Peribahasa
description
Transcript of Peribahasa
PeribahasaMenengah
2
Air yang dingin juga dapat memadami api
•Perkataan yang lembut yang dapat mendinginkan hati orang yang sedang marah.
Makna:AB
C
Contoh ayat :
Apabila lelaki itu melihat wajah pasangannya sedang marah, dia mengatakan kata-kata yang melembutkan hatinya.
Bagai unta menyerah diri
Makna:•Orang yang terlalu bodoh dan terlalu lurus yang menjadi mangsa orang yang lebih pintar dan cerdik.
Contoh ayat:Kamisah diusik oleh pelajar-pelajar yang begitu cerdik sekali di sekolah.
Bagai kerakap atas batu,hidup enggan mati tak
mahu
Makna:• Perihal seseorang yang hidup dalam
kemiskinan dan melarat.• Perihal seorang yang telah lama mengidap
penyakit.• Tanaman yang tidak tentu hidup-matinya.
Contoh ayat:Dahulu hidupku bagai kerakap atas batu hidup enggan tidak mahu, tetapi setelah bekerja gigih sekarang, aku menjadi orang yang terkaya di seluruh dunia.
Baru hendak bertunas sudah dipetik lama-lama matilah pokoknya
Makna:• Ibarat orang berniaga baru mendapat
keuntungan sedikit sudah berbelanja besar,akhirnya habislah modal.
Contoh ayat:Ramli dan isterinya menjadi percakapan orang, yang berbelanja besar, padahal baru sahaja mendapatkan usaha sedikit dari perniagaan barunya.
Batu yang selalu bergolek di dalam sungai tiada dihinggapi lumut.
Makna:• Seseorang yang selalu bertukar-tukar kerja tidak
akan mencapai kajayaan dalam kerjayanya dan sukar untuk menjadi seorang yang kaya.
• Orang yang selalu menambah pengetahuannya tidak dapat ditipu orang.
Contoh ayat:Razif selalu bertukar-tukar kerja , kira-kira dari umurnya enam belas tahun hingga sekarang, dua puluh tahun.
Berkerat rotan berpatah arang
Makna:• Putus pertalian (perhubungan) yang
tidak dapat disambung (didamaikan) lagi.
Contoh ayat:Ulhaq dan Rafeedah bergaduh hingga tidak dipandang pun jika berjumpa.
Besar pasak dari tiang
Makna:• Berbelanja lebih besar daripada
pendapatan yang diperolehi.
Contoh ayat:Padaku percakapan orang-orang benar bahawa Anita belanja lebih besar daripada wang dapatannya.
Biduk lalu kiambang bertaut
Makna:• Perselisihan faham yang berlaku di
antara saudara-mara akan berakhir dengan perdamaian semula (sesuatu pergaduhan atau perselisihan faham yang dapat diselesaikan).
Contoh ayat:Cik Anom tidak mempedulikan pergaduhan antara anak-anaknya kerana mereka akan selalu berbaikan semula.
BODOH-BODOH SEPAT,TIADA MAKAN PANCING EMAS
Makna:• Walaupun seseorang itu bodoh tetapi dia masih
tahu memilih yang mana baik ataupun yang mana buruk untuk dirinya.
• Orang bodoh yang mendapat kecelakaan kerana berpura-pura bersikap seperti orang pandai.
Contoh ayat:Aku gembira kerana walaupun adikku kurang pandai, dia tahu memilih mana yang baik dan mana yang buruk untuk dirinya.
Jadi umang-umang
Makna:• Orang yang menyamar kerana
sesuatu muslihat.• Barang yang sama jika berlainan
keadaannya maka berlainanlah pula namanya.
Contoh ayat:Mak dan adik tirinya Stila berpura-pura baik di depannya tetapi di belakang mereka merancang untuk menghancurkan kehidupannya Stila.
Makna:
Jauhari juga yang mengenali manikam
• Orang yang bijaksana jua yang mengetahui keelokan ilmu,yang menghargai sifat mulia dan tahu menilai ketinggian mutu sesuatu barang itu.
Contoh ayat:Pada zaman sekarang orang yang berpangkat tinggi selalunya dipandang dan dihormati kerana mereka lebih mengetahui benda-benda yang berfaedah.
Kalau kail panjang sejengkalJangan lautan hendak diduga
Makna:• Jika ilmu atau kebolehan kita
sedikit,janganlah kita berbuat (melawan dll) orang atau sesuatu yang besar.
Contoh ayat:Ibuku selalu menasihatiku walaupun kita orang miskin, jangan selalu melawan hinaan orang kaya.
KALAU TIDAK ADA HELANG,BELALANG MENJADI HELANG
Makna:• Seseorang yang bertindak mengaku bahawa
dirinya seorang yang bijak serta pandai apabila dia mendapati tidak ada lagi orang yang lebih bijak dan pandai di tempat itu.
Contoh ayat:Ketika waktu itu, apabila ketua kelas bersama kami yang kurang pandai, dia bagaikan kata pepatah, kalau tidak ada helang, belalang menjadi helang.
KECIL JANGAN DISANGKA ANAK BESAR JANGAN DISANGKA BAPA.
Makna:•Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pada orang-orang tua sahaja,selalu juga ada pada orang-orang muda.
Contoh ayat:Pada zaman sekarang ramai yang tidak mempercayai pepatah kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa kerana orang-orang muda sekarang lebih bijaksana dari orang-orang tua.
Lidah bercabang bagai biawak
Makna:•Selalu berubah dan tidak dapat dipercayai kata-katanya.
Contoh ayat:Aku tidak lagi mempercayai kata-kata adikku lagi kerana dia bagaikan lidah bercabang bagai biawak.
Laksana wau melawan angin
Makna:• Kehendak orang atasan atau orang yang
berkuasa tidak dapat dihalang oleh orang bawahan ataupun orang yang lemah,jika dilawan binasalah diri.
Contoh ayat:Sering berlaku hal-hal seperti yang rendah kalah melawan atasan.
Pipit pekak makan berhujan
Makna:•Seseorang yang sangat rajin dalam sesuatu pekerjaan, tiada peduli akan bahaya, yang akan timbul pada dirinya.
Contoh ayat:Orang yang miskin selalunya rajin dalam pekerjaanya kerana mereka bekerja keras mencari nafkah untuk menampung sekeluarga.
Seperti api dalam
sekam
Makna:•Perihal perbuatan jahat yang disembunyikan tiada ketara pada orang atau berlaku secara diam-diam.
Contoh ayat:Pada waktu rehat Firdaus berhasil mencuri dompet kawan-kawannya secara diam-diam.
Makna:•Orang yang pura-pura berbuat baik kepada dua belah pihak sehingga
beroleh keuntungan daripada kedua-duanya.
Contoh ayat:Zami pura-pura berbuat baik kepada ibu dan ayah tirinya dan mendapat wang kerana perbuatan baiknya.
Seperti seludang menolak mayang
Makna:•Menggah atau menyombongkan diri.
Contoh ayat:Ramai pelajar membenci Zaisheera kerana dia selalu menunjuk-menunjukkan kelebihannya dan dia juga sombong.
Seperti gunting makan di hujung
O
Makna:• Seseorang yang tiada disangka,tetapi dengan
sembunyi-sembunyi dan perlahan-lahan ia melakukan perbuatannya.
• Orang yang bijak mengeluarkan perkataan yang tajam(pedas) tetapi tidak terasa oleh orang lain.
Contoh ayat:Ibu mertuaku selalu mengata-ngata tentangku tetapi aku buat seperti tidak mendengar apa-apa.
Terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau
Makna:• Terhindar dari pada kemalangan/musibah kecil lalu menghadapi kemalangan/musibah yang lebih besar.
Contoh ayat:Baru sahaja aku dapat menyelamatkan diriku dari kemalangan kecil dengan sebuah motor , malangnya aku ditimpa kemalangan yang besar dengan sebuah lori.
Tong kosong nyaring bunyinya
Makna:• Seseorang yang bodoh biasanya banyak
cakapnya.
• Orang yang sombong,besar cakap tidak berisi/tidak bererti.
ABCD
Contoh ayat:Fan sedang memalukan dirinya dengan bercakap bahawa dirinya kaya tetapi sebenarnya dia sedangberbual kosong.
TUMBUK RUSUK
Makna:•Memberi wang rasuah
Contoh ayat:
Ahmad diberi wang rasuah untuk membunuh seseorang.
Umpama air digenggam tiada tiris
Makna:• Orang yang sangat kikir atau bakhil tidak sedikit
jua terbuka tangannya untuk menolong orang yang sengsara.
Contoh ayat:Qairah mengusir seorang pengemis yang meminta tolong kepadanya di luar rumahnya.
Oleh: Ahtiqha(2C)
Shafiqah(2B2) Hidayati(2C)
Terima kasih~
`SEKIAN`~