Perbincangan Asas Sifat 20

15
TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011 1 Mutakallimun; Perkembangan Pebahasan Sifat Tuhan Al-Faqir Ibn El-Merg -ILMU KALAM- Pendahuluan Secara umumnya ilmu kalam merupakan satu cabang ilmu pengetahuan di dalam kehidupan, khususnya pengetahuan tentang agama Islam. Sebagaimana ilmu-ilmu pengetahuan yang telah tercipta ilmu kalam juga mempunyai autoriti dan fungsinya tersendiri. Kalam berasal daripada perkataan arab yang membawa maksud kata-kata. Bertepatan dengan subjek perbincangan Ilmu Kalam yang membahaskan tentang kata-kata Tuhan iaitu al-Quran mahupun kata-kata manusia yang sering berdebat sesama sendiri demi mempertahankan hujah masing-masing. (De Boer: 1934) Perkataan kalam dalam bahasa Yunani disebut logos bererti alasan atau argumentasi. Ahmad Mahmud Syubhi memetik definisi Ilmu Kalam daripada kitab Muqaddimah bahawa Ilmu Kalam adalah ilmu yang membincang dan membahaskan persoalan-persoalan dasar keimanan dengan menggunakan dalil akal dan menolak unsur-unsur bida c ah. Dengan ini dapat dijelaskan Ilmu Kalam adalah ilmu yang membahaskan tentang perkara-perkara berkaitan wujud Tuhan, zat dan sifat Tuhan dengan disertakan dalil-dalil yang mampu difahami oleh akal manusia bagi menghilangkan keraguan terhadap kebenaran akidah Islam (Ilhamuddin: 1997). Sifat dua puluh merupakan antara isu sifat-sifat Tuhan yang diperbahaskan oleh Mutakallimin dalam bidang Ilmu Kalam. Dalam firman Allah s.w.t dan sabda Rasulullah s.a.w banyak menyebut tentang lafaz-lafaz yang menzahirkan sebutan berkaitan Tuhan. Misalnya lafaz al- Ilmu (mengetahui), al-Sama’ (mendengar), al-Rahman (pemurah) dan

description

Ilmu Kalam

Transcript of Perbincangan Asas Sifat 20

Page 1: Perbincangan Asas Sifat 20

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

1

Mutakallimun; Perkembangan Pebahasan Sifat Tuhan

Al-Faqir Ibn El-Merg

-ILMU KALAM-

Pendahuluan

Secara umumnya ilmu kalam merupakan satu cabang ilmu pengetahuan di dalam kehidupan, khususnya pengetahuan tentang agama Islam. Sebagaimana ilmu-ilmu pengetahuan yang telah tercipta ilmu kalam juga mempunyai autoriti dan fungsinya tersendiri. Kalam berasal daripada perkataan arab yang membawa maksud kata-kata. Bertepatan dengan subjek perbincangan Ilmu Kalam yang membahaskan tentang kata-kataTuhan iaitu al-Quran mahupun kata-kata manusia yang sering berdebat sesama sendiri demi mempertahankan hujah masing-masing. (De Boer: 1934)

Perkataan kalam dalam bahasa Yunani disebut logos bererti alasan atau argumentasi. Ahmad Mahmud Syubhi memetik definisi Ilmu Kalam daripada kitab Muqaddimah bahawa Ilmu Kalam adalah ilmu yang membincang dan membahaskan persoalan-persoalan dasar keimanan dengan menggunakan dalil akal dan menolak unsur-unsur bidacah. Dengan ini dapat dijelaskan Ilmu Kalam adalah ilmu yang membahaskan tentang perkara-perkara berkaitan wujud Tuhan, zat dan sifat Tuhan dengan disertakan dalil-dalil yang mampu difahami oleh akal manusia bagi menghilangkan keraguan terhadap kebenaran akidah Islam(Ilhamuddin: 1997).

Sifat dua puluh merupakan antara isu sifat-sifat Tuhan yang diperbahaskan oleh Mutakallimin dalam bidang Ilmu Kalam. Dalam firman Allah s.w.t dan sabda Rasulullah s.a.w banyak menyebut tentang lafaz-lafaz yang menzahirkan sebutan berkaitan Tuhan. Misalnya lafaz al-Ilmu (mengetahui), al-Sama’ (mendengar), al-Rahman (pemurah) dan

Page 2: Perbincangan Asas Sifat 20

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

2

banyak lagi. Setelah memperbincangkan persoalan tentang sifat-sifat Tuhan maka golongan Asycariyyah dan Maturidiyyah bersepakat menyimpulkan bahawa sifat-sifat yang wajib diketahui bagi Allah s.w.tsecara tafsil terdapat dua puluh sifat. Ulama Asycariyyah terkemudian yang mewakili Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah berikhtikad bahawa Tuhan mempunyai dua puluh sifat yang wajib bagi zat-Nya dan dengan itu juga Tuhan mempunyai dua puluh sifat mustahil bagi zat-Nya.

20 Sifat-Sifat yang Wajib dan Mustahil Bagi Tuhan

Kandungan kitab Syarh Umm al-Barahin, al-Dasuki menjelaskan sifat-sifat yang wajib bagi Tuhan sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Al-Quran.

1. al-Wujud. Wujud bemaksud ada. Wujud Tuhan tidak dengan sebab ada yang menjadikan-Nya, dan wujud Tuhan berbeza dengan wujud makhluk. Dengan wujud Tuhan maka mustahil al-cAdam (tiada) bagi Tuhan.

2. al-Qidam. Qidam bermaksud sedia. Ada Tuhan tiada permulaan iaitu tidak mampu diterima akal kita ada permulaan bagi Tuhan. Mustahil pula bagi Allah s.w.t bersifat al- Huduth (baharu) ertinya ada permulaan iaitu wujud Tuhan berkehendak kepada pencipta.

3. al-Baqa’. Baqa’ bemaksud kekal. Kekal Tuhan adalah tiada kesudahan untuk kewujudan-Nya. Akal kita tidak dapat menerima Allah s.w.t akan binasa atau ada kesudahan. Oleh itu mustahil Tuhan al-Fana’ (musnah dan binasa) atau al-cAdam Turuwu (kedatangan tiada).

4. Mukhalafatuhu lilhawadith. Ia bermaksud tidak menyerupai Allah s.w.tdengan segala yang baharu pada zat-Nya, sifat-Nya, dan perbuatan-Nya samada segala yang baharu itu sudah ada ataupun belum ada. Oleh itu mustahil bagi Tuhan bersifat dengan sifat Mumathalatuhu lilhawadith.

5. Qiyamuhu binafsih. Bermaksud Tuhan berdiri dengan sendiri-Nya iaitu Tuhan tidak berhajat kepada tempat dan tidak berhajat kepada sebarang bentuk jisim. Dengan lain perkataan tidak boleh diterima pada akal bahawa Tuhan berhajat kepada tempat dan berhajat kepada sesuatu.

Page 3: Perbincangan Asas Sifat 20

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

3

Adalah mustahil bahawa Tuhan Qiyamuhu bighairihi (tidak berdiri dengan sendiri atau bergantung kepada yang lain).

6. al-Wahdaniyyah. Wahdaniyah bermaksud ketungalan. Tuhan pada zat, sifat, dan perbuatan iaitu akal kita tidak boleh menerima Tuhan berbilang-bilang pada zat, sifat dan perbuatan. Mustahil Tuhan berbilang-bilang dengan bahawa adalah zat Tuhan al-Tacaddud (berjuzuk-juzuk).

7. al-Qudrah. Qudrat bermaksud berkuasa. Tuhan berkuasa mengadakan dan meniada setiap suatu tanpa memerlukan alat dan bahan adapun kita hendak membuat suatu memerlukan bahan, seperti kerusi yang memerlukan kayu, dan lainnya. Secara aqlinya mustahil bagi Tuhan bersifat dengan al-cAjzun (lemah).

8. al-Iradah. Iradat bermaksud berkehendak. Setiap sesuatu yang ada dan berlaku di dalam alam ini kesemuanya adalah kehendak dan kemahuanTuhan bukan kerana terpaksa, tersalah, lalai, kebetulan dan lainnya. Sifat ini menunjukkan berkehendak Tuhan pada sedia kala. Mustahil Tuhan bersifat dengan al-Karahah (benci iaitu tidak menentukan).

9. al-Ilm. Ilmu bermaksud mengetahui segala-galanya samada yang lepas, yang sedang dan yang akan datang. Tuhan mengetahui yang tersembunyi dan yang nyata, tidak ada suatu perkara yang terlepas dari pengetahuan-Nya. Mustahil Allah s.w.t al-Jahl (tidak mengetahui) dengan sekalian maklumat, dan yang sama makna dengan jahil seperti syak, zan dan waham.

10. al-Hayah. Hayat bermaksud hidup. Hidup Tuhan tidak seperti hidup makhluk. Hidup-Nya tiada permulaan dan kesudahan. Mustahil Tuhan bersifat al-Maut (mati) kerana Tuhan hidup tidak dengan nyawa, tidak bersusun daripada empat unsur iaitu api, air, tanah dan angin atau hidupnya berkehendakkan makanan, kerana hidup yang demikian tertentu bagi makhluk.

11. al-Sama’. Sama’ bermaksud mendengar. Tuhan mendengar tidak dengan gegendang telinga dan tidak dengan perantaran gelombang bunyi. Berkata al-Imam Abu Hassan Asycari, Allah s.w.t mendengar benda yang bersuara dan yang tiada bersuara. Mustahil Tuhan bersifat al-

Page 4: Perbincangan Asas Sifat 20

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

4

Summun (tuli atau pekak), tidak jelas pendengaran-Nya atau pendengaran-Nya terhad.

12. al-Basar. Basar bermaksud melihat. Penglihatan Tuhan tidak dengan mata, tidak terdinding, dan tidak dengan perantaran cahaya. MustahilAllah s.w.t bersifat al-cUmyun (buta) , kabur penglihatan-Nya atau pengelihatan-Nya terdinding.

13. al-Kalam. Kalam bermaksud berkata-kata iaitu Tuhan berkata-kata tidak berhuruf, dan tidak bersuara. Tuhan berkata-kata dengan sifat kalam yang ada pada zatnya, Dia tidak berkata-kata dengan mulut. Mustahil Tuhan al-Bukmun (bisu atau kelu) yang membawa kepada kekurangan.

14. Kaunuhu Taala Qadiran bermaksud sifat Tuhan dengan keadaan berkuasa. Adalah mustahil bagi Tuhan Kaunuhu cAjizan (keadaan-Nya yang lemah).

15. Kaunuhu Taala Muridan bermaksud sifat Tuhan dengan keadaan berkehendak. Adalah mustahil bagi Tuhan Kaunuhu Karihan (keadaan-Nya yang benci iaitu tidak menentukan).

16. Kaunuhu Taala Aliman bermaksud sifat Tuhan dengan keadaan mengetahui. Mustahil bagi Tuhan Kaunuhu Jahilan (keadaan-Nya yang bodoh).

17. Kaunuhu Taala Hayyan bermaksud sifat Tuhan dengan keadaan hidup. Mustahil bagi Tuhan Kaunuhu Mayyitan (keadaan-Nya yang mati).

18. Kaunuhu Taala Samican bermaksud sifat Tuhan dengan keadaan mendengar. Mustahil bagi Tuhan Kaunuhu Asamma (keadaan-Nya yang pekak).

19. Kaunuhu Taala Basiran bermaksud sifat Tuhan dengan keadaan melihat. Adalah mustahil Tuhan bersifat Kaunuhu Acmaa (keadaan-Nya yang buta)

Page 5: Perbincangan Asas Sifat 20

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

5

20. Kaunuhu Taala Mutakalliman bermaksud sifat Tuhan dengan keadaan berkata-kata. Mustahil bagi Tuhan dengan sifat Kaunuhu Abkam(keadaan-Nya yang kelu atau bisu). (Al-Dasuki: t.th)

Pembahagian Sifat-Sifat Tuhan

Berdasarkan Umm Al-Barahin, al-Imam al-Sanusi mengkategorikan sifat-sifat Allah s.w.t kepada empat bahagian. Pertama, Sifat al-Nafsiyyah. Dari sudut bahasa nafsiyyah bermaksud dirinya. Manakala dalam istilah ilmu Tauhid sifat nafsiyyah ialah sifat yang menunjukkan diri sifat itu sendiri dan tidak menunjuk kepada yang lain daripada dirinya, sifat tersebut satu sahaja iaitu sifat al-Wujud yang menunjukkan kepada ada zat Allah S.W.T.

Kedua ialah Sifat al-Salbiyyah. Salbiyyah pada sudut bahasa bermaksud berlawanan, negatif atau opposite manakala dalam lapangan ilmu Kalam sifat salbiyyah ialah sifat yang maknanya menunjuk pada menafi atau menolak perkara yang tidak layak atau tidak patut bagi Allah s.w.t. Sifat ini ada lima selepas daripada sifat al-Wujud. Dinamakan sifat Salbiyyah kerana peranan sifat ini menafi perkara yang tidak layak bagi Allah s.w.t, dengan kata lain sifat salbiyyah bertujuan menafikan sifat-sifat yang mustahil pada kesempurnaan Tuhan.

Bahagian ketiga yang dinyatakan dalam kitab Umm Al-Barahinialah Sifat al-Macani. Sifat macani juga dikenali sebagai sifat thubutiyyah. Secara rambang didapati sifat-sifat yang terkandung didalam sifat macani juga terdapat pada makhluk khususnya manusia. Namun yang membezakanya adalah pada sifat-sifat itu samada qadim atau hadith. Makna sifat macani tiap-tiap sifat yang ada, berdiri ia pada suatu yang ada yang mewajibkan baginya hukum, seperti al-Qudrat berdiri ia pada zat Allah s.w.t yang mewajibkan baginya Kaunuhu Qadiran.

Bahagian keempat adalah Sifat al-Macnawiyyah. Makna sifat macnawiyah adalah hal yang wajib bagi zat yang disebabkan dengan suatu sebab. Makna sebab disini iaitu lazim, kerana tujuh sifat ini melazimi ia akan sifat macani, seperti ada al-Qudrat melazimkan ada Kaunuhu Qadiran demikianlah seterusnya pada sifat yang lain. Dengan

Page 6: Perbincangan Asas Sifat 20

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

6

kata lain, muncul sifat macnawiyyah disebabkan adanya sifat macani. Setelah tuhan memiliki sifat al-Ilmu maka akan lahir sifat Kaunuhu cAliman dengan menunjukkan keadaan tuhan itu mengetahui. (Al-Dasuki: t.th)

Perbahasan Sifat-Sifat Tuhan

Pada awalnya terdapat dua pembahagian utama antara Mutakallimundalam membincangkan sifat-sifat Tuhan iaitu golongan Ithbat al-Sifat dan Nafiy al-Sifat. Ithbat al-Sifat bermaksud Tuhan memiliki sifat-sifat seperti mendengar, melihat dan berkata-kata dan sebagainya. Teori ini khususnya didokong oleh Ahl Al-Salafiyyyah, Maturidiyah dan Asycariyyah. Ithbat al-Sifat muncul di sebabkan al-Quran ada menyebut tentang al-Alim, al-Qadim dan selainnya. Dengan lebih jauh golongan yang mengihtbatkan sifat tuhan menegaskan bahawa tuhan mesti mempunyai sifat serta sifat-Nya qadim sebagaimana zat-Nya. Namun qadim sifat adalah berbeza dengan qadim zat (Ilhamuddin: 1997).

Manakala teori Nafiy al-Sifat bermaksud Tuhan tidak mempunyai sifat-sifat tersebut serta teori ini dipelopori oleh Muctazilah dan kebanyakkan failasuf Islam khasnya. Mereka menyatakan bahawa Tuhan ialah zat yang tidak mempunyai sifat. Pandangan tanzih mutlaq tersebut berkonsepkan tuhan adalah qadim mustahil bagi-Nya murakkab dan sendainya murakkab maka akan wujud tacaddud al-qudama. Sedangkan tacaddud al-qudama adalah mustahil bagi Allah s.w.t (Ilhamuddin: 1997) Secara rumusnya perbincangan antara ithbat dan nafiy terhadap sifat-sifat Tuhan telah mendorong kepada kepelbagaian pemikiran di kalangan Mutakallimun. Namun masing-masing mempunyai pendekatan yang tersendiri yang kemuncak matlamatnya adalah bertujuan mengesakan Allah s.w.t.

Ahl Al-Salafiyyah

Ahl al-Salafiyyah dikatakan mereka yang hidup sebelum abad ketiga hijrah atau mereka yang lahir sebelum hujung abad kelima hijrah. Mereka mempunyai pendekatan yang dekat dengan jalan para sahabat dengan

Page 7: Perbincangan Asas Sifat 20

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

7

menggunakan dalil-dalil al-Quran dan al-Hadith tanpa melakukan sebarang ta’wil dengan erti kata lain mereka meletakkan segala ayat-ayat yang berbentuk mutasyabihat itu kepada Allah s.w.t sepenuhnya (Ab. Latif: 1998). Dalam konteks sifat-sifat Tuhan, menurut Ahl Al-Salafiyyahsifat-sifat Tuhan ditetapkan bersesuaian dengan nama-nama Tuhan yang ditetapkan sendiri oleh Tuhan dalam al-Quran atau sebagaimana yang telah diberitakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadith dengan tidak mengubah lafaz dan maknanya (tahrif), tidak meniadakan apa yang telah ditetapkan syara’ (tactil), tidak mempertanyakan bagaimananya (takyif), tidak mempersamakan dengan yang selainnya (tasybih) serta tidak mengingkari zat, sifat dan perbuatan tuhan (ilhad) (Ilhamuddin: 1997).

Oleh kerana mereka cenderung menetapkan sifat-sifat Tuhan sesuai dengan Asma’ al-Husna yang tersebut dalam al-Quran, maka mereka akan menthabitkan sifat-sifat itu sebagaimana ia dinyatakan dalam nas dan al-Hadith sahaja. Contohnya berkaitan Istawa Tuhan atas Arasy, cukup dengan difahami dengan Istawa Tuhan atas Arasy. Bagaimana Istawa Tuhan itu?, manusia tidak perlu tahu.

Imam Malik Ibn Anas r.a memberi jawapan berkaitan Istawa Tuhan diatas Arasy. Istawa Tuhan diatas Arasy adalah maklum (diketahui kerana dinyatakan dalam Al-Quran), manakala keadaannya adalah majhul (tidak dapat dinyatakan dengan indera kerana tidak diterangkan oleh nas), sedangkan beriman dengannya adalah wajib (kerana kafir sesiapa menolak nas) dan sesiapa bertanya akannya adalah bidacah. (Ilhamuddin: 1997)

Sepertimana golongan-golongan yang terlibat dalam lapangan Ilmu Kalam, Ahl al-Salafiyyah juga tidak terlepas dari terpalit tujahan keras oleh golongan lain. Mereka dianggap golongan Musyabbihat kerana berpandangan setiap kalimah Maha Esa, Maha Mengetahui, Maha Penyayang, Maha Pengampun, Yang Mempunyai Arasy, Yang Zahir dan Yang Batin, Yang Marah dan sebagainya yang terkandung dalam Al-Quran adalah sifat-sifat tuhan (Ilhamuddin: 1997).

Muctazilah

Menurut pendapat Muctazilah, secara umumnya mereka menafikan segala sifat yang tidak layak bagi Tuhan dimana kemungkinan berlaku tasybih (penyamaan) sifat-sifat itu dengan perkara yang mumkin. Bertolak daripada pendapat Ahmad Ibn Hanbal ra, mereka menyangkal

Page 8: Perbincangan Asas Sifat 20

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

8

sesuatu yang bersifat adalah memerlukan zat untuk disandarkan sifat-sifat tersebut. Kerana menurut mereka sifat-sifat itu adalah ‘aradh(kompenen asing atau sifat yang mendatang pada sesuatu zat) sesuatu yang mendatang tidak mungkin ada jika tanpa zat. Maka dengan ini ’aradh (sesuatu yang mendatang) dan zaid (tambahan) pada Tuhan adalah mustahil. Oleh itu bagi mereka sifat-sifat itu adalah zat Tuhan itu sendiri (Ab. Latif: 1998).

Ulama Muctazilah, Abu Hasyim menyatakan sifat-sifat adalah Hal. Hal adalah sesuatu yang berubah-ubah. Oleh itu Hal (sifat-sifat) adalah tidak layak bagi Tuhan. Tujuan Abu Hasyim adalah untuk menetapkan keesaan dan keqadiman Tuhan (Ilhamuddin: 1997). Namun tanzih mutlaqini adalah tidak lain dan tidak bukan demi mengesakan Allah s.w.t dari anasir-anasir yang tidak layak dengan kekuasaan Tuhan sebagai Maha Sempurna.

Ibn Rusyd

Ibn Rusyd menyimpulkan bahawa alam ini berubah-ubah, dan berubah-ubah adalah baharu. Setiap yang baharu pasti memerlukan pencipta, maka dengan itu pencipta haruslah qadim (azali) dan dia tidak memerlukan pencipta. Pendekatan ini juga disokong oleh Yusuf Musa, al-Iraqi dan Imarah kerana bagi mereka berpandukan kepada al-Quran tentang permasalahan ini dapat diterima oleh golongan yang jahil dan berpengetahuan. (Afrizal M: 2006).

Selanjutnya, setelah mempercayai akan sifat wujud Tuhan perlu pula mempercayai tentang sifat esa tuhan. Ibn Rusyd memberi gambaran bahawa pada dasarnya tidak pernah ada dua orang pemimpin yang memerintah satu wilayah. Mengulas tentang mustahilnya dua Tuhan menurut mereka kewujudan dua Tuhan adalah mustahil. Jika Tuhan ada dua pasti keduanya berkemampuan sama sedangkan kawasan wilayahnya hanya satu. Dengan ini mereka akan bersaing untuk merebut kekuasaan. Dan jika dua tuhan bermaksud untuk menciptakan sesuatu pasti alam yang terwujud menjadi dua, sedangkan alam hanyalah satu (Afrizal M: 2006) Hal itu juga menunjukkan hanya salah satu sahaja Tuhan yang Maha Kuasa.

Dalam perbahasan keesaan Tuhan, tidak ramai yang mempertikaikannya, ia mudah diterima kerana keyakinan mereka

Page 9: Perbincangan Asas Sifat 20

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

9

didasarkan kepada ayat-ayat al-Quran. Menurut Ibn Rusyd pendekatanyang digunakan oleh Mutakallimun adalah bersifat Tamanu’ iaitu dalil yang menekankan perhatian pada ketidak-mungkinan sesuatu untuk menetapkan keberadaan sesuatu. Contohnya, Mutakallimun(Asycariyyah, Maturidiyyah, Muctazilah) melihat kepada kemustahilan Allah s.w.t berbilang-bilang. (Afrizal M: 2002). Namun ruang lingkup kefahaman tentang keberadaan sifat-sifat itu berbeza sama sekali. Oleh sebab itu terjadinya perselisihan kerana fahaman pada konteks tersebut berbeza.

Ibn Rusyd berpendapat bahawa Muctazilah tidak mengingkari semua sifat Tuhan. Yang mereka ingkari adalah sifat-sifat yang membawa kesamaan manusia dengan Tuhan yang disebut sifat Ijabiyyah. Sebaliknya mereka tetap mengakui sifat Salbiyyah ( yang menghilangkan kesamaan manusia dengan Tuhan. Tanpa berpihak kepada mana-mana aliran, beliau berpendapat bahawa zat adalah syarat kewujudan sifat dan sifat adalah syarat kepada kesempurnaan zat. Sifat dan zat adalah keberadaan yang Maha Esa. Kesimpulannya, Ibn Rusyd tidak mengingkari dan tidak menyalahkan sebutan sifat pada Tuhan. Dengan demikian pemikiran Ibn Rusyd dalam persoalan sifat lebih dekat kepada fahaman Asycariyyah daripada Muctazilah. Bahkan, menurutnya kewujudan sifat-sifat itu tidak merosakkan keesaan zat Tuhan dan sifat-sifat itu tidak membawa kepada fahaman tacaddud al-qudama (Afrizal M: 2002).

Asycariyyah

Golongan Asycariyyah dikenali sebagai golongan yang mendahulukan wahyu seterusnya dibantu dengan kurniaan akal. (Montgomery: 1985) ikhtikad ini diasaskan oleh Abu Musa Asycari. Berkaitan sifat Tuhan mereka mengithbatkan sifat Tuhan sebagaimana yang dinyatakan nas. Mereka menganggap sifat-sifat Tuhan itu wajib dithabitkan kerana ia terkandung didalam al-Quran, dan kufur menolak nas al-Quran. Pendekatan ini akan mudah difahami dengan contoh yang digunakan oleh ulama berkenaan; Ahmad Ibn Hanbal r.a dalam isu ini bersifat sederhana,

al-Imam menthabitkan zat Tuhan dan sifat Tuhan adalah qadim, dengan menjelaskan sifat-sifat itu tidak datang kemudian, Tuhan bukanlah sesuatu yang padanya ditambah sesuatu yang lain. Jangan ditanya bagaimana dan bila Tuhan menciptakan sifat-sifatnya. (Ilhamuddin: 1997)

Page 10: Perbincangan Asas Sifat 20

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

10

Secara konsepnya al-Baqillani membahagikan wujud kepada dua. Pertama, wujud yang qadim iaitu zat dan sifat-sifat Tuhan. Kedua, wujud yang muhdath atau baharu iaitu wujud yang pada mulanya tidak ada, kemudian ada. Wujud muhdath mempunyai tiga ciri iaitu jisim (sesuatu yang tersusun seperti objek), jauhar (sesuatu yang bertempat seperti atas dan bawah) dan caradh (sesuatu yang mendatang). Sifat-sifat yang banyak itu tidak membuatkan zat yang esa itu menjadi goyah. Sebagaimana seseorang yang mempunyai sifat yang banyak pada zat dirinya yang satu (Ilhamuddin: 1997).

Tujuan utama pengithbatan sifat Tuhan oleh golongan Asycariyyah khususnya al-Imam Ahmad Ibn Hanbal r.a adalah untuk mengelakkan daripada beriktikad tanzih mutlaq terhadap Tuhan yang dipegang oleh golongan tertentu, seandainya berlaku tanzih mutlaq yang menolak sifat-sifat Tuhan kerana dikuatiri berlaku murakkab dan ta’addud al-qudama, maka ia akan membawa pemahaman yang abstrak tentang Tuhan, tidak berperibadi atau dengan kata lain nyaris mendorong kepada tuhan adalah Laa Syaiin (bukan sesuatu apa pun) oleh kerana itu golongan Asycariyyah menetapkan bahawa Tuhan mempunyai sifat (Ilhamuddin: 1997).

Al-Maturidiyyah

Selain mazhab Asyacirah di dalam Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah adalah mazhab Maturidiyyah. Mazhab ini diasaskan oleh Muhammad bin Muhammad bin Mahmud Abu Mansur al-Maturidi yang dilahirkan pada tahun 332 hijrah. Ia muncul di sebelah timur negara Islam iaitu di daerah yang bernama Maturid di wilayah Samarkand. Walaupun beliau sezaman dengan Imam Asycari tetapi beliau mempunyai pendekatan dan pengolahan yang lain. Beliau cenderung kepada pendapat Imam Abu Hanifah dalam persoalan akidah. Terdapat beberapa kekhilafan yang berlaku antara Imam Asycari dan Imam Maturidi diantaranya dalam perkara mengenal Allah, dimana Imam Asycari menyatakan wajib menurut syarak iaitu berdasarkan nas dan hadith manakala bagi Imam Maturidi pula berpendapat bahawa wajib juga mengenal Allah menggunakan akal. Dalam perkara sifat-sifat Allah s.w.t beliau menambah sifat Macnawiyyah disamping sifat Macani. Sedangkan Imam Asycari hanya mengemukakan tiga belas sifat tidak termasuk sifat Macnawiyyah.

Page 11: Perbincangan Asas Sifat 20

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

11

Mazhab Maturidiah mewajibkan hukum akal disamping dalil naqal sehingga berkhilaf dengan sesetengah ulama fekah dan hadith. Beliau meninggalkan banyak khazanah ilmu kepada umat Islam terkemudian antara jasa beliau yang terbesar adalah pemahaman tentang ajaran sifat dua puluh yang diguna-pakai sehingga ke hari ini.

Kemunculan Sifat 20

Setelah mengetahui akan adanya sifat-sifat Tuhan melalui perbincangan Mutakallimun, dengan ini dapat diberikan gambaran ringkas tentang pembentukan sifat dua puluh bagi Allah s.w.t. Setelah luasnya pengaruh Islam ke seluruh pelusuk dunia, Islam dianuti oleh mereka yang berasal dari berbagai-bagai agama dengan ini secara langsung, berlakulah perbincangan penting dalam agama terutamanya akidah Islam khususnya dalam perkara berkaitan sifat-sifat Tuhan.

Menurut Hadi Awang memetik Syarh Kitab Umm Al-Barahin antara ulama yang terawal membincangkan sifat-sifat Tuhan ialah al-Imam Abu Hassan Asycari. Beliau dilahirkan di Basrah pada tahun 260 hijrah. Pada mulanya beliau menganut aliran Muctazilah dan berguru dengan ayah tirinya, Abu Ali al-Juba’i. Diantara pandangan beliau adalah dengan mengemukakan tiga belas sifat yang wajib bagi Allah s.w.t dengan tidak menthabitkan sifat Macnawiyah iaitu Wujud, Qidam, Baqa’, Mukhalafatuhu lilhawadith, Qiyamuhu binnafsi, Wahdaniyah, Qudrah, Iradah, Ilmu, Hayy, Sama’, Basar dan Kalam. Manakala menurut Abu Mansur al-Maturidi menyatakan bahawa Macnawiyah juga adalah sifat. Iaitu tujuh sifat selebihnya Kaunuhu Qadiran, Kaunuhu Muridan, Kaunuhu ‘Aliman, Kaunuhu Hayyan, Kaunuhu Sami’an, Kaunuhu Basiran dan Kaunuhu Mutakalliman. Maka dengan ini menjadi dua puluh sifat semuanya yang wajib bagi Allah s.w.t dan ini adalah khilaf antara Asyacirah dan Maturidiyyah. Walaubagaimanapun kedua-dua ini adalah dari mazhab Ahl al-Sunnah Wa al-Jamacah serta masih tidak membuka ruang penyelewengan.

Sifat-sifat Allah s.w.t tidak hanya tertakluk kepada tiga belas atau dua puluh sifat itu sahaja segala sifat kepujian dan kesempurnaan adalah sifat bagi Allah. Dua puluh sifat yang disebutkan ini adalah contoh sahaja sebagai garis pemahaman kepada umat Islam umumnya. Perbahasan tentang sifat dua puluh dinukilkan oleh Sayyid Muhammad al-Sanusi yang berasal dari utara Afrika didalam kitabnya Syarh Umm Al-Barahin. Imam

Page 12: Perbincangan Asas Sifat 20

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

12

al-Sanusi beriktikad Asycariyyah serta berpegang dengan mazhab Maliki. Beliau menulis bahawa sifat yang wajib bagi Tuhan sebanyak dua puluh sifat dalam usahanya menyatukan pandangan Imam Asycari dan Imam Maturidi. Seterusnya perbahasan tentang sifat dua puluh diteruskan oleh ramai ulama terkemudian antaranya Sheikh Muhammad al-Dasuki dalam karangannya Hashiyah Al-Dasuki ‘Ala Umm Al-Barahin yang juga menyentuh perbincangan sifat dua puluh, dan banyak lagi.

Kepentingan Mempelajari Sifat 20

Tuhan menciptakan manusia untuk menjadi hamba yang taat disamping bertindak sebagai khalifah di bumi. Mengejar segala sesuatu yang diredhai dan meminggirkan segala yang dimurkai adalah matlamat kemuncak dalam mencari keberkatan dan perlindungan Tuhan. Landasan-landasan yang ditinggalkan oleh para ulama dan tafkir al-Islamcukup untuk dijadikan pedoman merentasi kehidupan dunia dan akhirat. Kalam Tuhan, awwal ad-din makrifat allah (awal agama adalah mengenal Allah). Memenuhi tuntutan agama mengenal Allah. Nas ini juga adalah untuk memperingati manusia bahawa dalam mengejar ilmu keduniaan yang bersifat material harus sedar bahawa tidak ada yang sempurna melainkan ilmu berkaitan ketuhanan. Kemunculan sifat dua puluh dalam kehidupan Islam secara tidak langsung memudahkan kefahaman umat mengenali Tuhan seadanya. Dengannya juga telah mendorong muncul pelbagai lagi cabang ilmu tentang mengenal tuhan seperti ilmu tasawwuf Islam ataupun sufi. (Nasution: 1986)

Mencari keberkatan dalam setiap amal perbuatan. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah S.A.W. Wahai Rasulullah, apakah amal yang lebih afdhal? Rasulullah s.a.w menjawab, mengenal Allah azza za jalla. Mereka bertanya lagi, apakah amal yang lebih pahalanya? Rasulullah s.a.w menjawab, mengenal Allah azza wa jalla. Sahabat tersebut bertanya lagi, Ya Rasulullah, kami bertanya tentang amal, mengapa tuan menjawab dengan ilmu? Rasulullah s.a.w bersabda: Bahawa sedikit amal dengan mengenal Allah adalah lebih baik daripada banyak amal tetapi tidak mengenal Allah. Kerana amal yang seperti itu tidak bermanfaat. Satu lagi hadith yang dipetik dari Sahih Al-Bukhari. Sabda Rasulullah S.A.W, Seseorang tidak akan masuk syurga kerana amalnya, ditanya lagi, Termasuk engkau (nabi) juga tidak? Nabi s.a.w menjawab, termasuk aku, kecuali Allah melimpahkan rahmat-Nya (Ilhamuddin: 1997).

Page 13: Perbincangan Asas Sifat 20

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

13

Menambahkan keimanan setelah mengetahui hakikat kebesaran Tuhan. Misalnya meskipun ada terdapat sifat-sifat Tuhan dalam sifat-sifat manusia. Namun kenyataan yang harus dihadapi manusia adalah terdapat jurang pengertian yang besar antara Tuhan dan makhluk. Hujjatul Islam Abu Hamid al-Ghazali ra berkata, aku menyeberangi lautan fekah lalu aku sampai ke seberang. Aku menyelami lautan tauhid, lalu aku sampai ke seberang. Aku menyeberangi lautan falsafah lalu aku sampai ke seberang. Tetapi apabila aku menyeberangi lautan sufi, aku tenggelam dalam lautannya tanpa berpenghujung. (al-Ghazali: 1966) Mempelajari sifat-sifat tuhan adalah dasar utama mendekatkan diri dengan pencipta melalui ilmu tasawwuf. Mahu atau tidak, demi perolehi kebaikan dari pemberi kebaikkan maka wajib keatas kita mengetahui tentang pencipta semampu boleh berdasarkan naqal dan akal yang dikurniakan. Oleh sebab itu para ulama telah menetapkan garis panduan tentang sifat-sifat Tuhan yang wajib diketahui oleh setiap Muslim.

Memantapkan ilmu para penuntut agama. Dengan pengetahuan sifat-sifat Tuhan seseorang mampu meletakkan dirinya kearah rendah diri dan sedar kelemahan sebagai hamba Tuhan. Al-Imam Malik Ibn Anas berkata dalam tulisannya Al-Muwatta’; Barangsiapa yang menuntut ilmutasawuf dan tidak mengetahui ilmu fekah yang fardhu ain, maka sesungguhnya jadi zindiq lah dia. Dan barangsiapa yang menuntut ilmu fekah tetapi tidak menuntut ilmu tasawuf, maka sesungguhnya jadi fasiqlah dia. Barangsiapa menghimpunkan kedua-duanya maka jadilah dia ulama yang muhaqqiq yang mengenal Allah. Dari sini jelaslah bahawa mengenal Tuhan adalah suatu yang penting bagi para penuntut ilmu agama.

Kesimpulan

Persilatan dan pendebatan para Mutakallimun di pentas Ilmu Kalamhanyalah bertujuan mengesakan Tuhan dari unsur-unsur yang tidak layak baginya. Tidak ada jawapan betul atau salah yang harus ditujukan kepada mana-mana golongan Mutakallimin selagi mana mereka mengimani apa yang ditetapkan syarak berdalilkan naqal dan akal. Perbahasan ulama terdahulu telah memberikan landasan yang utuh untuk direntasi oleh Muslim terkemudian.

Berkaitan sifat-sifat Tuhan azza wa jalla, sebagai Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah wajib mempercayai akan wujudnya sifat-sifat disisi Allah.

Page 14: Perbincangan Asas Sifat 20

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

14

Dengan nilai hikmah ulama-ulama bertanggungjawab telah membentuk sifat-sifat itu kepada dua puluh sifat semuanya yang wajib diketahui bagi Tuhan yang esa. Perbezaan antara Asycariyyah dan Muctazilah yang paling ketara tentang sifat Tuhan adalah ithbat ma’a tanzih yang dilakukan oleh Asycariyyah dan tanzih mutlaq yang dilakukan oleh Muctazilah. Namun begitu maksud, pengertian dan persepsi sebenar hujah setiap golongan itu tidak layak bagi kita menghukum mana-mana dari mereka. Kalangan mereka masing-masing mempunyai pedekatan yang tersendiri demi memelihara kesucian Tuhan bersama, iaitu Allah s.w.t.

Dengan kewujudan konsep sifat tuhan yang dua puluh, telah memberi banyak intipati yang berfaedah kepada umat Islam dalam mengenali Tuhan sebagai pencipta. Semoga Allah mengurniakan keberkatan kepada ulama-ulama yang terlibat meninggalkan panduan kepada kita.

Rujukan

al-QuranAbdul Al- Jabar. 1981. Syarh Sahih al-Bukhari. J.4. Istanbul: Dar al-Fikr.Afrizal M. 2006. Ibn Rusyd Tujuh Pendebatan Utama dalam Teologi Islam

Jakarta: PT Gelora Aksara Pratama.al-Baqillani. 1987. Kitab Tamhid Al-Awail wa Talkhis Al-Dhalail. Beirut:

Muassasat Al-Kutub Al-Thaqafiyah. al-Dasuki, Muhammad. t.th. Hashiyah Al-Dasuki ‘Ala Umm Al-Barahin.

Mesir: Dar al-Haya’ al-Kitab al-Arabiyah.DeBoer. 1934. Tarikh Al-Falsafah fi Al-Islam. Kaherah: Lajnah Taklif,

Tarjamah wa Nasyr.al-Ghazali. 1966. Tahafut al-Falasifah. Mesir: Dar al-Ma’arif.

t.th. Al-Iqtisad fi Al-I’tiqad. Mesir: Maktabah Al-Husain Al-Tijariyyat.

Harun Nasution. 1986. Alak dan Wahyu dalam Islam. Jakarta: Universitas Indonesia (UI-Press)

Ibn Khaldun. 1981. Muqaddimah al-Allamah Ibn Khaldun. J:1. Beirut: Dar al-Fikr.

Ilhamuddin. 1997. Pemikiran Kalam Al-Baqillani. Jakarta: PT tiara Wacana.

Kamarul Bakri. 1999. Konsep Ilmu Tauhid Dalam Kitab Jawi. KualaLumpur: Universiti Malaya.

Montgomery. 1985. Islamic Philosophy and Theology. Edinburg:

Page 15: Perbincangan Asas Sifat 20

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

15

Edinburgh University Press.Mustafa Suhaimi. 2007. Iktikad Ahli Sunnah Waljamaah. Kuala Lumpur:

Progressive Publishing House Sdn. Bhd.al-Sanusi, Muhammad. t.th. Syarh Umm al-Barahin. Mesir: Dar al-

Haya’ al-Kitab al-Arabiyah.

Nukilan ini dibuat semasa penulis mula berkenalan dengan alam ilmu. Oleh sebab itu ia masih tertakluk kepada salah dan benar. Seandainya ada kesilapan harap dibetulkan. Dan penulis menyeru kepada saudara /ri yang membaca agar tidak hanya menerima mentah setiap tulisan, sila rujuk pada rujukan yang berautoriti dan bertanya kepada orang yang lebih mengetahui. Cintailah ilmu. Assalamualaikum.