Percuma E-Book : Cara Buat Duit Dengan Blog

10

Click here to load reader

Transcript of Percuma E-Book : Cara Buat Duit Dengan Blog

Page 1: Percuma E-Book : Cara Buat Duit Dengan Blog

http://aishahamin.com � of �1 10

Page 2: Percuma E-Book : Cara Buat Duit Dengan Blog

PANDUAN : 10 Langkah Asas membina blog yang menjana pendapatan

Hai & Assalamualaikum

Saya berasa sangat gembira kita berjumpa di ruangan ini!

Saya Aishah Amin.

Pernah tak anda terfikir yang kehidupan ini bukan setakat untuk bangun tidur, pergi pejabat, balik pejabat, dan tidur semula?

Atau anda rasa anda boleh capai LEBIH daripada apa yang anda sedang lakukan sekarang?

Pada tahun 2012. Saya baru mempunyai seorang anak kecil, Izzah. Pada masa itu, saya merupakan seorang pegawai senior di sebuah yayasan dengan gaji yang sederhana. Walaupun ia berjumlah agak banyak bagi sesetengah orang, tetapi kos sara hidup di Lembah Klang dan beberapa komitmen keluarga lain membuatkan saya agak sukar hendak menyimpan bagi memenuhi impian besar hidup saya.

Keadaan kerja yang mengekang dan tidak fleksibel (dari jam 9 hingga 6 petang setiap hari) membuatkan impian saya semakin pudar. Hidup saya terasa kosong.

Saya rasa agak pelik mengapa saya bangun setiap pagi untuk memenuhi impian orang lain mengikut jadual orang lain. Terperangkap di dalam pejabat selama 10 jam sehari bukanlah sesuatu yang saya ingin lalui setiap hari sehingga umur saya 60 tahun.

Trafik Jam

Setiap pagi dan petang sepanjang Federal Highway dan New Pantai Expressway. Bagi saya trafik jam, ia sangat menyiksakan. Saya sering berfikir, mengharungi jammed seperti ini bukan untuk saya. Saya lihat ramai yang pasrah saja rentung bergerak seinci seinci di dalam kesesakan jalan raya. Begitu juga bersesak di dalam tren pada waktu pagi dan petang. Ia bukan untuk saya. Sampai pencen? Tak sanggup rasanya nak fikir berada dalam jammed setiap hari sehingga dimamah usia.TIDAKKKK!!

Ada kalanya saya mencari ketenangan dengan menaiki tren komuter Shah Alam-KL Sentral, tetapi tren selalu sahaja lewat, sesak dengan ramai orang yang tidak bertimbangrasa, dan sering rosak lebih lebih lagi waktu hujan, dan waktu SESAK...waktu perjalanan sama panjang dengan rentung di dalam trafik jem jalanraya. ARGHHH..

Nurseri Anak Asal Boleh

Bab ini kita cuma boleh pilih yang terbaik, dan berserah pada-Nya. Terbaik di sini termasuklah lokasi nya yang mudah untuk dihantar dan diambil, dan menepati budget. Saya bersyukur nurseri anak pertama saya OK sahaja, kerana dekat dengan rumah ibu bapa. TETAPI, bagaimana dengan anak seterusnya? Adakah yang lain- lain juga akan dihantar beramai ramai ke nursery? Tak sanggup saya nak fikir, kerana apabila mereka mula bersekolah, mereka akan juga mendiami transit selepas pulang dari sekolah kerana ibunya bekerja. Siang malam, kerana sangat suka kan kerja ini. ye kah?

http://aishahamin.com � of �2 10

Page 3: Percuma E-Book : Cara Buat Duit Dengan Blog

Kerja - kerana GAJIApabila cuba mencari kerjaya dengan gaji yang lebih baik, berjumpa pula dengan pejabat yang penuh politik, dan masalah dalaman yang mengganggu perasaan. Bos yang tidak bertimbang rasa, sering mencari kesalahan, rakan sekerja yang dengki mendengki, jatuh menjatuhkan. Punggung makin panas, dan saya terpaksa cari jalan keluar. Saya tidak akan berdiam diri.

Pendapatan cukup makan

Kami ada sebuah kereta Wira kepunyaan suami sejak tahun 2,000. Memang sudah banyak masalahnya cuma kami buat buat tak nampak kerana duit simpanan tak pernah cukup untuk membayar duit muka kereta baru. Kami lebih utamakan pemberian kepada orang tua kami. Dan kami juga mendiami sebuah rumah kecil yang kami beli bersama. Setiap kali kereta bermasalah, RM1,000-2,000 juga "terbang". Keselamatan pun dah dikompromi. Adakalanya hutang kad kredit makin banyak. Asyik bayar minimum payment sampai ke sudah baki tak bergerak. Gaji yang ada memang cukup cukup makan. Tergelincir sikit, memang berbulan bulan kami tanggung padah.

APAKAH SOLUSI YANG SAYA ADA?

Cadangannya..mula berbisnes, dan perlahan lahan mendapat pendapatan dari sumber lain kemudian akhirnya selesa dan berhenti kerja..YES..!!

tetapi nak bisnes apa?

Saya sangat berminat dengan bisnes dobi syiling kerana bagi saya ia sangat mudah dan tidak perlu banyak pemerhatian. Cuma datang sekali sekala untuk kutip duit -- dan selenggara mesin. Saya pun mula membuat budget untuk sebuah dobi kecil dengan 5 mesin.

Kemudian saya bake cinnamon rolls dari rumah, tetapi akhirnya penat kerana tidak kuat mental dan tiada bantuan.

Sehingga satu hari sebuah bisnes yang paling sesuai dijalankan secara part time bertemu dengan saya. Ia sangat sempurna dibina melalui online. Setiap hari saya mendengar perkembangan bisnes kawan saya, dan merasakan "hmm, aku pun boleh buat macamni. Kenapa dia saja boleh, aku tidak?"

Sehingga bonus beliau mencecah RM3,000 bulanan, saya terus mengambil keputusan untuk mula berbisnes dan binanya sehingga cukup stabil sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja.

Pendapatan Tambahan vs. Pendapatan Utama

Bisnes network marketing ini bermula sebagai pendapatan tambahan. Sehingga saya berjaya samakan dengan gaji bulanan dan terus meningkat hingga 3 kali gaji bulanan. Saya sudah nampak bagaimana caranya untuk saya keluar dari kebuntuan dan dilema yang saya cerita kan awal awal tadi.

Saya memulakan bisnes dengan mendaftar menjadi pengedar syarikat pada awal tahun 2013, dan berjaya mengumpul RM77,000 pendapatan tambahan pada akhir tahun

http://aishahamin.com � of �3 10

Page 4: Percuma E-Book : Cara Buat Duit Dengan Blog

tersebut. Ia bermodalkan RM65 dan terus pulang modal bulan itu juga bila menerima RM200 bonus pertamaPerjalanan Saya..

Macamlah kesemua orang yang menyertai bisnes network marketing, saya memang sangat bersemangat dan menjangkakan perjalanan ke arah kebebasan kewangan dan pendapatan pasif itu sangatlah mudah. Ia lebih lagi disokong fakta yang saya menerima anugerah Top 10 pemimpin bisnes baru dengan perkembangan pendapatan paling cepat pada cycle 2013/2014.

Saya bekerja hampir tiap malam, menjalankan business coaching, merekrut dan menyokong ahli kumpulan untuk menghasilkan jumlah sales luar biasa. Bagi saya ia harus dijalankan seperti bisnes yang serius jika saya mahu memperolehi pendapatan serupa bekerja pejabat. (Bezanya pelan bisnes ini mungkin cuma perlu dijalankan selama 5 tahun berbanding 40 tahun dalam kerjaya makan gaji).

Awal tahun 2014, saya mula bekerja dari rumah dan menjaga anak sendiri. Alhamdulillah, pendapatan saya lebih banyak dari yang biasa saya dapat sebagai gaji. Tanpa ada BOS, tanpa ada BIROKRASI, tanpa TRAFIK JAM setiap hari. Saya bebas melakukan apa sahaja untuk menjana berapa yang saya mahukan setiap bulan.

Tetapi untuk berjaya, harus melalui saat saat getir, bisnes merudum, income juga terjejas. Adakalanya tersungkur, letih penat dan kecewa. Tetapi yang penting bagaimana kita bangkit dan belajar selepas jatuh.

Pengalaman gagal tidak pernah saya rasakan sia sia, malah membuat kan saya bangun dengan lebih kuat lagi.

Bisnes Network Marketing secara ONLINE

Sepanjang tahun 2013 dan 2014, saya cuma menggunakan Facebook personal dan blog peribadi (percuma) saya untuk penjualan produk serta bertemu dengan ahli kumpulan baru.

Selepas itu, saya mula mengenali banyak cara cara lain yang lebih advance, seperti Blog berbayar, FB Ads, Email Marketing, Instagram. Saya mula mendapat banyak kaedah yang berkesan untuk mengembangkan bisnes saya ke peringkat yang lebih luas lagi.

Hari ini..

Saya bersyukur kerana pada usia 36 tahun, saya sudah BEBAS! Memang saya masih bekerja keras, tetapi saya mempunyai sesuatu yang tak ramai orang miliki, KEBEBASAN MASA.

Saya masih bekerja keras setiap hari (2 jam sehari) tetapi saya semakin menyukai apa yang saya lakukan sebagai seorang pemilik bisnes di rumah, ibu yang menjaga anak-anak sendiri dan tiada yang dapat menggantikan dua perkara ini. Saya berjaya menggantikan pendapatan bergaji saya dengan masa kerana saya mampu mendapat jumlah yang sama atau lebih dengan hanya berada di rumah.

http://aishahamin.com � of �4 10

Page 5: Percuma E-Book : Cara Buat Duit Dengan Blog

Saya berdoa supaya saya dapat membantu lebih ramai ibu bapa muda untuk memperoleh kebebasan masa seperti saya. Jika berminat, anda boleh menghubungi saya dan kita bincang bagaimana saya boleh tambah nilai bisnes/kehidupan anda.

It will be my honour to take this journey together with you.

XOXOAishah Amin

————————————————————————————————————-

10 LANGKAH ASAS UNTUK MEMBINA BLOG YANG MENJANA PENDAPATAN

Saya dan Blogging

Saya mula berblogging pada tahun 2007, untuk merekod perjalanan hidup saya selepas pulang dari sebuah assignment kerja di Banda Aceh, Indonesia. Banyak suka duka perjalanan hidup saya direkod dalam blog. Sejak 2013 saya mula berbisnes dari blog dan mendapati ia menemukan saya dengan ramai customer dan partners baru. Ia sangat mengujakan kerana saya tak perlu keluar rumah untuk bertemu dengan orang orang yang eager hendak membeli atau menjadi partners saya. Jadi saya amat mempercayai kuasa blog untuk bisnes. Lebih lebih lagi untuk mereka yang tidak ada peluang keluar bekerja untuk bertemu orang ramai, bagi mengembangkan bisnes. Ia sangat tidak mustahil dengan mempunyai blog.

Saya juga menjalankan training berkala “Blogging for Millionaires” untuk team bisnes saya. Sejak setahun lepas saya mula belajar lebih lanjut tentang funnel marketing, dan merekod database pelanggan. Dan saya juga mula mempelajari kaedah pemasaran email yang sangat menarik jika digabungkan dengan kuasa blog.

Saya ingin membantu lebih ramai lagi mengetahui konsep berblog untuk menjana pendapatan, kerana ia adalah open secret. Ramai tahu ia berpotensi lumayan tetapi tak ramai yang tahu caranya. Izinkan saya berkongsi dengan anda asas kepada blogging untuk menjana pendapatan lumayan.

Kenapa berblogging?

Blog pada satu waktu dulu dikenali sebagai tempat untuk merekod journal, minat, hobi, perjalanan hidup. Sejak tahun tahun akhir ini, blog digunakan untuk tujuan bisnes. Paling best sekali, blog boleh menjadi tempat anda berjual beli tanpa merasakan sangat “feeling” jual belinya. Ia sangat menyokong konsep moden bisnes iaitu menambah nilai kepada marketplace.

Konsep blogging untuk bisnes boleh dinyatakan sebegini : Tambah nilai dahulu, bina autoriti & pengaruh kemudian apa sahaja yang anda tawarkan, orang akan beli.

http://aishahamin.com � of �5 10

Page 6: Percuma E-Book : Cara Buat Duit Dengan Blog

Jika anda berblogging untuk tujuan berbisnes, anda seharusnya work smart. Objektif anda ialah menarik seramai mungkin trafik yang terdiri dari audiens sasaran anda. Dan dapatkan informasi mengenai mereka, dan simpan di dalam database sebagai senarai potential customers. Mereka yang berada di dalam list database inilah yang seharusnya terus menerima engagement dari kita.

Mari kita lihat 10 langkah asas untuk membina autoriti online melalui blogging:

1. Bina blog

Anda mesti tertanya tanya, saya perlu yang percuma atau yang berbayar? Jawapan saya jika anda serius mahu membina jenama, pengaruh dan autoriti online, anda perlu blog berbayar. Nothing less.

Saya cuma membayar RM100 setahun untuk hosting dan domain, jadi ia adalah modal yang sangat rendah.

- Domain ialah alamat URL blog anda “xxxx.com”- Hosting ialah di mana blog anda di simpan (server)

Dengan mendaftar domain, anda akan mendapat dotcom pilihan anda sendiri. Hebat bukan?

a. Pastikan layout blog anda mudah dilayari, dan professional. Pilih warna yang cerah dan bersih, pastikan kolum blog juga kemas, font yang professional

b. Gunakan Theme yang bersesuaian dan responsifc. Imej- imej boleh dihasilkan sendiri menggunakan pelbagai aplikasi. Saya ada

kongsikan satu kaedah menghasilkan imej bermutu tinggi di sini.

2. Kenalpasti Niche Blog Anda

Sebelum mula berblog, luangkan beberapa jam pertama untuk duduk mengenalpasti niche anda. Niche anda pula menentukan dengan siapa yang anda ingin berkongsi. Lebih spesifik kumpulan sasaran anda, blog anda akan didatangi mereka yang betul.

Saya cadangkan anda membina sebuah avatar /profail audience, dengan menjawab soalan soalan di bawah:1. Adakah mereka bujang/ berkahwin? Ada anak?2. Hobi, minat, buku yang dibaca, majalah yang dilanggan3. Pekerjaan, tahap pendidikan4. Apa yang mereka paling takut5. Apa impian mereka yang paling indah6. Apa yang buat mereka tak tidur malam?7. Mereka suka melepak offline atau online, dan di mana?

Perhalusi kumpulan sasaran anda, dan mula menulis kepada kumpulan yang telah anda pilih ini.Anda harus bina rapport dan kepercayaan dengan target audience anda ini.

http://aishahamin.com � of �6 10

Page 7: Percuma E-Book : Cara Buat Duit Dengan Blog

Contoh : niche saya ialah menjual produk yang dapat membantu pesakit diabetes. Saya akan perhalusi siapakah golongan ini, dengan menjawab senarai soalan di atas.

3. Rancang content

Ya, untuk memberikan sesuatu yang bernilai kepada target audience anda, anda haruslah juga mempunyai content yang mereka perlukan dan menyentuh jiwa mereka. Anda harus merancang content yang membantu mereka, menjawab permasalahan mereka dan juga memberi panduan supaya mereka mahu sentiasa mengikuti perkembangan anda.

Anda boleh cari idea idea untuk contents dari banyak sumber.

Satu tips : anda boleh pergi ke amazon.com di bahagian books, dan search buku buku yang berkenaan dengan niche anda. Contoh saya search buku berkaitan perawatan diabetes. Pergi ke bahagian review salah satu buku paling popular dan baca pendapat dan concern orang ramai. Dari situ anda boleh jana berpuluh puluh idea content blog anda,

4. Monetize blog anda

Ada banyak cara yang boleh anda pilih untuk menjana wang dari blog, (tetapi tidak digalakkan buat kesemua sekali). antaranya:- Menyertai anda dalam syarikat (consulting/Network Marketing)- Menjual kursus / produk- Program affiliate- Adsense (jika anda mahu brand diri anda sendiri, ini agak berisiko)- Jual ruang iklan

Tips : Untuk consulting atau network marketing, paling bagus untuk tidak membuat penjenamaan bersama jenama syarikat. Paling bagus ialah bina jenama peribadi yang kuat melalui niche yang anda pilih. Bila orang memilih anda dan percaya pada anda, anda cadangkan apa pun mereka akan beli/ikut.

5. Sediakan Opt-in untuk tawaran unik percuma

Opt-in adalah di mana mereka yang berminat memasukkan email mereka untuk mendapatkan tawaran unik percuma dari anda. Biasanya kita akan sediakan satu page khusus dipanggil landing pages untuk mereka datang dan opt-in.

Apa biasanya tawaran unik percuma yang biasa diberikan?a. E-Bookb. Siri Videoc. Audiod. Temuduga yang direkod e.g dengan pemimpin industrie. Blog postf. Cheat sheet e.g cheat sheet untuk mengurangkan berat badang. skrip e.g skrip jualan, skrip prospecting

Bila pengunjung mula opt-in, anda wajib memberikan tawaran unik ini serta merta. Katakan mereka opt-in pada waktu malam, atau ada beratus ratus opt-in, mampukah anda handle kesemuanya secara manual?

http://aishahamin.com � of �7 10

Page 8: Percuma E-Book : Cara Buat Duit Dengan Blog

Maka kita akan perlukan satu sistem autoresponder, yang akan dibincangkan pada point 6.

5. Bina list dan Subscriber Blog

Ini adalah sangat penting untuk menjana income. Sebuah bisnes tidak bermakna tanpa list / database pelanggan atau prospek. Bila seseorang pengunjung blog Opt-In, kita harus ada mekanisma untuk merekod details prospek tersebut.

Saya pernah mendapat trafik yang tinggi pada blog tetapi tiada mekanisme untuk mengcapture informasi pengunjung, atau prospek yang ingin engage dengan saya. Kan rugi besar di situ?

Sejak setahun lepas saya membina kembali database pelanggan saya dan sekarang list semakin besar tanpa disedari. Page saya juga pernah rank pada muka pertama Google tetapi saya tiada perancangan membina list. Pengajaran yang besar.

Cadangan 3 jenis list:

1. List prospekSenarai ini adalah yang telah berjaya anda tawarkan item percuma seperti E-Book, Video, Audio atau hadiah. List ini paling mudah dibina, dan objektif anda adalah untuk convert mereka menjadi pembeli.

2. List pembeliTak semudah membina list prospek tetapi paling responsif. Mereka adalah pelanggan aktif dan mungkin akan membuat pembelian berulang

3. Senarai follower jangka panjangIni adalah senarai prospek yang tidak bertindak apa pun (tidak juga unsubscribe). Mereka ini bagus untuk tingkatkan trafik blog.

6. Bina Autoresponder

Autoresponder adalah sistem yang akan melayan “leads” / pengunjung yang opt-in walaupun anda tidak berada di hadapan blog/PC. Anda boleh set up siri siri email yang akan dihantar secara otomatik kepada subscribers. Tujuannya ialah untuk membina hubungan yang lebih erat dengan subscribers. Dan akhirnya bila mereka sudah lebih selesa dengan anda, mungkin akan bertukar menjadi pelanggan.

Saya sendiri ada siri siri email yang saya set up sekali sahaja, dan sistem autoresponder yang melakukan kerja untuk saya. Walaupun saya sedang tidur atau bercuti!

Kalau saya buat tutorial untuk bina autoresponder (secara percuma), anda nak tak? Kalau nak boleh like Facebook Page Saya : Aishah Amin, untuk updates terbaru.

http://aishahamin.com � of �8 10

Page 9: Percuma E-Book : Cara Buat Duit Dengan Blog

7. Promosi kan Blog untuk trafik

Sebenarnya usaha menyediakan content cumalah 20% sahaja, dan 80% lagi adalah promosi. Promosi akan menentukan trafik ke blog kita. Tanpa trafik, tak bermakna lah blog kita. Untuk tujuan menjana wang, blog mesti mendapat trafik yang tinggi. Blog dengan trafik yang tinggi sangat mudah untuk rank ke page pertama Google. (itu aim kita jika berblogging untuk bisnes).

Ada bermacam macam cara untuk mendapatkan trafik. Yang paling popular ialah dari:- Facebook- Youtube- Slideshare- Forum - forum online- Backlink

8. Buat senarai Keywords

Keywords adalah frasa carian google yang anda ingin rank kan content anda. Buat 5 hingga 10 keyword dan anda boleh analisa kesesuaian keyword pilihan anda untuk ranking di page pertama carian Google. Anda boleh sediakan senarai Keywords dengan mengunjungi Google Adwords di bahagian KeywordPlanner.

Anda mahu Keywords yang sedikit “long-tail” atau panjang, dan mempunyai purata carian 500-1000 bulanan manakala persaingan Low-Medium.

Bahagian ini agak teknikal, tapi tak rugi belajar supaya kita boleh berblogging secara smarter not harder. Kita boleh buat entri untuk rank di sekitar 10 keyword yang telah didefinasikan.

9. SEO (Search Engine Optimisation)

Apabila menulis sesebuah content yang anda ingin rank kan, anda boleh melakukan On-Page SEO supaya content itu adalah Keyword Optimised untuk carian Google.

Tips SEO friendly : Pastikan Keyword pilihan anda berada di dalam tajuk entri dan perenggan pertama entry. Google gemar Keyword yang di Bold, Italized atau Underlined.

Ada banyak resources untuk belajar mengenai SEO di Youtube.Saya juga akan cover banyak mengenai Keywords dan SEO, as I go along. Jangan lupa LIKE FB page saya (AISHAH AMIN) untuk update terbaru nanti.

10. Bersedia terima leads tanpa henti!

Jika anda mengetahui bagaimana merancang strategi blogging yang betul, anda cuma perlu set kan infrastructure di atas dan blogkan entri anda 2-3 kali sahaja seminggu. Kemudian promosi ke media sosial berbeza.

Sudah ramai orang yang menjana pendapatan melalui blog. Sangat rugi jika kita tidak mengambil peluang ini, lebih lebih lagi jika anda merancang sesuatu yang lebih bermakna dalam hidup anda. Blog memberikan peluang tanpa had untuk menjana pendapatan.

http://aishahamin.com � of �9 10

Page 10: Percuma E-Book : Cara Buat Duit Dengan Blog

xoxo

http://aishahamin.com � of �10 10