Peribahasa Lengkap 2009

39
PERIBAHASA? Peribahasa digunakan orang sebagai kiasan, teladan, dan pengajaran. Itulah sebabnya peribahasa sering digunakan sebagai hiasan untuk mengindahkan karangan atau ketika memberikan ucapan atau syarahan Peribahasa dapat dijeniskan seperti yang berikut: (a) Simpulan bahasa, yakni jenis peribahasa yang paling mudah dan ringkas yang terdiri daripada dua patah kata seperti bahasa terdiri daripada dua patah kata seperti ada hati, batu api, cepat tangan, dan sebagainya. (b) Bandingan, yakni maknanya dinyatakan dengan amat jelas dan terus-terang secara membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain. (c) Perumpamaan yakni jenis peribahasa yang maknanya tersirat di sebalik susunan kata-kata yang membentuk perumpamaan itu. Biasanya perumpamaan mengandung kata-kata bagai, ibarat, laksana, seperti dan umpama. (d) Pepatah, yakni jenis peribahasa yang berangkap serta terdapat pengulangan kata di dalamnya untuk penegasan, falsafah, atau pengajaran yang hendak disampaikan. (e) Bidalan, yakni jenis peribahasa yang maksudnya tersirat di sebalik susunan kata-kata yang membentuknya. Contohnya: ada gula ada semut dan air dicincang tiada putus. (f) Kata-kata hikmat, yakni jenis peribahasa yang biasanya terbit daripada ayat-ayat suci dalam kitab-kitab atau daripada percakapan serta

Transcript of Peribahasa Lengkap 2009

Page 1: Peribahasa Lengkap 2009

PERIBAHASA?

Peribahasa digunakan orang sebagai kiasan, teladan, dan pengajaran. Itulah sebabnya peribahasa sering digunakan sebagai hiasan untuk mengindahkan karangan atau ketika memberikan ucapan atau syarahan

Peribahasa dapat dijeniskan seperti yang berikut:(a) Simpulan bahasa, yakni jenis peribahasa yang

paling mudah dan ringkas yang terdiri daripada dua patah kata seperti bahasa terdiri daripada dua patah kata seperti ada hati, batu api, cepat tangan, dan sebagainya.

(b) Bandingan, yakni maknanya dinyatakan dengan amat jelas dan terus-terang secara membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain.

(c) Perumpamaan yakni jenis peribahasa yang maknanya tersirat di sebalik susunan kata-kata yang membentuk perumpamaan itu. Biasanya perumpamaan mengandung kata-kata bagai, ibarat, laksana, seperti dan umpama.

(d) Pepatah, yakni jenis peribahasa yang berangkap serta terdapat pengulangan kata di dalamnya untuk penegasan, falsafah, atau pengajaran yang hendak disampaikan.

(e) Bidalan, yakni jenis peribahasa yang maksudnya tersirat di sebalik susunan kata-kata yang membentuknya. Contohnya: ada gula ada semut dan air dicincang tiada putus.

(f) Kata-kata hikmat, yakni jenis peribahasa yang biasanya terbit daripada ayat-ayat suci dalam kitab-kitab atau daripada percakapan serta

Page 2: Peribahasa Lengkap 2009

penulisan seseorang yang dihormati dan terbilang. Kata-kata tersebut mengandung falsafah atau pengajaran yang berguna sebagai panduan hidup.

Page 3: Peribahasa Lengkap 2009

PERUMPAMAAN

Seperti kaca jatuh ke batu Orang yang mempunyai perasaan yang amat sedih

Seperti katak di bawah tempurungOrang yang tidak mempunyai pengetahuan yang luas tentang sesuatu perkara

Seperti kera mendapat bungaOrang yang tidak tahu menghargai pemberian pemberian orang lain

Seperti ular kena paluKeadaan sesuatu benda yang tidak teratur atau dalam keadaan bengkang-bengkok

Seperti gergaji dua mataOrang yang mengambil kesempatan atau faedah daripada dua kumpulan atau pihak

Ibarat bunga, sedap dipakai layu dibuangSeseorang yang disayangi semasa mudanya tetapi diceraikan apabila sudah tua seperti wanita

Bagai isi dengan kukuPerhubungan atau persahabatan yang

Page 4: Peribahasa Lengkap 2009

erat

Bagai menatang minyak yang penuhSikap memelihara anak dengan penuh kasih sayang dan tanggung jawab

Seperti tanduk diberkasKesukaran untuk menyatukan orang yang mempunyai pendapat yang berbeza

Seperti murai tercabut ekorOrang yang suka bercakap

Seperti lipas kudungOrang yang bekerja atau bergerak dengan pantas

Seperti ikan kena tubaKeadaan yang menyaksikan banyak orang sakit secara serentak

Laksana janda baru bangun tidurWanita yang benar-benar cantik

Laksana pohon kayu tidak berbuahIlmu yang diperoleh tidak diamalkan

Ibarat burung, mata lepas badan terkurungSatu keadaan yang tidak mempunyai kebebasan atau tiada kemerdekaan

Page 5: Peribahasa Lengkap 2009

Seperti anjing dengan kucingDua orang yang sering bergaduh apabila bertemu

Seperti harimau menunjukkan belangSeseorang yang mempamerkan sikap sebenarnya setelah berdiam diri seketika

Seperti pahat dengan penukulOrang yang akan bekerja apabila disuruh atau dipaksa

Seperti rumput di tepi jalanOrang yang menjalani kehidupan yang susah

Seperti ikan pulang ke lubukOrang yang kembali ke kampung halamannya setelah lama berhijrah

Seperti embun dihujung rumputKesetiaan atau kesayangan yang tidak kekal atau tidak boleh berkekalan

Bagai ayam disambar helangSeseorang yang disayangi telah hilang secara tiba-tiba

Bagai aur dengan tebingSikap tolong-menolong yang diamalkan antara satu sama lain

Page 6: Peribahasa Lengkap 2009

Bagai buluh ditarik songsangKesukaran untuk mengajar seseorang yang bertentangan fahaman atau pandangan dengan kita

Bagai pinang dibelah duaPasangan yang sama cantik dan sama padan

Bagai kumbang putus taliSeseorang yang melarikan diri dengan segera setelah terlepas daripada kesusahan

Bagai melepas batuk di tanggaMembuat sesuatu kerja atau tugas secara main-main atau tidak diselesaikan

Seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betulSeseorang yang memberi nasihat kepada orang lain supaya membuat pekerjaan dengan betul tetapi dirinya sendiri tidak melakukan perkara yang sama

Seperti pungguk rindukan bulanPemuda yang terlalu merindui gadis yang disayangi tetapi tidak dilayan

Seperti hujan jatuh ke pasirNasihat yang tidak dihargai atau sia-sia sahaja

Page 7: Peribahasa Lengkap 2009

Seperti cincin dengan permataPasangan yang sama padan dan cantik

Bagai pucuk dilancarkanKehebatan seseorang pahlawan ketika mempamerkan kekuatan seni pertahanan diri

Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masingTiada permuafakatan dalam sesuatu perkara/pendapat sendiri lebih diutamakan

Bagai mencurah air ke daun keladiPerbuatan menasihati seorang yang sia-sia

Ibarat telur sesangkak, pecah satu pecah semuaKeadaan susah senang yang dihadapi bersama-sama

Seperti abu di atas tunggulKedudukan sesuatu yang tidak akan berkekalan

Seperti halilintar membelah bumiBunyi yang sangat kuat

Macam ular kekenyanganSeseorang yang perutnya terlalu

Page 8: Peribahasa Lengkap 2009

besar/buncit sehingga menyukarkannya berjalan

Seperti kerbau dicucuk hidungOrang bodoh yang sering mengikut arahan atau kemahuan orang lain

Seperti bumi dengan langitPerbezaan yang besar atau ketara

Seperti api di dalam sekamTindakan jahat yang dilakukan secara bersembunyi atau diam-diam

Nasi sudah menjadi buburPerbuatan jahat yang tidak dapat diubah lagi

Mengajar itik berenangMengajar seseorang yang telah pandai atau berpengetahuan

Menanam tebu dibibir mulutOrang yang pandai berkata-kata manis tetapi hatinya lain

Seperti belanda minta tanahOrang yang tamak

Page 9: Peribahasa Lengkap 2009

BIDALAN

Ada gula ada semutTempat yang mempunyai rezeki akan menjadi tumpuan orang ramai

Air ditetak tidak akan putusPergaduhan adik-beradik tidak akan berpanjangan

Ada udang di sebalik batuSeseorang yang mempunyai niat lain disebalik tindakannya

Alah bisa tegal biasaKerja yang susah akan menjadi mudah kalau selalu dilakukan

Alah membeli menang memakaiBarang yang mahal mempunyai kualiti yang baik atau tahan lama

Air yang tenang jangan disangka tiada buayaSeseorang yang pendiam tidak boleh dianggap tidak bahaya

Alang-alang mandi biarlah basahSesuatu pekerjaan hendaklah dilakukan sehingga selesai

Belum duduk sudah belunjurSeseorang yang melakukan sesautu kerja sebelum sampai masanya

Page 10: Peribahasa Lengkap 2009

Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyiSesuatu perkara atau kejadian tidak akan berlaku tanpa melibatkan dua pihak

Belakang parang diasah lagikan tajamSeseorang yang bodoh jika diajar dengan betul akan menjadi pandai akhirnya

Benih yang baik jikalau jatuh ke laut menjadi pulauSeseorang yang berketurunan baik atau dididik dengan sempurna akan berkelakuan baik di mana-mana sahaja berada

Biar titik jangan tumpahLebih baik menanggung kerugian yang kecil daripada mengalami kerugian yang lebih besar

Bumi mana tidak ditimpa hujanSetiap orang tentu pernah melakukan kesalahan atau mengalami masalah

Diam penggali berkaratSeseorang yang berilmu tetapi tidak menggunakannya akan kehilangan ilmu itu

Page 11: Peribahasa Lengkap 2009

Di mana semut mati kalau tidak dalam gulaManusia mudah terperangkap oleh pujuk rayu atau janji manis orang lain

Indah khabar daripada rupaSesuatu berita yang dibesar-besarkan daripada keadaan sebenarnya

Jauhari juga yang mengenal manikamOrang yang pakar dalam sesuatu perkara itu sahajalah yang lebih mengetahui kepentingan sesuatu perkara itu

Melentur aur biar daripada rebungUsaha mendidik anak perlulah dilakukan sejak kecil

Pelanduk dua serupaDua orang yang mempunyai rupa yang sama

Rosak badan kerana mulutMendapat kesusahan atau masalah akibat keterlanjuran kata

Sambil menyelam minum airMembuat dua pekerjaan dalam satu masa

Sudah terantuk baru tengadahApabila sudah terkena barulah berhati-

Page 12: Peribahasa Lengkap 2009

hati

Sediakan payung sebelum hujanKita perlu beringat-ingat atau membuat persediaan sebelum mendapat kesusahan

Segan bertanya sesat jalanOrang yang tidak mahu bertanya apabila menghadapi masalah akan mendapat kesusahan akhirnya

Sudah jatuh ditimpa tanggaMasalah yang datang berturut-turut

Tepuk dada tanya seleraSesuatu pekerjaan itu hendaklah dilakukan mengikut keperluan atau keinginan kita

Ukur baju di badan sendiriKita perlu melakukan sesuatu itu mengikut kemampuan atau kebolehan sendiri

PEPATAH

Anak dipangkuan diletakkan, beruk dirimba disusuiOrang yang mengabaikan tugas menjaga kepentingan keluarga sendiri tetapi mengutamakan kepentingan orang lain

Page 13: Peribahasa Lengkap 2009

Ada ubi ada batas, ada masa dapat balasPerbuatan yang tidak baik akan menerima balasan pada masa yang sesuai

Ayam terlepas, tangan bau tahiOrang yang ingin mencari keuntungan tetapi akhirnya terpaksa menerima malu

Bagaimana acuan, begitulah kuihnyaPerangai anak mirip perangai ibu bapanya

Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengarKita mestilah berhati-hati apabila menceritakan sesuatu perkara penting

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepianKesusahan yang dialami pada peringkat awal akan membawa kesenangan pada akhirnya

Berani kerana benar, takut kerana salahOrang yang tidak bersalah akan berani menerima kenyataan tetapi orang yang bersalah akan takut

Page 14: Peribahasa Lengkap 2009

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjingKesusahan dan kesenangan dihadapi bersama-sama

Biar putih tulang, jangan putih mataTidak mudah mengaku kalah kerana maruah lebih penting

Buang yang keruh, ambil yang jernihPerkara jahat yang sudah berlaku perlu dibiarkan manakala perkara yang baik perlu dikekalkan

Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragamSetiap orang mempunyai kehendak hati mereka

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekaliSebarang kebaikan yang hendak dilakukan mestilah berhati-hati tetapi perbuatan jahat tidak boleh dilakukan sama sekali

Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jugaPergaduhan adik-beradik tidak akan berpanjangan kerana mereka akan berbaik semula

Page 15: Peribahasa Lengkap 2009

Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkaratOrang yang diam dan bodoh tidak membawa sebarang perubahan yang baik

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjungKita mestilah memastuhi peraturan tempat yang baru kita pergi

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalanSeseorang yang mempunyai cita-cita tentu akan berusaha untuk mencapainya

Ditelan mati emak, diluah mati bapaKeadaan serba salah dalam membuat keputusan atau tindakan Enggang sama enggang, pipit sama pipitPergaulan atau hubungan yang melibatkan kedudukan status yang sama

Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati ditengah-tengahApabila dua pihak yang berkuasa bergaduh, orang yang lemah atau miskin akan menerima kesan buruknya

Page 16: Peribahasa Lengkap 2009

Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan namaOrang yang baik apabila mati akan meninggalkan nama yang baik, sebaliknya mereka yang jahat akan meninggalkan nama yang buruk

Harapkan pagar, pagar makan padiSeseorang yang kita harapkan akan membantu tetapi dia pula yang memusnahkannya

Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang jugaBudi bahasa yang baik tidak akan dilupakan walaupun orangnya sudah meninggal dunia

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecahKesusahan dan kesenangan dihadapi bersama

Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa matiHutang budi tidak dapat dibayar seumur hidup

Ingat sebelum kena, jimat sebelum habisKita hendaklah berfikir dahulu sebelum

Page 17: Peribahasa Lengkap 2009

melakukan sesuatu supaya tidak mengalami masalah

Jika kerbau dipegang pada talunya, jika manusia dipegang pada janjinyaKita mesti menepati janji yang telah dibuat kepada orang lain

Kalah jadi abu, menang jadi arangKeadaan yang tidak menguntungkan mana-mana pihak yang bertelingkah

Kalau pandai makan, pandailah simpanKita mestilah pandai menyimpan rahsia

Kalau tak ada angin bertiup, masakan pokok bergoyangSesuatu perkara yang berlaku itu mesti mempunyai sebab-sebab tertentu

Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapaKemampuan atau kebolehan seseorang tidak terletak pada usia atau saiz seseorang

Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkanPerasaan gembira yang digambarkan oleh seseorang yang memang mengharapkan sesuatu pertolongan itu

Page 18: Peribahasa Lengkap 2009

Ke tengah boleh, ke tepi pun bolehSeseorang yang dapat menyesuaikan diri dalam semua keadaan

Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampakKesalahan yang dilakukan oleh orang lain, kita nampak tetapi kesalahan yang dilakukan oleh diri sendiri dan lebih bahaya tidak disedari

Kais pagi, makan pagi, kasi petang, makan petangOrang miskin yang terpaksa bekerja sepanjang masa untuk hidup

Lembu punya susu, sapi dapat namaOrang lain yang berusaha kerasa tetapi orang lain yang menerima pujian

Lain di mulut, lain di hatiSesuatu yang dikatakan tidak sama dengan apa yang terdapat di hati

Lepas dari mulut harimau, masuk ke mulut buayaSeseorang yang mendapat nasib malang satu demi satu

Masuk telinga kanan, keluar telinga kiriOrang yang tidak mendengar nasihat orang lain

Page 19: Peribahasa Lengkap 2009

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguakKita hendaklah menyesuaikan diri dengan adat tempat yang kita pergi

SIMPULAN BAHASA

Ada anginSeseorang yang mempunyai sikap yang tidak menentu.

Ada hatiSeseorang yang suka kepada seseorang atau mempunyai keinginan tentang sesuatu

Air mukaMaruah seseorang

Ajak-ajak ayamSikap mempelawa seseorang tanpa kesungguhan

Alas cakapPercakapan yang sopan

Alas perutMakan sedikit supaya tidak lapar

Page 20: Peribahasa Lengkap 2009

Alim kucingSeseorang yang berpura-pura baik

Ambil anginPergi bersiar-siar ke sesuatu tempat yang menarik

Ambil hatiPerasaan tersinggung akibat perbuatan orang lain

Anak bapaSeseorang yang berani atau handal atau kuat

Anak emasSeseorang yang sangat disayangi oleh orang lain

Anak jantanOrang lelaki yang mempunyai sifat keberanian

Angkat bakulSeseorang yang suka memuji dirinya sendiri

Angkat kakiMelarikan diri dengan segera apabila menghadapi sesuatu keadaan bahaya/masalah

Page 21: Peribahasa Lengkap 2009

Angkat mataBerani menentang atau melawan orang lain

Angkat mukaSeseorang yang sombong kerana kelebihan dirinya

Atas anginNegeri-negeri yang berada di Barat

Atas pagarSikap seseorang yang enggan menyokong mana-mana pihak/ berkecuali

Ayam tambatanOrang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan

Bahasa dalamBahasa yang digunakan oleh golongan istana

Bangkai bernyawaSeseorang yang kurus dan tidak berguna pada diri sendiri serta masyarakat

Banyak lemakSeseorang yang enggan mendengar nasihat orang lain setelah melakukan banyak kesalahan

Page 22: Peribahasa Lengkap 2009

Banyak mulutSeseorang yang suka bercakap terutama perkara-perkara yang tidak berfaedah

Batu loncatanSeseorang yang dijadikan oleh orang lain sebagai alat untuk mencapai sesuatu kedudukan yang lebih tinggi

Bau-bau bacangHubungan saudara yang jauh

Bawah anginNegara-negara yang terletak di sebelah Timur

Bekas tanganHasil kerja yang dilakukan oleh seseorang yang masih berkekalan

Berat bibirTidak suka bercakap/tidak peramah

Berat kepalaMengalami pening kepala

Berat tanganSeseorang yang malas berusaha atau membuat kerja

Berendam airSering menangis

Page 23: Peribahasa Lengkap 2009

Beri mukaMembiarkan seseorang melakukan apa-apa sahaja

Bermuka-mukaSikap berpura-pura terutama ketika berbuat baik kepada orang lain

Berpeluk tubuhMalas untuk melakukan sesuatu pekerjaan

Besar kepalaSikap degil dan sombong

Buah penaKarya sastera atau penulisan seseorang

Buah tanganPemberian berupa hadiah

Buat duitBerusaha atau bekerja untuk mendapatkan keuntungan

Buaya daratLelaki yang suka berpoya-poya dengan wanita

Bulat fikiranSeseorang yang mempunyai fikiran yang tetap

Page 24: Peribahasa Lengkap 2009

Buruk makanOrang yang gelojoh ketika makan

Buruk sikuTindakan meminta semula barang yang telah diberikan kepada orang lain

Buta hatiOrang yang tidak mengetahui perkara yang buruk dan baik

Buta kayuOrang yang tidak mempunyai pendidikan

Cacing kepanasanOrang yang sering gelisah kerana bimbang rahsianya terbongkar

Cakap anginPercakapan yang tidak menentu atau tetap

Cakar ayamTulisan seseorang yang buruk atau sukar dibaca

Cangkul anginMelakukan kerja yang sia-sia

Page 25: Peribahasa Lengkap 2009

Cepat tanganSeseorang yang suka mencuri atau mengambil barang kepunyaan orang lain

Cuci tanganOrang yang tidak mahu bertanggungjawab apabila berlaku sesuatu perkara

Curi tulangMalas bekerja atau mencari jalan untuk berehat

Cencaru makan petangSeseorang yang melakukan kerja yang perlahan tetapi hasil kerjanya memuaskan

Darah dagingMempunyai hubungan keluarga atau saudara

Darah mudaSeseorang yang mudah marah atau tidak mempunyai kesabaran

Diam ubiOrang yang berusaha secara senyap-senyap

Page 26: Peribahasa Lengkap 2009

Dingin hatiSeseorang yang tidak gembira atau memberi perhatian kepada orang lain

Duit kopiRasuah atau ganjaran secara tidak baik

Durian runtuhSeseorang yang mendapat keuntungan secara tiba-tiba dan banyak

Gaji butaMendapat gaji secara percuma atau tidak melakukan sebarang pekerjaan

Gatal tanganSengaja mencari sebab sehingga berlakunya sesuatu perkara lain

Gelap hatiSukar menerima pelajaran guru

Gerak hatiPerasaan hati atau niat seseorang

Gigi airBahagian tepi tasik, sungai atau laut

Gila bayangSeseorang yang ingin sesuatu yang sukar atau tidak mungkin akan diperoleh

Page 27: Peribahasa Lengkap 2009

Harga diriMaruah seseorang

Harga matiHarga yang tetap atau tidak boleh ditawarkan

Harga pokokHarga belian

Hati batuOrang yang degil, tidak suka mendengar cakap orang lain atau suka menbantah

Hati emasSikap seseorang yang terlalu baik

Hati tikusPenakut atau pengecut

Hidung belangLelaki yang suka menggoda wanita

Hidung tinggiSikap seseorang yang sombong atau bongkak

Ibu keladiOrang yang duduk di tengah-tengah dalam satu kumpulan

Page 28: Peribahasa Lengkap 2009

Ikat perutCuba berjimat melalui mengurangkan pemakanan

Jadi anginSesuatu yang sudah tidak boleh digunakan lagi

Jadi kakiSeseorang yang menjadi ejen kepada orang lain dalam sesuatu pekerjaan

Jadi umang-umangSeseorang yang suka berlagak atau bergaya dengan menggunakan pakaian orang lain

Jauh hatiPerasaan seseorang yang tersinggung

Jantung hatiKekasih atau orang yang sangat disayangi

Jinak merpatiPerempuan yang kelihatan ramah tetapi sebenarnya masih mempunyai kawalan diri atau batasan

Jual mahalSeseorang yang tidak suka bercampur dengan orang lain

Page 29: Peribahasa Lengkap 2009

Kacang hantuOrang yang nakal

Kaki ayamOrang yang tidak memakai kasut

Kaki bangkuOrang yang tidak tahu bermain bola atau bersukan

Kaki botolOrang yang suka minum atau sudah ketagih minuman keras

Kepala anginSikap seseorang yang mudah berubah-ubah

Kepala batuOrang yang tidak mahu mendengar nasihat orang lain

Kera sumbangOrang yang tidak suka bergaul dan mengasingkan dirinya

Kucing bertandukPerkara yang tidak mungkin akan berlaku

Kucing kurapSeseorang yang dianggap tidak penting atau hina

Page 30: Peribahasa Lengkap 2009

Kutu embunOrang yang suka merayau-rayau pada waktu malam

Langkah kananNasib baik yang menimpa seseorang

Langkah kiriNasib tidak baik yang berlaku kepada seseorang

Lepas tanganOrang yang enggan bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara atau kejadian

Lembut gigiOrang yang pandai berkata-kata manis

Lidah biawakPercakapan yang berubah-ubah

Makan suapRasuah

Makan darahOrang yang mengambil keuntungan berlebihan

Malu-malu kucingOrang yang berpura-pura malu di hadapan orang ramai

Page 31: Peribahasa Lengkap 2009

Mandi peluhBekerja dengan kuat atau keras

Mati akalMeninggal dunia sebelum mencapai impiannya

Mati celikMati sebelum mencapai impian

Mati katakMati secara sia-sia

Mata keranjangLelaki yang suka memandang atau melihat wanita

Muka tembokOrang yang tidak mempunyai perasaan malu

Mulut tempayanOrang yang tidak boleh menyimpan rahsia

Mulut muraiOrang yang suka bercakap-cakap

Nyawa-nyawa ikanKeadaan yang hampir-hampir mati

Orang rumahIsteri

Page 32: Peribahasa Lengkap 2009

Otak udangSeseorang yang bodoh

Paku belandaHarga yang sudah ditetapkan atau tidak boleh diturunkan

Panjang tanganSeseorang yang suka mencuri

Pasang telingaSeseorang yang mendengar dengan teliti

Perang dinginPergaduhan yang berlaku setelah masing-masing enggan bercakap

Pisau cukurPerempuan yang suka menghabiskan wang atau harta lelaki

Patah arangPergaduhan, pertengkaran atau penceraian yang tidak boleh diredakan atau diselamatkan

Puteri lilinPerempuan yang tidak tahan panas

Putih mataPerasaan kecewa

Page 33: Peribahasa Lengkap 2009

Pilih kasihMemberi layanan yang lebih kepada seseorang yang disayangi

Rabun ayamSeseorang yang tidak dapat melihat dengan jelas pada waktu malam

Ringan tulangSeseorang yang rajin bekerja

Rambang mataSeseorang yang tidak boleh atau tahu untuk membuat pilihan

Sakit telingaTidak suka mendengar sesuatu berita, cerita atau perkara

Senyum kambingSenyuman yang mengejek

Serkap jarangTuduhan secara melulu atau meneka

Tawar hatiTidak lagi mempunyai semangat atau keinginan terhadap sesuatu benda atau pekerjaan

Tangkap muatTindakan seseorang yang mengambil apa-apa yang sempat

Page 34: Peribahasa Lengkap 2009

Tahi judiSeseorang yang suka berjudi

Tangkai keringOrang yang kedekut

Telinga lintahSeseorang yang mempunyai pendengaran yang baik

Telinga nipisOrang yang mudah atau lekas marah

Telinga tempayanOrang yang tidak mahu mendengar nasihat atau cakap orang

Terang hatiSeseorang yang mudah menerima pelajaran

Tin kosongOrang yang bercakap besar tetapi tidak mempunyai sebarang pengetahuan

Tidur matiTidur nyenyak atau tidak mudah terbangun jika berlaku bunyi bising

Tua keladiOrang tua yang mempunyai perangai seperti orang muda

Page 35: Peribahasa Lengkap 2009

KATA-KATA HIKMAT

Bahasa jiwa bangsaBahasa lambang keperibadian sesuatu masyarakat

Bersatu teguh, bercerai robohPersefahaman membawa kejayaan, perbalahan membawa perpecahan sesama sendiri

Hilang bahasa lenyaplah bangsaJika bahasa itu pupus, maka hilanglah bangsa pula

Hidup ini adalah satu perlumbaanKehidupan ini penuh dengan pelbagai cabaran

Ilmu itu pelita hatiIlmu merupakan cahaya yang menerangi kehidupan seseorang

Kata itu kotaSetiap janji hendaklah ditunaikan

Masa itu emasMasa itu amat berharga

Membaca jambatan ilmuTabiat membaca dapat membantu kita memperoleh ilmu pengetahuan

Page 36: Peribahasa Lengkap 2009

Muafakat itu berkatSikap bekerjasama banyak membawa faedah kepada semua

Pandu cermat jiwa selamatMemandu dengan berhati-hati supaya semua selamat

Otak yang cerdas ada pada badan yang sihatKesihatan yang baik memastikan seseorang dapat memberikan fikiran yang bernas

HAK CIPTA@CIKGU AZMAN

Page 37: Peribahasa Lengkap 2009

PAKEJ MUDAH DAN EFEKTIF

Setiap minggu satu karangan bernilai RM1. Begitu mudah dan murah serta berupaya meningkatkan kemahiran anda menulis karangan.

Karangan ini akan dihantar setiap minggu sekali menerusi emel anda. Semua karangan yang dihantar memenuhi keperluan PMR atau SPM yang dihasilkan oleh guru-guru yang berpengalaman.

Pakej ini bernilai RM50 untuk tempoh 10 bulan. (Anda akan menerima 50 buah karangan contoh)

apa yang anda peroleh menerusi pakej ini?

Page 38: Peribahasa Lengkap 2009

satu contoh karangan terbaik secara mingguan

satu rangka isi karangan

dan percuma e-buku Peribahasa yang berguna dalam

karangan anda kelak.

Jika anda mendapati bahawa pakej ini bersesuaian dengan keperluan pendidikan anda sila bank in bayaran kepada :

nama: noor azman mahatnombor akaun maybank: 114084115174

Setelah bayaran dibuat, anda emelkan maklumat bayaran kepada saya ([email protected] atau [email protected]) bersama-sama nama anda, alamat, emel, dan pakej yang diminta.

Jika anda tidak berminat dengan pakej ini, anda boleh melayari blog saya azman-duniaku.blogspot.com untuk maklumat karangan.

Page 39: Peribahasa Lengkap 2009