Pergaulan bebas dan kesannya kepada individu muslim

12
TUGASAN 2 (TUGASAN INDIVIDU) SEMESTER 2013/09 KOD SUBJEK : MPW 2143 NAMA SUBJEK : PENGAJIAN ISLAM TAHAP : BACHELOR NAMA PELAJAR : (: NO. ID : PROGRAM : BACHELOR OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (HONS.) TELEFON : E-MAIL : NAMA PENSYARAH : TAJUK : PERGAULAN BEBAS DAN KESANNYA KEPADA INDIVIDU MUSLIM ARAHAN KEPADA PELAJAR a. Tugasan ini membawa 10% markah keseluruhan bagi subjek Pengajian Islam b. Tugasan hendaklah berbentuk folio dan bertaip serta menggunakan double spacing. c. Panjang tugasan hendaklah antara 8 10 mukasurat sahaja d. Tarikh akhir hantar tugasan ini ialah pada 22 Nov 2013 ASSIGNMENT 2 Islamic Studies Page 1

description

pergaulan bebas dan kesannya kepada individu muslimtugasan mpw2143, pengajian islamsilalah edit, yang tak betul silalah betulkan(:

Transcript of Pergaulan bebas dan kesannya kepada individu muslim

Page 1: Pergaulan bebas dan kesannya kepada individu muslim

TUGASAN 2(TUGASAN INDIVIDU)

SEMESTER 2013/09

KOD SUBJEK : MPW 2143

NAMA SUBJEK : PENGAJIAN ISLAM

TAHAP : BACHELOR

NAMA PELAJAR : (:

NO. ID :

PROGRAM : BACHELOR OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (HONS.)

TELEFON :

E-MAIL :

NAMA PENSYARAH :

TAJUK : PERGAULAN BEBAS DAN KESANNYA KEPADA INDIVIDU MUSLIM

ARAHAN KEPADA PELAJAR

a. Tugasan ini membawa 10% markah keseluruhan bagi subjek Pengajian Islam

b. Tugasan hendaklah berbentuk folio dan bertaip serta menggunakan double spacing.

c. Panjang tugasan hendaklah antara 8 – 10 mukasurat sahaja

d. Tarikh akhir hantar tugasan ini ialah pada 22 Nov 2013

ASSIGNMENT 2 Islamic Studies Page 1

Page 2: Pergaulan bebas dan kesannya kepada individu muslim

1.0 PENGENALAN

Pergaulan bebas merupakan salah satu penyakit yang melanda umat pada masa kini.

Pada zaman pasca modenisasi ini pergaulan bebas tidak lagi menjadi kudis kepada pandangan

masyarakat. Pergaulan bebas menjadi trend pada masa kini dan tidak mustahil akan ada

individu muslim yang tidak menyedari bahawa dia telah masuk dalam kategori ini.

Dilihat dari segi katanya dapat ditafsirkan apakah maksud dari istilah pergaulan

bebas. Dari segi bahasa, pergaulan ertinya proses bergaul, manakala bebas ertinya terlepas

dari ikatan. Jadi pergaulan bebas artinya proses bergaul dengan orang lain terlepas dari ikatan

yang mengatur pergaulan.

Islam telah mengatur bagaimana cara bergaul dengan indiividu berlainan jantina. Hal

ini telah diterangkan dalam surat An-Nur ayat 30-31. Telah dijelaskan bahawa kita hendaklah

menjaga pandangan mata dalam pergaulan.

Masalah ini kebanyakannya berpunca dari cara didikan sejak dari kecil lagi. Ada

sesetengah keluarga yang memandang serius mengenai pergaulan bebas dan ada juga yang

sebaliknya. Kepercayaan yang terlampau tinggi kepada anak juga boleh manjadi salah satu

punca kepada masalah ini. Ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja dan tiada masa untuk anak-

anak dengan alasan ingin menyara keluarga ke tahap lebih baik membuka ruang untuk anak

mereka berbuat sesukahati. Ibu bapa sepatutnya lebih peka dan tidak alpa akan

tanggungjawab membesarkan anak dan memberikan perhatian sepenuhnya terutama apabila

anak meningkat remaja kerana pada fasa itulah, remaja akan cepat terpengaruh dengan

pelbagai faktor. Keluarga yang tidak mementingkan ajaran agama dan lebih mengejar

ASSIGNMENT 2 Islamic Studies Page 2

Page 3: Pergaulan bebas dan kesannya kepada individu muslim

duniawi semata-mata lebih mudah menutup mata akan pergaulan bebas kerana baginya

adalah perkara normal di mata masyarakat pada masa kini dan lupa bahawa Tuhan sentiasa

memerhati umatNya.

Namun, faktor pergaulan bebas bukan hanya berpunca daripana keluarga, kerana

keimanan bukannya sesuatu yang boleh diwarisi, tapi perlu dipelajari. Penerimaan individu

itu sendiri juga penting dalam membendung pergaulan bebas masa kini. Tetapi perlulah

diingat, cabaran bukan hanya datang dari faktor dalaman, malahan daripada faktor luaran

seperti masyarakat sekeliling.

Masyarakat yang peka akan perubahan akan sentiasa bergerak maju sejajar dengan

pembangunan dan arus kemodenan. Namun ketamakan masyarakat akan pembangunan

menyebabkan mereka lupa untuk membataskan diri dalam mengagungkan trend yang dibawa

oleh masyarakat barat. Sikap keterbukaan negara barat, contohnya akan menyumbang kepada

rosaknya nilai ketimuran dalam masyarakat Malaysia. Istilah pergaulan bebas tidak terdapat

dalam kamus kehidupan negara barat masa kini. Ini merupakan faktor yang memberi kesan

kepada pergaulan bebas dalam diri individu.

Masyarakat pula diperintah oleh kerajaan yang menjalankan undang-undang dan

perlembagaan yang ditentukan negara sendiri. Namun, jika asas yang menjadi ikutan

sesebuah negara adalah goyah dan bersifat duniawi, maka pembangunan sesebuah negara

hanya akan mencapai pembangunan kebendaan, tetapi ketinggalan dalam pembangunan

moral dan nilai-nilai keislaman.

Semua ini akan dikupas secara lebih mendalam dan cadangan akan diutarakan.

ASSIGNMENT 2 Islamic Studies Page 3

Page 4: Pergaulan bebas dan kesannya kepada individu muslim

2.0 TANGGUNGJAWAB INDIVIDU

DAN

KESAN KEPADA DIRI SENDIRI

Namun, ibu bapa tidaklah harus dipersalahkan secara seratusperatus, kerana semua

masalah sebenarnya berpunca dari diri sendiri. Lemahnya pegangan agama boleh membawa

kepada lemahnya akidah dan menjadi sebab utama pergaulan bebas tidak menjadi nanar

kepada individu terbabit. Individu yang menjaga hubungannya dengan Tuhan akan menjaga

hubungannya dengan orang sekeliling termasuklah ibu bapa, keluarga, masyarakat dan rakan-

rakan.

Pergaulan bebas boleh terjadi di mana-mana malah ada sesetengahnya tanpa disedari

dan disengajakan. Sebagai contoh, individu hanya menilai pergaulan bebas adalah hubungan

tanpa batas antara lelaki dan wanita bukan mahram. Tetapi, pergaulan bebas juga

merangkumi cara pergaulan dan penjagaan batas yang diletakkan seseorang baik secara

sesama individu atau tidak.

Sifat ikhsan yang mendalam dalam diri individu haruslah ditanam agar individu akan

lebih berhati-hati dalam membuat keputusan menyedari yang setiap perbuatan dilihat oleh

Tuhan dan dinilai perbuataanya oleh malaikat untuk ditimbang pada hari pembalasan.

Individu yang baik akan menilai setiap perbuatannya dan segera bertaubat apabila melakukan

kesalahan kerana dia percaya akan kehidupan selepas mati. Sebaliknya, individu yang hanya

mengejar dunia semata-mata lebih selesa mencari kemewahan dan keseronokan tanpa

memikirkan keperluan untuk mencari keredhaanNya.

ASSIGNMENT 2 Islamic Studies Page 4

Page 5: Pergaulan bebas dan kesannya kepada individu muslim

Kesan pergaulan bebas boleh menjadikan diri semakin terpesong dari landasan asal

kerana ia melibatkan akidah seseorang. Contohnya, jika seseorang itu percaya sentuhan

antara bukan mahram dengan sengaja itu adalah sesuatu yang normal dan tidak rasa bersalah

akan perbuatan tersebut kerana dikatakan kebiasaan pada pandangan masyarakat, maka

individu terbabit telah melakukan dosa dengan sengaja dan mungkin terbatal imannya. Hal

ini kerana iman adalah aamana dan yukmina iaitu percaya dan membenarkan. Kepercayaan

yang kukuh mestilah dibenarkan oleh hati, dilafazkan dengan lidah dan melakukannya

dengan anggota. Jika salah satu daripada asas ini diingkari, maka keimanan itu telah goyah.

Individu itu juga telah melanggar maksud Islam itu sendiri, salima iaitu patuh dan menyerah

diri.

Pergaulan bebas juga berkait rapat dengan akhlak seseorang dimana ia merupakan

adab dan etika yang diamalkan dalam amalan kehidupan. Berbeza dengan etika yang

berasaskan falsafah dan berubah mengikut pandangan masyarakat dan faktor kemodenan,

akhlak adalah bersumberkan Al Quran dan As Sunnah dan kepatuhan datang dari diri sendiri

dan memberi kesan yang mendalam tanpa perubahan dan bukannya secara datang dari

pemikiran rasional. Secara mudahnya, akhlak adalah etika kehidupan yang diamalkan

individu dan ianya lahir dari penghayatan agama Islam yang mendalam.

Ini adalah contoh lain kesan dari pergaulan bebas secara amnya kepada individu.

Namun, jika dikupas secara lebih mendalam kesan-kesan pergaulan bebas, ia akan memberi

kesan bukan sahaja kepada individu itu sendiri malahan kepada masyarakat dan keluarga

juga. Ini penting kerana islam menunut supaya kita menjaga hubungan baik dengan sesama

masyarakat selain kepada Maha Pencipta.

ASSIGNMENT 2 Islamic Studies Page 5

Page 6: Pergaulan bebas dan kesannya kepada individu muslim

3.0 TANGGUNGJAWAB MASYARAKAT

DAN

KESAN YANG DIBAWA MASYARAKAT

Bertapa entengnya masyarakat memandang pergaulan bebas masa kini menjadi satu

trend tambahan di kawasan bandar pesat membangun amnya. Contohnya, bercampur lelaki

dan perempuan di konsert atau majlis keraian adalah perkara biasa dan tidak dipandang

serius. Tambah menyedihkan, ianya berlaku secara kerap dan golongan yang terlibat adalah

dalam yang beragama Islam malahan bertudung.

Jika dahulu masyarakat Malaysia beragama Islam memandang serius akan batas yang

ditentukan agama dan tingginya nilai ketimuran dalam kehidupan seharian, hal itu telah

berubah mengikut arus kemodenan semasa. Mereka lebih tegar mengikut budaya barat yang

dirasakan lebih maju dan sikap berfikiran terbuka yang diamalkan dalam menerima sesuatu

yang dibawa dari negara tersebut tidak mengenal batas yang ditentukan agama. Hal ini

merupakan cabang punca kepada permasalahan pergaulan bebas.

Pergaulan bebas juga dapat mengubah pandangan masyarakat terhadap sesuatu

perkara. Jika dahulunya sesuatu keraian agama lain itu dianggap sesuatu yang tidak boleh

diraikan oleh masyarakat yang beragama Islam, zaman moden ini mereka beranggapan tidak

ada salahnya jika sambutan secara sengaja diraikan oleh mereka yang beragama Islam seperti

sambutan Hari Kekasih dan April Fool kerana mereka beranggapan ianya sesuatu yang biasa

disambut oleh masyarakat sekeliling. Tidakkah mereka tahu sejarah disebalik keraian

tersebut? Atau sekadar menutup mata dan menganggap sambutan adalah atas dasar suka-

suka?

ASSIGNMENT 2 Islamic Studies Page 6

Page 7: Pergaulan bebas dan kesannya kepada individu muslim

Sebenarnya, jika dikaji asas kejayaan tamadun islam pada masa dahulu, terbukti

bahawa yang menjadi punca teguhnya tamadun seperti Semasa Zaman Kegemilangan

Islam (750 – 1250) iaitu pada zaman Kerajaan Abbasiyah adalah kerana teguhnya pegangan

kepada agama Islam berasaskan Al Quran dan As Sunnah. Faktor lain meliputi dorongan

semangat Iqra’, keterbukaan menerima perubahan, kemajuan dalam ketenteraan dan strategi

taktikal dan semangat jihad yang tinggi dalam diri pemimpin.

Masyarakat zaman kini memandang tinggi kepada kemajuan negara barat dan timur

yang tidak seagama kerana mereka lupa akan sejarah yang menjadikan kemajuan pada masa

sekarang berpunca dari kejayaan tamadun Islam pada zaman dahulu. Ilmuan serta

cendekiawan Islam seperti Ibnu Sina dan Al-Khawarizmi telah menyumbang kepada

pembangunan sains dan teknologi dunia. Terdapat sumber yang mengakui bahawa

kegemilangan Zaman Pembaharuan atau Renaissance di Eropah berkait rapat dengan

kegemilangan zaman ketamadunan Islam.

Banyak kitab-kitab dari cendekiawan Islam yang terdapat di Sepanyol dan negara

Timur Tengah diterjemah dan dipelajari oleh bangsa barat termasuklah ilmu-ilmu falsafah,

perubatan, astronomi, matematik, logik, akhlak, kimia, dan algebra. Hasilnya, lahirlah Zaman

Pembaharuan (Renaissance) setelah berzaman melewati Zaman Kegelapan (Dark Ages) iaitu

dari abad ke lima sehingga tahun 1000. Ketamakan masyarakat Eropah menyebabkan nama-

nama besar cendekiawan Islam yang menyumbang kepada pengetahuan sains dan teknologi

dipadam dalam peradaban dunia dan diganti dengan nama-nama cendekiawan barat. Tanpa

kejayaan tamadun Islam pada zaman dahulu yang mementingkan akhlak lebih daripada

ASSIGNMENT 2 Islamic Studies Page 7

Page 8: Pergaulan bebas dan kesannya kepada individu muslim

kebendaan, maka kemungkinan besar kejayaan negara barat pada masa kini tidak akan dapat

dilihat dimata dunia.

Maka, kealpaaan masyarakat dalam mengagungkan negara barat sehingga lupa akan

sejarah keagungan agama sendiri. Keterimaan masyarakat dengan budaya barat yang

dikatakan lebih baik dan maju menyumbang kepada pergaulan bebas pada masa kini. Maka

tanggungjawab masyarakat juga perlu dalam mengawal gejala yang dianggap normal ini,

selain meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada individu dan keluarga.

Masyarakat sepatutnya kembali kepada asas dan nilai yang dibawa agama Islam.

Kerajaan yang dipimpin oleh pemimpin Islam juga perlu menekankan syariah yang

dipraktikkan oleh negara Islam, bukannya hanya negara Islam pada nama dan perlembagaan.

Hukum hudud yang ditetapkan oleh Yang Maha Esa hendaklah diletakkan pada tangga

teratas dalam perlembagaan, walaupun negara berbilang kaum dan bangsa. Hal ini kerana

hukum tersebut ialah bersifat syumul dan alamiyyah.

Ketidakpatuhan pemimpin kepada Yang Satu bukan sahaja akan menyebabkan negara

yang diperintah tidak mendapat kemajuan yang diinginkan, malah akan lahirlah masyarakat

yang hanya maju dalam pendidikan dan pembangunan, namun lemah dalam segi akhlak dan

rendah nilai-nilai Islam. Contoh terdekat telah diberikan oleh negara jiran, Brunei Darul

Salam dimana kepimpinan berasaskan agama Islam serta berlandaskan Al Quran dan As

Sunnnah menjadikan negara kecil tersebut antara negara yang terkaya dunia.

Oleh itu, masyarakat perlu bangkit dan sama-sama menolak pergaulan bebas dan

berhenti memandang negara barat sebagai contoh utama dalam pembangunan negara.

ASSIGNMENT 2 Islamic Studies Page 8

Page 9: Pergaulan bebas dan kesannya kepada individu muslim

3.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kesimpulannya, pergaulan bebas memberi banyak kesan negatif kepada individu

muslim terutama kesan kepada individu itu sendiri. Namun, pergaulan bebas tidak hanya

hanya disebabkan oleh lemahnya pegangan akidah individu terbabit, tetapi juga disebabkan

oleh faktor luaran seperti penerimaan dan tanggapan masyarakat mengenai pergaulan bebas.

Masyarakat sekeliling yang terlalu mengagungkan budaya barat yang dikenali dengan

kurangnya batas dalam pergaulan seharian sewajarnya perlu ingat bahawa pembangunan

yang dikecapi negara-negara membangun tersebut berpunca daripada kejayaan tamaduan

Islam pada masa dahulu. Keterimaan masyarakat menguatkan lagi faktor tersebarnya gejala

pergaulan bebas masa kini. Selain itu, pemimpin kerajaan sewajarnya mengamalkan

kepimpinan berasaskan Al Quran dan As Sunnah dengan menjalankan hukumNya seperti

Hudud yang dituntut oleh agama, bukannya melihat kepada kepelbagaian kaum dan agama

sebagai suatu sekatan. Hal ini kerana telah terbukti pada masa lepas bahawa kepimpinan

berasaskan Islam memungkinkan kejayaan tamadun pada masa lampau dan kejayaan negara

jiran iaitu Brunei pada masa kini. Jika negara diperintah diatas jalanNya, maka tidak

mustahil gejala negatif seperti pergaulan bebas akan dapat dibendung sekaligus

mengurangkan kesan-kesan lain seperti vandalisma dan maksiat dalam kalangan masyarakat.

Ini bukan sahaja akan menyumbang kepada pembangunan negara, malah ia akan membentuk

masyarakat yang tinggi nilai moral tidak mengira agama mahupun bangsa.

ASSIGNMENT 2 Islamic Studies Page 9

Page 10: Pergaulan bebas dan kesannya kepada individu muslim

4.0 RUJUKAN

http://geography.about.com/od/historyofgeography/a/islamicgeo.htm

http://muslimheritage.com/topics/default.cfm?ArticleID=233

http://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/faktor-faktor-kejayaan-tamadun-islam/

http://warnaa-warnii.blogspot.com/2013/01/pengertian-dan-penyebab-pergaulan-bebas.html

http://web.utk.edu/~persian/paper.htm

http://www.aina.org/books/hgsptta.htm

http://www.islamicweb.com/history/hist_golden.htm

http://www.khamush.com/sufism/golden.htm

http://www.thefreedictionary.com/Dark+Ages

ASSIGNMENT 2 Islamic Studies Page 10