Perbezaan kbsr dan kssr baru

8
Transformasi kurikulum kebangsaan dilaksanakan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) sedia ada.Transformasi kurikulum adalah untuk memastikan semua dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevandengan keperluansemasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Kurikulum transformasi ini dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ). KSSR digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta mengekalkan prinsip-prinsip KBSR . KSSR merupakan penambahbaikan dalam aspek reka bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. KSSR jugadiperkenalkan untuk menangani isu-isu pendidikan seperti kepadatan jadual waktu, bilangan matapelajaran yang banyak serta keterlaluan penekanan kepada kecemerlangan akademik. KSSR member penekanan kepada pembelajaran menyeronokkan, pengurangan bilangan matapelajaran, serta member perhatian kepada pentaksiran berasaskan sekolah. Murid juga digalakkan meningkatkan penglibatan dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah. Penghayatan serta pengukuhan nilai seperti perpaduan, alam

description

 

Transcript of Perbezaan kbsr dan kssr baru

Page 1: Perbezaan kbsr dan kssr baru

Transformasi kurikulum kebangsaan dilaksanakan sebagai usaha menyusun semula dan

menambah baik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) sedia ada.Transformasi

kurikulum adalah untuk memastikan semua dibekalkan dengan pengetahuan,

kemahiran dan nilai yang relevandengan keperluansemasa bagi menghadapi cabaran abad ke-

21. Kurikulum transformasi ini dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR).KSSR digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta mengekalkan

prinsip-prinsip KBSR. KSSR merupakan penambahbaikan dalam aspek reka bentuk,

organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran,

bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. KSSR jugadiperkenalkan untuk menangani isu-

isu pendidikan seperti kepadatan jadual waktu, bilangan matapelajaran yang banyak serta

keterlaluan penekanan kepada kecemerlangan akademik. KSSR member penekanan kepada

pembelajaran menyeronokkan, pengurangan bilangan matapelajaran, serta member perhatian

kepada pentaksiran berasaskan sekolah. Murid juga digalakkan meningkatkan penglibatan

dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah. Penghayatan serta pengukuhan nilai

seperti perpaduan, alam sekitar dan patriotism juga diberi tumpuan. Fokus juga diberikan

kepada penguasaan kernahiran membaca, menulis dan mengira.(3M) dan kemahiran yang

keempat iaitu kemahiran menaakul. KSSR juga memastikan murid berupaya menguasai

kemahiran nilai tambah seperti kreativiti dan inovasi, keusahawanan, dan kemahiran

Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK).Selain itu murid juga boleh berkomunikasi

dalam pelbagai bahasa, beretika, mempunyai keyakinan diri, bersikap patriotik,

menghayati dan mengamalkansemangat perpaduan dan cintakan negara.Kurikulum Standard

Sekolah Rendah (KSSR) merupakan kurikulum yang dinamik dan digubal bagi memastikan

anak didik di sekolah dibekalkan dengan ilmu yang relevandengan keperluan dan cabaran

abad ke- 21.

Page 2: Perbezaan kbsr dan kssr baru

PERBEZAAN KBSR DAN KSSR

Di antara perbezaan KBSR dan KSSR ialah :

a) Reka bentuk kurikulum KBSR adalah berasaskan tiga bidang sahaja iaitu

komuikasi,manusia dan alam sekeliling serta perkembangan individu.Manakala KSSR

pula reka bentuk kurikulum berasaskan enam tunjang yang terdiri dari komunikasi,

kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, sains

dan teknologi serta ketrampilan diri.

b) Bahan kurikulum KBSR adalah SukatanPelajaran. Manakala bahan kurikulum bagi

KSSR adalah Dokumen Standard Kurikulum.

c) Reka bentuk kurikulum KBSR adalah Linear tetapi rekabentuk kurikulum bagi KSSR

pula berbentuk Modular.

d) Organisasi kurikulum KBSR bagi tahap 1(1,2dan 3) meliputi matapelajaran

teras,wajib dan tambahan.Manakala bagi tahap II (4,5 dan 6) pula matapelajaran teras,

wajib dan tambahan.Bagi organisasi kurikulum KSSR tahap 1(1,2 dan 3) pula

mengandungi Modul Teras Asas, Modul Teras tema dan modul Elektif. Untuk Tahap

II (4,5dan 6) pula Mata pelajaran Teras dan Elektif.

e) Elemen KBSR berfokuskan Memahiran berfikir secara Kritis dan Kreatif. Manakala

elemen KSSR pula ialah Kreativiti dan inovasi, Keusahawanan serta Teknologi

Maklumat dan Komunikasi (ICT) secara eksplisit.

f) KBSR berfokuskan kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira. KSSR pula lebih

berfokuskan kepada 4M (Membaca,Menulis danMenaakul).

Page 3: Perbezaan kbsr dan kssr baru

Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha

menyusunsemula dan menambahbaik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid

dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa

bagi menghadapi cabaran abad ke-21.Dalam proses transformasi kurikulum, Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuat penanda aras dengan kurikulum Negara maju bagi

memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan standing dengan pendidikan global.

Melalui trasformasi kurikulum, Kurikululum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

diperkukuh serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR). KBSR telah disemak semula bagi memastikan murid dibekalkan dengan

pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa.

Pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menggunakan modul yang akanmenggantikanbuku

teks oleh itu guru-guru telah dan sedang dilatih untuk KSSR. Ia diharap dapat meningkatkan

penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalambahasaMelayu dan bahasaInggeris.

Pendekatan teknik P&P akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan

penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk

mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.

Page 4: Perbezaan kbsr dan kssr baru

KESIMPULAN:

Dunia pendidikan sekarang mengalami perkembangan yang sangat dinamik dalam arus

globalisasi. Perkembangan ini juga menuntut perubahan dalam kurikulum.Seiring dengan itu,

Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil inisiatif untuk menyemak dan melakukan

penambahbaikan kurikulum.Tujuannya adalah bagi meningkatkan kualiti pendidikan rendah

agar lebih releven dengan cabaran masa ini dan abad ke 21. Untuk menjayakanhasrat

Kementerian Pendidikan, guru haruslah memainkan peranan yang penting bagi

mengupayakan pengajaran dan pembelajaran supaya lebih berkesan. Kejayaan transformasi

kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripadasemua pihak termasuk penggubal

dasar, pengurus kurikulum, ibubapa serta pihak berkepentingan. Matlamatnya adalah untuk

memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan,

kemahiran dan kompetensi, serta penerapan nilai.murni.Kurikulum ini dikajisemula adalah

bagi memastikan kurikulum yang holistic dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insane

seimbang yang dapat menangani cabaran dan masa depan.

Page 5: Perbezaan kbsr dan kssr baru

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN DAN BAHASA MODEN

KOLEJ SASTERA DAN SAINS

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SGRA3013

KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

TAJUK:

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN UTAMA ANTARA KURIKULUM BERSEPADU

SEKOLAH RENDAH (KBSR)

DAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

DISEDIAKAN OLEH:

210160 ISMA RAHAYU BINTI ISMAIL

210157 AZLINA BT SHAFFI

210167 HAZIYAN BT ABDULLAH

DISEDIAKAN UNTUK :

ENCIK MOHD ROSLI B. ABDUL RAHMAN