pencalonan sebelum mesyuarat dilaksanakan.

3.3.9 Mana-mana ahli kariah yang berdaftar tidak boleh mewakilkan

kepada mana-mana orang untuk hadir, mencadang dan

menyokong bagi pihaknya.

3.3.10 Pencalonan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Surau adalah

berdasarkan kepada cadangan dan sokongan pencalonan

daripada ahli kariah dan tiada proses pengundian boleh

dilaksanakan dalam mesyuarat agung khas pencalonan tersebut.

3.3.11 Agenda Mesyuarat Agung Khas Pencalonan adalah seperti

berikut:

a. Bacaan Al-Fatihah dan doa;

b. Ucapan Pengerusi Surau;

c. Pemakluman Peraturan Mesyuarat dan Tatacara

Pencalonan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Surau.

d. Sesi pencalonan (dikendalikan oleh Nazir Masjid atau

wakilnya); dan

e. Penangguhan mesyuarat dengan bacaan Tasbih Kaffarah

dan Surah Al-Asr.

Page 9: PERATURAN MESYUARAT AGUNG KHAS - e …e-masjid.jais.gov.my/uploads/pekelilings/PEKELILING E-MASJID.pdf · Kampung atau Pengerusi persatuan penduduk yang berkenaan untuk hadir dalam

9

3.4 Senarai Pencalonan

3.4.1 Pencalonan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Surau hendaklah

mengambilkira kepada jawatan-jawatan berikut :-

a) Pengerusi;

b) Imam;

c) Bilal;

d) Siak;

e) Setiausaha;

f) Bendahari;

g) Wakil Pemuda;

h) Wakil Wanita;

i) Bilal Jenazah Wanita;

j) 2 orang Pemeriksa Kira-Kira;

k) 4 orang Ahli Jawatankuasa Surau.

3.4.2 Setiausaha Surau hendaklah menghantar minit mesyuarat ke

Pejabat Agama Islam Daerah selewat-lewatnya 7 hari selepas

Mesyuarat Agung Khas Pencalonan diadakan.

3.5 Kelayakan calon Pegawai dan Jawatankuasa Surau

Kelayakan calon Pegawai dan Anggota Jawatankuasa Surau adalah

seperti berikut :-

3.5.1 Warganegara Malaysia;

3.5.2 Berumur tidak kurang daripada 21 tahun tetapi tidak melebihi

65 tahun;

3.5.3 Tinggal bermastautin, bermukim dan berdaftar sebagai ahli kariah

Surau itu;

3.5.4 Boleh membaca, menulis dan mengira;

Page 10: PERATURAN MESYUARAT AGUNG KHAS - e …e-masjid.jais.gov.my/uploads/pekelilings/PEKELILING E-MASJID.pdf · Kampung atau Pengerusi persatuan penduduk yang berkenaan untuk hadir dalam

10

3.5.5 Mempunyai pengetahuan agama Islam yang tinggi dan

berpegang dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan mazhab

yang diiktiraf oleh hukum syarak;

3.5.6 Mempunyai akhlak yang mulia dan amanah;

3.5.7 Selalu membuat amal kebajikan;

3.5.8 Sihat tubuh badan dan mental;

3.5.9 Mempunyai daya kepimpinan;

3.5.10 Sentiasa menjalin hubungan baik dengan ahli kariah dan

menunjukkan ciri-ciri kreatif serta sering membawa idea-idea baru

untuk meningkatkan kemajuan Surau;

3.5.11 Tidak disabitkan dengan kesalahan jenayah sivil atau syariah di

mana–mana mahkamah yang melibatkan hukuman penjara

melebihi 1 tahun.

3.5.12 Bukan seorang bankrap/muflis yang belum dilepaskan.

3.6 Keutamaan calon

3.6.1 Bagi jawatan Pengerusi, keutamaan akademik minima ialah

mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil

Pelajaran Agama (SPA) dan keutamaan diberi kepada calon yang

mempunyai Diploma;

3.6.2 Bagi jawatan Pengerusi, keutamaan hendaklah diberi kepada

calon yang mampu mengetuai halaqah-halaqah ringan yang

melibatkan Jawatankuasa dan jemaah di samping mampu

mengimamkan sembahyang dan mengetuai majlis tahlil;

3.6.3 Bagi jawatan Imam dan Bilal, keutamaan hendaklah diberi

kepada calon yang mampu membaca Al-Quran dengan baik;

Page 11: PERATURAN MESYUARAT AGUNG KHAS - e …e-masjid.jais.gov.my/uploads/pekelilings/PEKELILING E-MASJID.pdf · Kampung atau Pengerusi persatuan penduduk yang berkenaan untuk hadir dalam

11

3.6.4 Bagi jawatan Setiausaha, keutamaan hendaklah diberi kepada

calon yang memiliki pengalaman dalam bidang kesetiausahaan

dan pentadbiran;

3.6.5 Bagi jawatan Bendahari, keutamaan hendaklah diberi kepada

calon yang memiliki ilmu dan berkemahiran dalam pengurusan

kewangan; dan;

3.6.6 Ahli-ahli lain hendaklah terdiri dari mereka yang

berlatarbelakangkan pelbagai bidang kemahiran.

4. SEMAKAN, PENGESAHAN DAN PELANTIKAN

4.1 Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah hendaklah mewujudkan satu panel

khas bagi menilai dan mengesahkan kelayakan calon Imam dan Bilal

yang akan dilantik.

4.2 Keputusan mesyuarat agung khas pencalonan ini akan dibentang di

dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pegawai dan Ahli

Jawatankusa Surau Peringkat Daerah (JKPD) bagi proses semakan,

tapisan dan sokongan pelantikan.

4.3 Keputusan mesyuarat JKPD akan dibentang semula dalam Mesyuarat

Jawatankuasa Kariah MAIS bagi kelulusan pelantikan dan disahkan

dalam Mesyuarat MAIS sebelum tauliah pelantikan dikeluarkan.

5. BANTAHAN

Mana-mana ahli kariah yang tidak berpuashati dengan mana-mana perjalanan

mesyuarat agung khas di bawah tatacara ini, boleh mengemukakan bantahan

atau rayuannya kepada Setiausaha MAIS dalam tempoh 14 hari dari tarikh

mesyuarat agung khas dijalankan.

Page 12: PERATURAN MESYUARAT AGUNG KHAS - e …e-masjid.jais.gov.my/uploads/pekelilings/PEKELILING E-MASJID.pdf · Kampung atau Pengerusi persatuan penduduk yang berkenaan untuk hadir dalam

12

6. KUATKUASA

Arahan ini hendaklah berkuatkuasa bagi proses pencalonan Pegawai dan Ahli

Jawatankuasa Surau sesi 01 Jun 2013 hingga 31 Mei 2016.

Disediakan oleh :

(MOHD ATHRAS BIN ABDUL BASIR)

Penolong Pengarah Kariah

Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Selangor

Tarikh : 15 Januari 2012

Disahkan oleh :

(DATO HAJI MARZUKI BIN HUSSIN)

D.S.I.S, S.M.S., A.M.N., P.J.K.,

Pengarah

Jabatan Agama Islam Selangor

Tarikh : 16 Januri 2013

Page 13: PERATURAN MESYUARAT AGUNG KHAS - e …e-masjid.jais.gov.my/uploads/pekelilings/PEKELILING E-MASJID.pdf · Kampung atau Pengerusi persatuan penduduk yang berkenaan untuk hadir dalam

13

JADUAL PELAKSANAAN MESYUARAT AGUNG KHAS PENCALONAN

PEGAWAI DAN AHLI JAWATANKUASA SURAU NEGERI SELANGOR SESI

2013-2016

BIL TARIKH PERKARA CATATAN

1. Mulai

1 Februari 2013

Kemaskini Pendaftaran Ahli Kariah

- Senarai ahli kariah yang telah berdaftar

di tampal di papan kenyataan surau.

- Edaran borang pendaftaran ahli kariah

dan membuat pendaftaran baru bagi

ahli-ahli kariah yang belum berdaftar.

- Pendaftaran ahli kariah dibuka selewat-

lewatnya sebelum mesyuarat

dilaksanakan.

-

2.

Mulai

8 Februari 2013

hingga

17 Mac 2013

Hebahan dan Edaran Notis Pelaksanaan

Mesyuarat Agung Khas Pencalonan

Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Surau

- Edaran Surat Notis Mesyuarat

- Pemasangan Kain Rentang

- Tatacara Pencalonan di tampal di

papan kenyataan Masjid/Surau

- Pemakluman tarikh mesyuarat kepada

Pejabat Agama Islam Daerah (PAID)

dan Nazir Masjid.

Hebahan

dilaksanakan

selewat-lewatnya

2 Minggu

sebelum tarikh

mesyuarat

dilaksanakan.

Pelaksanaan Mesyuarat Agung Khas

Pencalonan Pegawai dan Ahli

Jawatankuasa Surau

- Pemakluman dalam mesyuarat

berkaitan Peraturan Mesyuarat dan

Tatacara Pencalonan.

- Minit mesyuarat pencalonan dihantar ke

PAID selewat-lewatnya 7 hari selepas

mesyuarat diadakan.

-

Page 14: PERATURAN MESYUARAT AGUNG KHAS - e …e-masjid.jais.gov.my/uploads/pekelilings/PEKELILING E-MASJID.pdf · Kampung atau Pengerusi persatuan penduduk yang berkenaan untuk hadir dalam

14

3.

18 Mac 2013

hingga

17 April 2013

Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan

Pegawai dan Jawatankuasa Surau Peringkat

Daerah

1 Bulan

4.

18 April 2013

hingga

31 Mei 2013

Mesyuarat Jawatankuasa Kariah MAIS dan

Mesyuarat MAIS 1 ½ Bulan

5. 1 Jun 2013 Pelantikan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa

Surau Sesi 01 Jun 2013 hingga 31 Mei 2016

Page 15: PERATURAN MESYUARAT AGUNG KHAS - e …e-masjid.jais.gov.my/uploads/pekelilings/PEKELILING E-MASJID.pdf · Kampung atau Pengerusi persatuan penduduk yang berkenaan untuk hadir dalam

15

CARTA ALIR

PROSES PENCALONAN PEGAWAI DAN AHLI JAWATANKUASA SURAU

SESI JUN 2013 HINGGA MEI 2016

Mula

Semakan dan Pendaftaran Ahli Kariah

Hebahan Pelaksanaan Mesyuarat Agung Khas Pencalonan - Tatacara Pencalonan ditampal di papan kenyataan surau

Pelaksanaan Mesyuarat Agung Khas Pencalonan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Surau Sesi 1 Jun 2013 hingga 31 Mei 2016 - Keputusan mesyuarat ditampal di papan kenyataan surau

Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Surau Peringkat Daerah (JKPD) – Semakan, Tapisan dan Pemilihan Pencalonan j

Mesyuarat Jawatankuasa Kariah MAIS – Kelulusan Pelantikan

Mesyuarat MAIS – Pengesahan Pelantikan

Pelantikan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Surau

Selesai

Mesyuarat Penentuan Jawatan Jawatankuasa Surau

Page 16: PERATURAN MESYUARAT AGUNG KHAS - e …e-masjid.jais.gov.my/uploads/pekelilings/PEKELILING E-MASJID.pdf · Kampung atau Pengerusi persatuan penduduk yang berkenaan untuk hadir dalam

16

NOTIS

MESYUARAT AGUNG KHAS PENCALONAN PEGAWAI DAN AHLI JAWATANKUASA

SURAU ……………………………..

SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA, SURAU ……………………………… AKAN MELAKSANAKAN

MESYUARAT AGUNG KHAS PENCALONAN PEGAWAI DAN AHLI JAWATANKUASA SURAU BAGI

SESI 1 JUN 2013 HINGGA 31 MEI 2016 PADA :

TARIKH : ………………………………

MASA : ………………………………..

TEMPAT : ………………………………………………………..

AHLI-AHLI KARIAH YANG BELUM BERDAFTAR HENDAKLAH MENGISI BORANG PENDAFTARAN AHLI KARIAH

MELALUI SETIAUSAHA SURAU

NAMA SETIAUSAHA : ………………………………..

NO TEL : ………………………………..

SEMUA AHLI KARIAH DIJEMPUT HADIR

TARIKH NOTIS : …………………….

Page 17: PERATURAN MESYUARAT AGUNG KHAS - e …e-masjid.jais.gov.my/uploads/pekelilings/PEKELILING E-MASJID.pdf · Kampung atau Pengerusi persatuan penduduk yang berkenaan untuk hadir dalam

17

MINIT MESYUARAT AGUNG KHAS PENCALONAN

PEGAWAI DAN AHLI JAWATANKUASA SURAU …………………………….

SESI 1 JUN 2013 – 31 MEI 2016

Tarikh :

Masa :

Tempat :

KEHADIRAN

- SEPERTI DI LAMPIRAN

1. UCAPAN PENGERUSI SURAU

1.1 Pengerusi mengucapkan salam kepada semua ahli mesyuarat

dan mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T kerana dapat

melaksanakan mesyuarat agung khas pencalonan ini dan

memulakan mesyuarat dengan bacaan surah Al-Fatihah.

1.2 Pengerusi menyatakan bahawa peranan mesyuarat ini penting

bagi memastikan institusi surau dapat berperanan besar untuk

kemajuan umat Islam. Keputusan-keputusan yang dari mesyuarat

ini diharapkan menyumbang kepada pengukuhan pentadbiran

dan perpaduan umat Islam.

1.3 Pengerusi Surau menjemput Imamuntuk membacakan doa.

1.4 Pengerusi surau menjemput Nazir Masjid / wakilnya / Ketua

Kampung iaitu............................................................................................

mengendalikan mesyuarat agung khas pencalonan.

1.5 Nazir Masjid / Wakilnya / Ketua Kampung membacakan adab-

adab bermesyuarat dalam Islam seterusnya membacakan

Tatacara Pencalonan Pegawai Dan Ahli Jawatankuasa Surau sesi

1 Jun 2013 hingga 31 Mei 2016 yang telah ditetapkan oleh MAIS.

Page 18: PERATURAN MESYUARAT AGUNG KHAS - e …e-masjid.jais.gov.my/uploads/pekelilings/PEKELILING E-MASJID.pdf · Kampung atau Pengerusi persatuan penduduk yang berkenaan untuk hadir dalam

18

2. SESI PENCALONAN PEGAWAI DAN JAWATANKUASA SURAU BAGI SESI 1 JUN

2013 HINGGA 31 MEI 2016

2.1 Calon Pegawai dan Jawatankuasa Surau ( Lampiran Borang A )

2.2 Nazir Masjid / Wakil / Ketua Kampung mengucapkan tahniah

kepada semua ahli kariah kerana berjaya mencalonkan senarai

calon-calon yang terbaik bagi mentadbir surau bagi sesi akan

datang dan menyerahkan semula mesyuarat kepada pengerusi

surau.

3. PENUTUP

Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih diatas kerjasama yang

diberikan oleh ahli mesyuarat. Dengan harapan semoga usaha murni ini

akan mendapat kejayaan dan diberkati Allah S.W.T.

Disediakan oleh :

t.t

Nama

Setiausaha Surau

Tarikh : ................................

Disahkan oleh :

t.t

Nama

Nazir Masjid / Wakil / Ketua Kampung

Tarikh : .................................

Page 19: PERATURAN MESYUARAT AGUNG KHAS - e …e-masjid.jais.gov.my/uploads/pekelilings/PEKELILING E-MASJID.pdf · Kampung atau Pengerusi persatuan penduduk yang berkenaan untuk hadir dalam

19

CALON PEGAWAI DAN JAWATANKUASA SURAU NEGERI SELANGOR SESI 01 JUN 2013 HINGGA 31 MEI 2016

NAMA SURAU : KARIAH MASJID :

DAERAH : TARIKH MESYUARAT :

BIL JAWATAN NAMA PENCADANG PENYOKONG PENYOKONG PENYOKONG PENYOKONG

1. PENGERUSI

2. PENGERUSI

3. PENGERUSI

4. IMAM

5. IMAM

6. IMAM

7. BILAL

8. BILAL

9. BILAL

10. CALON 1

11. CALON 2

BORANG A

Page 20: PERATURAN MESYUARAT AGUNG KHAS - e …e-masjid.jais.gov.my/uploads/pekelilings/PEKELILING E-MASJID.pdf · Kampung atau Pengerusi persatuan penduduk yang berkenaan untuk hadir dalam

20

12. CALON 3

13. CALON 4

14. CALON 5

15. CALON 6

16. CALON 7

17. CALON 8

18. CALON 9

19. CALON 10

20. CALON 11

21. CALON 12

Disediakan oleh : Disahkan oleh : Disahkan oleh : -------------------------------------------- ------------------------------------------- ------------------------------------------------ (Setiausaha Mesyuarat ) (Nazir Masjid / Wakil ) (Ketua kampung / Pengerusi Jawatankuasa Penduduk /

Pengerusi Surau ) Tarikh : Tarikh : Tarikh :

Page 21: PERATURAN MESYUARAT AGUNG KHAS - e …e-masjid.jais.gov.my/uploads/pekelilings/PEKELILING E-MASJID.pdf · Kampung atau Pengerusi persatuan penduduk yang berkenaan untuk hadir dalam

21

CALON PEGAWAI DAN JAWATANKUASA SURAU NEGERI SELANGOR SESI 01 JUN 2013 HINGGA 31 MEI 2016 YANG DIPUTUSKAN

DALAM MESYUARAT AGUNG KHAS PENCALONAN PERINGKAT SURAU

NAMA SURAU : KARIAH MASJID :

DAERAH : TARIKH MESYUARAT :

BIL JAWATAN NAMA & NO K/P ALAMAT NO TEL KELAYAKAN JAWATAN

1. CALON PENGERUSI

2. CALON PENGERUSI

3. CALON PENGERUSI

4. CALON IMAM

5. CALON IMAM

6. CALON IMAM

7. CALON BILAL

8. CALON BILAL

9. CALON BILAL

10. CALON 1

11. CALON 2

BORANG B

Page 22: PERATURAN MESYUARAT AGUNG KHAS - e …e-masjid.jais.gov.my/uploads/pekelilings/PEKELILING E-MASJID.pdf · Kampung atau Pengerusi persatuan penduduk yang berkenaan untuk hadir dalam

22

12. CALON 3

13. CALON 4

14. CALON 5

15. CALON 6

16. CALON 7

17. CALON 8

18. CALON 9

19. CALON 10

20. CALON 11

21. CALON 12

Pencalonan ini hendaklah disertakan bersama Minit Mesyuarat Agung Khas Pencalonan Pegawai dan Jawatankuasa Surau dan senarai kehadiran ahli mesyuarat. Disediakan oleh : Disahkan oleh : Disahkan oleh : -------------------------------------------- ------------------------------------------- ------------------------------------------ (Setiausaha Mesyuarat ) (Nazir / Wakil ) ( Setiausaha JKPD ) Tarikh : Tarikh : Tarikh :

Page 23: PERATURAN MESYUARAT AGUNG KHAS - e …e-masjid.jais.gov.my/uploads/pekelilings/PEKELILING E-MASJID.pdf · Kampung atau Pengerusi persatuan penduduk yang berkenaan untuk hadir dalam

23

PENCALONAN PEGAWAI DAN JAWATANKUASA SURAU NEGERI SELANGOR SESI JUN 2013 HINGGA MEI 2016

YANG DIPUTUSKAN DALAM MESYUARAT AGUNG KHAS PENCALONAN PERINGKAT SURAU

NAMA SURAU : KARIAH MASJID : DAERAH : TARIKH MESYUARAT :

A. CALON PEGAWAI DAN JAWATANKUASA SURAU

BIL JAWATAN NAMA PENUH

DAN KAD PENGENALAN UMUR ALAMAT DAN TEL KELAYAKAN

01 PENGERUSI

02

IMAM

03

BILAL

04

SIAK

05

SETIAUSAHA

06 BENDAHARI

07 WAKIL PEMUDA

08 WAKIL

WANITA

09

PENGURUS JENAZAH WANITA

10

AJK

BORANG C

Page 24: PERATURAN MESYUARAT AGUNG KHAS - e …e-masjid.jais.gov.my/uploads/pekelilings/PEKELILING E-MASJID.pdf · Kampung atau Pengerusi persatuan penduduk yang berkenaan untuk hadir dalam

24

BIL

JAWATAN

NAMA PENUH DAN KAD PENGENALAN UMUR ALAMAT DAN TEL KELAYAKAN

11 AJK

12

AJK

13

AJK

14 PEMERIKSA KIRA-KIRA I

15 PEMERIKSA KIRA-KIRA II

Disediakan oleh : Disahkan oleh : _________________________ __________________________ (Setiusaha JKPD) (Pengerusi JKPD) Tarikh : Tarikh :