Peraturan & Skema Pemarkahan (Umum)

8
Zack A.M. BENGKEL PENYELARASAN PERATURAN DAN SKEMA PEMARKAHAN PENILAIAN LATIH TUBI (GERAK GEMPUR) 2009 BAHASA MELAYU PENULISAN SK / SJK Disediakan oleh, ZULKURNAIN BIN ABD. MOID

description

skema pemarkahan

Transcript of Peraturan & Skema Pemarkahan (Umum)

Page 1: Peraturan & Skema Pemarkahan (Umum)

Zack A.M.

BENGKEL PENYELARASAN PERATURAN DAN SKEMA PEMARKAHAN

PENILAIAN LATIH TUBI (GERAK GEMPUR)2009

BAHASA MELAYUPENULISAN

SK / SJK

Disediakan oleh,ZULKURNAIN BIN ABD. MOID

Page 2: Peraturan & Skema Pemarkahan (Umum)

Zack A.M.

TATACARA PEMERIKSAAN

Pemeriksaan dibuat secara holistik iaitu melihat secara keseluruhan evidens dan penskoran dibuat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Page 3: Peraturan & Skema Pemarkahan (Umum)

Zack A.M.

LANGKAH-LANGKAH PEMERIKSAAN (UMUM)

1.Pemeriksa hendaklah membaca karangan itu sekali lalu terlebih dahulu untuk mendapatkan kesan (impression) daripadanya. Perkara yang perlu diberi perhatian semasa membuat pertimbangan ialah:i. isiii. pengolahaniii. bahasa

Page 4: Peraturan & Skema Pemarkahan (Umum)

Zack A.M.

2. Kemudian, nilai dan anggarkan peringkat karangan berkenaan berdasarkan

kriteria peringkat Cemerlang, Baik, Memuaskan atau Pencapaian Tahap Minimum.

3. Baca ayat atau karangan itu sekali lagi sambil menurunkan tanda-tanda pemeriksaan dan menetapkan skor berdasarkan kriteria penskoran.

Page 5: Peraturan & Skema Pemarkahan (Umum)

Zack A.M.

4. Bagi calon yang menyalin soalan atau menggunakan bahasa yang tidak difahami, markahnya 01.

5. Penggunaan bahasa asing merupakan kesalahan kata dan kosa kata melainkan sekiranya perkataan tersebut tidak terdapat dalam Kamus Dewan dan mesti ditulis dalam tanda petik.

Page 6: Peraturan & Skema Pemarkahan (Umum)

Zack A.M.

6. Tuliskan markah yang telah dipertimbangkan itu di sebelah kanan helaian jawapan.

7. Markah muktamad hendaklah dipindahkan ke dalam ruangan yang disediakan di bahagian depan buku soalan dan jumlahkan.

8. Markah mesti ditulis dalam dua digit.

Page 7: Peraturan & Skema Pemarkahan (Umum)

Zack A.M.

Langkah-langkah Pemeriksaan

7. Simbol PenyemakanSimbol Perkara

Isi

Kesalahan struktur ayat

Kesalahan kata dan kosa kata

Kesalahan kata berulang

Kesalahan ejaan

Kesalahan ejaan berulang

Kesalahan tanda baca

Kesalahan isi/fakta

Kesalahan tanda baca berulang

Kesalahan imbuhan

Kesalahan imbuhan berulang

Page 8: Peraturan & Skema Pemarkahan (Umum)

Zack A.M.

Peringatan:

Sewaktu cikgu menyemak, laraskan bahasa cikgu dengan umur murid yang skripnya cikgu semak (Tahun 6 – 12 tahun, Tahun 5 – 11 tahun, Tahun 4 – 10 tahun, …….).

Kita menyemak dan menilai hasil karangan murid, bukannya tulisan. Seburuk mana sekalipun tulisan murid, nilai seperti murid-murid yang lain juga. Jangan sampai ada yang teraniaya…….