Peribahasa

18
PERIBAHASA Cikgu Liyana Sekolah Menengah Coral

description

Peribahasa - Menengah Satu Kursus Ekspres Air dicencang tiada putus Bagai harimau beranak muda Bagai itik berebutkan tembolok Bagaimana acuan begitulah kuihnya Bagai Belanda minta tanah Bagai kaduk naik junjung

Transcript of Peribahasa

Page 1: Peribahasa

PERIBAHASA

Cikgu LiyanaSekolah Menengah Coral

Page 2: Peribahasa

Susunan perkataan yang mengandungi maksud tersirat.

Lahir daripada cetusan fikiran orang Melayu dahulu

Digunakan dalam pertuturan harian Menggambarkan

•Sifat

•Kelakuan

•Keadaan

APA ITU PERIBAHASA?

Page 3: Peribahasa

JENIS-JENIS PERIBAHASA

Simpulan Bahasa Perumpamaan Pepatah Bidalan Perbilangan

Page 4: Peribahasa

Simpulan Bahasa

Muka tembok Ajak-ajak ayam Pecah tembelang

Tembelang

Page 5: Peribahasa

Perumpamaan

Bagai tikus membaiki labu Bagai kaduk naik junjung Laksana wau melawan angin

Page 6: Peribahasa

Pepatah

Bagaiman acuan begitulah kuihnya

Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu

Bukannya diam penggali berkarat melainkan diam ubi berisi

Page 7: Peribahasa

ACUAN

Page 8: Peribahasa

Bidalan

Air dicencang tiada putus Melepaskan anjing tersepit Berhakim kepada beruk

Page 9: Peribahasa

Perbilangan

Terlajak perahu dapat diundur, terlajak kata emas padahnya.

Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Page 10: Peribahasa

Air dicencang tiada putus

Perbalahan atau pergaduhan antara saudara-mara tidak akan berpanjangan kerana akhirnya mereka akan berbaik-baik semula

Page 11: Peribahasa

Bagai harimau beranak muda

Keadaan seseorang yang sangat bengis, garang dan sebagainya

Page 12: Peribahasa

Bagai itik berebutkan tembolok

(a) Perbalahan kerana sebab yang terlalu kecil

(b) Perbalahan kerana makanan atau keuntungan yang sedikit

Tembolok = kantung tempat menyimpan makanan pd leher burung (ayam dll):

Page 13: Peribahasa

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

(a) Seseorang anak itu akan menurut sifat dan perangai ibu bapanya

(b) Keadaan seseorang itu menurut asalnya

Page 14: Peribahasa

Bagai Belanda minta tanah

Seorang yang tamak; diberi sedikit hendak banyak, diberi banyak hendak semuanya.

Page 15: Peribahasa

Bagai kaduk naik junjung

Orang yang hina apabila mendapat keistimewaan (mendapat pangkat) akan menjadi mengada-ngada

Page 16: Peribahasa

Permainan Peribahasa

memerah otak tajam akal diam-diam ubi berani mati seperti anjing dengan kucing seperti katak di bawah tempurung

Page 17: Peribahasa

Permainan Peribahasa

Bagai itik berebutkan tembolok Bagaimana acuan begitulah

kuihnya diam-diam ubi Bagai harimau beranak muda Bagai kaduk naik junjung

Page 18: Peribahasa

Permainan Peribahasa

tanda mata ringan mulut makan suap panjang akal Bagai isi dengan kuku Air dicencang tiada putus