Perincian tentang tafsiran asnaf lapan dan kadar zakat yang ditetapkan kepada setiap asnaf fatwa...

3
Perincian Tentang Tafsiran Asnaf Lapan Dan Kadar Zakat Yang Ditetapkan Kepada Setiap Asnaf Zakat Tarikh Keputusan: 28 Oct, 2007 Huraian Tajuk/Isu: Mesyuarat dimaklumkan bahawa isu ini dibincangkan supaya satu fatwa dikeluarkan tentang tafsiran asnaf-asnaf lapan yang berhak menerima zakat agar kaedah pengagihan wang zakat yang diuruskan oleh Majlis Agama Islam Kelantan dapat diperkemaskan pada masa-masa yang akan datang. Keputusan: Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 8 Okt 2007 telah membincangkan mengenai perincian tentang Asnaf Lapan dan Kadar Zakat yang ditetapkan kepada setiap Asnaf. Mesyuarat telah membuat keputusan fatwa seperti berikut: 1. Fakir Orang Islam yang tidak mempunyai harta benda atau pekerjaan atau mempunyai pendapatan tetapi tidak mencapai lima puluh peratus daripada had kifayahnya untuk keperluan diri dan tanggungannya. 2. Miskin Orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lima puluh peratus untuk keperluan diri dan tanggungannya tetapi tidak mencapai had kifayah. Bahagian Fakir dan Miskin ini tidak boleh diberikan kepada orang kaya dan kepada orang yang mampu bekerja dan menghasilkan keperluan yang cukup untuk diri dan mereka yang di bawah tanggunggannya. 3. Amil (pengurus zakat) Dalam istilah sekarang di Malaysia, Amil ditakrifkan sebagai sebuah organisasi yang padanya terdapat kakitangan yang terlibat dalam pentadbiran dan pengurusan zakat, begitu juga pertubuhan atau individu yang dilantik oleh badan tersebut. Di Negeri Kelantan, Majlis Agama Islam Kelantan merupakan Amil Zakat dan berhak mendapatkan 1/8 daripada jumlah kutipan wang zakat yang dipunggut sebagai salah satu daripada asnaf penerima zakat. Peruntukan 1/8 ini hendaklah digunakan untuk membayar upah amil-amil yang

Transcript of Perincian tentang tafsiran asnaf lapan dan kadar zakat yang ditetapkan kepada setiap asnaf fatwa...

Page 1: Perincian tentang tafsiran asnaf lapan dan kadar zakat yang ditetapkan kepada setiap asnaf   fatwa jakim

Perincian Tentang Tafsiran Asnaf Lapan Dan Kadar Zakat Yang Ditetapkan Kepada Setiap Asnaf

ZakatTarikh Keputusan:  28 Oct, 2007Huraian Tajuk/Isu:  Mesyuarat dimaklumkan bahawa isu ini dibincangkan supaya satu fatwa dikeluarkan tentang tafsiran asnaf-asnaf lapan yang berhak menerima zakat agar kaedah pengagihan wang zakat yang diuruskan oleh Majlis Agama Islam Kelantan dapat diperkemaskan pada masa-masa yang akan datang.Keputusan:  Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan  yang bersidang pada 8 Okt 2007 telah membincangkan mengenai perincian tentang Asnaf Lapan dan Kadar Zakat yang ditetapkan kepada setiap Asnaf. Mesyuarat telah membuat keputusan fatwa seperti berikut:

1. FakirOrang Islam yang tidak mempunyai harta benda atau pekerjaan atau mempunyai pendapatan tetapi tidak mencapai lima puluh peratus daripada had kifayahnya untuk keperluan diri dan tanggungannya.

2. MiskinOrang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lima puluh peratus untuk keperluan diri dan tanggungannya tetapi tidak mencapai had kifayah.

Bahagian Fakir dan Miskin ini tidak boleh diberikan kepada orang kaya dan kepada orang yang mampu bekerja dan menghasilkan keperluan yang cukup untuk diri dan mereka yang di bawah tanggunggannya.

3. Amil (pengurus zakat)Dalam istilah sekarang di Malaysia, Amil ditakrifkan sebagai sebuah organisasi yang padanya terdapat kakitangan yang terlibat dalam pentadbiran dan pengurusan zakat, begitu juga pertubuhan atau individu yang dilantik oleh badan tersebut.Di Negeri Kelantan, Majlis Agama Islam Kelantan merupakan Amil Zakat dan berhak mendapatkan 1/8 daripada jumlah kutipan wang zakat yang dipunggut sebagai salah satu daripada asnaf penerima zakat. Peruntukan 1/8 ini hendaklah digunakan untuk membayar upah amil-amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Kelantan terdiri daripada pegawai-pegawai Majlis, pertubuhan dan orang-orang awam. Baki daripada peruntukan tersebut boleh digunakan untuk pengurusan am Majlis Agama Islam Kelantan seperti pembayaran gaji kepada kakitangan dan perbelanjaan menjalankan operasi-operasi lain.

4. Al-Muallafatu QulubuhumAsnaf Al-Muallafatu Qulubuhum di bahagikan kepada 2 golongan, iaitu golongan Muslim dan golongan Kafir.Golongan Muslim meliputi :a. Orang yang baru memeluk Agama Islam.b. Ketua-ketua kumpulan Islam yang menpunyai hubungan baik dengan ketua-ketua kumpulan

Page 2: Perincian tentang tafsiran asnaf lapan dan kadar zakat yang ditetapkan kepada setiap asnaf   fatwa jakim

bukan Islam yang sama taraf dengannya.c. Ketua-ketua kumpulan Islam yang masih belum mantap Imannya tetapi masih berpengaruh.Golongan bukan Muslim (Kafir) pula meliputi :a. Orang yang berkemungkinan menerima Islam.b. Boleh dipujuk supaya tidak memusuhi orang Islam.

5. Fir RiqabPada dasarnya ia bererti membebaskan seseorang itu daripada perhambaan. Bahagian ini adalah bertujuan untuk disumbangkan kepada usaha-usaha untuk menamatkan sistem atau amalan perhambaan.Apabila amalan perhambaan secara tradisi sudah terhapus sepenuhnya sekarang, Mesyuarat bersetuju memfatwakan takrif Ar Riqab ini perlu diperluaskan lagi kepada pembebasan yang mencangkupi segala bentuk perhambaan dan penindasan yang ada seperti pembebasan dari belenggu kejahilan, pembebasan golongan lemah dari cengkaman orang-orang yang berkuasa dan pembebasan dari perhambaan ekonomi, politik dan sebagainya.

6. Al- Gharimin (Orang-orang berhutang)Orang-orang berhutang yang layak menerima zakat ialah orang yang berhutang untuk faedah awam seperti untuk menghapuskan persengketaan dua pihak dan sebagainya.Bagi individu yang berhutang untuk tujuan peribadi, mereka hanya boleh dimasukkan ke dalam asnaf ini dengan syarat beliau mestilah tidak memiliki harta dalam kadar yang mencukupi (haddul kifayah).

7. Fi SabilillahDitafsirkan dalam konteks yang lebih luas iaitu segala bentuk usaha yang ikhlas bagi mencapai keredhaan Allah.Oleh itu ia merangkumi segala bentuk kebajikan seperti bantuan untuk peperangan menentang musuh Islam, bantuan kepada pelajar dan apa sahaja bentuk ketaatan dan pendekatan diri kepada Allah.

8. Ibnu SabilIaitu orang-orang musafir yang dimaksudkan dengan musafir dalam konteks ini bukan sahaja orang yang sedang dalam perjalanan tetapi juga orang yang berniat untuk bermusafir.Begitupun, musafir itu mestilah dengan tujuan bukan untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam atau maksiat.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/perincian-tentang-tafsiran-asnaf-lapan-dan-kadar-zakat-yang-ditetapkan-kepada-setiap