Perbankan Islam Tidak Islamik

7
World Congress on Islamic Systems 2012 1 Perbankan Islam Tidak Islamik? Pelaksanaan Perbankan dan Kewangan Islam di Malaysia 1 Oleh Mohd Fuad Mohd Salleh 2 UNISEL Abstrak Sejak pengenalan Perbankan Islam sepenuhnya yang pertama pada tahun 1983, Institusi Kewangan dan Perbankan Islam berkembang pantas . Kesemuanya menawarkan apa yang dikenali sebagai “salinan produk konvensional” atau ada ketikanya disebut “pengIslaman produk konvensional”. Pernyataan paling mengelirukan apabila membezakan antara perbankan Islam denga perbankan konvensional ialah ketiadaan faedah atau riba’ dalam perbankan Islam kerana “tiada faedah” hanya salah satu daripada prinsip dalam sistem kewangan Islam. Kajian mendapati beberapa amalan yang dilakukan oleh bank terutama penggunaan wa`ad dilihat sebagai satu tindakan yang melanggar prinsip (i) keuntungan perlu disertai risiko (al-Ghunmu bi al-Ghorm), (ii) kontrak dengan kerelaan, (iii) tiada unsur penindasan dengan keuntungan berlebihan (Ghabn al-Fahsyi). Pengenalan Industri perkhidmatan kewangan Islam telah mengalami perubahan dan pembangunan mendadak dalam dekad terakhir ini semenjak diperkenalkan lebih 40 tahun yang lalu. Bermula dengan penubuhan Tabung Haji di Malaysia pada tahun 1969, diikuti oleh bank perdagangan Islam pertama, Bank Islam Dubai (1970) kemudian Bank Pembangunan Islam yang berpusat di Jeddah (1975) institusi kewangan Islam kini telah berkembang kepada lebih 500 buah. Anggaran saiz industri ini berbeza-beza namun sumber konservatif menggagarkan jumlah aset perbankan dan kewangan Islam mencecah angka USD822 bilion di institusi kewanngan patuh syari`ah atau syari`ah sepenuhnya di seluruh dunia meningkat sebanyak 28.6% dalam tahun 2009 berbanding USD639 billion dalam tahun 2008. Institusi kewangan yang menawarkan produk kewangan Islam beroperasi di lebih 75 buah negara telah berkembang pada kadar 15% setahun, kini dijangka akan berkembang pada kadar yang sama dalam tempoh lima tahun akan datang sedangkan institusi perbankan konvensional telah tidak berkembang sejak beberapa lama. Sebagai contoh, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) asset dan depositnya telah meningkat dari RM 325 juta kepada RM 4,440 juta dalam tahun 1997. Pembiayaan hutang dan perkhidmatan telah meningkat kepada RM 991 juta dalam tahun 1997. Sementara itu bilangan cawangannya telah meningkat kepada 75 dalam tahun 1998 (Abdus Samad & M. Kabir Hassan, 2000). 1 Pembentangan di World Congress on Islamic Systems 2012, 1 – 5 Disember 2012 / 17-21 Muharram 1434H, Kota Bharu, Kelantan. 2 Prof. Madya Dr. Mohd Fuad, Dekan Fakulti Perniagaan, UNISEL.

Transcript of Perbankan Islam Tidak Islamik

Page 1: Perbankan Islam Tidak Islamik

World Congress on Islamic Systems 2012 1

Perbankan Islam Tidak Islamik?

Pelaksanaan Perbankan dan Kewangan Islam di Malaysia1

Oleh

Mohd Fuad Mohd Salleh2

UNISEL

Abstrak

Sejak pengenalan Perbankan Islam sepenuhnya yang pertama pada tahun 1983, Institusi

Kewangan dan Perbankan Islam berkembang pantas . Kesemuanya menawarkan apa

yang dikenali sebagai “salinan produk konvensional” atau ada ketikanya disebut

“pengIslaman produk konvensional”. Pernyataan paling mengelirukan apabila

membezakan antara perbankan Islam denga perbankan konvensional ialah ketiadaan

faedah atau riba’ dalam perbankan Islam kerana “tiada faedah” hanya salah satu daripada

prinsip dalam sistem kewangan Islam. Kajian mendapati beberapa amalan yang

dilakukan oleh bank terutama penggunaan wa`ad dilihat sebagai satu tindakan yang

melanggar prinsip (i) keuntungan perlu disertai risiko (al-Ghunmu bi al-Ghorm), (ii)

kontrak dengan kerelaan, (iii) tiada unsur penindasan dengan keuntungan berlebihan

(Ghabn al-Fahsyi).

Pengenalan

Industri perkhidmatan kewangan Islam telah mengalami perubahan dan pembangunan

mendadak dalam dekad terakhir ini semenjak diperkenalkan lebih 40 tahun yang lalu. Bermula

dengan penubuhan Tabung Haji di Malaysia pada tahun 1969, diikuti oleh bank perdagangan

Islam pertama, Bank Islam Dubai (1970) kemudian Bank Pembangunan Islam yang berpusat di

Jeddah (1975) institusi kewangan Islam kini telah berkembang kepada lebih 500 buah. Anggaran

saiz industri ini berbeza-beza namun sumber konservatif menggagarkan jumlah aset perbankan

dan kewangan Islam mencecah angka USD822 bilion di institusi kewanngan patuh syari`ah atau

syari`ah sepenuhnya di seluruh dunia meningkat sebanyak 28.6% dalam tahun 2009 berbanding

USD639 billion dalam tahun 2008.

Institusi kewangan yang menawarkan produk kewangan Islam beroperasi di lebih 75

buah negara telah berkembang pada kadar 15% setahun, kini dijangka akan berkembang pada

kadar yang sama dalam tempoh lima tahun akan datang sedangkan institusi perbankan

konvensional telah tidak berkembang sejak beberapa lama. Sebagai contoh, Bank Islam Malaysia

Berhad (BIMB) asset dan depositnya telah meningkat dari RM 325 juta kepada RM 4,440 juta

dalam tahun 1997. Pembiayaan hutang dan perkhidmatan telah meningkat kepada RM 991 juta

dalam tahun 1997. Sementara itu bilangan cawangannya telah meningkat kepada 75 dalam tahun

1998 (Abdus Samad & M. Kabir Hassan, 2000).

1 Pembentangan di World Congress on Islamic Systems 2012, 1 – 5 Disember 2012 / 17-21 Muharram 1434H, Kota

Bharu, Kelantan. 2 Prof. Madya Dr. Mohd Fuad, Dekan Fakulti Perniagaan, UNISEL.

Page 2: Perbankan Islam Tidak Islamik

World Congress on Islamic Systems 2012 2

Meskipun data yang ada amat menggalakkan, namun fakta ini menunjukkan bahawa saiz

industri perbankan dan kewangan Islam adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan

keseluruhan nilai aset perbankan dan kewangan dunia. Masih terlalu luas ruang untuk

dieksploitasi. Kekuatan ruang belum teroka ini terletak pada bilangan orang Islam yang

menjangkau hampir 1.6 billion dengan kekayaan dianggarkan USD3 trilion. Salah satu daripada

sebab utama yang menghalang pertumbuhan kewangan Islam ialah kekurangan kesedaran dalam

kalangan orang Islam sendiri mengenai tanggungjawab dan kewajipan untuk menjalankan

aktiviti kewangan berlandaskan Islam selain kekurangan kepakaran dalam menerokai model

perbankan, insurans dan pelaburan berlandaskan Islam.

Satu lagi punca utama yang menyebabkan pertumbuhan yang perlahan ialah kekurangan

sumber manusia yang cukup terlatih serta memahami roh sistem kewangan Islam dalam

mencipta model dan alat atau instrumen kewangan Islam. Institusi kewangan Islam secara

umumnya termasuk di Malaysia telah mengambil tenaga kerja pakar dari sistem kewangan

konvensional yang kerapkali merasa selesa dengan mengambil produk dan perkhidmatan

konvensional dan melabelnya dengan label Islam tanpa memahami secara jelas matlamat dan

tujuan sistem kewangan Islam meskipun ia telah dirujuk kepada badan penasihat syari`ah dalam

institusi masing-masing namun pelaksanaannya terletak di tangan anggota yang sebahagian

besarnya tidak memahami ajaran Islam dan sistem kewangan Islam (Fuad, S. dan Maisalmah,

2009; Fuad, S. dan Normilia, 2010).

Akibat daripada tindakan ini telah menyebabkan ketidakselesaan yang dapat dilihat

dengan jelas sekarang ini. Kita boleh melihat produk dan perkhidmatan yang cukup banyak yang

secara zahirnya dilihat sebagai mematuhi syari`ah Islam dari segi bentuknya namun bersifat

konvensional dalam banyak segi jika dikaji secara teratur dan terperinci. Ini kerana mereka yang

terlibat hanya melihat tiga perkara yang perlu ditiadakan iaitu riba’, maisir dan gharar tanpa

melihat kepada keseluruhan ciri-ciri sistem kewangan Islam. Lalu muncullah apa yang disebut

sebagai mematuhi syari`ah (shari`ah compliance) bukan asas syari`ah (shari`ah based). Oleh

kerana itulah kini terdapat beberapa instrumen yang tidak diterima oleh ahli fiqh pengamal

sistem kewangan Islam di Timur Tengah meskipun ia dikatakan berpunca daripada perbezaan

pendapat.

Satu lagi punca utama yang menyebabkan pertumbuhan yang perlahan ialah kekurangan

sumber manusia yang cukup terlatih serta memahami roh sistem kewangan Islam dalam

mencipta model dan alat atau instrumen kewangan Islam. Institusi kewangan Islam secara

umumnya termasuk di Malaysia telah mengambil tenaga kerja pakar dari sistem kewangan

konvensional yang kerapkali merasa selesa dengan mengambil produk dan perkhidmatan

konvensional dan melabelnya dengan label Islam tanpa memahami secara jelas matlamat dan

tujuan sistem kewangan Islam.

Akibat daripada tindakan ini telah menyebabkan ketidakselesaan yang dapat dilihat

dengan jelas sekarang ini. Kita boleh melihat produk dan perkhidmatan yang cukup banyak yang

secara zahirnya dilihat sebagai mematuhi syari`ah dari segi bentuknya namun bersifat

konvensional dalam banyak segi jika dikaji secara teratur dan terperinci. Ini kerana mereka yang

terlibat hanya melihat tiga perkara yang perlu ditiadakan iaitu riba’, maisir dan gharar tanpa

melihat kepada keseluruhan ciri-ciri sistem kewangan Islam. Lalu muncullah apa yang disebut

sebagai mematuhi syari`ah bukan asas syari`ah. Oleh kerana itulah kini terdapat beberapa

instrumen yang tidak diterima oleh ahli fiqh dan pengamal sistem kewangan Islam di Timur

Tengah meskipun ia dikatakan berpunca daripada perbezaan pendapat.

Page 3: Perbankan Islam Tidak Islamik

World Congress on Islamic Systems 2012 3

Penyelesaian kepada permasalahan di atas mungkin terletak pada kemampuan untuk

memberi kesedaran meluas dalam kalangan mereka yang terlibat dalam industri kewangan Islam

melalui pendidikan, latihan dan penyelidikan. Pendeposit, pelabur, ahli perbankan, pengamal

profesion insurans, penganilisis kewangan, penggubal undang-undang dan pembuat polisi perlu

diberitahu maklumat sepenuhnya mengapa sistem kewangan konvensional tidak boleh diterima

oleh syari`ah. Apakah elemen-elemen tertentu dan bentuk-bentuk yang tidak boleh diterima,

apakah produk dan perkhidmatan alternatif yang memenuhi keperluan dan kehendak serupa dan

akhirnya mereka perlu diberitahu adakah alternatif tersebut cekap dan dapat memenuhi jangkaan

pengguna. Yang paling penting ialah adakah alternatif yang ada benar-benar berasaskan ajaran

Islam atau hanya mematuhi beberapa syarat dalam syari`ah Islam.

Sistem Kewangan Islam

Sistem kewangan Islam ialah adalah satu sistem yang dilaksanakan berpandukan prinsip-

prinsip syari`ah Islam dan menurut lunas-lunas muamalah Islam (Abd. Mukmin, 1999). Ini

kerana prinsip syari`ah yang berteraskan panduan al-Qur’an dan Hadith Nabis SAW adalah unik

dan istimewa. Menurut Mannan (1986) keunikan undang-undang Islam terletak pada prinsipnya

yang menyeluruh dan kesahannya sepanjang zaman. Maududi (1983) pula menjelaskan bahawa

matlamat utama Syari`ah (maqasid as-Syari`ah) ialah untuk membina kehidupan manusia

berasaskan perbuatan baik (ma’rufat) dan pembersihan keburukan (munkarat).

Secara umumnya terdapat tiga asas penting dalam Sistem Kewanga Islam iaitu (i)

Terhindar dari riba’, maisir dan gharar (ii) Mengikut lunas-lunas kontrak mu`amalah, (iii)

Berasaskan penyertaan dalam proses pengeluaran. Selain dari itu terdapat pula peraturan-

peraturan penting dalam pelaksanaan kontrak muamalah Islam yang perlu dipatuhi agar sesuatu

aktiviti atau transaksi perniagaan yang dijalankan benar-benar mematuhi prinsip-prinsip syariah.

Ianya termasuk kerelaan kedua belah pihak dalam kontrak muamalah, keuntungan disertai risiko

(al-Ghunmu bi al-Ghorm) dan tiada unsur penindasan seperti keuntungan berlebihan yang

merugikan pihak lain (Ghabn al-Fahisy).

Lush (2009) berpendapat bahawa faedah telah menjadi “penyaring kewangan” dari

perspektif pengamal-pengamal Islam. Bunga diharamkan kerana perhatian Islam terhadap

“bunga” iaitu meminjam dengan kadar faedah menurut cara Barat dianggap mengambil

kesempatan terhadap peminjam yang sedang berhadapan dengan kesukaran ekonomi dan

kewangan.

Selain mematuhi prinsip-prinsip di atas, terdapat beberapa syarat lain yang perlu dpatuhi

yang merangkumi (i) Syarat jual beli, (ii) Syarat barangan harta benda yang hendak dijual beli,

(iii) Syarat bagi harga barangan, (iv) Syarat sighah/akad jual beli (kontrak) iaitu (ijab dan qabul)

kerana perlaksanaan sistem kewanga Islam yang keseluruhannya (kecuali beberapa bentuk qard)

adalah diasaskan kepada jual-beli (al-bay’).

Perbankan Islam di Malaysia

Perbincangan dalam kertas ini akan tertumpu kepada beberapa perkara pokok dalam

pelaksanaan perbankan Islam di Malaysia. Penulis melontarkan beberapa persoalan untuk

dibincang dan dihalusi oleh pembaca untuk menilai sama ada pelaksanaan perbankan Islam di

Malaysia benar-benar mematuhi syari`ah Islam. Dalam kertas ini penulis hanya akan menyentuh

Page 4: Perbankan Islam Tidak Islamik

World Congress on Islamic Systems 2012 4

tiga perkara sahaja iaitu (i) pematuhan kepada prinsip al-Ghunmu bi al-Ghorm, (ii) prinsip

kerelaan dalam kontrak, (iii) penggunaan wa`ad dalam kontrak.

Keuntungan disertai risiko (al-Ghunmu bi al-Ghorm)

Oleh kerana faedah adalah dilarang sama sekali, penyumbang menjadi pelabur, bukannya

pemiutang. Penyumbang modal dan pengusaha akan berkongsi risiko perniagaan sebagai

pulangan kepada perkongsian untung. Islam menetapkan bahawa dalam dalam kontrak

muamalah pelabur akan membantu pengusaha untuk membangunkan perdagangan atau

perniagaan dan putaran ini berterusan tanpa henti. Kedua-dua pihak perlu terlibat aktif dalam

proses pengeluaran. Inilah keunikan dalam sistem muamalah Islam. Apabila kedua-dua pihak

terlibat dalam proses pengeluaran, maka kedua-duanya akan menanggung risiko secara bersama

(Abd. Mukmin, 1999).

Prinsip kerelaan dalam kontrak

Sesuatu urusniaga yang dilakukan oleh penjual dan pembeli hendaklah dilakukan secara

sukarela tanpa adanya paksaan daripada mana-mana pihak tertentu bagi menjalankan akad. Jual

beli atau akad yang dipaksa dengan sendiri membatalkan jual beli atau akad tersebut. Ini juga

terpakai dalam mana-mana perjanjian yang bersangkutan dengan jual beli. Sebarang kontrak

yang dilakukan tanpa kerelaan akan dengan sendirinya menjejaskan kontrak berkenaan. Tanda

adanya kerelaan di antara kedua belah pihak tersebut adalah adanya ijab dan qabul. Firman Allah

yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta

sesama kamu secara batil kecuali malalui perniagaan yang berlaku secara reda

meredai antara kamu." (an-Nisa: 29)

Penggunaan wa`ad dalam kontrak

Perkataan al-wa‘d dari segi bahasa dan istilah fuqaha’ bermaksud: “Pernyataan oleh

seseorang tentang sesuatu tindakan yang akan dilakukan pada masa hadapan yang ada kaitan

dengan individu lain, tidak kira sama ada tindakan itu baik atau sebaliknya”. Berdasarkan kepada

undang-undang Islam Wa`ad bermaksud janji yang memberi makna pernyataan sukarela

seseorang atau kumpulan orang atas sesuatu perkara. Dalam transaksi perniagaan, janji

mempunyai dua makna. Ini kerana untuk kontrak sebelah pihak (unilateral), tawaran oleh

penawar dikenali sebagai janji, sementara dalam perjanjian dua belah pihak (bilateral)

penerimaan oleh penerima tawaran juga dikenali sebagai janji. Pelaksanaan janji boleh dilihat

dalam banyak konsep transaksi Islamik. Contohnya dalam jual beli, murabahah, syirkah

mutanaqisah, ijarah, takaful dan lain-lain (Siti Salwani, 2008).

Secara umumnya wa`ad dilaksanakan dalam tiga akad pendasar buyu’ (murabahah, inah

atau tawaruk), ijarah (al-ijarah thumma al-bay‘) dan syirkah atau musyarakah. Perbincangan

yang agak terperinci telah dilakukan oleh al-Qaradawi dalam buku beliau Bay‘ al Murabahah li

al-Amir bi al-Syira’ (Azizi, 2008).

Wa`ad juga telah distruktur bagi melindungi kepentingan pembiaya iaitu institusi

perbankan Islam. Wa`ad menghendaki pelanggan berjanji untuk membeli aset sewaan dalam

keadaan yang menyalahi terma-terma perjanjian (event of default) dan kerosakan menyeluruh

(total loss). Semuanya ini sebagai penyelesaian kepada call option dan put option yang

digunakan dalam terma-terma pembiayaan konvensional (Ahmad Suhaimi, 2008).

Page 5: Perbankan Islam Tidak Islamik

World Congress on Islamic Systems 2012 5

Salah satu produk yang berkaitan dengan musyarakah mutanaqisah adalah kemudahan

perkongsian di antara bank dengan pelanggan dalam pembiayaan pembelian rumah . Perkongsian

dibentuk di antara bank dengan pelanggan tersebut, di mana kedua-dua pihak akan

menyumbangkan sejumlah modal tertentu untuk membeli rumah yang diperlukan oleh

pelanggan. Dalam kontrak musyarakah mutanaqisah ini, pelanggan berjanji untuk membeli

semula keseluruhan saham bank dalam perkongsian tersebut berdasarkan formula tertentu

dengan harga yang biasanya merupakan nilai keseluruhan sumbangan awal bank. Waktu

pembelian kontrak biasanya ditentukan di peringkat awal. Janji ini merupakan wa‘ad. Selain itu,

pelanggan juga memeterai perjanjian (akad) ijarah untuk bahagian yang dimiliki oleh bank

dalam sesuatu tempoh.

Penawaran Produk dan Perkhidmatan Perbankan

Beberapa penemuan daripada kajian yang dijalankan dibeberapa buah institusi

perbangkan di Malaysia menunjukkan terdapat keraguan dalam pelaksanaan penawaran kontrak

kerana berlaku percanggahan di antara prinsip sesuatu produk dengan cara penawaran atau

pelaksanaan produk tersebut. APabila berlaku pelanggaran prinsip maka dengan sendirinya akan

membatalkan kontrak.

Penemuan pertama ialah pembiayaan 100% bagi pelanggan yang ingin memiliki rumah

sendiri melalui pembiayaan musyarakah mutanaqisah (Fuad & Normilia, 2010). Sekiranya

pembiayaan dilakukan 100%, apakah sumbangan pelanggan untuk membolehkan pelanggan

menjadi rakan kongsi perniagaan? Dalam kontrak musyarakah yang merupakan kontrak

perkongsian setiap rakan kongsi perlu menyumbang modal.

Satu lagi penemuan ialah pulangan tunai untuk pembiayaan pemilikan rumah melalui

musyarakah mutanaqisah Apabila dicampurkan jumlah pembiayaan dengan pulangan tunai,

jumlahnya melebihi 100%. Apakah sumbangan pelanggan untuk membolehkan mereka menjadi

rakan kongsi dalam pemilikan rumah melalui pembiayaan seperti ini jika keseluruhan kos

pembelian ditanggung oleh pihak bank?

Wa`ad yang diguna pakai oleh sebahagian besar bank lebih kepada untuk melepaskan

bank daripada menanggung risiko (Ahmad Suhaimi, 2008). Contohnya salah sebuah bank yang

menawarkan produk musyarakah mutanaqisah mensyaratkan pelanggan menandatangani wa`ad

sebagai syarat untuk bank mengeluarkan pembayaran kepada pelanggan. Ini menunjukkan

pelanggan menandatangani wa`ad dalam keadaan terpaksa atau “under dures”. Ini melanggar

prinsip kerelaan dalam kontrak perniagaan dan dengan sendirinya menjadikan kontrak tersebut

tidak sah.

Selain dari itu, wa`ad akan dilaksanakan sekiranya pelanggan gagal membayar sewaan

untuk satu tempoh yang ditetapkan. Bermakna pelanggan perlu membeli keseluruhan saham

bank dalam kontrak musyarakah tersebut. Setelah itu bank akan mendapatkan kembali kesemua

sumbangan modalnya daripada pelanggan melalui penjualan harta berkenaan. Sekiranya nilai

jualan tidak dapat menampung jumlah pembiayaan, pelanggan tetap bertanggungjawab

melunaskannya. Ini dengan jelas melanggar prinsip “keuntungan disertai risiko (al-Ghunmu bi

al-Ghorm). Dengan penggunaan wa`ad seperti ini, bank dengan jelas sengaja memindahkan

kesemua risiko untuk ditanggung oleh pelanggan dan tidak dikongsi bersama. Tindakan ini juga

melanggar prinsip tiada unsur penindasan seperti keuntungan berlebihan yang merugikan pihak

lain (Ghabn al-Fahsyi). Pelanggan tetap menanggung kerugian sedangkan bank bebas daripada

risiko dan tetap mendapat keuntungan.

Page 6: Perbankan Islam Tidak Islamik

World Congress on Islamic Systems 2012 6

Kesimpulan

Dari penjelasan di atas, boleh disimpulkan bahawa penggunaan wa‘ad sebenarnya adalah

untuk melindungi kepentingan pihak bank; walaupun dalam sesetengah keadaan ia juga boleh

diaplikasikan untuk menjaga kepentingan pihak pelanggan. Isu yang timbul di sini ialah: adakah

penggunaan wa‘ad akan membawa kepada pelanggaran muqtadha (kehendak) akad dalam

sesetengah keadaan? Persoalan kedua ialah adakah penggunaan wa`ad bererti memindahkan

risiko kepada pelanggan secara keseluruhannya kerana ia dengan jelas bertentangan dengan

prinsip al-Ghunmu bi al-Ghorm. Persoalan ini perlu ditangani dengan teliti kerana dibimbangi ia

boleh menyebabkan terbatalnya akad yang mendasari sesuatu kontrak.

Sekiranya akad terbatal dan bank masih meneruskan amalan berkenaan dikhuatiri ia

menjerumuskan bank kepada aktiviti tidak patuh syari`ah lalu perkhidmatan dan produk bank-

bank Islam tidak lagi mengikut lunas-lunas Islam. Atau dalam lain perkataan perbankan Islam

tidak Islamik. Lantas ia tidak akan dapat mencapai tujuan Syari`ah (Maqasid as-Shari`ah) yang

digariskan.

Adalah diharapkan perbincangan ringkas ini dapat diperhalusi oleh mereka yang lebih

arif dalam persoalan hukum bermuamalah. Jawatankuasa Penasihat Syari`ah bank-bank Islam

mungkin tidak menyedari kepincangan dalam pelaksanaan kerana mereka tidak berada dalam

kelompok pelaksana. Namun Jabatan Kawalan Syari`e bank-bank Islam perlu memainkan

peranan lebih aktif dan pro-aktif untuk memantau dan meneliti pengurusan kontrak-kontrak

perbankan agar ia benar-benar menepati syari`ah. Ini akan dapat membuka jalan untuk

perbankan Islam menuju satu paras baru iaitu Perbankan Berasaskan Syari`ah dan tidak lagi

Perbankan Patuh Syari`ah.

Page 7: Perbankan Islam Tidak Islamik

World Congress on Islamic Systems 2012 7

Rujukan

1. Abd. Mukmin Abd. Ghani (1999)."Sistem Kewangan Islam dan Pelaksanaannya di

Malaysia", Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

2. Abdus Samad & Hassan, M. Kabir (2000). The performance of Malaysian Islamic Bank

during 1984-1997: An exploratory study. International Journal of Islamic Financial

Services Vol. 1 No.3

3. Ahmad Suhaimi, Y. (2008). Penggunaan Wa`d dalam Kontrak Buyu`, Ijarah dan Syirkah :

Implikasi Hukum. Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara 2008, 27-28 Februari

2008.

4. Azizi Che Seman (2008). Aplikasi wa’d dalam produk perbankan. Muzakarah Cendekiawan

Syariah Nusantara 2008, 27-28 Februari 2008.

5. Fuad, S. and Maisalmah, A. (2009). Marketability of Islamic Banking and Finance Towards

Muslims in Kuala Lumpur.

6. Fuad, S. and Normilia, A. (2010). Customer Preferences Towards Islamic Home Financing

in Klang Valley.

7. Lush, E. (2009). Islamic finance stakes its claim: banking governed by Koranic principles is

a rare growth market in a shaken financial world, but is it really more stable than its

Anglo-Saxon equivalent? The Spectator, October 17, 2009.

8. Muhammad Abdul Mannan,"Ekonomi Islam: Teori dan Praktis", Percetakan Zafar Sdn Bhd,

1993 (110 – 150)

9. Siti Salwani, R. (2008). The Concept Of Wa’ad in Islamic Financial Contract. Islamic

Banking, Accounting and Finance Conference (iBAF 2008), The Legend Hotel, Kuala

Lumpur.