PERBEZAAN INDIVIDU

17
PERBEZAAN INDIVIDU SHAFINAH BINTI SAHIPAH AINA HUSNA BINTI DILAH

description

pismp sem5

Transcript of PERBEZAAN INDIVIDU

Page 1: PERBEZAAN INDIVIDU

PERBEZAAN INDIVIDUSHAFINAH BINTI SAHIPAHAINA HUSNA BINTI DILAH

Page 2: PERBEZAAN INDIVIDU

DEFINISI Henson dan Eller (1999), dalam bukunya

Educational Psychology for Effective Teaching, menerangkan perbezaan individu merujuk kepada ciri-ciri atau sifat-sifat manusia yang mempunyai potensi sama ada memajukan keupayaan seseorang (contohnya seperti optimistik, sentiasa berani mencuba) atau membataskan keupayaan seseorang untuk belajar dalam persekitaran sekolah (contohnya seperti takut melakukan kesilapan, takut bertanya).

Page 3: PERBEZAAN INDIVIDU

ASPEK PERBEZAA

N INDIVIDU

FIZIKAL

KOGNITIF / MENTAL

EMOSI

TINGKAHLAKU

SOSIAL

ROHANI / AGAMA

Page 4: PERBEZAAN INDIVIDU

FIZIKAL perbezaan individu dari dari segi kelihatan

luaran seperti paras rupa, susuk badan dan sebagainya serta fizikal yang tidak boleh lihat iaitu fizikal dalaman seperti saiz otak dan jumlah neuron. 

perbezaan perkembangan saiz badan kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki semasa mencapai umur lingkungan 10 tahun sehingga 12 tahun semasa belajar di sekolah rendah

Page 5: PERBEZAAN INDIVIDU

KOGNITIF / MENTAL Setiap individu berbeza dari segi keupayaan berfikir, belajar,

mengingat, menaakul, menganalisis serta bakatnya.  Murid-murid mempunyai aras kognitif yang berlainan. 

Mereka mungkin memproses rangsangan-rangsangan yang diterima daripada persekitaran dengan cara-cara yang berlainan.  Contohnya murid-murid perempuan mempunyai kemahiran menulis dan memori yang lebih tinggi daripada lelaki. 

pencapaian murid-murid lelaki lebih baik berbanding murid-murid perempuan bagai matapelajaran Matematik, Sains dan sukan.  Manakala pencapaian murid-murid perempuan adalah baik berbanding murid-murid lelaki dalam matapelajaran masakan dan jahitan. 

Page 6: PERBEZAAN INDIVIDU

EMOSI Murid-murid mempunyai tahap emosi yang

berlainan.  Ini adalah kerana mereka berasal keluarga yang mempunyai tahap sosio-emosi dan kemahiran-kemahiran sosial yang berlainan.  Emosi ini adalah berasal dari ibu bapa. 

Tahap kecerdasan emosi ini adalah berbeza.  Contoh emosi, ketakutan, sensitif, cepat marah, pemalu, pasif dan sebagainya.  Kanak-kanak lelaki lebih bersifat temperamen daripada kanak-kanak perempuan. 

Page 7: PERBEZAAN INDIVIDU

TINGKAHLAKU Tingkah laku juga dikenali sebagai kebolehan khas

yang diwarisi tetapi peluang alam sekitar yang luas juga turut mempengaruhi tingkah laku seseorang. 

perbezaan tingkah laku individu dapat dihayati dari segi pergaulan, interaksi dan aktiviti sosial.  Contohnya, terdapat peluang atau galakan yang positif maka akan wujudnya tingkah laku seseorang itu positif. 

Dari segi pengaruh persekitaran adalah seperti dari keluarga, sekolah, rakan sebaya, mediamassa dan kebudayaan. 

Page 8: PERBEZAAN INDIVIDU

SOSIAL perbezaan sosial adalah mengikut ciri-ciri semulajadi iaitu

trait yang akan tentukan sama ada individu itu permalu, pendiam, mengasingkan diri, gugup, gelisah, impulsif.  Manakala minat, sikap, keperluan, kecenderungan serta temperamen juga turut mempengaruhi individu. 

Bandura (1997) menekankan pengaruh model ke atas tingkah laku individu yang belajar tingkah laku tertentu melalui pemerhatian terhadap orang lain.

Perbezaan sosial yang wujud adalah dipengaruhi wujudnya latarbelakang sosio-ekonomi seperti murid-murid yang mempunyai kapasiti pendapatan keluarga yang tinggi, maka nustrisi adalah lebih bagus dan keadaan fizikal terjaga dengan rapi. 

Page 9: PERBEZAAN INDIVIDU

ROHANI / AGAMA Kewujudan perbezaan rohani di kalangan murid-murid

adalah disebabkan terdapatnya perbezaan budaya dengan kepercayaan masing-masing.  Aspek rohani Adalah lebih universal dengan hubungan tubuh badan-minda-jiwa.  Murid-murid dibesar mengikut sistem agama tertentu dari ibu bapa. 

Guru-guru bertanggungjawab lebih sensitif terhadap agama dan menggunakan nilai-niali rohani am untuk membina kesihatan dan kekuatan minda murid-murid supaya melahirkan jiwa murid-murid yang stabil dan seimbang.

pendidik perlu merancang strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang akur dengan gaya pembelajaran yang berbeza-beza di kalangan murid supaya tahap pencapaian matlamat pengajaran dapat dipertingkatkan.   

Page 10: PERBEZAAN INDIVIDU

IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU TERHADAP P&P

Page 11: PERBEZAAN INDIVIDU

1. Perbezaan Gaya Berfikir merujuk kepada gaya kognitif dan gaya murid belajar. Kedua-dua

gaya terhasil daripada perbezaan individu. Kedua-dua gaya ditunjukkan oleh murid dalam kelas seperti ada yang lebih selesa belajar menggunakan kemudahan audio dan ada pula yang selesa dengan menggunakan alat visual. Murid-murid yang cepat bertindak akan cepat menyiapkan kerja-kerja rumah. Bagi murid-murid yang tidak berminat dengan kerja rumah akan menghantar lewat tugasannya kepada guru.

Gaya belajar dikelaskan sebagai gaya belajar bergantung, bebas, mengelak, bekerjasama, bersaing dan mengelakkan diri. Guru boleh mengenal pasti dengan jelas keenam-enam gaya belajar di atas dalam sesebuah kelas. Manurut pakar psikologi, terdapat sekurang-kurangnya dua puluh perbezaan gaya belajar dalam kalangan individu. Oleh itu, guru perlu membuat penyelidikan bagi mengkaji dan meneliti perlakuan setiap murid dalam kelas yang diajarnya sebelum pengajaran dimulakan.

Page 12: PERBEZAAN INDIVIDU

2. Objektif P&P Objektif pembelajaran perlu ditentukan mengikut

kemampuan murid. Bagi murid yang pintar, objektif pembelajaran perlu lebih tinggi daripada murid yang lemah.

Objektif pembelajaran perlu mengikut aras yang dicadangkan oleh taksonomi Bloom, iaitu aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis dan sintesis. Aras kesukaran pada objek atau penilaian perlu berubah mengikut prestasi murid.  

Bagi murid-murid yang pintar cerdas tentu memerlukan objektif yang lebih luas jika dibandingkan dengan kumpulan yan lemah.

Page 13: PERBEZAAN INDIVIDU

3. Kesediaan Belajar kanak-kanak yang sama umurnya tidak semestinya berada di

peringkat kesediaan belajar yang sama. Murid-murid yang mendapat pendidikan asas di rumah dan pernah memasuki kelas tadika dan pra sekolah akan kelihatan cukup bersedia semasa guru memulakan sesuatu pengajaran. Keadaaanya adalah berbeza dengan murid-murid yang tidak dapat menikmati kemudahan dan keperluan tersebut.

Murid-murid yang pintar selalunya bersedia awal untuk belajar berbanding dengan murid lembam yang memerlukan ransangan yang lebih untuk menggerakkan mereka belajar. Perlu diperhatikan juga tahap kecergasan dan kestabilan emosi murid sebelum pengajaran dimulakan. Oleh itu, dicadangkan guru membuat pemerhatian awal secara rambang untuk mendapatkan tahap kesediaan murid pada hari itu.

Page 14: PERBEZAAN INDIVIDU

4. Gangguan P&P Gangguan pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan

kesediaan belajar. Murid-murid yang bersedia belajar selalunya akan memudahkan guru memulakan pengajaran. Mereka juga biasanya saling bekerjasama dengan rakan-rakan dalam sebarang aktiviti pembelajaran yang dijalankan.

Sebaliknya bagi murid yang bermasalah seperti malas belajar, meminta perhatian yang berlebihan, nakal dan berkelakuan tidak senonoh, mereka akan menggangu pembelajaran. Murid-murid ini akan menggangu rakan, membuat bising dan tidak mengendahkan arahan guru.

Walau bagaimanapun, terdapat kes-kes murid yang cerdik menggangu pembelajaran seperti terlalu proaktif, menyudahkan kerja terlalu cepat dan berani melawan.

Page 15: PERBEZAAN INDIVIDU

5. Kadar Kecerdasan Mengikut Jantina Darjah kecerdasan biasanya berubah-ubah mengikut umur, sikap,

kematangan dan faktor persekitaran. Berbagai-bagai jenis ujian, kajian telah dan sedang dilaksanakan untuk mengukur darjah kecerdasan kanak-kanak.

seseorang pelajar yang telah sedar sejajar dengan peningkatan umur akan nilai pendidikan akan mempunyai inisiatif dan motivasi yang kuat untuk belajar.

Pada umumnya, keupayaan intelek dan penguasaan bahasa pelajar perempuan di peringkat sekolah rendah adalah lebih baik daripada pelajar lelaki. Sebaliknya, tahap kecerdasan pelajar lelaki adalah sederhana dan akan meningkat mencapai kematangan apabila sampai ke peringkat pengajian tinggi. Namun begitu, kita tidak boleh menafikan bahawa tahap kecerdasan pelajar perempuan akan kekal stabil apabila sampai ke peringkat pengajian tinggi.

Page 16: PERBEZAAN INDIVIDU

6. Latar Belakang Kehidupan Keluarga latar belakang bandar/senang menyediakan

berbagai-bagai kemudahan pembelajaran seperti menghantar anak-anak mereka ke kelas-kelas tambahan, kemudahan komputer berinternet dan buku-buku rujukan yang lengkap.

Sebaliknya, murid-murid yang berasal dari kawasan luar bandar biasanya lebih rendah pencapaian mereka dalam sesuatu peperiksaan terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Hal ini kerana mereka kurang didedahkan dengan faktor-faktor persekitaran yang boleh mendorong mereka untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.

Sikap keluarga dan pengaruh sosiobudaya masyarakat di luar bandar secara tidak langsung mempengaruhi suasana pembelajaran di kalangan murid-murid.

Page 17: PERBEZAAN INDIVIDU

KESIMPULAN Guru sepatutnya prihatin dan ambil

berat akan perkembangan dan setiap perubahan dalam setiap aspek dalam diri anak-anak didiknya agar dapat mengenalpasti segala potensi sedia ada ataupun potensi terpendam mereka yang dapat digilap untuk bidang pendidikan dan sebagainya.